BTC USD 42,834.8 Gold USD 1,750.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemaskini Perbicaraan 1MDB & SRC - Najib Razak

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,820
Reaction score
4,168
Points
236
12.05.2018 - Putrajaya, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengarahkan polis untuk tidak lagi meletakkan laporan audit 1MDB di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). "Mereka kemudian akan menghantar laporan itu kepada saya dan saya akan menelitinya," katanya pada sidang media di ibu pejabat BERSATU di Petaling Jaya hari ini. Laporan audit 1MDB itu dibentangkan Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC) di Parlimen pada April 2016.

Namun Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang mengklasifikasikan laporan itu di bawah OSA. Laporan itu juga tidak pernah dibahaskan di Parlimen. Laman Sarawak Report bagaimanapun pada Julai 2016 mendedahkan apa yang didakwa sebagai salinan laporan tersebut.

c2a7223a000cf094305c95aa116c289c.jpeg

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/424482
 
AS Harus "Fikir Dua Kali" Sebelum Kembalikan Dana 1MDB

13.03.2020 - Kuala Lumpur, Amerika Syarikat harus "berfikir dua kali" sebelum menyerahkan semula kepada Malaysia wang yang diperolehi hasil siasatan anti-kleptokrasi ke atas dana pelaburan negara 1MDB, kata bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Ini katanya, memandangkan parti yang dituduh mengamalkan rasuah 1MDB sudah kembali berkuasa.

Mahathir, 94, meletak jawatan secara tiba-tiba pada bulan lalu sebelum digantikan oleh Muhyiddin Yassin, yang menubuhkan gabungan baru dengan bekerjasama dengan bekas parti pemerintah, Umno yang ditolak oleh pengundi pada pilihan raya umum 2018 kerana dikaitkan dengan skandal 1MDB.

Jabatan Keadilan (DoJ) AS berkata lebih AS$4.5 bilion dijarah dari 1MDB di bawah bekas perdana menteri Umno, Najib Razak, yang kini dibicarakan kerana didakwa menerima sebahagian besar dana yang diselewengkan itu.

DoJ, dalam kes anti kleptokrasi terbesar, berjaya mendapatkan semula kira-kira AS$1 bilion hasil penyitaan dan penjualan aset yang didakwa dibeli dengan dana 1MDB.

DoJ memulangkan hampir AS$200 juta ke Malaysia pada bulan Mei lalu, tetapi pemindahan kedua yang berjumlah kira-kira AS$240 juta ditangguhkan bulan lalu susulan ketidakpastian berikutan peletakan jawatan Mahathir, kata sumber.

Mahathir memberitahu Reuters, DoJ perlu mempertimbangkan semula keputusannya untuk menghantar semula wang itu ke Malaysia selepas kembalinya parti Najib menjadi kerajaan.

"Apabila kami mengambil alih, DoJ bersedia memulangkannya kerana kami menggulingkan orang yang mencuri duit itu," katanya dalam satu temu bual.

"Sekarang, mereka yang mencuri akan dapat semula wang yang mereka curi itu, saya fikir DoJ perlu berfikir dua kali."

Sekurang-kurangnya enam negara sedang menyiasat dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram 1MDB, yang ditubuhkan oleh perdana menteri pada tahun 2009.

Selepas kemenangan pilihan raya yang tidak dijangka pada 2018, Mahathir membuka semula siasatan ke atas 1MDB dan penglibatan Najib dalam kes berkenaan.

Najib berdepan lima perbicaraan, pertama - melibatkan tujuh pertuduhan berkaitan dengan AS$10 juta yang disalahgunakan dari 1MDB - keputusan perbicaraan dijangka dalam beberapa bulan lagi.

Dia mengaku tidak bersalah dan mendakwa dia dipesongkan oleh Jho Low dan pegawai atasan 1MDB yang lain.

Najib memberitahu Reuters minggu lalu bahawa beliau menjangkakan suasana yang lebih kondusif dan perbicaraan yang adil memandangkan bahawa Mahathir tidak lagi berkuasa.

5845f05efa9324709672de6a0dd00f45.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/514566

Mahkamah Tolak Permohonan Lucut Wang Dari Jakel Trading

13.03.2020 - Kuala Lumpur, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan pendakwaan untuk melucut hak ke atas wang berjumlah RM10,747,042.77 didakwa berkaitan dengan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang disita daripada Jakel Trading Sdn Bhd.

Hakim Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu selepas berpuas hati bayaran yang diterima oleh Jakel Trading selaku responden adalah dalam transaksi urus niaga biasa syarikat itu.

“Dalam kes ini apa yang perlu ditentukan oleh mahkamah ialah sama ada harta yang disita RM10,747,042.77 adalah hasil daripada aktiviti haram.

“Bayaran yang diterima oleh responden adalah bayaran bagi barangan yang dibekalkan dan responden tidak seharusnya dipersalahkan serta dihukum kerana menerima bayaran bagi barangan yang dibekalkannya.

“Atas imbangan kebarangkalian pemohon telah gagal membuktikan harta tersebut adalah hasil daripada aktiviti haram,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Farah Yasmin Salleh selaku pemohon kemudian memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut dan justeru memohon untuk satu penggantungan pelaksanaan perintah terhadap keputusan itu.

Hakim Muhammad Jamil memerintahkan pihak pemohon untuk memfailkan permohonan tersebut dalam masa tujuh hari bermula tarikh hari ini.

Dalam prosiding itu, Jakel Trading diwakili peguam Thevini Nayagam dan Habizan Habeeb Rahman.

f9023d9fbcb61a3c740c6e5fdba171ab.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/514553

Semua Peguam Najib Kuarantin Diri Sendiri

12.03.2020 - Kuala Lumpur, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dimaklumkan bahawa keseluruhan pasukan pembelaan Najib Razak kini diletakkan di bawah kuarantin rumah berikutan kebimbangan wabak Covid-19.

Ini selepas peguam utama, Muhammad Shafee Abdullah mempunyai kontak dengan individu yang mempunyai kontak secara langsung dengan pesakit Covid-19.

Perkara itu dimaklumkan oleh peguam Shafee, Noor Farhah Mustaffa kepada hakim Collin Lawrence Sequerah tengah hari ini.

Noor Farhah berkata Shafee mempunyai kontak dengan individu berkenaan ketika kenduri di rumahnya pada Sabtu lepas.

Najib yang dalam perbicaraan kerana tuduhan menggelapkan wang 1MDB, hadir di mahkamah dan berada di kandang tertuduh pada masa itu.

Ketika Noor Farhah bercakap kepada mahkamah hari ini, bangku dan meja pasukan pembelaan dilihat kosong, dengan Shafee juga dilihat tidak berada di mahkamah.

Noor Farhah berkata beliau dimaklumkan bahawa Shafee hanya mendapat tahu bahawa individu ditemuinya mempunyai kontak dengan pesakit Covid-19 pada sekitar jam 12.00 tengah hari ini.

"Shafee dan seluruh pasukan peguam (kes) 1MDB atau keseluruhan pejabat (firma guaman Shafee) diarah menjalani kuarantin oleh pengamal perubatan.

"Kami berjanji memberikan surat (rasmi untuk mengesahkan Shafee dan pasukan pembelaan di bawah kuarantin)," kata Noor Farhah.

42ccc45bc836124ccc9caeff424cf01d.jpg


Timbalan pendakwa raya yang juga bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Gopal Sri Ram (gambar atas) kemudian memaklumkan kepada mahkamah bahawa ia merupakan perkara yang serius.

Sri Ram berkata beliau sendiri telah menjalani ujian Covid-19 lebih awal dan didapati negatif, tetapi akan menjalani ujian kedua esok, selepas mempunyai kontak dengan dua peguam yang disyaki mempunyai jangkitan Covid-19.

Sequerah kemudian berkata jangkitan Covid-19 lebih cepat daripada perbicaraan 1MDB di mahkamah, menyebabkan mereka yang hadir di mahkamah tertawa.

Beliau kemudian menangguhkan prosiding sehingga esok, dan mengarahkan Noor Farhah menyediakan dua surat rasmi, satu dari Hospital Sungai Buloh dan satu lagi dari Kementerian Kesihatan, yang mengesahkan Shafee dan pasukan pembelaan dikuarantin.

Surat itu katanya perlu diserahkan kepada mahkamah sekitar jam 9.00 pagi esok.

"Sebelum saya mendapatkan kedua-dua surat itu pagi esok, saya tidak nampak mengapa perbicaraan ini perlu ditangguhkan," kata Sequerah mengingatkan Noor Farhah.

c456c9a34811ab7d6dc1a7134ef9c837.jpg


Hari ini pada mulanya ditetapkan untuk peguam menyambung pemeriksaan balas terhadap saksi pendakwaan kesembilan, iaitu bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi, selepas prosiding terhenti selama empat bulan.

Shahrol telah dipanggil sebagai saksi selama 22 hari dan telah disoal balas oleh pihak pembelaan selama 15 hari.

Najib kini dalam perbicaraan bagi empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram berhubung RM2.28 bilion yang didakwa berasal dari 1MDB, melalui Tanore Finance Corporation.

Tanore Finance dikatakan dimiliki oleh Eric Tan - individu yang dikaitkan dengan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low.

10d443508687bc8867a0cd3d08c92286.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/514379

Ujian Covid-19 Shafee Di Ketahui Petang Ini

13.03.2020 - Kuala Lumpur, Ketua peguam bagi kes perbicaraan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dana 1Malaysia Development Berhad, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah akan mengetahui sama ada beliau positif atau negatif Covid-19, petang ini.

Peguam Noor Farhah Mustaffa yang mewakili Muhammad Shafee, memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah bahawa Muhammad Shafee dan isterinya Tania Scivetti, dan kesemua pasukan pembelaan sedang menjalani kuarantin diri sendiri sementara menunggu keputusan ujian berkenaan.

“Muhammad Shafee dan isteri Tania Scivetti (yang juga seorang peguam dalam pasukan pembelaan itu) telah menjalani ujian itu semalam pada pukul 4 petang di KPJ Damansara. Mereka telah dinasihati agar menjalani kuarantin diri sendiri sehingga keputusan ujian itu diketahui petang ini,” katanya.

Semalam, perbicaraan dikosongkan selepas mahkamah diberitahu bahawa ipar perempuan Muhammad Shafee adalah kontak rapat seorang pesakit positif Covid-19 dan kemudian ada kontak dengan Muhammad Shafee pada 12 Mac.

Sementara itu, Noor Farhah juga menyerahkan sepucuk surat daripada KPJ Damansara dan notis pengasingan itu daripada Kementerian Kesihatan bagi ipar Muhammad Shafee bertarikh 12 Mac seperti yang diminta oleh mahkamah berkenaan.

“Yang Arif, mengikut notis itu, beliau (ipar perempuan Muhammad Shafee) diarah menjalani kuarantin dari 11-25 Mac. Beliau akan mendapat keputusan ujian itu petang ini atau pagi esok,” tambah beliau.

Hakim Sequerah kemudian memberitahu peguam berkenaan bahawa jika kedua-dua Muhammad Shafee dan Tania Scivetti negatif daripada virus itu, beliau meminta diberitahu pada Isnin agar perbicaraan akan diteruskan pada Khamis hadapan.

Apabila perbicaraan disambung, Muhammad Shafee dijangka meneruskan pemeriksaan balas ke atas saksi kesembilan pendakwa, bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi.

Najib, 67, berhadapan empat pertuduhan menyalahguna kedudukkannya untuk mendapatkan gratifikasi berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 kes pengubahan wang haram membabitkan wang yang sama.

Tan-Sri-Muhammad-Shafee-Abdullah-810x461.jpg


Berita asal https://selangorkini.my/2020/03/ujian-covid-19-shafee-diketahui-petang-ini/

Kes 1MDB Najib Bersambung Lepas Tangguh 4 Bulan

12.03.2020 - Kuala Lumpur, Selepas empat bulan berehat, perbicaraan kes bekas perdana menteri Najib Razak mengenai tuduhan penyelewengan dana 1MDB bersambung semula tengah hari ini.

Najib dituduh menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang sama.

Perbicaraan pada 13 Nov tahun lepas ditangguhkan kerana kedua-dua peguam bela utama Muhammad Shafee Abdullah dan saksi pendakwaan kesembilan, bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi, sedang cuti sakit pada hari itu.

Berikutan penangguhan itu, Najib menjalani dua perbicaraan kes jenayah berasingan, iaitu melibatkan pindaan laporan audit 1MDB dan kes penyewengan RM42 juta dana SRC International.

Semalam, Mahkamah Tinggi menetapkan tiga hari bermula 12, 13 dan 18 Mei untuk penghujahan lisan di peringkat pembelaan dalam perbicaraan terhadap Najib.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menetapkan tarikh tersebut selepas peguam utama Muhammad Shafee Abdullah memberitahu mahkamah bahawa pihak pembelaan menutup kesnya hari ini.

Perbicaraan kes penyelewengan RM2.28 bilion dana 1MDB berlangsung di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah dan dijadualkan bremula pada 2.30 petang ini.

Ini kerana pendakwa raya utama Gopal Sri Ram perlu hadir urusan mahkamah di Istana Kehakiman di Putrajaya pagi ini.

Shafee dijangka meneruskan pemeriksaan balas terhadap Shahrol yang memberi keterangan masuk hari ke 22. Pembelaan telah melakukan pemeriksaan balas terhadap Shahrol selama 15 hari.

Najib, 67, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.

MP Pekan itu didakwa melakukan perbuatan itu di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di Kuala Lumpur di antara 24 Feb 2011 dengan 19 Dis 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram di antara 22 Mac 2013 dengan 30 Ogos 2013, di tempat sama.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama.

Bekas menteri kewangan itu berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga lima kali jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika didapati bersalah.

Bagi 21 pertuduhan pengubahan wang haram, Najib didakwa melakukan kesalahan itu di bank sama, di antara 22 Mac 2013 dengan 30 Ogos 2013.

Kesemua pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Amla), yang memperuntukkan denda maksimum RM5 juta dan penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

d85145c03f224e4c12958951e8eca7ee.jpg


1d63b7f3f8602b6d004a9935110368e6.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/514325

Pembelaan Tutup Kes, Keputusan Di Jangka Mei Ini

11.03.2020 - Kuala Lumpur, Selepas memanggil sebanyak 19 saksi pada perbicaraan kes Najib Razak membabitkan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta yang mengambil masa 33 hari di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur, pihak pembelaan menutup kesnya hari ini.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menetapkan empat hari bermula 12 Mei depan untuk mendengar hujah lisan di akhir kes pembelaan sebelum memutuskan sama ada bekas perdana menteri itu akan disabitkan kesalahan atau dibebaskan.

Hakim Mohd Nazlan juga memerintahkan pihak pendakwaan dan pembelaan untuk mengemukakan hujahan bertulis mereka pada atau sebelum 21 April depan.

“Dengan ini perbicaraan pembelaan yang bermula 3 Dis tahun lepas selama 33 hari dan 19 saksi, sampai ke penghujung kes kami,” katanya.

Sebanyak 807 eksibit atau barang kes dikemukakan ke mahkamah dalam perbicaraan selama 91 hari bermula 3 April 2019 yang turut membabitkan nota prosiding kira-kira 6,000 muka surat. Sebelum ini, pihak pendakwaan mengemukakan 57 orang saksi.

Selain Najib, antara saksi utama yang dipanggil sepanjang perbicaraan bela diri itu ialah bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Mohd Irwan Serigar Abdullah; bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom; bekas Menteri Luar, Anifah Aman; bekas Peguam Negara, Mohamed Apandi Ali; dan dua bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad dan Latheefa Koya.

Najib, 67, yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia keenam dari April 2009 hingga Mei 2018 merupakan perdana menteri pertama negara yang dihadapkan di mahkamah.

Beliau berdepan tiga tuduhan pecah amanah (CBT) dan satu tuduhan salah guna kuasa berkaitan dana SRC berjumlah RM42 juta dan dituduh melakukan kesalahan itu antara 17 Ogos 2011 dan 10 Feb 2015.


Tiga pertuduhan CBT yang dihadapi Najib adalah;

* Bagi pertuduhan pertama, Najib didakwa sebagai seorang penjawat awam dan ejen iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia, Advisor Emeritus SRC International Sdn Bhd (SRC) dan dalam kapasiti itu diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion, telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang sejumlah RM27 juta.

*Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, No 55, Jalan Raja Chulan, di Kuala Lumpur antara 24 Dis 2014 dan 29 Dis 2014 mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

*Bagi pertuduhan kedua, Najib didakwa sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion, telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang sejumlah RM5 juta di tempat dan tarikh sama.

*Pertuduhan ketiga, Najib didakwa sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion, telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang berjumlah RM10 juta di tempat sama, antara 10 Feb 2015 dan 2 Mac 2015, mengikut seksyen sama.

Bagi pertuduhan salah guna kuasa, Najib didakwa sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia, telah menggunakan jawatan untuk suapan bagi dirinya berjumlah RM42 juta apabila dia mengambil bahagian atau terlibat dalam keputusan bagi pihak kerajaan Malaysia untuk memberikan jaminan kerajaan bagi pinjaman-pinjaman berjumlah RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) kepada SRC International Sdn Bhd.

Najib dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Presint 1, Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya, antara 17 Ogos 2011 dan 8 Feb 2012.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama, memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Kemudian, pada 8 Ogos, beliau didakwa sekali lagi di Mahkamah Sesyen di sini, atas tiga tuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana yang sama dan kes itu kemudiannya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Najib didakwa telah menerima, masing-masing RM27 juta, RM5 juta dan RM10 juta, yang merupakan hasil aktiviti haram, yang dipindahkan mengikut Sistem Pemindahan Dana dan Sekuriti Secara Elektronik Masa Nyata (RENTAS) ke dalam akaun miliknya di AmIslamic Bank Berhad menggunakan nombor akaun 2112022011880 dan 2112022011906.

Najib didakwa melakukan kesalahan itu di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan AmBank Group, No 55, Jalan Raja Chulan, di Kuala Lumpur, antara 26 Dis 2014, dan 10 Feb 2015.

Pertuduhan-pertuduhan itu difailkan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 yang memperuntukkan penalti mengikut Seksyen 4(1) akta yang sama.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, No. 55, Jalan Raja Chulan antara 26 Dis 2014 dan 10 Feb 2015.

Pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Screenshot-37.jpg


Berita asal https://www.bharian.com.my/berita/k...es-dana-src-international-pembelaan-tutup-kes

Hari 91: SPRM saran Nik Faisal, Suboh dan dua lagi didakwa- Dzulkifli

1820d176d4f31ae8f998f9921d75e946.jpeg=s660

LANGSUNG | Perbicaraan melibatkan bekas perdana menteri, Najib Razak, berkaitan dakwaan penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd memasuki hari ke-91.

Malaysiakini melaporkan perbicaraan ini secara langsung.

10.02 pagi: SPRM mencadangkan Ketua Pegawai Eksekutif SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil; pengarah syarikat, Suboh Md Yassin dan dua pengarah SRC lain didakwa.

Bekas Timbalan Pendakwa Raya, Dzulkifli Ahmad memberi keterangan itu semasa pemeriksaan utama oleh peguam, Muhammad Shafee Abdullah.

77238860d4977c6b3170d476c4ed4dd9.jpg


Dzulkifli berkata ini berhubung dengan kertas siasatan SPRM yang telah diberikan kepada peguam negara ketika itu, Apandi Ali pada bulan Januari 2016.

Pada 26 Januari tahun itu, Apandi membersihkan Najib Razak daripada sebarang salah laku membabitkan isu RM2.6 bilion dan RM42 juta dana SRC International.

Dzulkifli berkata SPRM mencadangkan empat individu itu didakwa di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Beliau bagaimanapun tidak ingat siapa dua lagi pengarah berkenaan.

Beliau juga mengatakan tidak tahu mengenai hasil cadangan itu sehingga ke hari ini.

9.55 pagi: Bekas perdana menteri Najib Razak memasuki kandang tertuduh apabila prosiding bermula di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Pihak pendakwaan dijangka memulakan pemeriksaan balas ke atas saksi pembelaan Dzulkifli Ahmad, yang juga bekas Timbalan Pendakwa Raya dan bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Peguam utama Muhammad Shafee Abdullah memberitahu mahkamah bahawa beliau mempunyai dua soalan tambahan untuk ditanya kepada Dzulkifli, sebelum pihak pendakwaan boleh memeriksa balas saksi.

Pihak pendakwaan hari ini dijadual memeriksa balas bekas Timbalan Pendakwa Raya, Dzulkifli Ahmad berhubung keterangan beliau mengenai keputusan Jabatan Peguam Negara membersihkan bekas perdana menteri Najib Razak daripada sebarang salah laku dalam kes membabitkan dana RM42 juta SRC International pada 2016.





Pada hari ke-91 perbicaraan terhadap Najib pagi ini, Timbalan Pendakwa Raya, V Sithambaram dijangka menyoal saksi pembelaan itu berhubung keputusan Peguam Negara Mohamed Apandi Ali pada 26 Jan 2016, untuk membebaskan Najib daripada salah laku dalam kes SRC.



Semalam, Dzulkifli memberi keterangan bahawa beliau adalah sebahagian daripada DPP yang membantu Apandi berhubung kertas siasatan SPRM mengenai derma RM2.6 bilion dan RM42 juta dana SRC International yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib.

Dzulkifli semalam memberi keterangan secara terperinci proses yang terlibat dalam keputusan Apandi menggugurkan siasatan berhubung derma RM2.6 bilion dan RM42 juta SRC International terhadap Najib.

Saksi berusia 52 tahun itu yang menerajui SPRM dari Ogos 2016 hingga Mei 2018, juga memberitahu mahkamah bahawa adalah tidak wajar bagi Ketua Pesuruhjaya SPRM selepas itu, Abu Kassim Mohamed pada 4 Julai 2015, mencadangkan kepada pasukan petugas 1MDB bahawa Najib harus didakwa di mahkamah.

Najib berdepan tuduhan salah guna kuasa, tiga tuduhan pecah amanah, dan tiga tuduhan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan RM42 juta dana SRC International, bekas anak syarikat 1MDB yang bermasalah.

Pada awal tahun 2012, SRC International menjadi milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MoF Inc). Najib yang juga menteri kewangan pada masa itu, merupakan penasihat emeritus untuk SRC International, dan pengerusi lembaga penasihat kepada 1MDB.

Pihak Pendakwaan Akan Periksa Balas Dzulkifli

11.03.2020 - Kuala Lumpur, Perbicaraan melibatkan bekas perdana menteri, Najib Razak, berkaitan dakwaan penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd memasuki hari ke-91.

Malaysiakini melaporkan perbicaraan ini secara langsung.

9.55 pagi: Bekas perdana menteri Najib Razak memasuki kandang tertuduh prosiding bermula di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Pihak pendakwaan dijangka memulakan pemeriksaan balas ke atas saksi pembelaan Dzulkifli Ahmad, yang juga bekas Timbalan Pendakwa Raya dan bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Pihak pendakwaan hari ini dijadual memeriksa balas bekas Timbalan Pendakwa Raya, Dzulkifli Ahmad berhubung keterangan beliau mengenai keputusan Jabatan Peguam Negara membersihkan bekas perdana menteri Najib Razak daripada sebarang salah laku dalam kes membabitkan dana RM42 juta SRC International pada 2016.

Pada hari ke-91 perbicaraan terhadap Najib pagi ini, Timbalan Pendakwa Raya, V Sithambaram dijangka menyoal saksi pembelaan itu berhubung keputusan Peguam Negara Mohamed Apandi Ali pada 26 Jan 2016, untuk membebaskan Najib daripada salah laku dalam kes SRC.

Semalam, Dzulkifli memberi keterangan bahawa beliau adalah sebahagian daripada DPP yang membantu Apandi berhubung kertas siasatan SPRM mengenai derma RM2.6 bilion dan RM42 juta dana SRC International yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib.

Dzulkifli semalam memberi keterangan secara terperinci proses yang terlibat dalam keputusan Apandi menggugurkan siasatan berhubung derma RM2.6 bilion dan RM42 juta SRC International terhadap Najib.

Saksi berusia 52 tahun itu yang menerajui SPRM dari Ogos 2016 hingga Mei 2018, juga memberitahu mahkamah bahawa adalah tidak wajar bagi Ketua Pesuruhjaya SPRM selepas itu, Abu Kassim Mohamed pada 4 Julai 2015, mencadangkan kepada pasukan petugas 1MDB bahawa Najib harus didakwa di mahkamah.

Najib berdepan tuduhan salah guna kuasa, tiga tuduhan pecah amanah, dan tiga tuduhan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan RM42 juta dana SRC International, bekas anak syarikat 1MDB yang bermasalah.

Pada awal tahun 2012, SRC International menjadi milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MoF Inc). Najib yang juga menteri kewangan pada masa itu, merupakan penasihat emeritus untuk SRC International, dan pengerusi lembaga penasihat kepada 1MDB.

1820d176d4f31ae8f998f9921d75e946.jpeg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/514134

Dzulkifli Jelaskan Alasan Apandi Tak Dakwa Najib Pada 2015

10.03.2020 - Kuala Lumpur, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menyediakan cadangan pertuduhan terhadap bekas perdana menteri Najib Razak di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan pada 2015.

Bekas ketua pesuruhjaya SPRM Dzulkifli Ahmad, 52, berkata bagaimanapun, agensi berkenaan dan Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan untuk tidak mendakwa Najib ketika itu kerana dua elemen penting bagi kesalahan di bawah seksyen tersebut tidak dibuktikan dalam kertas siasatan.

Dzulkifli, yang ketika itu merupakan Pengarah Bahagian Pengurusan Kes-Kes Jenayah AGC, berkata SPRM mencadangkan agar pendakwaan terhadap Najib dibuat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan dan pertuduhan alternatif mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Seksyen 403 Kanun Keseksaan adalah berkaitan penyelewengan harta manakala Seksyen 23 Akta SPRM menyentuh mengenai penyalahgunaan kuasa.

“Saya telah diarahkan Peguam Negara (AG) ketika itu, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, untuk mengkaji kertas siasatan berkenaan kedua-dua kes melibatkan Datuk Seri Najib iaitu SRC International Sdn Bhd dan 1MDB (1Malaysia Development Berhad) yang disediakan SPRM.

“Tan Sri Apandi berpendapat bahawa ada dua isu penting yang perlu disiasat lanjut oleh SPRM iaitu isu pengetahuan sama ada Datuk Seri Najib tahu duit yang masuk ke akaun beliau adalah duit syarikat SRC International Sdn Bhd dan sekiranya beliau sendiri yang mengarahkan wang tersebut dimasukkan ke dalam akaunnya,” kata beliau.

Dzulkifli berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada hari ke-90 perbicaraan kes bekas perdana menteri itu berkaitan penyelewengan dana SRC International.

Kepada soalan Muhammad Shafee sama ada SPRM kembali dengan siasatan lanjut mereka, Dzukifli menjawab “Ya.”

“Bagaimanapun, SPRM tidak menjawab dua isu penting yang ditimbulkan sebelum ini dan memaklumkan bahawa tiada keterangan menyatakan Najib memberi arahan untuk wang tersebut dimasukkan ke dalam akaunnya.

“Selepas itu kami mengkaji kembali minit yang dikemukakan SPRM dan mengangkatnya kepada AG untuk membuat keputusan,” katanya.

Muhammad Shafee: Apa yang dilakukan AG selepas mendapat kembali kertas siasatan itu?

Dzulkifli: Kami telah berbincang dan AG memutuskan untuk (melabelkannya sebagai) ‘Tiada Tindakan Lanjut’ (NFA) atau kemaskan untuk simpanan.

Muhammad Shafee: Untuk kes mana?

Dzulkifli: Bagi kedua-dua kes SRC International dan 1MDB. Ini kerana SPRM mencadangkan Seksyen 403 Kanun Keseksaan dan bagi seksyen itu, elemen yang merujuk kepada pengetahuan adalah penting.

Turut memberi keterangan hari ini ialah bekas Ketua Setiausaha Sulit Najib iaitu Tan Sri Shukry Mohd Salleh, 65.

Najib sedang membela diri terhadap tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana SRC International sebanyak RM42 juta, yang terdiri daripada tiga pertuduhan pecah amanah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung esok.

2eb28a948e2bbf4cdf7753d7087c2a7a.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/514104

Najib Pegang Carta Aliran Kewangan Sama Di Tunjukkan AG - Saksi

10.03.2020 - Kuala Lumpur, Perbicaraan melibatkan bekas perdana menteri, Najib Razak, berkaitan dakwaan penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd memasuki hari ke-89.

11.07 pagi: Bekas ketua setiausaha sulit bekas perdana menteri Najib Razak Shukry Mohd Salleh keluar dari kandang saksi.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membenarkan perkara itu apabila peguam bela utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah menyelesaikan pemeriksaan semula terhadap saksi pembelaan berkenaan.

9cfaaac91926c619dc272e17d6c769ef.jpeg

Mahkamah kemudian ditangguhkan dan akan bersambung pada pukul 2.30 petang, di mana bekas ketua pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad dijangka akan memberikan keterangan.

Najib pegang carta aliran kewangan sama ditunjukkan AG: Saksi

11.04 pagi:
Mahkamah Tinggi diberitahu Najib Razak dilihat memegang carta aliran kewangan sama dengan yang didedahkan Peguam Negara, Apandi Ali ketika itu.

Bekas ketua setiausaha sulit Najib, Shukry Mohd Salleh memberi keterangan demikian semasa pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya, V Sithambaram.

Sithambaram bertanya Shukry sama ada saksi itu tahu akaun apa yang dirujuk Najib apabila beliau (Najib) meminta Shukry mendapatkan (Najib) penyata akaunnya daripada DPP Dzulkifli Ahmad pada 26 Feb 2016.

Sithambaram: Kamu tidak tahu akaun yang mana Datuk Seri (Najib) arahkan (kamu) untuk dapatkan daripada Dzul (Dzulkifli)?

Shukry: Pada masa itu, Najib memegang carta aliran kewangan yang saya rasa sama dengan yang ditunjukkan oleh kenyataan media Peguam Negara pada masa itu.

0eeddda40b570f8b7225adfcbc0bce3e.jpg

Pada 26 Januari 2016, Apandi membebaskan Najib daripada sebarang salah laku dalam isu derma RM2.6 bilion dan RM42 juta dana SRC, di mana wang berkenaan didapati telah mengalir ke akaun peribadi Najib.

Semasa sidang akhbar pada 26 Jan, Apandi menunjukkan beberapa carta aliran kewangan berbilion dan berjuta-juta ringgit yang masuk ke akaun Najib.

Shukry juga memberitahu Sithambaram bahawa beliau mengingati tarikh 26 Feb 2016, kerana Najib mengarahkan beliau untuk memanggil Dzulkifli bagi mendapatkan penyata akaun banknya.

11 pagi: Prosiding bersambung semula selepas berhenti rehat.

'Najib arahkan saya untuk dapatkan penyata akaun dari DPP Dzulkifli'

10.16 pagi:
Mahkamah diberitahu Najib Razak mengarahkan bekas ketua setiausaha sulitnya, Shukry Mohd Salleh untuk mendapatkan (Najib) penyata bank akaun beliau daripada DPP Dzulkifli Ahmad pada 26 Feb 2016.

Shukry berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh peguam utama, Muhammad Shafee Abdullah.

Terdahulu, Shukry memberi keterangan bahawa beliau menjadi ketua setiausaha sulit Najib dari April 16 2015 sehingga 30 Sept 2016.

Shafee: Adakah kamu masih ingat pada 26 Feb 2016, sama ada Tan Sri (Shukry) telah diberi apa-apa arahan daripada perdana menteri Najib?

Shukry: Ya.

Shafee: Apakah arahan itu?

Shukry: Pada masa itu, saya telah diarahkan untuk mendapatkan Datuk Seri Najib penyata akaun daripada Datuk Dzulkifli.

Shafee: Jadi, kamu kemudian menghubungi Datuk Dzul?

Shukry: Ya.

Shukry kemudian mengesahkan bahawa Dzulkifli adalah individu yang sama dengan Dzulkifli Ahmad, yang ketika itu Timbalan Pendakwa Raya (DPP) dari Jabatan Peguam Negara yang kemudiannya menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM.

3b018f159bc18892d0f317b20de808b1.jpeg

Apabila Shafee bertanya sama ada Shukry kemudian membuat tindakan susulan dengan Dzulkifli berhubung permintaan itu, saksi itu kemudian menjawab dia terlibat dalam perkara-perkara lain, dan tidak ingat.

Shafee kemudian menyelesaikan pemeriksaan utama terhadap Shukry.

DPP V Sithambaram kemudian memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pihak pendakwaan memerlukan masa untuk bersedia bagi pemeriksaan balas.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali kemudian membenarkan prosiding berehat seketika dan akan disambung semula sekitar jam 10.45 pagi.

Bekas ketua setiausaha sulit Najib beri keterangan

10.04 pagi:
Bekas ketua setiausaha sulit kepada bekas perdana menteri Najib Razak, Shukry Mohd Salleh (gambar di atas) memasuki kandang saksi untuk memberi keterangan.

10.04 pagi: Bekas ketua setiausaha sulit kepada bekas perdana menteri Najib Razak, Shukry Mohd Salleh memasuki kandang saksi untuk mula memberi keterangan bagi pihak pembelaan.

10 pagi: Bekas perdana menteri Najib Razak memasuki kandang tertuduh apabila prosiding di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali bermula.

9.45 pagi: Bekas perdana menteri, Najib Razak memasuki Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan mengambil tempat duduk di baris hadapan galeri awam sambil menunggu perbicaraan bermula.

Awal pagi ini, beliau dan barisan peguam menghadiri sebutan kes membabitkan dana RM2.28 bilion 1MDB di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang berasingan.

Bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad dijangka memberi keterangan pada hari ke-90 perbicaraan terhadap bekas perdana menteri Najib Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM42 juta dana SRC International hari ini.

Semalam pada akhir prosiding, peguam utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa Dzulkifli, dan juga bekas Ketua Setiausaha Sulit Najib, Shukry Mohd Salleh, dijangka akan berada di kandang saksi hari ini.

Dzulkifli antara individu yang didakwa dalam sembilan rakaman audio berkaitan perbualan mengenai 1MDB yang didedahkan SPRM kepada media pada 8 Jan lalu.

Pada 3 Mac, Shafee memaklumkan kepada Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bahawa pihaknya mungkin menyelesaikan kes pembelaan semalam.

Bagaimanapun, perbicaraan di peringkat pembelaan masih diteruskan hari ini.

Semalam, mahkamah diberitahu bahawa bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abu Kassim Mohamed mencadangkan kepada pasukan petugas khas 1MDB agar Najib didakwa.

Semalam mahkamah antara lain juga mendengar daripada bekas peguam negara, Mohamed Apandi Ali bahawa Najib tidak mengetahui bahawa RM42 juta dana SRC International disalurkan ke akaun peribadi tertuduh.

Apandi juga mengulangi di mahkamah keputusannya pada 26 Jan 2016, untuk membebaskan Najib daripada salah laku berhubung isu derma RM2.6 bilion dan RM42 juta dana SRC International, yang kedua-duanya dimasukkan ke akaun peribadi tertuduh.

Najib kini menghadapi perbicaraan bagi satu pertuduhan salahguna kuasa, tiga tuduhan pecah amanah, dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram berhubung RM42 juta dana SRC International.

Prosiding di hadapan Nazlan mungkin bermula selepas jam 9 pagi kerana Najib dan pasukan pembelaan perlu menghadiri sebutan kes lain berkaitan 1MDB melibatkan dana RM2.28 bilion Mahkamah Tinggi berasingan di Kuala Lumpur.

5939a2560a5ebb606fe3e98c32ec061f.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/513976

Surat Ini Di Buat Sendiri Oleh Menteri ..

10.03.2020 - Kuala Lumpur, Perbicaraan terhadap isteri bekas perdana menteri Najib Razak, Rosmah Mansor, masuk hari ke-12 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Rosmah menghadapi tiga pertuduhan berkaitan dakwaan penyelewengan dana bagi pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak bagi Kementerian Pendidikan.

Projek bernilai RM1.25 bilion itu diberikan kepada Jepak Holdings Sdn Bhd secara rundingan terus.


LANGSUNG

12.40 tengah hari:
Perbicaraan berhenti rehat untuk makan tengah hari dan akan disambung petang nanti.

12.30 tengah hari:
Semasa pemeriksaan balas oleh peguam bela, Kamarudin mendakwa surat Mahdzir kepada Najib - bertarikh 19 Jun 2017 - ditulis sendiri oleh ahli parlimen Padang Terap itu.

"Surat ni dibuat sendiri oleh menteri, (ia) tidak melalui saya," kata Kamarudin.

Kenyataan itu nampak mengejutkan sebahagian daripada orang awam yang mengikuti perbicaraan tersebut.

Semasa sesi pemeriksaan semula oleh timbalan pendakwa raya, Kamarudin menjelaskan, Mahdzir tidak pernah memanggilnya untuk berbincang tentang surat tersebut atau cuba mendapatkan maklumat yang berkaitan.

Sebaliknya kata Kamarudin dia hanya menerima satu salinan surat berkenaan.

Ditanya bagaimana Mahdzir mendapat maklumat yang diperlukan, Kamarudin menjawab: "Saya rasa melalui pegawai khas."

11.40 pagi: Perbicaraan bersambung.

11.14 pagi:
Prosiding berhenti rehat seketika.

11 pagi: Mahkamah diberitahu pada 19 Julai 2017, menteri pendidikan ketika itu, Mahdzir Khalid, meminta perdana menteri, Najib Razak agar memberikan kebenaran untuk mengecualikan peraturan berkaitan pelaksanaan projek panel solar.

Najib kemudian memaklumkan timbalan ketua setiausaha perbendaharaan ketika itu, Othman Semail, bahawa pengecualian itu diizinkan.

10.35 pagi: Menurut Kamarudin, pada 4 Mei 2017 dia menerima sepucuk surat daripada Kementerian Kewangan yang memaklumkan mereka menolak bayaran pendahuluan sebanyak RM130 juta.

Katanya ia selaras dengan peraturan pembayaran kerajaan yang menetapkan pendahuluan sesuatu projek mestilah setakat 25 peratus atau RM10 juta saja, tertakluk kepada mana yang lebih tinggi.

Alias kemudian menghantar surat lain kepada Jabatan Pemerolehan Kementerian Kewangan bagi mendapatkan kelulusan mengenai pendahuluan berkenaan, dengan jaminan daripada Archipelago Insurance Limited.

Lima hari kemudian, Alias menerima surat balasan menyatakan Kementerian Kewangan mengekalkan keputusan terdahulu dan Kementerian Pendidikan mesti mematuhi semua peraturan terlebih dulu sebelum bayaran dikeluarkan.

10.25 pagi: Menurut Kamarudin, bekas ketua setiausaha KPM itu menghantar sepucuk surat daripada Jepak kepada perdana menteri yang bertarikh 21 April 2017.

Katanya, dia diarahkan untuk bertindak mengikut minit yang dijelaskan oleh perdana menteri dalam surat Jepak tersebut, yang berbunyi: "YBhg Datuk Sri Alias. Diluluskan permohonan ini. Sila keluarkan pendahuluan dengan segera.

Kamarudin berkata, dia kemudian mengambil tangkap layar perbualan di WhatsApp tersebut dan mencetaknya bersama surat Jepak untuk tujuan rekod.

10.20 pagi: Kamarudin memberitahu mahkamah, Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengirim sepucuk surat kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan pada 19 Apr 2017.

Surat itu, katanya, adalah untuk memajukan sepucuk surat lain daripada Jepak kepada perdana menteri - atas kapasitinya sebagai menteri kewangan - berisi permohonan bayaran awal sebanyak RM130 juta.

Jepak juga meminta perdana menteri mengarahkan Alias membuat bayaran tersebut tanpa sebarang penangguhan.

Katanya, kandungan surat itu berbunyi: "YBhg Datuk Sri Alias. Tolong tandatangan kontrak ini dengan segera."

10.15 pagi: Saksi kesepuluh, bekas Setiausaha Bahagian (SUB) di bahagian perolehan dan pengurusan aset Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kamarudin Abdullah kembali ke kandang saksi.

Menyambung keterangan saksinya, Kamaruddin berkata, Jepak Holdings gagal memenuhi syarat untuk mendapatkan pendahuluan RM130 juta bagi projek panel solar.

Hal itu dinyatakan dalam sepucuk surat dari Kementerian Kewangan kepada bekas ketua setiausaha KPM yang meminta bayaran pendahuluan berkenaan.

Surat kementerian kewangan berkenaan memaklumkan Jepak mengemukakan jaminan insurans daripada Archipelago Insurance Limited, yang tidak dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan.

Berdasarkan surat itu, Archipelago hanya dilesenkan di bawah pihak Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA).

Kementerian kewangan berkata, bagi mempercepat proses pembayaran, KPM perlu patuh pada peraturan kewangan sedia ada dan menandatangani kontrak perolehan dengan Jepak dalam kadar segera.

Ahli perniagaan kenal pasti 'Lawrence'

10:08 pagi:
Ahmed Farriq diminta mengenal pasti individu yang dikenalinya sebagai Lawrence, yang tidak hadir semalam.

Lawrence muncul melalui pintu saksi di mahkamah dan kemudian dikenal pasti.

Peguam bela, Azrul Zulkifli Stork mengambil peluang untuk bertanya soalan lanjut.

Beliau bertanya Farriq jika dia tahu dua individu yang mengambil dua beg dari kereta pembantu Rosmah, Rizal Mansor sebelum ke Seri Perdana.

Saksi itu menjawab tidak tahu.

Azrul kemudian menyatakan bahawa Farriq tidak tahu apa yang dilakukan mereka terhadap dua beg berkenaan, dan Farriq bersetuju.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib kemudian bertanya Farriq jika terdapat mana-mana kediaman lain dalam Seri Perdana.

Farriq menjawab dia tidak tahu.

10:02 pagi: Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan memasuki mahkamah dan prosiding bermula.

9.50 pagi: Tertuduh, Rosmah Mansor memasuki kandang saksi.

Saksi pendakwaan kesembilan, Ahmed Farriq Zainul Abidin, yang merupakan seorang ahli perniagaan memasuki kandang saksi.

Bekas Setiausaha Bahagian di Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset KPM, Kamarudin Abdullah akan menyambung semula kenyataan saksi yang dibacakannya hari ini sebelum disoal oleh peguam.

Saksi kesepuluh itu memberi keterangan semalam bahawa beliau telah diarahkan untuk menulis surat kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan untuk memohon Jepak Holdings mengambil alih penyelenggaraan dan operasi sistem janakuasa diesel (genset) di sekolah-sekolah luar bandar Sarawak.

Beliau juga telah menerima arahan daripada bekas menteri pendidikan Mahdzir Khalid untuk meminda Surat Setuju Terima (LOA) untuk Jepak Holdings bagi menghapuskan "Klausa 11".

Klausa 11 merujuk kepada hak kerajaan untuk menamatkan kontrak bila-bila masa.

Sebelum itu, ahli perniagaan Razak Othman semalam memberi keterangan bahawa beliau tidak tahu dengan tepat berapa banyak wang yang beliau dan rakan kongsinya, Pengarah Urusan Jepak Holding Saidi Abang Samsudin, telah masukkan ke dua beg yang diserahkan kepada individu yang dikenal pasti sebagai "RM".

Seorang lagi saksi, yang melihat beg itu dihantar ke Seri Perdana, tidak tahu bahawa ia mengandungi wang.

0e69b5025f96f4a09e05741268d86680.jpeg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/513974

Bekas KP SPRM Cadang Najib Di Dakwa - Saksi

09.03.2020 - Kuala Lumpur, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa bekas pesuruhjaya SPRM Abu Kassim Mohamed pernah memberi cadangan kepada pasukan petugas khas siasatan 1MDB agar Najib Razak didakwa.

Saksi pembelaan R Raja Gopal dalam keterangannya, berkata Abu Kassim membuat cadangan itu ketika pertemuan dengan pasukan itu pada 4 Julai 2015.

Raja Gopal, ketika itu termasuk dalam unit dalam jabatan siasatan jenayah komersial, berkata dia hadir ke pertemuan itu bagi mewakili ketua polis negara ketika itu, Khalid Abu Bakar.

Petugas khas siasatan 1MDB yang merangkumi pelbagai agensi diketuai peguam negara ketika itu, Abdul Gani Patail, dan antara lain dianggotai Khalid dan Zeti Akhtar Aziz (bekas gabenor Bank Negara).

Ia ditubuhkan bagi menyiasat isu RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadi Najib Razak, didakwa sebagai derma daripada keluarga diraja Arab Saudi, serta RM42 juta yang didakwa daripada SRC International.

Bagaimanapun, pada Julai 2015, kerajaan dilaporkan menamatkan khidmat Gani sebagai peguam negara atas alasan kesihatan.

4c6572f13a4534ebc309635c1be13f5c.jpg

Apandi Ali

Najib kemudian melantik Apandi Ali sebagai peguam negara baru, yang kemudiannya membersihkannya daripada segala kesihatan dalam isu derma RM2.6 bilion dan RM42 juta dana SRC.

Shafee: Ada sesiapa dalam mesyuarat (4 Julai 2016) mencadangkan agar tindakan mahkamah diambil dalam kes RM42 juta SRC International?

Raja Gopal: Dalam mesyuarat itu, daripada apa yang dikatakan Dzulkifli Ahmad (ketika itu DPP), saya dalam mesyuarat dengan Abu Kassim, yang kemudian mencadangkan agar Najib didakwa dalam kes RM42 juta dana SRC.

Shafee: Dia (Abu Kassim) mencadangkannya kepada petugas khas dan pengerusinya (Gani)?

Raja Gopal: (Cadangan) dibuat dalam (mesyuarat) petugas khas (pada 4 Julai 2015).

Shafee: Dia (Abu Kassim) cadangkan agar (Najib) didakwa?

Raja Gopal: Ya.

Shafee: Abu Kassim mencadangkan bahawa seorang perdana menteri didakwa berkaitan kes RM42 juta SRC?

Raja Gopal: Ya.

Berkenaan soalan Shafee sama ada pasukan petugas itu menerima cadangan Abu Kassim, Raja Gopal berkata tidak.

Shafee: Adakah peguam negara ketika itu (Gani) buat keputusan (untuk dakwa Najib)?

Raja Gopal: Tidak.

Raja Gopal berkata demikian ketika pemeriksaan utama dengan Shafee bagi perbicaraan kes RM42 juta SRC International terhadap Najib, di depan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali, hari ini.

Najib berdepan dengan tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram, berkaitan wang tersebut yang masuk ke akaun peribadinya.

9ea09ba726f2c1f8b0cede153f9f4725.jpg


Berkenaan soalan Shafee sama ada Abu Kassim membuat cadangan itu selepas SPRM mengambil keterangan Najib dalam kes SRC, Raja Gopal berkata dia tidak tahu tentangnya.

Katanya lagi, dia juga tidak sedar bahawa SPRM telah mengambil kenyataan daripada saksi utama, seperti bekas CEO SRC International Nik Faisal Ariff Kamil dan bekas pengarah SRC International Suboh Md Yassin, sebelum cadangan diberikan kepada petugas khas agar Najib didakwa.

Katanya, orang terbaik untuk menjawab soalan-soalan itu ialah pegawai penyiasat sendiri.

Ketika pemeriksaan balas dengan DPP V Sithambaram, Raja Gopal mengakui ingatannya berkenaan cadangan Abu Kassim itu dibantu setelah mendengar rakaman audio perbualan Najib dengan beberapa personaliti berkaitan 1MDB.

Antaranya ialah Dzulkifli dan isteri Najib, Rosmah Mansor.

Dzulkifli kemudian menggantikan Abu Kassim sebagai ketua pesuruhjaya SPRM pada Ogos 2016.

Abu Kassim kini menjadi ketua pengarah Pusat Governans, Integriti, dan Antirasuah Nasional (GIACC).

Zulkifli meletakkan jawatan di SPRM pada 14 Mei 2018, kira-kira seminggu PH menang PRU ke-14.

04605ab80c93375732ec9f1149f8da47.jpeg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/513929

Jho Low: Saya tak kawal akaun Najib, tak ada kuasa buat keputusan dalam 1MDB, SRC

82ccf771879105c8ffd3c251e5cbc691.jpg=s660


KES SRC | Dalam pertemuan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Low turut ditanya berkenaan akaun bank yang dimiliki Najib, yang dipercayai menerima wang yang dapat dikesan daripada 1MDB dan SRC International.

"Saya tak ada kebenaran atau akses kepada lima akaun ini.

"Saya bukan orang yang berautoriti untuk memeriksa baik dan menguruskan lima akaun ini.

"Seingat saya, ketika itu, saya tiada maklumat sama ada akaun-akaun ini milik perdana menteri (Najib)," katanya.

Sepanjang perbicaraan kes SRC, mahkamah diberitahu bahawa pegawai AmBank Joanna Yu mendapat arahan daripada Nik Faisal Ariff Kamil dan Jho Low berkenaan akaun Najib.

Mahkamah juga diberitahu, berdasarkan transkrip pesanan teks di telefon, Low masuk campur bagi pihak keluarga Najib - dengan cara menghubungi AmBank - apabila transaksi kad kredit Najib ditolak di sebuah kedai mewah di Hawaii pada 2014.

Bagaimanapun Jho Low menafikan dia menguruskan kad kredit Najib.

"Seingat saya, saya tidak tahu siapa pemegang kad platinum AmBank XXXX-XXXX-XXXX-5496 dan XXXX-XXXX-XXXX-8961, dan saya tidak menguruskan perbelanjaan dan pembayaran dua kad kredit ini.

"Saya tiada kebenaran atau akses untuk akaun-akaun ini. Saya tidak tahu berapa banyak kad kredit AmBank yang dimiliki perdana menteri, dan saya tiada mandat untuk menguruskan perbelanjaannya.

"Seingat saya, saya tidak tahu berkenaan pembayaran kad kreditnya dan juga sumber pendapatan yang masuk dalam akaun itu.

"Seingat saya, saya juga tidak tahu sama ada wang 1MDB/SRC dimasukkan ke dalam akaun-akaun itu," katanya lagi.

Dalam keterangannya, Low juga ditanya SPRM berkenaan setiap baris transkrip pesanan teks antaranya dengan pegawai bank yang menguruskan akaun Najib.

Bagaimanapun dia memberikan jawapan sama berkenaan setiap pesanan teks: "Seingat saya, saya tidak ingat ada perbualan itu, dan saya juga tidak faham konteks pesanan teks itu."

Najib kini dibicara terhadap tujuh pertuduhan pengubahan wang haram, pecah amanah jenayah dan salah guna kuasa melibatkan RM42 juta dana daripada SRC International.

Perbicaraan dibuat di depan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali.


Najib Ikrar Terus Lawan Di Mahkamah

29.02.2020 - Kuala Lumpur, Bekas perdana menteri Najib Razak berkata peletakan jawatan Peguam Negara Tommy Thomas di sebalik jangkaan peralihan kuasa di Putrajaya tidak akan beri kesan padanya, sebaliknya beliau mahu melawan pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa terhadapnya di mahkamah.

Najib beritahu FMT beliau tidak mahu tuduhan terhadapnya digugurkan seperti dalam kes Lim Guan Eng, yang pertuduhan rasuah berkait pembelian sebuah banglo di Pulau Pinang gugur selepas Pakatan Harapan menang pilihan raya umum 2018.

“Saya bukan Lim Guan Eng,” katanya, merujuk kepada bekas menteri kewangan.

Lim adalah ketua menteri Pulau Pinang apabila beliau dan seorang ahli perniagaan, Phang Li Khoon dituduh rasuah pada 2016. Beliau dituduh menyalahgunakan kedudukannya dalam meluluskan satu urus niaga tanah dan membeli sebuah banglo bawah harga pasaran daripada Phang.

Najib, yang meletakkan jawatan presiden Umno selepas parti itu tumbang dari kekuasaan, berharap akan dapat perbicaraan yang adil serta jaminan tidak akan ada campurtangan politik.

“Saya juga berharap perbicaraan saya akan dapat liputan yang adil di media dengan tajuk dan laporan yang tidak berat sebelah,” kata bekas pemimpin itu.

Najib berdepan 42 pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa berhubung transaksi melibatkan berbilion ringgit yang dikaitkan dengan 1MDB dan SRC International.

Beliau berkata demikian ketika bekas timbalannya, Muhyiddin Yassin, yang dipecat pada kemuncak saga 1MDB pada 2015, nampak seperti akan meraih sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan baru.

Awal minggu ini, peletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad menyebabkan perpecahan Pakatn Harapan, selepas beberapa ahli Parlimen keluar dan mencari sekutu baru.

Hari ini, beberapa hari selepas vakum politik di Putrajaya, parti-parti politik mengisytiharkan sokongan kepada Muhyiddin.

Selain partinya, Barisan Nasional yang didominasi Umno dan PAS mengesahkan sokongan kepada Muhyiddin. Gabungan pemerintah di Sarawak, GPS dan Warisan di Sabah juga dijangka menamakan Muhyiddin sebagai perdana menteri.

Sementara itu, Najib berkata beliau bersedia untuk melawan di mahkamah “untuk membuktikan apa yang saya lakukan sentiasa memikirkan kepentingan terbaik negara.”

Beliau berkata kenyataan Mahathir baru-baru ini membuktikan beliau betul tentang keadaan kewangan negara.

“Mahathir berkata kita ada simpanan RM2 trilion. Daripada jumlah itu, RM1.2 trilion terkumpul semasa pentadbiran saya.”

Ketika mengumumkan pakej rangsangan Covid-19 bernilai RM20 bilion semalam, Mahathir berkata Malaysia ada kira-kira RM2 trilion dalam bentuk dana institusi.

NAJIB-RAZAK-FMT-211119-2-768x480.jpg


Berita asal https://www.freemalaysiatoday.com/c...-jawatan-najib-ikrar-terus-lawan-di-mahkamah/

Jho Low Panggil Najib Bos - Saksi

27.02.2020 - Kuala Lumpur, Ketika politik negara mengalami ketidaktentuan, Najib Razak terus dibicarakan atas tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram.

Hari ini merupakan hari ke-84 beliau dibicarakan di depan hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali. Peguam kanan, Muhammad Shafee Abdullah bertindak sebagai ketua pasukan pembelaan, manakala Peguam Negara Tommy Thomas mengepalai pasukan pendakwaan.

10.58 pagi: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa ahli perniagaan dalam buruan Jho Low memanggil bekas perdana menteri Najib Razak sebagai “bos”.

Hal itu diberitahu pengarah urusan Putrajaya Perdana Bhd (PPB) Rosman Abdullah ketika pemeriksaan balas oleh timbalan pendakwa raya V Sithambaram.

Sithambaram bertanyakan saksi berhubung perbualan BBM antara dia dan Jho Low berhubung aliran wang RM27 juta ke akaun Ambank Najib.

Sithambaram: Dia (Jhow Low) minta kamu maklumkan kepada dia (tentang pindahan wang) supaya dia boleh maklumkan kepada bosnya.

Rosman: Ya. Itulah yang dia kata.

Sithambaram: Bila Jho Low sebut bos pada masa itu, kamu tahu dia rujuk kepada Najib?

Rosman: Ya.

Sithambaram: Kamu tahu daripada perbualan dengan Jho Low sebelum ini, bahawa Jho Low panggil Najib sebagai bosnya?

Rosman: Ya.

Sithambaram: Kamu juga tahu daripada Azlin (Alias, ketua setiausaha peribadi Najib ketika itu) bahawa Jho Low berhubung secara langsung dengan Najib?

Rosman: Ya.

Pemeriksaan balas oleh pasukan pendakwaan adalah berkenaan aliran keluar masuk wang berjumlah jutaan ringgit dari anak syarikat PPB, Putra Perdana Construction, dengan RM42 juta dikatakan masuk ke akaun Najib.

10.24 pagi: Pengarah urusan Putrajaya Perdana Bhd (PPB), Rosman Abdullah, enggan menjawab soalan daripada pasukan pembelaan Najib berkaitan dana RM117 juta yang disalurkan ke anak syarikat PPB.

Hal itu dibangkitkan dalam pemeriksaan utama oleh peguam bela Farhan Read.

Farhan bertanyakan Rosman tentang wang RM117 juta yang dikaitkan dengan RM42 juta yang didakwa dimasukkan ke akaun Najib antara Dis 2014 hingga Feb 2015.

“Bagaimanapun, saya tahu (having benefit of hindsight), jawapan saya terhadap sebahagian daripada soalan ini mungkin akan menunjukkan saya melakukan kesalahan jenayah. Saya mahu dapatkan panduan mahkamah,” kata Rosman di kandang saksi.

Farhan kemudiannya membacakan Seksyen 132 Akta Keterangan bahawa saksi tidak dikecualikan daripada menjawab atas alasan bahawa jawapan itu akan melibatkannya dalam jenayah.

Hakim kemudian mengarahkan Rosman untuk menjawab soalan peguam bela, dan menjelaskan saksi tidak akan didakwa, melainkan dia memberikan jawapan yang tidak benar.

10.13 pagi: Najib memasuki kandang tertuduh. Perbicaraan bermula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

1d63b7f3f8602b6d004a9935110368e6.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/512389

RM32J Masuk Akaun Najib Atas Arahan Jho Low - Saksi

26.02.2020 - Kuala Lumpur, Pengarah Urusan Kumpulan Putrajaya Perdana Bhd (PPB) memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini bahawa sejumlah RM32 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak atas arahan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.

Datuk Rosman Abdullah berkata wang berkenaan dipindahkan ke dalam akaun bekas perdana menteri yang berakhir dengan nombor 880 dan 906 pada 2014 melalui dua transaksi iaitu sebanyak RM27 juta pada 8 Julai, 2014 dan RM5 juta pada 10 Sep, 2014.

Bagaimanapun saksi pembelaan itu berkata pada waktu itu, beliau tidak mengetahui akaun berkenaan milik Najib.

"Semasa pemindahan wang itu, saya tidak tahu akaun AmPrivate Banking-1MY dan AmPrivate Banking-MY itu milik Najib. Saya terkejut apabila mendapati ada artikel di internet yang mendakwa akaun berkenaan milik Najib.

"Apabila saya ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Julai 2015, penyiasat juga memberitahu saya perkara yang sama," katanya ketika pemeriksaan utama oleh peguam Najib, Farhan Read.

Sebelum itu, Rosman, 53, memaklumkan mahkamah bahawa RM32 juta dipindahkan daripada RM170 juta yang dikreditkan ke akaun Putra Perdana Construction Sdn Bhd (PPC), anak syarikat PPB antara Julai dan September 2014.

Rosman berkata beliau diberitahu bahawa transaksi (RM170 juta) pada masa itu oleh Jho Low dan Jho Low memaklumkannya bahawa dana berkenaan merupakan pendahuluan bagi satu kontrak yang sedang beliau rundingkan untuk dimeterai oleh PPC.

"Beliau berkata beliau akan memastikan bahawa jika RM170 juta tidak digunakan untuk kontrak yang dicadangkan itu, beliau akan memastikan bahawa akan ada pembayaran balik tanpa liabiliti akan terakru kepada kumpulan PPB.

"Memandangkan Jho Low masih merupakan pemilik benefisial Kumpulan PPB pada masa itu, saya tidak fikir saya mempunyai hak dalam hal ini selagi tidak ada liabiliti kepada Kumpulan PPB apabila pembelian saham muktamad.

"Sebelum penangkapan saya oleh agensi antirasuah pada Julai 2015, Jho Low merupakan ahli perniagaan yang cekap dan boleh dipercayai dan kami menjadi, pada saya pada masa itu satu hubungan profesional yang mesra. Saya juga memikirkannya sebagai pengurus mikro.

"Berikutan penangkapan dan reman saya, dan kini mempunyai gambaran yang jelas mengenai apa yang berlaku dalam episod pemindahan RM170 juta itu, saya menggambarkannya sebagai penipu yang sangat licik dan berkesan dalam hal pemindahan berkenaan," kata saksi pembelaan kelapan itu.

Untuk rekod, Rosman adalah pemegang saham utama Kumpulan PPB melalui syarikat milik penuhnya, Cendana Destini Sdn Bhd dan syarikat itu memperoleh kepentingan dalam kumpulan PPB dari UBG Bhd, yang dimiliki Jho Low, pada harga pembelian RM240 juta.

Perjanjian penjualan itu pada 2012 tetapi pemerolehan berkenaan hanya selesai pada 13 April 2015 selepas harga pembelian sebanyak RM240 juta dibayar sepenuhnya.

Rosman berkata Jho Low masih pemilik benefisial kumpulan PPB pada masa transaksi RM170 juta berkenaan.

Najib membela diri terhadap tujuh pertuduhan menyeleweng RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, yang terdiri daripada tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), tiga pertuduhan melakukan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalah guna kuasa membabitkan dana SRC.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung esok.

8e13d89b19cf99b6be21e63ffa9fdac9.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/512342

Saya Rujuk Jho Low Untuk Keputusan Penting - Pengarah Putrajaya Perdana

26.02.2020 - Kuala Lumpur, Perbicaraan terhadap bekas perdana menteri Najib Razak melibatkan dakwaan penyalahgunaan dana SRC International Sdn Bhd memasuki hari ke-83 di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini.

LANGSUNG

3.05 petang:
Walaupun tiada peranan rasmi dalam Putrajaya Perdana Bhd (PPB) Group antara 2014 dan 2015, Jho Low menampakkan dirinya sebagai orang yang mengawal kumpulan itu melalui UBG Bhd, mahkamah diberitahu hari ini.

Ia dinyatakan pengarah urusan PPB Group Rosman Abdullah ketika pemeriksaan utama dengan peguam Farhan Read.

"JL (Jho Low) tiada peranan rasmi dalam PPB Group dalam tempoh dua tahun itu. Bagaimanapun JL menunjukkan kepada saya sepanjang 2011 hingga 2014, melalui kelakuan dan kenyataan, yang dia mengawal PPB Group melalui UBG Bhd.

"Saya hanya berurusan dengan JL untuk memperoleh PBB Group daripada UBG Bhd. Dia juga satu-satunya yang beri arahan kepada saya. Selain itu, saya merujuk kepada JL untuk keputusan besar dan penting.

"Pada masa itu, saya tiada sebab untuk ragu yang dia bertindak untuk kepentingan syarikat. Pada masa itu, JL mengawal PBB Group kerana buy-out tidak dijalankan dan pada saya (Jho Low) masih pemilik benifisiari PBB Group," kata Rosman.

Terdahulu, Rosman berkata pada 2012, Cendana Destini Sdn Bhd (milik penuhnya), memasuki perjanjian penjualan saham untuk membeli 100 peratus kepentingan dalam PBB Group daripada UBG Berhad, dengan harga saham berjumlah RM240 juta.

c9af1866f3f65127f633d1be73d6988f.jpg

2.56 petang: Pengarah Putrajaya Perdana Bhd Rosman Abdullah dipanggil sebagai saksi pembelaan.



Syarikat itu memiliki kaitan dengan Putra Perdana Construction, yang didakwa terlibat dalam pemindahan RM42 juta ke dalam akaun bank peribadi Najib Razak antara Disember 2014 dan Februari 2015.

2.38 petang: Najib masuk ke kandang tertuduh dan perbicaraan pun bermula.
Perbicaraan dakwaan penyalahgunaan dana SRC International membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak akan diteruskan tengah hari ini, selepas ditangguh semalam.


Prosiding di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali akan bermula jam 2.30 petang hari ini.

Semalam, prosiding tidak dapat diteruskan kerana pasukan pembelaan Najib belum menyelesaikan wawancara serta pernyataan bertulis untuk saksi mereka, Pengerusi Eksekutif Putra Perdana Bhd Rasman Abdullah

Mahkamah juga dimaklumkan bahawa Najib yang juga anggota parlimen Pekan telah dipanggil ke Istana Negara berhubung kemelut politik terkini tanah air, dan sebelum itu perlu hadir mesyuarat di PWTC.

Mesyuarat di PWTC dan panggilan mengadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkaitan dengan hasrat Agong untuk bertemu sendiri dengan semua 222 anggota parlimen.

Ia bagi menentukan pelantikan seorang perdana menteri baru. Pada masa ini, Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri sementara berikutan pergolakan politik yang berlaku sejak beberapa hari lalu.

Apabila prosiding bermula pada pukul 2.30 petang nanti, pasukan pembelaan dijangka memanggil Rasman sebagai saksi.

Sebelum Nazlan menyambung semula prosiding jam 2.30 petang ini, peguambela dijangka memanggil Rasman sebagai saksi.

Putra Perdana dikaitkan dengan Putra Perdana Construction, yang didakwa terlibat dalam pemindahan RM42 juta daripada akaun SRC International ke akaun peribadi Najib antara Disember 2014 dan Februari 2015.

ef2f838c291753b31c3de71c744be4b3.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/512243

Perbicaraan Di Teruskan Di Tengah - Tengah Kemelut Politik

26.02.2020 - Kuala Lumpur, Perbicaraan terhadap bekas perdana menteri Najib Razak melibatkan dakwaan penyalahgunaan dana SRC International Sdn Bhd memasuki hari ke-83 di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini.

Perbicaraan dakwaan penyalahgunaan dana SRC International membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak akan diteruskan tengah hari ini, selepas ditangguh semalam.

Prosiding di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali akan bermula jam 2.30 petang hari ini.

Semalam, prosiding tidak dapat diteruskan kerana pasukan pembelaan Najib belum menyelesaikan wawancara serta pernyataan bertulis untuk saksi mereka, Pengerusi Eksekutif Putra Perdana Bhd Rasman Abdullah

Mahkamah juga dimaklumkan bahawa Najib yang juga anggota parlimen Pekan telah dipanggil ke Istana Negara berhubung kemelut politik terkini tanah air, dan sebelum itu perlu hadir mesyuarat di PWTC.

Mesyuarat di PWTC dan panggilan mengadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkaitan dengan hasrat Agong untuk bertemu sendiri dengan semua 222 anggota parlimen.

Ia bagi menentukan pelantikan seorang perdana menteri baru. Pada masa ini, Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri sementara berikutan pergolakan politik yang berlaku sejak beberapa hari lalu.

Apabila prosiding bermula pada pukul 2.30 petang nanti, pasukan pembelaan dijangka memanggil Rasman sebagai saksi.

Sebelum Nazlan menyambung semula prosiding jam 2.30 petang ini, peguambela dijangka memanggil Rasman sebagai saksi.

Putra Perdana dikaitkan dengan Putra Perdana Construction, yang didakwa terlibat dalam pemindahan RM42 juta daripada akaun SRC International ke akaun peribadi Najib antara Disember 2014 dan Februari 2015.

ef2f838c291753b31c3de71c744be4b3.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/512243

Goldman Sachs Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Terbitan Bon 1MDB

24.02.2020 - Kuala Lumpur, Wakil Goldman Sachs International Ltd, yang berpangkalan di United Kingdom dan entitinya di Asia, Goldman Sachs (Asia) LLC dan Goldman Sachs (Singapura) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur berhubung terbitan bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai RM27.2 bilion (US$6.5 bilion).

Wakil syarikat itu, Ng Keng Leong membuat pengakuan tersebut selepas semua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah semasa pengurusan kes itu hari ini.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Zaki Asyraf Zubir, Norinna Bahadun, Aaron Chelliah dan Mohamad Mustaffa P Kunyalam mewakili pihak pendakwaan, manakala peguam Hisyam Teh Poh Teik, Krishna Dallumah, Datuk Prem Ramachandran dan Chetan Jethawani mewakili Goldman Sachs.

Zaki Asyraf memohon semua pertuduhan terhadap ketiga-tiga entiti itu dibicarakan bersama dan beliau juga memberitahu mahamah pihak pendakwaan akan memanggil 30 saksi untuk memberi keterangan.

Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan menetapkan tarikh perbicaraan pada 9, 10, 11, 12, dan 13 Nov tahun ini; 4, 5, 6, 7 dan 8 Jan 2021; 15, 16, 17, 18, 19, 22, 23, 24, 25 dan 26 Feb; 8, 9, 10, 11, 15, 16, 17 dan 18 Mac serta 5, 6, 7, 8, 12, 13, 14 dan 15 April.

Mahkamah juga menetapkan 18 Mei untuk pengurusan kes.

Pada Disember 2018, Malaysia memfailkan empat pertuduhan terhadap Goldman Sachs di Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur kerana didakwa meninggalkan fakta material berhubung penjualan bon terbitan antara anak syarikat 1MDB dengan Aabar Investments PJS Ltd (Aabar).

Kesalahan itu didakwa dilakukan di premis 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Aras 8, Menara IMC, No. 8, Jalan Sultan Ismail, di Kuala Lumpur antara 19 Mac 2012 hingga 11 Nov 2013.

Syarikat itu didakwa mengikut seksyen 179(c) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dan boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun dan didenda tidak kurang daripada RM1 juta, jika sabit kesalahan.

Jabatan Keadilan Amerika Syarikat menganggarkan kira-kira US$4.5 bilion diselewengkan daripada 1MDB antara 2009 hingga 2014.

fa0ccf156618e213ff58d0217136184f.jpeg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/512052

Mahkamah Tolak Permohonan Najib Untuk Paksa Saksi Di Temubual

24.02.2020 - Kuala Lumpur, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Najib Razak untuk memaksa seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar bersetuju ditemu bual oleh pasukan pembelaannya sebelum memberi keterangan dalam perbicaraan kes membabitkan SRC International Sdn Bhd.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali memutuskan bahawa hak Najib untuk mendapatkan perbicaraan yang adil tidak akan terjejas akibat keengganan saksi itu untuk ditemu bual memandangkan Penolong Pesuruhjaya Mohd Nasharudin Amir telah mengangkat sumpah untuk berkata benar walaupun hadir ke mahkamah selepas disepina.

“Beliau bukan saksi pendakwaan dan tidak ditawarkan kepada pembelaan sebagai saksi. Hakikat bahawa beliau adalah seorang penjawat awam dan bekas pegawai penyiasat untuk kes lain tidak mengubah perkara ini,” kata hakim itu.

Mohd Nasharudin adalah pegawai penyiasat dalam kes Najib yang membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebanyak RM2.28 bilion.

Dalam perkembangan lain, pendakwa ad-hoc V Sithambaram memberitahu mahkamah bahawa beliau dimaklumkan pihak pembelaan tidak akan memanggil pakar dokumen Australia Dr Stevens Strach susulan kebuntuan berkaitan syarat-syarat pelantikan Dr Strach.

Peguam Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pembelaan, mengesahkan perkara ini dan berkata mereka tidak diberikan sebarang laporan atau penemuan oleh Dr Strach daripada pemeriksaannya yang dijalankan pada 11 dan 12 Feb, selain laporan awal.

“Oleh itu, kami tidak akan memanggil Dr Strach untuk memberi keterangan,” kata Muhammad Shafee.

Sementara itu, Sithambaram berkata pendakwaan tidak mempunyai masalah untuk Najib memeriksa salinan asal rakaman audio yang dikeluarkan SPRM pada awal tahun ini namun mengecup hak untuk membantah kebolehterimaan rakaman audio itu atas alasan kerelevanan, keperluan atau sebarang alasan lain yang dibenarkan undang-undang.

Rakaman audio itu didakwa membabitkan kebocoran maklumat daripada Jabatan Peguam Negara kepada Najib ketika beliau menjadi perdana menteri, bersama beberapa rakaman perbualan telefon lain yang mempunyai kaitan dengan siasatan skandal 1MDB dan SRC International Sdn Bhd.

Menyentuh perkara lain, pendakwaan berkata mereka akan memberikan penyataan saksi SPRM yang tidak dapat dikesan kepada pembelaan, termasuk Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif SRC International Nik Faisal Ariff Kamil dan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho.

Sebagai respons, peguam Harvinderjit Singh berkata mereka akan meneliti kesemua penyataan itu.

Muhammad Shafee turut memaklumkan mahkamah bahawa bekas Peguam Negara Mohamed Apandi Ali telah ditetapkan untuk memberi keterangan dalam perbicaraan kes itu hari ini.

Bagaimanapun, Muhammad Shafee berkata oleh kerana ibu Mohamed Apandi tidak sihat, maka bekas peguam negara itu telah meminta untuk memberi keterangan pada tarikh lain kerana beliau ingin menziarahi wanita tersebut di Kelantan.

Najib sedang membela diri terhadap tujuh pertuduhan menyelewang RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, yang terdiri daripada tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), tiga pertuduhan melakukan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalah guna kuasa membabitkan dana SRC.

Perbicaraan bersambung esok.

0249d031dc29413a72c6e77636f4715d.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/512071

PM Thailand nafi bantu Jho Low

Jho_Low_1582528886.jpg


BANGKOK: Kerajaan Thailand memberi amaran akan menyaman parti pembangkang


kerana menuduh Perdana Menteri, Prayut Chan-O-Cha, melindungi ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.

Parti anti tentera, Future Forward Party, yang kini diharamkan, mendakwa Jho Low yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), pernah dilindungi oleh Prayut.

Parti ketiga terbesar di parlimen Thailand itu dibubarkan Jumaat lalu melalui perintah mahkamah dan pemimpin utamanya diharamkan menyertai politik selama sedekad.

Semalam, jurucakap parti itu, Pannika Wanich, dalam satu sidang umum menuduh Prayut membenarkan Jho Low dan sekutunya melarikan diri melalui Thailand.

Jho Low dikehendaki di beberapa negara kerana didakwa mendalangi penyelewengan berbilion dolar dana 1MDB.

Bagaimanapun, jurucakap kerajaan Thailand, Narumon Pinyosinwat, membidas kenyataan Pannika semalam, dengan menegaskan semua tuduhan itu tidak benar.

“Tuduhan ini mengelirukan orang ramai, kementerian berkaitan sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang dan akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat,” katanya di laman Twitter.

Prayut, ketika ditemui pemberita di luar pejabatnya di bangunan kerajaan, kelihatan tidak tergugat dengan tuduhan itu, malah nampak agak ceria bila ditanya mengenai tuduhan Pannika.

“Kementerian berkenaan sedang menyiasat dan jika mendapati tuduhan ini benar, mereka boleh saman,” katanya.

Interpol sudah mengeluarkan ‘notis merah’ terhadap Jho Low atas permintaan Singapura sejak 2016, bermakna semua perjalanan ahli perniagaan itu perlu dilaporkan dan melakukan proses ekstradisi individu yang diburu itu.

Pannika mendakwa rekod imigresen Thailand menunjukkan Jho Low pernah melalui negara itu lima kali antara 2016 hingga 2018.

Beliau juga mendakwa wujud unsur mengelirukan dalam rekod dua sekutu Jho Low, Tang Keng Chee dan Jasmine Loo, serta menuduh kerajaan Prayut ‘menghalang keadilan antarabangsa’.

Future Forward Party menjadi duri dalam daging kepada kerajaan Prayut sejak meraih 6.3 juta undi dalam pilihanraya.

Bagaimanapun, parti itu menghadapi masalah berikutan pinjaman AS$6 juta (RM25 juta) daripada pengasasnya, yang melanggar syarat derma minimum yang boleh diterima parti daripada seorang penderma. - AFP


Najib Nafi Laporan Dah Tandatangan SD Sokong Dr M

24.02.2020 - Kuala Lumpur, Bekas perdana menteri Najib Razak menafikan laporan yang mendakwa beliau menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Dr Mahathir Mohamad kekal sebagai perdana menteri.

Malah beliau menyatakan rasa terkejut apabila ada portal tertentu yang memetik namanya.

"Saya tidak pernah bercakap dengan The Malaya Post," kata Najib dalam catatan di Facebook pagi ini.

"Kenapa tiba-tiba petik nama saya?" soal Najib lagi.

Semalam, portal berita yang baru itu melaporkan Najib menandatangani SD sebagai menyokong Mahathir untuk mengetuai kerajaan campuran baru.

Bagaimanapun lapor portal berita berkenaan, Najib meletakkan beberapa syarat bagi menyokong kerajaan campuran itu.

Kedudukan Najib dalam mana-mana gabungan telah mencetuskan spekulasi ekoran cubaan pembentukan kerajaan campuran baru membabit Bersatu, segelintir pemimpin PKR, Umno dan PAS.

Umum mengetahui bahawa hubungan bekas presiden Umno itu dengan perdana menteri memang tegang sejak sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

Pembentukan kerajaan baru untuk menggantikan PH hangat diperkatakan semalam apabila pemimpin Bersatu, Umno, PAS, GPS dan Warisan bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong.

Presiden MIC SA Vigneswaran memberitahu media bahawa Bersatu telah keluar daripada PH manakalaTimbalan Presiden PKR Mohamed Azmin meninggalkan PKR.

Bagaimanapun perkara ini tidak disahkan oleh Azmin.

Begitu juga tidak ada pengumuman rasmi dari Mahathir atau mana-mana pihak mengenai perkara itu pada pagi ini.

Mahathir sendiri hanya muncul di mesyuarat Bersatu semalam, tetapi tidak hadir ke Istana Negara dan dan Hotel Sheraton Petaling Jaya.

d85145c03f224e4c12958951e8eca7ee.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/511988

Sapina Hanya Untuk Saksi Beri Keterangan Di Mahkamah, Kata DPP

24.02.2020 - Kuala Lumpur, Perbicaraan terhadap bekas perdana menteri Najib Razak melibatkan dakwaan penyalahgunaan dana SRC International Sdn Bhd memasuki hari ke-78 di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini.

LANGSUNG

11.30 pagi:
Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali membenarkan perbicaraan dihentikan selama 15 minit.

Apabila perbicaraan diteruskan, katanya, beliau akan memberikan keputusan untuk permohonan pasukan pembelaan Najib untuk mewawancara penolong pesuruhjaya SPRM Mohd Nasharudin Amir sebelum memberi keterangan untuk pembelaan bekas perdana menteri itu.

10.53 pagi: Pihak pendakwaan berhujah bahawa sapina hanya memerlukan penolong pesuruhjaya SPRM Mohd Nasharudin Amir untuk memberi keterangan dalam prosiding, tanpa perlu diwawancara pasukan pembelaan sebelumya.

DPP V Sithambaram berkata, pasukan pembelaan hanya ada hak bagi sapina saksi untuk datang ke mahkamah dan memberi keterangan, dan hak itu tidak termasuk agar saksi diwawancara mereka terlebih dahulu.

Beliau juga berkata, saksi sedia memberi keterangan berdasarkan apa yang dia tahu berkaitan kes SRC International terhadap Najib.

10.46 pagi: Peguam Najib Razak berkata pihaknya perlu mewawancara penolong pesuruhjaya SPRM Mohd Nasharudin Amir terlebih dahulu sebelum dia boleh memberi keterangan untuk pembelaan.

Peguam Harvinderjit Singh berhujah bahawa mereka hanya berhasrat mewawancara Nasharudin sebelum dia dipanggil untuk memberi keterangan dalam perbicaraan itu.

Harvinderjit berkata, Nasharudin boleh sahaja untuk tidak menjawab mana-mana soalan spesifik ketika sesi itu nanti.

Katanya, apa yang tidak betul ialah untuk Nasharudin sama sekali enggan diwawancara pasukan pembelaan.

Nasharudin adalah pegawai penyiasat dalam kes dana 1MDB berjumlah RM2.28 juta terhadap Najib.

2413a886188e6643e369f7997c09f2c7.jpg
Harvinderjit Singh
10.30 pagi: Bekas perdana menteri Najib Razak masuk ke kandang tertuduh dan prosiding pun bermula.

Peguam Harvinderjit Singh mula memberi hujah berkenaan permohonan pembelaan untuk mewawancara penolong pesuruhjaya SPRM Mohd Nasharudin Amir sebelum Nasharudin memberi keterangan untuk pembelaan Najib.

Nasharudin merupakan antara beberapa saksi yang ingin dipanggil pembelaan untuk prosiding minggu ini.

10.27 pagi: Bekas peguam negara Apandi Ali dilihat berada di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Difahamkan beliau sebelum ini disapina untuk memberi keterangan dalam peringkat pembelaan perbicaraan kes SRC Najib.

aa9631e8d3c9756d8eca56173be7dfda.jpeg
Apandi Ali
10.20 pagi: Najib dilihat masuk semula ke Mahkamah Tinggi dan duduk di barisan depan galeri awam sementara menunggu perbicaraan kes SRC bermula.

10.13 pagi: Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali membenarkan permohonan pembelaan untuk membebaskan dan menggugurkan dakwaan berkaitan LTTE terhadap adun Seremban Jaya P Gunasekaran.

Hakim membenarkan permohonan yang dibuat peguam Ramkarpal Singh menurut Seksyen 254(3) Kanun Prosedur Jenayah.

Gunasekaran dilihat tersenyum dan memberi tunduk hormat selepas mendengar keputusan itu.

Selepas prosiding, Gunasekaran dan penyokongnya, antaranya penasihat DAP Lim Kit Siang, dilihat keluar dari mahkamah.

Selepas ini, perbicaraan kes rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana SRC berjumlah RM42 juta membabitkan Najib Razak akan bermula.

9.44 pagi: Peguam Najib Rahmat Hazlan memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa ketua pasukan pembelaan Muhammad Shafee Abdullah hanya dapat hadir ke perbicaraan pada pukul 10.30 pagi.

Razlan berkata ini kerana Shafee perlu ke klinik.

Nazlan membenarkan prosiding disambung semula pada pukul 10.30 pagi.

Sementara itu, Adun Seremban Jaya P Gunasekaran dilihat masih di galeri awam, menunggu perbicaraan kes berkaitan LTTE terhadapnya bermula.

Difahamkan satu lagi kes berkaitan LTTE adun DAP itu telah diadakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang berbeza dan dia telah dibebaskan daripada tuduhan itu.

9.20 pagi: Najib keluar dari mahkamah seketika kerana ada kes lain untuk didengar hakim, iaitu kes berkaitan LTTE terhadap Adun Seremban Jaya P Gunasekaran.

Peguam adun DAP itu, RSN Rayer memberitahu pemberita bahawa pihak pendakwaan akan memohon pembebasan dan pengguguran dakwaan terhadap anak guamnya.

Turut dilihat di mahkamah ialah peguam negara Tommy Thomas.

9 pagi: Tertuduh memasuki mahkamah.

Perbicaraan kes rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan Najib Razak dan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) memasuki hari ke-81.

Tidak seperti selalu, perbicaraan di depan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, hari ini berlangsung bawah bayangan berlakunya perubahan kerajaan.

Untuk rekod, Najib didakwa di mahkamah atas puluhan tuduhan selepas PH menawan Putrajaya dan mengetepikan BN - yang dipimpin beliau sebelum ini - melalui pilihan raya umum ke-14 pada 2018.

Hari ini hakim akan memberikan keputusan terhadap permohonan pasukan pembelaan untuk menemu bual pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Nasharudin Amir, sebelum memberikan keterangan sebagai saksi.

Mohd Nasharudin ialah penolong pesuruhjaya SPRM yang terlibat dalam siasatan skandal SRC.

Muhammad Shafee Abdullah bertindak sebagai ketua pasukan pembelaan Najib, manakala Peguam Negara, Tommy Thomas, bertindak mengepalai pasukan pendakwaan.

0840b9d84b40b58b4526797202649b5f.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/511985

Nasib Permintaan Pembelaan Akan Di Ketahui

24.02.2020 - Kuala Lumpur, Perbicaraan kes rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan Najib Razak dan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) memasuki hari ke-81.

Tidak seperti selalu, perbicaraan di depan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, hari ini berlangsung bawah bayangan berlakunya perubahan kerajaan.

Untuk rekod, Najib didakwa di mahkamah atas puluhan tuduhan selepas PH menawan Putrajaya dan mengetepikan BN - yang dipimpin beliau sebelum ini - melalui pilihan raya umum ke-14 pada 2018.

Hari ini hakim akan memberikan keputusan terhadap permohonan pasukan pembelaan untuk menemu bual pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Nasharudin Amir, sebelum memberikan keterangan sebagai saksi.

Mohd Nasharudin ialah penolong pesuruhjaya SPRM yang terlibat dalam siasatan skandal SRC.

Muhammad Shafee Abdullah bertindak sebagai ketua pasukan pembelaan Najib, manakala Peguam Negara, Tommy Thomas, bertindak mengepalai pasukan pendakwaan.

LANGSUNG

9.20 pagi: Najib keluar dari mahkamah seketika kerana ada kes lain untuk didengar hakim.

9 pagi: Tertuduh memasuki mahkamah.

0840b9d84b40b58b4526797202649b5f.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/511985

Najib, Rosmah Habiskan 3 Jam Periksa Barangan Di Sita Di BNM

22.02.2020 - Kuala Lumpur, Bekas perdana menteri Najib Razak, isteri Rosmah Mansor dan anak mereka Nooryana Najwa selesai melakukan pemeriksaan secara fizikal ke atas barang yang didakwa mempunyai kaitan dengan siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini.

Timbalan Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA), Urusetia Ketua Polis Negara Bukit Aman, ACP Amran Yaacob berkata pasangan itu bersama anaknya melakukan pemeriksaan berkenaan lebih tiga jam sejak tiba di BNM pada jam 9.15 pagi.

“Mereka ditemani peguam masing-masing dan proses itu berjalan lancar,” katanya ketika dihubungi Bernama, di Kuala Lumpur.

Amran berkata pihaknya akan menentukan sama ada satu pemeriksaan semula dilakukan selepas ini.

Pada 3 Feb lepas, Bernama melaporkan Hakim Mohamed Zaini memerintahkan pendakwa raya membenarkan Najib, Rosmah dan Nooryana memeriksa barang berkenaan secara fizikal.

Antara syarat ditetapkan pemeriksaan itu mesti dilakukan di premis yang ditetapkan oleh pihak pendakwaan dan hanya dilakukan sekali dalam tempoh dua minggu dari tarikh perintah dikeluarkan.

73d6b67f7da8bb99d1540cf535a05dd8.jpeg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/511861

Perbicaraan Najib ditangguh, Shafee perlu bersiap majlis kahwin anak

17.02.2020 - Kuala Lumpur, Perbicaraan bekas perdana menteri Najib Razak bagi kes 1MDB melibatkan RM2.28 bilion yang dijadualkan bermula esok (18 Feb) dan Jumaat (21 Feb) ditangguhkan ke 2 Mac.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Collin Lawrence Sequerah membenarkan permohonan penangguhan yang dibuat peguam bela Muhammad Shafee Abdullah tengah hari tadi.

Timbalan Pendakwa Raya Akram Gharib mengesahkan penangguhan kes ini.

Terdahulu semasa perbicaraan SRC International yang melibatkan RM42 juta hari ini, Shafee memaklumkan kepada Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bahawa pihak peguam bela meminta penangguhan perbicaraan kes 1MDB di hadapan Sequerah.

Shafee memberitahu bahawa penangguhan itu kerana anak lelakinya akan berkahwin pada 20 Feb minggu ini dan dia (Shafee) perlu mengambil bahagian dalam persiapan perkahwinan itu yang akan berlangsung di Pulau Pinang.

Anak Shafee, Muhammad Farhan juga seorang peguam.

"(Pada mulanya), saya tidak tahu bahawa saya akan terlibat (dalam persiapan perkahwinan). Ia (mempunyai kaitan dengan) budaya Melayu Pulau Pinang, 'tarian semarak'.

"Nasib baik, bukan saya yang berkahwin," Shafee memberitahu hakim.

Peguam veteran itu berkahwin sebanyak tiga kali dan status perkahwinannya menjadi sebahagian daripada hujah untuk mendapatkan semula pasportnya bagi kunjungan kerja ke Australia tahun lepas.

Peguam Shafee, Harvinderjit Singh, memberitahu Mahkamah Rayuan bahawa anak guamnya tidak berisiko melarikan diri ke luar negara kerana "dia mempunyai tiga isteri, keluarganya semuanya di sini".

Shafee menghadapi dua pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM9.5 juta yang didakwa diterima daripada Najib.

Dia juga didakwa di bawah Akta Cukai Pendapatan dengan dua tuduhan membuat perisytiharan palsu kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri dengan tidak memasukkan RM9.5 juta dalam pemfailan cukai untuk tahun itu.

Peguam yang berusia 68 tahun itu sedang menunggu perkahwinan anak lelakinya juga merupakan sebahagian daripada pasukan pembelaan.

Pada 13 Nov tahun lepas, perbicaraan kes 1MDB melibatkanRM2.28 bilion Najib ditangguhkan kerana kedua-dua saksi pendakwaan utama, bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan Shafee, mengambil cuti sakit (MC) pada hari itu.

Perbicaraan kini berada di peringkat pendakwaan di mahkamah, dengan Shafee menjalankan pemeriksaan balas terhadap Shahrol Azral.

Perbicaraan adalah mengenai 21 dakwaan pengubahan wang haram dan empat pertuduhan penyalahgunaan kuasa berhubung dana RM2.28 bilion daripada 1MDB.

49e426f49357d5870edd0c88f1fa261f.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/511140

Peguam Bela Minta Temu Bual Saksi Dulu

17.02.2020 - Kuala Lumpur, Pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Nasharudin Amir, memberi keterangan sebagai saksi ketujuh pembelaan dalam perbicaraan Najib Razak hari ini.

Mohd Nasharudin ialah pegawai agensi antirasuah itu yang berpangkat penolong pesuruhjaya dan menjadi antara penyiasat kes 1MDB.

Najib dibicarakan atas tuduhan melakukan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan 42 juta dana SRC International Sdn Bhd (SRC).

Perbicaraan dijalankan di depan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali. Peguam Negara, Tommy Thomas, bertindak sebagai ketua pendakwaan, manakala Muhammad Shafee mengetuai pasukan pembelaan.


LANGSUNG

10.10 pagi: Shafee membuat permohonan lisan agar hakim mengarahkan Mohd Nasharudin ditemu bual oleh peguam bela sebelum memberi keterangan di mahkamah.

Kata Shafee, hal itu perlu kerana pegawai terbabit enggan ditemu bual sedangkan ia penting untuk mereka di peringkat pembelaan sekarang.

"Kami berhak menemu bual saksi agar kami mendapat bukti yang relevan, supaya tiada bukti mengarut didatangkan ke mahkamah, dalam usaha memastikan perbicaraan yang adil," katanya.

Bagaimanapun Thomas berhujah, seseorang saksi boleh memilih untuk tidak ditemu bual sebelum memberi keterangan dan ia adalah proses biasa.

Kata peguam negara itu, Mohd Nasharudin sudah ada di bilik saksi dan bersedia memberi keterangan sebagai saksi ketujuh pembelaan.

10.06 pagi: Najib memasuki kandang tertuduh

9.59 pagi: Najib memasuki mahkamah dan mengambil tempat di kerusi depan.

Turut kelihatan bersedia untuk memulakan perbicaraan ialah Peguam Negara, Tommy Thomas, timbalan-timbalan pendakwa raya dan peguam bela Najib.

Perbicaraan hari ini bermula sedikit lewat kerana peguam bela Najib perlu menguruskan hal berkaitan tertuduh terlebih dulu.

7da2b970b9d92e5fea284ee8a22be9bf.jpg


Berita https://www.malaysiakini.com/news/511089

Justo Dakwa 2 Bekas Pengarah Petrosaudi Berada Di Eropah

15.02.2020 - Kuala Lumpur, Warganegara Switzerland, Xavier Andre Justo mendakwa bekas pengarah Petrosaudi International yang dikehendaki oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes 1MDB kini berada di Eropah.

Justo - bekas pegawai eksekutif Petrosaudi International yang pernah mendedahkan skandal 1MDB di peringkat global - mendakwa tahu di mana Tarek Obaid dan Patrick Mahony.

Bercakap kepada Free Malaysia Today, Justo mendakwa Tarek berada di Switzerland manakala Mahony menetap di Switzerland dan United Kingdom.

"Saya ada kawan-kawan di Geneva yang tahu (mana mereka)," katanya kepada portal berkenaan.

Pada 10 Februari lalu, SPRM memfailkan pendakwaan terhadap Tarek, Mahoney dan ahli perniagaan yang dikehendaki, Jho Low tanpa kehadiran tertuduh berhubung kes pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan 1MDB.

Ini menyebabkan waran tangkap dikeluarkan kepada kedua-dua bekas pengarah Petrosaudi International Limited (PSI) berkenaan, yang menjadi individu utama dalam pemeteraian usaha sama syarikat itu dengan 1MDB.

Ketiga-tiga mereka didakwa melakukan komplot jenayah untuk membolehkan bekas Perdana Menteri Najib Razak menggunakan kedudukannya untuk menerima rasuah lebih RM60 Juta.

Najib kini menghadapi tuduhan rasuah berhubung 1MDB dan SRC International.

Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya, langkah itu diambil sebagai sebahagian daripada siasatan dan usaha mendapatkan semula dana 1MDB dan SRC International.

SPRM telah memaklumkan perkara itu kepada Interpol.

Bagaimanapun, sehingga berita ini ditulis, Low, Obaid, dan Mahony masih tiada dalam senarai merah Interpol.

Sementara itu, Justo dipetik berkata beliau "gembira" waran tangkap dikeluarkan terhadap Tarek dan Mahoney dan berkata, pihak berkuasa mempunyai "tanggungjawab moral" untuk menangkap mereka.

Justo dipenjarakan di Thailand pada 2015 kerana didakwa memeras ugut bekas majikannya sebagai balasan untuk tidak mendedahkan maklumat sulit berkaitan 1MDB.

Beliau kemudian membocorkannya kepada Sarawak Report dan The Edge Media Group, mendorong siasatan terhadap 1MDB di beberapa negara.

e55b64a8c2d3b9bc71e0f85406206547.jpeg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/510934

Pendakwa Mahu Lanjut Masa Untuk Najib, Keluarga Periksa Barang Di Rampas

14.02.2020 - Kuala Lumpur, Pihak pendakwaan akan memfailkan permohonan bagi melanjutkan masa berhubung perintah mahkamah untuk membenarkan bekas Perdana Menteri Najib Razak dan keluarganya memeriksa barang-barang yang disita berkaitan siasatan 1MDB.

Timbalan Pendakwa Raya, Harris Ong memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini bahawa permohonan itu akan difailkan kerana masa tidak mencukupi untuk mematuhi perintah agar Najib, isterinya Rosmah Mansor dan anak perempuan pasangan itu Nooryana Najwa meneliti barang-barang yang dirampas Isnin depan.

Pada 3 Feb, mahkamah membenarkan permohonan Najib dan keluarganya memeriksa barang-barang berkenaan, yang kini disimpan dalam bilik kebal di Bank Negara, untuk membantu mereka menyediakan pembelaan terhadap saman pelucuthakan 1MDB.

Harris memberitahu Hakim Mohamed Zaini Mazlan walaupun kedua-dua pihak bersetuju pemeriksaan diadakan hari ini, namun ia tidak dapat dilakukan.

"Petang semalam, (kami) telah dimaklumkan (oleh Bank Negara) yang pemeriksaan tidak boleh dilakukan hari ini berkaitan isu keselamatan," katanya.

Zaini berkata adalah menjadi tanggungjawab pihak pendakwaan bekerjasama dengan Bank Negara berkaitan isu keselamatan semasa proses pemeriksaan dijalankan.

Hakim kemudiannya mengarahkan pihak pendakwaan memfailkan permohonan melanjutkan pada hari ini dan pengurusan kes ditetapkan Isnin depan bagi menetapkan tarikh pendengaran.

Ketika ditemui selepas prosiding, peguam Nur Syahirah Hanapiah yang mewakili Najib dan keluarganya berkata, mereka menerima e-mel daripada Bank Negara lewat petang semalam yang mengatakan gabenor bank pusat itu mahu pemeriksaan dijalankan pada hujung minggu.

"Oleh kerana kami menerima notis yang singkat, ia sudah terlambat (untuk melakukan pemeriksaan pada hujung minggu)," katanya.

Pada 18 Julai tahun lepas, Najib memfailkan permohonan untuk memeriksa dan mendapatkan butir-butir barangan yang dirampas pada 17 Mei 2018 ketika serbuan di kediaman yang dikaitkan dengannya.

Beliau meminta gambar berwarna bagi item-item berkenaan dan butiran terperinci.

Rosmah dan Nooryana Najwa kemudian memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran untuk memeriksa barang berkenaan secara fizikal.

Barang-barang yang mahu diperiksa oleh bekas perdana menteri dan keluarganya bernilai RM10 juta daripada saman pelucuthakan RM31 juta terhadap Najib, Rosmah, Nooryana Najwa, abangnya Norashman dan anak tiri Najib Riza Aziz, serta beberapa yang lain.

Saman pelucuthakan itu juga mensasarkan, antara lain, bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng, isterinya Lim Hwee Bin, Kee Kok Thiam yang didakwa merupakan rakan Jho Low dan Rembulan Kembara Sdn Bhd.

Pemegang saham bagi Rembulan Kembara ialah bapa Low iaitu Larry Low.

43bd3d1ac19f616b77152b78983a4916.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/510805

Raja Abdullah Penyokong "Kuat" Kepimpinan Najib - Anifah

13.02.2020 - Kuala Lumpur, Bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman mendedahkan kepada Mahkamah Tinggi hari ini bahawa mantan Raja Arab, Almarhum Raja Abdullah merupakan seorang penyokong kuat Datuk Seri Najib Razak.

Anifah yang tampil sebagai saksi pembelaan perbicaraan SRC International Sdn Bhd yang sudah masuk hari ke-80 hari ini menyatakan perkara itu ketika membaca keterangan saksinya di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Malah kata Anifah, Raja Abdullah sememangya seorang yang begitu kagum dengan cara bekas perdana menteri menerajui negara sehingga menawarkan sumbangan derma bagi kegunaan politik Najib.

“Raja Abdullah mahu memberikan sumbangan derma kepada Najib kerana beliau kagum melihat cara negara ini diterajui dalam kesederhanaan.

“Sumbangan itu juga diberikan kerana mahu membantu mengekalkan kestabilan sedia ada terutamanya dengan mengekang pengaruh ekstremisme yang tidak baik dari luar.

“Pada masa sama, Raja Abdullah juga mendapat tahu Malaysia bakal berdepan dengan Pilihan Raya Umum ke-13 dalam tempoh kurang dari tiga tahun ketika mesyuarat itu diadakan,” kata beliau dalam keterangan saksi itu.

Anifah juga menceritakan bagaimana akrab hubungan Raja Abdullah dan Najib sehingga ada satu ketika apabila Najib begitu terpesona melihat sebuah lukisan yang mempamerkan kuda jantan Arab di laluan keluar Istana di Riyadh.

Raja Abdullah yang menyedari keterujaan itu dengan segera menawarkan seekor kuda Arab kepada Najib.

“Raja Abdullah mengambil maklum pujian itu dan menawarkan kepada Najib salah seekor kuda Arab jantan yang dimilikinya. Namun begitu, Najib telah menolaknya dengan sopan sambil menyatakan beliau tidak pandai menunggang kuda,” kata Anifah.

“Apa yang saya lihat di situ, tawaran seperti itu sudah menunjukkan betapa hubungan mereka sangat rapat malah saya boleh katakan mereka sudah umpama ‘anak dan bapa’ bagi bertemu apatah sering berpegang tangan dengan begitu erat,” ujarnya.

Najib ketika ini sedang membela diri terhadap tujuh pertuduhan menyeleweng RM42 juta dana SRC International yang terdiri daripada tiga pertuduhan jenayah pecah amanah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya berkaitan dengan dana SRC.

MGF13022020_Mahkamah-KL_06-1.jpg


Berita asal https://malaysiagazette.com/2020/02/13/raja-abdullah-penyokong-kuat-kepimpinan-najib-anifah/

Najib Arah Projek Penjana Diesel Di Ganti Dengan Solar Tanpa Ujian Rintis

13.02.2020 - Kuala Lumpur, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa bekas perdana menteri Najib Razak mengarahkan supaya projek penjana diesel digantikan dengan solar hibrid bagi sekolah luar bandar Sarawak seperti dicadangkan oleh Jepak Holdings Sdn Bhd, tanpa melalui ujian rintis.

Bekas Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan, Dr Madinah Mohamad, 63, berkata Najib telah mengeluarkan arahan 'sila laksanakan seperti minit saya dulu' kepada Menteri Pendidikan Mahdzir Khalid pada minit bertarikh 7 Jun 2016.

"Dengan minit ini, ujian rintis dan kajian terperinci terhadap projek solar hibrid tidak boleh diteruskan lagi. Ini adalah kerana ujian rintis dan kajian terperinci mengambil masa untuk diselesaikan.

"Selain itu, keputusan serta takat pelaksanaan projek solar hibrid adalah bergantung kepada input yang diterima daripada ujian rintis dan kajian terperinci yang telah dibuat," katanya ketika membacakan penyataan saksinya pada hari keenam perbicaraan kes rasuah Rosmah Mansor berhubung projek tenaga solar.

Madinah yang juga bekas ketua audit negara, berkata arahan Najib itu dikeluarkan dalam jangka masa yang dekat dengan protes yang dibuat oleh Rayyan Radzwill Abdullah, rakan kongsi kepada Pengarah Urusan Jepak, Saidi Abang Samsudin berkenaan pelaksanaan projek solar hibrid secara ujian rintis.

“Rayyan juga tidak mahu ujian rintis dilaksanakan kerana ia akan menangguhkan proses kelulusan projek itu kepada Jepak dan Jepak terpaksa menanggung risiko kewangan sekiranya ujian rintis gagal,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib.

Saksi pendakwaan keenam itu berkata projek solar hibrid berkenaan mendapat sokongan "PM" (merujuk kepada Najib) seperti yang sering disebut oleh Rayyan.

Menurutnya, Mahdzir terus bersetuju untuk melaksanakan projek solar hibrid selepas mendapat minit daripada Najib dan mengarahkan beliau untuk bertindak segera.

2e51cf9ee9c6b1d5cfeb0390e42758de.jpg


Saksi itu berkata berdasarkan pengalamannya, walaupun Najib sering memberikan arahan melalui minit atas surat, bekas perdana menteri tersebut jarang memohon maklum balas daripada Kementerian Pendidikan berkenaan arahannya kecuali untuk kes yang luar biasa.

"Daripada pemerhatian saya, kes yang luar biasa adalah projek yang berupaya memberi manfaat politik kepada Najib. Bagi kes sebegitu, Najib akan bertanya status dan tindakan yang telah diambil sama ada daripada saya atau Mahdzir ketika mesyuarat atau di luar mesyuarat,” katanya.

Menurut Madinah, cadangan pelaksanaan projek solar hibrid diketengahkan oleh Jepak secara tiba-tiba untuk menggantikan projek penjana diesel dan projek baru itu mendapat kelulusan dan arahan pelaksanaan daripada Najib sendiri.

Katanya, Jepak menganggarkan pelaksanaan projek solar hibrid itu akan menelan belanja sebanyak RM1.25 bilion bagi tempoh lima tahun.

“Jepak tidak pernah membekalkan perincian kewangan yang teliti berhubung dengan pecahan RM1.25 bilion dalam tempoh jawatan saya sebagai KSU Kementerian Pendidikan," katanya yang turut memaklumkan Kementerian Pendidikan tidak mempunyai sebarang perancangan pembangunan untuk menggantikan projek penjana diesel dengan sistem solar hibrid.

Rosmah, 68, berdepan tuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan sebanyak RM6.5 juta daripada Saidi menerusi bekas pembantu Rosmah iaitu Rizal Mansor.

Ia sebagai dorongan untuk membantu Jepak mendapatkan projek mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Penjana/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra, di Kuala Lumpur, kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, dan di Kediaman Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya, antara Januari 2016 dan 7 Sept, 2017.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung Isnin depan.

079f38728cf77423cc5e8c7d57bd2a45.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/510744

Tak Wajar Guna Sumbangan Saudi Untuk Beli Jam Tangan Mewah - Anifah

13.02.2020 - Kuala Lumpur, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini diberitahu adalah tidak wajar bagi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membeli jam tangan mewah untuk isterinya Datin Seri Rosmah Mansor menggunakan sumbangan yang dikatakan daripada Arab Saudi.

Bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, 67, berkata beliau bersetuju dengan cadangan Timbalan Pendakwa Raya Datuk V. Sithambaram berhubung penggunaan sumbangan yang dikatakan daripada Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud.

Sithambaram: Beli jam tangan Chanel berharga setengah juta ringgit untuk isteri Najib, adalah penggunaan yang tidak wajar?

Anifah: Sudah tentu tidak (wajar).

Sebelum ini, dikemukakan di mahkamah bahawa Najib membelanjakan US$130,625 (RM466,330.11) di butik Chanel di Honolulu, Amerika Syarikat pada 2014 untuk membeli seutas jam tangan mewah sebagai hadiah hari jadi Rosmah.

Terdahulu, semasa membacakan kenyataan saksinya, bekas Ahli Parlimen Kimanis itu berkata difahamkan Raja Abdullah tidak mahu sumbangan wang itu “disalurkan secara tidak jelas” kerana ia mungkin mendatangkan masalah dalam penyalurannya dan meletakkan wang itu dalam akaun peribadi Najib bagi membolehkan menjadikannya lebih mudah dikawal.

Anifah, yang merupakan saksi keenam pihak pembelaan, memberitahu mahkamah bahawa bekas perdana menteri ada bertanya pendapatnya tentang sumbangan kewangan dipindahkan ke dalam akaun bank peribadinya.

"Saya beri jaminan kepada beliau bahawa ia tidak apa-apa kerana sumbangan itu untuk digunakan bagi tujuan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan politik dan adalah menjadi amalan biasa dalam UMNO bagi presiden parti bertanggungjawab secara peribadi terhadap sebahagian besar dana politik," katanya.

Katanya Najib memberitahunya bahawa sumbangan itu untuk tujuan CSR dan Kabinet tidak dimaklumkan berhubung sumbangan itu kerana ia merupakan sumbangan peribadi daripada Raja Abdullah kepada Najib.

Kepada soalan lain, Anifah berkata beliau tidak pernah bertemu dengan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low semasa beliau memegang jawatan sebagai menteri luar.

Sebelum prosiding berakhir hari ini, peguam mewakili Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bahawa laporan oleh seorang pakar tulisan tangan mengenai tandatangan Najib pada 13 dokumen utama SRC International Sdn Bhd akan siap pada 26 Feb.

"Pakar telah selesai memeriksa dokumen yang dipertikaikan semalam, dan boleh menyiapkan laporan itu, selewat-lewatnya pada 26 Feb. Sekiranya pakar lambat menyerahkan laporannya itu, kami akan memberikan laporan itu kepada pihak pendakwaan dalam tempoh 12 jam," katanya.

Bagaimanapun, Sithambaram berkata, mustahil untuk pihak pendakwaan meneliti laporan itu dalam masa singkat.

Berikutan itu, Hakim Mohd Nazlan memerintahkan pihak pembelaan untuk memberi maklumat terkini mengenai laporan itu pada Isnin.

Muhammad Shafee juga memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pembelaan akan mengaturkan pegawai penyiasat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dikenali sebagai Nasarudin, untuk memberi keterangan pada Isnin minggu depan sebagai saksi ketujuh pihak pembelaan.

Najib sedang membela diri terhadap tujuh pertuduhan menyalahgunakan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd, terdiri daripada tiga pertuduhan jenayah pecah amanah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya berhubung dengan dana SRC.

Perbicaraan bersambung Isnin.

cfb0eefe754d74768424a458e0820e04.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/510735

Najib Tolak Tawaran Hadiah Kuda Jantan Dari Raja Saudi - Anifah

13.02.2020 - Kuala Lumpur, Perbicaraan kes terhadap bekas PM Najib Razak yang dituduh menyelewengkan RM42 juta dana SRC di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bersambung lagi.

9.58 pagi - Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan DPP V Sithambaram untuk rehat selama sejam.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membenarkan perkara itu apabila DPP mengatakan pihak pendakwaan hanya diberikan cuma satu salinan pernyataan saksi menteri luar Anifah Aman sekitar jam 2 pagi tadi.

Sithambaram berkata pihak pendakwaan memerlukan masa ini untuk menyediakan soalan untuk pemeriksaan balas terhadap saksi pembelaan keenam, Anifah.

Terdahulu, peguam bela memimpin Muhammad Shafee Abdullah telah membungkus pemeriksaan ringkas Anifah.

9.53 pagi - Bekas menteri luar Anifah Aman menggambarkan pertemuan antara mantan perdana menteri Najib Razak dan Raja Abdullah di Riyadh sebagai pertemuan rasmi.

Semasa pemeriksaan utama oleh peguam Shafee Abdullah, Anifah memberi keterangan:

"Dalam hubungan luar negara, ketika pertemuan dua ketua negara diatur oleh Wisma Putra, itu dianggap sebagai pertemuan rasmi."

9.51 pagi - Bekas menteri luar Anifah Aman menggulung kandungan penuh peryataan saksinya.

Peguam bela utama Muhammad Shafee Abdullah kemudian mula mengajukan pertanyaan untuk pemeriksaan utama.

Najib tolak tawaran hadiah kuda jantan dari Raja Saudi

9.49 pagi
- Bekas menteri luar Anifah Aman memberi keterangan bahawa Najib Razak telah menolak tawaran Raja Abdullah (gambar, bawah) yang ingin memberinya hadiah kuda jantan selepas perdana menteri ketika itu memuji lukisan-lukisan kuda Arab di Istana Persidangan Riyadh di Saudi.

3357caef1576ac500bf2b89951a9ff53.jpg


Dalam membaca keterangan saksi beliau, Anifah memberi keterangan: "Dato Seri Mohd Najib Razak dengan sopan menolak tawaran tersebut kerana beliau tidak menunggang kuda.

"Tawaran sedemikian jelas menunjukkan manifestasi hubungan rapat antara Arab Saudi dan Malaysia."

9.38 pagi - Bekas menteri luar negeri, Anifah Aman, 66, mula membaca pernyataan saksinya dalam pemeriksaan utama oleh peguam bela utama, Muhammad Shafee Abdullah.

9.33 pagi - Bekas menteri luar Anifah Aman masuk ke kandang saksi untuk memberi keterangan sebagai saksi pembelaan keenam dalam perbicaraan kes Najib Razak yang dituduh menyelewengkan RM42 juta dana SRC International.

9.30 pagi - Prosiding bermula, bekas perdana menteri Najib Razak masuk ke kandang tertuduh.

2d11695d08c5d35aff716b37bd0a758b.jpg


Bekas menteri luar Anifah Aman (gambar, atas) akan menjadi saksi keenam pembelaan, bakal memberi keterangan hari ini.

Semasa prosiding sebelumnya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada minggu ini, peguam bela utama Muhammad Shafee Abdullah berkata Anifah akan hadir memberi keterangan.

Sepanjang tempoh perbicaraan oleh pihak pembelaan sejak 3 Disember tahun lepas, mereka yang telah tampil memberi keterangan lisan ialah Najib sendiri, bekas pengurus hubungan AmBank Krystle Yap, bekas duta besar Malaysia ke Arab Saudi, Syed Omar Syed Mohammad Al-Saggaf, bekas ketua setiausaha Perbendaharaan, Mohd Irwan Serigar Abdullah dan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam, Jamil Khir Baharom.

Pada 11 Februari, Jamil memberitahu kerajaan Malaysia melalui Najib memohon sumbangan derma daripada Arab Saudi, dan bukan ditawarkan oleh negara berkenaan.

Ketika membacakan penyataan saksinya, Jamil Khir, 59, berkata beliau difahamkan bahawa derma itu akan disalurkan ke dalam akaun peribadi Najib bagi memudahkan dan melancarkan perjalanan politiknya.

"Kalau tidak silap saya, Raja Arab Saudi, Almahrum Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud ada juga menyebut bahawa baginda akan menghantar sumbangan dana ini tidak lama lagi dan menyebutkan saluran dana ini akan dihantar ke akaun peribadi Najib.

"Raja Abdullah khuatir saluran terus ke dalam mana-mana entiti organisasi politik akan merumitkan cara perbelanjaan dana tersebut," katanya sambil menambah, beliau berada di belakang Najib ketika perbualan antara kedua-dua pemimpin itu di Istana Riyadh pada 11 Jan, 2010.

Bagaimanapun, saksi pembelaan kelima itu berkata secara peribadi beliau tidak tahu sama ada Raja Abdullah benar-benar menghantar dana ke dalam akaun Najib atau tidak.

542b9f030b9997c92dc02b3afe8aed1e.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/510639

SPRM Mohon Interpol Tangkap Jho Low, 2 Bekas Pengarah Petrosaudi

11.02.2020 - Kuala Lumpur, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memaklumkan kepada Interpol berhubung waran tangkap yang dikeluarkan terhadap Low Taek Jho, Tarek Obaid dan Patrick Mahony.

Ia selepas suruhanjaya itu memfailkan pendakwaan baru in absentia (tanpa kehadiran) tiga individu itu untuk kes pengubahan wang haram dana 1MDB melibatkan nilai AS$69 juta.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya memaklumkan perkara itu kepada pemberita dalam satu program di Putrajaya hari ini.

"Ini sebahagian daripada siasatan dan usaha mendapatkan semula (dana) 1MDB dan SRC International yang sedang berjalan...

"Ini sebahagian proses di mana kita mendakwa mereka yang mungkin ada akses kepada perincian wang tersebut," katanya, sambil menambah SPRM akan mengeluarkan maklumat pendakwaan tersebut secara rasmi dalam masa terdekat.

Ini merupakan waran tangkap kedua terhadap Jho Low, yang didakwa sebagai dalang utama skandal 1MDB.

Obaid dan Mahony pula adalah bekas pengarah Petrosaudi International Limited (PSI) yang menjadi individu utama dalam pemeteraian usaha sama syarikat itu dengan 1MDB.

"Ini adalah satu kes...konspirasi jenayag untuk bersubahat dalam pengubahan wang (berjumlah) AS$69 juta," kata Latheefa berhubung pendakwaan baru itu.

Ketika laporan ini ditulis, Low, Obaid dan Mahony tiada dalam senarai notis merah Interpol.


Rasuah RM60 juta

Menurut kertas pendakwaan yang dilihat Malaysiakini, Jho Low dihadapkan dengan satu pendakwaan baru manakala Obai dan Mahony dengan dua pendakwaan.

Ketiga-tiganya didakwa mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009.

Menerusi usaha sama 1MDB-PSI, mereka dikatakan terlibat dalam konspirasi jenayah untuk membolehkan bekas perdana menteri Najib Razak menggunakan kedudukannya untuk menerima rasuah berjumlah RM60,629,839.43.

Dakwaan kesalahan itu dikatakan berlaku antara 24 Februari hingga 14 Jun 2011 di Bank AmIslamic cawangan Jalan Raja Chulan di Kuala Lumpur.

Sabit kesalahan membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda RM10,000 atau tidak kurang lima kali nilai suapan, yang mana lebih tinggi.


Pengubahan wang haram AS$300 juta

Selain itu, Obaid dan Mahony turut didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Amla).

Mereka didakwa terlibat dalam pengubahan wang haram dengan "secara salah" menerima AS$300 juga daripada 1MDB sebelum menyalurkannya ke dalam akaun 1MDB Petrosaudi Limited.

Sabit kesalahan membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda tidak lebih RM5 juta, atau kedua-duanya sekali.

Semua pendakwaan dibaca di depan Majistret Mageswary Subramaniam di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

8a21885fe659e4d50dd4fe74f5983c16.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/510380

Jamil Khir Setuju "Derma Arab Saudi" Di Diamkan Daripada Orang Awam

11.02.2020 - Kuala Lumpur, Perbicaraan terhadap bekas perdana menteri Najib Razak melibatkan dakwaan penyalahgunaan dana SRC International Sdn Bhd memasuki hari ke-78 di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini.

12.15 tengah hari: Perbicaraan ditangguhkan kepada Khamis ini.

Ia selepas peguam Muhammad Shafee Abdullah memberitahu bahawa saksi pembelaan keenam, Anifah Aman belum bersedia untuk memberi keterangan esok.

12.10 tengah hari: Bekas menteri di jabatan perdana menteri Jamil Khir Baharom keluar daripada kandang saksi.

Ia selepas pemeriksaan balas singkat oleh peguam Muhammad Shafee Abdullah.

12.07 tengah hari: Bekas menteri di jabatan perdana menteri Jamil Khir Baharom setuju bahawa apa yang dikatakan sebagai derma kepada bekas perdana menteri Najib Razak memang didiamkan daripada rakyat Malaysia.

Saksi pembelaan kelima itu berkata demikian ketika pemeriksaan balas dengan DPP V Sithambaram.

Dia bagaimanapun tidak setuju apabila Sithambaram mengajukan bahawa jika Raja Abdullah memang berjanji untuk memberi derma kepada Najib pada Januari 2010, ia boleh dikatakan sebagai campur tangan Arab Saudi dalam pilihan raya Malaysia.

Sithambaram: Tetapi ini (derma kepada Najib) didiamkan daripada pengetahuan awam?

Jamil Khir: Setuju.

3357caef1576ac500bf2b89951a9ff53.jpg
Raja Abdullah
11.57 pagi: Bekas menteri di jabatan perdana menteri Jamil Khir Baharom memberitahu mahkamah bahawa kerajaan Malaysia, menerusi perdana menteri ketika itu Najib Razak, yang meminta sumbangan dana daripada Arab Saudi.

Ketika ditanya DPP Sithambaram sama ada Malaysia, melalui Najib, yang meminta sumbangan atau Saudi yang membuat tawaran, Jamil berkata: "Kita tahu sebagai permohonan."

Katanya lagi, setakat pengetahuannya permintaan bantuan kewangan itu tidak pernah dibincang dalam mesyuarat kabinet.

"Sepanjang pengetahuan saya, tak ada (perbincangan)," katanya.

11.50 pagi: Bekas menteri di jabatan perdana menteri berkata Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud tidak menyatakan jumlah dana yang akan diberikannya kepada Najib Razak, ketika pertemuan pada 2010.

Ketika ditanya DPP V Sithambaram, Jamil juga berkata bekas raja Arab Saudi itu juga tidak memberitahu siapa yang akan menghantar wang tersebut kepada Najib.

11.46 pagi: Bekas menteri di jabatan perdana menteri Jamil Khir Baharom dan DPP V Sithambaram terlibat dalam pertikaian berhubung kebenaran dakwaan janji derma oleh raja Arab Saudi ketika itu, Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud kepada bekas perdana menteri Najib Razak pada 11 Januari 2010.

Ketika pemeriksaan balas, Sithambaram berkata tiada kebenaran bahawa janji seumpama itu diberikan pada tarikh tersebut, manakala Jamil Khir berkata Raja Abdullah memang ada membuat janji sedemikian.

Sithambaram: Saya katakan keterangan anda bahawa ada perbincangan pada 11 Januari 2010 berkenaan (sumbangan dana untuk) pilihan raya umum 2013 adalah tidak benar?

Jamil Khir: Tak setuju.

Sithambaram: Saya katakan bahawa Raja Abdullah (didakwa) berkata derma akan dihantar (kepada Najib) tak lama lagi (selepas pertemuan tak rasmi pada 11 Januari 2010) adalah tak benar?

Jamil Khir: Tak Setuju.

Jamil Khir juga tidak setuju dengan cadangan Sithambaram bahawa dia memberi keterangan palsu berkenaan Raja Abdullah yang didakwa berjanji menyalurkan derma kepada akaun peribadi Najib.

11.43 pagi: Bekas menteri di jabatan perdana menteri Jamil Khir Baharom tidak setuju dengan pihak pendakwaan yang mengajukan bahawa Raja Abdullah hanya menjanjikan sokongan bukan kewangan kepada Malaysia.

Dia berkata demikian ketika pemeriksaan balas dengan DPP V Sithambaram.

Sithambaram: Saya katakan pada pertemuan pada 11 Januari 2010 (Antara Najib dan Raja Abdullah di Riyadh), Raja Abdullah hanya memberi jaminan secara peribadi kepada Najib bahawa baginda akan memberi sokongan agar dia dapat terus memimpin negara ini, sebagai contoh (negara Islam moderat) yang bagus.

Sokongan hanya (setakat) itu?

Jamil Khir: Kalau tanya saya, Raja Abdullah memberi jaminan termasuk kewangan.

Sithambaram: Cadangan saya - tiada, bila-bila masa pada 11 Januari, Raja Abdullah beri sokongan dalam bentuk derma.

Jamil Khir: Jaminan mulut dari Raja Abdullah untuk beri bantuan kewangan.

Sithambaram: Saya cadangkan bahawa ia tidak benar.

Jamil Khir: Tak setuju.

11.35 pagi: Perbicaraan diteruskan. Pendakwaan dijangka mengadakan pemeriksaan balas terhadap bekas menteri di jabatan perdana menteri, Jamil Khir Baharom.

10.30 pagi: Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali membenarkan perbicaraan dihentikan selama sejam, sehingga pukul 11.30 pagi.

Ia bagi membolehkan pihak pendakwaan meneliti salinan pindaan pernyataan bertulis saksi pembelaan kelima, Jamil Khir Baharom, yang juga bekas menteri di jabatan perdana menteri dalam hal ehwal Islam.

Terdahulu, DPP V Sithambaram memaklumkan kepada mahkamah bahawa mereka hanya mendapat pernyataan itu pagi ini.

10.25 pagi: Bekas menteri di jabatan perdana menteri Jamil Khir Baharom berkata, tidak pelik untuk Raja Abdullah memberikan hadiah di luar jangkaan orang.

"Saya juga dihadiahkan sebatang pen yang ditanam dengan berlian. Biasanya (hadiah seumpama itu) sebagai tanda hormat. Baginya (Raja Abdullah), ia hal biasa.

"Jika dia beri jam Rolex, sukar untuk mencari jam yang sama di pasaran," katanya lagi.

Dia berkata demikian ketika pemeriksaan utama dengan peguam Muhammad Shafee Abdullah.

10.17 pagi: Bekas menteri di jabatan perdana menteri Jamil Khir Baharom berkata dia berada betul-betul di belakang Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud dan Najib Razak apabila pemerintah Arab Saudi itu berjanji untuk menyalurkan bantuan kewangan ke akaun peribadi Najib.

Ketika pemeriksaan balas dengan peguam Muhammad Shafee Abdullah, dia berkata dapat mendengar setiap butiran perbincangan antara Raja Abdullah dengan Najib, dengan kata-kata mereka diterjemah ke bahasa Arab dan Inggeris oleh penterjemah masing-masing.

cdf3e2bd4daa8bdef7d920a4e9c30d7e.jpeg
Jamil Khir Baharom
Menurut Jamil, dia sebahagian delegasi Malaysia yang diketuai Najib dalam pertemuan tidak rasmi dengan Raja Abdullah di Riyadh, pada 11 Januari 2010.

Katanya lagi, janji bantuan kewangan itu dibuat ketika Raja Abdullah dan Najib beredar selepas pertemuan tidak rasmi itu tamat.

Shafee: Anda boleh dengar setiap perbincang Raja Abdullah dan penterjemah dengan Najib? Anda boleh dengar semuanya?

Jamil Khir: Ketika beredar (daripada pertemuan tak rasmi), saya betul-betul di belakang Najib. Kedudukan (saya) sama seperti penterjemah Raja Abdullah, dan saya di belakang Najib.

Kami boleh mendengar apa yang disampaikan Raja Abdullah dan respons Najib.

Jamil berkata lagi, dia faham bahasa Arab kerana latar belakang pendidikannya dalam bahasa itu.

10 pagi: Bekas menteri di jabatan perdana menteri Jamil Khir Baharom selesai membacakan sembilan halaman pernyataan bertulis saksinya.

9.59 pagi: Pemerintah Arab Saudi ketika itu, Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud memilih untuk menyalurkan bantuan kewangan ke akaun bekas perdana menteri Najib Razak, untuk mengelak komplikasi berkenaan bagaimana organisasi politik membelanjakan wang itu, kata Jamil Khir Baharom.

Bekas menteri di jabatan perdana menteri itu berkata demikian ketika membacakan pernyataan bertulis saksi, semasa pemeriksaan utama oleh peguam Muhammad Shafee Abdullah.

Jamil yang menjadi saksi pembelaan kelima berkata, Raja Abdullah menjanjikan perkara itu kepada Najib sebaik selepas pertemuan tidak rasmi di Riyadh pada 11 Januari 2010.

"Saya fahami perlunya dana ini disalurkan ke akaun persendirian Najib supaya memudahkan dan melicinkan jalanan politik Najib dan juga Raja Abdullah khuatir saluran terus ke dalam mana-mana entiti organisasi politik akan merumitkan cara perbelanjaan dana tersebut," kata Jamil.

Menurut Jamil, dia adalah sebahagian daripada perwakilan Malaysia bersama Najib yang hadir ke mesyuarat itu.

9.49 pagi: Bekas menteri di jabatan perdana menteri Jamil Khir Baharom mula membacakan pernyataan bertulis saksinya.

9.42 pagi: Bekas menteri di jabatan perdana menteri Jamil Khir Baharom masuk ke kandang saksi dan mengucapkan sumpah sebelum memberi keterangannya bagi peringkat pembelaan kes dakwaan penyalahgunaan RM42 juta dana SRC International terhadap Najib Razak.

9.38 pagi: Najib masuk ke kandang tertuduh dan perbicaraan bermula.

9 pagi: Bekas perdana menteri Najib Razak tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan duduk di bahagian depan galeri awam.

Turut dilihat menunggu perbicaraan bermula ialah DPP V Sithambaran dan para timbalan pendakwa raya lain, serta pegum bela Najib.

Bekas menteri di jabatan perdana menteri, Jamil Khir Baharom dijangka memberi keterangan sebagai saksi pembelaan kelima perbicaraan terhadap Najib Razak berhubung dakwaan penyalahgunaan RM42 juta dana SRC International.

Ketua pasukan pembelaan Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan perkara itu di akhir prosiding semalam, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Ketika pemeriksaan utama oleh Shafee semalam, saksi pembelaan keempat Syed Omar Syed Mohammad Al Saggaf, yang merupakan bekas duta besar Malaysia ke Arab Saudi, berkata dia difahamkan bahawa raja Saudi ketika itu, Raja Abdullah menjanjikan bantuan kewangan kepada Najib untuk PRU ke-13.

Syed Omar berkata dia difahamkan berkenaan perkara itu selepas mesyuarat tidak rasmi di Riyadh pada 19 Jun 2010, yang melibatkan Raja Abdullah dengan perwakilan Malaysia yang diketuai Najib.

Bagaimanapun, ketika pemeriksaan balas dengan DPP V Sithambaran selepas itu, Syed Omar mengakui bahawa individu yang memberitahu perkara itu kepadanya ialah Najib.

Dalam prosiding terdahulu, pembelaan Najib bergantung kepada hujah bahawa bekas perdana menteri itu menggunakan RM42 juta yang dipindah ke akaunnya antara Disember 2014 hingga Februari 2015 kerana ia sebahagian daripada derma daripada keluarga diraja Saudi.





047593c034c6bc6e8da32c8ecea2482a.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/510360

Najib Mohon Derma Daripada Arab Saudi, Bukan Di Tawar - Jamil Khir

11.02.2020 - Kuala Lumpur, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Kerajaan Malaysia melalui Datuk Seri Najib Razak memohon sumbangan derma daripada Arab Saudi, dan bukan ditawarkan oleh negara berkenaan.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata beliau tahu mengenai permohonan itu tetapi perkara berkenaan tidak dibincangkan di kabinet kerana tidak termasuk dalam urusan pentadbiran.

Bagaimanapun, Jamil Khir, menteri bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam ketika itu, bersetuju dengan cadangan Timbalan Pendakwa Raya Datuk V Sithambaram bahawa perkara mengenai derma itu disembunyikan daripada rakyat.

28885288fd4fd434633785fd9ca5ba21.jpg

Terdahulu, ketika membacakan penyataan saksinya, Jamil Khir, 59, berkata beliau difahamkan bahawa derma itu akan disalurkan ke dalam akaun peribadi Najib bagi memudahkan dan melancarkan perjalanan politiknya.

"Kalau tidak silap saya, Raja Arab Saudi, Almahrum Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud ada juga menyebut bahawa baginda akan menghantar sumbangan dana ini tidak lama lagi dan menyebutkan saluran dana ini akan dihantar ke akaun peribadi Najib.

"Raja Abdullah khuatir saluran terus ke dalam mana-mana entiti organisasi politik akan merumitkan cara perbelanjaan dana tersebut," katanya sambil menambah, beliau berada di belakang Najib ketika perbualan antara kedua-dua pemimpin itu di Istana Riyadh pada 11 Jan, 2010.

Bagaimanapun, saksi pembelaan kelima itu berkata secara peribadi beliau tidak tahu sama ada Raja Abdullah benar-benar menghantar dana ke dalam akaun Najib atau tidak.

Sithambaram: Selepas Raja Abdullah menceritakan mengenai duit akan masukkan ke dalam akaun peribadi, baginda tidak beritahu berapakah derma yang akan beliau salurkan?

Jamil Khir: Tidak

Saksi juga berkata, beliau tidak ingat sama ada rakyat Malaysia diberitahu bahawa Arab Saudi memberi derma kepada Najib untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13.

Sithambaram: Adakah kamu tahu bahawa pada Ogos tahun 2013, wang sejumlah US$620 juta (RM2.03 bilion) telah dikembalikan semula oleh Najib kepada Tanore Finance Corporation, yang dikatakan diterima daripada Arab Saudi?

Jamil Khir: Saya tidak tahu

Beliau juga tidak tahu bila Najib menerima derma pertama daripada Arab Saudi dan tidak tahu syarikat mana yang menghantar derma berkenaan.

6c6c128553b737c0164564d17228688f.jpg

Ketika pemeriksaan semula oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib, mengenai sebab sumbangan daripada Arab Saudi itu tidak dibincangkan secara umum, saksi itu berkata ia kerana sumbangan tersebut diberikan kepada Najib secara peribadi.

"Saya rasa ini sumbangan peribadi yang diperbolehkan di dalam konteks peruntukan undang-undang negara kita. Mungkin kerana itu ia tidak menjadi perbincangan," katanya.

Terdahulu, Jamil Khir menceritakan pengalamannya dihadiahkan sebatang pen dihiasi permata daripada Arab Saudi sebagai tanda penghormatan dan "penerimaan" orang Arab terhadap seseorang individu.

"Saya membawa pen itu ke mahkamah hari ini," katanya sambil mengeluarkan sebatang pen berwarna hitam daripada poket bajunya dan menunjukkan kepada umum.

Najib membela diri terhadap tujuh pertuduhan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd membabitkan tiga tuduhan pecah amanah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kedudukan berkaitan dana SRC.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung Khamis ini dengan bekas Ahli Parlimen Kimanis Datuk Seri Anifah Aman akan memberi keterangan.

43858e38e0e54a42fdb034d9cb50d556.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/510419

Hakim Arah Najib Keluar Mahkamah Bicara Kes Rasuah Rosmah

06.02.2020 - Kuala Lumpur, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari mengarahkan Najib Razak meninggalkan mahkamah ketika mengikuti perbicaraan kes rasuah yang dihadapi isterinya, Rosmah Mansor, berhubung projek tenaga solar 369 sekolah luar bandar di Sarawak, hari ini.

Sejurus Najib duduk, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib, memaklumkan kepada mahkamah mengenai kehadiran bekas perdana menteri itu dan menimbulkan bantahannya terhadap kehadiran Najib di galeri awam.

"Dalam kes ini, kenyataan Najib direkodkan, beliau adalah saksi yang berpotensi," kata Akram memberitahu mahkamah.

Peguam Rosmah, Akberdin Abdul Kader kemudian tampil mencelah dan berkata Najib juga hadir di mahkamah semasa perbicaraan hari pertama Rosmah semalam.

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan kemudian memaklumkan beliau tidak menyedarinya semalam dan kemudian memerintahkan Najib keluar.

Susulan itu, beliau meminta Najib keluar daripada dewan mahkamah.

“Saya minta maaf tetapi saya perlu meminta kamu (Najib) untuk mengundurkan diri anda (dari mahkamah)," kata Zaini.

Najib kemudian dengan tenang menjawab "okay" dan terus bangun dan meninggalkan mahkamah.

Rosmah, 68, berdepan pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin, menerusi bekas pembantu Rosmah iaitu Rizal Mansor bagi projek membekalkan tenaga solar kepada 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di tiga tempat iaitu Lygon Cafe, Sunway Putra Mall di Jalan Putra, di kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta dan di Seri Perdana Residence, Persiaran Seri Perdana, Precinct 10, Putrajaya antara Januari 2016 dan 7 Sept 2017.

Isteri bekas perdana menteri itu walau bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan.

743d6e5b4cd688133ee4ca3989ed4f0d.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/509768

Parti Jho Low, Saya Lega Tak Di Jemput - Najib

04.02.2020 - Kuala Lumpur, Bekas perdana menteri Najib Abdul Razak yang memberi keterangannya hari ini memberitahu ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low mendapat manfaat daripada 1MDB dan entiti yang berkaitan.

Najib berkata perbicaraan itu setakat ini telah membuktikan bahawa Jho Low telah memperoleh RM500 juta daripada bon 1MDB dengan bantuan bank.

"Seperti yang kamu tahu, dia menjalani gaya hidup mewah, parti-parti yang mewah, saya tidak pernah dijemput dan saya lega kerana saya tidak dijemput," katanya.

Beliau berkata demikian susulan daripada pemeriksaan balas dari peguam bela Muhammad Shafee Abdullah, yang bertanya mengapa seorang “penipu" memasukkan wang di dalam akaun bank tertuduh.

Apabila Shafee meminta Najib sama ada pihaknya mempunyai bahagian dalam aset yang diperoleh Jho Low, Najib menjawab tidak.

Najib kemudian membuat spekulasi bahawa Jho Low mengatur "sumbangan" untuk disimpan dalam akaunnya untuk mengekalkan hubungan baik.

"Dengan jumlah wang yang sangat besar, dia mesti berfikir yang jika dia tidak pastikan sumbangan tersebut masuk ke akaun saya, maka ia akan menjejaskan hubungannya dengan saya.

"Jika dia tidak teruskan (derma tersebut) saya akan curiga dengan apa yang dia lakukan dan akan mula bertanya.

"Ini bermakna, apa yang dia lakukan akan diketahui atau paling tidak saya tidak akan lagi percaya terhadapnya (ketika) dia mendapat manfaat daripada hubungannya dengan saya," katanya.

Najib berkata RM42 juta yang dituduh diterima adalah “jumlah kecil” berbanding wang yang diperoleh oleh Jho Low.

Susulan daripada itu, Shafee bertanya kepada Najib bila beliau menyedari bahawa dirinya sedang “diperdaya” oleh Jho Low, tertuduh berkata ia berlaku hanya selepas siasatan bermula.

"Saya mula rasa ragu-ragu ketika saya mendengar bukti (dibuat kepada) SPRM dan kemudiannya apabila ia menjadi isu antarabangsa.

"Kemudian saya sedar yang dia melakukan banyak perkara yang saya tidak tahu," katanya.

Berdasarkan jawapan Najib, ini akan melihatkan tempoh masa sekitar 2015. Pada bulan Julai tahun itu, Najib memecat Abdul Gani Patail sebagai peguam negara.

Setakat ini, perbicaraan mendedahkan Jho Low telah menikmati pelbagai akses melalui Najib.

Sebagai contoh, Jho Low mengarahkan bekas pengarah urusan kumpulan AmBank Cheah Tek Kuang ke rumah Najib pada Januari 2011 supaya Najib menandatangani dokumen bagi membuka akaun bank.

66d1c59f6dc590015bdf2eda862fce72.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/509545

Najib Lebih Suka Terima Derma Daripada Kerabat Arab Saudi

04.02.2020 - Kuala Lumpur, Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur bahawa beliau lebih suka menerima derma daripada kerabat Arab Saudi berbanding penderma tempatan.

Ahli Parlimen Pekan berusia 67 tahun itu berkata beliau lebih selesa jika tidak menerima sumbangan korporat kerana tidak mahu terhutang budi kepada sesiapa.

"Sebagai presiden Umno ketika itu, saya mahukan sumber pendapatan yang menjadikan saya bebas daripada penderma lain, itu bermakna bahawa saya tidak mempunyai IOU (I owe you atau saya berhutang dengan anda) dengan sesiapa saja," kata bekas menteri kewangan itu ketika pemeriksaan balas oleh peguamnya, Harvinderjit Singh.

Najib juga berkata derma RM2.6 bilion daripada kerabat Arab Saudi itu adalah bagi memastikan “kebebasan” dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

Kepada soalan lain, Najib berkata idea untuk membuka akaun dengan AmBank pada 2010 berasal daripada ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low atau Low Taek Jho, untuk menerima sejumlah wang yang besar daripada kerabat Arab Saudi.

Peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah hari ini menamatkan pemeriksaan balasnya terhadap Najib.

Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali kemudian membenarkan Najib, yang memberi keterangan sejak 3 Dis tahun lepas, meninggalkan kandang saksi.

Najib memberikan keterangan bagi membela dirinya yang berdepan tujuh pertuduhan menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd sebanyak RM42 juta, iaitu tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalah guna kuasa membabitkan dana SRC.

Perbicaraan di hadapan Mohd Nazlan bersambung.

4bd48bf0dc28b5e57d9650d7470eb6e0.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/509531

Tarikh Dengar Bekas Pegawai AmBank Batal Saman Najib 15 April

04.02.2020 - Kuala Lumpur, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 15 April depan untuk pendengaran permohonan bekas pegawai perhubungan AmBank Joanna Yu yang cuba membatalkan saman Najib Razak terhadapnya dan bank itu atas dakwaan melanggar kewajipan.

Sekiranya, permohonan Yu membatalkan saman bekas perdana menteri itu gagal, perbicaraan saman utama Najib akan berlangsung selama empat hari bermula 14 Disember.

Ini disahkan oleh peguam Najib, Muhammad Farhan Muhammad Shafee yang berada di Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta, pagi tadi.

Pengurusan kes permohonan Yu diadakan di depan hakim Khadijah Idris.

"Pendengaran untuk membatalkan (permohonan oleh Yu) adalah pada 15 April tahun ini," kata Farhan, sambil menambah bahawa sekiranya mahkamah menolak permohonan itu, maka saman utama Najib akan didengar dari 14 hingga 17 Dis tahun ini.

"Hakim (Khadijah) juga mengarahkan agar defendan pertama dan kedua (AmBank Holdings Bhd dan AmBank Islamic Bank Bhd) supaya memfailkan permohonan (untuk mengketepikan saman Najib), sebelum pada 2 Mac jika mahu berbuat demikian," kata Farhan.

Berhubung sama ada Yu telah memfailkan pernyataan pembelaan terhadap saman Najib, Farhan berkata dia belum berbuat demikian kerana diberikan lanjutan oleh mahkamah untuk memfailkannya.

Farhan menambah bahawa Yu sedang berusaha memberi tumpuan kepada permohonan membatalkan saman tersebut.

Peguam Gurdial Singh Nijar mewakili Yu manakala Samuel Tan bertindak bagi pihak AmBank dan AmIslamik.

Dilaporkan pada 29 Jan bahawa Yu telah membuat permohonan untuk membatalkan saman Najib atas tuduhan mendedahkan maklumat bank beliau kepada Low Taek Jho yang lebih dikenali sebagai Jho Low, warga Malaysia yang dikehendaki berhubung skandal 1MDB.

Pada 10 Disember tahun lepas, dilaporkan bahawa Najib memfailkan saman terhadap Yu, AmBank dan AmIslamik.

dfec607cf0e2ec938a0d4924b348f52e.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/509483

Najib Tidak Tahu Jika Jaminan RM4B SRC Di Bentang Di Parlimen

04.02.2020 - Kuala Lumpur, Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur bahawa beliau tidak tahu sama ada kelulusan Kabinet untuk jaminan kerajaan bagi pinjaman RM4 bilion kepada SRC International Sdn Bhd daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) pernah dibentangkan di Dewan Rakyat.

Beliau berkata sama ada ia dibentang di Parlimen atau tidak merupakan tugas functionary (pegawai yang terlibat dalam pentadbiran awam atau kerajaan).

“Kami tidak ada pengesahan sama ada jaminan kerajaan itu dibentangkan di Parlimen. Ia adalah tugas functionary.. Ia adalah tindakan pentadbiran,” katanya semasa pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya ad-hoc Datuk V. Sithambaram.

Sithambaram kemudian merujuk kepada Seksyen 2 (3) Akta Jamina Pinjaman (Pertubuhan Perbadanan) yang menyebut bahawa kementerian hendaklah dengan seberapa segera membentangkan di Dewan Rakyat kenyataan jaminan bersama-sama satu salinan perjanjiannya.

Sithambaram: Saya katakan kepada anda bahawa jaminan kerajaan ini tidak pernah dibentangkan di Dewan Rakyat?

Najib: Saya tidak tahu.

Sithambaram: Adakah anda tahu tujuan membentangkannya di Dewan Rakyat adalah untuk semua (Ahli Parlimen) mengetahuinya?

Najib: Ya untuk ketelusan.

Najib juga mengakui tidak ada Parlimen Hansard untuk mengesahkan perkara itu pernah dibentangkan di Parlimen dan tidak bersetuju dengan Sithambaram bahawa ia adalah tugas menteri, seperti yang termaktub dalam undang-undang, untuk membentangkan apa-apa jaminan kerajaan di Parlimen.

Pihak pendakwaan mengambil masa 12 hari menyoal Najib dan hari ini pendakwaan menamatkan pemeriksaan balas ke atas bekas menteri kewangan itu.

Peguam Farhan Read yang mewakili pihak pembelaan kemudian melakukan pemeriksaan semula ke atas Najib.

Najib membela diri terhadap tujuh pertuduhan menyeleweng RM42 juta dana SRC International membabitkan tiga tuduhan pecah amanah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kedudukan berkaitan dana SRC.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung.

7d88aacc428aa22d2cf625d91b78ee46.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/509406

Mahkamah Benarkan Rehat Untuk Peguam Sediakan Soalan Terakhir

04.02.2020 - Kuala Lumpur, Perbicaraan terhadap bekas perdana menteri Najib Razak melibatkan dakwaan penyalahgunaan dana SRC International Sdn Bhd memasuki hari ke- 75 di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur.

Mahkamah berhenti rehat untuk peguam sediakan soalan terakhir
11.14 pagi:
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan peguam bela utama Muhammad Shafee Abdullah untuk berhenti rehat selama 20 minit.

Shafee memaklumkan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bahawa pihak pembelaan perlu menyediakan dan berunding dengan Najib berhubung set terakhir soalan pemeriksaan semula.

Peguam bela Harvinderjit Singh telah menyelesaikan pemeriksaan semula dan hanya Shafee belum menghabiskan soalan beliau.

Shafee memberitahu mahkamah bahawa pihak pembelaan akan dapat menyelesaikan pemeriksaan semula sebelum waktu rehat tengah hari ini.
11.00 pagi: Prosiding disambung semula.
10.33: Prosiding berhenti rehat seketika.
Saya tidak mesej Jho Low mengenai transaksi kad kredit disekat: Najib
10.17 pagi:
Najib Razak menafikan beliau menghantar mesej kepada Jho Low mengenai transaksi kad kredit yang disekat pada 23 Dis 2014.
Bekas Perdana Menteri itu berkata demikian semasa pemeriksaan semula oleh peguam bela, Harvinderjit Singh.

Harvinderjit bertanya mengenai satu log mesej perbualan yang dipertikaikan antara Jho Low dan pengurus perhubungan AmBank, Joanna Yu pada 23 Dis, 2014.

Dalam log perbualan yang dikatakan itu, Jho Low didakwa memanjangkan mesej dari Najib yang bertanya mengapa kad kredit Platinum (Najib) tidak boleh digunakan dan meminta perkara itu diperiksa dengan AmBank.

Harvinderjit: Adakah anda menghantar mesej kepada Jho Low?

Najib: Tidak.
Najib bagaimanapun mengakui bahawa terdapat satu transaksi Visa Platinum yang berjumlah AS$ 130,625 di Honolulu, Hawaii, pada Disember 2014.
Sebelum ini, Najib mengakui bahawa transaksi itu untuk membeli sebuah jam tangan Chanel di Hawaii pada 22 Dis 2014.

Jho Low Bantu Hubungan Dua Hala Dengan Arab Saudi

9.40 pagi:
Bekas Perdana Menteri Najib Razak memberi keterangan bahawa Jho Low membantu dalam mengukuhkan hubungan dua hala dengan Arab Saudi.

Beliau memberi contoh Jho Low telah membantu mendapatkan pelepasan untuk pesawat Malaysia mendarat di Jeddah tanpa visa ketika negara ini membawa keluar pelajar dari Mesir semasa peristiwa Kebangkitan Arab (Arab Spring).

"Seperti yang kamu tahu, sebab utama mengapa kami mempunyai hubungan dengan Jho Low kerana ia terbukti dia mempunyai hubungan istimewa dengan Arab Saudi dan beberapa keluarga diraja yang lain di Timur Tengah.

c9af1866f3f65127f633d1be73d6988f.jpg


"Atas dasar itu, beliau membantu, bukan sahaja sebagai saluran untuk Arab Saudi, tetapi juga membantu dalam sebahagian daripada hubungan dua hala dengan Arab Saudi.

"Sebagai contoh, ketika berlaku Arab Spring, dan pelajar-pelajar kita terperangkap di Mesir dan mahu pulang ke tanah air, saya meminta beliau membantu, untuk mendapatkan pelepasan dari Saudi untuk membolehkan terbang ke ruang udara mereka, agar pesawat kita mendarat di Jeddah tanpa visa, "katanya semasa pemeriksaan semula oleh peguam bela Harvinderjit Singh.
'Derma RM2.6 bilion untuk pastikan saya bebas daripada penderma lain dalam PRU13'

9.36 pagi:
Najib dalam keterangannya berkata sumbangan RM2.6 bilion daripada keluarga diraja Arab Saudi untuk memastikan beliau bebas daripada penderma korporat di kalangan orang lain dalam pilihanraya umum ke-13.

Semasa pemeriksaan semula oleh peguam bela Harvinderjit Singh, bekas perdana menteri itu mengatakan ia bertujuan memastikan beliau bebas daripada perasaan terhutang budi kepada penderma lain seperti individu-individu korporat di Malaysia.

"Sebagai presiden Umno, saya mahu sumber pendapatan untuk membuatkan saya bebas daripada penderma lain, yang bermakna saya tidak mempunyai IOU (I Owe You) dengan sesiapa sahaja.

"Saya lebih selesa jika saya tidak mengambil sumbangan korporat. Saya tidak mahu rasa terhutang budi kepada sesiapa.

"Sumber derma akan memenuhi keperluan parti (Umno) yang mana bukan termasuk membeli undi (yang dinafikan Najib sebelum ini) tetapi untuk aktiviti seperti acara, papan iklan. Ia adalah keperluan apabila BN adalah sebuah parti yang terlibat (bertanding) di 222 kerusi Parlimen di seluruh negara (menjelang PRU-13), "kata Najib.

Najib menambah, menerima sumbangan politik adalah perkara biasa yang diamalkan oleh pemimpin terdahulu, tanpa menyebut nama mereka.
Saya tahu RM2.6b masuk ke akaun kerana surat dari keluarga diraja Arab: Najib

9.23 pagi:
Bekas Perdana Menteri Najib Razak memberitahu beliau tahu bahawa RM2.6 bilion dimasukkan ke akaunnya berdasarkan surat dari keluarga diraja Arab.

Semasa pemeriksaan semula, tertuduh mengatakan kayakinan beliau berdasarkan surat yang mengatakan wang itu dimasukkan oleh Raja Arab Saudi ketika itu, Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud melalui pelbagai saluran.

Harvinderjit bertanya bagaimana Najib tahu secara khusus bahawa RM2.6 bilion itu masuk ke akaun bank tertuduh walaupun tertuduh semasa pemeriksaan balas berkata, beliau tidak dimaklumkan mengenai jumlah tertentu yang masuk ke akaun banknya.

Semasa pemeriksaan balas oleh pihak pendakwaan, Najib berkata Ketua Setiausaha peribadinya Azlin Alias antara lain, biasanya memberitahunya bahawa wang mencukupi dalam akaunnya bagi beliau mengeluarkan cek, tanpa menyatakan jumlah tertentu.
"RM2.6 bilion berdasarkan surat derma yang saya terima.

"Saya percaya bahawa ia (RM2.6 bilion) datang dari derma Raja Abdullah melalui pelbagai saluran," kata Najib ketika memberi keterangan.
9.20 pagi: Bekas Perdana Menteri Najib Razak memasuki kandang saksi apabila prosiding bermula.
Pasukan pembelaan akan meneruskan pemeriksaan semula terhadap tertuduh.
8.59 pagi: Tertuduh Najib Razak memasuki Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan mengambil tempat duduk di baris hadapan galeri awam.
Turut kelihatan menunggu prosiding bermula di mahkamah ialah peguam utama beliau Muhammad Shafee Abdullah, serta anggota pendakwaan.
Bekas pengurus hubungan AmBank, Krystle Yap mungkin memberi keterangan bagi pihak pembelaan pada hari ke-75 perbicaraan terhadap Najib Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM42 juta dana SRC International.

Semalam, peguam bekas perdana menteri itu, Harvinderjit Singh memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa pihak pembelaan sedang meneliti untuk menyelesaikan pemeriksaan semula terhadap tertuduh hari ini, sekali gus memberi laluan bagi Yap memberi keterangan bagi pihak pembelaan.

Sejak perbicaraan di peringkat pembelaan bermula pada 3 Disember tahun lalu, Najib telah menjalani pemeriksaan utama oleh pasukan pembelaan selama tiga hari, dan tertakluk kepada pemeriksaan balas selama 11 hari.

Jika pihak pembelaan menyelesaikan pemeriksaan semula terhadap Najib hari ini, ia bermakna bekas perdana menteri perlu berada di kandang saksi selama 16 hari.

Yap adalah antara senarai saksi pendakwaan yang telah ditawarkan kepada pihak pembelaan berikutan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali mengarahkan Najib membela diri pada 11 November tahun lepas.

Semasa perbicaraan di peringkat pendakwaan tahun lalu, Yap dirujuk dalam pelbagai keterangan, termasuk bekas pegawai penyiasat Bank Negara Ahmad Farhan Sharifuddin, yang mengetuai serbuan sepasukan pegawai dari bank pusat itu di Ambank cawangan Jalan Raja Chulan pada Julai 2015.
Pemeriksaan semula oleh pasukan pembelaan terhadap Najib dijangka disambung semula di hadapan Nazlan sekitar jam 9 pagi ini.

Semalam, Najib antara lain memberi keterangan bahawa beliau tidak pasti sama ada kedua-dua jaminan kerajaan, bagi RM4 bilion pinjaman daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) untuk SRC International, telah dibentangkan di Parlimen seperti yang dikehendaki di bawah Seksyen 2 (3) Akta Jaminan (Pertubuhan Perbadanan) 1965.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/509450

Najib Buat Pusingan U, Nafi Berhubung Jho Low Urusan Akaun

04.02.2020 - Kuala Lumpur, Najib Razak hari ini membuat pusingan U di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur dengan menafikan beliau ada berhubung dengan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low berkenaan pengurusan akaun peribadi beliau.

Pada 9 Jan lalu, bekas perdana menteri itu mengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau beberapa kali ada berhubung dengan Jho Low berkenaan operasi akaun peribadi Ambank beliau.

Najib mengakui bahawa Jho Low pada masa-masa tertentu berhubung dengannya untuk memastikan transaksi kad kredit dan ceknya dapat ditunaikan.

Najib membuat pengakuan tersebut semasa pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya, V Sithambaram.

Bagaimanapun, semasa pemeriksaan semula oleh peguam belanya, Harvinderjit Singh, hari ini, Ahli Parlimen Pekan berusia 67 tahun itu, berkata, beliau hanya berhubung dengan Jho Low berkaitan dengan sumbangan derma oleh Arab Saudi ke dalam akaunnya.

Harvinderjit: Dalam proses perbicaraan tahun lalu, bekas pengurus perhubungan Ambank, Joanna Yu menyatakan hubungan dengan Jho Low dalam mengurus akaun anda...Jho Low menerusi log perbualan dengan Joanna mengambarkan bahawa dia telah menerima teks daripada anda berhubung kad kredit (perbelanjaan).

Adakah anda berhubung dengan Jho Low mengenai pengurusan akaun anda ?

Najib: Tidak

Harvinderjit: Mengapa Joanna berurusan dengan Jho Low walaupun Jho Low tidak mempunyai kuasa untuk mengurus akaun anda?

Najib: Anda harus bertanya hal ini dengan Joanna.

Memberi keterangan membela diri terhadap tujuh pertuduhan menyalahgunakan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd, Najib berkata kebanyakan masa beliau berurusan dengan bekas ketua setiausaha sulitnya, Allahyarham Azlin Alias berhubung akaun banknya.

Beliau turut berkata Azlin mungkin berhubung dengan Jho Low mengenai akaun banknya.

Di akhir prosiding, Harvinderjit memberitahu mahkamah bahawa pihak pembelaan akan memanggil seorang kakitangan Ambank, Krystle Yap Wy-Sze untuk memberi keterangan esok ketika Najib dijangka menyelesaikan keterangannya sejak 3 Dis lalu.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung esok.

66d1c59f6dc590015bdf2eda862fce72.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/509422

"Gelaran Pencuri, Biar Rakyat Menilai" - Najib

25.01.2020 - Kuala Lumpur, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhak mengeluarkan pendapatnya untuk mengkritik kepimpinan Barisan Nasional (BN) termasuk menggelar mereka ‘pencuri’, namun keputusan muktamad memilih pemimpin untuk mengetuai negara tetap menjadi kuasa rakyat.

Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perlu diingatkan bahawa pendapat rakyat adalah lebih penting berbanding pendapat Dr Mahathir kerana rakyat yang akan menentukan masa depan negara sama ada ditadbir BN atau Pakatan Harapan (PH) pada masa depan.

Tegas bekas perdana menteri itu, rakyat akan membuat keputusan berdasarkan penilaian sendiri, bukannya terpengaruh dengan kata-kata pemimpin.

“Dalam media sosial banyak ulasan rakyat, saya tak perlu ulas. Kuasa muktamad adalah pada rakyat. Apa yang Dr Mahathir cakap itu pendapat beliau. Apa yang penting adalah pendapat rakyat yang semakin sedar dan mereka beroleh maklumat tepat untuk membuat kesimpulan sendiri,” katanya pada sidang media selepas program santai Bossku bersama masyarakat Parlimen Pokok Sena di Restoran Gemilang Kitchen, Hutan Kampung, hari ini.

Najib mengulas kenyataan Dr Mahathir yang menzahirkan rasa pelik serta tidak faham dengan sikap sesetengah pihak yang masih menyatakan sokongan kepada individu yang didakwanya 'mencuri' wang rakyat dan menghadapi pendakwaan di mahkamah.

Dr Mahathir juga berkata, PH tidak akan kembali untuk membantu membersihkan pentadbiran kerajaan sekiranya rakyat kembali menyokong BN.

Mengulas lanjut, Najib berkata, rakyat kini dilihat semakin sedar mengenai penipuan yang dilakukan kerajaan PH dan yakin rakyat akan membuat keputusan terbaik pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang demi masa depan negara.

“Saya yakin rakyat buat keputusan tepat dan bijak dalam memilih bukan bergantung kepada apa yang pemimpin cakap,” katanya.

Screenshot-1448.jpg


Berita asal https://www.sinarharian.com.my/arti...igelar-pencuri-Rakyat-tahu-menilai-kata-Najib

"Wolf Of Wall Street Sebenar" Saman Syarikat Filem Riza Aziz AS$300J

24.01.2020 - Kuala Lumpur, Pengasas bersama firma Stratton Oakmont, Jordan Belfort menyaman syarikat milik Riza Aziz, Red Granite AS$300 juta kerana penipuan dan melanggar kontrak.

Belfort, yang menjadi inspirasi watak di sebalik filem "Wolf of Wall Street", pada tahun 2011 telah menjual hak memoirnya kepada syarikat produksi itu yang diasaskan oleh anak tiri bekas perdana menteri Najib Razak itu..

Bagaimanapun, Belfort berkata dia tidak akan menjual hak kepada syarikat produksi filem itu jika dia tahu filem itu dibiayai dengan menggunakan wang yang kotor, lapor Hollywood Reporter.

Permohonan yang difailkan pada 23 Jan, menyatakan hak-hak tersebut telah dibeli dan filem itu dibiayai dengan wang tunai daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Belfort berkata disebabkan oleh tindakan undang-undang dan penyelesaian yang diambil terhadap syarikat yang diselubungi skandal itu, serta ahli perniagaan kontroversi Jho Low, Red Granite dikatakan takut untuk mendapatkan hasil daripada hak-hak berkenaan.

Ini menyebabkan Belfort memohon hakim persekutuan California untuk membatalkan kontrak mereka.

"Belfort dengan ketara kerugian oleh Red Granite yang mencemari hak terhadap buku atau ceritanya, ditambah pula dengan ketidakmampuan Red Granite dan atau penolakan untuk mengeksploitasi dan memaksimumkan hak-hak yang diperoleh daripada Belfort seperti yang diperlukan oleh kontrak, disebabkan oleh skandal yang dilaporkan secara meluas dan di tengah-tengah tuduhan penglibatan langsung mereka," kata peguam Belfort, Bryan Freedman dalam aduan tersebut.

Peguam itu meneruskan lanjut: "Sekarang selepas mendapat motivasi untuk pemeliharaan sendiri, defendan mesti menjauhkan diri daripada cerita 'The Wolf of Wall Street' oleh Belfort, dan hak-hak lain yang dibeli, kerana takut bahawa penyebaran buku atau kisah itu hanya akan menyemarakkan lagi pertuduhan jenayah terhadap mereka. "

Saman itu kerana penipuan, kecuaian dan lalai, pelanggaran Akta Organisasi Korup dan Dipengaruhi Kegiatan Haram (Rico) Amerika Syarikat, pelanggaran kontrak serta pelanggaran perjanjian niat baik dan urus niaga adil.

"Sekiranya Belfort mengetahui fakta-fakta itu, dia tidak akan setuju untuk menandatangani kontrak itu. Hal ini disebut penipuan dan sekali lagi, Red Granite perlu bertanggungjawab terhadap kegiatan haramnya," kata Freedman.

Peguam Red Granite, Matthew L Schwartz daripada firma Boies Schiller menjawab: "Tuntutan Jordan Belfort tidak lebih daripada percubaan ironis yang terdesak dan hebat untuk keluar daripada perjanjian yang buat kali pertama dalam hidupnya telah menjadikan dia kaya dan terkenal melalui cara yang sah dan tidak haram."

Pada bulan Julai tahun lepas, Riza Aziz dikenakan pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah AS$ 248 juta (RM1.25 bilion), yang didakwa diselewengkan daripada 1MDB.

Belfort ialah bekas broker saham Wall Street pada 1999 mengaku bersalah atas pertuduhan menipu serta jenayah berkaitan manipulasi pasaran saham. Dia memberi kerjasama dengan pihak berkuasa dan pada 2003 dijatuhkan hukuman penjara empat tahun dan denda AS$110 juta.

69a64deba08e0506013a78b93698fde5.jpg


1ecc638e71c161add471cf2cb5aaf0d9.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/508277

Sukar Untuk Bawa Keluarga Di Raja Saudi Beri Keterangan Soal "Derma" - Najib

23.01.2020 - Kuala Lumpur, Ketika perbicaraan pertuduhan rasuah melibatkan SRC International terhadap Najib Razak hari ini, pendakwaan mengasak bekas perdana menteri itu tentang mengapa peguamnya belum mendapatkan keluarga diraja Arab Saudi untuk menyokong dakwaannya, bahawa wang yang dimasukkan dalam akaunnya adalah derma daripada keluarga itu.

Timbalan pendakwa raya (DPP) V Sithambaram ketika pemeriksaan balas dengan Najib, bertanya mengapa pasukan pembelaan tidak memanggil saksi daripada keluarga diraja Arab Saudi.

Najib kemudian berkata "sukar" untuk berbuat demikian tetapi menegaskan wang yang diterimanya adalam derma daripada keluarga diraja itu.

Ia selepas Sithambaram mengajukan kepada Najib bahawa naratif derma Saudi itu adalah untuk menutup apa yang sebenarnya berlaku.

Sithambaran: Saya katakan pada anda, sejak dari awal, anda tahu bahawa wang ini bukan datang daripada keluarga diraja (Saudi).

Najib: Saya tak setuju. Kerana sebahagian wang itu datang secara terus daripada Kementerian Kewangan Saudi.

Sithambaram: Malangnya, tiada anggota keluarga diraja akan datang mahkamah untuk sahkannya, benar?

Najib: Kami tidak, well, sukar untuk membuatkan mereka datang ke mahkamah.

Sithambaran: Saya juga kata berguna (convenient) kepada anda untuk tidak panggil mereka ke mahkamah untuk sahkan cerita anda.

Najib: Saya tak setuju.

Sithambaram juga membangkitkan kemampuan Najib dalam mengenal pasti tandatangannya sendiri.

0118f4cd24396402a176af4ded117f16.jpg
V Sithambaram
Ia selepas Najib mengesahkan dia menandatangani dokumen perbankan yang mengarahkan AS$620 "dikembalikan" kepada keluarga diraja Saudi, walaupun dia sebelum ini berkata ragu-ragu sama ada menurunkan tandatangannya di dokumen tersebut.

Sithambaran: Kerana ia salinan, anda kata tak boleh sahkan tandatangan, dan hari ini anda sahkan.

Najib: Ya. Ia bergantung kepada kandunganya.

Sithambaran: Kandungan apa?

Najib: Kerana saya ingat ini adalah arahan saya.

Najib kini dibicarakan atas tujuh pertuduhan pengubahan wang haram, pecah amanah jenayah dan salah guna kuasa melibatkan RM42 juta dana SRC International.

Beliau dituduh mendapat habuan sebagai pertukaran dalam membolehkan permohonan pinjaman SRC International terhadap Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) diluluskan.

Beliau juga berdepan 25 pertuduhan pengubahan wang haram dan salah guna kuasa melibatkan RM2.28 bilion dana 1MDB.

Najib secara umumnya merujuk semua dana yang diterima sebagai "derma" daripada keluarga diraja Saudi dan mendakwa tidak tahu dana itu berasal daripada syarikat milik negara itu.

Perbicaraan untuk pertuduhan berkaitan SRC International hari ini dibuat di depan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

78ec3ef8fa3a3bf21c6ade4098990e51.png

743d6e5b4cd688133ee4ca3989ed4f0d.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/508156

Permohonan Najib Dapatkan Salinan Klip Audio Di Dengar 24 Februari Ini

23.01.2020 - Kuala Lumpur, Mahkamah Tinggi menetapkan 24 Februari untuk mendengar permohonan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi mendapatkan dan memeriksa salinan rakaman audio perbualan yang didedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), baru-baru ini.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Izzat Fauzan berkata permohonan itu akan didengar di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

“Pihak pemohon (Najib) memfailkan notis usul pada 15 Januari lalu untuk mendapatkan salinan semua rakaman audio yang didedahkan semasa sidang media oleh Latheefa Koya (Ketua Pesuruhjaya SPRM) baru-baru ini,” katanya kepada media selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Mahyudin Mohmad Som hari ini.

Beliau yang mewakili pendakwaan selaku responden dalam permohonan itu berkata mahkamah turut menetapkan 6 Februari untuk pihak responden memfailkan afidavit balasan.

Peguam Zahria Eleena Ahmad Reza mewakili Najib.

Najib dalam permohonannya memohon perintah mahkamah supaya pihak pendakwaan atau SPRM atau mana-mana entiti lain yang mempunyai pemilikan untuk membenarkan pemohon memeriksa salinan sebenar rakaman audio terbabit.

Pada 8 Januari lalu, SPRM memutarkan rakaman audio perbualan yang didakwa kebocoran maklumat daripada Jabatan Peguam Negara kepada Najib semasa menjadi Perdana Menteri dan perbualan lain berkaitan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad dan SRC International Sdn Bhd.

Klip audio itu dipercayai perbualan membabitkan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, bekas ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad, seorang tokoh asing dan beberapa individu lain.

FW885722_KL09_100619_MAHKAMAH-lpr.jpg


Berita asal https://selangorkini.my/2020/01/permohonan-najib-dapatkan-salinan-klip-audio-didengar-24-februari/

Dana Bukan Untuk Saya Tapi Demi Kesinambungan Kerajaan - Najib

23.01.2020 - Kuala Lumpur, Perbicaraan terhadap bekas perdana menteri Najib Razak berhubung tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana milik SRC International Sdn Bhd (SRC) sebanyak RM42 juta, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur masuk hari ke-73 hari ini.

12.05 tengah hari: Najib Razak tidak setuju dengan cadangan pendakwaan bahawa semua dana yang disalurkan ke lima akaun Ambank miliknya, antara 2011 hingga 2015, adalah untuk manfaat peribadinya.

Bekas perdana menteri berkata ia digunakan membantu golongan miskin.

DPP V Sithambaram kemudian berkata kepada Najib bahawa perbelanjaan daripada akaun itu untuk BN, Umno dan tujuan sosial lain telah memberi manfaat secara peribadi kepada kerjaya politiknya.

"Ia untuk kesinambungan kerajaan pada masa itu," jawab Najib.

Dia juga tidak setuju dengan cadangan bahawa dana yang dikatakan daripada derma keluarga diraja Arab Saudi itu digunakan secara tidak langsung untuk membeli sokongan.

Sithambaram: Saya katakan perbelanjaan daripada apa yang dikatakan derma Arab ini membolehkan anda secara tidak langsung membeli undi daripada pengundi dan penerima dana itu.

Najib: Saya tak setuju.

11.50 pagi: Najib Razak setuju bahawa dia memberitahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), ketika siasatan badan itu, bahawa dia menandatangani satu dokumen bank membenarkan pemindahan RM27 juta ke akaunnya.

Dia berkata demikian ketika pemeriksaan balas dengan DPP V Sithambaram.

Sithambaram bertanya bekas perdana menteri berhubung keterangan yang diberikannya kepada SPRM, berkenaan dia menandatangani eksibit P277, iaitu arahan pemindahan tersebut.

Bagaimanapun ketika perbicaraan, Najib berkata dia tidak menandatanganinya kerana pada Disember 2014 dia bemain golf dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di Hawaii.

Sithambaram: Ketika keterangan kepada SPRM diambil, anda setuju bahawa anda sign P277?

Najib: Pada masa itu, ya.

Sithambaram kemudian berkata Najib sebenarnya boleh menghantar arahan transaksi yang ditandatanganinya menerusi emel dari Hawaii, kepada pemegang mandat akaun Nik Faisal Ariff Kamil, agar AmBank meneruskan transaksi itu.

Najib tidak setuju dengan kenyataan itu.

11.45 pagi: Bekas perdana menteri Najib Razak dalam keterangannya, berkata dia tidak pernah membuat aduan kepada AmBank berkenaan bagaimana lima akaunnya dikendalikan bukan berdasarkan arahannya.

Dia berkata demikian ketika menjawab soalan DPP V Sithambaram berkenaan akaun yang berakhir dengan 694, 481, 880, 906 dan 898. Akaun 694 dan 481 beroperasi antara 2011 hingga 2013, manakala tiga lagi dibuka pada 2013 dan ditutup pada Mac 2015.

Najib memberitahu mahkamah bahawa sebab dia tidak membuat aduan ketika akaun-akaun itu masih beroperasi adalah kerana dia ketika itu tidak sedar berlakunya sebarang salah laku.

"Saya tidak complain kerana saya tak tahu apa yang berlaku," katanya.

34e0fc83e068b40714a7c005e311d3c3.jpg

11.28 pagi: Perbicaraan bersambung.

10.55 pagi: Perbicaraan berhenti seketika.

10.23 pagi: DPP V Sithambaran ketika pemeriksaan balas dengan Najib Razak membangkitkan tentang tujuan "pinjaman" yang dinyatakan untuk pemindahan wang ke akaunnya, di sebalik dakwaan bahawa wang itu sebahagian daripada derma yang diterima keluarga diraja Saudi.

Dia bertanya Najib berkenaan tiga peringkat pemindahan ke akaun 880 antara 23 Jun hingga 19 Dis 2014.

Antara dokumen bank yang dirujuk Sithambaram kepada Najib ialah pemindahan £995,000 (RM5,360,065) daripada Vista Equity International Partners Limited Seychelles, ke akaun 880 Najib pada 10 Disember 2014.

Dokumen itu menyatakan tujuan pemindahan itu adalah untuk pinjaman.

Sitham: Saya katakan bahawa pinjaman ini (tujuan pemindahan seperti yang dinyatakan), dan hakikat bahawa anda (dakwa) dapat derma, sebab itu ada percanggahan ini, dan cara bagaimana dana ini masuk ke akaun anda.

Najib: Tak setuju.

10.06 pagi: Mengapa keluarga diraja Arab Saudi memberi sumbangan yang tak seberapa, iaitu £2,216.01 (RM11,567.57), kepada Najib, soal pendakwaan.

DPP V Sithambaram membangkitkan persoalan itu ketika pemeriksaan balas dengan bekas perdana menteri.

Dia merujuk pemindahan wang daripada Vista Equity International Partners Limited, Seychelles pada 24 Nov 2014, yang masuk ke akaun bank "880" Najib dua hari kemudian.

Pemindahan ini termasuk dalam siri transaksi ke akaun 880 Najib pada 23 Jun hingga 19 Dis 2014.

Peguam Najib bergantung kepada hujah bahawa Najib merasakan wang RM42 juta, dikatakan milik SRC, yang masuk ke akaunnya adalah derma daripada keluarga diraja Arab Saudi berjumlah RM2.6 bilion.

Ketika Sithambaram merujuk penyata bank berkenaan pemindahan itu kepada Najib, bekas perdana menteri mengesahkan wang itu memang masuk ke akaunnya.

"Ini jumlah tidak seberapa daripada keluarga diraja Saudi," kata Sithambaram.

Dia kemudian bertanya Najib jika ada menerima sumbangan daripada keluarga diraja itu, dan bekas perdana menteri menjawab ya.

653afe1f73efa025a950191964f2f183.jpeg
V Sithambaram
9.55 pagi: Pihak pendakwaan mengasak Najib berkenaan kemampuannya mengenalpasti tandatangan sendiri dalam dokumen berkaitan SRC International yang dipertikai.

Ketika pemeriksaan balas, pendakwaan membangkitkan semula dua dokumen perbankan yang didakwa ditandatanganinya pada 2013, berkenaan arahan menyalurkan semula sumbangan dana, didakwa daripada keluarga diraja Arab Saudi, kembali kepada pihak itu.

Untuk rekod, dua dokumen itu, termasuk satu dokumen yang dihantar kepada pengarah urusan Ambank ketika itu Cheah Tek Kuang, adalah antara dokumen yang menjadi pertikaian pasukan pembelaan berkenaan tandatangan Najib.

Sebelum ini Najib memberitahu mahkamah bahawa dia meragui ada menandatangani dokumen tersebut, dan meminta seorang saksi pakar memeriksanya.

Bagaimanapun hari ini Najib berkata dia boleh mengenal pasti dokumen itu berdasarkan kandungannya, dan ingat pernah menurunkan tandatangannya.

Keterangan itu tidak diterima baik DPP V Sithambaram, yang kemudian membangkitkan kemampuannya dalam mengenal pasti dokumen dan tandatangannya.

Sitham: Kerana ia salinan, anda kata tak boleh sahkan tandatangan, dan hari ini anda sahkan.

Najib: Ya. Ia bergantung kepada kandunganya.

Sitham: Kandungan apa?

Najib: Kerana saya ingat ini adalah arahan saya.

Sitham: Jadi ketika Ismee (bekas pengerusi SRC Ismee Ismail) memberitahu mahkamah bahawa dia bertindak atas arahan pemegang saham untuk mengadakan mesyuarat lembaga pengarah, anda fikir sebaliknya?

Najib: Ya.

Sitham: Malah minit pemegang saham (arahan) datang sebelum mesyuarat?

Najib: Ia tidak sepatutnya.

Sitham: Ia tidak sepatutnya. Tetapi minit datang sebelum itu.

Najib: Itulah yang saya pertikai.

Sitham: Saya kata bahawa anda selektif dalam mengenal pasti dokumen untuk pembelaan diri anda.

Najib: Saya tak setuju.

Antara dokumen lain yang dipertikai Najib termasuk minit pemegang saham SRC, yang memiliki tandatangannya.

Minit ini didakwa menjadi arahan untuk lembaga pengarah SRC membuat resolusi, termasuk perkara berkaitan pelaburan syarikat di luar negara.

9.45 pagi: Najib Razak memberitahu mahkamah bahawa sukar untuk pasukan pembelaan mendapatkan anggota diraja Arab Saudi untuk memberi keterangan berkenaan sumbangan dana RM2.6 bilion, yang menurutnya diterima daripada mereka secara bertahap antara 2011 hingga 2014.

Bekas perdana menteri berkata demikian ketika ditanya DPP V Sithambaram jika ada anggota keluarga diraja itu akan dipanggil ke mahkamah untuk menyokong dakwaan Najib.

Sitham: Saya katakan pada anda, sejak dari awal, anda tahu bahawa wang ini bukan datang daripada keluarga diraja (Saudi).

Najib: Saya tak setuju. Kerana sebahagian wang itu datang secara terus daripada Kementerian Kewangan Saudi.

Sitham: Malangnya, tiada anggota keluarga diraja akan datang mahkamah untuk sahkannya, benar?

Najib: Kami tidak, well, sukar untuk membuatkan mereka datang ke mahkamah.

Sitham: Saya juga kata berguna (convenient) kepada anda untuk tidak panggil mereka ke mahkamah untuk sahkan cerita anda.

Najib: Saya tak setuju.

9.40 pagi: Bekas perdana menteri Najib Razak berkata bukanlah langkah yang wajar (prudent) untuknya memeriksa sendiri dengan keluarga diraja Arab saudi berkenaan sumbangan dana mereka.

Najib berkata, ini kerana ahli perniagaan Low Taek Jho telah dilantik oleh keluarga diraja itu sebagai perantara untuk perkara itu.

Beliau berkata demikian ketika diperiksa balas oleh DPP V Sithambaram berkenaan empat sumbangan berjumlah RM2.6 bilion yang didakwa diterima daripada bekas raja Arab Saudi, Allahyarham Raja Abdullah Alsaud, antara 2011 hingga 2014.

Mahkamah juga diberitahu bahawa Najib tidak memeriksa sama ada AS$620 juta (kira-kira RM2.2 bilion) yang dikatakannya telah dipulangkan semula kepada keluarga itu pada 2013, benar-benar sampai kepada mereka.

c9af1866f3f65127f633d1be73d6988f.jpg
Jho Low
9.25 pagi: Mahkamah diberitahu bahawa pakar tulisan dari Australia mungkin tidak dapat datang minggu depan untuk memeriksa ketulenan tandatangan Najib Razak pada 13 dokumen penting SRC International.

Peguam bekas perdana menteri, Harvinderjit Singh memberitahu hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bahawa ini kerana masa terlalu singkat untuknya datang ke Malaysia pada tempoh itu.

Semalam, Nazlan membenarkan permohonan Najib untuk pemeriksaan oleh pakar tersebut tetapi berkata ia mesti dibuat sebelum perbicaraan bersambung pada 3 Februari - bermakna minggu depan.

"Yang Arif arahkan pemeriksaan dibuat minggu depan, tetapi kami sedang tunggu pengesahan.

"Terlalu suntuk untuknya datang minggu depan, tetapi kami akan cuba mengesahkan dengan Yang Arif lepas rehat tengah hari (hari ini)," katanya.

Harvinderjit berkata bergantung kepada pakar tersebut, pemeriksaan tandatangan boleh dibuat dua minggu depan.

Nazlan kemudian mengambil maklum perkara itu dan menunggu pengesahan pasukan pembelaan selepas rehat tengah hari nanti.

2413a886188e6643e369f7997c09f2c7.jpg
Harvinderjit Singh
9.19 pagi: Perbicaraan bermula.

Pasukan pendakwaan dijangka menyelesaikan pemeriksaan balas terhadap Najib hari ini.

Ketika perbicaraan semalam, DPP Sithambaram membayangkan yang dia mungkin sempat menyelesaikannya.

Hari ini masuk hari kesepuluh Sithambaran menyoal bekas perdana menteri, susulan bermulanya peringkat bela diri pada Disember lalu.

Semalam, hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membenarkan permohonan Najib untuk membolehkan pakar tulisan dari Australia memeriksa ketulenan tandatangannya pada 13 dokumen utama SRC International, yang sebelum ini diserahkan sebagai eksibit kepada mahkamah.

Semalam juga, Najib dalam keterangannya berkata dia menghalang bekas menteri kewangan kedua Ahmad Husni Hanadzlah daripada ke Switzerland untuk mendapatkan semula dana SRC yang dibeku berjumlah RM3.6 bilion, kerana Husni tidak menyediakan kertas kabinet untuk perkara itu.

Sesi pemeriksaan antara Sithambaram dan Najib juga menjadi panas apabila DPP itu berkata dapat mengesahkan tandatangannya menerusi salinan surat berkenaan mandat berkaitan salah satu akaun banknya, tetapi tidak boleh menentukan ketulenan tandatangan di 13 dokumen SRC.



bf157422493b9bfa13b6ff86f0d5f88b.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/508117

Najib Tahu Derma RM2.6B Masuk Tanpa Lihat Penyata Bank

Najib yang juga ahli parlimen Pekan dibicarakan untuk hari ke-72 atas tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana milik SRC International Sdn Bhd (SRC) sebanyak RM42 juta.

Bekas perdana menteri itu diwakili sekumpulan peguam diketuai Muhammad Shafee Abdullah. Seorang daripada anggota kumpulan itu ialah Harvinderjit Singh.

Pihak pendakwaan pula diketuai Peguam Negara, Tommy Thomas dan turut dianggotai Timbalan Pendakwa Raya, V Sithambaram.

Perbicaraan pagi ini bermula dengan keputusan hakim mengenai permohonan dibuat pihak pembelaan semalam untuk mendapatkan pandangan pakar tulisan tangan dari Australia bagi meneliti tandatangan pada dokumen SRC yang dikemukakan di mahkamah.

LANGSUNG

4.02 petang:
Prosiding bersambung.

3.36 petang: Mahkamah berehat sebentar.

3.20 petang: Najib memberitahu mahkamah, beliau tidak pernah menyemak penyata bank yang dihantar ke rumahnya di Jalan Langgak Duta bagi melihat jika ada "derma" bernilai RM2.6 bilion benar-benar masuk ke akaunnya.

Kata Najib beliau tahu mengenai derma tersebut datang melalui cara lain seperti surat-surat yang mengesahkan kemasukannya.

Menurut ahli parlimen Pekan itu, beliau tidak dapat mengingati sama ada pernah melihat penyata akaun yang dihantar ke rumahnya dari 2011 hingga 2013.

Sithambaram: Kamu mendakwa mengetahui dana RM2.6 bilion masuk ke akaun kamu tanpa melihat penyata bank adalah tidak boleh dipercayai. Ini lebih bagus dari loteri.

Najib: Saya katakan ada surat-surat datang (mengesahkan wang tersebut dihantar). Saya tahu.

Sithambaram: Kecuali kamu melihat penyata akaun, kamu tidak boleh pasti.

Najib: Saya tak ingat (menyemak sebarang penyata akaun mengenai kemasukan RM2.6 bilion banked in). Wang itu benar-benar derma (daripada keluarga bangsawan Saudi).

3.10 petang: Mahkamah diberitahu Najib boleh mengenal pasti tandatangannya pada surat pelantikan bagi memberi kuasa mengendalikan akaunya - bernombor akhir 694 - di Ambank walaupun dokumen tersebut hanya salinan fotokopi.

Kata Najib, ia ditunjukkan oleh pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sithambaram: P60(5) (surat eksibit mengenai pelantikan berkenaan) adalah fotokopi dan kamu mengecamnya melalui kandungan dan tandatangan?

Najib: Ya.

Sithambaram: Kamu berpuas hati? Kamu mengenal pasti berdasarkan salinan fotokopi?

Najib: Ya.

Ia kemudian membawa kepada ketegangan suasana di antara tertuduh dan timbalan pendakwa raya kerana ia boleh dilakukan tetapi sebaliknya tidak dapat disahkan pada dokumen lain.

"Sebab ia berkaitan sesuatu yang mudah," kata Najib.

3.05 petang: Pada 2014, kata Najib, beliau dimaklumkan ada isu integriti membabitkan ketua pegawai eksekutif (CEO) SRC, Nik Faisal Ariff Kamil, semasa menguruskan syarikat tersebut.

Najib juga bersetuju beliau dimaklumkan hal itu oleh pengerusi Lembaga Pengarah SRC ketika itu, Ismee Ismail, melalui ketua setiausaha sulit bekas perdana menteri terbabit, Azlin Alias.

"Ya, sebab itu saya tukarkan dia (daripada menjadi CEO SRC)," katanya semasa disoal balas Sithambaram.

Bagaimanapun, Najib bersetuju dengan saranan Sithambaram bahawa dalam keadaan begitu pun beliau tidak menggantikan Nik Faisal sebagai pemegang amanah akaunnya di Ambank.

Kata Najib, beliau terus membenarkan Nik Faisal menguruskan akaunnya kerana isu integriti yang dibangkitkan hanya melibatkan peranan individu berkenaan di SRC.

77238860d4977c6b3170d476c4ed4dd9.jpg
Nik Faisal
Disebabkan bank berkenaan tidak memaklumkan ada sebarang isu berkaitan akaunnya, kata Najib, beliau tidak menggantikan Nik Faisal sebagai pengurus akaun dengan orang lain.

Sithambaram: Adakah kamu memberitahu mahkamah bahawa jika seseorang yang tidak berintegriti dalam SRC akan menjadi integriti semasa menguruskan akaun kamu? Adakah kamu memisahkan dia?

Najib: Tidak. Saja menjangkakan jika ada sesuatu yang tidak diingini (berlaku pada akaun), bank akan memberitahu saya.

Sithambaram: Saya cadangkan kepada tuan, bahawa Nik Faisal adalah orang kepercayaan kamu yang kamu letakkan di SRC untuk menyedut dana dari SRC ke akaun kamu.

Najib: Saya tak setuju sama sekali.

2.49 petang: Najib memberitahu beliau membeli hadiah untuk isteri perdana menteri Qatar (ketika itu) menggunakan kad kredit sendiri sebagai cara mengelak daripada menggunakan wang awam.

Keterangan itu diberi Najib semasa ditanya mengenai pembayaran RM3.2 juta untuk pembelian hadiah di premis De Grisogono, Itali pada 2014.

Hadiah itu dibeli untuk diberikan kepada isteri Sheikh Ahmed Jassim al-Thani.

Sithambaram juga bertanya mengenai tujuan tertuduh membuka akaun bagi kad kredit itu di Ambank sebelum itu.

Sithambaram: Hadiah untuk ketua-ketua negara diambil dari dana kerajaan. Perdana menteri tak sepatutnya menggunakan gaji sendiri.

Najib: Ada akaun (kad kredit) dan saya tak mahu menggunakan wang awam untuk membeli hadiah kepada (isteri) perdana menteri Qatar. Beliau adalah kawan baik saya.

Najib juga menegaskan hadiah tersebut mahal justeru tidak mahu dana awam digunakan untuk membelinya.

2.28 petang: Perbicaraan sesi petang bermula.

12.45 tengah hari: Perbicaraan berehat dan akan disambung jam 2.30 petang ini.

12.39 tengah hari: Menteri Kewangan Kedua, Ahmad Husni Hanadzlah, sepatutnya menyediakan kertas kabinet sebelum pergi ke Switzerland untuk cuba mendapatkan semula wang SRC bernilai RM3.6 bilion di sana, kata Najib Razak.

Kata bekas perdana menteri itu, beliau tidak membenarkan Ahmad Husni ke Switzerland sebelum ini kerana tiada rancangan yang rapi dibuat dan ia memerlukan kertas cadangan agar dikemukakan kepada kabinet.

Najib: Saya mahu dia (Ahmad Husni) beritahu secara terperinci bagaimana dia nak melakukannya.

Sithambaram: Jadi perlu pelan yang besar?

Najib: Kemukakan pelan yang sepatutnya dan berikan kepada kabinet. Tetapi dia tak ada pelan yang lengkap.

Sithambaram: Ini melibatkan para pesara (kerana berkaitan Kumpulan Wang Persaraan - KWAP). Ini kedengaran seperti sebuah filem James Bond. Ini macam G to G (kerajaan dengan kerajaan).

Najib: Kamu perlu sediakan kertas kabinet sebelum pergi.

f6799a7af0977a3b20ca8c7d972bab5a.jpg

Semasa perbicaraan awal tahun lalu, Ahmad Husni memberi keterangan, Najib menghalangnya pergi ke Switzerland untuk cuba mendapatkan semula wang SRC yang dibekukan di negara berkenaan.

Ia adalah sebahagian daripada dana RM4 bilion yang dipinjamkan KWAP kepada SRC pada akhir 2011 dan awal 2012.

12.15 tengah hari: Najib memberitahu mahkamah, beliau tidak terkejut apabila mendapat tahu bekas ketua pegawai eksekutif SRC, Nik Faisal Ariff Kamil, dan ketua setiausaha sulitnya, Azlin Alias, merahsiakan kemasukan wang RM32 juta ke akaun beliau pada 2014.

Menjawab soalan Sithambaram, bekas perdana menteri itu memberitahu beliau tidak mengetahui mengenai transaksi wang ke akaun bank terbabit kerana tidak menerima penyata mengenainya.

Najib berkata demikian semasa ditanya mengenai dana yang dibawa dari akaun SRC ke akaun Najib di Ambank pada Dis 2014 sebelum ia dikeluarkan kemudiannya.

Sithambaram: RM32 juta dikeluarkan dari akaun-akaun kamu, mereka tidak memaklumkannya, kamu tak mendapati ia mengejutkan?

Najib: Tidak.

Sithambaram: Jadi pemegang kuasa dan Azlin merahsiakannya daripada kamu... sejumlah besar dana masuk dan keluar dari akaun kamu dan kamu tidak terkejut, betul tuan?

Najib: Ya.

11.55 pagi: Perbicaraan bersambung semula.

11.17 pagi: Perbicaraan berhenti rehat untuk seketika.

11.07 pagi: Untuk kesekian kalinya Najib menegaskan beliau tidak tahu wang bernilai RM42 juta yang masuk ke akaun persendiriannya antara akhir 2014 dan akhir 2015 adalah milik SRC.

Wang tersebut dimasukkan secara berperingkat, masing-masing bernilai RM27 juta, RM10 juta dan RM5 juta.

Najib: Saya tak tahu itu adalah wang SRC (meninggikan suara). Saya hanya tahu kemudian.

Sithambaram: Adakah kamu membelanjakan setiap sen duit (bernilai RM27 juta) itu?

Najib: Ya.

Sithambaram: Kamu membelanjakan setiap sen duit RM5 juta itu?

Najib: Ya, ketika itu saya tak tahu.

Sithambaram: RM27 juta masuk dan kamu membelanjakan RM27 juta?

Najib: Saya tak tahu itu duit SRC.

0118f4cd24396402a176af4ded117f16.jpg
Timbalan Pendakwa Raya, V Sithambaram (kiri)
10.48 pagi: Percanggahan kenyataan di antara Najib dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, dibangkitkan Sithambaram pagi ini.

Timbalan pendakwa raya itu mencadangkan, politik di negara ini dibayangi amalan feudalisme.

Najib: Tidak, tidak, saya tak bersetuju kerana ada ketikanya, mereka (KWAP) tidak sependapat dengan saya.

Sithambaram: Agak feudal (sebab) mereka (sentiasa) mendengar apa yang dikatakan oleh bos (pihak atasan).

Najib: Ya, tetapi mereka boleh memberikan pandangan. Apabila saya memberikan arahan mereka boleh tidak bersetuju dengan saya.

Sithambaram: Kita semua tahu (apa yang berlaku ke atas) sesiapa yang tidak bersetuju dengan kamu.

Keterangan itu diberikan Najib semasa Sithambaram menyoal balas tertuduh berhubung pengeluaran pinjaman sebanyak RM2 bilion oleh KWAP untuk syarikat SRC.

Berdasarkan keterangan sebelum ini, dana tersebut dikeluarkan KWAP kepada SRC sebelum permohonan untuk mendapatkan jaimnan kerajaan bagi pinjaman kedua berkenaan diluluskan kabinet.

10.01 pagi: Najib memberitahu mahkamah, beliau tidak pernah memberikan arahan secara langsung kepada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) untuk mengeluarkan pinjaman kali kedua - bernilai RM2 bilion - untuk SRC.

Sebelum itu Sithambaram bertanya sama ada bekas perdana menteri itu ada memberikan tekanan secara tersirat ke atas Ketua Setiausaha Perbendaharaan ketika itu, Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, untuk membenarkan KWAP memberikan pinjaman kedua.

Untuk rekod sebelum itu - atau pada akhir 2012 - KWAP sudah mengeluarkan RM2 bilion untuk SRC sebelum permohonan kali kedua - pada awal 2012 - dibuat. Najib ketika itu adalah penasihat emeritus SRC.

Najib: Apabila saya merujuk kepada KWAP, mereka mesti melalui proses sepatutnya.

Sithambaram: Tapi ini adalah apabila perdana menteri (Najib sendiri) menghubungi pengerusi lembaga mengenai keperluan membuat pinjaman?

Najib: Saya tak pernah memberi arahan secara langsung. Terserah kepada mereka (KWAP) untuk menelitinya.

Sithambaram: Beliau (Wan Abdul Aziz) terikat untuk cenderung mempertimbangkan is (permohonan tersebut).

Najib: Tidak. Pada waktu itu mereka perlu membuat keputusan berdasarkan merit kes. Jadi saya tak setuju (dengan cadangan pendakwaan).

9.40 pagi: Mohd Nazlan menerima permohonan pasukan pembelaan untuk mendapatkan pandangan pakar tulisan tangan dari Australia bagi meneliti tandatangan didakwa diturunkan Najib pada dokumen yang menjadi barang bukti.

Semasa menyampaikan keputusan itu, hakim berkata, beliau membenarkan permohonan terbabit kerana tertuduh berhak mendapat sebarang keterangan relevan yang dipilihnya untuk membela diri.

Bagaimanapun, kata Mohd Nazlan, keterangan yang diberikan oleh saksi itu nanti akan ditentukan oleh mahkamah pada akhir perbicaraan.

Katanya, mahkamah juga berhak memberi pertimbangan jika kredibiliti pembelaan Najib akan terkesan oleh sebarang pertimbangan semula.

Beliau juga memutuskan, pihak pendakawaan dibenarkan untuk memanggil saksi bagi menafikan keterangan berkenaan seperti diperuntukkan Seksyen 425 Kanun Tatacara Jenayah - jika mereka mahu berbuat demikian.

Hakim kemudian mengarahkan pasukan pembelaan untuk mengaturkan kedatangan pakar terbabit tanpa mengganggu perjalanan perbicaraan.

Kata hakim ia perlu diselesaikan dalam tempoh dua hari sebelum 3 Feb ini.

9.35 pagi: Perbicaraan bersedia untuk dimulakan apabila Najib memasuki kandang tertuduh.

9.06 pagi: Najib memasuki mahkamah.

Pasukan pendakwaan dan pembelaan juga sudah berada di tempat masing-masing.

a3a06ceb661f8489533f6288c2149c4f.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/508046

Saya Belanja Berjuta - Juta Tapi Tak Tahu Ia Wang SRC - Najib

22.01.2020 - Kuala Lumpur, Najib Razak hari ini mengaku di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur bahawa beliau telah berbelanja berpuluh juta ringgit wang yang dikreditkan ke dalam akaun bank peribadinya antara 2014 dan 2015.

Bekas perdana menteri berusia 67 tahun itu berkata, beliau membelanjakan setiap sen dalam akaunnya itu kerana berpendapat ia dana untuk Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dimilikinya.

Bagaimanapun, Najib mengekalkan pendiriannya bahawa beliau tidak tahu wang itu adalah dana SRC International Sdn Bhd.

Ketika disoal-balas oleh Pendakwa Raya ad-hoc V Sithambaram, ahli parlimen Pekan itu bersetuju bahawa beliau telah membelanjakan RM27 juta yang dikreditkan ke dalam akaun pada Julai dan RM5 juta pada Sepember 2014.

Sithambaram: RM27 juta masuk dalam akaun anda pada Julai, anda berkata anda tidak tahu?

Najib: Ya, Saya tidak tahu yang ia adalah wang SRC, Saya hanya mengetahuinya agak kemudian.

Sithambaram: Tetapi anda membelanjakan setiap sen daripadanya?

Najib: Ya

Sithambaram: Adakah anda tahu RM5 juta masuk ke dalam akaun anda pada September?

Najib: Saya tidak tahu, masa itu

Sithambaram: Tetapi anda membelanjakan setiap sen daripadanya?

Najib: Ya

Sithambaram: Pada Disember, RM27 juta dimasukkan dalam akaun anda. Adakah anda tahu?

Najib: Pada ketika itu, saya tidak tahu.

Sithambaram: Tetapi anda membelanjakannya?

Najib: Ya, saya membelanjakannya… ia adalah dana CSR yang saya ada

Kepada soalan lain, Najib berkata beliau tidak berasa terperanjat bila Nik Faisal Ariff Kamil, bekas ketua pegawai eksekutif SRC tidak memberitahu beliau bahawa RM32 juta itu dipindahkan ke dalam akaunnya, memandangkan Nik Faisal yang menguruskan akaunnya.

Sithambaram: Jadi pemegang mandat itu boleh saja tidak memaklumkan kepada anda mengenai jumlah dana yang besar itu masuk dan keluar daripada akaun anda, dan anda tidak berpendapat ia sesuatu yang terperanjat, benar begitu?

Najib: Ya

Najib membela diri terhadap tujuh pertuduhan menyalahguna RM42 juta dana SRC International, merangkumi tiga pertuduhan pecah amanah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahguna kedudukan terhadap dana SRC.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung.

63d3d760d53ee2abccdb795cf03d2bc6.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/508046

Keputusan Panggil Pakar Tulisan Bakal Di Ketahui

22.01.2020 - Kuala Lumpur, Pagi ini Najib Razak akan mengetahui sama ada permohonannya untuk memanggil pakar tulisan tangan bagi menilai tandatangan pada 13 dokumen penting memang miliknya atau dipalsukan akan dibenarkan atau tidak.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, semalam memberitahu, beliau akan menyatakan keputusannya berhubung perkara itu hari ini.

Najib yang juga ahli parlimen Pekan dibicarakan untuk hari ke-72 atas tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana milik SRC International Sdn Bhd sebanyak RM42 juta.

Bekas perdana menteri itu diwakili sekumpulan peguam diketuai Muhammad Shafee Abdullah. Seorang daripada anggota kumpulan itu ialah Harvinderjit Singh.

Pihak pendakwaan pula diketuai Peguam Negara, Tommy Thomas dan turut dianggotai Timbalan Pendakwa Raya, V Sithambaram.

LANGSUNG

9.35 pagi:
Perbicaraan bersedia untuk dimulakan apabila Najib memasuki kandang tertuduh.

9.06 pagi: Najib memasuki mahkamah.

Pasukan pendakwaan dan pembelaan juga sudah berada di tempat masing-masing.

0840b9d84b40b58b4526797202649b5f.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/507975

Najib Setuju "Letak" RM3.6B Di Switzerland Pencapaian Terbesar SRC

21.01.2020 - Kuala Lumpur, Bekas perdana menteri Najib Razak bersetuju bahawa pencapaian terbesar SRC International Sdn Bhd adalah apabila ia 'meletakkan’ RM3.6 bilion ke dalam bank di Switzerland.

Najib, 67, berkata wang yang diletakkan di BSI Limited Bank di Lugano, Switzerland itu adalah untuk pelaburan dalam sumber tenaga semulajadi dan ia 'ditempatkan' di bank itu hanya sebagai 'transit'.

Beliau berkata demikian selepas bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan pada sesi pemeriksaan balas oleh pendakwa ad hoc, V Sithambaram pada hari ke-71 perbicaraannya berhubung dakwaan penyelewengan RM42 juta dalam dana SRC di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

Sebagai respons Sithambaram secara menyindir berkata tempoh 'transit' selama tujuh tahun sejak pinjaman pertama RM2 bilion, dan RM2 bilion lagi dikeluarkan masing-masing pada 2011 dan 2012 sehingga 2018 apabila Najib melepaskan jawatannya, adalah terlalu lama.

Najib tidak menjawab apa-apa.

Sithambaram kemudiannya mencadangkan kelulusan jaminan kerajaan yang kedua bagi pinjaman kedua SRC adalah luar biasa kerana ia berlaku disebabkan kepentingan Najib dalam syarikat sumber strategik itu.

Sithambaram: Sebagai perdana menteri, merangkap menteri kewangan, anda tidak mendapatkan kelulusan bagi pinjaman (kedua) kerana ia akan mewujudkan terdapat konflik kepentingan.

Najib: Saya tidak bersetuju.

Najib mengulangi bahawa pinjaman kedua diluluskan kerana beliau berharap prestasi SRC akan bertambah baik, walaupun beliau telah mendapat gambaran mengenai apa yang berlaku dalam SRC.

“Saya mempunyai keyakinan terhadap mereka yang menduduki lembaga (pengarah) kerana mereka adalah individu yang mempunyai kelayakan tinggi yang berjaya dalam dunia korporat sebelum ini.

“Saya jangka mereka berupaya untuk meneruskan dengan pelaburan itu disebabkan rekod mereka dalam badan korporat,” tambahnya.

Sithambaram turut mencadangkan Najib sepatutnya mengelak daripada menyertai mesyuarat kabinet yang meluluskan jaminan kerajaan bagi pinjaman kedua Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) kerana kehadirannya sebagai perdana menteri mungkin akan mempengaruhi lain-lain menteri, namun ia tidak dipersetujui Najib.

Sithambaram: Saya mencadangkan kepada anda, selain menghantar wang ke Switzerland, tiada apa yang dicapai oleh SRC selepas jaminan kerajaan pertama.

Najib: Ya.

Sithambaram: Selepas beberapa mesyuarat dengan bekas ketua pegawai eksekutif SRC Nik Faisal Ariff Kamil, anda tidak maklumkan kepada kabinet bahawa syarikat itu tidak membuat apa-apa dengan pinjaman pertama KWAP.

Najib: Tidak, saya tidak maklumkan.

Sithambaram: … dan tuan, anda bersetuju bahawa tiada apa yang boleh ditunjukkan (kepada negara) daripada RM4 bilion yang diperoleh SRC semasa anda melepaskan jawatan?

Najib: Ya, saya setuju.

Sithambaram turut mencadangkan kepada Ahli Parlimen Pekan itu, sekiranya RM4 bilion itu miliknya sendiri, dia akan meletakkan di tempat yang dia tidak tahu bagaimana ia akan berkembang (bertambah), dan Najib tidak memberikan respons terhadap cadangan itu.

Najib membela diri terhadap tujuh pertuduhan menyelewengkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd, yang terdiri daripada tiga pertuduhan jenayah pecah amanah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya berkaitan dengan dana SRC.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung 20 Jan.

63d3d760d53ee2abccdb795cf03d2bc6.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/507945

Najib Sokong Pinjaman Kedua Kepada SRC Atas Dasar "Harapan"

Bekas perdana menteri Najib Razak hari ini mengakui kabinet yang diterajuinya ketika itu menyokong pinjaman kedua kepada SRC International Sdn Bhd walaupun sedar pinjaman pertama RM2 bilion tidak membuahkan sebarang hasil.

Hal ini didedahkan sewaktu pemeriksaan balas terhadap Najib, terutamanya mengenai peranannya dalam jaminan kedua kerajaan supaya Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) memberikan pinjaman kedua berjumlah RM2 bilion kepada SRC.

Sithambaram: Kamu setuju pada masa itu jaminan (kedua) kerajaan diberikan, kamu sendiri sedari bahawa SRC tidak berjaya kerana ia tidak melakukan apa-apa dengan pinjaman pertama.

Najib: Saya berharap ia akan menjadi lebih baik.

Sithambaram: Ia tidak berbuat apa-apa, bagaimana mungkin ia menjadi lebih baik?

Najib: Saya berharap ia akan menjadi lebih baik.

Susulan itu, Najib bersetuju dengan pendakwaan bahawa kerajaan perlu menyediakan SRC dengan pinjaman jangka pendek dan geran apabila syarikat itu gagal membayar balik pinjaman kepada KWAP.

Sithambaran: Adakah kamu setuju bahawa satu-satunya pencapaian oleh SRC adalah untuk meletakkan RM3.6 bilion di Switzerland?

Najib: Sekarang, baru kita tahu.

Sithambaran: Adakah kamu tidak bertanya (tentang ini)?

Najib: Ia sepatutnya berada dalam transit untuk pelaburan.

Sithambaran: Ia tidak boleh berada dalam perjalanan selama tujuh tahun.

236383f3e75d2b8e8f1d74ea73f543dc.jpeg

SRC menerima pinjaman RM2 bilion daripada KWAP pada bulan Ogos 2011. Ia menerima pinjaman RM2 bilion pada bulan Mac 2012. Kedua-dua pinjaman itu mendapat jaminan kerajaan.

Syarikat itu pada asalnya merupakan anak syarikat 1MDB sebelum diambil alih oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) pada 12 Feb 2012, yang mana Najib ialah menteri kewangan ketika itu.

Menjelaskan kenapa SRC menerima jaminan kerajaan walaupun sebelum memohon pinjaman kedua daripada KWAP, Najib berkata SRC tahu mereka tidak akan mendapatkan pinjaman itu tanpa jaminan kerajaan tersebut.

Apabila Sithambaran menegaskan bahawa "luar biasa" bagi kabinet untuk mengeluarkan jaminan kerajaan tanpa SRC perlu membuat permohonan, Najib berkata terdapat memo daripada ketua setiausaha Perbendaharaan pada masa itu, Wan Abdul Aziz Wan Abdullah yang mengesyorkan jaminan berkenaan.

Perbicaraan akan bersambung semula esok.



7ad609ade059d146250cf604305b341d.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/507917

Nasib Permohonan Najib Panggil Pakar Di Ketahui Esok

21.01.2020 - Kuala Lumpur, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memutuskan esok berhubung permohonan Najib Razak untuk memanggil pakar tulisan tangan Australia bagi mengesahkan kesahihan tandatangannya pada 13 dokumen yang dikemukakan sebagai bukti.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali akan mengumumkan penghakimannya pada pukul 9 pagi esok. Sejak semalam, mahkamah telah mendengar hujah kedua-dua pihak.

Peguam Najib mengemukakan permohonan itu pada 19 Disember, hanya selepas mahkamah memutuskan bahawa tertuduh terpaksa membela dirinya.

Semalam, peguam Najib berkata bahawa tanggungjawab terletak ke atas pendakwaan untuk membuktikan kesahihan 13 dokumen itu mengandungi tandatangan Najib.

Justeru, peguam Harvinderjit Singh memaklumkan kepada mahkamah, pihak pembelaan tidak perlu mempersoalkan kesahihan tandatangan pada peringkat pendakwaan.

Walau bagaimanapun TPP V Sithambaram tidak bersetuju dan berkata bahawa permohonan Najib untuk mempertikaikan kesahihan dokumen-dokumen itu hanya dibuat selepas fikir semula (afterthought).

Katanya, pihak pembelaan mempunyai peluang untuk mempertikaikan kesahihan dokumen semasa pemeriksaan balas terhadap saksi pendakwaan.

"Tiba-tiba, keraguan itu meresap ke dalam fikiran mereka akibat perkara yang mereka temui semasa perbicaraan," katanya.

Sithambaram juga menegaskan bahawa jika tertuduh mempunyai keraguan tentang kesahihan tandatangan maka sewajarnya tertuduh membuat laporan polis.

"(Tertuduh akan) mengetahui tentang (dakwaan) pemalsuan sebelum perbicaraan bermula," kata peguam itu.

Sithambaram juga menuduh pihak pembelaan memfailkan permohonan itu sebagai satu taktik kerana pendakwaan telah menutup kesnya.

Beliau berkata tertuduh di bawah pemeriksaan balas memohon untuk melihat dokumen asal sebelum mengesahkan sama ada tandatangan berkenaan miliknya.

Bagaimanapun, katanya, pihak pendakwaan tidak boleh lagi mengemukakan bukti baru selepas tertuduh diarah membela dirinya.

d1f05724bab094b5689b2073c507f83f.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/507899

Pemilik Suara Klip Audio Di Ketahui Minggu Ini - IGP

21.01.2020 - Kuala Lumpur, Pemilik suara rakaman audio yang didedahkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya, dijangka diketahui minggu ini atau selewat-lewatnya minggu depan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata Polis Diraja Malaysia akan memanggil individu berkenaan untuk memberi kenyataan sebaik sahaja nama mereka diumumkan.

“Mereka yang didakwa suara di dalam rakaman audio itu, apabila dapat disahkan suara itu milik sesiapa, individu tersebut akan dipanggil untuk diambil kenyataan, "katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara kepada lebih 400 anggota dan pesara polis di Briged Utara, Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta di Ipoh hari ini.

Pada 8 Jan lepas, SPRM memutarkan rakaman audio perbualan yang didakwa kebocoran maklumat daripada Jabatan Peguam Negara kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak semasa menjadi Perdana Menteri dan perbualan lain berkaitan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad dan SRC International Sdn Bhd.

Klip audio itu dipercayai perbualan yang melibatkan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, bekas ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad, seorang tokoh asing dan beberapa individu lain.

Dalam pada itu, Abdul Hamid berkata polis sedang giat menjalankan siasatan berhubung dakwaan terdapat komplot jenayah untuk menjatuhkan reputasi dan imej SPRM serta Ketua Pesuruhjayanya.

Pada 14 Jan lepas, SPRM membuat satu laporan polis terhadap beberapa individu termasuk seorang peguam yang didakwa menjadi dalang dalam komplot jenayah untuk menjatuhkan reputasi suruhanjaya itu Latheefa.

Menurut Latheefa laporan polis itu dibuat bagi memberi satu mesej yang jelas kepada dalang-dalang di sebalik komplot bahawa beliau tidak tergugat atau terancam dalam melaksanakan tugas sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.

77ff3f078e8225ce2e8c220116f3937d.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/507866

Najib Tak Pernah Bangkitkan Isu Tandatangan Palsu

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah membangkitkan apa-apa isu mengenai pemalsuan tandatangan beliau dalam beberapa dokumen berkaitan SRC International Sdn Bhd sepanjang peringkat perbicaraan pendakwaan.

Pendakwa raya ad-hoc, Datuk V. Sithambaram berkata, malahan pihak pembela tidak membangkitkan isu itu semasa saksi pendakwaan ke-39, mengenal pasti tandatangan bekas Perdana Menteri itu semasa kes pendakwaan pada tahun lepas.

"Semasa kes pendakwaan itu, bekas pengerusi lembaga pengarah SRC, Tan Sri Ismee Ismail telah mengenal pasti tandatangan Ahli Parlimen Pekan itu. Pihak pembela tidak pula mencabar pengenalpastian tandatangan Najib ketika itu.

"Tidak ada penyangkalan kenapa dia (Ismee) mengenal pasti ini adalah tandatangan Najib. Ini adalah peluang untuk membangkitkan isu berkenaan,” kata Sithambaram.

Beliau menegaskan bahawa pihak pendakwaan tidak menyembunyikan apa-apa atau cuba mempermainkan pihak pembela.

"Semua kad ada di atas meja. Kita bukan bermain poker di sini. Keadilan bukan satu permainan. Ini bukanlah kes yang kita tidak memberi mereka peluang. Kita tidak menolak mereka ke satu sudut… 57 hari, tiada satu patah perkataan pun mengenai pemalsuan. Jadi, mahkamah perlu menolak permohonan itu,” kata Sithambaram.

d1f05724bab094b5689b2073c507f83f.jpg


Sithambaram juga berkata, sebagai Perdana Menteri negara ini ketika itu, Najib sepatutnya membuat laporan polis jika dia mendapati dokumen yang belum ditandatanganinya hingga melibatkan banyak perkara.

“Laporan polis perlu dibuat dan dicabar dengan serta merta kerana dipalsukan. Tetapi dia tidak berbuat demikian,” katanya.

Beliau berkata, tidak ada keperluan bagi mahkamah untuk memanggil pakar untuk menyatakan jika tandatangan di atas tujuh dokumen itu dipertikaikan oleh pembela sama ada ia tandatangan Najib ataupun tidak.

Beliau berkata, ini kerana Najib, sebagai yang tertuduh, sendiri boleh menyatakan sama ada tandatangan itu adalah miliknya.

b1e26d9f827f65125c5f7cd68d5223a5.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/507895

Ahmad, Shahrir Mengaku Tak Bersalah

21.01.2020 - Kuala Lumpur, Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan, mengaku tidak bersalah atas tuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Beliau didakwa gagal membuat pengisytiharan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berhubung dana RM2 juta yang diterimanya daripada Najib Razak.

Ahmad yang juga bekas ketua penerangan Umno turut didakwa memberi kenyataan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pertuduhan berkenaan dibacakan di depan hakim Azman Ahmad.

Sementara itu, di mahkamah berlainan, bekas ahli parlimen Johor Bahru yang juga bekas menteri, Shahrir Samad, turut mengaku tidak bersalah atas satu tuduhan.

Beliau didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan cara tidak melaporkan pendapatan sebenar kepada LHDN.

Mengikut kertas pertuduhan Shahrir didakwa menerima RM1 juta daripada Najib Razak melalui sekeping cek AmIslamic Bank Bhd bertarikh 27 Nov 2013.

Shahrir, 71, mengaku tidak bersalah selepas tuduhan itu dibacakan kepadanya di depan hakim Azura Alwi.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM500,000 kepada Ahmad manakala Shahrir pula dikenakan jaminan sebanyak RM350,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah turut mengenakan syarat tambahan iaitu supaya pasport antarabangsa masing-masing ditahan sehingga kes berkenaan selesai.

Sebutan kes Ahmad ditetapkan pada 21 Februari ini manakala sebutan kes bagi Shahrir ditetapkan pada 24 Februari depan.

Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Shahrir dan Ahmad selepasmereka hadir untuk melengkapkan proses siasatan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

Walau bagaimanapun, kedua-dua pemimpin Umno itu kemudiannya dibebaskan dengan jaminan SPRM.

47f1e87c34b63e5e7381f1b60f95d7e3.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/507838

Shahrir Di Dakwa Gagal Isytihar RM1J Yang Di Terima Dari Najib

21.01.2020 - Kuala Lumpur, Bekas pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Ab Samad hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur atas pertuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Shahrir, 71, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Azura Alwi.

Mengikut pertuduhan, Shahrir dituduh melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan cara tidak melaporkan pendapatan sebenar di dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan bagi Tahun Taksiran 2013 yang bertentangan dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967, iaitu tidak mengisytiharkan pendapatan yang diterima daripada Najib berjumlah RM1 juta melalui sekeping cek AmIslamic Bank Berhad bertarikh 27 Nov, 2013.

Cek itu kemudiannya telah dimasukkan ke dalam akaun Public Islamic Bank milik tertuduh pada 28 Nov 2013.

Oleh itu, tertuduh didakwa telah melibatkan diri secara langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram.

Shahrir dituduh melakukan kesalahan itu di LHDN, Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di Kuala Lumpur pada 25 April, 2014.

Pertuduhan mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norzilati Izhani Zainal @ Zainol dan Nik Haslini Hashim manakala Shahrir diwakili peguam Syahrul Syazwan Salehin dan Fahmi Abd Moin.

df6343e97c9ee1d9233e93e1555aeec8.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/507846

Maslan Di Dakwa Gagal Isytihar RM2J Yang Di Terima Dari Najib

21.01.2020 - Kuala Lumpur, Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpuri, hari ini atas dua pertuduhan iaitu gagal mengisytiharkan RM2 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan memberi penyataan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ahmad, 54, yang memakai sut hitam mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Azman Ahmad.

Bagi pertuduhan pertama, Ahmad didakwa telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan cara tidak melaporkan pendapatan sebenar di dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan Bagi Tahun Taksiran 2013 yang bertentangan dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Bekas Timbalan Menteri Kewangan itu dituduh melakukan perbuatan berkenaan dengan tidak mengisytiharkan pendapatan yang telah diterima daripada Najib berjumlah RM2 juta melalui sekeping cek AmIslamic Bank Berhad bertarikh 27 Nov, 2013, yang mana cek itu telah ditunaikan sendiri oleh tertuduh pada hari sama.

Oleh itu, tertuduh didakwa telah melibatkan diri secara langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di LHDN, Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim pada 30 April, 2014, mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Pertuduhan itu membawa hukuman denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Ahmad juga dituduh telah memberi penyataan-penyataan palsu semasa percakapannya dirakam mengikut Seksyen 32 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram oleh pegawai penyiasat SPRM iaitu Ketua Penolong Kanan Penguasa Mohd Zairi Zainal di bilik sidang media, Bangunan Parlimen, Jalan Parlimen, di Kuala Lumpur antara 2.45 petang hingga 3.30 petang pada 4 Julai, 2019.

Pertuduhan mengikut Seksyen 32(8)c) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM3 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norzilati Izhani Zainal @ Zainol manakala peguam Hamidi Mohd Noh mewakili Ahmad.

4737ee02576d2c15b2542fd56b2a20f8.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/507848

SPRM Dakwa Ahmad Maslan, Shahrir Samad Esok

20.01.2020 - Kuala Lumpur, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan anggota parlimen Pontian, Ahmad Maslan dan bekas anggota Parlimen Johor Bahru, Shahrir Samad.

Kedua-dua pemimpin Umno itu akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok.

"Shahrir dan Ahmad masing-masing bakal menghadapi satu dan dua pertuduhan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001," kata SPRM dalam satu kenyataan.

Ahmad ditahan pada jam 10.10 pagi manakala Sharir ditahan pada jam 11.22 pagi.

SPRM berkata kedua-dua mereka ditahan selepas hadir untuk melengkapkan proses siasatan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

Mereka kemudiannya dibebaskan dengan jaminan SPRM.

SPRM tidak mengulas lanjut mengenai kesalahan yang didakwa dilakukan mereka.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka sebelum ini dikaitkan menerima wang daripada bekas perdana menteri Najib Razak, yang sumber dananya didakwa disalahgunakan daripada 1MDB.

Menurut jejak wang dalam akaun bank Najib, Ahmad menerima RM2 juta dari akaun bank bekas perdana menteri itu yang nombor akaunnya berakhir 906 pada 27 November 2013.

Pada 28 Nov 2013, Shahril juga menerima RM1 juta dari akaun bank yang sama.

Shahrir pada Ogos 2015 mempertahankan tindakannya mengambil wang daripada Najib apabila jejak wang itu didedahkan kepada awam.

"Kepada siapa lagi harus saya minta bantuan kewangan untuk perbelanjaan dalam mentadbir bahagian saya jika bukan dari presiden parti saya sendiri?," kata Shahrir.

Sebulan sebelum itu, Ahmad Maslan juga mempertahankan sumber dana Najib, menegaskan bahawa ia tidak disalahgunakan daripada 1MDB.

Ahmad berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Kewangan dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri di bawah kerajaan BN sebelum ini.

Shahrir pula merupakan menteri perdagangan dan hal ehwal pengguna daripada tahun 2008 dan 2009.

Beliau berkhidmat sebagai Pengerusi Felda di bawah kerajaan sebelumnya

e8dccc41c99902c6a4a564c9eaceb572.jpeg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/507768

Mahathir Pelik Orang Cium Tangan Pencuri

20.01.2020 - Kuala Lumpur, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengingatkan rakyat agar berwaspada dalam memilih pemimpin bagi mengelak kemungkinan negara diterajui semula oleh apa yang disifatkan beliau sebagai pencuri.

Perdana menteri merangkap pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata beliau tidak faham bagaimana sesetengah masyarakat mudah terpengaruh dengan orang yang kini menghadapi perbicaraan atas tuduhan melakukan perbuatan itu.

"Kita sampai kepada satu tahap yang orang cium tangan pencuri, panggil bossku, jadi bossku curi duit pun tak apa. It's okay to steal (Adalah okay mencuri)," katanya dengan nada sinis.

"Saya tak taulah macam mana orang boleh terpengaruh dengan seorang yang even now is facing a trial for cheating, for stealing money (malah sekarang sedang dibicarakan bagi pertuduhan menipu, mencuri duit)," kata Dr Mahathir pada sidang media selepas melawat projek demonstrasi 5G di Langkawi, hari ini.

eae4c78ff797e681e34720a6b1e88799.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/507749

Dakwaan Pemalsuan Tandatangan Hanya "Langkah Taktikal" - DPP

Hari ke-69 perbicaraan kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International terhadap Najib Razak akan bermula jam 11 pagi ini.

12.57 tengah hari: Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali menangguhkan perbicaraan ke pukul sembilan pagi esok.

Ia bagi memberi lebih masa kepada pasukan pendakwaan dan juga pembelaan untuk penghujahan berhubung permohonan Najib Razak agar pakar tulisan Australia memeriksa ketulenan tandatangannya pada sejumlah dokumen utama SRC International, yang sebelum ini diserahkan kepada mahkamah sebagai eksibit.

12.15 tengah hari: DPP Sithambaran menyifatkan permohonan pembelaan untuk memanggil saksi pakar, di saat perbicaraan sudah mencapai tahap ini, sebagai hanya "langkah taktikal" (tactical manoeuvre).

Sithambaran mendakwa pihak pembelaan boleh membuat permohonan lebih awal, iaitu ketika peringkat pendakwaan.

Beliau berkata demikian dalam hujahannya menentang permohonan pembelaan untuk memanggil pakar tulisan tangan dari Australia untuk memeriksa tandatangan Najib Razak pada tujuh dokumen berkaitan SRC International.

Pembelaan mempertikai ketulenan dokumen itu, dan Najib berkata dia ragu sama ada pernah menurunkan tandatangannya. Ia bertentangan dengan kenyataan awal kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di mana di mengakui menandatangani dokumen tersebut.

653afe1f73efa025a950191964f2f183.jpeg
Sithambaram
"Oleh kerana jelas sebelum dan semasa perbicaraan mereka yakin tentang pemalsuan, segala drama yang mereka mengesyaki berlaku pemalsuan ketika perbicaraan adalah langkah taktikal (tactical manoeuvre) untuk meletakkan pendakwaan dalam kedudukan yang merugikan.

"Di peringkat pihak pendakwaan telah pun menutup kesnya," kata Sithambaram.

"Mereka memilih untuk mengabainya dan kini memilih untuk membukanya," katanya lagi.

DPP itu turut menyasarkan hujah pembelaan bahawa pihak pendakwaan gagal mendapatkan saksi pakar untuk memeriksa dokumen tersebut.

Dia berkata pendakwaan tidak perlu berbuat demikian kerana mereka bergantung kepada bukti langsung dengan menyerahkan dokumen tersebut.

11.50 pagi: Mahkamah diberitahu pasukan pembelaan Najib Razak tidak membantah penerimaan dokumen utama SRC yang memiliki tandatangan Najib yang dipertikaikan, ketika peringkat awal perbicaraan.

DPP V Sithambaram berkata, maka mahkamah tidak seharusnya membenarkan permohonan bekas perdana menteri itu agar seorang pakar tulisan Australia memeriksa ketulenan tandatangannya pada dokumen tersebut.

Katanya, permohonan itu dibuat dengan mala fide (niat jahat) dan hanya sebagai perkara yang difikir kemudian, dan menandakan "gostan" (pusingan U) daripada pendirian awal mereka dalam membenarkan penerimaan eksibit itu sebagai bukti ketika peringkat pendakwaan, tahun lalu.

"Permohonan ini satu cubaan untuk meminta mahkamah nyahtanda dokumen yang telah pun menjad eksibit pendakwaan atau pembelaan, meminta mahkamah memperbaharui keputusannya atas asas yang lemah dan tidak berasas oleh pembelaan," katanya.

11.45 pagi: Prosiding bersambung dengan DPP V Sithambaran berhujah mengapa mahakamh tidak perlu membenarkan permohonan bekas perdana menteri Najib Razak agar seorang pakar tulisan dari Austraila memeriksa ketulenan tandatangannya di dokumen SRC International.

11.18 pagi: Peguam Harvinderjit Singh menyelesaikan hujahannya untuk permohonan memanggil saksi pakar bagi memeriksa ketulenan tandatangan Najib pada dokumen SRC International.

Perbicaraan kemudian berehat sekejap dan dijangka bersambung semula dalam 10 minit, dengan pihak pendakwaan membuat penghujahan berkenaan perkara itu.

10.35 pagi: Pakar tulisan tangan Australia hanya boleh menentukan ketulenan tandatangan Najib Razak pada dokumen SRC International jika dia dibenarkan memeriksanya secara fizikal, Mahkamah Tinggi diberitahu.

Peguam Harvinderjit Singh berkata mahkamah perlu membenarkan individu bernama Dr Steven untuk memeriksa 13 dokumen yang dipertikai itu, kerana setakat ini dia hanya melihat salinan imbasan (scanned) dokumen itu, yang diberikan pihak pembelaan pada Disember tahun lalu.

"Dr Steven dari Australia kembali kepada kami dengan laporan awal. Dia berkata ada had (untuk apa yang boleh dilakukannya) kerana dia tidak boleh memastikan sama ada dokumen itu dimanipulasi atau tidak, sehingga dia melihat dokumen primer dan memeriksa dokumen itu.

"Dr Steven tidak datang ke sini untuk dictate Yang Arif," katanya.

Katanya, ini kerana pakar itu hanya memberikan bukti berhubung satu bukti dalam keseluruhan kes.

10.15 pagi: Peguam Harvinderjit Singh berkata pihaknya mempertikai ketulenan 13 dokumen berkaitan SRC International yang diserahkan pihak pendakwaan sebagai eksibit.

Dia berkata demikian dalam hujahannya bagi permohonan pembelaan untuk mendapatkan seorang saksi pakar memeriksa tandatangan Najib Razak pada dokumen tersebut.

Menurut Harvinderjit, ketulenan dokumen itu tidak benar-benar ditentukan, dan sebab itulah pasukan pembelaan mahu memanggil seorang saksi pakar untuk memeriksanya dan memberi keterangan di mahkamah.

Dia juga seperti menyasarkan pasukan pembelaan dengan berkata mereka yang menggalas beban pembuktian berkenaan ketulenannya.

"Mereka pihak yang mengeluarkan dokumen ini," katanya lagi.

Dia kemudian menyangkal dakwaan pendakwaan sebelum ini bahawa pasukan pembelaan Najib cuba melakukan "serang hendap" dengan mahu memanggil pakar ketika peringkat pembelaan.

Katanya, pihaknya telah mempertikai tandatangan Najib di dokumen itu sejak tahap pendakwaan perbicaraan ini.

f103aaba4c3dab5fa93a75a431ea833c.jpg

9.46 pagi: Peguam Harvinderjit Singh memulakan penghujahan berkenaan permohonan Najib Razak agar pakar tulisan tangan Australia dibenarkan memeriksa dan menentukan ketulenanan tandatangan bekas perdana menteri itu di beberapa dokumen utama SRC International.

Ia untuk 35 eksibit dokumen yang digunakan pendakwaan untuk membuktikan kes prima facie terhadap Najib bagi tujuh dakwaan penyalahgunaan kuasa, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang sebanyak RM42 juta dari SRC International.

Najib ketika itu menjadi penasihat emeritus syarikat tersebut, serta perdana menteri dan menteri kewangan.

13125e96cde142ee1922b563cc9b2885.jpg
Harvinderjit Singh
9.44 pagi: Najib masuk ke kandang tertuduh dan perbicaraan bermula.

9.10 pagi: Peguam Negara Tommy Thomas tiba di mahkamah dan bertemu dengan anggota pasukan pendakwaan yang lain.

9.04 pagi: Bekas perdana menteri Najib Razak tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan duduk di barisan depan galeri awam.

Turut dilihat di mahkamah ialah anggota pasukan pendakwaan dan juga pembelaan.

Selepas perbicaraan kes pinda laporan audit 1MDB minggu lalu, bekas perdana menteri Najib Razak hari ini akan meneruskan perbicaraan untuk kes penyelewengan dana SRC International melibatkan RM42 juta pula hari ini, yang telah masuk hari ke-70.

Apabila prosiding di depan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali bermula nanti, pihak pendakwaan akan meneruskan pemeriksaan balas dengan Najib yang juga bekas menteri kewangan.

Ketika prosiding sebelumnya, pada 9 Januari, mahkamah antara lain diberitahu bahawa Najib tidak membenarkan menteri kewangan kedua ketika itu, Ahmad Husni Hanadzlah untuk ke Switzerland bagi membawa pulang beberapa bilion dana SRC kerana beliau tiada rancangan yang wajar bagaimana untuk berbuat demikian.

Dalam perbicaraan itu, peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah memberitahu mahkamah bahawa pihak pembelaan akan memfailkan permohonan untuk mendapatkan rakaman audio yang dikatakan perbualan Najib dengan beberapa individu berkenaan skandal 1MDB, yang didedahkan SPRM.

Kemudian pada Jumaat lalu, pihak pendakwaan mengesahkan firma guaman Shafee telah membuat permohonan itu.

d1f05724bab094b5689b2073c507f83f.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/507710

Polis Rakam Kenyataan Latheefa Isu Rakaman Suara Najib

16.01.2020 - Kuala Lumpur, Bukit Aman merakam kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya berhubung isu rakaman perbualan bekas perdana menteri Najib Razak berkaitan skandal 1MDB.

Pasukan 10 anggota polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) tiba di ibu pejabat SPRM di Putrajaya kira-kira jam 2.30 petang ini, lapor Star Online.

Malaysiakini sudah menghubungi Latheefa bagi mendapatkan maklum balasnya.

Isnin lepas, seorang pegawai SPRM membuat laporan polis mendakwa terdapat komplot untuk menjatuhkan maruah dan integriti Latheefa selepas beliau mendedahkan rakaman kontroversi itu.

Pegawai itu juga menyerahkan senarai nama yang didakwa terlibat dalam komplot tersebut, termasuk beberapa peguam. Identiti mereka tidak didedahkan kepada media.

Pada 8 Jan, Latheefa mengadakan sidang media untuk mendedahkan audio perbualan selepas rakaman disahkan sebagai sahih.

Dikatakan, perbualan tersebut berlaku antara Januari hingga Julai 2016, Najib didapati dalam satu klip meminta putera Emiriyah Arab Bersatu untuk membantu melindungi anak tirinya Riza Aziz daripada siasatan Jabatan Kehakiman AS(DOJ) terhadap 1MDB.

Dalam klip lain, bekas ketua SPRM Dzulkifli Ahmad membincangkan siasatan 1MDB dengan Najib, isterinya Rosmah Mansor dan bekas pengerusi Tabung Haji Abdul Azeez Rahim.

Rakaman itu dikatakan dibuat ketika Dzulkifli masih menjadi timbalan pendakwa raya.

Pendedahan klip ketiga adalah perbualan antara Najib dan isterinya, yang antaranya Rosmah didapati ada meninggikan suara ketika memberi nasihat kepada suaminya mengenai isu 1MDB.

SPRM kemudian membuat laporan polis dan menyerahkan rakamannya kepada pihak berkuasa. SPRM berkata mereka menerima rakaman tersebut daripada sumber yang tidak didedahkan.

Walaupun Latheefa mendakwa rakaman itu mendedahkan konspirasi dan penyalahgunaan kuasa berhubung dengan 1MDB, namun Najib berhujah bahawa perbualan membuktikannya dirinya tidak berbohong.

Najib juga memulakan prosiding penghinaan mahkamah terhadap ketua SPRM itu.

Najib kini sedang dibicarakan berhubung skandal 1MDB.

01ea12f4b06d774be5e34fb376736aec.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/507366

Arul Kanda Janji Beri Maklumat Penuh Tapi Akhirnya Hanya Beri 60 % - Saksi

Perbicaraan jenayah bekas perdana menteri Najib Abdul Razak dan bekas CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy yang melibatkan dakwaan mengubah laporan audit 1MDB masuk hari kesembilan hari ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

4.20 petang: Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan memberitahu peguam kedua-dua pihak bahawa beliau akan mengadakan sesi pengurusan kes pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Zaini berkata, ia bagi membincangkan tarikh perbicaraan untuk masa akan datang.

Beliau juga memberitahu mahkamah yang tarikh perbicaraan yang ditetapkan untuk Mac dan April mungkin tidak terpakai lagi, dan perlu berbincang dengan seorang lagi hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah.

Zaini kemudian menangguhkan perbicaraan hari ini.

4.10 petang: Bekas CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy beberapa kali berjanji untuk memberikan semua maklumat kepada Jabatan Audit Negara (JAN) untuk tujuan audit, tetapi membiarkan jabatan itu menunggu selama berbulan, kata Saadatul Nafisah Bashir Ahmad.

Dia yang telah bersara daripada jabatan itu berkata demikian ketika pemeriksaan balas dengan peguam Muhammad Shafee Abdullah.

"Dia (Arul Kanda) kata tiada masalah. Tetapi maklumat itu tidak pernah sampai kepada kami (JAN).

"Saya jumpa dia banyak kali, tetapi maklumat tak pernah sampai. Saya tidak tahu sejauh mana kerjasama (antara kedua-dua pihak).

"Ketika kami (JAN) bertemunya (pada 2015), dia (Arul Kanda) berjanji, ketika itu dia CEO, kami menunggu maklumat itu tetapi tidak pernah sampai," kata Saadatul Nafisah.

Arul sepatutnya memberitahu JAN dan bukan membiarkan mereka menunggu berbulan-bulan, katanya lagi.

Ketika Shafee bertanya sama ada JAN akhirnya menerima apa-apa maklumat, Saadatul Nafisah menjelaskan bahawa Arul Kanda akhirnya memberikan 60 peratus maklumat yang diperlukan JAN untuk audit 1MDB.

"Kami tak dapat 100 peratus, hanya 60 peratus. Ia ambil masa yang lama," kata Saadatul Nafisah.

4.07 petang: Pegawai Jabatan Audit Negara (JAN) yang telah bersara, Saadatul Nafisah Bashir Ahmad setuju dengan peguam Muhammad Shafee Abdullah bahawa bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi menghalang usaha untuk mengaudit 1MDB.

Ketika pemeriksaan balas, Shafee bertanya sama ada Shahrol sentiasa menghalang usaha JAN untuk mengaudit 1MDB sebelum Arul Kanda menyertai syarikat itu pada 2015.

Shafee: Saya boleh tunjuk bagaimana lelaki ini (Shahrol) bersikap menghalang.

Saadatul: Ya.

Shafee: Dia menghalang siasatan oleh Jabatan Audit?

Saadatul: Ya pada masa itu (ketika Shahrol menjadi CEO sehingga 2013).

Shafee: Shahrol bantah agar 1MDB dan JAN berseteru?

Saadatul: Ya.

Shahrol menjadi CEO 1MDB dari 2009 hingga 2013.

4 petang: Saadatul Nafisah, bekas pegawai Jabatan Audit Negara (JAN) yang mengetuai pasukan khas untuk audit 1MDB pada 2015, setuju bahawa laporan audit yang disediakan mereka pada Februari 2016 bukan laporan akhir dan masih boleh dipinda.

Dia berkata demikian ketika pemeriksaan balas dengan peguam Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili bekas perdana menteri Najib Razak.

Shafee: Adakah anda sedar apa yang dikatakan laporan akhir, (ketua audit negara) Ambrin Buang dalam keterangan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 2018 (berkata) bahawa ia adalah draf laporan akhir.

Ia bukan laporan yang sudah dimuktamadkan (finalised). Ia adalah draf laporan akhir. Anda sedar atau tidak?

Saadatul: Ya.

Shafee: Jadi dia kata ia draf laporan akhir.

Saadatul: Ya, laporan itu bukan final.

Shafee: Ini bermakna (laporan audit) belum dimuktamadkan. Jadi ia boleh dipinda. Jika ia bukan laporan akhir, ia boleh dipinda.

Saadatul: Ya ia boleh dipinda.

Shafee: Asalkan anda gembira untuk memindanya, Tan Sri (Ambrin) gembira untuk pindanya. Itulah apa yang akan dibuat oleh juruaudit dan orang yang diaudit. Anda tidak menjejaskan kedudukan anda, tetapi boleh buat penyesuaian (adjust) selagi integriti tidak terjejas.

Saadatul: Ya.

3.17 petang: Pegawai Jabatan Audit Negara (JAN) yang telah bersara, Saadatul Nafisah Bashir Ahmad berkata bekas ketua setiausaha negara Ali Hamsa tidak membuat permintaan secara langsung agar perkara tertentu dalam laporan audit 1MDB dipadamkan.

Saksi pendakwaan ketujuh Saadatul Nafisah berkata demikian ketika pemeriksaan balas dengan peguam Muhammad Shafee Abdullah.

Shafee bertanya tentang bahagian dalam transkrip audio mesyuarat pada 24 Februari 2016, ketika keputusan untuk memadamkan beberapa perkara kontroversi dalam laporan audit 1MDB didakwa dibuat.

"Ia dikatakan dengan cara baik. Dia (Ali) tidak akan kata secara terus untuk padamkan (bahagian tertentu dalam laporan audit)," kata Saadatul.

Selain Ali, turut hadir dalam mesyuarat itu ialah bekas CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy, setiausaha sulit kanan Najib, Shukry Mohd Salleh, dan bekas pegawai Pejabat Peguam Negara Dzulkifli Ahmad.

3.10 petang: Bekas pegawai Jabatan Audit Negara (JAN) menyifatkan permintaan oleh ketua setiausaha negara ketika itu, Ali Hamsa pada 2016 agar ketua audit negara menimbang untuk memadamkan satu bahagian dalam laporan audit 1MDB, sebagai satu paksaan untuk berbuat demikian.

Saadatul Nafisah, ketika itu ketua pasukan khas untuk mengaudit 1MDB, berkata demikian ketika pemeriksaan balas dengan peguam Muhammad Shafee Abdullah.

Shafee memintanya memberitahu mahkamah bagaimana Ali memaksa JAN agar membuat keputusan untuk meminda laporan audit 1MDB ketika mesyuarat pada 24 Februari 2016.

Menurut Saadatul, bukti boleh dilihat di perkara 325 transkrip mesyuarat itu, yang dibuat berdasarkan rakaman audio rahsia oleh seorang lagi pegawai JAN, Nor Salwani Muhammad.

Ali didakwa berkata kepada ketua audit negara ketika itu Ambrin Buang: "Bolehlah ni. AG (peguam negara) boleh guna budi bicara untuk drop (gugurkan).

Shafee kemudian bertanya Saadatul, bagaimana kata-kata itu boleh dianggap sebagai paksaan kerana Ali seperti mencadangkan Ambrin untuk menimbangnya.

"Ini satu paksaan. Kalau kami tak drop (perkara itu), isu itu akan dibangkitkan lagi," kata Saadatul.

Bagaimanapun Saadatul juga mengaku bahawa dia mahupun Ambrin tidak membantah Ali pada masa itu.

2.22 petang: Mahkamah mengeluarkan arahan agar Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) memberikan salinan nota prosiding ketika bekas ketua audit negara Ambrin Buang memberi keterangan kepada badan itu.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan membenarkan permohonan peguam Muhammad Shafee Abdullah untuk mendapatkan salinan itu.

Ketua DPP Gopal Sri Ram dan peguam Arul Kanda, N Sivananthan tidak membantah permohonan itu.

Shafee meminta nota prosiding PAC ketika Ambrin memberi keterangan kepada badan itu pada 4 Disember 2018.

Permohonan itu untuk membantu pasukannya dalam pemeriksaan balas dengan saksi pendakwaan.

4098ce15e142dc86ce6c73b3daa93a18.jpeg
Ambrin Buang
2.15 petang: Prosiding bermula dan Najib Razak dan Arul Kanda Kandasamy masuk ke kandang tertuduh.

Turut dilihat di mahkamah ialah ketua pasukan pembelaan mereka, iaitu Muhammad Shafee Abdullah dan N Sivananthan.

2 petang: Bekas perdana menteri Najib Razak tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan duduk di barisan depan galeri awam.

1.55 tengah hari: Bekas CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan dilihat berbincang dengan peguamnya.

Turut dilihat di ialah ketua DPP Gopal Sri Ram dan para DPP lain.

Selepas prosiding dibatalkan semalam, perbicaraan kes pindaan laporan audit 1MDB terhadap Najib Razak dan Arul Kanda Kandasamy bersambung pada kira-kira pukul dua petang hari ini.

Prosiding semalam dibatalkan ekoran DPP Gopal Sri Ram perlu menyelesaikan urusan mahkamah di Istana Kehakiman di Putrajaya.

Hari ini pasukan pembelaan Najib dijangka akan melakukan pemeriksaan balas terhadap saksi pendakwaan yang telah memberi keterangan.

Antaranya bekas ketua audit negara Ambrin Buang, bekas ketua setiausaha negara Ali Hamsa, pegawai Jabatan Audit Negara (JAN) yang telah bersara Saadatul Nafisah Bashir Ahmad, dan Nor Salwani Muhammad, yang merupakan penyelaras bagi pasukan khas JAN untuk soal berkaitan 1MDB.

Pasukan pembelaan bekas CEO 1MDB Arul Kanda memilih untuk tidak lagi memeriksa balas saksi untuk tidak menjejaskan kedudukannya sebagai saksi pendakwaan terhadap Najib dalam kes ini.

f5b6175eb3a7de8581f189259c4afba2.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/507351

"Our Leadership" Merujuk Kepada Najib, Kata Bekas Pegawai JAN

Perbicaraan jenayah bekas perdana menteri Najib Abdul Razak dan bekas CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy yang melibatkan dakwaan mengubah laporan audit 1MDB memasuki hari kelapan hari ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

3.35 petang: "Our leadership" merujuk kepada bekas perdana menteri Najib Razak, kata bekas pegawai Jabatan Audit Negara Saadatul Nafisah Bashir Ahmad.

Dia berkata demikian kepada DPP Gopal Sri Ram ketika pemeriksaan utama perbicaraan jenayah Najib dan bekas CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy berhubung dakwaan mengubah laporan audit 1MDB.

Menurut Nafisah, itulah yang dimaksudkan ketua setiausaha negara ketika itu, Ali Hamsa dalam satu mesyuarat penting pada 24 Februari 2016.

Menurut rakaman audio mesyuarat itu yang berdurasi dua jam dan 45 minit, Ali didengar berkata "to take care of our leadership" (untuk menjaga pimpinan kita), merujuk pindaan terhadap laporan audit 1MDB.

Sri Ram: "To take care of our leadership", apa maksud dia (Ali)?

Saadatul Nafisah: (Bekas) perdana menteri kita (Najib).

Sri Ram: Siapa dalam lembaga penasihat 1MDB pada masa itu?

Saadatul Nafisah: Menteri kewangan ketika itu, yang juga Najib.

3.28 petang: Saadatul Nafisah, pegawai Jabatan Audit Negara (JAN) yang telah bersara, berkata jika tidak kerana mesyuarat pada 24 Februari 2016 itu, laporan asal audit 1MDB tidak akan dipinda.

Saksi pendakwaan ketujuh itu berkata demikian ketika pemeriksaan utama dengan ketua DPP Gopal Sri Ram.

Sri Ram: Jika mesyuarat itu tak dibuat, barang kes (laporan akhir audit 1MDB yang dipinda) tidak akan wujud?

Saadatul Nafisah: Tidak, ia tidak akan wujud.

Saadatul dan ketua audit negara ketika itu, Ambrin Buang mempertahankan laporan asal audit 1MDB.

3.24 petang: Saadatul Nafisah, pegawai Jabatan Audit Negara (JAN) yang telah bersara, dalam keterangannya berkata dia dan ketua audit negara pada masa itu, Ambrin Buang mempertahankan dapatan laporan audit 1MDB yang asal dalam satu mesyuarat penting pada 24 Februari 2016.

Ketika pemeriksaan utama oleh ketua DPP Gopal Sri Ram, Saadatul yang juga saksi pendakwaan ketujuh berkata mereka berbuat demikian walaupun dengan bantahan yang disuarakan oleh mereka yang hadir dalam mesyuarat itu, yang dibuat di pejabat ketua setiausaha negara ketika itu, Ali Hamsa.

Antara yang hadir ialah bekas CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy, setiausaha sulit kanan Najib, Shukry Mohd Salleh, bekas pegawai Pejabat Peguam Negara Dzulkifli Ahmad, dan Ali Hamsa.

Sri Ram bertanya tentang mesyuarat itu di mana Shukry menyuarakan bantahan terhadap dapatan JAN.

Saadatul Nafisah: Apa yang saya faham pada masa itu ialah dia (Shukry) bercakap tentang percanggahan dalam dapatan kami. Mereka tidak setuju dengan pandangan kami.

Sri Ram: Mereka tak setuju dengan laporan anda?

Saadatul Nafisah: Mereka tidak setuju dengan pandangan kami, pandangan ketua audit (Ambrin). Itu pandangan kami, boleh setuju atau tak setuju. Tetapi sebagai juruaudit, kami perlu beri pandangan kami.

Ketika Sri Ram memintanya menjelaskan perkara itu, Saadatul berkata: "Kami berdua mempertahankan apa yang kami masukkan dalam laporan."

Mesyuarat itu membawa kepada keputusan untuk mengeluarkan beberapa isu kontroversi daripada laporan akhir audit 1MDB.

3.18 petang: Mahkamah selesai memainkan semula rakaman audio mesyuarat 24 Feb 2016.

2.08 petang - Mahkamah Tinggi menyambung semula memainkan rakaman audio berdurasu dua jam dan 45 minit yang dikatakan dirakam pada mesyuarat 24 Feb 2016.

Pada mesyuarat ini, didakwa bahawa keputusan dibuat untuk menggugurkan beberapa isu kontroversi daripada laporan audit akhir 1MDB.

2.05 petang - Najib dan Arul Kanda masuk kandang saksi. Prosiding bermula.

Mahkamah juga dimaklumkan bahawa peguam utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah, tidak dapat menghadiri prosiding petang ini.

Peguam bersama Najib, Rahmat Hazlan memaklumkan hakim Mohamed Zaini Mazlan bahawa Shafee berasa tidak sihat awal pagi ini.

Rahmat menambah bahawa Shafee akan menghadiri prosiding esok.

Juga dilihat di mahkamah ialah peguam bela utama Arul Kanda, N Sivananthan dan ketua pendakwaan DPP Gopal Sri Ram.

2.04 petang - Najib melangkah masuk Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan mengambil tempat duduk di barisan depan galeri awam untuk menunggu prosiding bermula.

Juga dilihat di mahkamah, bekas CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy.


86d759f573fd0b3046d07919f5be1eee.jpeg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/507092

Mahkamah Sambung Mainkan Semula Rakaman Audio Mesyuarat

Perbicaraan jenayah bekas perdana menteri Najib Abdul Razak dan bekas CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy yang melibatkan dakwaan mengubah laporan audit 1MDB memasuki hari kelapan hari ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

2.08 petang - Mahkamah Tinggi menyambung semula memainkan rakaman audio berdurasu dua jam dan 45 minit yang dikatakan dirakam pada mesyuarat 24 Feb 2016.

Pada mesyuarat ini, didakwa bahawa keputusan dibuat untuk menggugurkan beberapa isu kontroversi daripada laporan audit akhir 1MDB.

2.05 petang - Najib dan Arul Kanda masuk kandang saksi. Prosiding bermula.

Mahkamah juga dimaklumkan bahawa peguam utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah, tidak dapat menghadiri prosiding petang ini.

Peguam bersama Najib, Rahmat Hazlan memaklumkan hakim Mohamed Zaini Mazlan bahawa Shafee berasa tidak sihat awal pagi ini.

Rahmat menambah bahawa Shafee akan menghadiri prosiding esok.

Juga dilihat di mahkamah ialah peguam bela utama Arul Kanda, N Sivananthan dan ketua pendakwaan DPP Gopal Sri Ram.

2.04 petang - Najib melangkah masuk Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan mengambil tempat duduk di barisan depan galeri awam untuk menunggu prosiding bermula.

Juga dilihat di mahkamah, bekas CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy.

86d759f573fd0b3046d07919f5be1eee.jpeg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/507092

SPRM Lapor Polis, Dakwa Komplot Jatuhkan Maruah Latheefa

14.01.2020 - Kuala Lumpur, SPRM membuat laporan polis terhadap “tohmahan jahat” dan “komplot jenayah” terhadap ketua pesuruhjayanya Latheefa Koya oleh beberapa individu di media sosial.

Pembantu Latheefa membuat laporan itu pagi ini.

Dia enggan mendedahkan maklumat lanjut tetapi berkata serangan itu dibuat untuk menjatuhkan integriti dan maruah Latheefa.
Iklan

Bagaimanapun, Malaysiakini difahamkan ia mempunyai kaitan gambar yang dikaitkan dengan Latheefa.

899bd5b99f1425ad4108962d010bd5b1.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/507077

Latheefa Di Jangka Beri Keterangan Pada Khamis

14.01.2020 - Kuala Lumpur, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya dijangka hadir ke Bukit Aman bagi memberi keterangan Khamis ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Mior Faridalathrash Wahid berkata Latheefa dipanggil untuk memberi keterangan berhubung rakaman audio yang didedahkan SPRM.

Beliau berkata selain Latheefa, nama-nama lain yang berkaitan juga akan dipanggil bagi membantu siasatan kes itu, katanya kepada Bernama.

Pada 8 Jan, SPRM telah memutarkan rakaman audio perbualan yang didakwa kebocoran maklumat daripada Jabatan Peguam Negara kepada bekas Perdana Menteri Najib Razak dan perbualan lain yang dikatakan berkaitan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad dan SRC International Sdn Bhd.

Klip audio itu dipercayai perbualan yang melibatkan Najib, Rosmah Mansor, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Dzulkifli Ahmad dan beberapa individu lain.

3c81388d5262da7554b136d85013aa83.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/507027

IGP Akui Gagal Tangkap Jho Low, Tapi Tak Akan Putus Asa

13.01.2020 - Kuala Lumpur, Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador mengakui kegagalannya untuk menangkap Jho Low, tetapi pada masa sama membangkitkan percubaan pihak tertentu untuk menghalang ahli perniagaan kontroversi itu daripada dibawa pulang.

Dalam sidang media di Bukit Aman hari ini, Hamid berkata beliau tidak akan berputus asa dalam memburu individu yang didakwa dalang dalam skandal 1MDB itu.

"Saya akui saya gagal, bukan gagal sebab saya nak tunjuk saya superhero, tetapi saya janji dulu nak berusaha (menangkap Jho Low).

"Malangnya saya berdepan rintangan yang didirikan oleh pihak tertentu agar dia tidak dapat dibawa kembali ke sini untuk didakwa di mahkamah.
Iklan

"Saya tak putus asa (dan) akan terus berusaha sebab seperti yang saya sebut pada 2015, ini satu rompakan yang merugikan negara. Masih ada berbilion dolar AS dalam kawalannya.

"Jangkauan undang-undang ini panjang. Dia rasa boleh menyorok dan kononnya ditawarkan kewarganegaraan. Saya nak sebut pada dia: silakan," katanya.

Hamid tidak menyebut secara khusus pihak yang dimaksudkannya menghalang penangkapan Jho Low, namun pada bulan lalu beliau menyuarakan kekecewaannya terhadap pihak berkuasa beberapa negara yang tidak memberi kerjasama kepada Malaysia berkenaan soal itu.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata polis telah menemui beberapa aset baru bernilai jutaan ringgit milik Jho Low dan dalam proses untuk menyitanya.

"Ia premis kediaman di dalam negara. Saya tak daoat nak dedahkan, tetapi (nilainya) berjuta. Ini wang kita, kita mahu setiap sen daripadanya," katanya lagi.

Hamid juga membangkitkan usaha Low untuk menunjukkan dia tidak bersalah menerusi beberapa kenyataan mutakhir ini.

"Daripada kenyataannya, dia nak cuci tangan seolah-olah tak terlibat. Kalau betul, balik (ke Malaysia). Saya secara peribadi beri jaminan keselamatan kepadanya...Jangan nak perlekeh sistem kehakiman kita (dan tuduh) polis kejam nak seksa dia," katanya.

Antaranya wawancara Jho Low dengan media Singapura Straits Times baru-baru ini, di mana dia menafikan menjadi dalang dalam skandal 1MDB, dan berkata hanya menjadi orang tengah untuk urus niaga syarikat itu.

Dia juga menyifatkan dirinya sebagai "sasaran mudah", selain ditawarkan suaka oleh sebuah negara eropah tahun lalu, atas dasar "penganiayaan politik".

Pada September lalu, Hamid berikrar untuk membawa Jho Low pulang sebelum 2019 berakhir.

Pihak berkuasa antarabangsa, termasuk Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ), menyatakan sekurang-kurangnya AS$4.5 bilion telah diselewengkan daripada 1MDB.

Bekas perdana menteri Najib Razak kini sedang dibicarakan atas pertuduhan berkenaan skandal itu, tetapi Low yang merupakan saksi utama pendakwaan masih bebas.

818f33fc43249ed74e5eeb233209f073.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/506994

Najib Mulakan Tindakan Hina Mahkamah Pada SPRM, Latheefa

13.01.2020 - Kuala Lumpur, Bekas perdana menteri Najib Razak memutuskan untuk memulakan tindakan penghinaan mahkamah terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan ketua pesuruhjayanya Latheefa Koya.

Perkara itu diputuskan anggota parlimen Pekan ekoran pendedahan sembilan rakaman perbualan telefon Najib Razak oleh SPRM.

Perkara itu disahkan peguamnya Muhammad Shafee Abdullah hari ini.

"Ya, kami telah buat keputusan (mulakan tindakan), tetapi saya tidak dapat beritahu butiran lanjutnya," katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur petang ini.

Bagaimanapun ketika diminta mengulas lanjut, Shafee berkata: "Biar saya beritahu anda. Apa yang saya janjikan minggu lalu, saya pegang janji saya."

Difahamkan bahawa Shafee tidak dapat mendedahkan butiran lanjut pada masa ini kerana tindakan yang difailkan oleh Najib masih bersifat ex-parte (sebelah pihak sahaja).

Minggu lepas, Shafee memberitahu pemberita bahawa pihaknya sedang menimbang secara serius untuk tindakan menghina mahkamah terhadap SPRM, terutamanya Latheefa.

Pada 8 Januari lalu, SPRM mendedahkan rakaman perbualan telefon membabitkan "Najib" berkaitan skandal 1MDB.

Antaranya ialah perbualan Najib dengan mantan ketua pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad.

Perbualan lain ialah antara Najib dengan individu berpangkat tinggi dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), berhubung berhubung tuntutan saman sivil dan pelucutan hak oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat serta dana 1MDB yang disalurkan kepada anak tiri Najib, Riza Aziz.

Turut disiarkan, rakaman perbualan telefon antara Najib dengan isterinya, Rosmah Mansor.

639aeeacfad5a492f95c6d9e351f6dd2.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/506948

Laporan Audit 1MDB Tak Di Cetak Hingga Dapat Persetujuan Najib - Saksi

13.01.2020 - Kuala Lumpur, Seorang bekas pengarah audit di Jabatan Audit Negara (JAN) memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau dimaklumkan supaya tidak mencetak laporan audit akhir 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sehingga mendapat arahan dan persetujuan daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Saadatul Nafisah Bashir Ahmad, 65, berkata perkara itu dimaklumkan oleh Tan Sri Dr Ali Hamsa ketika beliau menyerahkan draf laporan audit itu yang telah dikemaskini kepada bekas ketua setiausaha negara itu di pejabatnya pada 29 Feb, 2016.

“Seingat saya, Tan Sri Ali Hamsa memberitahu saya ‘don’t print the report until his greenlight’. Beliau menyatakan ianya akan menyebabkan impak dari segi politik kepada negara.

“Saya kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada Tan Sri Ambrin Buang (bekas ketua audit negara) dan beliau ambil maklum mengenai perkara tersebut,” katanya ketika membacakan pernyataan saksinya pada pemeriksaan utama oleh timbalan pendakwa raya Rozaliana Zakaria.

Saadatul Nafisah yang telah bersara pada 16 Mei 2016 memberi keterangan pada hari ketujuh perbicaraan kes Najib dan Arul Kanda Kandasamy berhubung dakwaan meminda laporan akhir audit 1MDB.

Terdahulu, saksi pendakwaan ketujuh itu berkata beliau menyerahkan draf laporan audit akhir tersebut kepada bekas Ketua Setiausaha Sulit Najib, Tan Sri Shukry Mohd Salleh di rumah beliau di Presint 10, Putrajaya pada 20 Feb2016, atas permintaannya (Shukry).

Saadatul Nafisah berkata beliau sendiri telah ke rumah Shukry dan menyerahkan dokumen itu kepada beliau di pintu pagar rumahnya.

Jelas Saadatul Nafisah yang mula berkhidmat di JAN pada 2 Feb, 1979, mengikut prosedur pengauditan jabatan itu, sebelum pencetakan draf laporan audit akhir dilakukan pihak JAN akan menghantar satu salinan draf itu yang hendak dicetak kepada audit, pemegang taruh dan kepada menteri yang bertanggungjawab untuk penyemakan terakhir serta pengesahan.

“Jika terdapat pembetulan atau hendak melakukan penambahan atau pengguguran, ianya boleh dilaksanakan dengan memberi bukti dan sokongan yang sahih. Selain itu, mengikut Standard Operating Procedure (SOP) JAN, satu salinan draf audit kepada menteri yang bertanggungjawab dan dalam hal ini ialah Menteri Kewangan iaitu Datuk Seri Najib Razak.

“Dalam hal ini juga, saya bersetuju untuk menyerahkan draf itu kepada Tan Sri Shukry atas arahan Tan Sri Ambrin kerana saya beranggapan beliau hendak membaca dan membentangkan kepada Datuk Seri Najib selaku Menteri Kewangan pada masa itu,” katanya.

Najib, 67, didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan pada Laporan Akhir Pengauditan 1MDB sebelum ia dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk mengelakkan sebarang tindakan terhadapnya manakala Arul Kanda, 44, dituduh bersubahat dengan Najib berhubung kesalahan sama.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya antara 22 dengan 26 Feb, 2016.

Pertuduhan mengikut Seksyen 23(1) dan Seksyen 28(1) (c) dibaca bersama Seksyen 23 (1) & 24(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung esok.

a9a73f8535d4aa559f90fc76876f75a5.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/506944

Nama Jho Low Di Minta Di Gugurkan Atas Alasan Sensitiviti - Saksi

13.01.2020 - Kuala Lumpur, Jabatan Audit Negara (JAN) diminta menggugurkan perenggan berkaitan kehadiran nama ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low, dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 2009 di dalam Laporan Akhir Pengauditan 1MDB atas alasan sensitiviti, Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu.

Bekas pengarah audit di JAN, Saadatul Nafisah Bashir Ahmad, 65, berkata bekas ketua setiausaha sulit kepada bekas perdana menteri Najib Razak, iaitu Shukry Mohd Salleh meminta JAN melakukan perkara itu semasa mesyuarat pada 24 Feb, 2016.

Saadatul Nafisah berkata demikian ketika membaca pernyataan saksi pada hari ketujuh perbicaraan kes Najib dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda Kandasamy berhubung pindaan terhadap Laporan Akhir Pengauditan 1MDB.

Saksi ketujuh pihak pendakwaan itu berkata, ia juga bagi mengelakkan fakta diputarbelitkan oleh pihak pembangkang.

"Semakan JAN mendapati bahawa penama Jho Low telah hadir semasa lembaga pengarah 1MDB meluluskan pelaburan Nota Kewangan Islam Jangka Sederhana (IMTN). JAN beranggapan bahawa ia adalah sesuatu yang tidak teratur apabila penama Jho Low ada menghadiri Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah 1MDB pada masa itu sedangkan beliau tidak memegang apa-apa jawatan mahupun peranan di 1MDB," katanya.

"Pada mesyuarat 26 Feb, 2016 di pejabat JAN, pasukan khas audit 1MDB termasuk saya dan bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang telah berbincang dan Ambrin bersetuju untuk menggugurkan perenggan mengenai kehadiran Jho Low dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah bertarikh 26 Sept, 2009.

"Ini kerana, beliau menyatakan bahawa pengguguran perenggan tersebut tidak menjejaskan Laporan Akhir Audit 1MDB keseluruhannya dan pihak JAN tidak ada dokumen sokongan untuk menyatakan Jho Low benar-benar ada hadir pada Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah tersebut”.

Ketika menjelaskan lebih lanjut mengenai minit Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah bertarikh 26 Sept, 2009, saksi itu berkata nama Jho Low tertera di dalam minit mesyuarat berkenaan ketika pihaknya menjalankan proses audit dan menyemak minit-minit mesyuarat di pejabat 1MDB .

"Namun, pada masa itu, pihak JAN langsung tidak dibenarkan untuk membuat salinan atau mengambil minit tersebut keluar daripada pejabat 1MDB.

"Setelah JAN beberapa kali meminta minit mesyuarat tersebut, barulah pihak 1MDB memberikan salinan minit mesyuarat yang disahkan, namun salinan tersebut tidak lagi ada nama Jho Low dalam senarai kehadiran mesyuarat itu," katanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rozaliana Zakaria manakala Najib, 67, diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Arul Kanda, 44, diwakili peguam Datuk N. Sivananthan.

Najib didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan pada Laporan Akhir Pengauditan 1MDB sebelum ia dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk mengelakkan sebarang tindakan terhadapnya manakala Arul Kanda dituduh bersubahat dengan Najib berhubung kesalahan sama.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya antara 22 dan 26 Feb, 2016.

Pertuduhan mengikut Seksyen 23(1) dan Seksyen 28(1) (c) dibaca bersama Seksyen 23 (1) & 24(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung esok.

07987331198dc4b8cc27e5fc5def7aa9.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/506953

Ali Hamsa Sifatkan Kandungan Laporan Asal Audit 1MDB "Bahan Bukti Bahaya" - Saksi

13.01.2020 - Kuala Lumpur, Bekas ketua setiausaha negara Ali Hamsa menyifatkan sebahagian daripada laporan asal audit mengenai 1MDB oleh Jabatan Audit Negara (JAN) sebagai "bahan bukti yang sangat berbahaya".

Ia terutama berkenaan 1MDB mempunyai dua versi penyata kewangan.

Komen Ali Hamsa itu direkodkan dalam rakaman audio dan diperdengarkan sekali lagi ketika perbicaraan kes bekas perdana menteri Najib Razak dan bekas CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy berhubung dakwaan meminda laporan akhir audit 1MDB, di Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Rakaman itu diperdengarkan untuk pegawai JAN yang telah bersara, Saadatul Nafisah Bashir Ahmad yang hadir di mesyuarat pada 24 Feb 2016, ketika perbincangan itu dirakam.

Timbalan pendakwa raya Akram Gharib, yang sedang memeriksa Saadatul Nafisah, telah meminta beliau mengesahkan apa yang dimaksudkan oleh Ali Hamsa sebagai "bahan bukti yang sangat berbahaya".

Akram: Tan Sri Ali Hamsa berkata “bukti bahan yang sangat berbahaya”. Apa yang dirujuknya?

Saadatul Nafisah: Kita ada bukti berkenaan dua (penyata) akaun.

Akram: Dan ia adalah "bahan berbahaya"?

Saadatul Nafisah: Ya dan kami boleh buktikan ada dua (penyata) akaun.

Rakaman tersebut diambil secara rahsia oleh rakan sejawatan Saadatul, Nor Salwani Muhammad, juga menyimpan salinan laporan asal audit 1MDB yang diarahkan untuk dilupuskan.

Kedua-duanya kini merupakan bukti utama dalam kes tersebut.

Susulan desakan Ali Hamsa dan Arul Kanda sewaktu mesyuarat tersebut, JAN akhirnya terpaksa memadamkan bahagian tertenu dalam laporan, termasuk berkenaan penyata kewangan yang bercanggah.

Pada November tahun lalu, bekas ketua pengarah JAN Ambrin Buang memberi keterangan berkenaan penyata kewangan 1MDB, yang kerajaan tidak mahu dedahkan kepada awam.

Perbezaan penyata kewangan itu berkenaan sama ada 1MDB masih mempunyai baki dana dalam pelaburan syarikat portfolio (SPC), yang sering dirujuk sebagai "unit dana".

"Satu versi yang dihantar kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang menyatakan 1MDB sudah menggunakan dana yang diperoleh daripada pelaburan SPC untuk membayar hutang syarikat dan digunakan untuk modal kerja.

"Satu lagi versi penyata kewangan yang dihantar kepada Kementerian Kewangan, Deutsche Bank dan Ambank yang menyatakan dana yang diperoleh daripada pelaburan SPC masih di tangan 1MDB," kata Ambrin ketika itu.

Beliau menyampaikan perkara itu kepada Najib sebelum dipanggil bertemu Ali.

Dalam kenyataan saksi Saadatul Nafisah hari ini, dia berkata selepas melaksanakan perubahan seperti diminta Ali dan Arul, draf akhir dhantar kepada Ali di pejabatnya pada 29 Februari 2016.

“Beliau memaklumkan kepada saya untuk tidak mencetak laporan audit akhir 1MDB sehingga mendapat arahan dan persetujuan dari Najib.

Seingat saya, Tan Sri Ali Hamsa memberitahu saya don’t print the report until his greenlight. Beliau menyatakan ianya akan menyebabkan impak dari segi politik kepada negara.

“Saya kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada Ambrin dan beliau ambil maklum berkenaan perkara tersebut,” katanya.

Katanya lagi, Arul meminta lebih banyak perubahan dibuat semasa mesyuarat pada 1 Mac 2016 dan laporan akhir dihantar untuk dicetak pada hari berikutnya.

Versi asal yang dihantar untuk dicetak pada 20 Feb 2016 telah diarah supaya dilupuskan.

6a8d44a5673746e85ebaf8abc587e150.jpeg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/506965

Arul Kanda Bangkitkan Beberapa Perkara Untuk Di Gugurkan, Saksi

13.01.2020 - Kuala Lumpur, Bekas Pengarah Audit di Jabatan Audit Negara (JAN), Saadatul Nafisah Bashir Ahmad memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa pihaknya hairan dengan tindakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy yang membangkitkan beberapa perkara dalam laporan akhir audit 1MDB untuk digugurkan.

Saksi pendakwaan ketujuh itu berkata, Arul Kanda berbuat demikian pada mesyuarat yang diadakan di pejabat bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa pada 1 Mac 2016, bagi membincangkan semula mengenai laporan akhir audit 1MDB yang telah dikemaskinikan.

Menurut Saadatul Nafisah, perkara-perkara yang dibangkitkan Arul Kanda untuk digugurkan antaranya, pendapat pasukan audit yang subjektif dan tidak mempunyai bukti sokongan yang kuat.

“Kebanyakannya adalah penukaran perkataan. Pasukan audit pada masa itu berasa hairan atas tindakan Encik Arul Kanda kerana beliau baru sahaja hendak membaca dan meneliti setiap perkara dalam laporan tersebut.

“Walhal pihak JAN sudahpun memberi peluang untuk pihak auditi menyuarakan mengenai apa-apa perkara atau isu berbangkit pada hari Exit Conference pada 16 Dis 2015,” katanya ketika membacakan penyataan saksinya pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Rozaliana Zakaria.

Saadatul Nafisah yang telah bersara pada 16 Mei 2016 memberi keterangan pada hari ketujuh perbicaraan kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Arul Kanda berhubung dakwaan meminda laporan akhir audit 1MDB.

Jelas saksi itu, Exit Conference merupakan satu sesi perbincangan dengan pihak auditi selepas tugas audit dilakukan, iaitu pihak audit akan menyoal dan meminta pihak auditi untuk menerangkan perkara serta isu-isu yang dibangkitkan dan meminta auditi untuk mengemukakan sebarang dokumen sokongan untuk menyelesaikan perkara atau isu berbangkit tersebut dalam satu tempoh masa yang ditetapkan.

Menurut Saadatul Nafisah, pada hari Exit Conference tersebut, Arul Kanda telah menyuarakan perkara-perkara dan isu-isu berbangkit, antaranya mengenai projek solar, pengambilalihan syarikat pengeluar tenaga bebas, hartanah dan mengenai Segregated Portfolio Company (SPC) iaitu penebusan pelaburan portfolio.

“Beliau (Arul Kanda) telah memberi penerangan berserta dokumen sokongan pada masa itu. Namun, dalam mesyuarat pada 1 Mac 2016, Encil Arul Kanda masih lagi mengarahkan pihak audit untuk mengeluarkan serta meminda perkataan-perkataan dalam laporan akhir audit 1MDB.

“Pihak JAN bagaimanapun tidak bersetuju atas permintaan Encik Arul Kanda pada masa itu kerana pihak 1MDB telah diberikan masa sehingga akhir Januari 2016 untuk pihak 1MDB meneliti dan memberi maklum balas berserta dengan dokumen-dokumen berkaitan bagi tujuan tersebut iaitu selepas Exit Conference (16 Dis 2015), namun Encik Arul Kanda tidak memberi apa-apa maklum balas sehingga 30 Jan 2016,” katanya.

Saksi itu berkata, dalam tempoh yang diberikan oleh pihak JAN kepada 1MDB iaitu sebulan selepas Exit Conference (sehingga 30 Jan 2016), tidak ada sebarang dokumen atau penerangan dibuat oleh pihak 1MDB dan pihaknya menganggap 1MDB bersetuju dengan laporan akhir audit serta laporan tersebut telah dimuktamadkan.

Menurut Saadatul Nafisah, pada 26 Feb dan 27 Feb 2016, Arul Kanda ada menghantar e-mel kepada beliau mengenai beberapa cadangan baharunya untuk dimasukkan di dalam laporan akhir audit 1MDB, bagaimanapun katanya, JAN tidak mengambil kira cadangan tersebut.

Tambah saksi itu, antara cadangan yang telah diberikan oleh Arul Kanda adalah Pelan Rasionalisasi syarikat 1MDB yang telah dimaklumkan oleh beliau (Arul Kanda) kepada pihak media pada November 2015 melibatkan kerjasama kerajaan Malaysia dengan International Petroleum Investment Company (IPIC), namun Arul Kanda tidak mengemukakan sebarang dokumen sokongan.

“Isu mengenai bayaran tambahan kepada IPIC iaitu 1MDB ada membuat pembayaran kepada IPIC tetapi jumlah sebenar yang telah dibayar tidak dapat disahkan oleh 1MDB dan tiada apa-apa dokumen telah diberikan kepada pihak JAN untuk menyokong perkara tersebut,” katanya.

Najib, 67, didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan pada Laporan Akhir Pengauditan 1MDB sebelum ia dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk mengelakkan sebarang tindakan terhadapnya manakala Arul Kanda, 44, dituduh bersubahat dengan Najib berhubung kesalahan sama.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya di antara 22 dengan 26 Feb 2016.

Pertuduhan itu mengikut Seksyen 23(1) dan Seksyen 28(1) (c) dibaca bersama Seksyen 23 (1) & 24(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung esok.

91300c2ec0fa71fbd635ef95130c9aeb.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/506969

Lebih RM3J Wang UMNO Pahang, PBRS Kini Milik Kerajaan

13.01.2020 - Kuala Lumpur, Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melucut hak wang RM3,479,300.18 yang disita daripada Badan Perhubungan UMNO Pahang (UMNO Pahang) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) untuk diserahkan kepada Kerajaan Malaysia.

Wang disita SPRM tahun lepas itu didakwa mempunyai kaitan dengan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin dan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh yang mendengar permohonan SPRM, masing-masing memutuskan wang RM2,479,300.18 yang disita daripada UMNO Pahang dan PBRS berjumlah RM1 juta adalah hasil daripada aktiviti haram.

Di Mahkamah Tinggi Jenayah 4, Hakim Muhammad Jamil membuat keputusan itu setelah menimbang hujahan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Farah Yasmin Salleh selaku pemohon dan peguam Mohd Shukri Ahmad Mansor mewakili UMNO Pahang yang juga responden.

“Responden gagal membuktikan bahawa wang RM2,479,300.18 adalah miliknya. Saya berpuas hati wang itu yang hendak dilucut hakkan oleh pemohon (SPRM) adalah hasil daripada aktiviti haram. Permohonan pemohon dibenarkan,” katanya.

Sebelum itu, Hakim Muhammad Jamil berkata satu notis mengikut Seksyen 61 (2) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 telah diisytiharkan dalam harta Kerajaan Persekutuan pada 10 September 2019.

“Notis itu adalah untuk memanggil mana-mana pihak ketiga yang mempunyai apa-apa kepentingan ke atas harta iaitu wang RM2,479,300.18 supaya hadir ke mahkamah pada 18 Oktober 2019, jam 9 pagi untuk menunjukkan sebab mengapa harta itu tidak boleh dilucut hakkan.

“Tiada pihak ketiga hadir untuk membuat tuntutan atas harta itu, oleh itu kes ini adalah antara pemohon dengan responden sahaja,” kata hakim.

Di Mahkamah Tinggi Jenayah 5, Ahmad Shahrir membenarkan permohonan SPRM setelah mendapati pemohon berjaya membuktikan harta itu adalah hasil daripada aktiviti haram.

“Saya membenarkan permohonan pemohon untuk melucut hak ke atas wang RM1 juta itu,” kata Ahmad Shahrir semasa keputusan kes itu yang turut dihadiri Timbalan Pendakwa Raya SPRM Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman dan peguam K.Lavinia mewakili PBRS yang juga responden.

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya berkata permohonan pelucutan hak telah difailkan terhadap 41 responden untuk memperoleh semula dana kira-kira RM270 juta yang mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Tindakan itu diambil mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA) yang suruhanjaya itu percaya wang berkenaan dipindahkan daripada akaun bank Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib-UMNO-1MDB.jpg


Berita asal https://selangorkini.my/2020/01/lebih-rm3-juta-wang-umno-pahang-pbrs-kini-milik-kerajaan/

Kes Dakwaan Ubah Laporan Audit 1MDB Di Sambung Hari Ini

13.01.2020 - Kuala Lumpur, Perbicaraan jenayah bekas perdana menteri Najib Razak dan bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda Kandasamy yang melibatkan dakwaan mengubah laporan audit 1MDB memasuki hari ketujuh hari ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Malaysiakini membawakan anda laporan langsung prosiding.

9.44 pagi - Bekas perdana menteri Najib Razak dan bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda Kandasamy masuk kandang saksi. Prosiding bermula.

9.34 pagi - Bekas perdana menteri Najib Razak melangkah masuk ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan mengambil tempat duduk di barisan depan galeri awam.

Juga dilihat menunggu prosiding bermula ialah peguam bela utamanya, Muhammad Shafee Abdullah dan anggota pasukan pembelaan lain.

9.25 pagi - Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda Kandasamy dilihat berunding dengan peguam bela utamanya, N Sivananthan sambil menunggu prosiding bermula.

Juga dilihat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur adalah ketua pendakwaan DPP Gopal Sri Ram.

50155b2c7920a83dbcac5230ca58ae97.jpg=s660=s660


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/506902

Dedah Rakaman Audio Sama Dengan Tunjuk Barang Rosmah Di Sita Polis

12.01.2020 - Kuala Lumpur, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata tindakan SPRM mendedahkan rakaman perbualan telefon Najib Razak adalah sama dengan tindakan polis menunjukkan barang yang dirampas dari kediaman yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri itu pada 2018.

Beberapa pihak sebelum ini membidas pendedahan rakaman audio oleh SPRM itu atas alasan bahawa ia boleh menjejaskan perbicaraan mahkamah berkaitan 1MDB dan SRC International.

"Saya sokong atau tidak sokong tidak penting. Yang penting sama ada benda tu (pendedahan rakaman audio) boleh buat.

"Dulu boleh buat, bila raid (kondominium) Pavilion. Kita dapati barang yang banyak dimiliki Rosmah (Mansor) dan Najib, kita tunjuk pada orang ramai. Kita tak sembunyi sampai perbicaraan," katanya kepada pemberita di Langkawi.

Video ucapan Mahathir itu dimuat naik oleh Malaysia Gazette.

Polis menyerbu pangsapuri yang dikaitkan dengan Najib pada 18 Mei. Pada 27 Jun, polis mendedahkan pada sidang akhbar bahawa rampasan itu termasuk 2,200 cincin, 1,400 rantai, dan 567 beg tangan.

Bagaimanapun, sidang akhbar itu diadakan seminggu sebelum Najib didakwa di mahkamah berhubung pertuduhan melibatkan SRC International.

SPRM mempertahankan tindakan mendedahkan rakaman audio itu dengan berkata bahawa ia melibatkan kepentingan awam.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya berkata rakaman audio berkenaan menimbulkan persoalan serius tentang "penyalahgunaan kuasa, konspirasi jenayah, menghalang keadilan, menjejaskan keselamatan negara, membuat bukti palsu melalui bantuan asing dan membiarkan perbuatan salah".

Peguam Najib dalam perbicaraan jenayah 1MDB, Muhammad Shafee Abdullah, berkata mereka sedang mempertimbangkan untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap SPRM dan Latheefa.

a5d2184f99bd33ce186f2b60e2181659.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/506796

SPRM Sedia Lawan Cabaran Notis Kompaun 1MDB

06.01.2020 - Kuala Lumpur, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersedia berdepan pihak yang mengambil tindakan undang-undang terhadap kompaun yang dikeluarkan ke atas individu yang didakwa menerima dana berkaitan 1MDB daripada bekas perdana menteri Najib Razak.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya mengesahkan badan antirasuah itu dinamakan sebagai responden dalam beberapa permohonan semakan kehakiman yang difailkan beberapa individu daripada sejumlah 80 individu dan entiti yang dikatakan menerima wang berkenaan.

“Perkara kompaun sememangnya, bila kita (SPRM) beri peluang untuk membayar denda dan jika tidak berbuat demikian, kita perlu ambil tindakan,” kata Latheefa kepada pemberita selepas menghadiri satu majlis di Kuala Lumpur.

“Sewaktu kami berbuat demikian, SPRM telah menerima satu permohonan mahkamah yang mencabar hak SPRM dalam pengeluaran kompaun tersebut.

“Itu sememangnya, kita akan lawan. Ini di bawah Jabatan Peguam Negara dan sekarang dalam peringkat permohonan. Kami adalah responden.

“Peguam Negara akan cabar fakta tersebut. Bolehkah kalau kita cabar seseorang yang mengeluarkan kompaun?” jelas Latheefa.

Bekas pengerusi Felda, Shahrir Samad dan bekas Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan adalah antara mereka yang telah memfailkan permohonan semakan kehakiman secara berasingan terhadap notis yang dikeluarkan oleh SPRM bagi mendapatkan semula dana yang didakwa diterima mereka daripada 1MDB, lapor The Edge.

Laporan itu juga menyatakan bahawa permohonan sama telah difailkan oleh Ahli Majlis Tertinggi Umno, Mohd Sumaili Reduan; Jawatankuasa Perhubungan Umno Pulau Pinang, serta bahagian Umno di Batu, Labis, Indera Mahkota dan Taiping.

Permohonan mereka untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman dilaporkan bermula hari ini di hadapan Hakim Nordin Hassan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Latheefa, dalam satu temu bual bersama Berita Harian pada 31 Disember tahun lalu, dilaporkan sebagai berkata bahawa SPRM bakal segera mengenakan tindakan undang-undang terhadap individu atau entiti yang enggan memulangkan dana yang mereka didakwa diterima daripada 1MDB.

Ditanya berkenaan perkara tersebut, Latheefa enggan mendedahkan butiran lanjut, melainkan menjelaskan bahawa tindakan awal yang bakal dikenakan adalah di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Amla).

"Tidak (kenakan tindakan) minggu ini ... (tapi) dalam masa terdekat," kata Latheefa.

Sementara itu, Latheefa berkata SPRM masih belum menerima sebarang laporan rasmi berkaitan pilihan raya kecil (PRK) Kimanis yang sedang berlangsung.

"Buat masa sekarang tidak ada laporan," katanya menambah SPRM Sabah sedang memantau secara dekat kempen yang sedang dijalankan oleh BN dan Warisan, yang kini sudah memasuki hari kedua.

3c81388d5262da7554b136d85013aa83.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/506100

The Edge Tanya Soalan Sukar Selepas Wawancara Jho Low

Akhbar perniagaan, The Edge menggesa Jho Low menjelaskan siapakah bertanggungjawab dalam skandal 1MDB, berikutan wawancara yang disiarkan hari ini.

Akhbar berkenaan yang telah memainkan peranan penting dalam mendedahkan skandal itu dalam tahun-tahun kebelakangan ini, berkata, jika Jho Low mendakwa hanya sebagai orang tengah dalam urusan itu, dia mesti mendedahkan ketuanya.

"Najib Razak mengatakan (di mahkamah) yang anda adalah dalang. Anda dakwa anda hanya perantara. Adakah anda tuduh Najib berbohong?" soal The Edge.

Dalam temu bual e-mel dengan Straits Times Singapura yang diterbitkan hari ini, Jho Low menangkis andaian bahawa dia adalah "dalang" urusan 1MDB.

Sebaliknya, dia mengatakan peranannya adalah semata-mata sebagai "introducer dan perantara" - untuk membina 'jambatan' antara kerajaan Malaysia dan Timur Tengah.

Jho Low juga meminta perhatian sepatutnya dialihkan kepada pengurusan 1MDB, lembaga pengarahnya, pemegang saham dan orang-orang yang mengaturkan dana bagi syarikat itu.

Sementara itu, The Edge juga meminta Jho Low menjelaskan mengapa beliau tidak mencabar Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat yang menyita aset sebanyak AS $ 1 bilion yang berkaitan 1MDB.

Akhbar itu berkata The Edge boleh mencabar penyitaan itu di mahkamah Amerika Syarikat.

"Kami tidak bercakap tentang AS$ 10 juta atau AS$ 100 juta. Ini adalah AS $1.0 bilion! Siapa yang waras akan melepaskannya jika dia tidak bersalah?" soal The Edge.

The Edge
juga menggesa Jho Low menjelaskan bagaimana dia berjaya mengumpulkan $1 bilion nilai aset yang kini telah dipulangkan jika ia tidak ada kaitan dengan 1MDB.

"Jika ia dari wang datuk anda, sebagaimana yang anda katakan sebelum ini, kami merujuk kembali anda kepada soalan pertama kami.

"Mengapa kamu begitu mudah melepaskan apa yang datuk kamu bina untuk menyelesaikannya dengan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat jika anda tidak bersalah?" soal The Edge.

The Edge
adalah akhbar perniagaan yang menghasilkan senarai panjang laporan eksklusif 1MDB, di mana Jho Low merupakan watak utamanya.

Pada tahun 2015, ketika kemuncak siasatan global ke atas urusan 1MDB, pentadbiran perdana menteri ketika itu Najib Razak menggantung lesen penerbitan The Edge. Najib juga memecat peguam negara dan timbalannya.

c681b1356df3361f292ec59bd96e0776.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/506096

Prosiding Cabar Kredibiliti Sebab "Keterangan Najib Tentang Tandatangan Bercanggah"

06.01.2020 - Kuala Lumpur, Mahkamah menolak permohonan pendakwaan untuk membicarakan Najib dalam prosiding impeachment susulan dikatakan memberi keterangan bercanggah berhubung tandatangannya pada dokumen SRC.

Menurut Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali, percanggahan yang dikatakan pihak pendakwaan itu boleh dimaafkan kerana Najib telah memberi penjelasan mengenainya.

Kata Mohd Nazlan beliau berpendapat percanggahan yang didakwa itu tidak dapat disimpulkan sebagai perbezaan ketara dan ia tidak serius.

Hakim kemudian mengarahkan pihak pendakwaan menyambung proses soal balas ke atas Najib.

Terdahulu, mahkamah hari ini membenarkan prosiding impeachment (mencabar kredibiliti saksi) dimulakan terhadap Najib Razak kerana didakwa memberi keterangan bercanggah mengenai tandatangannya dalam perbicaraan kes SRC International.

Ini selepas hakim Nazlan pada awal hari ini membenarkan permohonan oleh pihak pendakwaan untuk memulakan prosiding itu yang mencabar wibawa Najib sebagai saksi.

Permohonan untuk mencabar kredibiliti Najib dibuat pagi ini oleh DPP V Sithambaram, yang mengatakan Najib telah menyediakan versi berbeza dalam keterangannya kepada SPRM dan kepada mahkamah.

Ini berkaitan beberapa dokumen berkaitan SRC International, yang kini dipertikaikan Najib di mahkamah, berkata beliau meragui kesahihan tandatangan yang menyerupai tandatangannya di atas kertas itu.

Menurut Sithambaram, Najib memberitahu SPRM secara berbeza semasa siasatan, di mana MP Pekan mengaku kepada penyiasat bahawa beliau telah melihat dokumen tersebut dan menandatanganinya.


Perintah Pindah RM32J Dana SRC

"Pada masa ini, saya ingin memohon impeachment (prosiding mencabar kredibiliti) terhadap saksi ini (Najib) di bawah Seksyen 145 (1) dan Seksyen 155 (c) Akta Keterangan," kata Sithambaram.

Antara dokumen yang kini dipertikaikan Najib mengenai kesahihan tandatangannya termasuk perintah perbankan untuk memindahkan RM32 juta daripada akaun SRC kepada dua syarikat lain pada 29 Disember 2014; minit mesyuarat daripada Menteri Kewangan Diperbadankan yang mengarahkan supaya dana SRC digunakan; kelulusan untuk SRC mendapatkan pinjaman tambahan sebanyak RM2 bilion daripada Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP).

Untuk rekod, Najib memberi keterangan dari kandang saksi sebagai saksi pembelaan yang pertama. Beliau juga merupakan saksi ke-58 untuk memberikan bukti dalam pendengaran perbicaraan kes jenayah terhadapnya yang memasuki hari ke-66 hari ini.

Pasukan pembelaan Najib dalam prosiding sebelumnya memfailkan permohonan untuk memanggil seorang saksi pakar dari Australia untuk memeriksa dokumen di mahkamah. Permohonan itu dijadualkan didengar oleh Nazlan esok.

Sithambaram mengemukakan bahawa Najib sendiri semasa pemeriksaan balas pagi ini bersetuju bahawa terdapat percanggahan antara kenyataan dan keterangannya di mahkamah.

"Sehingga kenyataan SPRM dilihat oleh yang arif, rakan saya yang bijaksana (peguam bela) tidak boleh mengecewakan permohonan saya kepada mahkamah untuk melihat kenyataan itu.

"Lebih-lebih lagi (apabila) tertuduh sendiri bersetuju terdapat percanggahan antara keterangannya (di mahkamah) dan kenyataan SPRM," katanya.

Sementara itu, peguam bela Muhammad Shafee Abdullah menuduh pendakwaan cuba menghalang rancangan mereka untuk mendapatkan seorang saksi pakar bagi memeriksa dokumen yang dipertikaikan itu.

Setelah mendengar penghujahan daripada kedua-dua pihak, Nazlan memutuskan bahawa permohonan pendakwa memiliki merit dan membenarkan prosiding mencabar kredibiliti saksi bermula.

Hakim kemudian memerintahkan untuk pendengaran prosiding bermula selepas makan tengah hari hari ini.

Mohd Nazlan menerima permohonan agar Najib dibicarakan (impeachment) kerana memberikan keterangan bercanggah semasa memberi kenyataan kepada mahkamah dan SPRM.

"Selepas melihat kepada hujah-hujah yang diberikan, saya mendapat permohonan pihak pendakwaan untik memulakan proses impeachment ke atas tertuduh berhubung dakwaan percanggahan dalam kenyataan tambahan saksi dan kenyataan diberikan kepada SPRM bukan tanpa merit," kata hakim itu.

Menurut beliau mahkamah mahkamah akan ditunjukkan mengenai kenyataan yang didakwa mengandungi percanggahan berkenaan dan bagaimana perkara itu akan berjalan.

184d7fafadd5e449310d5733312e9896.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/506075

Mahkamah Gantung Prosiding Kes Saman Tony Pua Terhadap Najib

06.01.2020 - Kuala Lumpur, Prosiding kes saman difailkan Ahli Parlimen Damansara Tony Pua Kiam Wee terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak atas dakwaan melakukan salah laku dalam jawatan awam berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) digantung sehingga perbicaraan kes jenayah bekas Perdana Menteri itu selesai.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Rozana Ali Yusof membuat keputusan itu di dalam kamarnya selepas membenarkan permohonan Najib untuk menggantung prosiding kes itu yang dihadiri peguam Tan Cheng Leong mewakili Pua, Nor Emelia Mohd Iszeham mewakili Najib dan Peguam Kanan Persekutuan Habibah Haron bertindak bagi pihak Kerajaan Malaysia.

Tan memberitahu pemberita bahawa mahkamah tidak memberi alasan penuh mengenai keputusan tersebut kerana tiada bantahan daripada Pua selaku plaintif dan Kerajaan Malaysia yang merupakan defendan kedua.

"Pada asasnya permohonan tersebut wajar dibenarkan kerana terdapatnya kes jenayah terhadap Najib (kes 1MDB di Mahkamah Tinggi) yang melibatkan fakta-fakta yang sama dengan kes sivil ini," kata Tan.

Tan berkata mahkamah menetapkan 6 Julai untuk pengurusan kes selanjutnya bagi memaklumkan perkembangan mengenai status kes jenayah Najib di Mahkamah Tinggi.

Habibah ketika ditemui pemberita mengesahkan perkara itu.

Pua memfailkan saman terhadap Najib dan kerajaan pada 16 Jan 2017 atas dakwaan Najib terlibat dalam salah laku pentadbiran awam dan kerajaan membabitkan 1MDB dan menuntut ganti rugi am, tambahan dan teladan, faedah, kos serta relief lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Pua mendakwa Najib adalah seorang pegawai awam kerana beliau ialah Ahli Parlimen Pekan, perdana menteri pada ketika itu dan pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, dan dalam kapasiti berkenaan beliau mempunyai peranan secara langsung dan tidak langsung dalam membuat keputusan dan hala tuju 1MDB.

Mahkamah Tinggi di sini sebelum ini menolak saman Pua atas alasan Najib bukan seorang pegawai awam dan dengan itu beliau tidak boleh disaman atas dakwaan salah guna kedudukan jawatan awam.

Pua juga gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan pada Julai 2018 yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi, selepas rayuannya ditolak.

Bagaimanapun beliau mendapat kebenaran untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.

Pada 19 Nov 2019, Mahkamah Persekutuan memutuskan Najib semasa menjadi perdana menteri adalah seorang pegawai awam dan boleh disaman atas dakwaan menyalahgunakan jawatan awam.

Mahkamah itu memutuskan Pua boleh meneruskan samannya terhadap Najib dan Kerajaan Malaysia melalui perbicaraan di Mahkamah Tinggi Sivil.

05e83d2f5b37283ebce7e6e153db77f7.jpeg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/506061

Saya Bukan Dalang 1MDB, Jho Low

06.01.2020 - Kuala Lumpur, Ahli perniagaan yang menjadi buruan Low Taek Jho menolak dakwaan bahawa dia sebagai dalang di sebalik penipuan berbilion-bilion dolar dana 1MDB. Sebaliknya, Low berkata, dirinya menjadi sasaran perhatian media yang luar biasa kerana dia bukan "ahli politik".

Dalam temu bual dengan Straits Times (ST) Singapura, Low berkata, perhatian kurang diberikan kepada tokoh-tokoh lain seperti tokoh perbankan antarabangsa dan peguam yang ditugaskan menasihati firma pelaburan negara itu dan bekas anak syarikatnya SRC International.

Mempertahankan bahawa dia tidak pernah memegang sebarang jawatan yang membolehkannya membuat keputusan di kedua-dua syarikat itu, Low menegaskan bahawa pihak pengurusan, lembaga pengarah dan pemegang saham 1MDB dan SRC International seharusnya melakukan ‘usaha wajar’ atau ‘due diligence’ terhadap semua cadangan dan mempunyai hak untuk menolaknya.

"Dakwaan bahawa saya 'dalang' adalah salah. Saya tidak pernah memegang sebarang jawatan yang membolehkan saya membuat keputusan muktamad dalam 1MDB atau SRC," katanya.

"[...] Peraturan tadbir urus dan etika korporat menghuraikan kewajipan dan tanggungjawab pihak pengurusan, lembaga dan pemegang saham dari segi kelulusan, usaha wajar dan fungsi lain, termasuk, antara lain, hak untuk menolak cadangan dan meletakkan jawatan dalam syarikat. "

Katanya, dia hanya bersetuju untuk membantu sebagai pencadang dan pengantara bagi syarikat-syarikat itu kerana "hubungan baiknya dengan pengusaha asing dan pembuat keputusan yang berpengaruh".

"Dalam kes 1MDB dan SRC, terdapat juga tokoh perbankan antarabangsa, peguam dan golongan profesional bebas lain yang menasihati dan menyokong syarikat dalam proses tertentu," katanya kepada ST dalam temu bual yang disiarkan hari ini.

"Hakikatnya, saya adalah sasaran mudah memandangkan saya bukan ahli politik."

Low yang dilahirkan di Pulau Pinang, dan lebih dikenali sebagai Jho Low, sedang dalam penyiasatan di beberapa negara, termasuk Singapura, Malaysia dan Amerika Syarikat.

Dia juga berdepan pelbagai pertuduhan jenayah kerana peranannya dalam skandal kewangan 1MDB.

Dia dipercayai menjadi dalang di sebalik penyelewengan dana 1MDB berkenaan.

Low, yang kini dalam pelarian, berulang kali menafikan dirinya bersalah dan mendakwa dakwaan terhadapnya bermotif politik dan dia akan dinafikan perbicaraan yang adil jika kembali ke tanah air.

Bekas perdana menteri Najib Razak kini berdepan pelbagai tuduhan jenayah berhubung dakwaan penyelewengan jutaan dolar dana 1MDB dan SRC International.

818f33fc43249ed74e5eeb233209f073.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/506058

Pendakwaan Mohon Najib Di Ambil Tindakan

Perbicaraan yang memasuki hari ke-66 ini menandangan permulaan kepada sekurang-kurangnya lima prosiding jenayah yang akan dihadapi Najib Razak sepanjang 2020.

Empat kes jenayah lain yang bakal dihadapi bekas perdana menteri itu akan diadakan di mahkamah lain, ialah tuduhan salah guna kuasa membabitkan dana RM2.28 bilion milik 1MDB, RM6.64 bilion dana IPIC International Petroleum International Corp (IPIC), pindaan laporan akhir audit 1MDB, dan kes SRC International Sdn Bhd (SRC) melibatkan dana RM27 juta.

Timbalan Pendakwa Raya, V Sithambaram, menyambung soal balas ke atas Najib yang kini dibicarakan atas dakwaan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram wang SRC sebanyak RM42 juta.

Najib dibicarakan di depan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
Iklan

Tertuduh diwakili sepasukan peguam diketuai Muhammad Shafee Abdullah.

10.54 pagi: Prosiding disambung semula selepas berhenti rehat seketika.

10.03 pagi: Shafee dan Sithambaram terus berbalas hujah sama ada mahkamah patut mendengar permohonan pihak pendakwaan agar Najib - yang kini memberi keterangan membela diri - diambil tindakan.

Ketika Sithambaram berkata pihak pembelaan tidak ada hak untuk menghalang mahkamah meneliti keterangan diberikan Najib dan membuat keputusan mengenainya, Shafee pula berpendapat, langkah tersebut adalah cubaan pendakwaan untuk memanggil saksi pakar bagi meneliti kesahihan tandatangan pada beberapa dokumen didakwa diturunkan oleh Najib.

Mohd Nazlan kemudian membenarkan perbicaraan ditangguhkan selama 30 minit bagi memberi peluang kepada pihak pembelaan menyediakan hujah mereka untuk mencabar permohonan pendakwaan.

9.55 pagi: Permohonan dibuat Sithambaram mencetuskan suasana tegang di antara timbalan pendakwa raya itu dengan ketua pembelaan Najib.

Mendengar permohonan Sithambaram itu, Shafee meminta perbicaraan ditangguhkan selama satu jam untuk membolehkan pihak pembelaan menyediakan hujah mengapa tindakan ke atas Najib pada waktu ini dianggap bercanggah dengan undang-undang.

Kedua-dua peguam terbabit kemudian saling berbalas hujah. Antara lain, Shafee berkata Najib sudah memberikan penjelasan mengapa beliau kini ragu-ragu mengenai kesahihan tandatangam pada dokumen yang dikemukakan kepada mahkamah sebelum ini.

Sithambaram bagaimanapun membalas, pihak pendakwaan hanya meminta mahkamah melihat keterangan Najib dan memutuskan sama ada mahu mengambil tindakan ke atas Najib atau sebaliknya.

9.47 pagi: Sithambaram memohon agar Najib dikenakan tindakan kerana didakwa memberi keterangan bercanggah dalam keterangannya.

"Buat masa ini, saya ingin memohon untuk mencabar kredibiliti saksi ini (Najib) mengikut Seksyen 145 (1) dan Seksyen 155 (c) Akta Keterangan," kata Sithamabram.

Isu itu timbul selepas Najib mengakui - semasa disoal balas timbalan pendakwa raya itu - bahawa berlaku perbezaan dalam kenyataan saksi yang diberikan hari ini dengan apa yang diberikan semasa siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Najib merujuk kepada apa yang diberitahunya kepada SPRM dan kenyataan saksi di mahkamah mengenai beberapa dokumen penting yang dilihat - dan ditandatanganinya - berhubung kes SRC sekarang.

Antara dokumen itu ialah minit mesyuarat SRC yang dikaitkan dengan pinjaman RM2 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) pada 2012.

Sebelum ini Najib mengaku beliau memaklumkan kepada SPRM bahawa tandatangan yang ditunjukkan kelihatan seperti miliknya.

Bagaimanapun ahli parlimen Pekan itu kemudian menjelaskan bahawa kenyataan saksi semasa menyatakan beliau tidak ditunjukkan dengan dokumen asal semasa keterangannya kepada SPRM dirakamkan, dan kini meragui keaslian tandatangan pada dokumen tersebut.

9.22 pagi: Tertuduh memasuki kandang saksi untuk disoal balas Sithambaram. Turut kelihatan berada dalam mahkamah ialah Shafee.

Najib yang juga bekas presiden Umno itu mula menjawab soalan Sithambaram selepas selesai mengangkat sumpah.

306d408b39d943276a5adea80ecd2d69.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/506027

Najib Kembali Beri Keterangan

06.01.2020 - Kuala Lumpur, Perbicaraan yang memasuki hari ke-66 ini menandangan permulaan kepada sekurang-kurangnya lima prosiding jenayah yang akan dihadapi Najib Razak sepanjang 2020.

Empat kes jenayah lain yang bakal dihadapi bekas perdana menteri itu akan diadakan di mahkamah lain, ialah tuduhan salah guna kuasa membabitkan dana RM2.28 bilion milik 1MDB, RM6.64 bilion dana IPIC International Petroleum International Corp (IPIC), pindaan laporan akhir audit 1MDB, dan kes SRC International Sdn Bhd (SRC) melibatkan dana RM27 juta.

Timbalan Pendakwa Raya, V Sithambaram, menyambung soal balas ke atas Najib yang kini dibicarakan atas dakwaan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram wang SRC sebanyak RM42 juta.

Najib dibicarakan di depan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Tertuduh diwakili sepasukan peguam diketuai Muhammad Shafee Abdullah.

9.22 pagi: Tertuduh memasuki kandang saksi untuk disoal balas Sithambaram. Turut kelihatan berada dalam mahkamah ialah Shafee.

Najib yang juga bekas presiden Umno itu mula menjawab soalan Sithambaram selepas selesai mengangkat sumpah.

15abba4fd99afc764a0e3c61a516e877.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/506027

Saman Masih Belum Serah, Sebutan Kes Goldman Sachs - 14 Januari 2020

26.12.2019 - Kuala Lumpur, Kes terbitan bon berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai AS$6.5 bilion (RM27.2 billion) terhadap Goldman Sachs (Singapore) Pte akan disebut semula di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pada 14 Jan depan.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya, semasa kes berkenaan disebut di hadapannya hari ini.

Timbalan Pendakwa Raya Zaki Asyraf Zubir memberitahu pemberita, penyerahan notis saman oleh pihak pendakwaan terhadap Goldman Sachs (Singapore) masih dalam proses.

“Sehubungan itu mahkamah menetapkan 14 Jan depan untuk sebutan, bagi mengetahui status penyerahan notis saman tersebut terhadap Goldman Sachs (Singapore),” katanya.

Peguam Krishna Dallumah dan Datuk Prem Ramachandran hadir bagi pihak syarikat itu.

Mahkamah sebelum ini menetapkan hari ini untuk mendengar permohonan pihak pendakwaan, untuk memindahkan kes membabitkan Goldman Sachs (Singapore) ke Mahkamah Tinggi.

Pada 16 Dis lepas, hakim Mohamed Zaini membenarkan kes sama membabitkan Goldman Sachs International Ltd, yang berpangkalan di UK dan Goldman Sachs (Asia) LLC berpangkalan di Hong Kong, dipindahkan dari Mahkamah Majistret ke Mahkamah Tinggi.

Pada Disember tahun lepas, Malaysia memfailkan empat pertuduhan terhadap Goldman Sachs, kerana didakwa meninggalkan fakta material berhubung penjualan bon terbitan, antara anak syarikat 1MDB dengan Aabar Investments P.J.S. Limited (Aabar Limited).

Kesalahan itu didakwa dilakukan di 1MDB, Aras 8, Menara IMC, No. 8, Jalan Sultan Ismail, di sini antara 19 Mac 2012, dan 11 Nov 2013.

Syarikat itu didakwa mengikut Seksyen 179(c) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dan boleh dihukum menurut Seksyen 182 akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun dan didenda tidak kurang daripada RM1 juta, jika sabit kesalahan.

Bekas ahli perbankan Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa, mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan bersubahat dengan syarikat itu berhubung penjualan nota jaminan dan bon yang sama, dengan mengeluarkan fakta material serta mengemukakan pernyataan palsu.

Jabatan Keadilan Amerika Syarikat menganggarkan sekitar US$4.5 bilion diselewengkan daripada 1MDB antara 2009 dan 2014.

fa0ccf156618e213ff58d0217136184f.jpeg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/504916

Goldman Mungkin Mengaku Salah, Bayar Denda AS$2B Selesai Siasatan 1MDB

19.12.2019 - Kuala Lumpur, Goldman Sachs Group Inc sedang berunding dengan kerajaan Amerika Syarikat dan pihak berkuasa kawal selia negara itu untuk kemungkinan membayar sehingga AS$2 bilion dan mengaku bersalah bagi menyelesaikan penyiasatan terhadap peranannya dalam skandal rasuah Malaysia, menurut sumber yang biasa dengan perkara itu.

Bank dan pegawai AS telah membincangkan kesepakatan di mana anak syarikat Goldman di Asia akan membuat pengakuan bersalah melanggar undang-undang antirasuah AS, lapor Wall Street Journal pada hari Khamis.

Perbincangan ini juga melibatkan Goldman memasang sistem pemantauan bebas untuk mengawasi dan mencadangkan perubahan terhadap prosedur pematuhannya.

Terlibat dalam perbincangan adalah tiga pengawal selia persekutuan - Jabatan Keadilan (DOJ), Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS (SEC) dan Rizab Persekutuan (bank pusat AS) dan Jabatan Perkhidmatan Kewangan New York, kata sumber.

Dalam satu kenyataan, bank itu berkata rundingan penyelesaian sedang berjalan dan Goldman Sachs akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa kawal selia.

SEC enggan mengulas lanjut, manakala wakil bagi pihak kawal selia lain tidak segera memberi maklum balas terhadap permintaan untuk mendapatkan penjelasan.

Suatu penyelesaian dijangka dapat diumumkan pada akhir bulan Januari, kata sumber-sumber yang biasa dengan perundingan itu.

Kerajaan bekas perdana menteri Malaysia Najib Razak telah menubuhkan syarikat pelaburan negara 1MDB pada 2009, dan Jabatan Keadilan AS (DOJ) menganggarkan AS$4.5 bilion telah diselewengkan oleh pegawai atasan syarikat itu dan rakan-rakan mereka antara 2009 dan 2014.

Goldman telah disiasat oleh pihak berkuasa kawal selia di sekurang-kurangnya 14 negara, termasuk Amerika Syarikat, Malaysia, Singapura dan lain-lain, atas peranan penajaan jaminan dan apa yang diketahui atau tidak tahu pada masa transaksi itu.

Pada bulan November 2018, Jabatan Keadilan AS (DOJ) memfailkan tuduhan jenayah terhadap dua bekas jurubank Goldman Sachs yang terbabit dengan skandal itu, Tim Leissner dan Roger Ng.

Menurut DOJ, Goldman memperoleh AS$600 juta sebagai yuran kerja dengan 1MDB. Leissner, Ng dan yang lain menerima bonus besar berkaitan dengan pendapatan tersebut.

Bank itu secara konsisten cuba menjauhkan diri daripada skandal 1MDB, mengatakan Leissner dan Ng menyembunyikan kegiatan jenayah mereka daripada pengetahuan pihak pengurusan bank.

Leissner mengaku bersalah atas pertuduhan terhadapnya tahun lepas. Ng pula mengaku tidak bersalah atas tuduhan pada bulan Mei dan kesnya sedang menunggu di mahkamah persekutuan di Brooklyn.

Jurucakap Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad dan peguam negara Malaysia tidak segera memberi maklum balas terhadap permintaan untuk mendapatkan ulasan.

0400e0064bc17a85b1988d23befa8655.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/504298

7 Jan Dengar Permohonan Najib Untuk Dapatkan Pakar Tulisan Australia

19.12.2019 - Kuala Lumpur, Permohonan Najib Razak untuk memanggil seorang pakar Australia bagi memeriksa keaslian tanda tangannya mengenai dokumen penting yang dikaitkan dengan kes RM42 jutaSRC International, akan didengar oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 7 Januari tahun depan.

Ini disahkan oleh peguam Syahirah Hanapiah, yang mewakili bekas perdana menteri itu dalam pengurusan kes di hadapan timbalan pendaftar Mahyudin Mohmad Som di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.

"Pihak kami telah memfailkan permohonan ini pada 16 Dis lepas dan pendengaran permohonan ini akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

"Saksi pakar ini adalah untuk melihat sama ada dokumen yang ditandatangani oleh Najib adalah tulen atau tidak, jadi beliau (saksi pakar) perlu melihat dokumen yang telah ditanda di mahkamah," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Sulaiman Kho Kheng Fuei mewakili pendakwaan yang dinamakan sebagai responden dalam permohonan itu.

Pada 9 Disember lalu, peguam Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya akan memanggil pakar tandatangan dari Australia dalam prosiding bela diri bekas perdana menteri itu bagi menentukan kesahihan beberapa dokumen mengandungi tandatangan anak guamnya yang dikemukakan di mahkamah.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya V Sithambaram membantah permohonan itu atas alasan ia boleh menyebabkan prejudis terhadap kes pendakwaan dan meminta pihak pembelaan supaya mengemukakan permohonan serta afidavit kepada mahkamah berhubung perkara tersebut.

Menurut notis usul yang difailkan pada 16 Disember lalu, Najib selaku bekas menteri kewangan memohon kemahiran seorang pakar tulisan tangan Australia untuk memeriksa 35 eksibit dokumen yang dikaitkan dengan tujuh dakwaan penyalahgunaan kuasa, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang sebanyak RM42 juta dari SRC International.

SRC International adalah anak syarikat firma pelaburan negara 1MDB, sebelum pemilikan syarikat itu dipindahkan kepada Menteri Kewangan Diperbadankan (MoF Inc) pada tahun 2012. Najib pada ketika itu adalah menteri kewangan, serta penasihat emeritus SRC International.

Hakim Mohd Nazlan yang mendengar kes itu memudiannya memutuskan bahawa pihak pembelaan perlu memfailkan permohonan rasmi untuk dipertimbangkan oleh mahkamah.

6a2a21d9e3c7d22714e1398a62d186f8.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/504221

Najib Tak Mahu Sumpah Laknat Dalam Kes 1MDB ? - Kit Siang

19.12.2019 - Kuala Lumpur, Susulan kesanggupan Najib Razak melakukan sumpah laknat bagi menafikan tuduhan yang dikaitkan kepadanya berhubung kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, bekas perdana menteri juga turut dicabar untuk membuat perkara yang sama berkenaan isu 1MDB.

Cabaran itu diutarakan oleh veteran DAP Lim Kit Siang hari ini.

“Adakah Najib akan membuat sumpah laknat untuk menafikan tuduhan terbaru oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (SEC).

“[..] bahawa dia adalah penerima wang sogokan daripada bon 1MDB yang diraih bekas eksekutif Goldman Sachs Tim Leissner dalam skandal 1MDB kleptokrat yang besar?” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Sumpah laknat adalah sumpah yang memohon kepada Allah untuk mengutuk orang-orang yang salah.

SEC menamakan Najib sebagai salah satu daripada penerima rasuah dari Leissner.

Leissner didapati telah menyalahgunakan lebih daripada AS$2.7 bilion selepas bantu menaikkan bon bernilai AS$ 6.5 bilion untuk 1MDB pada tahun 2012.

Semenjak itu, SEC telah bertindak untuk mengharamkan Leissner dari kembali ke industri sekuriti sepanjang hidupnya.

Najib kini sedang dibicarakan untuk skandal 1MDB.

Selain 1MDB, ahli parlimen Pekan juga terbaharu berdepan dakwaan mengarahkan Altantuya dibunuh pada 2006 ketika menjadi timbalan perdana menteri.

Semalam, beliau berkata beliau sanggup bersumpah laknat untuk menafikan tuntutan tersebut.

Bekas anggota keselamatannya, Azilah Hadri, yang kini berdepan hukuman mati kerana membunuh rakyat Mongolia itu mendedahkan perkara tersebut dalam akuan bersumpahnya.

Dia juga memohon perbicaraan semula kes itu daripada Mahkamah Persekutuan.

Susulan itu, Majlis Peguam meminta siasatan baru dilakukan ke atas tuntutan Azilah.

Lim juga menyokong tindakan tersebut dilakukan.

“Mungkin semua peguam dan rakyat Malaysia yang mencintai keadilan harus bersuara bagi menyiasat semula proses keseluruhan penyiasatan, pendakwaan, dan percubaan pembunuhan Altantuya," cadang anggota parlimen Iskandar Puteri.

9d8eb08d808b74db63eedc3d6d50e1e7.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/504215

Pemeriksaan Balas Pendakwaan Masuk Hari Ke - 4

19.12.2019 - Kuala Lumpur, Perbicaraan kes jenayah bekas perdana menteri Najib Razak melibatkan dakwaan penyalahgunaan dana dari SRC International Sdn Bhd masuk hari ke-65 hari ini di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur.

Malaysiakini membawakan anda laporan langsung prosiding.

9.50 pagi: Najib Razak masuk kandang saksi. Prosiding bermula.

Bekas perdana menteri itu akan meneruskan pemeriksaan balas oleh DPP V Sithambaram

9.37 pagi: Bekas perdana menteri Najib Razak masuk Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan mengambil tempat duduk di barisan depan galeri awam.

Turut kelihatan di mahkamah menunggu prosiding bermula adalah DPP V Sithambaram, yang dijangka melanjutkan pemeriksaan balas terhadap tertuduh

Pemeriksaan balas pendakwaan dalam kes SRC International melibatkan bekas perdana menteri Najib Razak memasuki hari keempat.

Timbalan pendakwa raya (DPP) V Sithambaram akan menyambung semula pemeriksaan balasnya terhadap Najib, yang juga bekas menteri kewangan, pada hari ke-65 perbicaraan di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali pada jam 9.30 pagi ini.

Dalam pemeriksaan balas semalam, soalan-soalan yang diajukan Sithambaram terhadap Najib mencetuskan beberapa pertikaman lidah terutama apabila menyentuh sama ada Najib bertanggungjawab secara peribadi terhadap salah laku yang dikaitkan dengan akaun banknya.

Kenyataan saksi Najib yang dicatatkan oleh SPRM juga mendedahkan bahawa beliau tidak mempertikaikan kesahihan tandatangannya pada dokumen penting seperti minit mesyuarat Kementerian Kewangan ke atas 1MDB dan SRC International.

Ini walaupun tertuduh, semasa perbicaraan, menyatakan keraguan mengenai kesahihan tandatangan pada dokumen-dokumen penting yang dikatakan miliknya.

Secara kebetulan, permohonan Najib untuk mendapatkan seorang pakar tulisan tangan Australia dibenarkan memeriksa dokumen-dokumen ini untuk memastikan kesahihannya akan dibawa kepada pengurusan kes di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pukul 9 pagi tadi.

3b3fe3eab8a7fe33a47d39175282ac4e.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/504174

Najib Di Persoal Tak Buat Laporan Polis Isu Tandatangan Di Palsukan

19.12.2019 - Kuala Lumpur, Pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes Najib Razak yang kini membela diri atas tujuh pertuduhan membabitkan dana SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mempersoalkan kegagalan bekas perdana menteri itu membuat laporan polis berhubung dakwaan tandatangannya telah dipalsukan dalam beberapa dokumen berkaitan kes itu.

Timbalan Pendakwa Raya V Sithambaram berkata dakwaan daripada Najib itu merupakan suatu yang difikirkan kemudian memandangkan ia hanya dibangkitkan semasa peringkat membela diri.

Bagaimanapun, Najib, semasa disoal balas Sithambaram menafikan perkara itu suatu yang difikirkan kemudian memandangkan perkataan 'pemalsuan' hanya didengar dalam perbicaraan semasa peringkat pembelaannya sahaja.

Sithambaram: Kamu bersetuju dengan saya bahawa apabila tandatangan kamu dipalsukan pada mana-mana dokumen, kamu akan membuat laporan polis.

Najib: Saya baru tahu bahawa kemungkinan tandatangan saya dipalsukan semasa perbicaraan kes ini berlangsung.

Sithambaram: Itu bukan soalan saya. Adakah kamu akan membuat laporan polis?

Najib: Sebab itu kita memanggil pakar dulu untuk 'memeriksa' tandatangan, bila sudah dapat baru buat laporan polis.

Najib juga tidak bersetuju dengan cadangan Sithambaram bahawa permohonan beliau untuk memanggil pakar dokumen adalah untuk 'memperkukuh perkara yang tidak benar' mengenai pemalsuan.

Sithambaram juga menganggapnya sebagai suatu yang pelik apabila Najib tidak boleh membezakan tandatangannya sendiri dengan yang palsu dan beliau memerlukan seorang pakar untuk untuk mengesahkannya.

Najib berkata beliau meragui tentang tandatangan itu semasa siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi tidak memaklumkan keraguannya itu kepada orang lain malah tidak menyebutnya kepada individu yang mengambil kenyataannya.

Ahli Parlimen Pekan itu turut memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak tahu sejumlah RM32 juta telah dipindahkan ke akaun peribadinya kerana beliau menyerahkan urusan kepada pihak ketiga untuk mengendalikan akaunnya.

Sithambaram kemudian menyoal bekas perdana menteri itu sama ada beliau terlibat dalam operasi syarikat seperti pemindahan RM40 juta daripada SRC kepada Ihsan Perdana Sdn Bhd, syarikat yang melaksanakan program tanggungjawab sosial korporatnya (CSR), yang dinafikan Najib.

Menurut Najib, pada waktu itu, beliau tidak mempertikai aliran keluar ke Ihsan Perdana kerana beliau tidak mengetahui mengenai transaksi dan ia terpulang kepada pasukan pengurusan SRC.

Semasa disoal Sithambaram mengenai kedudukannya sebagai penasihat emeritus dalam SRC tentang pengetahuannya berhubung transaksi RM40 juta, Najib sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak terlibat dalam urusan operasi kerana beliau menjaga negara.

Mengenai isu lain, Najib berkata Ahli Lembaga Pengarah (BOD) SRC tidak pernah berunding dengannya mengenai perbelanjaan pinjaman RM2 bilion yang dipinjam daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) walaupun beliau memegang jawatan tertinggi dan Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) merupakan pemegang saham tunggal syarikat.

“Perkara berkenaan dianggap sebagai perkara operasi dan di bawah BOD. Kedudukan saya dalam SRC adalah untuk menentukan perkara strategik. Bukan operasi harian,” katanya.

Apabila beliau dirujuk kepada surat dihantar kepada AmIslamic Bank, yang tertera nama dan tandatangan Najib, Najib menjawab: "kelihatan seperti tandatangan saya, ya,"

Jawapan beliau disifatkan TPR hampir sama dengan ungkapan dalam klip video kontroversi 'kelihatan seperti saya, suara seperti saya, tetapi bukan saya' yang menyebabkan mereka yang berada dalam mahkamah ketawa.

Pada 11 Nov lepas, Najib diperintah membela diri terhadap tiga tuduhan pecah amanah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kedudukan berkaitan dengan dana SRC International sebanyak RM42 juta.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung esok.

a79ed2b45552a0d7da4c45df4476dc0c.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/504148

Sumpah Laknat Untuk 1MDB Juga Najib, Saran Akmal

18.12.2019 - Kuala Lumpur, Sempena kesanggupan Najib Razak melakukan sumpah laknat bagi menafikan tuduhan yang dikaitkan kepadanya berhubung kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, bekas perdana menteri itu dicadangkan agar turut melakukan hal sama dalam isu 1MDB.

Ketua Pemuda PKR, Akmal Nasir, berkata sebelum ini mahkamah sudah menetapkan 20 April tahun depan

untuk mendengar permohonan Azilah Hadri untuk menyemak sabitan ke atasnya.

"Tapi alang-alang @NajibRazak nak sumpah laknat, elok sumpah sekali pasal kickback (rasuah) 1MDB.

"Cepat sikit rakyat boleh tahu berapa banyak...," ciapnya di Twitter petang ini.

Akmal yang juga ahli parlimen Johor Bahru menciap begitu sambil melampirkan tangkap layar kenyataan Najib berkenaan cadangannya melakukan sumpah laknat.

Terdahulu Najib - yang kini dibicarakan atas lebih 40 tuduhan salah guna kuasa, rasuah dan pengubahan wang haram - memberitahu beliau akan melakukan sumpah laknat bagi menafikan dakwaan Azilah yang mengaitkannya dengan pembunuhan Altantuya.

Dakwaan bekas anggota elit Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu dibuat elalui perakuan bersumpah (SD) yang dibuat dalam usaha memohon agar sabitan hukuman mati diputuskan mahkamah disemak semula.

"Saya berhasrat melakukan sumpah laknat menafikan

dakwaan yang terkandung dalam akuan bersumpah yang dikeluarkan Azilah Hadri.

"Sumpah laknat ini akan saya buat di Masjid Jamek Kampung Baru di ibu negara sejurus selepas solat Jumaat minggu ini," ciapnya di Twitter hari ini.

Dalam SD yang menggemparkan itu, Azilah menceritakan secara panjang lebar berkenaan apa yang menurutnya sebagai "kebenaran" tentang pembunuhan warga Mongolia terbabit.

718bcd7ee4702cbf29590ecd9797530b.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/504116

Najib, DPP Bertikam Lidah Isu Tandatangan Dokumen SRC

Perbicaraan kes jenayah bekas perdana menteri Najib Razak melibatkan dakwaan penyalahgunaan dana dari SRC International Sdn Bhd masuk hari ke-64 hari ini di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur.

11.15 pagi: Mahkamah mendengar dari Najib Razak bahawa hanya orang yang mengendalikan akaun banknya akan dimaklumkan jika penggera berbunyi pada transaksi yang mencurigakan.

Najib berkata demikian ketika disoal oleh DPP V Sithambaram mengenai RM32 juta dalam akaunnya pada 2015, yang bertujuan untuk membayar balik pinjaman dari Permai Binaraya Sdn Bhd dan Putra Perdana Sdn Bhd.

Sithambaram: Jadi jika RM32 juta masuk ke akaun anda, dan keluar dari akaun, itu akan menjadi sesuatu yang akan membunyikan loceng penggera.

Najib: Bagi mereka yang menguruskan akaun saya. Kerana saya tidak menguruskan akaun saya sendiri.

10.35 pagi: Mahkamah menyaksikan tertuduh Najib Razak dan peguam veteran V Sithambaram, yang bertindak sebagai Timbalan Pendakwa Raya, bertikam lidah berhubung tandatangan bekas perdana menteri itu pada dokumen yang berkaitan dengan SRC International.

Ia berlaku selepas Najib dilihat enggan memberikan jawapan langsung kepada soalan-soalan Sithambaram, termasuk ketika peguam menimbulkan pertanyaan "ya atau tidak" kepadanya.

Soalan-soalan Sithambaram antara lain menyentuh penafian Najib berhubung tandatangannya pada dokumen SRC International.

DPP memaklumkan kepada Najib bahawa beliau telah mengesahkan perkara itu ketika ditanya oleh SPRM.

Bagaimanapun, Najib menafikannya.

b1e26d9f827f65125c5f7cd68d5223a5.jpg

Sithambaram: Apabila anda ditunjukkan salinan (semasa siasatan), anda mengesahkan tandatangan itu tanpa sebarang bantahan pada peringkat itu.

Najib: Pada peringkat itu.

Sithambaram: Jadi selepas duduk di mahkamah dan mendengar pemeriksaan balas oleh peguam anda, anda katakan, ini bukan tanda tangan anda.

Najib: Tidak. Saya tidak bersetuju.

10.12 pagi: Prosiding dimulakan. Najib Razak masuk kandang saksi.

Turut kelihatan di mahkamah, peguam bela utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah.

9.32 pagi: Ketua peguam bela Najib, Muhammad Shafee Abdullah tidak dilihat di dalam mahkamah.

Difahamkan Shafee sedang menghadiri kes jenayah yang berasingan yang melibatkan dirinya di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur sebelum dia boleh menghadiri kes Najib.

9.10 pagi: Bekas ketua setiausaha perbendaharaan Mohd Irwan Serigar Abdullah dilihat duduk di barisan depan galeri awam.

Beliau sedang menunggu sebutan kes IPIC berkaitan 1MDB terhadap Najib dan dirinya.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali akan menghadiri sebutan kes IPIC terlebih dahulu sebelum mengangani kes SRC Najib.

9.05 pagi: Bekas perdana menteri Najib Razak dilihat duduk di barisan depan galeri awam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, menunggu prosiding bermula.

Turut kelihatan DPP V Sithambaram.

Pendakwaan dijangka akan menyoal Najib Razak secara terperinci berhubung setiap hujah yang boleh dipertikaikan dalam kenyataan kesaksian bekas perdana menteri itu bagi perbicaraan kes SRC International.

Pada akhir prosiding Rabu lepas, Timbalan pendakwa raya (DPP) V Sithambaram memaklumkan hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali mengenai pelan pendakwaan selepas Peguam Negara Tommy Thomas selesai pemeriksaan balas awal terhadap Najib.

Tidak seperti pemeriksaan balas awal selama dua hari yang dijalankan oleh Thomas, pemeriksaan balas yang akan dijalankan Sithambaram dijangka akan mengambil masa yang lebih lama.

Hakim sebelum ini membenarkan permohonan pendakwaan untuk menangguhkan tarikh perbicaraan yang pada mulanya ditetapkan pada hari Khamis minggu lalu serta pada hari Isnin dan semalam agar pihak pendakwaan dapat membuat persediaan yang mencukupi.

Semasa menjalani pemeriksaan balas oleh Thomas pada Rabu minggu lalu, Najib memberi keterangan bahawa beliau juga ingin tahu apa yang berlaku kepada RM4 bilion dana yang dipinam SRC International daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP).

Pemeriksaan balas Thomas terhadap Najib juga mendedahkan kepada mahkamah bahawa SRC International mula memohon pinjaman berbilion ringgit daripada KWAP pada tahun 2011, beberapa bulan sebelum lembaga pengarah syarikat SRC International dilantik.

Ini merupakan kali pertama Najib akan muncul di khalayak ramai selepas Akuan Berkanun (SD) bekas polis Azilah Hadri diterbitkan oleh Malaysiakini dua hari lalu.

DAlam SD itu, Azilah yang kini menunggu hukuman gantung mendakwa bahawa dia telah diperintahkan oleh Najib untuk membunuh Altantuya Shaariiibuu. Najib menafikan tuduhan itu, dan menyifatkan SD berkenaan sebagai rekaan.

Kes Goldman Sachs pindah ke Mahkamah Tinggi
Goldman_Sachs_Group_Inc_1576475824.jpg


KUALA LUMPUR: Kes terhadap syarikat Goldman Sachs Group Inc yang didakwa berhubung terbitan bon bernilai AS$6.5 bilion membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.



Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan memindahkan kes berkenaan selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan dalam prosiding di Mahkamah Tinggi hari ini.



“Kes Goldman Sachs International Ltd yang berpejabat di UK dan Goldman Sachs (Asia) LLC yang berpangkalan di Hong Kong akan dipindahkan Mahkamah Tinggi,” katanya.



Mohamed Zaini juga menetapkan Khamis depan untuk mendengar permohonan pendakwaan bagi memindahkan kes berkaitan bon US$6.5 bilion membabitkan Goldman Sachs (Singapura), daripada Mahkamah Majistret ke Mahkamah Tinggi.



Tarikh itu ditetapkan selepas Timbalan Pendakwa Raya Norinna Bahadun memaklumkan bahawa penyampaian notis saman terhadap Goldman Sachs (Singapura) masih dalam proses.



Di hadapan Majistret Mohamad Fared Abdul Latif, Timbalan Pendakwa Raya Zaki Asyraf Zubir turut memberitahu mahkamah berhubung perkembangan kes itu.



Mahkamah kemudian menetapkan tarikh sama untuk sebutan bagi mengemas kini status permohonan pemindahan pihak pendakwaan terhadap Goldman Sachs (Singapura).



Peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Goldman Sachs tidak membantah permohonan itu.



Pada 19 Disember 2018, pendakwaan memfailkan empat tuduhan ke atas Goldman Sachs kerana meninggalkan fakta material berhubung penjualan bon terbitan antara anak syarikat 1MDB dengan Aabar Investments PJS Limited (Aabar Limited).



Syarikat itu dituduh melakukan kesalahan itu antara 19 Mac 2012 hingga 11 November 2013, di 1MDB, Aras 8, Menara IMC, No 8, Jalan Sultan Ismail, di sini.



Pertuduhan dilakukan mengikut Subseksyen 179(c) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dan sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi 10 tahun dan denda tidak kurang RM1 juta.



Pada 19 Disember 2018, bekas ahli perbankan Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa, 46, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas dakwaan memainkan peranan dalam pengeluaran bon berkaitan 1MDB.



Jabatan Keadilan Amerika Syarikat menganggarkan sekitar AS$4.5 bilion diselewengkan daripada 1MDB antara 2009 hingga 2014, termasuk sebahagian dana yang dibantu Goldman Sachs.


Tuduhan Jenayah Terhadap Goldman Sach Di Teruskan - Lim

12.12.2019 - Kuala Lumpur, Malaysia akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap Goldman Sachs Group Inc berhubung kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) walaupun syarikat itu dilaporkan akan membuat bayaran kepada Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat bagi menyelesaikan kes itu.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata beliau telah menghubungi Jabatan Peguam Negara yang memaklumkan kes itu dijangka dibicarakan pada pertengahan tahun hadapan.

"Jadi kes ini masih berjalan dan kerajaan Malaysia masih menuntut bayaran sehingga AS$7.5 bilion. Ini sebagai balasan ke atas kerugian yang kita (negara) alami berikutan skandal 1MDB hanya daripada Goldman Sachs sahaja.

"Ini yang kita tuntut dan kita akan teruskan dengan tindakan di mahkamah," katanya pada sidang media, di Putrajaya hari ini.

Menurut laporan media, Goldman Sachs akan membayar sejumlah US$1.5 bilion hingga US$2 bilion kepada Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat sebagai penyelesaian kes berkenaan.

Goldman Sachs menghadapi tuduhan jenayah berhubung terbitan bon bernilai US$6.5 bilion berkaitan 1MDB.

Pada 19 Dis 2018, pihak pendakwaan memfailkan empat pertuduhan ke atas Goldman Sachs dan didakwa telah meninggalkan fakta-fakta material berhubung penjualan bon terbitan antara anak-anak syarikat 1MDB dengan Aabar Investments P.J.S. Limited (Aabar Limited).

Syarikat itu dituduh melakukan kesalahan tersebut antara 19 Mac 2012 dan 11 Nov 2013 di 1Malaysia Development Berhad (1MDB), di Aras 8, Menara IMC, No. 8, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, antara 19 Mac 2012 dan 11 Nov 2013.

Pertuduhan di bawah subseksyen 179(c) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 itu boleh dihukum di bawah Seksyen 182 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda tidak kurang daripada RM1 juta, jika sabit kesalahan.

Pada 19 Dis tahun lepas, bekas ahli perbankan Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa, 46, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dakwaan memainkan peranan dalam pengeluaran bon berkaitan 1MDB.

DoJ menganggarkan sekitar US$4.5 bilion diselewengkan daripada 1MDB antara 2009 dan 2014, termasuk sebahagian dana yang dibantu oleh Goldman Sachs.

81718238124c726265babcbe40e6f13b.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/503386

Saya Juga Nak Tahu Kebenaran Tentang Dana RM4B SRC Yang Hilang

Bekas perdana menteri Najib Razak tidak setuju dengan kenyataan pendakwaan bahawa dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM4 bilion, yang dipinjam daripada Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP), telah hilang.

Najib berkata lagi, dakwaan itu masih belum dipastikan dan dia juga mahu tahu apa yang sebenarnya berlaku.

Beliau berkata demikian ketika pemeriksaan balas dengan Peguam Negara Thommy Thomas, yang merupakan pendakwa raya dalam perbicaraan SRC International terhadap Najib.

Thomas: RM4 bilion melalui dua pinjaman yang diberi KWAP kepada SRC telah hilang sepenuhnya.

Najib: Saya tak setuju kerana kita belum pastikan (established) yang dana itu di Switzerland.

Thomas: Jadi anda masih dakwa ada dana di Switzerland?

Najib: Kita perlu pastikan.

Thomas: Saya belum lagi.

Najib: Anda perlu lakukannya.

Thomas: Saya katakan kepada anda yang aset itu telah hilang.

Najib: Saya tak setuju.

Thomas: Saya katakan kepada anda yang seluruh RM4 bilion sudah disia-siakan.

Najib: Saya tak setuju. Saya mahu tahu kebenarannya.

Najib yang juga anggota parlimen Pekan juga menafikan dia cuba menutup kehilangan wang itu dengan menghalang timbalan menteri kewangan II ketika itu, Ahmad Husni Hanadzlah daripada pergi ke Switzerland pada 2015 untuk memastikan status wang tersebut.

Thomas: Anda tidak mahu Husni ke Switzerland kerana risau dia akan sedar wang sudah dicuri?

Najib: Tak benar.

Thomas: Saya katakan yang anda tak mahu penutupan itu dirosakkan oleh seorang menteri dalam kabinet anda jika dia ke Switzerland?

Najib: Tidak.

Najib menegaskan tiada keperluan untuk Husni ke Switzerland kerana delegasi 1MDB sudah pun ke sana dan berpuas hati dengan dapatan mereka.

Najib dibicara untuk tujuh pertuduhan pengubahan wang haram, pecah amanah jenayah dan salah guna kuasa melibatkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Perbicaraan berjalan di depan hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Ketika perbicaraan Ogos lalu, Husni mendakwa Najib cuba menghalangnya daripada mendapatkan semula dana SRC International di Switzerland.

Najib: Saya tak setuju kerana kita belum pastikan (established) yang dana itu di Switzerland.

Thomas: Jadi anda masih dakwa ada dana di Switzerland?

Najib: Kita perlu pastikan.

Thomas: Saya belum lagi.

Najib: Anda perlu lakukannya.

Thomas: Saya katakan kepada anda yang aset itu telah hilang.

Najib: Saya tak setuju.

Thomas: Saya katakan kepada anda yang seluruh RM4 bilion sudah disia-siakan.

Najib: Saya tak setuju. Saya mahu tahu kebenarannya.

Najib yang juga anggota parlimen Pekan juga menafikan dia cuba menutup kehilangan wang itu dengan menghalang timbalan menteri kewangan II ketika itu, Ahmad Husni Hanadzlah daripada pergi ke Switzerland pada 2015 untuk memastikan status wang tersebut.

Thomas: Anda tidak mahu Husni ke Switzerland kerana risau dia akan sedar wang sudah dicuri?

Najib: Tak benar.

Thomas: Saya katakan yang anda tak mahu penutupan itu dirosakkan oleh seorang menteri dalam kabinet anda jika dia ke Switzerland?

Najib: Tidak.

Najib menegaskan tiada keperluan untuk Husni ke Switzerland kerana delegasi 1MDB sudah pun ke sana dan berpuas hati dengan dapatan mereka.

Najib dibicara untuk tujuh pertuduhan pengubahan wang haram, pecah amanah jenayah dan salah guna kuasa melibatkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Perbicaraan berjalan di depan hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Ketika perbicaraan Ogos lalu, Husni mendakwa Najib cuba menghalangnya daripada mendapatkan semula dana SRC International di Switzerland.

606f69c5d0952805ea19970d35d58e21.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/503274

Pendakwa Asak Najib Mengenai Pinjaman SRC Walau BOD Belum Wujud

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa SRC International telah memohon pinjaman pertama pada tahun 2011 sebelum ahli lembaga pengarah (BOD) dilantik.

Perkara itu diberitahu Peguam Negara Tommy Thomas apabila dia menyoal balas bekas perdana menteri Najib Razak, yang memberi keterangan ketika membela diri dalam perbicaraan melibatkan dakwaan penyelewengan dana SRC International.

Menurut surat yang ditunjukkan di mahkamah, SRC International telah menghantar dua permohonan pinjaman kepada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) pada bulan Jun dan Julai 2011, untuk mendapatkan pinjaman masing-masing berjumlah RM3.95 bilion dan RM2 bilion.

Untuk rekod, semasa perbicaraan sebelum ini mahkamah diberitahu bahawa SRC memohon pinjaman RM2 bilion pada bulan Julai 2011 selepas KWAP menolak permintaan awal untuk mendapatkan pinjaman RM3.95 bilion.

Apabila Najib mengesahkan permohonan pinjaman itu masing-masing bertarikh pada Jun dan Julai 2011, Thomas kemudian merujuk kepada surat Najib bertarikh 1 Ogos 2011 di mana beliau melantik tujuh individu dalam lembaga pengarah SRC.

Menggunakan ini sebagai hujah, pendakwa raya mengasak Najib dengan mengatakan perkara itu bertentangan dengan keterangan awal Najib yang mendakwa semua tindakan beliau selaku pengerusi penasihat lembaga SRC telah dibuat di bawah nasihat BOD syarikat.

Thomas: Kamu setuju tujuh dokumen ini menandakan keputusan berkaitan SRC, dilakukan sebelum pengarah dilantik pada 1 Ogos 2011. Semua adalah sebelum pelantikan para pengarah. Ini adalah suatu fakta.

Najib: Pelantikan Formal. Tetapi ia mungkin dicadangkan oleh Lembaga Pengarah. Saya perlu semak perkara itu. Tetapi pelantikan rasmi adalah pada 1 Ogos.

Thomas: Kamu kata banyak kali apabila saya tanya mengenai peranan kamu sebagai pengerusi lembaga penasihat SRC, jawapan standard kamu semalam adalah bahawa semua langkah-langkah yang diambil (oleh SRC) adalah atas nasihat lembaga pengarah SRC. Kamu ingat?

Najib: Ya. Jika nasihat itu dikehendaki dari lembaga.

Thomas: Bagaimana kamu menerima nasihat sedemikian yang berhubungan dengan tujuh dokumen P356 hingga P372 apabila lembaga pengarah tidak wujud?

Najib: Ia mesti dikemukakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif ketika itu.

Thomas kemudian menunjukkan bahawa semua keputusan telah dibuat secara peribadi atas arahan beliau.

Bagaimanapun, Najib tidak bersetuju dengan cadangan itu.

Ketika prosiding hari ini, mahkamah turut mendengar daripada Najib bahawa beliau menyokong permohonan kedua SRC International untuk mendapat jaminan kerajaan bagi memperoleh RM2 bilion pinjaman lain pada tahun 2012.

Najib memberi keterangan bahawa beliau mempunyai keyakinan terhadap syarikat itu, walaupun bersetuju bahawa beliau tidak tahu ke mana perginya pinjaman RM2 bilion yang awal.

Menurut anggota Parlimen Pekan itu, beliau ada bertanya SRC apa yang berlaku kepada bahagian pinjaman pertama, dan diberitahu bahawa syarikat itu telah menetapkannya sebagai "khas untuk tujuan pelaburan".

"... Itulah yang saya diberitahu," katanya.

Ini membuatkan Thomas bertanya kepada Najib jika beliau ada bertanya SRC secara khusus mengenai keberadaan RM2 bilion yang pertama.

Thomas: Adakah ia tunai di dalam bank.

Najib: Saya tidak pasti. Tetapi saya tanya kepada mereka, tetapi mereka kata ia adalah untuk tujuan pelaburan.

Thomas: Adakah kamu bertanya kepada mereka?

Najib: Saya tak tanya kepada mereka ke mana wang itu. Mereka berkata untuk pelaburan.

Thomas kemudian mengatakan bahawa Najib telah bertindak salah dengan tidak bertanya soalan lanjutan kepada SRC tetapi berpuas hati dengan apa yang telah dilakukan dengan pinjaman pertama.

Najib bagaimanapun tidak bersetuju.

78db3854a2db87359edfa23b5cf3d350.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/503259

Jualan Bersih Rumah Agam Riza Aziz Di Beverly Hills AS$7.3J

11.12.2019 - Kuala Lumpur, Jualan interlokutori rumah agam milik Riza Aziz yang dikaitkan dengan skandal 1MDB di Beverly Hills, California mencatatkan jualan bersih AS$ 7.3 juta, menurut dokumen mahkamah yang dilihat oleh Malaysiakini.

Berdasarkan perintah mahkamah sebelum ini pada 21 Ogos, wang hasil jualan itu ditahan oleh Marsyal Perkhidmatan Amerika Syarikat sementara menunggu kes itu selesai. Wang berkenaan menjadi subjek kepada saman pelucuthakan sivil terhadap rumah agam itu.

Dalam saman yang dimulakan pada tahun 2017, Jabatan Keadilan Amerika (DOJ) Syarikat mendakwa ahli perniagaan, Jho Low menyalurkan lebih AS$ 368 juta kepada Riza yang juga anak tiri kepada bekas perdana menteri, Najib Razak.

Daripada jumlah itu, sebanyak AS$ 16,697,190 dikatakan dibelanjakan untuk memperoleh rumah yang terletak di North Hillcrest Road itu.

DOJ memohon pelucuthakan harta itu sebagai sebahagian daripada usaha mendapatkan kembali wang yang disalahgunakan daripada 1MDB.

Riza bagaimanapun mencabar saman berkenaan.

Bagaimanapun, kedua-dua pihak bersetuju untuk jualan interlokutori bagi hartanah berkenaan dan beberapa yang lain, dengan menyebut mengenai kos yang ditanggung bagi mengekalkan hartanah berkenaan dan cukai yang dikenakan.

Mahkamah Daerah California Pusat mengarahkan hasil jualan itu digunakan untuk membayar cukai hartanah tertunggak, yuran pengurusan, baki pinjaman pembinaan, dan bayaran lain.

Kemudian, wang itu akan membiayai kos jualan dan perbelanjaan berkaitan. Baki wang yang tinggal akan disalur ke Marshall Perkhidmatan AS untuk disimpan dengan selamat.

Marshall Perkhidmatan Amerika Syarikat mengesahkan menerima AS$ 7,318,134.70 berhubung jualan berkenaan pada 13 Nov.

Resit difailkan di mahkamah California pada 25 Nov, tetapi hanya dimasukkan dalam rekod semalam.

c0c3e3e6ad86fa81933897e6eb5f4bd0.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/503272

AmBank Kata Akan Lawan Habis - Habisan Saman Najib

11.12.2019 - Kuala Lumpur, Kumpulan AmBank berkata akan melawan habis-habisan saman oleh bekas perdana menteri Najib Razak terhadap syarikat tersebut.

Ini selepas didedahkan semalam bahawa Najib memfailkan saman terhadap AmBank dan bekas pengurus perhubungannya, Joanna Yu kerana menerima arahan daripada ahli perniagaan yang dikaitkan dengan skandal 1MDB, Jho Low serta mendedahkan maklumat perbankan kepadanya.

Kumpulan AmBank berkata firma itu dan anak syarikat milik penuhnya AmBank Islamic Bhd menerima writ saman Najib pada 9 Disember.

"Kedua-dua AMMB dan AmBank Islam telah melantik peguam untuk melawan saman itu dan telah dinasihatkan oleh peguam bahawa tuduhan itu tidak mampan (not sustainable) dan AmBank Islamic serta syarikat itu mempunyai pembelaan yang kuat.

"AMMB dan AmBank Islamic akan melawan habis-habisan tindakan itu," katanya dalam satu kenyataan bersama Bursa Malaysia semalam.

Low, yang lebih dikenali sebagai Jho Low, dipercayai menjadi dalang kepada penyelewengan dana 1MDB dan bekas anak syarikatnya SRC International Sdn Bhd, yang sebahagiannya disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Najib.

Najib, yang kini sedang menghadapi perbicaraan kes penyelewengan, kekal dengan pendiriannya bahawa wang tersebut merupakan “derma” dari keluarga diraja Arab Saudi, yang dikendalikan Jho Low.

Bagaimanapun, semasa perbicaraannya, Najib telah berkali-kali memberitahu bahawa beliau tidak mengarahkan AmBank menerima arahan daripada Jho Low mengenai perkara yang berkaitan dengan akaun banknya.

Bekas perdana menteri menuntut ganti rugi daripada AmBank dan Yu kerana didakwa bertindak demikian yang melanggar Akta Perkhidmatan Kewangan serta Akta Bank dan Institusi- Institusi Kewangan 1989 (Bafia).

Najib kini menghadapi tujuh tuduhan penyalahgunaan kuasa, pecah amanah jenayah, dan pengubahan wang berkaitan dakwaan penyelewengan RM42 juta dana SRC International.

Wang itu didakwa diselewengkan daripada syarikat itu, sebelum berakhir di tiga akaun bank Najib dengan Ambank antara penghujung 2014 dan awal 2015.

Beliau juga menghadapi 25 tuduhan pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kuasa melibatkan dana 1MDB sebanyak RM2.28 bilion.

aa90a6a1182fd3d8864c7eb2c863ebda.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/503248

Najib Saman Ambank, Joanna Yu Kerana Terima Arahan Jho Low

11.12.2019 - Kuala Lumpur, Bekas perdana menteri Najib Razak menyaman Ambank dan bekas pengurus hubungannya, Joanna Yu kerana menerima arahan daripada ahli perniagaan yang dikaitkan dengan skandal 1MDB, Jho Low serta mendedahkan maklumat perbankan kepadanya.

Najib yang kini menghadapi perbicaraan jenayah berkaitan tiga akaun dengan bank berkenaan, menuntut ganti rugi dari Ambank dan Yu kerana didakwa melakukan perbuatan itu, yang melanggar Akta Perkhidmatan Kewangan (FSA) dan Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (Bafia).

Menurut peguamnya, Muhammad Farhan Shafee, Yu mengambil arahan daripada Low dengan menghalang amaran 'red flags' terhadap akaunnya dikeluarkan dan menghalang ahli politik berkenaan daripada dimaklumkan mengenai perkara itu serta mengambil tindakan.

"Saman itu adalah mengenai pelanggaran tanggungjawab oleh bank dan Yu kerana bertindak di luar skop amalan standard perbankan dengan mengambil arahan dan mendedahkan maklumat mengenai akaun kepada orang yang tidak dibenarkan seperti Jho Low

"Daripada perbualan Blacberry Mesengger yang kami lihat semasa perbicaraan SRC International, beberapa arahan diambil dari Jho Low menyebabkan Bank Negara Malaysia tidak mengeluarkan amaran 'red flags' anti pengubahan wang haram.

"Dato Seri Najib sepatutnya segera dimaklumkan mengenai status akaun dan campur tangan ini. Sebaliknya dia dibiarkan dalam kegelapan," kata Farhan ketika dihubungi hari ini.

Dalam saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin lalu, Najib menamakan tiga defendan - AMMB Holdings Bhd, Ambank Islamic Bhd, dan Yu.

Najib kini menghadapi tujuh tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah, dan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan RM42 juta dana SRC International.

Wang yang didakwa disalahgunakan dari syarikat itu dimasukkan ke tiga akaun bank Najib di Ambank antara penghujung 2014 dan awal 2015.

Semasa di peringkat pendakwaan, Yu memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan, di mana dia memberitahu mahkamah mengenai komunikasi beliau dengan Low pada perkara yang berkaitan dengan akaun bank Najib.

Ini didakwa termasuk mengambil arahan daripada ahli perniagaan berkenaan walaupun Low bukan individu yang diberi kuasa untuk berbuat demikian.

dfec607cf0e2ec938a0d4924b348f52e.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/503159

Najib Tak Setuju Kenyataan "SRC Syarikat Perdana Menteri"

11.12.2019 - Kuala Lumpur, Peguam Negara, Tommy Thomas, akan meneruskan pemeriksaan balas terhadap Najib Razak pada hari ke-63 perbicaraan kes bekas perdana menteri yang dituduh menyelewengkan RM42 juta dana SRC International hari ini.

Hari ini adalah hari kedua Najib yang juga bekas menteri kewangan tertakluk kepada pemeriksaan balas.

Najib tak setuju kenyataan 'SRC syarikat perdana menteri'

9.45 pagi
- Bekas perdana menteri Najib Razak tidak bersetuju dengan kenyataan Peguam Negara Tommy Thomas bahawa SRC International adalah "syarikat perdana menteri."

Tertuduh membuat penafian ini semasa pemeriksaan balas, apabila Thomas merujuk kepada keterangan terdahulu oleh saksi pendakwaan ke-41, timbalan setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan pada ketika kes itu, Afidah Azwa Abdul Aziz (gambar, bawah).

91e16b919526e218cf7db6cd74a777bb.jpg

Thomas memaklumkan kepada Najib bahawa Afidah memberi keterangan SRC Internatioal adalah syarikat perdana menteri.

Thomas: Dia memberi keterangan setakat yang diketahuinya, SRC adalah syarikat perdana menteri.

Najib: Saya tidak setuju dengan itu.

Thomas: Itulah bagaimana dia dan rakan-rakan setugasnya melihat SRC.

Najib: Ia tidak ada kena-mengena dengan saya memiliki syarikat itu.

Thomas: Kamu tidak bersetuju dengan pencirian (characterisation) yang diberikan oleh salah seorang kakitangan kamu bahawa SRC adalah syarikat perdana menteri?

Najib: Tak setuju.

Keputusan SRC dibuat sebelum lantikan lembaga pengarah - AG

9.40 pagi
- Prosiding bermula pagi ini dengan peguam Tommy Thomas meminta Najib Razak mengenai nota tulisan tangannya pada empat surat.

Thomas kemudian meminta bekas perdana menteri untuk mengesahkan butiran mengenai dokumen rasmi yang berkaitan dengan SRC International.

328ab7eacc48d88c51338724601c0ba0.jpeg

Ini termasuk surat pelantikan tujuh pengarah SRC International bertarikh 1 Ogos 2011; Memorandum dan Artikel Persatuan syarikat bertarikh 4 Jan 2011; serta surat dan e-mel pada bulan Jun dan Julai 2011 yang mendokumenkan dua permohonan SRC untuk meminjam daripada Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP).

Menjawab soalan ini, Najib mengesahkan tarikh dokumen berkenaan.

Sebaik sahaja ini berlaku, Thomas kemudian mengatakan kepada Najib mengenai fakta bahawa SRC International telah membuat keputusan untuk memohon pinjaman daripada KWAP pada bulan Jun dan Julai, manakala ahli lembaga pengarahnya hanya dilantik pada bulan Ogos pada tahun itu.

Thomas: Kamu akan setuju bahawa tujuh dokumen ini menandakan keputusan yang berkaitan dengan SRC, telah dilakukan sebelum lembaga pengarah dilantik pada 1 Ogos 2011. Semua dibuat sebelum pelantikan para pengarah. Itulah faktanya.

Najib: Pelantikan rasmi. Tetapi mereka mungkin telah dicadangkan oleh lembaga pengarah. Saya perlu menyemaknya. Tetapi pelantikan rasmi pada 1 Ogos.

Thomas: Kamu banyak kali berkata apabila saya menyebut tentang peranan kamu sebagai ketua lembaga penasihat SRC, jawapan standard kamu semalam adalah semua langkah yang diambil (oleh SRC) adalah atas nasihat lembaga penasihat SRC. Kamu ingat itu?

Najib: Ya. Jika nasihat itu didapatkan oleh lembaga.

Thomas: Bagaimana kamu boleh menerima nasihat sedemikian yang berkaitan dengan tujuh dokumen ini (ditandakan sebagai P356 ke P372) apabila lembaga pengarah masih belum wujud lagi?

Najib: Ia tentulah dikemukakan oleh CEO pada masa itu.

Thomas kemudian berkata kepada Najib, mencadangkan bahawa semua keputusan telah dibuat atas arahannya secara peribadi.

Walau bagaimanapun, Najib tidak bersetuju dengan cadangan itu.

9.23 pagi - Najib Razak masuk ke kandang saksi dan prosiding bermula apabila Peguam Negara Tommy Thomas menyambung semula pemeriksaan balas terhadap bekas perdana menteri.

Juga dilihat di Mahkamah Tinggi ialah peguam bela utama tertuduh Muhammad Shafee Abdullah.

9.04 pagi - Tertuduh Najib Razak memasuki Mahkamah Tinggi dan mengambil tempat duduk di barisan depan galeri awam sementara menunggu prosiding bermula.

Juga dilihat di mahkamah ialah Peguam Negara Tommy Thomas dan DPP lain, serta anggota pasukan pembelaan mantan perdana menteri.

Juga dilihat duduk dan bercakap dengan Najib ialah MP Pontian Ahmad Maslan dan anggota Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam.

Semalam, Peguam Negara Tommy Thomas memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau menjangkakan akan dapat menyelesaikan soalan terhadap Najib yang juga bekas penasihat emeritus SRC International dalam pendengaran hari ini.

Pasukan pendakwa yang diketuai Thomas itu mula menyoal tertuduh semalam. Ini selepas pasukan peguam bela yang diketuai Muhammad Shafee Abdullah telah menyelesaikan pemeriksaan utama terhadap Najib.

Pemeriksaan balas semalam menyaksikan pertikaman lidah antara Thomas dan Najib, dalam isu-isu seperti kuasa dan pengaruh Najib dalam proses membuat keputusan yang menyaksikan Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) meminjamkan RM4 bilion kepada SRC International antara penghujung tahun 2011 dan awal tahun 2012.

Perbicaraan semalam juga menyaksikan Najib memberi keterangan bahawa beliau membenarkan isterinya Rosmah Mansor memilih hadiah ulang tahunnya berupa jam mewah berharga AS$130,625 (RM466,330.11) dan dibeli melalui kad kredit.

Ini berpunca daripada rasa bersalah Najib yang secara tiba-tiba terpaksa bergegas pulang ke tanah air dan memendekkan percutian bersama keluarganya di Hawaii demi menangani keadaan banjir di Pantai Timur Malaysia pada bulan Disember 2014.

Ringkasan kes Najib berhubung dana SRC RM42 juta
Najib Razak berdepan 7 tuduhan berkaitan dana RM42 juta melibatkan SRC International, bekas anak syarikat 1MDB
  • 1 tuduhan salah guna kuasa
    • Najib dituduh menerima RM42 juta sebagai balasan terhadap jaminan kerajaan kepada pinjaman SRC daripada KWAP
    • Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009
    • Hukuman: Penjara maksimum 20 tahun dan denda 5 kali ganda nilai rasuah, atau RM10,000 tertakluk mana yang lebih tinggi
  • 3 tuduhan pecah amanah
    • Tuduhan Pertama: Melibatkan RM27 juta
    • Tuduhan Kedua: Melibatkan RM5 juta
    • Tuduhan Ketiga: Melibatkan RM10 juta
    • Section 409 of the Penal Code
    • Hukuman: Penjara antara 2-20 tahun dan/atau denda
  • 3 tuduhan pengubahan wang haram
    • Memasukkan RM42 juta ke akaun bank peribadi
    • Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001
    • Hukuman: Penjara sehingga 15 tahun dan denda RM5 juta sehingga lima kali ganda bagi setiap pertuduhan

CEO 1MDB Dilarang Keluar Negara

16.05.2018 - Putrajaya, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Arul Kanda Kandasamy turut dilarang ke luar negara.

Keputusan itu diperoleh setelah Malaysiakini menyemak kad pengenalan Arul Kanda, yang diperoleh dari pemfailan di mahkamah, di pangkalan data imigresen.

"Sila rujuk ke pejabat imigresen terdekat,” menurut status semakan itu.

Jika tiada halangan, status akan menunjukkan "Tiada halangan".

Tidak seperti CEO sebelum ini, Arul Kanda aktif menjawab dakwaan-dakwaan salah laku terhadap 1MDB.

Dana itu didakwa disalah guna oleh perdana menteri sebelum ini Datuk Seri Najib Razak. Najib bagaimanapun menafikannya.

Beliau bagaimanapun terpaksa membayar harga yang mahal apabila ditelan “tsunami” Pakatan Harapan yang merampas Putrajaya dan hampir semua kerajaan negeri.

Pentadbiran baru yang sekali lagi diketuai Tun Dr Maharhir Mohamad, bekas perdana menteri keempat, turut menyekat beberapa lagi pihak yang didakwa cuba menutup skandal 1MDB daripada ke luar negara.

Ini termasuk Najib sendiri.

e6ec151120b46eaf0d00a9ba83bcfe6d.jpeg


d9688efc968ccdad1fb635eb3dd56965.jpeg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/425212

Saya Tahu Jho Low Di Mana, Tun M

Perdana menteri dedahkan pihak berkuasa "secara amnya" tahu di mana keberadaan ahli perniagaan Jho Low.

Bagaimanapun, beliau berkata permohonan ekstradisi daripada Malaysia masih belum dibuat.

"Bukan kerja saya pergi menangkap orang" kata beliau.

54183eaf8b17eeb4e7a9ae2eccb812be.jpeg


Source https://www.malaysiakini.com/news/424819

Selain 1MDB, Siasat Razak Baginda

14.05.2018 - Kuala Lumpur, Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata di saat kerajaan baru memberi tumpuan kepada kes 1MDB, ia juga perlu menyiasat kes kapal selam Scorpene dan penganalisis politik Abdul Razak Baginda.

Beliau berkata, kes itu juga melibatkan dakwaan penyelewengan wang kerajaan yang masih belum ditebus kembali.

"Saya memikirkan rasuah besar yang diperolehi dalam urus niaga Scorpene. Wang itu diperolehi melalui tindakan jenayah dan oleh itu perlu didapatkan kembali.

"Sama seperti Jho Low yang dikaitkan dengan 1MDB, Abdul Razak Baginda juga mempunyai hubungan yang sama dalam urus niaga Scorpene," katanya kepada Malaysiakini dan FMT.

Justeru, katanya lagi, Abdul Razak Baginda perlu disoal siasat berhubung keadaan dan di mana dana itu pada masa ini.

94741824ea17088c01bcadb4732f1c25.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/424711

ada pdf pakat share lah.

harap laporan tu released punlic la.. boleh baca

kertas siasatan DOJ
- https://www.justice.gov/opa/press-release/file/973671/download
- https://assets.documentcloud.org/documents/3866723/1MDB-Justice-Dept-Complaint-June-16-2017.pdf

dalam negera bawah akta rahsia rasmi, tapi ada cebisan2 The Sarawak Reports kat internet, cuba google ..

6484a2f916dbd6db0c4139e1e14e8dc8.jpg


800998a7e5d3cde9c33e3045507ac386.jpg



contoh;

Aorwa1_sjsAEDLp0WDA5wswu9cuACyDWNs8MNArqkrSp.jpg


Sarawak%2BReport1.jpg


najib-menceritakan-mengenai-pembelian-itu-sebagai-perjudian-pasti-menang-untuk-menjanakan-berjuta-juta-ringgit-para-penilai-risi.png


ra2.jpg

Beli Jam Tangan Mewah Untuk Rosmah Demi Tebus Rasa Bersalah

10.12.2019 - Kuala Lumpur, Jam tangan mewah bernilai RM466,330 yang dibeli Najib Razak di Honolulu, Amerika Syarikat sebagai hadiah ulang tahun kelahiran Rosmah Mansor dipilih sendiri oleh isteri bekas perdana menteri itu.

Najib, 66, memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, pembelian jam tangan berkenaan bertujuan menebus rasa bersalah memandangkan percutian bersama keluarga terpaksa ditangguh dan kebetulan ulang tahun kelahiran isterinya ialah pada bulan berkenaan.

Beliau berkata demikian semasa memberi keterangan membela diri terhadap tujuh pertuduhan berkaitan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd (SRC).

Peguam Muhammad Shafee Abdullah menjalankan pemeriksaan utama ke atas tertuduh.

Najib berkata jam itu dibeli pada 22 Dis 2014 itu disebabkan beliau perlu pulang segera ke Malaysia selepas Kelantan dilanda banjir teruk.

Menurut Najib, setiap tahun percutian bersama keluarganya mengambil masa antara 10 hari hingga dua minggu, namun pada 2014 percutian terpaksa dipendekkan susulan mendapat berita banjir luar biasa di Kelantan.

"Keluarga saya begitu sedih bahawa saya terpaksa tinggalkan mereka dan balik ke Malaysia serta-merta padahal percutian hujung tahun itu ialah bagi meraikan ulang tahun isteri.

"Saya kemudian mengambil keputusan untuk membeli sesuatu yang dipilih isteri," katanya.

Pada 11 Nov lepas, Najib diperintah membela diri terhadap tiga tuduhan pecah amanah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kedudukan berkaitan dengan dana SRC setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap bekas perdana menteri itu.

Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

839d73280ec4582e3bda3104371ce6ca.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/503074

Saya Tak Sembunyikan Apa - Apa

Perbicaraan jenayah terhadap bekas perdana menteri Najib Razak melibatkan dakwaan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd memasuki hari ke-60 di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur.

9.22 pagi: Bekas Perdana Menteri Najib Razak menafikan beliau menyembunyikan pemindahan dana SRC International kepada Menteri Kewangan Diperbadankan (Mof Inc) daripada menteri kewangan kedua Ahmad Husni Hanadzlah.

Najib selaku tertuduh memberikan keterangan demikian ketika membacakan keterangan saksinya.

"Apa yang dia (Husni) sebut dalam mahkamah adalah dalam hal implikasi D524 (Memo yang dikaitkan dengan pemindahan SRC International dari 1MDB) yang sengaja disembunyikan daripadanya oleh saya.

Saya boleh kata dengan yakin bahawa ia tidak disembunyikan dan saya tidak pernah mengarahkan sesiapa sahaja untuk menyembunyikan daripadanya.

"Ia bergantung kepada (ketika itu Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan) Mat Noor Nawi untuk memberitahu dia terlebih dahulu mengikut protokol," kata Najib.

Prosiding bermula, Najib memasuki kandang saksi

9.14 pagi:
Najib Razak memasuki kandang saksi apabila prosiding bermula.

Bekas perdana menteri mengangkat sumpah sebelum menyambung semula kenyataan saksi semasa pemeriksaan utama yang dilakukan oleh peguam bela, Wan Aizuddin Wan Mohammed.

Najib memasuki mahkamah, duduk di barisan depan galeri awam

8.58 pagi:
Tertuduh Najib Razak memasuki Mahkamah Tinggi dan mengambil tempat duduk di barisan depan galeri awam sambil menunggu prosiding bermula.

Juga dilihat di mahkamah ialah Peguam Negara Tommy Thomas dan ahli-ahli pasukan pendakwaan yang lain, serta anggota pasukan pembelaan bekas perdana menteri.

3e61819c482ee1cedc68c1b22b73c582.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/502316

Najib Dakwa Tidak Terlibat Dengan Penubuhan SRC

03.12.2019 - Kuala Lumpur, Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa beliau tidak terlibat dengan penubuhan SRC International Sdn Bhd (SRC).

Katanya, penubuhan syarikat itu berada di dalam skop Unit Perancang Ekonomi (EPU).

“Saya percaya bahawa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah melaporkan kepada EPU mengenai penubuhan SRC.

“Bagaimanapun, saya hanya menyedari penubuhan syarikat itu kemudiannya,” katanya kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Menurut Najib, pada Ogos 2010 beliau menerima surat daripada 1MDB memaklumkan mengenai cadangan pembentukan syarikat berkenaan.

Satu perbincangan turut diadakan antara Najib dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB ketika itu, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi berkenaan perkara tersebut.
“Saya percaya bahawa Shahrol telah menyediakan sesalinan draf surat ini pada masa itu.

“1MDB di dalam surat tersebut telah merangkakan rasional cadangan pembentukan tersebut sebagai satu panduan untuk melaksanakan pelaburan-pelaburan dalam sumber tenaga yang strategik,” katanya.

Najib turut mengakui idea penubuhan SRC adalah bertepatan dengan Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10).

Katanya, ketika itu, kerajaan mengambil kira faktor pertambahan keperluan bagi sumber tenaga semula jadi seperti arang batu dan minyak serta gas bagi menjayakan pembangunan inisiatif tersebut.

Justeru, jelas Najib, beliau telah mengarahkan EPU untuk mengkaji cadangan tersebut, di mana menteri yang bertanggungjawab ketika itu adalah Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

“Hal ini kerana skop penubuhan SRC iadalah suatu inisiatif yang julung kali dijalankan,” ujarnya.

Satu memo telah dikeluarkan dan diedarkan oleh EPU pada Oktober 2010 mengenai cadangan untuk meluluskan penubuhan SRC.

Najib kemudian memaklumkan penubuhan SRC telah diluluskan oleh Nor Mohamed Yakcop dalam satu surat bertarikh 3 Jun 2011.

71575335231_TBNAJIBMDB.jpg


Berita asalhttp://www.astroawani.com/berita-malaysia/najib-dakwa-tidak-terlibat-dengan-penubuhan-src-224380

Tiada Agenda Politik Di Sebalik Laporan Audit 1MDB - Ambrin

03.12.2019 - Kuala Lumpur, Bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang menegaskan beliau tidak mempunyai agenda politik di sebalik laporan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang disediakan Jabatan Audit Negara (JAN) pada 2016, Mahkamah Tinggi diberitahu pada Khamis.

Saksi berusia 70 tahun itu berkata beliau hanya khuatir untuk membentangkan dapatan JAN kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
"Laporan itu telah pun dicetak. Kami semua telah bersedia untuk mempertahankan laporan kami kepada PAC...Kenapa saya harus mempunyai agenda politik?" katanya.

Saksi pendakwaan keenam itu berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh ketua pendakwaan Datuk Seri Gopal Sri Ram pada hari keenam perbicaraan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Arul Kanda Kandasamy berhubung pindaan terhadap Laporan Akhir Pengauditan 1MDB.

Sri Ram: Jadi, anda hanya Ketua Audit Negara yang menjalankan tugas anda?

Ambrin: Benar.

Sri Ram: Siapa yang melantik anda? Adakah pelantikan anda mengikut perlembagaan? Anda bukan penjawat awam?

Ambrim: Saya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

Sri Ram: Adakah anda menganggap anda memenuhi tanggungjawab itu?

Ambrin: Iya, saya lakukan.

Terdahulu Ambrin ditanya mengenai mesyuarat penyelarasan yang diadakan pada 24 Feb 2016 untuk membincangkan pindaan kepada laporan 1MDB berikutan arahan daripada Najib.

Najib diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, manakala Arul Kanda diwakili peguam Datuk N. Sivananthan.

Najib didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan pada Laporan Akhir Pengauditan 1MDB sebelum ia dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk mengelakkan sebarang tindakan terhadapnya manakala Arul Kanda dituduh bersubahat dengan Najib berhubung kesalahan sama.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya antara 22 dan 26 Feb 2016.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung 9 Jan depan.

41574955913_TBAMBRINBUANGx.jpg


Berita asal http://www.astroawani.com/berita-ma...k-di-sebalik-laporan-audit-1mdb-ambrin-224012

Najib Tidak Sedar Rancangan SRC Buat Pinjaman KWAP

03.12.2019 - Kuala Lumpur, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak menyedari rancangan SRC International Sdn Bhd (SRC) untuk memohon pinjaman RM3.95 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP).

Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri itu tidak menolak kemungkinan bahawa beliau telah dimaklumkan mengenai perkara itu sebelum menerima sepucuk surat daripada SRC pada 3 Jun 2011.

Katanya, pertemuan telah dibuat sama ada dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Shahrol Azral atau Nik Faisal Ariff Kamil dalam tempoh penubuhan SRC sehingga 3 Jun 2011.

Pertemuan tersebut, kata Najib, bagi membincangkan beberapa inisiatif daripada penubuhan SRC.
Namun, Ahli Parlimen Pekan itu tidak mengingati secara khusus inisiatif yang dicadangkan, sebaliknya, yakin ia cukup substantif sehingga beliau memberikan sokongan.

Najib berkata demikian ketika ditanya oleh peguambela, Wan Aizuddin Wan Mohammed.

Dalam masa sama, Najib turut memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan KWAP meluluskan permohonan pinjaman SRC pada 2010 dan 2011.

Sebelum ini, SRC didakwa menerima pinjaman sebanyak RM4 bilion dari KWAP antara 2011 dan 2012.

51575360949_Najib.jpg


Berita asal http://www.astroawani.com/berita-malaysia/najib-tidak-sedar-rancangan-src-buat-pinjaman-kwap-224376

Najib Mohon Mahkamah Tidak Baca Nombor Kad Pengenalan

03.12.2019 - Kuala Lumpur, Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memohon kepada mahkamah untuk tidak membaca nombor kad pengenalan bagi 'tujuan keselamatan'.

Permohonan tersebut dibuat ketika Ahli Parlimen Pekan itu memasuki kandang saksi dan sebelum membaca kenyataan bertulis kira-kira pukul 10.40 pagi.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membenarkan permohonan tersebut sebelum sesi pembelaan diteruskan tanpa menyebut nombor kad pengenalan Najib.

Dalam pada itu, Ketua Pasukan Pembelaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan Najib akan menjawab 317 soalan sepanjang sesi keterangan saksi.
Kesemua keterangan saksi akan dijawab dalam bahasa Malaysia, namun pasukan pendakwaan dibenarkan untuk membuat pemeriksaan balas dalam bahasa Inggeris.

51569384066_TBMDB.jpg


Berita asal http://www.astroawani.com/berita-ma...tidak-membacakan-nombor-kad-pengenalan-224355

Catat "Bersetuju" Di Surat Permohonan Pinjaman SRC Bukan Arahan, Tak Muktamad - Najib

03.12.2019 - Kuala Lumpur, Bekas perdana menteri Najib Razak hari ini berkata catatan "bersetuju" olehnya dalam surat SRC International berkenaan permohonan pinjaman pada 2011 tidak bermaksud sebagai satu arahan.

Memberi keterangan dalam perbicaraan jenayahnya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, Najib berkata beliau tiada kuasa untuk memberi arahan kepada CEO Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) ketika itu, Azian Mohd Noh, untuk meluluskan permohonan pinjaman berjumlah RM3.95 bilion tersebut.

"Tidak sama sekali. Sebagai menteri kewangan, saya sememangnya tiada kuasa untuk mengarahkan KWAP untuk meluluskan apa-apa pinjaman seperti itu.

"Kuasa tersebut terletak di bawah panel pelaburan seperti yang dinyatakan dalam Akta Kumpulan Wang Persaraan 2007 yang memperuntukkan bahawa panel pelaburan mempunyai kuasa mutlak untuk memutuskan perkara-perkara yang dibawa ke hadapannya.

"Malah Azian sendiri tiada kuasa untuk meluluskan pinjaman-pinjaman bagi pihak KWAP. Sebagai CEO KWAP, beliau hanyalah seorang ahli ‘ex-officio’ panel pelaburan yang tidak mempunyai kuasa untuk mengundi," kata Najib.

Hari ini merupakan hari pertama bekas presiden Umno itu memberi keterangan selepas mahkamah mengarahkannya membela diri terhadap tujuh pertuduhan jenayah berkaitan dana SRC.

Dalam perbicaraan sebelum ini, Azian dalam keterangannya berkata seorang pembantu kepada perdana menteri dan menteri kewangan ketika itu (Najib) telah menyerahkan surat permohonan pinjaman SRC kepadanya pada Jun 2011.

Menurut keterangannya, surat bertarikh 3 Jun 2011 itu ditandatangani pengarah SRC International Nik Faisal Ariff Kamil dan turut mengandungi nota bertulisan tangan oleh Najib yang menyatakan "Bersetuju dengan cadangan ini".

Beliau berkata walaupun tiada kewajipan undang-undang untuknya meluluskan permohonan itu, nota Najib itu memberi pengaruh pada tahap tertentu pada permohonan tersebut.

"Dia bos sebenar (ultimate boss) saya, jadi saya tak nafi ada pengaruh pada tahap tertentu," katanya pada 10 Jun lalu.

Bagaimanapun Najib hari ini berkata nota seperti itu tidak bermaksud muktamad.

Beliau mendakwa ada ketikanya pegawai kerajaan tidak setuju dengan keputusannya.

"Terdapat keadaan-keadaan di mana saya telah memberi persetujuan atau telah mencatit 'bersetuju' dan kemudian pegawai-pegawai tidak menyokong dan telah merayu kepada saya maka saya boleh menukar keputusan saya.

"Justeru perkataan 'bersetuju' bukanlah bermaksud muktamad dan tidak boleh diubah. Ia tertakluk kepada proses penelitian oleh para pegawai yang ada kala memberi pendapat yang berbeza. Oleh it perkataan ‘bersetuju’ bukanlah bermakna persetujuan carte blanche (berkuasa penuh).

"Ianya tidak menghalang pendapat-penadapat yang berbeza untuk diutara dan dipertimbangkan," katanya lagi.


Najib pertikai bukti oleh bekas pengerusi SRC

Sementara itu Najib turut mempertikai dokumen SRC Inernational yang diserahkan sebagai bukti pendakwaan menerusi keterangan bekas pengerusi syarikat itu, Ismee Ismail.

Najib mendakwa beliau tidak pernah melihat tiga set minit Mesyuarat Agung Tergempar (EGM) dan Resolusi Pemegang Hak Hak Khas sebelum ini.

"Saya faham bahawa tiada salinan asal yang telah diberikan kepada mahkamah. Saya mendapati bahawa terdapat dokumen di mana tandatangan saya telah dimanipulasi dan dipalsukan.

"Melihat kepada kandungan dokumen ini, saya tidak percaya bahawa ini adalah dokumen yang pernah saya lihat atau ditandatangani bagi pihak MKD (Menteri Kewangan Diperbadankan).

"Perkara-perkara yang digariskan di dalamnya adalah perkara-perkara operasi yang merupakan sebahagian daripada tanggungjawab dan budi bicara lembaga pengarah. Ia bukanlah kebiasaan saya untuk menandatangani dokumen-dokumen seperti ini bagi pihak MKD tanpa sebarang resolusi terlebih dahulu daripada lembaga pengarah dan juga cadangan bahagian MKD mengenainya," katanya.

Najib juga menyuarakan kejutannya berkenaan keterangan Ismee yang mendakwa beliau menggunakan dokumen tersebut untuk menentukan keputusan lembaga pengarah SRC International.

"Saya terkejut mendengar keterangan Ismee yang mana pandangan beliau bertentangan dengan pengalamannya dalam beberapa GLC.

"Saya pastinya tidak menandatangani mana-mana dokumen yang mengarahkan lembaga pengarah mengenai hal-hal yang mereka harus selesaikan terlebih dahulu demi kepentingan syarikat," katanya lagi.

68f066c6db53ab17f4c7767ca2ac1e60.jpg


f21ad857f4934c34387a08f1002a2533.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/502288

Najib Mangsa Tipu Jho Low, 4 Lelaki Arab - Pembelaan

03.12.2019 - Kuala Lumpur, Najib Razak merupakan mangsa kepada ahli perniagaan Low Taek Jho, empat lelaki misteri Arab, kata pasukan pembelaan bekas perdana menteri hari ini.

Peguam belas utama Muhammad Shafee Abdullah berkata Low yang dikenali sebagai Jho Low ialah "ketua kumpulan" untuk rancangan itu dan berkonspirasi membuatkan Najib, ketika itu menteri kewangan dan perdana menteri tidak tahu menahu mengenai perkara tersebut.

Shafee juga mendakwa keseluruhan pihak pengurusan SRC International dan 1MDB "dibayar" oleh Low yang kini dalam buruan.

Katanya, hal ini berlaku walaupun Najib berkhidmat sebagai penasihat SRC, pemegang saham tunggal dalam SRC juga 1MDB.

Shafee berkata kepada pemberita bahawa anak guamnya ialah mangsa skandal kewangan yang melanda dua syarikat itu.

Beliau bercakap kepada pemberita di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di mana Najib tampil pada hari ini untuk membela dirinya dalam perbicaraan jenayah melibatkan dana RM42 juta SRC International, syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan - yang juga bekas anak syarikat 1MDB.

"Inti pembelaan saya, rancangan keseluruhannya dibuat oleh Jho Low, bersama empat Arab, dua dari Arab Saudi dan dua lagi dari Abu Dhabi.

"Dan seluruh pengurusan 1MDB dan SRC semuanya telah dibayar oleh Jho Low, (mereka) semua makan dari tapak tangan Jho Low," katanya semasa sidang akhbar hari ini.

Bagaimanapun, Shafee tidak mendedahkan identiti empat orang Arab yang dikatakan itu.

Beliau mempersoalkan kegagalan pihak berkuasa dalam mengesan Low yang menjadi buruan, yang dikehendaki di Malaysia dan beberapa negara lain berhubung skandal 1MDB, walaupun mendapat jaminan positif oleh Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador untuk menangkap Low.

"Saya tidak nampak bayangan Jho Low. Jadi apa sudah jadi? Adakah mereka sengaja menyembunyikan Jho Low dari kami? Kerana jika dia (Low) muncul hari ini di mahkamah ini dan ditangkap, pembelaan anak guam saya 100 peratus lebih baik," katanya.

Dalam pernyataan pembukaan pembelaannya di mahkamah hari ini, Shafee mengkritik keputusan pendakwa untuk menahan kenyataan saksi Low daripada sesi soal siat oleh SPRM tahun lalu.

Mahkamah tinggi pada 15 Nov telah menafikan permohonan Najib untuk meminta pihak pendakwaan menyerahkan kenyataan saksi yang ditemuramah oleh SPRM dan polis tetapi tidak pernah memberi keterangan semasa peringkat perbicaraan oleh pendakwaan. Ini termasuklah kenyataan Low.

Semasa sidang akhbar itu, Shafee terus menunjukkan kesaksian bekas pengurus perhubungan AmBank, Joanna Yu Ging Ping, yang memberi keterangan bahawa Low telah mengarahkannya untuk menyembunyikan butiran akaun Najib daripada perdana menteri itu.

Beliau mempersoalkan jika Najib bukan sebahagian daripada konspirasi, "mengapa Jho Low berminat untuk memastikan Najib tidak melihat penyata akaunnya?

"Ini satu soalan mudah yang perlu kamu tanya sendiri. Oleh itu, Najib bukan sebahagian daripada konspirasi. Najib ialah mangsa, sama seperti mangsa lain di dalam 1MDB dan SRC. "

Yu, saksi pendakwaan, memberi keterangan pada bulan Julai bahawa Low telah menegaskan kepadanya bahaya penyata bank daripada akaun Najib di AmBank tidak boleh dihantar ke rumahnya di Taman Duta di Kuala Lumpur.

Yu juga mendakwa telah diarahkan oleh Low dan bekas ketua pegawai eksekutif SRC Antarabangsa Nik Faisal Ariff Kamil untuk tidak mendedahkan nama Najib apabila dana dimasukkan ke dalam akaunnya.

Sepanjang sidang akhbar, Shafee terus mengekalkan bahawa kakitangan peringkat pengurusan lain di kedua-dua syarikat itu mengetahui rancangan Low.

Beliau mendakwa CEO 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi tidak "diperdaya" (misled) oleh Low tetapi "terbabit" dalam konspirasi yang dikatakan menjadikan Najib mangsa itu.

"Low telah memperdayakan ramai orang (termasuk Yang diPertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin dan Najib).

"Nama 1MSB belum lagi wujud ... Shahrol yang mencadangkan 'mari memanggilnya 1MDB'. Oleh itu, daripada satu penipuan TIA (Lembaga Pelaburan Terengganu), mereka (Loh dan Shahrol) meneruskannya di dalam 1MDB tanpa pengetahuan piha yang berkuasa, "katanya.

Shahrol, bagaimanapun, menafikan dakwaan pembelaan terhadap peranannya dalam konspirasi untuk meletakkan Najib, yang kini masih anggota parlimen Pekan, berada dalam kedudukan yang dikompromi.

Shahrol, saksi kelapan pendakwaan, telah memberi keterangan bahawa 1MDB adalah cetusan gagasan Najib.

TIA diambil alih oleh Kementerian Kewangan pada tahun 2009 dan namanya kemudiannya diubah menjadi 1MDB.

Najib sedang dibicarakan di mahkamah melibatkan tujuh pertuduhan - satu untuk penyalahgunaan kuasa, tiga untuk pecah amanah jenayah dan tiga wang haram - berhubung dakwaan menyelewengkan RM42 juta dana anak syarikat bekas 1MDB.

Perbicaraan memasuki hari ke-59 yang juga hari pertama tertuduh membela dirinya di mahkamah.

6df540d6ffa14727bc9a3770a8f9f66f.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/502276

Keputusan Lucut Hak Harta UMNO Kelantan 24 Januari Depan

03.12.2019 - Shah Alam, Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 24 Januari tahun depan untuk keputusan permohonan pendakwaan bagi melucut hak ke atas wang berjumlah RM32,962.87 yang disita daripada Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan.

Wang tersebut yang disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tahun lepas, didakwa berkaitan dengan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah daripada Timbalan Pendakwa Raya Nik Haslinie Hashim dan peguam Nurul Hazreen Ahmad Kamal yang mewakili Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan.

Nik Haslinie berkata pihak pendakwaan selaku pemohon telah membuat permohonan melucut hak wang dalam akaun semasa milik Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan yang merupakan responden dalam permohonan itu mengikut Seksyen 56 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

“Pihak SPRM telah menyita wang RM32,962.87 pada 29 Jun 2018 dan berdasarkan kepada notis usul dan afidivit yang difailkan pendakwaan memohon untuk melucut hak wang tersebut,” katanya semasa prosiding kes itu.

Terdahulu, Nurul Hazreen berkata responden tidak mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa wang itu merupakan satu pengubahan wang haram dan tidak mempunyai syak munasabah terhadap sumber kewangan tersebut.

Bagaimanapun, Nik Haslinie berkata pihak responden sewajarnya mempunyai syak dan sebab munasabah wang tersebut adalah hasil daripada aktiviti haram.

“Pihak responden wajar mempunyai syak dan sebab munasabah ke atas wang itu kerana Najib adalah tiga entiti berbeza iaitu sebagai Datuk Seri Najib Tun Razak atau Perdana Menteri atau Presiden UMNO. Pada hari ini cek-cek diterima daripada akaun Najib atas kapasiti peribadinya sendiri bukan kapasiti sebagai Perdana Menteri atau Presiden UMNO.

“Oleh itu, hujahan responden yang tiada pengetahuan tentang sumber kewangan itu tidak wajar diterima oleh mahkamah,” katanya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya sebelum ini dilaporkan berkata permohonan perlucutan hak telah difailkan terhadap 41 responden untuk memperoleh semula dana kira-kira RM270 juta yang mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Latheefa berkata tindakan itu diambil mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA) setelah suruhanjaya itu percaya wang berkenaan dipindahkan daripada akaun bank bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

1MDB-COURT.jpg


Berita asal https://selangorkini.my/2019/12/1mdb-keputusan-lucut-hak-harta-umno-kelantan-24-januari-depan/

Najib Bekas PM Masuk Kandang Saksi Untuk Bela Diri

Perbicaraan jenayah bekas perdana menteri Najib Razak melibatkan dakwaan penyalahgunaan dana SRC International Sdn Bhd memasuki hari ke-59 di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur.

9.40 pagi - Pasukan pembelaan Najib hanya boleh menemubual tujuh dari 66 saksi yang ditawarkan oleh pendakwaan bagi perbicaraan peringkat pembelaan.

Perkara itu dimaklumkan kepada mahkamah oleh peguam pembelaan utama, Muhammad Shafee Abdullah.

9.35 pagi - Peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah mula membaca pernyataan pembukaan kes.

9.30 pagi - Najib memasuki dok. Prosiding bermula di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

9.18 pagi - Peguam utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah melangkah masuk Mahkamah Tinggi dan menyambut anak guamnya sementara menunggu prosiding bermula.

8.59 pagi - Najib melangkah masuk Mahkamah Tinggi dan mengambil tempat duduk di barisan hadapan galeri awam.

8.45 pagi - Peguam Negara Tommy Thomas dilihat hadir di Mahkamah Tinggi dengan anggota pasukan pendakwaan yang lain, bersiap untuk memulakan prosiding.

Pertama kali dalam sejarah kehakiman di Malaysia hari ini apabila seorang bekas perdana menteri masuk ke kandang saksi sebagai tertuduh untuk membela diri dalam kes jenayah melibatkan dirinya.

Pada hari pertama perbicaraan Najib Razak untuk membela diri dalam kes melibatkan RM42 juta dana SRC International bekas presiden Umno itu membuat kenyataan bersumpah dari kandang saksi.

Pada 11 Nov, Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali mengarahkan tertuduh untuk membela diri berhubung tujuh tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang yang membabitkan RM42 juta dana SRC International.

Sebagaimana amalan biasa apabila seseorang diperintahkan untuk membela diri, Najib mempunyai tiga pilihan untuk melakukan pembelaannya memberi pernyataan bersumpah dari kandang saksi yang akan mendedahkannya kepada pemeriksaan balas dari pihak pendakwa, memberi pernyataan dari kandang tertuduh yang dapat mengelakkannya dari disoal pendakwaan, atau memilih untuk diam.

Semasa hari ke-59 pendengaran hari ini, Najib dijangka menjalani pemeriksaan utama oleh peguamnya, Muhammad Shafee Abdullah terlebih dahulu.
Dalam aspek prosiding kes jenayah ini, tertuduh akan menerangkan kisah dari sisinya bagi kes prima facie terhadapnya, selepas 58 hari pendengaran yang menyaksikan 57 saksi mengambil pendirian semasa peringkat perbicaraan pendakwaan.

Apabila pembelaan merumuskan pemeriksaan utama, maka pihak pendakwa akan berpeluang untuk memeriksa balas Najib pada setiap hujag yang dibangkitkan dalam pembelaannya terhadap tujuh pertuduhan, di mana DPP akan cuba mempertikaikan keterangan Najib.

Hanya apabila pihak pendakwa selesai pemeriksaan balas, pasukan pembelaan boleh membuat pemeriksaan semula, yang akan membolehkannya menjelaskan lebih lanjut mengenai apa-apa isu yang dibangkitkan semasa persoalan pendakwaan.

15abba4fd99afc764a0e3c61a516e877.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/502167

Kenalan Rapat Najib Pulangkan RM3.68J 1MDB Kepada Kerajaan

27.11.2019 - Kuala Lumpur, Ahli Perniagaan Sarawak, Tan Sri Bustari Yusof, yang digambarkan sebagai kenalan rapat bekas perdana menteri Najib Razak telah memulangkan wang berjumlah RM3,683,117.94 yang didakwa berkaitan dengan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada kerajaan Malaysia.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya Allan Suman Pillai dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada prosiding sebutan permohonan melucut hak harta itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah di Kuala Lumpur, hari ini.

Allan berkata pihak SPRM telah menerima cek berjumlah RM3,683,117.94 juta daripada pihak Bustari semalam.

“Sehubungan itu, pendakwa raya selaku pemohon telah menarik balik permohonan lucut hak terhadap Bustari selaku responden.

“Pihak pendakwaan turut diberikan arahan untuk menyahbekukan akaun Bustari,” katanya.

Peguam Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden yang mewakili Bustari mengesahkan bahawa cek itu telah diserahkan kepada pihak SPRM semalam.

“Terima kasih kepada pihak pendakwaan kerana telah menarik balik permohonan lucut hak. Mohon permohonan lucut hak itu dibatalkan,” katanya yang turut dibantu oleh peguam Tiara Katrina Fuad.

Hakim Sequerah kemudiannya membatalkan permohonan lucut hak berkenaan dan berterima kasih kepada kedua-dua pihak kerana berjaya mencapai penyelesaian.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya baru-baru ini dilaporkan berkata permohonan pelucutan hak telah difailkan terhadap 41 responden untuk memperoleh semula dana kira-kira RM270 juta yang dipercayai mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Latheefa berkata tindakan itu diambil mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan.

b1da1eb5679465faaa895600dc938590.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/501320

Saman Misfeasans - Najib Di Perintah Failkan Pernyataan Pembelaan

26.11.2019 - Kuala Lumpur, Bekas perdana menteri Najib Razak diarahkan untuk memfailkan pernyataan pembelaannya terhadap saman misfeasans yang difailkan Anggota Parlimen Damansara Tony Pua.

Najib perlu berbuat demikian paling lewat 30 Disember ini.

Peguam Pua, Tan Cheng Leong memaklumkan perkara itu dan berkata ia dicapai selepas pengurusan kes di depan timbalan pendaftar Syahrin Jeli Bohari di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

"Arahan telah diberi kepada defendan, iaitu Najib dan kerajaan, untuk membuat pembelaan (mereka) paling lewat 30 Disember," katanya selepas pengurusan kes itu.

Dia berkata mahkamah telah menetapkan 6 Januari 2020 untuk pengurusan kes saman tersebut.

Ketika pengurusan kes hari ini, Najib diwakili peguam Norhazira Abu Haiyan manakala kerajaan diwakili peguam kanan persekutuan Habibah Haron.

Pada 19 November lalu, panel enam hakim Mahkamah Persekutuan sebulat suara membenarkan semula saman sivil yang difailkan Pua, yang telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Oktober 2017.

Panel hakim memutuskan saman misfeasance boleh diteruskan terhadap perdana menteri dan menteri-menteri kabinet di pejabat awam dan kerajaan bertanggungjawab ke atas tindakan mereka.

Tahun lalu, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi untuk menolak saman itu dan menyatakan selaku perdana menteri, Najib bukan penjawat awam dan maka tidak boleh disaman atas dakwaan misfeanse.

Najib disaman atas dakwaan menyalahgunakan jawatan awam berkaitan isu 1MDB. Pua dalam samannya memohon ganti rugi am, teruk dan teladan, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Pua mendakwa Najib adalah seorang penjawat awam kerana menjadi anggota parlimen Pekan, perdana menteri dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB (ketika itu), dan dalam kapasiti itu mempunyai peranan langsung dan tidak langsung dalam 1MDB.

Di bawah prinsip undang-undang biasa, seseorang penjawat awam juga termasuk ahli-ahli kabinet dan perdana menteri manakala Perlembagaan Persekutuan menyatakan sebaliknya.

Dalam keputusannya membenarkan rayuan Pua, Mahkamah Persekutuan memutuskan tort (salah laku yang boleh dikenakan tindakan sivil) misfeasans boleh dikenakan terhadap Najib selaku individu yang memegang jawatan awam.

Ia juga mendapati Mahkamah Rayuan membuat khilaf dalam keputusannya bahawa perdana menteri dan kabinet tidak termasuk dalam takrifan "perkhidmatan awam" dan takrifan prinsip undang-undang biasa tidak boleh melangkaui undang-undang bertulis - dalam isu ini Perlembagaan Persekutuan - yang menyatakan sebaliknya.

Mahkamah Persekutuan juga mendapati peruntukan dalam Seksyen 5 Akta Prosiding Kerajaan membenarkan tuntutan dibawa terhadap penjawat awam, termasuk perdana menteri.

"...Di tahap ini kelihatan tuntutan Tony Pua, prima facie, mengandungi unsur yang diperlukan.

"...Bagaimanapun sama ada dia akan berjaya (dalam perbicaraan) bergantung kepada pembuktian, memandangkan proviso dalam seksyen itu membayangkan kerajaan tidak bertanggungjawab terhadap tindakan penjawat awam di bawah syarat spesifik tertentu.

"Kesimpulannya, ini bermakna Tony Pua boleh meneruskan tuntutannya terhadap Najib Razak dan kerajaan Malaysia menerusi perbicaraan di mahkamah sivil," kata ringkasan penghakiman Mahkamah Persekutuan.

154869cb5fa55a4bc3d0da8daf606289.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/501269

Najib Panggil Mesyuarat Untuk Ubah Laporan Audit 1MDB - Ali Hamsa

19.11.2019 - Kuala Lumpur, aMahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa bekas perdana menteri Najib Razak mengarahkan mesyuarat diadakan bagi membincangkan pengguguran sebahagian daripada laporan audit berkaitan 1MDB.

Dalam keterangannya, bekas ketua setiausaha negara Ali Hamsa mengesahkan mesyuarat itu dipanggil oleh Najib.

Ali, yang menjawat jawatan itu dari 2012 hingga Ogos 2018, dipanggil sebagai saksi pihak pendakwaan.

Beliau mengesahkan Najib memberi arahan untuk mengadakan mesyuarat bagi menggugurkan sebahagian daripada laporan audit 1MDB.

Najib mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas dakwaan menerima suapan dalam bentuk perlindungan daripada tindakan etika, sivil atau jenayah terhadapnya berkaitan 1MDB, dengan mengarahkan pengubahan laporan audit akhir sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara.

Najib didakwa melakukan kesalahan itu antara 22 dan 26 Februari 2016 di Jabatan perdana Menteri di Putrajaya.

Beliau dituduh bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009.

Bawah seksyen 24 akta sama, Najib boleh dikenakan tindakan 20 tahun penjara atau denda RM10,000 jika disabitkan bersalah.

e88d804a18002753cdeb71f9dad7f68c.jpeg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/500398

Muhyiddin Di Pecat Sebab Persoal 1MDB, Kata Ali Hamsa

19.11.2019 - Kuala Lumpur, Mahkamah hari ini diberitahu Muhyiddin Yassin dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri selepas beliau membangkitkan terlalu banyak soalan berkaitan dana 1MDB pada 2015.

Bekas Ketua Setiausaha Negara Dr Ali Hamsa, 64, berkata bekas Peguam Negara Abdul Gani Patail juga dipecat daripada jawatannya pada Julai tahun berkenaan disebabkan perdana menteri ketika itu, Najib Razak, telah hilang keyakinan terhadap ketua penasihat undang-undangnya.

Ali semasa menjelaskan perkara itu berkata Muhyiddin - yang merupakan Menteri Dalam Negeri ketika itu - lantang bersuara dalam kabinet.

"Apabila duduk dalam mesyuarat kabinet, kami dapat lihat ada perbalahan, kebanyakannya dari satu pihak sahaja. Muhyiddin yang membangkitkan banyak persoalanan dalam kabinet, kami tahu ada sesuatu yang dibangkitkan,” katanya.

Saksi keempat pendakwaan itu berkata demikian semasa disoal ketua pendakwaan, Gopal Sri Ram, pada hari kedua perbicaraan Najib dan bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, berhubung dakwaan meminda laporan akhir audit syarikat pelaburan milik kerajaan itu.

Ditanya reaksi tertuduh terhadap semua soalan yang dibangkitkan Muhyiddin, Ali berkata Najib kelihatan tenang semasa mesyuarat kabinet dan ada sesetengah soalan dijawabnya, manakala yang lain dijawab oleh menteri kewangan kedua.

Ditanya apa terjadi kepada Muhyiddin selepas bertanya soalan-soalan itu, Ali berkata: “Saya rasa beliau dipecat dari jawatannya”.

Sri Ram: Anda (ketika itu) adalah ketua setiausaha kepada kabinet, kepada negara, kepada kerajaan. Anda memberi bukti bahawa Muhyiddin bertanyakan soalan berhubung 1MDB dalam kabinet, dan jawapan juga telah diberikan. Anda juga sebentar tadi berkata dia (Muhyiddin) dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri. Adakah anda mempunyai apa-apa pengetahuan mengenai fakta-fakta yang berkaitan pemecatan itu?

Ali: Kenyataannya, dan juga pemecatan itu.. ia di luar pengetahuan saya kerana ia adalah hak prerogatif perdana menteri (Najib).

Sudah tak yakin lagi

Semasa diminta memberi penjelasan mengenai suasana keadaan semasa Abdul Gani meninggalkan pejabatnya, saksi itu berkata, perdana menteri "telah hilang keyakinan terhadapnya".

“Sebenarnya selepas saya menyerahkan surat kepada Gani Patail, dan memberitahu dia dipecat dari jawatan peguam negara, katanya, beliau sudah menjangka ia akan berlaku.

"Ada dua peringkat proses bagi memecat Abdul Gani. Pertama surat kepada Yang di-Pertuan Agong memaklumkan mengenai pemecatan itu, dan diikuti dengan sepucuk surat daripada Najib yang dialamatkan kepada Abdul Gani bagi memaklumkan mengenai pemecatannya.

"Saya dipanggil Najib untuk menandatangani surat itu dan memberikannya kepada Abdul Gani, dan diarah memberitahunya mengenai pemecatan, di samping melarang beliau daripada membawa apa-apa dokumen keluar dari pejabat,” katanya.

Sri Ram: Tahukah anda apa yang mendorong kepada hilang keyakinan (terhadap Abdul Gani) itu?

Ali: Pada masa itu ada beberapa isu berhubung timbalan perdana menteri ketika itu, Muhyiddin. Saya dimaklumkan oleh Najib bahawa Abdul Gani dan Muhyiddin bertemu di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur. Itu mungkin sesuatu yang boleh menjadi isu.

Media sebelum ini melaporkan bahawa Abdul Gani dikatakan sedang menyediakan pertuduhan berkaitan isu 1MDB sebelum beliau digantikan dengan Mohamed Apandi Ali pada 2015.

Semasa ditanya apa yang berlaku kepada bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, saksi itu berkata Abu Kasssim Mohamed berhasrat untuk berhenti pada Ogos 2016 selepas mengalami masalah sakit belakang.

Najib, 66, diwakili oleh peguam Muhammad Shafee Abdullah, manakala Arul Kanda, 43, diwakili oleh N Sivananthan.

Najib didakwa atas pertuduhan menggunakan jawatannya bagi mengarahkan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB dipinda, sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bagi mengelakkan sebarang tindakan terhadapnya.

Beliau didakwa - atas kedudukan sebagai pegawai awam iaitu perdana menteri - menggunakan jawatannyna untuk mendapatkan suapan bagi dirinya, iaitu perlindungan daripada tindakan yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB, dengan cara mengambil tindakan mengarahkan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB, yang sedang disediakan, dipinda sebelum laporan itu dimuktamadkan dan dibentangkan kepada PAC, yang beliau secara langsung mempunyai kepentingan.

Najib didakwa melakukan kesalahan berkenaan di Kompleks Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya antara 22 dan 26 Feb 2016.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Arul Kanda pula didakwa bersubahat dengan Najib meminda laporan itu bagi melindungi bekas perdana menteri daripada dikenakan tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB, di tempat dan masa sama mengikut Seksyen 28(1) (c) Akta SPRM 2009 dibaca bersama Seksyen 23 (1) & 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman serupa, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohamed Zaini Mazlan, bersambung esok.

69e5418cd23e311331ce544cfff167df.jpeg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/500460

1MDB Mempunyai Modal Terbitan RM1 Bilion - Pendaftar SSM

19.11.2019 - Kuala Lumpur, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini diberitahu syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 27 Feb 2009, mempunyai modal terbitan sebanyak RM1 bilion.

Penolong Pendaftar SSM Muhamad Akmaludin Abdullah, 35, berkata syarikat persendirian itu yang mempunyai nombor pendaftaran syarikat 848230-V turut melantik beberapa individu termasuk Tan Sri Ismee Ismail dan Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi sebagai pengarah syarikat.

Saksi pendakwaan ketiga itu berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P Kunyalam pada hari pertama perbicaraan kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda Kandasamy berhubung pindaan terhadap Laporan Akhir Pengauditan 1MDB.

Syarikat 1MDB yang ditubuhkan dengan nama Lembaga Pelaburan Terengganu Berhad (TIA) ditukarkan nama kepada 1MDB pada 25 Sept 2009 dan Arul Kanda dilantik sebagai CEO pada Jan 1, 2015.

Ketika merujuk kepada ‘written element of share', bagi TIA, saksi berkata satu juta unit saham diterbitkan dan dimiliki oleh Menteri Besar Terengganu Diperbadankan.

Terdahulu, saksi pendakwaan pertama Setiausaha Bahagian (Perlembagaan dan Urusan Parlimen), Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri Daman Huri Nor, 55, mengesahkan jawatan yang pernah dipegang oleh Najib termasuk sebagai menteri kewangan, menteri pertahanan, menteri belia dan sukan, menteri pendidikan dan timbalan perdana menteri dari 2006 hingga 2018.

Sementara itu, Akauntan Bahagian Kewangan Jabatan Perdana Menteri, Natasha Rahimah Haryati Mohamad, 47, yang merupakan saksi pendakwaan kedua menjelaskan mengenai penyata pendapatan tahunan dan penyata gaji Najib dari Januari 2006 hingga Mei 2018.

Katanya, Najib memperolehi gaji kasar sebulan RM58,605.15 dari April 2009 hingga Mei 2018 melalui akaun Bank Affin miliknya selain menerima bayaran khas RM1 juta selepas bersara sebagai perdana menteri seperti yang ditetapkan di bawah Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980.

Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram mengetuai pasukan pendakwaan bersama-sama dengan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nik Suhaimi Nik Sulaiman, Mohammad Al-Saifi Hashim, Ahmad Akram Gharib, Rozaliana Zakaria, Mohamad Mustaffa P Kunyalam, Nadia Zulkefli, Hazmida Harris Lee, Tan Song Yan, Fatimah Hannah Abd Wahab, Munira Syahirah Mohamad Kamal, Nur Syakirin Yaccob dan Wafa Zainal Abidin.

Najib diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Wan Aizuddin Wan Mohammed, Syahirah Hanapiah, manakala Arul Kanda, 43, diwakili peguam Datuk N Sivananthan, Jasmine Cheong dan Dhanyaa Shreeya Sukumar.

Najib didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan pada Laporan Akhir Pengauditan 1MDB sebelum ia dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk mengelakkan sebarang tindakan terhadapnya manakala Arul Kanda dituduh bersubahat dengan Najib berhubung kesalahan sama.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya antara 22 dan 26 Feb, 2016.

Pertuduhan itu mengikut Seksyen 23(1) dan Seksyen 28(1) (c) dibaca bersama Seksyen 23 (1) & 24(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung esok.

52af2e820142f85fc6a60f5bc36490ed.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/500304

Arul Kanda, Ali Hamsa Bakal Beri Keterangan Ke Atas Najib

18.11.2019 - Kuala Lumpur, Bekas presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, disenarai sebagai antara saksi yang akan memberi keterangan dalam perbicaraan membabitkan bekas perdana menteri, Najib Razak,

Hal itu didedahkan Timbalan Pendakwa Raya, Gopal Sri Ram, dalam keterangan pembukaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Bekas hakim Mahkamah Persekutuan itu bertindak sebagai ketua pendakwaan.

Dalam perbicaraan tersebut, Najib dan Arul Kanda dibicarakan secara bersama. Najib didakwa meminda laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB pada 2016, manakala Arul Kanda didakwa bersubahat dengan ahli parlimen Pekan itu.

Menurut Gopal pihak pendakwaan akan membuktikan kepada mahkamah bahawa jenayah yang disebut itu berlaku dalam satu mesyuarat dihadiri Najib pada 24 Fen 2016.

"Arul Kanda dengan tindakannya sebelum mesyuarat yang dinyatakan pada pertemuan itu dan kemudiannya, bersetuju dengan tertuduh dalam transaksi ini.

"Saya terikat dengan tanggungjawab untuk memaklumkan kepada mahkamah bahawa pada peringkat yang sesuai pendakwa raya akan memohon secara bertulis mengikut Seksyen 63 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memanggil tertuduh, Arul Kanda, memberi keterangan bagi pihak pendakwa.

"Kami akan menyatakan kepada mahkamah berkenaan bahagian ini pada masa yang sesuai," kata Gopal.

Menurut Gopal mahkamah mungkin akan mendengar keterangan daripada saksi terbabit mengenai adanya "kecenderungan yang jelas" untuk memihak kepada tertuduh.

"Bukti mereka adalah perlu bagi mendedahkan kes kami. Kami akan tiba di peringkat tertentu untuk menilai keterangan saksi berkenaan," katanya.

Perbicaraan dijalankan di hadapan hakim Mohamed Zaini Mazlan.

Najib didakwa mengnarahkan supaya laporan tersebut - yang disiapkan untuk dibentang kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang menyiasat skandal 1MDB.

Najib dituduh mengikut Seksyen 23 (1) Akta SPRM. Jika disabitkan kesalahan anak bekas perdana menteri kedua Malaysia itu berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga RM10,000.

Arul Kanda juga boleh dihukum sama seperti Najib jika didapati bersalah oleh mahkamah.

Selain Arul Kanda, antara saksi yang turut disenaraikan oleh pihak pendakwaan ialah:
  • Hasan Ariffin (ahli palimen Rompin, bekas pengerusi PAC)
  • Nur Jazlan Mohamed (bekas ahli parlimen Pulai)
  • Roosme Hamzah (Setiausaha Dewan Rakyat)
  • Shahrol Azral Ibrahim Halmi (bekas CEO 1MDB)
  • Ambrin Buang (bekas Ketua Audit Negara);
  • Ali Hamsa (bekas Ketua Setiausaha Negara)
  • Shukry Mohd Salleh (bekas setiausaha sulit Najib)
  • Dzulkifli Ahmad (bekas ketua pesuruhjaya SPRM)
  • Tong Kooi Ong (Pengerusi Edge Media Group) dan
  • Dr Madinah Mohamad (bekas Ketua Audit Negara)
0842f9faa357fabec6e80ef979a326a7.jpeg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/500234

Najib Gagal Dapat Kebenaran Tunda Perbicaraan

Najib Razak gagal dalam cubaannya menunda perbicaraan membabitkan tuduhan meminda laporan audit 1MDB yang ditetapkan hari ini. Beliau dibicarakan bersama bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohamed Zaini Mazlan, membuat keputusan menolak permohonan itu semasa prosiding bermula pagi ini.

Jumaat lalu mahkamah mendengar permohonan pasukan pembelaan Najib dengan hujah, penangguhan berkenaan diperlukan untuk mereka menyediakan tertuduh menjadi untuk menjadi saksi pembelaan dalam satu lagi perbicaraan melibatkan bekas perdana menteri itu, iaitu kes SRC International Sdn Bhd.

Najib dituduh menyalahgunakan kuasa, pecah amanah dan mengubah wang haram bernilai RM42 juta. Perbicaraan itu dijadual bersambung mulai 3 Dis ini.

Bagaimanapun permohonan Najib di depan Mohamed Zaini itu mendapat bantahan daripada pihak Arul Kanda sendiri, selain pasukan pendakwaan.
Dengan keputusan itu perbicaraan ke atas Najib dan Arul Kanda dijangka diteruskan untuk hari pertama hari ini.

Pada Jumaat lalu hakim mengingatkan kedua-dua pihak bahawa prosiding akan diteruskan seperti sepatutnya jika permohonan penangguhan berkenaan ditolak.

Najib dituduh meminda laporan akhir audit 1MDB pada 12 Dis tahun lalu. Beliau dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur. Kes itu kemudian dipindahkan ke mahkamah tinggi pada 14 Mac lalu.

Pasukan pendakwaan diketuai bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Gopal Sri Ram, dan dibantu 12 timbalan pendakwa raya iaitu:
  • Nik Suhaimi Nik Sulaiman
  • Mohammad Al-Saifi Hashim
  • Ahmad Akram Gharib
  • Rozaliana Zakaria,
  • Mohamad Mustaffa P Kunyalam
  • Hazmida Harris Lee
  • Nadia Zulkefli
  • Tan Song Yan
  • Fatimah Hannah Abd Wahab
  • Munira Syahirah Mohamad Kamal
  • Nur Syakirin Yaccob
  • Wafa Zainal Abidin
Muhammad Shafiee Abdullah pula bertindak sebagai ketua pasukan pembelaan Najib. Bersama beliau ialah:
  • Harvinderjit Singh
  • Wan Aizuddin Wan Mohammed
  • Muhammad Farhan Muhammad Shafee
  • Syahirah Hanapiah
Peguam bela Arul Kanda pula diketuai N Sivananthan dan dibantu Jasmine Cheong dan Dhanyaa Shreeya Sukumar.

Najib didakwa menggunakan jawatannya untuk mengarahkan supaya Laporan Akhir Pengauditan 1MDB dipinda sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi mengelakkan sebarang tindakan terhadapnya.

Bekas presiden Umno itu dituduh melakukan kesala
han berkenaan
di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya, antara 22 Feb 2016 dan 26 Feb 2016.
Pertuduhan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan.

a975261ea6b609168867db20dd59e7cd.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/500205

Kes Pinda Laporan Audit 1MDB Di Jangka Mula Esok

17.11.2019 - Kuala Lumpur, Perbicaraan ketiga pertuduhan jenayah yang dihadapi bekas perdana menteri Najib Razak di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur dijangka bermula esok.

Najib berdepan pertuduhan meminda laporan akhir audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bersama-sama bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy.

Ahli parlimen Pekan itu ketika ini membuat persiapan untuk membela diri dalam kes SRC International Sdn Bhd, membabitkan tujuh pertuduhan menyeleweng RM42 juta dana SRC di sebuah lagi Mahkamah Tinggi. Kes pembelaan beliau akan bermula pada 3 Dis.

Najib, 66, sedang dibicarakan atas empat pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama di mahkamah yang berlainan. Perbicaraan ditetapkan untuk bersambung pada 6 Jan tahun depan.

Sama ada perbicaraan akan bermula esok bergantung kepada keputusan Hakim Mohamed Zaini Mazlan yang terlebih dahulu akan membuat keputusan berhubung permohonan Najib supaya tarikh perbicaraan meminda laporan audit itu dilapangkan dan dibawa kepada 13 Jan 2020.

Mohamed Zaini telahpun mengarahkan semua pihak supaya bersedia dengan perbicaraan sekiranya beliau menolak permohonan itu. Beliau sebelum ini menetapkan 18 hingga 29 Nov tahun ini dan 13 hingga 17 Jan 2020 bagi perbicaraan itu.

Seorang daripada Timbalan Pendakwa Raya dalam pasukan pendakwaan, Ahmad Akram Gharib, berkata pendakwaan telahpun bersedia dengan tiga hingga lima saksi rasmi sekiranya hakim membuat keputusan untuk memulakan perbicaraan pada Isnin.

Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram mengetuai pasukan pendakwaan, yang turut dianggotai Timbalan Pendakwa Raya Nik Suhaimi Nik Sulaiman, Mohammad Al-Saifi Hashim, Ahmad Akram, Rozaliana Zakaria, Mohamad Mustaffa P Kunyalam, Hazmida Harris Lee, Nadia Zulkefli, Tan Song Yan, Fatimah Hannah Abd Wahab, Munira Syahirah Mohamad Kamal, Nur Syakirin Yaccob dan Wafa Zainal Abidin.

Najib diwakili peguam Muhammad Shafee Abdullah, Harvinderjit Singh, Wan Aizuddin Wan Mohammed, Muhammad Farhan Muhammad Shafee dan Syahirah Hanapiah, manakala Arul Kanda, 43, diwakili peguam N Sivananthan, Jasmine Cheong serta Dhanyaa Shreeya Sukumar.

Dalam permohonan yang difailkan pada 13 Nov, Najib berkata jika perbicaraan (meminda laporan audit) itu akan berjalan seperti dijadualkan, beliau akan mengalami prejudis kerana beliau dan barisan peguamnya akan memerlukan masa yang munasabah serta mencukupi untuk membuat persediaan untuk membela dirinya dalam kes SRC.

Beliau turut menyatakan dalam permohonan itu bahawa pasukan pembelaannya, pada masa sama, turut terbabit dalam membuat persiapan bagi satu lagi kes 1MDB yang bermula pada 28 Ogos dan masih berjalan.

Permohonan Najib bagaimanapun dibantah oleh Arul Kanda yang menggesa mahkamah supaya meneliti kepentingan semua tertuduh, bukan hanya seorang tertuduh, dan memohon mahkamah supaya meneruskan perbicaraan itu kerana beliau mahu diberi peluang untuk menyangkal pertuduhan terhadapnya.

Pada 4 Jan tahun ini, Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan pendakwaan supaya kes membabitkan Najib dan Arul Kanda dibicarakan bersama.

Pada 12 Dis 2018, Najib menghadapi pertuduhan menggunakan jawatannya dengan mengarahkan supaya Laporan Akhir Pengauditan 1MDB dipinda, sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), bagi mengelakkan sebarang tindakan terhadapnya.

Beliau dituduh sebagai seorang pegawai awam iaitu Perdana Menteri, menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan bagi dirinya, iaitu perlindungan daripada tindakan yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB, dengan cara mengambil tindakan mengarahkan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB, yang sedang disediakan, dipinda sebelum laporan itu dimuktamadkan dan dibentangkan kepada PAC, yang beliau secara langsung mempunyai kepentingan.

Ahli parlimen Pekan itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya, antara 22 Feb 2016 dan 26 Feb 2016.

Pertuduhan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Arul Kanda pula didakwa bersubahat dengan Najib, meminda laporan itu, bagi melindungi bekas perdana menteri itu daripada dikenakan tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB, di tempat dan masa sama mengikut Seksyen 28(1) (c) Akta SPRM 2009 dibaca bersama Seksyen 23 (1) & 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman serupa, jika sabit kesalahan.

86d759f573fd0b3046d07919f5be1eee.jpeg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/500164

Najib Tak Boleh Guna Pengiring Polis - Polis

14.11.2019 - Kuala Lumpur, Pihak polis tidak akan lagi memberi perkhidmatan pengiring trafik bermotosikal kepada bekas perdana menteri Najib Razak.

Ini menurut surat dari ibu pejabat polis Bukit Aman kepada pegawai khas Najib, Mohd Shahrir Mohd Aripin.

Ketika dihubungi, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Azisman Alias mengesahkan surat itu.

Beliau menjelaskan Najib masih boleh memohon penggunaan pengiring trafik bermotosikal untuk urusan rasmi.

"(Tetapi) bukan untuk urusan peribadi dan parti," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Isham menulis di laman Facebook bahawa perintah itu berkuat kuasa dengan serta-merta dan tiada sebab atau alasan yang diberikan oleh kerajaan.

“Saya telah dimaklumkan bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah mengeluarkan notis 24 jam untuk membatalkan perkhidmatan polis pengiring trafik untuk Najib Razak...

“Sekiranya anda penyokong Najib, mohon berilah laluan kepada kenderaannya untuk memudahkan urusan dan perjalanan beliau dalam berkhidmat untuk rakyat dan berkempen untuk BN untuk menyemak-imbang kerajaan,” tulisnya.

Pada Mei tahun lalu, anggota keselamatan Najib - kebanyakan mereka anggota polis - telah ditarik balik. Bekas perdana menteri lazimnya dibekalkan dengan perkhidmatan pengiring polis dan pengawal keselamatan.

Pada tahun 2016, Mahathir, yang ketika itu berkempen menentang Najib, juga menyaksikan hak istimewa yang diberikan kepadanya ditarik balik.

d252bdb26263024887d743ab08c229b3.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/499122

Anak Najib Dakwa Saman LHDN Tak Tepat

12.11.2019 - Kuala Lumpur, Nooryana Najwa Najib mengutuk taksiran cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam agensi kerajaan itu terhadapnya - bernilai RM10.3 juta - sebagai tidak tepat dan bercanggah dengan undang-undang.

Anak perempuan pasangan Najib Razak dan Rosmah Mansor itu berkata demikian dalam kenyataan pembelaannya terhadap saman cukai LHDN yang dilihat Malaysiakini hari ini.

Kenyataan pembelaan Nooryana Najwa itu difailkan firma undang-undang Messrs Shafee & Co di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 24 Oktober.

“Perenggan empat pernyataan tuntutan plaintif adalah dinafikan dengan sekeras-kerasnya. Defendan mengatakan bahawa taksiran tambahan bagi tahun-tahun taksiran 2011, 2012, 2013, 2014, 2015, 2016 dan 2017 untuk jumlah masing-masing sebanyak RM2,430,694.74; RM26,613.24; RM6,011,957.64; RM271,832.92; RM48,526.98; RM137,595.31; dan RM21,084.39, yang dibangkitkan terhadap defendan melalui Notis Taksiran Tambahan (Borang JA) bagi tahun taksiran 2011 hingga 2017 bertarikh 15 Mac 2019, adalah suatu taksiran yang tidak tepat dan menyalahi undang-undang," kata Nooryana dalam kenyataan itu.

Untuk nota, angka-angka yang dinyatakan di atas bagi cukai taksiran tahun 2011 hingga 2017 tidak termasuk penalti yang dikenakan oleh LHDN terhadap Nooryana Najwa kerana tidak melunaskan bayaran yang ditetapkan.

Nooryana Najwa berkata, selepas menerima Borang JA pada 18 Mac lalu, dia berasa tidak berpuas hati dengan taksiran tambahan tersebut dan mengemukakan notis rayuannya melalui Borang Q dan alasan rayuannya kepada LHDN pada 12 April.

Nooryana Najwa dengan tegas menafikan jumlah RM10,335,292.36 (termasuk penalti) itu yang diminta oleh kerajaan terhadapnya serta peningkatan kadar bunga yang dikenakan terhadapnya.

“Perenggan 6 hingga perenggan 9 pernyataan tuntutan plaintif adalah dinafikan dengan sekeras-kerasnya dan juga jumlah RM10,335,292.36 yang telah dituntut oleh plaintif dan kenaikan-kenaikan faedah yang telah dikenakan ke atas defendan.

“Defendan juga menafikan bahawa jumlah yang dituntut oleh pihak plaintif adalah ditaksirkan dengan betul oleh plaintif dan kenaikan-kenaikan sebanyak 10 peratus dan 5 peratus yang dikenakan terhadap defendan adalah kenaikan yang tidak munasabah," katanya.

Antara contoh yang dikemukakannya mengenai tuduhan cukai tidak tepat itu ialah untuk tahun taksiran 2011, apabila dia mendakwa terdapat kesilapan fakta sebagai wang masuk wang sebanyak AS$2 juta (RM6,380,000) dari luar negara ke akaun semasa CIMB yang didakwa milik bersama suaminya.

Nooryana Najwa mendakwa akaun itu adalah milik suaminya.

Kata Nooryana Najwa, dana itu berasal dari luar negara dan oleh itu, tidak boleh ditafsirkan sebagai pendapatan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.

Dia mendakwa cukai taksiran 2011 tidak tepat kerana perbelanjaan peribadinya sepanjang tahun itu adalah kira-kira RM48,000 dan bukan RM120,000, iaitu angka yang diperolehi LHDN.

Nooryana Najwa mendakwa taksiran cukai untuk tahun 2011 tidak tepat kerana perbelanjaan lain atau perbelanjaan yang tidak dapat dijelaskan sebanyak RM4,124,732 merupakan transaksi pengeluaran dari akaun semasa banknya dan ia jumlah bukan pendapatan yang ditakrifkan oleh plaintif.

Defendan juga mendakwa pengeluaran notis taksiran tambahan untuk 2011 terhadapnya telah dibuat melebihi tempoh pembatasan undang-undang seperti yang dibentangkan di bawah Seksyen 91 (1) Akta Cukai Pendapatan.

Baca Lepas tahu Rosmah ditangkap Nooryana berwuduk, bertahajud

"Mengambil kira pelarasan di atas, defendan mengatakan tidak ada kekurangan pendapatan yang dilaporkan.

"Pendapatan pelaburan adalah hanya RM13,417 dengan anggaran liabiliti cukai menjadi kosong.

"Defendan mengatakan bahawa liabiliti cukai tambahan sebanyak RM2,430,694.74 seperti yang dituntut oleh plaintif sepatutnya menjadi kosong.

"Namun demikian, cukai tambahan yang dikenakan adalah dihalang oleh had masa batasan di bawah Seksyen 90 (1) Akta Cukai Pendapatan 1967," dakwanya berhubung cukai yang ditaksir untuk tahun 2011.

Pada 26 Ogos lalu LHDN dilapor menuntut cukai pendapatan tidak dibayar sebanyak RM10.3 juta daripada Nooryana Najwa.

Kerajaan Malaysia selaku plaintif memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan itu melalui LHDN pada 24 Julai lalu di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor, dengan menamakan Nooryana Najwa sebagai defendan.

Mengikut penyataan tuntutan itu, kerajaan Malaysia mendakwa Nooryana Najwa gagal mengemukakan Borang-Borang Nyata Orang Perseorangan di bawah Seksyen 77 Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun-tahun taksiran 2011 hingga 2017 kepada LHDN.

Selain Nooryana NAjwa, LHDN juga memfailkan saman cukai masing-masing sebanyak RM1.69 bilion, RM37.6 juta dan RM13.1 juta terhadap bapanya serta abangnya, Mohd Nazifuddin dan Mohamad Nizar.

34bc3f306ffdde414dc0d30168dee87e.jpeg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/499570

Nik Faisal Kerja Di Syarikat Jho Low Sebelum Sertai 1MDB

12.11.2019 - Kuala Lumpur, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Nik Faisal Ariff Kamil diambil bekerja dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 2011 daripada UBG (Utama Banking Group), syarikat milik ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low atau Low Taek Jho.

Bekas Ketua Pegawai Ekskeutif (CEO) 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi berkata Nik Faisal dilantik ketua pegawai pelaburan (CIO) 1MDB selepas pelantikannya dipersetujui oleh perdana menteri ketika itu, Najib Razak.

"Sebenarnya, pada awalnya saya bertanya kepada Casey Tang (Pengarah Eksekutif 1MDB) sama ada beliau bersedia untuk memegang jawatan CIO....sebelum saya bertanya Jho Low sama ada beliau mempunyai cadangan lain. Beliau mencadangkan Nik Faisal... itulah bagaimana nama Nik Faisal muncul," katanya.

Nik Faisal merupakan bekas CEO SRC International Sdn Bhd.

Saksi pendakwaan itu berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh peguam Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib pada perbicaraan kes yang dihadapi bekas perdana menteri itu membabitkan dana 1MDB.

Semasa ditanya sama ada beliau boleh mengemukakan surat pelantikan Nik Faisal, Shahrol Azral, 49, berkata beliau akan cuba mendapatkan surat berkenaan daripada pegawai penyiasat kes tersebut.

Untuk rekod, Casey Tang dan Shahrol Azral dibawa berkhidmat dengan 1MDB oleh Jho Low.

Mengenai pelantikan peguam am 1MDB, Jasmine Loo Ai Swan, saksi itu berkata beliaulah yang bertanya kepada Jho Low sekiranya Jasmine boleh dibawa masuk.

"Jasmine juga daripada syarikat Jho Low, UBG. Pada mulanya Jho Low agak keberatan tetapi beliau berkata jika Jasmine berkata ya, beliau pun bersetuju. Saya ingat saya makan tengah hari dengan Jasmine dan berbincang dengannya mengenai peluang berkenaan (di 1MDB).

"Mengenai pelantikan Datuk Ong Gim Huat sebagai pengarah bukan eksekutif, beliau juga dibawa masuk oleh Jho Low. Kami dalam proses pengembangan syarikat dan cuba untuk mencapai aspirasi 1Malaysia Najib. Jho Low kata beliau telah berbincang dengan Datuk Seri Najib mengenainya," kata saksi itu.

Menjelas lanjut kepada Muhammad Shafee, Shahrol Azral berkata Ong merupakan ahli perniagaan yang bebas dan bersih.

Muhammad Shafee kemudian merujuk minit mesyuarat lembaga pengarah 1MDB yang menyatakan Ong memaklumkan lembaga bahawa Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) meminta laporan risiko suku tahunan 1MDB.

Shahrol Azral berkata beliau enggan menyediakan dokumen berkenaan kepada PAC pada mulanya kerana anggota jawatankuasa itu terdiri daripada pembangkang yang mungkin menerimanya di luar konteks dan memutarbelitkannya.

Bagaimanapun, saksi itu berkata beliau menyerahkan dokumen berkenaan kepada PAC yang seterusnya menyebabkan pihak pembangkang mengadakan sidang akhbar.

Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah yang sama.

Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Kanan yang juga bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung pada Rabu.

4d4377148e80ee67b218487384226434.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/499436

Najib Pengarah Bayangan SRC Dengan Pengaruh Besar - Mahkamah Tinggi

12.11.2019 - Kuala Lumpur, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bekas perdana menteri dan menteri kewangan Najib Razak ialah pengarah bayangan dengan pengaruh besar dan kedudukan kuasa yang kuat dalam SRC International.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali berkata demikian ketika menyampaikan keputusannya hari ini bahawa Najib, yang juga penasihat emeritus SRC, mesti membela dirinya dalam kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menerangkan mengenai tertuduh berhubung kemampuannya yang dikatakan dapat meyakinkan para pengarah SRC untuk menuruti keputusan penting seperti mendepositkan sebahagian besar dana syarikat di luar negara.

Nazlan menjelaskan sebahagian alasan mengapa mahkamah memutuskan bahawa Najib mesti membela dirinya terhadap tiga pertuduhan pecah amanah yang membabitkan RM42 juta yang didakwa disalahgunakan daripada SRC.

Hakim menyatakan bahawa kepatuhan para pengarah SRC tidak dapat disangka sebagai keputusan pemegang saham, disebabkan melalui kedudukan Najib dalam Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) yang dimiliki sepenuhnya oleh syarikat tersebut, pada ketika itu telah diberikan oleh perdana menteri dan menteri kewangan, iaitu Najib sendiri.

"Tertuduh mempunyai pengaruh yang sangat besar dan memiliki kedudukan kuasa yang luas di SRC. Beliau bukan sahaja orang yang memegang jawatan sebagai FM (menteri kewangan) juga MOF Inc (Menteri Kewangan Diperbadankan), pemegang saham tunggal SRC dan 1MDB tetapi juga sebagai PM (perdana menteri) yang diberi kuasa di bawah artikel SRC untuk melantik dan memecat para pengarah syarikat serta kepadanya dirujuk perkara tertentu, termasuk pindaan.

"Dan sebagai PM dan MOF Inc, tertuduh juga menyebabkan pengenalan artikel baru 117 untuk melantik dirinya sebagai penasihat emeritus syarikat, yang mana perlu dirujuk nasihatnya tentang hal-hal strategik mengenai SRC.

"Perkara yang perlu diperhatikan adalah, keputusan itu diambil kerana pendirian pengarah, yang menafikan resolusi daripada pemegang saham yang juga PM dan kemudian penasihat emeritus syarikat, sebagai satu bentuk arahan atau sebaliknya sebagai perkara yang perlu dituruti.

"Dan ini yang menyebabkan tertuduh menepati konsep pengarah bayangan atau pengarah dalam pengertian yang dimaksudkan dalam Seksyen 402A Kanun Keseksaan," kata Nazlan hari ini.

Seksyen 402A memberi definisi pengarah dan terma lain yang berkaitan dengan kesalahan jenayah pecah amanah antara lainnya di bawah Seksyen 405 Kanun Keseksaan.

Seksyen 402A mentakrifkan "pengarah termasuk mana-mana orang yang menduduki tempat pengarah sesebuah syarikat walau apa pun namanya dipanggil, dan termasuklah seseorang yang bertindak atau mengeluarkan pentunjuk-petunjuk atau perintah-perintah dengan cara dalam mana pengarah-pengarah sesebuah syarikat biasa mengeluarkan atau bertindak dan termasuk seorang pengarah silih ganti atau pengganti, sekalipun ada apa-apa kecacatan dalam perlantikan atau kelayakan orang tersebut."

Pada 11 Jun, bekas pengarah SRC Ismee Ismail dalam keterangannya berkata pindaan untuk memasukkan Artikel 117 ke dalam artikel dan memorandum syarikat itu memberi Najib kawalan penuh terhadap pentadbiran syarikat berkenaan.

Sementara itu, selepas prosiding hari ini, peguam bela utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah mengulas mengenai penghakiman itu berkata hakim telah mengambil tafsiran yang berbeza mengenai fakta kes dan undang-undang.

Beliau berkata pembelaan berpendapat bahawa perkataan 'pengarah' di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan tidak dapat ditafsirkan secara bebas untuk memasukkan pengarah bayangan.

"Sejujurnya, kami menjangkakan pembebasan pada peringkat ini, kerana dalam serahan kami yang kami hasilkan, kami fikir ia sangat menggalakkan. Ia bukan hanya satu kes yang baik, ia sangat menggalakkan secara fakta dan secara undang-undang.

"Tetapi dalam perbicaraan, anda tidak boleh meramalkan (keputusannya). Kamu lihat, pandangan saya dan pandangan orang lain boleh berbeza. Setelah mengatakan ini, kami mendengar dengan teliti apa yang dikatakan oleh hakim yang arif, (dan) sudah tentulah kami perlu menghormati pandangannya. Beliau telah mendengar keterangan. Beliau telah mengambil tafsiran yang berbeza dari segi fakta dan undang-undang.

"Seperti misalnya kami selalu mengatakan untuk menjadi pengarah dalam konteks Seksyen 409 Kanun Keseksaan, kamu mesti menjadi pengarah sebenar. Tidak ada perkara seperti pengarah bayangan.

"Kerana 'bayangan' adalah konsep dalam undang-undang sivil, tidak pernah (dipakai) dalam undang-undang jenayah," katanya.

Shafee kemudian menambah dalam konteks pengarah bayangan, maka ahli perniagaan Low Taek Jho ialah pengarah bayangan yang sebenar.

Beliau turut mendakwa dengan memberikan contoh bekas ketua pegawai eksekutif SRC International Nik Faisal Ariff Kamil, yang juga merupakan orang yang diamanahkan untuk akaun AmBank Najib.

Menurut Shafee, malahan pembabitan Nik Faisal kerana dia disyorkan oleh Jho Low kepada ketua setiausaha peribadi Najib, Allahyarham Azlin Alias.

"Jika kamu bercakap tentang pengarah bayangan, ini pengarah bayangan sebenar," katanya.

919348505cc9ac0f657e6d8a38c3a81c.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/499435

Kes SRC: Najib diperintah bela diri

November 11, 2019 11:37 AM

Najib-trial-federal-court-130819-04.jpg

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan bekas perdana menteri, Najib Razak membela diri dalam kes berprofil tinggi membabitkan tujuh pertuduhan menyeleweng RM42 juta daripada dana SRC International Sdn Bhd.

Keputusan itu disampaikan oleh Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali sebentar tadi.

Najib, 66, berkhidmat sebagai perdana menteri keenam Malaysia dari April 2009 hingga Mei 2018, dan merupakan perdana menteri pertama di negara ini yang menghadapi pertuduhan di mahkamah.

Bekas presiden Umno itu dituduh menyalahgunakan kuasa perdana menteri dengan memberi jaminan kerajaan ke atas pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) kepada SRC International.

Najib berdepan tiga tuduhan pengubahan wang dan tiga tuduhan pecah amanah dalam pemindahan RM42 juta kepada akaunnya dari SRC International, bekas unit 1MDB.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di AmIslamic Bank Bhd di Jalan Raja Chulan dan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya antara 17 Ogos 2011 dan 10 Feb 2015.


Bebaskah Najib Atau Kena Bela Diri?

11.11.2019 - Kuala Lumpur, Najib Razak akan mengetahui nasibnya hari ini - sama ada perlu membela diri atau bebas - berhubung tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

Untuk mengetahui kedudukannya, bekas perdana menteri itu perlu menunggu keputusan dibacakan hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali, pagi ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu akan membuat ketetapan sama ada pihak pendakwaan berjaya mewujudkan prima facie atau sebaliknya dan menentukan hala tuju kes berkenaan.

Pihak pembelaan selesai menggulung penghujahan mereka pada 27 Ogos lalu dan jika Najib diarah membela diri, beliau dan pasukan pembelaannya akan mula menghadiri pendengaran mulai 3 Dis nanti.
Iklan

Seramai 57 saksi dipanggil memberi keterangan sepanjang kes itu berlangsung sebelum ini.

150b9b8d867b87d6122b581fb0386954.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/499352

Jho Low Cadang Nama Ong

11.11.2019 - Kuala Lumpur, Kes tuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan dana 1MDB memasuki hari ke-33 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Najib Razak diwakili sepasukan peguam bela diketuai Muhammad Shafee Abdullah, manakala bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Gopal Sri Ram, mengetuai pasukan pendakwaan.

Kes membabitkan dana sebanyak RM2.28 bilion milik 1MDB itu dibicarakan di depan hakim Lawrence Collin Sequerah.

Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat pelaburan ditubuhkan Najib itu, Shahrol Azral Ibrahim Halmi, akan menyambung keterangannya melalui soalan balas pihak pembelaan.


LANGSUNG

10.08 pagi:
Mahkamah berehat seketika untuk membolehkan Najib hadir di satu lagi mahkamah tinggi bagi mendengar keputusan hakim berhubung tuduhan lain yang dikenakan ke atasnya.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali dijadual memberikan keputusan mengenai tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram milik bekas anak syarikaty 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

9.45 pagi: Seorang lelaki yang diperkenalkan sebagai ahli perniagaan hartanah berpengalaman, Ong Gim Huat, dibawa menjadi ahli Lembaga Pengarah 1MDB untuk 'membawa wawasan' Najib Razak.

Kata Shahrol sebelum itu ahli Lembaga Pengarah 1MDB ada membincangkan cadangan membawa seorang tokoh bukan bumiputera menyertai badan berkenaan.

Saksi pembelaan itu berkata, selepas perbincangan tersebut Jho Low mencadangkan beberapa nama termasuk Ong.

Menurut Shahrol, Jho Low mendakwa dia mendapat kebenaran daripada Najib untuk membawa Ong menjadi salah seorang ahli Lembaga Pengarah 1MDB.

Katanya Ong dipilih sebab kedudukannya sebagai ahli perniagaan bebas dan berada di luar sistem sedia ada.

Menurutnya lagi, Jho Low memberitahu Najib mahu seseorang yang membawa pandangan segar dibawa menyertai badan berkenaan.

9.35 pagi: Mahkamah diberitahu kertas cadangan penubuhan Petrosaudi Oil Services Ltd (PSOSL) dibentangkan kepada ahli Lembaga Pengarah 1MDB pada Jan 2011.

Menurut Shahrol, PSOSL ialah anak syarikat kepada Petrosaudi International dan mempunyai pemilik sama iaitu Putera Turki dan Tarek Obaid.

Menurut saksi, kertas berkenaan dibentangkan ekoran arahan pihak pengurusan 1MDB agar lebih banyak maklumat mengenai Petrosaudi International diperolehi.

Kata Shahrol, pembentangan khusus mengenai PSOSL dicadangkan Nik Faisal Ariff Kamil yang ketika itu bertugas sebagai ketua pegawai pelaburan 1MDB.

9.20 pagi: Salah seorang timbalan pendakwa raya, Ahmad Akram Gharib, memberitahu mahkamah, Shahrol Azral kurang sihat hari ini dan sudah mengambil ubat.

Katanya walaupun saksi pendakwaan itu bersedia untuk menyambung keterangan, tidak dapat dipastikan bagaimana ubat-ubatan berkenaan akan memberi kesan kepadanya kemudian.

e62050026b3ed28a3987b9cc7700bd87.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/499355

Pendakwaan Kes Najib, Arul Kanda Mohon Kosongkan Tarikh Bicara

07.11.2019 - Kuala Lumpur, Pasukan pendakwaan dalam kes meminda laporan akhir pengauditan 1MDB melibatkan bekas perdana menteri Najib Razak dan bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy telah memohon untuk mengosongkan tarikh perbicaraan kes tersebut.

Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan sebelum ini menetapkan dari 18 hingga 29 Nov, 2019 dan 13 Jan hingga 17, 2020 untuk perbicaraan.

Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram yang mengetuai pasukan pendakwa berkata ini kerana saksi utama yang akan dipanggil dalam kes itu sedang memberi keterangan di bawah pemeriksaan balas dalam perbicaraan Najib yang melibatkan RM2.3 bilion dana 1MDB (kes 1MDB) .

"Salah seorang daripada saksi utama kami yang perlu dipanggil sebagai saksi pertama kini di bawah pemeriksaan balas dalam kes 1MDB dan menurut petunjuk (oleh peguam) semalam, ia tidak mungkin dapat diselesaikan pada 14 Nov," katanya. semasa pengurusan kes hari ini di hadapan Hakim Mohamed Zaini.

Sri Ram berkata peguam Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib, 66, menyatakan semalam bahawa tidak mungkin pemeriksaan balas terhadap saksi (bekas ketua pegawai 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi) dalam kes 1MDB akan selesai pada 14 November.

Beliau berkata akan menjadi prasangka terhadap kes pendakwaan jika saksi itu dipanggil semasa dia masih memberi keterangan dalam kes 1MDB.

"Saksi itu sangat penting untuk kes ini dan saya juga memerlukan masa untuk menyediakan pernyataan pembukaan (untuk kes ini)," katanya.

Sementara itu, Muhammad Shafee tidak membantah permohonan untuk mengosongkan tarikh perbicaraan itu dan mengatakan bahawa ia adalah satu kelebihan untuk memberinya lebih banyak masa.

"Saya agak berkecuali mengenai perkara ini kerana saya fikir terdapat kelebihan, selagi saya tidak mengendalikan kedua-dua kes secara serentak," katanya.

Mahkamah menetapkan 13 Nov untuk membuat keputusan sama ada membenarkan permohonan pendakwaan untuk tarikh perbicaraan dikosongkan.

Peguam Jasmine Cheong mewakili Arul Kanda, 43.

Pada 4 Jan, 2019, Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur membenarkan permohonan pendakwaan agar kedua-dua kes didengar secara bersama.

Pada 12 Dis, 2018, Najib didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan kepada laporan akhir audit 1MDB sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk mengelakkan sebarang tindakan terhadapnya.

Dia didakwa, dalam kapasitinya sebagai pegawai awam, iaitu sebagai perdana menteri, dengan menggunakan kedudukan untuk mendapatkan kepuasan untuk dirinya sendiri, yang menghindari tindakan disiplin, sivil atau jenayah terhadapnya berkaitan dengan 1MDB, dengan memerintahkan perubahan kepada laporan akhir audit 1MDB sebelum ia dimuktamadkan dan dibentangkan kepada PAC, di mana beliau mempunyai kepentingan langsung.

Ahli Parlimen Pekan itu dituduh melakukan kesalahan di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Pusat, Wilayah Persekutuan Putrajaya antara 22 Feb dan 26 Feb 2016.

Tuduhan itu adalah di bawah Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman maksimum penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000 , mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Arul Kanda didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan terhadap laporan itu untuk melindungi Ahli Parlimen Pekan itu daripada tertakluk kepada tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan dengan 1MDB, di tempat dan masa yang sama dan mengikut Seksyen 28 (1) (c ) Akta SPRM 2009 dibaca dengan Seksyen 23 (1) & 24 (1) akta yang sama yang memberikan hukuman yang sama, jika didapati bersalah.

86d759f573fd0b3046d07919f5be1eee.jpeg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/498969

Najib Luluskan Dana Tambahan RM1B, Bukan Saranan BOD

07.11.2019 - Kuala Lumpur, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini diberitahu tambahan RM1 bilion yang dilaburkan dalam perjanjian usaha sama 1Malaysia Development Berhad (1MDB)-PetroSaudi diluluskan Najib Razak, pada 2011.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi yang berkata demikian, bagaimanapun tidak bersetuju terhadap cadangan bahawa lembaga pengarah (BOD) mengesyorkan Najib (pemegang saham hak keutamaan) meluluskan dana tambahan itu.

Saksi berusia 49 tahun itu berkata demikian apabila dia ditunjukkan pernyataan saksinya berhubung Resolusi Pemegang Saham Keutamaan Boleh Tebus Hak Istimewa bertarikh 16 Mei 2011 oleh peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah pada hari ke-33 perbicaraan kes dana 1MDB bekas perdana menteri itu.

Muhammad Shafee yang membacakan pernyataan saksi Shahrol Azral berkata, Najib atas kedudukannya sebagai menteri kewangan ketika itu melalui Menteri Kewangan Diperbadankan, menandatangani perjanjian pelaburan tambahan RM1 bilion, usaha sama 1MDB-PetroSaudi menerusi Perjanjian Pembiayaan Murabaha.

Muhammad Shafee: Daripada keterangan kamu tadi, anda mengatakan bahawa lembaga pengarah disarankan tanpa keraguan kepada Pemegang Saham Keutamaan Boleh Tebus Hak Istimewa untuk menandatangani kerana mereka (BOD) cukup gembira dengan hasil mesyuarat PSI di London?

Shahrol Azral: Tidak…mereka berpuas hati hasil mesyuarat bersama PSI itu dan dalam mesyuarat itu dengan Najib sebelum mesyuarat lembaga. Lembaga pengarah berpuas hati bahawa ini adalah selaras dengan apa yang strategik kepada Najib dan juga untuk negara. Saya tidak setuju bahawa lembaga yang menyarankan kepada Najib.

Kepada soalan lain, saksi itu berkata lembaga itu ‘gembira’ dan selesa dengan PSI serta berpuas hati dengan penjelasan Tarek Obaid (CEO PSI) dan Patrick Mahony (pengarah PSI) kepada Najib (Pengerusi lembaga penasihat) semasa lawatan ke pejabat PSI di London pada 16 Mei 2011.

Beliau berkata dia menghadiri kedua-dua mesyuarat antara lembaga 1MDB dan PSI, serta mesyuarat lembaga 1MDB, PSI dan Najib.

Apabila ditanya mengapa RM1 bilion (pinjaman tambahan) tidak dibincangkan dalam resolusi pekeliling pengarah (DCR) 1MDB, saksi itu berkata perkara itu dibincangkan tetapi tidak didokumenkan dalam minit tersebut.

2fb125df7b852dcc9f17062c35602869.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/499009

Jho Low Di Kesan Cuba Beli Harta Di Cyprus Guna Nama Orang Lain - IGP

06.11.2019 - Kuala Lumpur, Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low dikesan dipercayai cuba membeli harta di Cyprus dengan menggunakan nama individu yang tidak dikenali, kata Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador.

Beliau berkata maklumat berkenaan diperoleh selepas pihaknya menahan beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan Jho Low dalam tempoh beberapa minggu lepas.

“Hasil daripada tangkapan, kami berjaya merungkai dan mendapatkan maklumat Jho Low sedang berusaha membeli harta di negara berkenaan.

“Kami ada membuat tangkapan secara diam-diam (beberapa minggu lepas),” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Buku Manual Siasatan Jenayah Komersial dan Buku Arahan Penyiasatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di Maktab Polis Diraja Malaysia di Cheras, di Kuala Lumpur hari ini.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya mendakwa pihak berkuasa menganggarkan RM18.9 bilion aset milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masih belum dikenal pasti setakat ini hingga melibatkan lima negara.

Berdasarkan perkara itu, Abdul Hamid berkata Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (Amla) Bukit Aman giat berusaha mengkaji petunjuk baharu berkaitan Jho Low.

“Pasukan Amla giat bekerja siang dan malam mengkaji petunjuk-petunjuk yang ada (termasuk isu Cyprus ini),” katanya.

b02fd06432e77da0b51c29322f5534ac.jpg


Ditanya, sama ada pihak polis berhubung dengan dengan pihak Cyprus berhubung kes Jho Low yang dilucutkan hak kerakyatannya di Cyprus, Abdul Hamid menjelaskan polis tidak berhubung dengan negara berkenaan setakat ini.

“Saya tidak berkomunikasi dengan pihak Cyprus. Tidak pernah ada, namun mungkin itu adalah tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh sesebuah negara berdaulat,” katanya.

“Sudah tahu individu itu (Jho Low) dikehendaki oleh InterpoI (Polis Antarabangsa) dan notis merah, sepatutnya negara itu akur," katanya.

Abdul Hamid berkata beliau tidak ada komunikasi terus dengan polis negara luar, sebaliknya hanya mengetahui melalui laporan akhbar sahaja.

"Saya sudah katakan, mustahil Jho Low boleh keluar daripada persembunyiannya dari negara itu. Dia masih di situ bersembunyi,” katanya.

c9af1866f3f65127f633d1be73d6988f.jpg


Abdul Hamid berkata beliau juga tidak bermaksud menyamakan Jho Low dengan beruang, sebaliknya alasan yang diberikan Jho Low melakukan pembedahan plastik adalah alasan yang tidak boleh diterima.

“Saya tidak bermaksud sedemikian, alasan-alasan yang diberitahu susah untuk menjejak Jho Low antaranya kemungkinan dia melakukan pembedahan plastik. Itu yang saya bangkitkan di Tawau, Sabah (baru-baru ini).

“Sekiranya alasan dia menjalani pembedahan sehingga boleh berubah, alasan sebegini saya tidak boleh terima,” tegasnya.

Dalam pada itu, ditanya jika polis gagal membawa pulang Jho Low sehingga penghujung tahun ini, Abdul Hamid berkata tahap kesabarannya masih ada dan pihaknya sudah melakukan pelbagai usaha untuk bekerjasama dengan negara berkenaan.

“Tetapi saya amat kecewa apabila permintaan saya tidak dilayan dengan memberikan pelbagai alasan, sedangkan kami sudah beri kerjasama yang baik kepada negara berkenaan,” katanya.

Pada 4 Nov lepas, Abdul Hamid menyifatkan tindakan negara tertentu yang melindungi Jho Low disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab.

Negara berkenaan juga mengambil pendekatan enggan memberi kerjasama kepada Malaysia sekali gus menyukarkan tugas pihak berkuasa.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/498878

Jho Low Di "Sebuah Pulau" Tapi Bukan Cyprus, Polis

06.11.2019 - Kuala Lumpur, Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador hari ini menolak tanggapan Low Taek Jho sedang bersembunyi di Cyprus, beberapa hari selepas pendedahan ahli perniagaan diburu pihak berkuasa itu mendapat pasport Cyprus pada 2015.

Ditanya jika Low yang lebih dikenali sebagai Jho Low, mungkin mendapat perlindungan di Cyprus, beliau berkata tidak.

“Kenapa ke sana? Dia nampak lain, orang dengan senang mengesannya,” katanya dalam sidang media di Maktab Polis Diraja Malaysia di sini, merujuk dakwaan Jho Low sudah menjalani pembedahan plastik.

Ditanya jika beliau tahu Jho Low bersembunyi di mana, Hamid berkata: “Ia ialah sebuah pulau.” Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan butiran lanjut.

Katanya, mustahil untuk Jho Low meninggalkan negara yang dia bersembunyi sekarang, tetapi beliau berjanji akan berusaha sedaya upaya untuk membawanya pulang ke Malaysia berdepan tindakan undang-undang.

“Saya guna banyak cara untuk bawa dia pulang, bukan hanya cara rasmi. Cara separuh rasmi juga.

“Kesabaran saya ada had apabila saya berunding dengan negara itu kerana kami beri kerjasama penuh dalam semua isu berkaitan dasar.

“Saya amat kecewa apabila permintaan saya tidak dilayan dan mereka beri alasan seperti ‘dia menjalani pembedahan plastik’, ‘dia sudah pergi ke Cyprus’ atau ‘dia sudah ke UAE’, yang tidak masuk akal langsung.”

Berdasarkan maklumat yang diperolehinya, Hamid berkata, Jho Low masih berada di negara dipertikaikan itu.

Beliau turut menjelaskan kenyataannya pada 4 Nov lalu, di mana beliau dilaporkan berkata Jho Low kini “nampak seperti beruang dan berjalan seperti lembu liar”.

“Mereka kata ada kemungkinan dia menjalani pembedahan plastik. Itu alasan yang diberikan kepada saya. Jadi, saya cakap di Tawau saya tidak boleh terima alasan yang mereka berikan kerana dunia sangat maju sekarang dan senang untuk menjejaki seseorang.

“Jika alasan yang diberikan ialah dia menjalani pembedahan plastik, saya tanya jika doktor itu amat mahir sehingga dia boleh ubah seseorang kelihatan seperti seekor beruang.

“Saya tak cakap ‘dia nampak seperti seekor beruang’ atau apabila kita nampak dia berjalan dari belakang, dia nampak seperti seekor lembu liar berjalan. Itu maksud saya.”

ABDUL-HAMID-BADOR-11102019-04.jpg


Berita asal https://www.freemalaysiatoday.com/c...di-sebuah-pulau-tapi-bukan-cyprus-kata-polis/

LANGSUNG

Mahkamah berhenti rehat

12.40 tengah hari: Mahkamah ditangguhkan ke 2.30 petang.

12.19 tengah hari: Bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi bersetuju bahawa tiada persamaan tujuan dinyatakan dalam dokumen-dokumen bank atas dakwaan pemindahan 82 million Swiss francs kepada syarikat Jho Low, Good Star Ltd.

12.05 tengah hari: Bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi berkata dia tidak tahu sama wang AS$500 juta (RM2 bilion) yang dipinjamkan 1MDB kepada PSI Holdings pada 2012 benar-benar digunakan untuk membeli saham dalam perniagaan tenaga.

Sebelum itu, Shahrol berkata, berdasarkan dokumen perbankan, kira-kira AS$83 juta daripada pinjaman itu berakhir dalam syarikat Jho Low, Good Star Ltd.

Semasa soal balas peguam bela Muhammad Shafee Abdullah, saksi itu berkata dia tidak pernah melibat bukti dalam dokumen bahawa PSI Holdings menggunakan baki wang itu untuk mendapatkan saham GDF Suez.

Shafee: Kamu ditunjukkan penyata bank PSI Holdings?

Shahrol: Tidak

Shafee: Jadi kamu tidak dapat sahkan bakinya digunakan untuk membeli saham GDF Suez.

Shahrol: Saya tidak dapat sahkan.

Untuk rekod, 1MDB meminjamkan AS$500 juta kepada PSI Holdings, untuk digunakan syarikat usama samanya dengan PetroSaudi Holdings (Cayman) Ltd itu, untuk mendapatkan saham GDF Suez.

Bagaimanapun, berdasarkan dokumen yang diberikan pada mahkamah, Tarek Obaid, yang mengawal PSI Holdings, mengarahkan Swiss Franc 82 million (AS$83 juta) dipindahkan ke akaun peribadinya di JP Morgan.

Tarek juga mengarahkan pegawai perbankan peribadinya memindahkan wang kepada Good Star Ltd melalui akaun di bank RBS Coutts.

Bekas CEO 1MDB hanya ditunjukkan jejak wang ‘peringkat tinggi’

10.45 pagi:
Shahrol Azral Ibrahim Halmi berkata dia hanya ditunjukkan jejak wang “peringkat tinggi”, ke Good Star Limited yang dikaitkan dengan Jho Low dan entiti-entiti milik Aabar BVI.

Bekas CEO 1MDB itu berkata demikian kepada peguam utama pasukan pembelaan Muhammad Shafee Abdullah semasa sesi soal balas.

Shafee bertanya saksi kesembilan pasukan pendakwaan itu sama ada dia ditunjukkan jejak wang berkaitan 1MDB melibatkan pengalihan 82 juta Swiss Franc daripada AS$500 juta.

Pengalihan wang didakwa dilakukan oleh eksekutif Petrosaudi Tarek Obaid.

1MDB meminjam AS$500 daripada AmBank pada September 2010 sebagai sebahagian daripada transaksi melibatkan usaha sama 1MDB-Petrosaudi.

10.40 pagi: Mahkamah diberitahu, kira-kira seminggu selepas 1MDB memindahkan AS$500 juta ke PSI Holdings pada September 2012, untuk dilaburkan dalam syarikat tenaga Perancis, sebahagian daripada wang itu mengalir kepada syarikat Jho Low Good Star Ltd.

Semasa soal balas pasukan pembelaan terhadap bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi, mahkamah diberitahu tentang perincian perbankan berkaitan bagaimana Tarek Obaid, yang mengawal PSI Holdings, mengarahkan pemindahan 82 juta Swiss Franc daripada akaun syarikat itu kepada akaun peribadinya di JP Morgan pada 23 September 2012.

d4fb8f0ae49128875e0752d29a403971.jpg

Tarek Obaid

Tarek juga mengeluarkan arahan kepada pegawai perbankan peribadinya memindahkan wang bersamaan RM340 juta dari akaunnya kepada Good Star Ltd.

Untuk rekod, PSI Holdings ialah syarikat usaha sama MDB danPetrosaudi Holdings (Cayman) Ltd sebelum 1MDB melupuskan sahamnya bernilai AS$1 bilion.

PSI Holdings pada 14 September 2012 menerima AS$500 juta daripada 1MDB sebagai pinjaman untuk dilaburkan dalam syarikat tenaga GDF Suez (sekarang dikenali sebagai ENGIE).

10.25 pagi: "Tangan saya sejuk," kata-kata bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi itu membawa sedikit humor dalam suasana perbicaraan di mahkamah yang biasanya serius.



"Lain kali saya pakai sarung tangan," katanya sambil menggosok-gosok tangannya, mencetuskan ketawa mereka yang mengikuti perbicaraan di mahkamah.

Penterjemah mahkamah kemudian dilihat mengubah suhu pendingin hawa.

9.50 pagi: Bekas perdana menteri Najib Razak masuk ke kandang tertuduh dan perbicaraan bermula.

Ketua pasukan pembelaan Muhammad Shafee Abdullah akan meneruskan pemeriksaan balas dengan bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi, yang merupakan saksi pendakwaan kesembilan.

9.32 pagi: Najib masuk ke mahkamah dan duduk di bahagian depan galeri awam.

Turut dilihat ialah bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi, yang berada di kandang saksi, ketua pendakwaan DPP Gopal Sri Ram bersama timbalan pendakwa raya lain, serta pasukan peguam Najib.

Pemeriksaan balas pasukan peguam Najib sudah melalui hampir separuh daripada pernyataan saksi 270 halaman oleh bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi.

Sebaik sebelum Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Collin Lawrence Sequerah menangguhkan perbicaraan semalam, ketua peguam Muhammad Shafee Abdullah bertanya Shahrol berkenaan perjanjian kemudahan pinjaman terma RM2.5 bilion antara 1MDB dengan AmBank bertarikh 13 September 2010.

Perkara itu dinyatakan di halaman 129 pernyataan saksi Shahrol. Ia menjadi penanda berapa lama lagi masa yang akan diambil untuk peguam membuat pemeriksaan balas terhadapnya.

Shafee menjalankan pemeriksaan balas terhadap Shahrol secara sistematik sejak 7 Oktober lalu, apabila pasukan pembelaan mengambil tempat untuk bertanya saksi utama itu.

e1fbe08f2cdceccdcc81efaa01989270.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/498786

Sekarang Dr M Kata M'sia Tak Tahu Di Mana Jho Low

06.11.2019 - Kuala Lumpur, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan tidak tahu di mana Low Taek Jho berada dan oleh kerana itu tidak mengadakan rundingan dengan ahli perniagaan dikehendaki itu.

Ini bercanggah dengan kenyataan beliau termasuk Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador dan beberapa yang lain sebelum ini yang mendakwa tahu di mana lokasi Jho Low.

Mahathir membuat dakwaan itu dalam satu temu bual dengan akhbar Financial Times (FT), yang diterbitkan secara atas talian hari ini, di luar acara Sidang Kemuncak Asean di Bangkok.

Wartawan koresponden FT Singapura dan Malaysia, Stefania Palma bertanya beliau jika Malaysia sedang menjalankan rundingan dengan Low secara langsung untuk mendapatkan semula aset berkaitan 1MDB.

"Tiada (rundingan dengan Low). Kita tidak mempunyai hubungan dengan dia. Kita tidak tahu di mana dia,"kata Mahathir.

Perkara itu ditanya selepas penyelesaian dicapai antara Low atau lebih dikenali sebagai Jho Low dan pihak berkuasa AS.

Beliau juga tidak memberikan respon secara langsung apabila ditanya sekiranya perjanjian Low dengan Amerika Syarikat - yang akan membawa Jabatan Keadilan AS (DOJ) mendapatkan semula aset dan dana yang dikaitkan dengan skandal itu bernilai lebih AS$ 1 bilion- sebagai sesuatu yang mengejutkan.

"Nah, jumlah (didakwa disalahgunakan dari 1MDB oleh Low) lebih besar. Ini hanya sebahagian daripada wang yang digunakan oleh Jho Low untuk membeli hartanah. Jadi kami masih mahu mendapatkan bakinya".

Perjanjian dengan Amerika Syarikat itu bagaimanapun tidak membebaskan Low dan keluarganya daripada sebarang kesalahan jenayah dalam skandal tersebut.


Low berada di sebuah pulau

Jun tahun lepas, Mahathir menyatakan Malaysia tidak mempunyai perjanjian ekstradisi di negara di mana Low dipercayai bersembunyi.

Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) Daim Zainuddin yang juga penasihat rapat Mahathir pada Ogos tahun lepas juga berkata pihak berkuasa negara ini tahu di mana Jho Low berada.

Baru-baru ini, dilaporkan bahawa Low yang menghadapi pertuduhan di Amerika Syarikat dan Malaysia berhubung kes 1MDB, memperoleh kewarganegaraan Cyprus.

Laporan itu juga mendakwa beliau bersembunyi di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Kedua-dua laporan itu dinafikan Abdul Hamid Bador.

Hamid, dipetik Free Malaysia Today berkata Jho Low kini berada di sebuah pulau.

f5d1f5e5a4dfb26662cec8ce1daf1286.jpg=s660


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/498833

Presiden Cyprus Mahu Pasport Jho Low Di Tarik Balik

05.11.2019 - Kuala Lumpur,
Presiden Cyprus, Nicos Anastasiades bersetuju agar pasport yang diberikan negara itu kepada ahli perniagaan dalam buruan Jho Low ditarik balik.

"Sudah tentu ya," katanya dipetik oleh Cyprus Mail ketika ditanya mengenai perkara itu.

Bagaimanapun, Anastasiades, yang diminta mengulas mengenai laporan bahawa Jho Low diberikan kewarganegaraan walaupun didakwa ada kaitan dengan skandal 1MDB, menambah bahawa siasatan harus dilakukan terlebih dahulu untuk membatalkan pasport Jho Low.

Ditanya mengenai pemberian kewarganegaraan kepada pelabur asing yang meragukan, presiden itu berkata beberapa kes "jelas dengan sendirinya".\

"Dan mungkin ada orang lain [menghendaki kajian semula] yang tidak tampil di depan umum.

"Semua yang diberi kewarganegaraan dengan melanggar kriteria ketat [yang sudah diperbaharui], akan dibatalkan secepat mungkin," tambahnya.

Anastasiades juga mengingatkan agar media tidak memainkan isu berkenaan secara berlebihan.

"Jika, contohnya, daripada 4,000 kewarganegaraan yang diberikan, didapati bahawa 10 atau 15 mungkin tidak wajar, saya tidak fikir ia seharusnya menyebabkan kekecohan hingga menjejaskan negara kita. Ia mungkin cuma kesilapan yang tak disengajakan," katanya.

BACA: 'Mereka kata Jho Low bedah wajah macam beruang, jalan seperti seladang'

Cyprus Mail juga memetik Anastasiades sebagai mempertahankan keseluruhan skim pelaburan yang disokong kerajaan yang Jho Low dan banyak lagi individu kontroversial, telah gunakan untuk mendapatkan pasport Cyprus yang juga memberi mereka status sebagai warga Kesatuan Eropah.

"Malangnya, kita sendiri cuba menghancurkan apa yang telah menjadi pemacu bagi syarikat pembinaan, untuk perkhidmatan yang ditawarkan oleh peguam, akauntan, dan profesion lain.

"Pertumbuhan ekonomi dapat menurunkan pengangguran dengan ketara, dan secara umumnya negara sedang menyaksikan pertumbuhan," katanya.

Akhbar harian Cyprios, Politis pada hari Ahad melaporkan bahawa Jho Low memperoleh pasport Cyprus pada 18 Sept 2015, setelah dia memenuhi kriteria di bawah Rancangan Pelaburan Cyprus (CIP) untuk membuat deposit tunai lima juta euro (RM23 juta) di sebuah bank Cyprus untuk tiga tahun dan pembelian rumah kekal bernilai sekurang-kurangnya 500,000 euro (RM2.3 juta).

Menjawab laporan Politis, Menteri Dalam Negeri Cyprus, Constantinos Petrides semalam berkata kerajaan akan mengkaji semula CIP dan melihat desakan yang mengatakan Jho Low memperoleh kewarganegaraan walaupun pemeriksaan latar belakangnya menimbulkan keraguan.

Jabatan Kehakiman AS (DOJ) percaya bahawa sekurang-kurangnya AS$4.5 bilion telah disalahgunakan dari 1MDB dan kini bekerjasama dengan Malaysia untuk mendapatkan semula dana yang didakwa diseleweng.

Bekas perdana menteri Najib Razak sedang menghadapi perbicaraan berhubung skandal berkenaan sementara Jho Low masih sedang diburu pihak berkuasa.

f61482ce3dc07b35826658a0bd82b27f.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/498675

Jho Low Bukan Pelanggan Kami - Broker Warganegara

05.11.2019 - Kuala Lumpur, Broker kewarganegaraan, Henley & Partners menolak dakwaan ahli perniagaan dalam buruan Jho Low merupakan pelanggan syarikat itu.

Firma berpengkalan di Singapura itu dalam suatu kenyataan kepada Malaysiakini berkata walaupun Jho Low pernah menghubungi mereka pada 2015 tetapi permintaannya telah ditolak.

"Bercanggah dengan apa yang telah dinyatakan dalam pelbagai artikel, Low tidak pernah menjadi pelanggan kewarganegaraan Henley & Partners.
"Ini walaupun dia pernah menghubungi Henley & Partners pada tahun 2015, namun firma kami enggan menerima Low sebagai pelanggan.

"Oleh itu adalah salah menyatakan bahawa Henley & Partners membantu Jho Low memperoleh kewarganegaraan Cyprus," kata firma itu.

Henley & Partners merujuk kepada laporan akhbar di Cyprus, Politis yang mendakwa firma itu membantu Jho Low mendapatkan kewarganegaraan Cyprus dengan mendepositkan wang tunai berjumlah lima juta euro (RM23 juta) dan membeli hartanah bernilai sekurang-kurangnya 500,000 euro (RM2.3 juta).

Firma itu berkata terdapat banyak artikel "mengelirukan" yang mengaitkan mereka dengan Jho Low dan menegaskan syarikat itu tidak pernah didekati oleh mana-mana organisasi media terlebih dahulu bagi penegsahan.

b02fd06432e77da0b51c29322f5534ac.jpg


Firma tersebut juga mendakwa para pelanggan tertakluk kepada pemeriksaan yang ketat sebelum permohonan mereka diserahkan untuk pertimbangan negara berdaulat.

"Penting juga untuk dinyatakan dalam konteks pemerolehan kewarganegaraan Cyprus oleh Low serta dalam kes-kes lain, bahawa kerajaan Cyprus lah yang bertanggungjawab terhadap pemprosesan dan kelulusan permohonan kewarganegaraan.

"Lebih-lebih lagi, kerajaan berada dalam kedudukan untuk membatalkan sebarang kewarganegaraan yang diberikan di bawah program mereka jika terdapat representasi yang salah oleh pemohon," kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Jho Low, yang lari daripada pihak berkuasa Malaysia sejak 2015, didakwa memiliki beberapa passport. Menurut polis Malaysia, dia telah menjalani pembedahan plastik dan kini "kelihatan seperti beruang".

Laporan akhbar Politis telah memalukan kerajaan Cyprus, manakala pemimpin gereja Kristian Ortodoks Cyprus, Ketua Biskop, Chrysostomos II berkata beliau tidak mempunyai kepentingan peribadi untuk mengesyorkan agar Jho Low diberikan kewarganegaraan pada September 2015.

"Dia (pemaju) memberitahu kami dia (Jho Low) membina rumah-rumah di tanah yang dibeli dari kami [gereja]," kata Chrysostomos.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/498707

Mahkamah Di Beritahu Perjanjian Usaha Sama 1MDB-PSI Gagal

05.11.2019 - Kuala Lumpur, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini diberitahu perjanjian usaha sama antara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan PetroSaudi International Ltd (PSI) pada 2009 adalah satu kegagalan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 49, bersetuju dengan kenyataan itu apabila disoal dalam pemeriksaan balas oleh peguam utama Najib Razak, Muhammad Shafee Abdullah pada perbicaraan hari ke-31 kes 1MDB bekas perdana menteri.

Untuk rekod, perjanjian usaha sama yang ditandatangani pada 28 Sept 2009, menyaksikan 1MDB akhirnya membayar AS$1 bilion untuk memperoleh 40 peratus pegangan dalam syarikat itu manakala PetroSaudi Holdings Cayman (sebuah syarikat dikatakan anak syarikat PSI) yang hanya menyuntik aset bernilai AS$108 juta mendapat 60 peratus saham.

0bcf616b8f4c62a409a498e87525a6bd.jpg


Menjawab soalan lain, saksi pendakwaan kesembilan itu tidak bersetuju bahawa dia adalah sebahagian daripada konspirasi untuk meletakkan Najib dalam keadaan terjejas.

Muhammad Shafee: Anda seperti peribahasa Melayu ‘cuba menegak benang basah’, adalah jelas peranan kamu dalam konspirasi itu untuk meletakkan Perdana Menteri (Najib) dalam kedudukan terjejas.

Terdahulu, Shahrol Azral telah digasak berhubung dakwaan minit mesyuarat bertarikh 21 Julai 2010, antara saksi dan Najib disediakan lebih awal oleh Ketua Pegawai Pelaburan (CIO), Nik Faisal Ariff Kamil.

Muhammad Shafee: Nik Faisal telah menyediakan minit mesyuarat pada 21 Julai 2010, sebelum itu, beliau mesti mempunyai bakat istimewa untuk mengetahui apa yang akan berlaku.

Shahrol Azral: Saya tidak dapat mengagak bagaimana keadaan itu, tetapi ini mungkin disebabkan perbincangan awal sebelum mesyuarat berlangsung.
Muhammad Shafee: Anda hanya meneka?

Shahrol Azral: Ya, sama seperti anda menduga Nik Faisal mempunyai bakat istimewa.

f95746af1d0f8d3e55bf8a280bc01448.jpg


Muhammad Shafee menjawab beliau tidak meneka tetapi kesimpulannya datang daripada apa yang didokumenkan sebelum ini.

Saksi itu juga membalas dengan negatif cadangan Muhammad Shafee bahawa dia boleh menjadi sebahagian daripada konspirasi dengan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low dan Nik Faisal.

Terus digasak oleh Muhammad Shafee, saksi itu mengakui Bank Negara Malaysia (BNM) tidak diberitahu mengenai perpindahan dana AS$700 juta kepada syarikat yang dikaitkan dengan Jho Low, Good Star Ltd, dalam satu pertemuan antara bank pusat itu dan wakil 1MDB pada 2010.

Shahrol Azral berkata pada masa itu mereka (1MDB) masih menganggap Good Star adalah sebahagian daripada PSI.

Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah diteruskan, dengan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Kanan yang juga bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/498712

Selepas Hampir Di Kesan, Jho Low Dapat Pasport Cyprus

05.11.2019 - Kuala Lumpur, Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho dilaporkan mendapatkan pasport daripada Cyprus, sebuah negara kepulauan di Mediterranean, ketika pihak berkuasa hampir dapat mengesannya pada 2015.

Menurut akhbar Cyprus Politis, Low mendapatkan khidmat broker pasport dan kewarganegaraan, Henley & Partners, untuk tujuan itu.

Laporan itu turut dipetik laman Sarawak Report, yang merupakan pihak awal mendedahkan skandal 1MDB.

Menurut laporan itu, firma itu sebelum ini mendapatkan pasport daripada sebuah lagi negara kepulauan iaitu Saints Kitts and Nevis untuk Jho Low, tetapi pasport itu telah dibatalkan susulan siasatan antarabangsa terhadapnya, yang dipercayai dalang skandal 1MDB.

Laporan itu berkata Low mendapatkan pasport Cyprus melalui Pelan Pelaburan Cyprus, yang memerlukan pihak yang berminat untuk mendepositkan sejumlah lima juta euro ke dalam bank Cyprus untuk tempoh tiga tahun, dan membeli kediaman kekal bernilai paling kurang 500,000 euro.

Low membeli sebuah villa bernilai lima juta euro di sana pada 23 September 2015 untuk memenuhi syarat itu, kata laporan itu lagi.

Dia tiba di Cyprus pada 18 September 2015 untuk mendapatkan pasport tersebut.

Menurut laporan itu lagi, Low memerlukan pasport alternatif untuk memudahkan pergerakannya ketika penyiasat semakin dapat mengesan jejaknya.

Laporan itu berkata Low diberi pasport itu walaupun pemeriksaan latar belakang terhadapnya membangkitkan beberapa amaran (red flag).

Pemeriksaan itu membangkitkan kebimbangan terhadap status Low sebagai 'politically exposed person' (PEP) serta dakwaan kegiatan pengubahan wang haram, penipuan dan pelanggaran undang-undang.

PEP ditakrifkan sebagai individu yang diberi kepercayaan awam dan lebih berkemungkinan untuk terlibat dengan rasuah dan korupsi ekoran kedudukannya itu.

Laporan itu berkata Henly & Partners tidak memberi respons ketika diminta mengulas perkara itu.

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) percaya sekurang-kurangnya AS$4.5 bilion telah diselewengkan daripada 1MDB dan kini bekerjasama dengan Malaysia untuk mendapatkan semula dana tersebut.

Bekas perdana menteri Najib Razak kini dibicarakan atas dakwaan rasuah sementara Low masih tidak dapat dikesan.

b02fd06432e77da0b51c29322f5534ac.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/498464

Laporan Dakwa Ketua Biskop Cyprus Bantu Percepat Kelulusan Pasport Jho Low

05.11.2019 - Kuala Lumpur, Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau Jho Low, mendapat sokongan Ketua Biskop Cypros Chrysostomos II dalam usahanya mendapatkan pasport dari negara kepulauan Mediterranean itu, menurut satu laporan berita.

Menurut akhbar Cyprus Politis, Chrysostomos II yang merupakan ketua gereja Kristian Ortodoks negara itu dalam sepucuk surat kepada menteri hal ehwal dalam negeri ketika itu Socrates Hasicos bertarikh 1 September 2015, menyatakan permintaannya agar Jho Low diberikan status warga naturalisasi melalui Pelan Pembangunan Cyprus.

Laporan muka depan itu memetik sumber yang berkata penasihat Low yang merujuknya kepada Chrysostomos II, yang mempunyai akses yang diperlukan untuk mempercepatkan status kewarganegaraan negara itu.

Laporan itu mendakwa Chrysostomos II memberitahu Hasicos bahawa Jho Low akan berada di Cyprus pada 18 September tahun itu dan boleh menghadiri pertemuan bagi membincangkan pelaburan di tanah milik gereja.

Dia juga didakwa meminta menteri itu menimbangkan permohonan Jho Low untuk mendapatkan pasport.

Politis berkata setahun sebelumnya, iaitu pada 2014, kerajaan Cyprus memperkenalkan syarat yang lebih ketat untuk naturalisasi atas kebimbangan program itu berisiko disalah guna pihak tidak bertanggungjawab.

Dakwanya lagi, syor oleh Chrysostomos II mungkin telah membantu permohonan Jho Low memandangkan ahli perniagaan itu pada masa itu telah berada dalam perhatian susulan dakwaan penglibatan dalam skandal 1MDB.

Menurut laporan itu lagi, lelaki kelahiran Pulau Pinang itu tiba di Cyprus pada 18 September 2015 dan berjaya mendapatkan pasportnya, yang pada masa sama turut memberikannya status warga Kesatuan Eropah.

Pelaburan di tanah gereja tidak terlaksana tetapi dilaporkan Jho Low memenuhi syarat dengan mendepositkan lima juta euro di bank Cyprus untuk tempoh tiga tahun dan membeli kediaman kekal dengan harga sekurang-kurangnya 500,000 euro.

Semalam, Politis melaporkan Low membeli sebuah villa tidak siap bernilai lima juta euro di Aya Napia pada 23 September 2015 untuk memenuhi syarat itu.

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) percaya sekurang-kurangnya AS$4.5 bilion telah diselewengkan daripada 1MDB dan kini bekerjasama dengan Malaysia untuk mendapatkan semula dana tersebut.

Bekas perdana menteri Najib Razak kini dibicarakan atas dakwaan rasuah berhubung skandal 1MDB.

Hari ini, Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata pihak berkuasa sebuah negara, di mana Jho Low dipercayai bersembunyi, tidak memberi kerjasama kepada polis Malaysia.

Tanpa menamakan negara itu, Hamid berkata pihak berkuasa di sana antara lain memberi alasan Jho Low sudah membuat pembedahan mengubah wajahnya seperti beruang.

“Ada ketikanya dia berjalan akan menyerupai seekor tambadau (seladang). Jadi, bila kita lihat dari belakang, begitulah rupanya. Adakah logik alasan diberikan ini (oleh pihak berkuasa negara itu),” katanya lagi.

6b6de11d34176a0b30616f43af5d479a.jpg=s660


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/498582

Penyelesaian DOJ Tak Bebaskan Jho Low Dari Tuduhan Jenayah

05.11.2019 - Kuala Lumpur, Putrajaya menegaskan bahawa perjanjian penyelesaian AS$1 bilion Jho Low dengan Jabatan Kehakiman AS (DOJ) dalam penyitaan aset berkaitan 1MDB tidak bermakna ahli perniagaan yang kini dalam buruan itu bebas dari tuduhan jenayah.

Dalam penggulungan perbahasan Belanjawan 2020, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata penyelesaian antara Jho Low dan DOJ itu hanya menunjukkan bahawa ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang itu telah melakukan kesalahan.

"Sehingga hari ini, ada orang yang masih menafikan bahawa terdapat masalah dalam 1MDB. Yang berkata 1MDB tak ada masalah, itu satu penipuan.

"Tetapi hakikatnya adalah Jho Low, kawan baik sana (pembangkang) sendiri mencapai penyelesaian untuk membuat bayaran. Kalau tak salah kenapa buat bayaran?" kata ahli parlimen Bagan itu.

"Kerajaan ingin menekankan bahawa pembayaran balik hampir AS$1 bilion tidak bermakan beliau (Jho Low) akan terlepas dari tuduhan jenayah atau salah laku," tegas Lim.

DOJ percaya bahawa sekurang-kurangnya AS$4.5 bilion telah disalahgunakan dari 1MDB dan sedang bekerjasama dengan Malaysia untuk mendapatkan semula dana berkenaan.

Apabila Lim meneruskan perbahasan belanjawannya, Shahidan Kassim (BN-Arau) berdiri dan berkata beliau mendengar Lim memetik "1MDB datang" apabila Najib Razak (BN-Pekan) memasuki dewan.

"Ini adalah mala fide, mahkamah masih belum membuat keputusan mengenai 1MDB," kata Shahidan.

Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof yang bersetuju dengan kenyataan Shahidan meminta Lim menarik balik kenyataannya.

41a90e458285e40469e1fd32a3924587.jpeg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/498584

Cari Jho Low Sampai Lubang Cacing, Kata Muhyiddin

05.11.2019 - Kuala Lumpur, Kerajaan tidak akan berputus asa dalam meneruskan pemburuan terhadap Low Taek Jho, atau Jho Low meskipun terdapat dakwaan wajah ahli perniagaan itu telah dibedah "menyerupai beruang dan jalan seperti seladang", kata Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin.

“Kita tak akan berhenti sampai kita dapat kerjasama dari negara yang kita agak di mana dia (Jho Low) berada dan kalau ada kerjasama Interpol (polis antarabangsa) bantu, perkara itu akan dapat kita selesaikan.

“Tapi apa pun kita tak akan berhenti untuk cari (Jho Low) sampai ke lubang cacing,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen, hari ini.

Muhyiddin berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador berhubung perkembangan terbaru pemburuan Jho Low.

Menurut Abdul Hamid, pihak berkuasa negara di mana lelaki berusia 38 tahun itu dipercayai bersembunyi enggan memberi kerjasama kepada polis Malaysia.

"Antara alasan diberikan mereka, termasuk kononnya dia (Jho Low) sudah mengubah rupanya dengan menjalani pembedahan muka dan menyerupai beruang.

“Muka dia dikatakan sama seperti muka beruang. Saya tidak tahulah, tetapi kononnya dia sekarang sudah mengubah rupa bentuk mukanya,” katanya kepada pemberita dalam satu program di Sabah, seperti dipetik Berita Harian.

Malah menurut Abdul Hamid bukan itu sahaja dakwaan aneh yang dibuat pihak berkuasa negara tersebut.

“Ada ketikanya dia berjalan akan menyerupai seekor tambadau (seladang). Jadi, bila kita lihat dari belakang, begitulah rupanya. Adakah logik alasan diberikan ini (oleh pihak berkuasa negara itu),” katanya lagi, tanpa menyebut secara khusus negara itu.

Pada September lalu, Abdul Hamid berkata polis telah mengenal pasti lokasi Jho Low dan sedang berunding dengan pihak berkuasa negara itu untuk membawanya pulang.

7864bec6159db0a7ae10098862b53257.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/498586

Cyprus Mahu Teliti Semula Cara Jho Low Dapat Pasport

05.11.2019 - Kuala Lumpur, Kerajaan Cyprus akan mengkaji semula Pelan Pelaburan Cyprus yang membantu ahli perniagaan Jho Low mendapat pasport negara itu, di saat penyiasat antarabangsa semakin hampir mengesannya berkaitan skandal 1MDB pada 2015.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Cyprus Constantinos Petrides di Twitter hari ini, berkata kerajaan akan menyiasat isu yang dibangkitkan dalam laporan akhbar negara itu, Politis, bahawa Low mendapat status kewarganegaraan walaupun pemeriksaan latar belakang menimbulkan beberapa amaran (red flag).

Katanya lagi, kerajaan negara itu juga akan menyiasat kes-kes lain yang serupa, di mana individu menyalahgunakan sistem tersebut yang turut membolehkan mereka mendapat status warga Kesatuan Eropah.

Sementara itu, Socrates Hasicos yang menjadi menteri dalam negeri ketika kewarganegaraan diberi kepada Jho Low, menggesa status itu ditarik balik jika terbukti lelaki kelahiran Pulau Pinang itu melakukan jenayah.

Dalam hantaran di Facebook, Socrates berkata ketika kelulusan diberi, polis Cyprus memberitahunya bahawa Jho Low tiada rekod jenayah.

b9a51e007dc8c250ad97f3cd7bab910f.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/498593

Bank Negara Tak Di Maklumkan Wang Melencong Ke Good Star

05.11.2019 - Kuala Lumpur, Perbicaraan Najib Razak yang berdepan 25 pertuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan dana sebanyak RM2.28 bilion memasuki hari ke-30 hari ini.

Bekas presiden Umno dan perdana menteri keenam Malaysia itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, di depan hakim Collin Lawrence Sequerah.

Najib diwakili pasukan peguam bela diketuai Muhammad Shafee Abdullah, manakala pasukan pendakwaan dipimpin bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Gopal Sri Ram.

Hari ini bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi, akan menyambung keterangan dalam sesi soal balas peguam bela tertuduh.


LANGSUNG

12.40 tengah hari: Mahkamah berhenti rehat untuk makan tengah hari.

12.15 tengah hari: Bank Negara tidak dimaklumkan mengenai 'lencongan' dana sebanyak AS$700 juta kepada syarikat dikaitkan dengan Jho Low, Good Star Ltd ketika pegawai bank pusat itu bertemu dengan wakil 1MDB pertengahan 2010.

Saksi, Shahrol Azral Ibrahim Halmi, memberi pengakuan itu semasa menjawab soalan balasa peguam bela Najib, Muhammad Shafee Abdullah.

Sebelum ini dilaporkan dana sebanyak AS$700 juta daripada AS$1 bilion untuk syarikat usahasama 1MDB-Petrosaudi (PSI) - pada 2009 - disalurkan ke Good Star.

Shafee: Mengapa Bank Negara tak dimaklumkan mengenai AS$700 juta itu?

Shahrol: Kami (1MDB) masih menganggap ia (wang tersebut) dikeluarkan untuk PSI.

Bekas CEO 1MDB itu juga mengakui dia menyangka - ketika itu - Good Star adalah sebahagian daripada PSI.

11.24 pagi: Perbicaraan bersambung semula.

11 pagi: Perbicaraan berhenti rehat seketika.

10.56 pagi: Ketua pembelaan Najib menyamakan Shahrol Azral sebagai sebahagian daripada konspirasi untuk meletakkan tertuduh dalam keadaan terjejas (compromised).

Shafee: Kamu macam peribahasa Melayu, cuba menegak benang basah. Memang jelas peranan kamu dalam konspirasi untuk meletakkan perdana menteri dalam posisi compromised.

Shahrol: Saya tak setuju.

Terdahulu semasa menyoal balas saksi berkenaan Shafee mencadangkan minit mesyuarat membabitkan Shahrol dan Najib pada 21 Jul 2010 disediakan lebih awal oleh CEO SRC International Sdn Bhd, Nik Faisal Ariff Kamil.

10.38 pagi: Saksi, Shahrol Azral Ibrahim Halmi, memberitahu Lembaga Pengarah 1MDB mendapatkan nasihat Najib - selaku pengerusi - sebelum melaburkan dananya dalam Projek Suez.

9.53 pagi: Shahrol bersetuju dengan cadangan Shafee bahawa usahasama 1MDB dengan Petrosaudi adalah satu kegagalan.

Saksi kesembilan pendakwaan itu memberitahu mahkamah selepas ditanya sama ada usaha sama 40:60 itu berjaya atau tidak.

9. 30 pagi: Najib memasuki mahkamah dan mengambil tempat.

Turut kelihatan bersedia memulakan prosiding ialah pasukan pendakwaan dan pembelaan.

c9af1866f3f65127f633d1be73d6988f.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/498629

1MDB- Amerika Capai Penyelesaian Dapatkan Semula Aset AS$700J

31.10.2019 - Kuala Lumpur, abatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat telah mencapai penyelesaian untuk mendapatkan semula aset bernilai lebih AS$700 juta yang diperoleh ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho, atau Jho Low, dan keluarganya menggunakan dana yang didakwa diselewengkan dari 1MDB.

Dalam satu kenyataan, DoJ berkata aset itu, masing-masing terletak di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Switzerland.

Dengan muktamadnya penyelesaian itu, bersekali dengan pelupusan kes pelucutan hak sebelum ini, Amerika Syarikat akan memperoleh semula atau membantu dalam pemerolehan aset bernilai lebih AS$1 bilion yang mempunyai kaitan dengan skim pengubahan wang haram antarabangsa dan rasuah 1MDB, menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut ini merupakan pemerolehan terbesar setakat ini di bawah Inisiatif Pemerolehan Aset Kleptokrasi jabatan berkenaan dan pelucutan hak sivil terbesar yang pernah diselesaikan oleh DoJ.

"Perjanjian penyelesaian ini mengakibatkan Low dan keluarganya terpaksa melepaskan beratus-ratus juta dolar yang diperoleh secara haram, yang sepatutnya digunakan bagi manfaat rakyat Malaysia," Penolong Peguam Negara Brian A Benczkowski daripada Bahagian Jenayah Jabatan Keadilan itu dipetik sebagai berkata.

Benczkowski menegaskan ia memberi isyarat bahawa Amerika bukanlah tempat yang selamat bagi pelaburan yang diperoleh melalui rasuah.

Dalam kenyataan berasingan, Jho Low mengesahkan penyelesaian telahpun dicapai dengan kerajaan Amerika berhubung kes pelucutan hak sivil.

Menurutnya, ia "menyelesaikan sepenuhnya dan selama-lamanya setiap tindakan sivil, jenayah dan pentadbiran atau prosiding kerajaan Amerika berkaitan dengan aset defendan yang menjadi isu itu di Daerah Tengah California.

Jho Low, bagaimanapun, menegaskan perjanjian itu tidak sepatutnya dianggap sebagai pengakuan bersalah, liabiliti atau sebarang bentuk salah laku oleh beliau atau pemilik aset.

Dalam kenyataan DoJ itu, peguam Amerika Nicola T Hanna daripada Daerah Tengah California menegaskan jumlah wang yang begitu besar diseleweng daripada 1MDB dengan kesannya ditanggung oleh rakyat Malaysia, dilaburkan secara haram melalui pembelian aset mewah di Amerika dan beberapa negara lain.

"Hasil daripada penyelesaian ini, seorang daripada lelaki yang didakwa berada di tengah-tengah skim besar-besaran ini akan kehilangan semua akses kepada beratus-ratus juta dolar," kata Hanna.

Sementara itu, Penolong Pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Terry Wade berkata penyelesaian dengan Jho Low itu membuktikan komitmen berterusan FBI untuk membanteras habis-habisan penipuan dan sikap mementingkan diri individu yang berkonspirasi untuk memberi rasuah serta memindahkan secara haram dana kepunyaan rakyat Malaysia.

Kenyataan DoJ itu menyebut berdasarkan aduan pelucutan hak sivil, dari 2009 hingga 2015, lebih AS$4.5 bilion dana kepunyaan 1MDB didakwa diseleweng oleh pegawai tertinggi 1MDB dan sekutu mereka, termasuk Jho Low, menerusi konspirasi jenayah membabitkan pengubahan wang haram antarabangsa dan rasuah.

Berdasarkan terma penyelesaian itu, Jho Low, anggota keluarganya dan FFP, sebuah entiti Kepulauan Cayman yang bertindak selaku pemegang amanah yang menyelia aset yang menjadi isu dalam tindakan pelucutan hak ini, bersetuju untuk melepaskan semua aset, tertakluk kepada penyelesaian aduan pelucutan hak, yang mana mereka mempunyai potensi kepentingan.

Aset yang tertakluk kepada perjanjian penyelesaian itu termasuk hartanah di kawasan mewah di Beverly Hills, New York dan London, sebuah butik mewah di Beverly Hills serta berpuluh-puluh juta dolar dalam bentuk pelaburan perniagaan yang didakwa dilakukan oleh Jho Low menggunakan dana yang boleh dikesan asalnya daripada wang 1MDB yang diseleweng.

DoJ berkata aset yang dilucut hak tertakluk kepada penyelesaian itu adalah tambahan kepada aset bernilai hampir AS$140 juta di Amerika yang sebelum ini dilucut hak berkaitan dengan pelaburan Jho Low dalam entiti perniagaan yang mempunyai hubungan dengan Park Lane Hotel di New York, di samping sebuah kapal layar mewah bernilai lebih AS$120 juta, yang dirampas oleh pihak penguat kuasa undang-undang di Indonesia atas permintaan jabatan itu dan diperoleh semula oleh pihak berkuasa Malaysia secara langsung daripada Indonesia.

"Berikutan muktamadnya penyelesaian ini, beberapa aduan pelucutan hak sivil yang timbul daripada konspirasi jenayah 1MDB kekal tertunggak, membabitkan aset yang mempunyai kaitan dengan rakan konspirasi lain yang disyaki," menurut kenyataan itu.

Ia turut merakamkan penghargaan atas bantuan penting yang disediakan oleh Jabatan Peguam Negara Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di samping pihak berkuasa di Singapura, Switzerland serta Luxembourg.

Kenyataan itu turut menyebut Jho Low menghadapi pertuduhan berasingan di Daerah Timur New York kerana berkonspirasi untuk memindah secara haram berbilion dolar yang diseleweng daripada 1MDB; berkonspirasi untuk melanggar Akta Amalan Rasuah Negara Asing dengan memberi suapan kepada beberapa pegawai, dan di Daerah Columbia kerana berkonspirasi untuk membiayai dan menyembunyikan pengagihan semasa kempen pilihan raya presiden Amerika 2012.

"Perjanjian itu tidak membebaskan mana-mana entiti atau individu daripada difailkan atau berpotensi menghadapi pertuduhan jenayah,” kata DoJ.

14010eadbc36ce0bb9a5f10f27b0f5ca.jpg=s660


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/498031

Mata Najib bengkak, bicara sambung Isnin depan

31.10.2019 - Kuala Lumpur, Perbicaraan kes jenayah bekas perdana menteri Najib Razak bersambung lagi hari ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Najib berhadapan empat pertuduhan rasuah menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.28 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.


Malaysiakini membawakan laporan langsung prosiding mahkamah.

4.05 petang - Terima kasih kerana mengikuti laporan langsung kami hari ini.

Liputan oleh Hariz Mohd dan Hidir Reduan Abdul Rashid. Gambar oleh Azneal Ishak. Kemas kini media sosial oleh Ewe Linq Yenn.

Jika anda suka laporan kami, sokong media bebas dengan menyertai program langganan pada kadar serendah RM0.55 sehari. Maklumat lanjut di sini.

Mata Najib bengkak, tak dapat hadir mahkamah - Peguam

2.55 petang - Bekas perdana menteri Najib Razak sekali lagi tidak dapat menghadiri prosiding mahkamah kerana masalah mata.

Hal ini disampaikan oleh peguam bela tertuduh Muhammad Shafee Abdullah kepada Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Collin Lawrence Sequerah ketika persidangan diteruskan petang ini.

Shafee berkata beliau menerima panggilan daripada Najib memaklumkan tentang alahan yang terkena kepada kedua-dua matanya.

Jelasnya, ketika itu beliau sedang menuju ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dari Mahkamah Persekutuan di Putrajaya selepas 11.15 pagi tadi.

"Saya menerima panggilan daripada Najib berkata (dia berjumpa dengan seorang) doktor di ISEC (Pusat Pakar Mata Antarabangsa).

"Dia terpaksa pergi ke sana lagi kerana kedua-dua matanya bengkak, yang menjadi lebih buruk. Mensyaki ia adalah konjuntivitis, dia pergi berjumpa doktor, dan doktor itu pula mencurigai ia bukan konjuntivitis.

"Keputusan ujian menunjukkan bahawa dia alah kepada beberapa hal yang perlu disiasat," kata Shafee.


Shafee menjelaskan bahawa esok pagi, Najib akan menjalani ujian darah penuh dan bergantung kepada keadaannya, beliau (Najib) mungkin tidak dapat melawat jentera BN di Tanjung Piai yang menghadapi pilihan raya kecil akan datang.

Peguam itu berkata beliau mempunyai Surat Perubatan (MC) cuti satu hari untuk Najib dan gambar-gambar mikroskopis mata bekas perdana menteri, yang telah dikongsi bersama dengan Mahkamah Tinggi serta pendakwaan.

"Gambar-gambar mikroskopik kedua-dua mata, anda boleh lihat di situ, dilampirkan gambar-gambar tersebut.

"Hanya tiga pihak sahaja (termasuk mahkamah dan pendakwaan yang) mempunyai gambar ini.

"Saya harap kami akan melindungi (gambar ini) supaya ia tidak sampai ke Internet dan menjadi bahan Halloween (yang disambut pada 31 Oktober)," kata Shafee.


Shafee berkata Najib meminta maaf kepada mahkamah kerana tidak dapat datang.

Katanya lagi, bengkak di mata Najib itu dapat dilihat di sekeliling matanya sehingga ia tidak dapat ditutup oleh cermin mata hitam.

Ketua pendakwaan DPP Gopal Sri Ram tidak menimbulkan sebarang bantahan berhubung hal tersebut, manakala hakim Sequerah membenarkan prosiding hari ini ditangguhkan ke Isnin minggu depan.

Selepas prosiding, Shafee memberitahu media bahawa anak guamnya berada dalam kesakitan akibat keadaan mata beliau.

"Ia amat menyakitkan terutamanya apabila terdedah kepada cahaya atau cahaya matahari. Ia bukan hanya mata, tetapi bahagian sekeliling matanya yang membengkak," kata Shafee.

Ini bukan kali pertama kesihatan mata Najib menjadi sebab penangguhan perbicaraan kes jenayahnya.

Perbicaraan kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International pada 14 Ogos lalu ditangguhkan akibat konjunktivitis mata, dan perbicaraan kes 1MDB RM2.28 bilion pada 11 September lalu juga ditangguhkan akibat konjunktivitis.

2.45 petang - Prosiding bermula tanpa tertuduh Najib Razak.

2.43 petang - DPP Gopal Sri Ram dan peguam bela Shafee Abdullah keluar dari kamar Hakim Collin Lawrence Sequerah.

Kelibat Najib Razak masih tidak kelihatan di mahkamah


Najib belum kelihatan di mahamah

2.35 petang - Peguam bela utama Muhammad Shafee Abdullah dan ketua pendakwaan DPP Gopal Sri Ram kelihatan memasuki kamar Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah.

Tertuduh bekas perdana menteri tidak kelihatan di mahkamah setakat ini.

Perbicaraan kes Najib yang masuk hari ke-28 dijangkakan bermula jam 2.30 petang ini dan bukan seperti biasa pada jam 9.30 pagi.

Semalam, peguam bela tertuduh Muhammad Shafee telah memohon tarikh perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Collin Lawrence Sequerah.

Shafee memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau perlu menghadiri rayuan di Mahkamah Persekutuan pagi ini berhubung dengan kes pengedaran dadah di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Apabila prosiding di hadapan hakim Sequerah disambung semula pada petang ini, Shafee akan meneruskan pemeriksaan balas terhadap saksi pendakwaan kesembilan, bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi.

6f6954835702bac535ef03dbd15ccd62.jpg=s660


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/498073

Jho Low Dapat Suaka, Kini Di UAE

31.10.2019 - Kuala Lumpur, Ahli perniagaan dalam buruan Jho Low dilaporkan menetap di Emeriah Arab Bersatu (UAE) walaupun memperoleh suaka daripada negara lain.

Dia dilapor berperoleh suaka itu atas alasan berdepan “pendakwaan politik” dan atas sebab hak asasi manusia.

Jurucakap Low mengesahkan anak Pulau Pinang itu sedang berada di UAE dan bergerak antara Timur Tengah dan Eropah sejak Jun lalu, lapor The Malaysian Insight.

Jurucakap itu sebelum ini dilaporkan berkata, Low turut menghabiskan masa di Kuwait, Arab Saudi dan negara Timur Tengah lain - di mana dia mempunyai “hubungan rapat dengan kerabat diraja” negara itu.

Portal itu turut memetik akhbar Singapura Straits Times dan sumber-sumber yang berkata Low diberikan suaka pada Ogos lalu bawah Pengisytiharan Universal Hak Asasi Manusia dan Konsenyen Eropah berkaitan Hak Asasi Manusia.

Memetik sumber dalam bidang undang-undang, Low dilapor ditawarkan suaka susulan tindakan kerajaan Malaysia yang didakwa melakukan tindakan politik dan melanggar hak asasi manusia terhadapnya.

Satu lagi sumber dalam bidang sama berkata Low kini dilindungi undang-undang anatarabangsa, seperti dinikmati Zakir Naik atas alasan mengelakkan mereka mendapat pertuduhan tidak adil di negara asal.

Low dikehendaki di beberapa negara susulan peranannya dalam skandal 1MDB.

Hari ini, dia dilaporkan berjaya mencapai kesepakatan dengan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat untuk memulangkan aset bernilai US$700 juga yang didakwa diperoleh dengan menyalahgunakan wang 1MDB.

Polis bulan lalu berkata Low menggunakan kekayaanya untuk membeli pengaruh dan bergerak bebas di negara yang tidak didedahkan.

Malaysiakini sudah menghubungi wakil Low susulan laporan itu dan sedang menunggu maklum balasnya.

c9af1866f3f65127f633d1be73d6988f.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/498069

Dua Pengarah Petrosaudi Dapat "Komisen" AS$85J Dari Gold Star

30.10.2019 - Kuala Lumpur, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa dua individu utama dalam usaha sama 1MDB-Petrosaudi dibayar sejumlah AS$85 juta sebagai "komisen" oleh Good Star Ltd, sebuah syarikat dikawal Jho Low.

Mereka ialah warga Arab Saudi Tarek Obaid dan warga Switzerland Patrick Mahoney. Kedua-duanya ialah pengarah Petrosaudi International pada masa itu.

Perkara itu dinyatakan bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi ketika pemeriksaan balas dengan peguam Muhammad Shafee Abdullah hari ini.

Shafee menunjukkan penyata bank JP Morgan yang memaparkan bayaran AS$85 juta (RM366 juta mengikut kadar tukaran semasa) oleh Good Star Ltd ke akaun yang didaftarkan dengan nama "Tarek Hussain Obaid".

Shahrol juga ditunjukkan dokumen yang menyatakan Tarek kemudian membayar AS$33 juta kepada Mahoney.

Shafee memberitahu transaksi itu dibuat lima hari selepas Good Star menerima AS$70 juta daripada 1MDB. Shahrol setuju dengan kenyataan itu, tetapi berkata tidak tahu tentangnya ketika ia berlaku.

Shafee: Adakah ini komisen yang sebenar atau pencurian terang-terangan?

Shahrol: Tidak cukup maklumat untuk mengatakannya.

Shafee: Berapa peratus (komisen)?

Shahrol: Lebih sedikit daripada 10 peratus.

Shafee: Itu cukup tinggi untuk satu usaha sama.

Shahrol: Ya.

Shafee: Anda tahu Tarek Obaid ialah pengarah PetroSaudi. Adakah dia beritahu dia dapat wang ini daripada usaha sama itu?

Shahrol: Tidak.

Terdahulu, mahkamah diberitahu bahawa 1MDB sepatutnya menyumbang AS$1 bilion untuk menyertai syarikat usaha sama dengan Petrosaudi International.

Bagaimanapun hanya AS$300 juta yang pergi ke syarikat itu, dengan baki AS$700 juta dipindahkan ke Good Star Ltd.

Ketika Shafee bertanya Shahrol jika dia membuat pemeriksaan sama ada sumbangan 1MDB itu disalurkan ke projek usaha sama tersebut, Shahrol berkata dia tidak dapat berbuat demikian.

"Kami telah cuba...Kami sering dihalang oleh Mahoney dan Tarek," kata Shahrol.

ce15d22caeb46930abd629d88bbaa5bc.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/497940

Mungkin Silap Saya Anggap Kena Dengar Najib Dalam Semua Hal 1MDB

29.10.2019 - Kuala Lumpur, Bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa mungkin salahnya 'mendengar' cakap Najib Razak dalam hal berkaitan dengan dana syarikat milik negara itu.

Shahrol Azral, 49, saksi dalam kes membabitkan Najib, yang disoal peguam Muhammad Shafee Abdullah semasa pemeriksaan balas mengenai sama ada beliau mempunyai kewajipan fidusiari terhadap bekas perdana menteri itu, berkata: 'Ya'.

Saksi itu kemudian diminta oleh peguam untuk mengemukakan apa-apa dokumen yang menyatakan bahawa beliau mempunyai kewajipan fidusiari kepada pengerusi lembaga penasihat.

Shafee: Adakah kamu tahu tugas fidusiari kamu hanya kepada 1MDB, sebagai sebuah syarikat, malah bukan kepada pemegang saham? Ini undang-undangnya.

Shahrol Azral: Saya tidak tahu.

Shafee: Bolehkah kamu tunjukkan sebarang dokumen yang menyatakan kamu mempunyai tanggungjawab fidusiari kepada pengerusi lembaga penasihat?

Shahrol Azral, bagaimanapun tidak dapat mengemukakan dokumen berkenaan.

Shafee: Kerana kamu tidak faham konsep undang-undang syarikat, saya katakan kepada kamu bahawa kamu tidak faham mengenai undang-undang syarikat.

Shahrol Azral: Mungkin saya silap untuk menganggap bahawa saya patut mendengar Datuk Seri Najib dalam semua hal berkaitan 1MDB.

Peguam itu kemudian menyoal saksi sama ada Najib pernah memintanya untuk hanya mendengar lembaga penasihat dan tidak melaporkan kepada lembaga pengarah.

"Tidak, beliau tidak pernah. Kalau boleh saya tambah, beliau juga tidak pernah berkata ‘Shahrol (Azral) dengar kepada lembaga pengarah sahaja, jangan dengar cakap saya’,” kata saksi itu.

Shafee kemudiannya merujuk kepada minit mesyuarat pada Oktober 2009, yang menyatakan Najib sebagai pengerusi lembaga penasihat.

Shahrol Azral berkata dokumen berkenaan disediakan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.

Shafee: Jho Low nampaknya tahu apa yang PM mahu cakap.

Shahrol Azral: Ya, menarik bukan.

Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dari dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.

06dfa46c1ac20829f77f48dee608da22.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/497822

Jho Low Seperti Musang Jaga Ayam, Kata Peguam Najib

29.10.2019 - Kuala Lumpur, Peguam Najib Razak hari ini menyifatkan ahli perniagaan yang dikaitkan dengan 1MDB, Jho Low sebagai musang yang diberi tugas menjaga ayam.

Muhammad Shafee Abdullah berkata demikian ketika menyoal balas bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi semasa perbicaraan terhadap bekas perdana menteri itu, yang memasuki hari ke-26.

Shahrol, yang muncul di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebagai saksi pendakwaan ke-9, berkata 1MDB pada tahun 2010 menghadapi masalah terhadap usaha sama dengan PetroSaudi Holdings (Cayman) Ltd.

Shahrol memberitahu selepas mengadakan pertemuan dengan Najib, yang ketika itu pengerusi penasihat lembaga 1MDB pada 16 Okt 2009, beliau bertemu Jho Low, mendapatkan minit mesyuarat antaranya dengan Najib dan kembali kepada lembaga pengarah 1MDB.

Keterangan itu menimbulkan kemarahan Shafee, yang mengatakan ia seolah-olah meminta musang menjaga ayam.

Shafee: Adakah salah jika saya kata Jho Low adalah musang yang menjaga ayam?

Shahrol: Saya melihatnya sebagai pelancar kerja (facilitator) untuk Najib. Kini seakan dia (Jho Low) juga melancarkan penyelewengan (wang) daripada 1MDB.

Untuk makluman, pada tahun 2009, pengurusan 1MDB menghadapi masalah selepas ia memindahkan AS$ 700 juta ke akaun syarikat lain sedangkan ia sepatutnya membayar jumlah yang sama kepada Petrosaudi International.

Bayaran itu bertujuan menyelesaikan hutang yang dilakukan syarikat usaha sama mereka yang dipanggil sebagai 1MDB-Petrosaudi Ltd, yang dikatakan hasil suntikan aset daripada Petrosaudi.

Shahrol sebelum ini memberi keterangan bahawa Petrosaudi memaklumkan kepada 1MDB bahawa akaun RBS Coutts Bank adalah milik anak syarikat Petrosaudi.

Bagaimanapun, ini dibuktikan sebagai pembohongan apabila Shahrol kemudian mengetahui akaun itu sebenarnya milik Good Star Ltd, yang merupakan syarikat yang dimiliki oleh Jho Low.

Saksi setuju salah ikut arahan Najib

Sementara itu, ketika perbicaraan, mahkamah turut mendengar pengakuan Shahrol bahawa adalah salah baginya mengikut arahan Najib dalam menerajui syarikat itu.

Pengakuan itu dibuat selepas sesi soal jawab yang panas antara Shafee dan saksi berkenaan, apabila peguam berkenaan memberi tekanan terhadap tugas fidusiari Shahrol dalam syarikat itu.

Shafee berkata, tidak ada mana-mana peruntukan dalam Memorandu dan Artikel Penubuhan 1MDB yang meletakkan CEO 1MDB mempunyai kewajipan fidusiari kepada pengerusi lembaga penasihat.

Beliau turut mencadangkan Shahrol adalah orang yang telah merosakkan pemahaman mengenai undang-undang syarikat.

"Mungkin saya salah untuk menganggap bahawa Datuk Seri Najib adalah seseorang yang saya terpaksa dengar dalam melaksanakan semua tugas-tugas ini," akui Shahrol.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung esok pada jam 11 pagi.

ba4ee144ceff17c294c9e0f8be203814.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/497808

BOD 1MDB Tak Di Maklumkan Dana JV AS$1B Di Pecahkan

29.10.2019 - Kuala Lumpur, Lembaga pengarah (BOD) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak dimaklumkan mengenai keputusan untuk memecahkan dana AS$1 bilion untuk syarikat usaha sama (JV) 1MDB-PetroSaudi International Ltd (PSI) kepada AS$300 juta dan AS$700 juta, dengan jumlah besar kepada Good Star Ltd.

Sebelum itu, saksi dalam perbicaraan kes membabitkan Najib Razak, maklumkan Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur bahawa AS$700 juta telah dipindahkan ke akaun Good Star Ltd, syarikat yang pada mulanya dikatakan sebagai anak syarikat PSI tetapi kemudiannya didedahkan sebagai syarikat yang dikuasai ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi berkata persetujuan lembaga pengarah tidak diperoleh sebelum dana berkenaan dipecahkan disebabkan kekangan masa dan “kerana ia perlu dilakukan”.

Semasa ditanya peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah, semasa pemeriksaan balas, saksi itu berkata berdasarkan kepada Resolusi Pekeliling Pengarah (DCR), lembaga pengarah sebelum itu telah meluluskan sejumlah wang (AS$1 bilion) untuk dibayar hanya kepada syarikat JV yang akan menerima satu bilion saham.

Shahrol Azral bagaimanapun tidak dapat menamakan individu di sebalik keputusan untuk memecahklan dana tersebut, yang bertentangan dengan DCR.

"Saya telah bersetuju untuk memecahkannya dengan andaian ia boleh dilakukan dan memandangkan Jho Low rapat dengan Najib Razak, dan pada masa itu, dalam fikiran saya ‘ini suatu yang perlu dilakukan dan semua dalam keadaan baik’.

"Casey Tang (Pengarah Eksekutif 1MDB) meyakinkan saya yang tidak mengapa (dipecahkan) dan kami akan memaklumkan lembaga pengarah kemudiannya," kata saksi pendakwaan itu.

Terdahulu, saksi itu berkata pemecahan wang US$1 bilion itu berlaku selepas Casey membawa dokumen yang ditandatangani CEO dan pengasas bersama PSI, Tarek Obaid untuk meminda beberapa klausa dalam perjanjian JV.

Shahrol Azral berkata beberapa pindaan itu termasuk perubahan akaun bank JV daripada Banca Della Svizerra Italiana (BSI) Bank kepada JP Morgan dan US$700 juta akan dibayar kepada PSI.

Saksi itu tidak bersetuju dengan cadangan Muhammad Shafee bahawa beliau mengetahui mengenai pemecahan dana tersebut dan keputusan memecahkan pembayaran US$1 bilion untuk syarikat JV kepada AS$700 juta dan US$300 juta sebagai cuai.

"Ia hanya mengenai bagaimana pembayaran dibuat kepada syarikat JV, Casey meyakinkan saya dan dengan niat baik, saya menerimanya dan ia bukan cuai, keputusan dibuat berdasarkan apa yang saya tahu dan percaya pada masa itu," katanya.

Shahrol Azral berkata beliau tidak berminat untuk membaca laporan 1MDB disediakan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) yang telah menuduhnya terlibat dalam pemindahan AS$700 juta dana 1MDB kepada Good Star milik Jho Low pada 2009.

"Saya mengimbas dokumen itu tetapi ia mempunyai maklumat tidak lengkap. DOJ tidak bertanya langsung kepada saya (mengenai 1MDB). Jadi lebih baik saya membiarkan pihak berkuasa Malaysia menyiasat dan melaporkan," katanya..

Menurut laporan itu, Sharol Azral memaklumkan, DOJ menggelarnya ‘1MDB Official Number 2’ manakala Casey Tang ‘1MDB Official Number 1’.

Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dari dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung.

fa20e55b84635463cfd4c6b19ba353c7.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/497801

Genting Mahu Jual Kapal Mewah Jho Low Pada Harga AS$200J

20.10.2019 - Kuala Lumpur, Genting Group sedang berusaha untuk menjual semula kapal mewah yang pernah dimiliki oleh ahli perniagaan dalam buruan Jho Low pada harga yang lebih tinggi.

Ia hanya enam bulan selepas Genting membeli kapal tersebut daripada kerajaan.

Syarikat kapal mewah Camper & Nicholsons dipetik The Business Insider berkata bahawa harga yang diminta untuk kapal itu ialah AS$200 juta.

Ini adalah AS$74 juta lebih tinggi daripada AS$126 juta yang dibayar Genting untuk membeli kapal mewah itu daripada Putrajaya.

Kapal mewah itu dahulunya dikenali sebagai Equanimity sebelum Genting menamakannya semula menjadi Tranquility.

Low dituduh menggunakan AS$250 juta yang diselewengakan daripada 1MDB untuk membeli kapal mewah itu.

Ia disita oleh pihak berkuasa Indonesia pada 2018 dan diserahkan kepada Malaysia selepas Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran negara.

Sejak dibeli oleh Genting, kapal mewah itu telah disewa, termasuk oleh selebriti Kylie Jenner yang merayakan ulang tahun hari lahirnya di atas kapal itu.

Kapal persiaran mewah itu boleh disewa sekitar AS$1.2 juta seminggu.

equanimity_31_0708_1.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/496610

Malaysia, Goldman Bincang Gugur Tuduhan Berkaitan 1MDB

17.10.2019 - Kuala Lumpur, Goldman Sachs mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa Malaysia untuk menggugurkan dakwaan jenayah terhadap tiga anak syarikat bank yang dikaitkan dengan skandal 1MDB, kata pendakwa tertinggi negara-negara Asia Tenggara kepada Nikkei Asian Review.

Penyiasat Malaysia dan AS berkata kira-kira AS$ 4.5 bilion telah disalahgunakan daripada dana pelaburan negara yang kini tidak berfungsi, 1MDB.

Tahun lepas, Malaysia memfailkan tuduhan jenayah terhadap Goldman atas peranannya sebagai penaja jamin dan pengatur tiga jualan terbitan bon AS$ 6.5 bilion untuk 1MDB.

Pendakwa raya di Malaysia pada Ogos memfailkan tuduhan jenayah terhadap 17 pengarah dan bekas pengarahnya.
"Kami telah mengadakan beberapa mesyuarat awal, tetapi perbezaan masih sangat luas," lapor Nikkei pada Khamis yang memetik Peguam Negara Malaysia, Tommy Thomas.

"Kedua-dua tuduhan jenayah dan rundingan penyelesaian berlaku serentak. Ia tidak saling berhubungan," katanya seperti dilapor Reuters.

Kedua-dua pihak tidak dapat mencapai persetujuan mengenai jumlah pampasan dalam dua pusingan perbincangan, kata Thomas.

Usaha untuk mendapatkan komen Thomas dan pegawai di pejabatnya tidak berjaya.

Selasa lalu Goldman Sachs berkata ia berbincang dengan kerajaan dan pihak berkuasa mengenai kemungkinan penyelesaian siasatan berkaitan 1MDB.

Bank AS tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.

4f8441184c6f8da59fbc2dc1a5b6c5ae.jpeg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/496306

Bekas CEO 1MDB Setuju Najib "Maharaja 1MDB"

17.10.2019 - Kuala Lumpur, Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi hari ini bersetuju dengan cadangan bahawa Najib Razak adalah seperti 'maharaja' dalam 1MDB ketika menjadi perdana menteri dan pengerusi lembaga penasihat syarikat itu.

Beliau berkata demikian ketika disoal balas oleh peguam bela utama, Muhammad Shafee Abdullah dalam perbicaraan terhadap terhadap Najib di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Shafee cuba membuktikan tahap kuasa Najib dalam 1MDB dan berkali-kali mencadangkan bahawa beliau hanya memberi nasihat tetapi Shahrol menegaskan sebaliknya, dengan mendakwa lembaga 1MDB akan memenuhi kehendak Najib.

Shafee kemudian berkata berdasarkan kenyataan Shahrol, saksi itu telah meletakkan bahawa "Perdana Menteri sebagai maharaja 1MDB - Tiada semak dan imbang".

Shahrol kemudian menjawab: "Saya akan mengatakan ya".

Shahrol kemudian memetik Perkara 117 Memorandum dan Artikel Penubuhan (M & A) yang mengatakan sebarang keputusan berkaitan dengan komitmen kewangan 1MDB, pelaburan dan penyusunan semula memerlukan kelulusan perdana menteri.

Shafee mencadangkan bahawa ini adalah seperti "kuasa veto", di mana perdana menteri boleh menyekat sebarang keputusan oleh lembaga 1MDB sekiranya perlu.

Bagaimanapun, Shahrol berkata ini berdasarkan tafsirannya semasa bekerja secara rapat dengan bekas perdana menteri itu.

Shafee: Tafsiran kamu sama sekali lemah, kamu tidak betul-betul menasihati perdana menteri mengenai kuasanya di bawah 1MDB.

Shahrol: Tetapi kuasa adalah pada dia.

Shafee: Kamu tidak betul-betul menasihatinya tentang kuasa sebagai pengerusi (lembaga penasihat).

Shahrol: Saya tidak pernah lakukannya.

Sebelum itu, Shahrol memberi keterangan bahawa Najib memakai 'tiga topi' (tiga jawatan), iaitu perdana menteri, menteri kewangan dan lembaga pengerusi penasihat.

Shafee mencadangkan di bawah Perkara 117 M & A, ia bermaksud bahawa lembaga pengarah hanya boleh mendapatkan nasihat daripada Najib sebagai pengerusi lembaga penasihat jika mereka "tersekat" dalam membuat keputusan.

Beliau menambah lembaga penasihat kemudiannya boleh mengeluarkan nasihat secara bertulis atau dijemput menghadiri mesyuarat lembaga pengarah tetapi tidak terikat kepada mana-mana nasihat yang diberikan.

Bagaimanapun, Shahrol berkata, walaupun peraturan ditetapkan sebegitu, namun realitinya adalah berbeza.

"Saya hanya boleh memberi keterangan kepada apa yang telah berlaku dan apa yang telah berlaku pada masa itu, untuk diri sendiri, kami mengambil kira minit ini diambil dan ditandatangani oleh Najib sebagai arahan dari perdana menteri dan kami sebagai pengarah bertanggungjawab untuk melaksanakan hasratnya.

"Sama ada ia mematuhi peraturan -. Ia adalah adil untuk kamu membangkitkan ini. Tetapi apa yang berlaku dari tahun 2009 sehingga 2013, apabila saya meninggalkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, saya terus melihat Najib memiliki kuasa mutlak dalam 1MDB," katanya .

Shafee kemudian memberitahu Shahrol bahawa dia mendapati perkara itu menjadi "tunggang terbalik".

"Itulah sebab mengapa 1MDB karam," katanya yang kemudian dijawab Shahrol: "Saya hanya boleh beritahu kamu apa yang berlaku".

Najib menghadapi 25 tuduhan pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kuasa berhubung dakwaan penyelewengan RM2.28 bilion daripada dana 1MDB.

Perbicaraan dilakukan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Collin Lawrence Sequerah.

c2765ed7041b557c6a8eced9d3832d53.jpg=s660=s660


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/496310

Panggilan Telefon Najib Tidak Di Rekod Dalam Mesyuarat BOD

16.10.2019 - Kuala Lumpur, Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini diberitahu bahawa bekas pengarah dan pengerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Tan Sri Mohd Bakke Salleh mengarahkan supaya perbualan telefon antara beliau dengan Datuk Seri Najib Tun Razak semasa mesyuarat usahasama 1MDB-PetroSaudi International Ltd (PSI International) pada 2009, tidak direkodkan.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi berkata, Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah (BOD) 1MDB yang dipengerusikan oleh Mohd Bakke pada 26 September 2009 itu diadakan bagi membuat keputusan sama ada pihak lembaga akan meneruskan usahasama antara dua syarikat berkenaan.

Semasa pemeriksaan balas oleh ketua pihak pembelaan Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Shahrol Azral, 49, berkata, mesyuarat itu turut dihadiri oleh ahli perniagaan yang sedang diburu Low Taek Jho atau Jho Low, atas jemputannya.

“Saya jemput Jho Low ke mesyuarat itu supaya dia dapat memberikan penjelasan terus kepada BOD mengenai intipati yang berkaitan PSI International, bagaimana ia adalah inisiatif Government-to-Government (G2G) dan bagaimana ia boleh muncul. Di awal mesyuarat lagi Mohd Bakke menerima panggilan telefon, yang didail oleh Jho Low, sebelum diserahkan kepadanya.

“Sebaik menerima telefon daripada Jho Low, Mohd Bakke berkata, ‘PM’ kepada kami, dan terus meninggalkan kami di bilik itu. Apabila dia kembali saya tidak ingat dengan tepat kata-katanya, tapi yang penting adalah dia beritahu yang dia bercakap dengan Datuk Seri Najib, dan dia (Najib) beritahunya bahawa ia adalah inisiatif G2G, tidak boleh dilewatkan, atau katanya ‘disegerakan’,” katanya.

Saksi pendakwaan kesembilan itu berkata, semasa Mohd Bakke memberikan maklumat berkenaan kepada BOD, mereka menganggapnya sebagai sesuatu yang amat penting, yang membawa kepada jumlah soalan yang sedikit sahaja yang dibangkitkan oleh BOD mengenai penilaian aset.

“Mohd Bakke kemudiannya mengarahkan supaya panggilan telefon itu tidak direkodkan dalam minit mesyuarat. Kalau tidak silap, saya malah mencadangkan supaya audio mesyuarat dirakam, namun dia (Mohd Bakke) tidak bersetuju,” katanya.

Semasa ditanya lagi oleh Muhammad Shafee, Shahrol Azral menjelaskan bahawa 1MDB meneruskan usaha sama 1MDB-PSI itu, tanpa mengesahkan nisbah pemegang saham antara dua syarikat.

“Ketika itu kami sudah ada penilaian indikatif yang membolehkan kami melaksanakan penilaian lebih terperinci kemudiannya. Perkara utama yang penting di sini ialah ia memang sebenarnya transaksi G2G, di mana Najib mahukan supaya ia berjalan lancar, dan perkongsian dengan Saudi adalah amat penting sekali.

“Pemilikan saham sudah mencapai nisbah 60:40, namun rasionalnya ialah 40 peratus milik kami akan dicairkan sekiranya penilaian mereka lebih tinggi. Kami meneruskannya berdasarkan G2G dan kami akan mempunyai keupayaan untuk merundingkannya lagi selepas itu,” katanya.

Shahrol Azral berkata, BOD meneruskannya dengan asas bahawa ini adalah pihak yang baik dan diiktiraf oleh Najib.

Terdahulu, semasa ditanya peguam, saksi itu bersetuju beliau tidak dapat mengesahkan rekod sejarah PSI International sebelum membentangkan maklumat mengenai syarikat tenaga itu kepada BOD.

Shahrol Azral berkata, PSI International mendakwa mereka memiliki projek di Eropah, Amerika Latin, dan Asia Tengah, berdasarkan kepada maklumat ringkas syarikat yang disediakan, namun dia tidak pernah berusaha mendapatkan bukti yang cukup.

“Saya tidak lihat sebarang laporan tahunan, kami banyak bergantung kepada makluimat yang diserahkan oleh PSI,” katanya.

Saksi utama pihak pendakwaan itu juga tidak menolak kemungkinan bahawa Najib mungkin ditipu oleh Jho Low, yang digambarkan beliau sebagai “Pengarah Orkestra”.

“Sejujurnya sukar bagi saya membuat komen daripada ruang saya yang terbatas. Kerja-kerja manipulasi dilakukan dengan penyamaran yang yang baik seperti “ini untuk kebaikan negara, untuk kebaikan perdana menteri”, tapi saya tidak tahu apa yang perdana menteri tahu ketika itu, jadi sukar utnuk saya beri sebarang komen,” katanya.

Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan juga menghadapi 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.

1MDB-COURT.jpg


Berita asal https://selangorkini.my/2019/10/panggilan-telefon-najib-tidak-direkod-dalam-mesyuarat-bod/

Hakim Tegur Najib Tidak Hadir Mahkamah

15.10.2019 - Kuala Lumpur, Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditegur oleh Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah hari ini kerana tidak hadir pada perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada sebelah tengah hari, yang menyebabkan hakim berkata, harap “ini kali terakhir keadaan ini berlaku”.

Perbicaraan hari ini ditangguhkan kerana bekas perdana menteri itu dijangka menyampaikan ucapan berhubung Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat petang ini.

Ini dimaklumkan oleh peguam bela utama Najib iaitu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kepada Hakim Sequerah apabila prosiding sebelah tengah hari bermula bahawa anak guamnya tidak dapat hadir di mahkamah disebabkan keadaan yang tidak dapat dielakkan.

“Semasa slot untuk Barisan Nasional pagi ini, slot anak guam saya sebagai Ahli Parlimen Pekan, telah beralih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau menimbulkan isu yang sangat kritikal di Parlimen hari ini, dan ucapan itu telah disediakan sejak dua minggu lepas.

“Anak guam saya berbanyak-banyak memohon maaf kepada Yang Arif kerana tidak dapat hadir disebabkan keadaan yang tidak dapat dielakkan. Jika dia tidak dapat berucap, anak guam saya akan dikenakan tindakan untuk tempoh dua bulan akan datang,” kata Muhammad Shafee.

Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata, walaupun pihak pendakwaan menghargai tugas Najib sebagai Ahli Parlimen, ia tidak berpuas hati dengan situasi dan membangkitkan isu slot Dewan Rakyat bukan alasan yang munasabah.

“Kami ada saksi lain yang sedang bersiap sedia kerana kami tidak tahu bila pemeriksaan balas akan selesai. Mereka telah meletakkan kami dalam keadaan yang sukar. Najib boleh memaklumkan kepada Speaker bahawa dia harus hadir perbicaraan di mahkamah.

“Oleh itu ketidakhadirannya tidak boleh dimaafkan. Kami akan lebih senang jika ini kali terakhir keadaan seperti ini berlaku,” kata Sri Ram.

Hakim Sequerah kemudian mengingatkan peguam itu bahawa prosiding sepatutnya bermula pada 2.30 petang hari ini kerana Najib hanya akan berada di Parlimen pada sebelah pagi.

Muhammad Shafee memberitahu bahawa Najib secara berterusan memberitahu bahawa dia perlu hadir perbicaraan pada pukul 2.30 petang.

“Malah dia menghadapi masalah kerana mendesak kerani Speaker bahawa dia perlu hadir perbicaraan pada pukul 2.30 petang. Semua media menyiarkan berita bahawa prosiding akan disambung semula jam 2.30 petang,” katanya.

Muhammad Shafee menegaskan bahawa sebagai Ahli Parlimen, anak guamnya bertanggungjawab kepadak tugas sebagai ahli Parlimen.

“Sekali-sekala anak guam saya perlu berucap. Ini adalah masa yang dia mohon dan dia telah diberi slot,” kata Muhammad Shafee.

Hakim Sequerah kemudian mempersoalkan peguam itu jika beliau dapat memastikan keadaan sedemikian tidak akan berlaku lagi dan Muhammad Shafee menjawab bahawa perbicaraan tidak selalu ditangguhkan setakat ini.

“Saya sepatutnya menjalani pembedahan mata. Mengapa?. Disebabkan perbicaraan ini, saya menangguhkannya supaya saya dapat meneruskan kes ini. Apabila anak guam saya menghidap konjunktivitis, kita tidak mempunyai pilihan selain menangguhkan,” katanya.

Hakim Sequerah lalu menjawab bahawa pastikan ini ali terakhir situasi seperti ini berlaku dan kemudian menangguhkan prosiding sehingga esok pada jam 9.30 pagi.

Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan juga menghadapi 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah yang sama.

1MDB-COURT.jpg


Berita asal https://selangorkini.my/2019/10/hakim-tegur-najib-kerana-tidak-hadir-mahkamah/

Jho Low Beri Surat Untuk "Lindungi" Najib, Kata Saksi

14.10.2019 - Kuala Lumpur, Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu ahli perniagaan Low Taek Jho telah memberi isi kandungan surat kepada ketua pegawai eksekutif 1MDB bagi tujuan “melindungi” Najib Razak daripada berdepan dengan risiko politik bekas perdana menteri itu.

Shahrol Azral Ibrahim Halmi berkata antara 2009 dan 2010, beliau menandatangani beberapa surat termasuk surat kepada Najib bagi mengelak daripada memberikan maklumat sulit mengenai 1MDB kepada Jabatan Audit Negara.

Maklumat tersebut bagi tujuan penelitian terperinci syarikat itu dalam proses pengambilalihan Lembaga Pelaburan Terengganu Berhad (TIA) oleh 1MDB, demikian keterangan oleh Shahrol pada hari ke-21 perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana RM2.3 bilion milik 1MDB oleh Najib.

Beberapa daripada surat tersebut yang dialamatkan kepada Najib dalam kapasiti ketika itu sebagai perdana menteri, menteri kewangan dan pemegang saham tunggal 1MDB selaku ketua Menteri Kewangan (Diperbadankan) dikemukakan di mahkamah oleh peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah.

Shahrol, 49, memberitahu beliau menulis surat itu kepada Najib berdasarkan nota maklumat yang diberikan oleh Jho Low dan percaya arahan untuk menyekat pemberian maklumat sulit itu datang daripada Najib.

Saksi pendakwaan kesembilan itu juga mengakui beliau tidak pernah semak dengan Najib sama ada arahan Jho Low itu sebenarnya daripada bekas perdana menteri itu walaupun menyedari ia menghalang usaha Jabatan Audit Negara melakukan penelitian terperinci syarikat itu.

Shafee: Apabila dia (Low) mengarahkan anda untuk berbuat demikian, tidakkah anda fikir dia menghalang apa yang sedang dilakukan oleh Jabatan Audit Negara?

Shahrol: Pada masa itu, apabila saya menyalin surat ini, saya merasakan saya perlu mematuhi apa juga dikehendaki oleh jabatan itu tetapi Low sedang berkomunikasi dengan saya dengan mengatakan ia adalah bahaya kepada Najib dari segi politik jika Jabatan Audit Negara melakukan penelitian perinci syarikat dan seterusnya menyerahkan kandungan ini kepada saya. Dia tidak menulis deraf surat itu tetapi hanya memberi isi kandungan kepada saya.

Shafee: Tetapi, seperti anda katakan, dia menjadi penghalang kepada kerja jabatan itu. Kenapa kamu mematuhi dia?

Azral: Kerana saya anggap arahan itu daripada Najib.

Saksi itu juga mengatakan beliau dimaklumkan oleh Low supaya amat berhati-hati dengan kebocoran maklumat dari 1MDB termasuk tiada salinan dibuat daripada dokumen 1MDB.

Shafee kemudian bertanya jika kedudukannya sebagai CEO 1MDB membuat dirinya berasa bertanggungjawab untuk bertanya dengan Najib jika memangnya arahannya.

Shahrol sekali lagi menegaskan beliau tidak mempunyai alasan untuk menyemak semula dengan Najib kerana beliau percaya bekas perdana menteri itu dan ahli perniagaan (Low) sentiasa berhubung.

Didesak oleh peguam itu, saksi itu menafikan beliau bersekongkol denganLow untuk menghalang proses pengauditan 1MDB untuk menyembunyikan kewangan yang tidak teratur yang wujud hasil terbitan bon bernilai RM5 bilion yang mana 1MDB hanya menerima hasil berjumlah RM4.3 bilion.

Shafee: Sikap anda dalam semua surat ini menunjukkan anda bersekongkol dengan Jho Low…anda sembunyikan keadaan sebenar dalam 1MDB yang akan dibongkar dalam audit. Ini termasuk RM700 juta yang disalur kepada Good Star Ltd., yang didakwa dikawal oleh Low. Saya mengatakan anda tidak boleh mengikut arahan Low secara membuta tuli…anda bersekongkol dengan dia.

Shahrol: Saya tidak setuju.

Shafee: Adakah Low bertindak seiring dengan beberapa kakitangan dalam 1MDB…orang yang berkepentingan bagi memastikan Ketua Audit Negara tidak terbabit dalam pengauditan atau melakukan penelitian terperinci syarikat menjangkaui tempoh Julai 2009.

Shahrol: Saya tiada komen.

Saksi itu juga enggan mengulas cadangan peguam bahawa beliau tidak terlalu naif untuk sentiasa mempercayai Low walaupun sedar tindakannya menjurus kepada situasi berbahaya.

Merujuk kepada satu lagi surat yang ditandatangani oleh Shahrol, yang menyebut untuk mendapatkan lebih banyak dokumen 1MDB untuk diberikan kepada Jabatan Audit Negara, persetujuan mesti diperoleh bukan hanya daripada lembaga pengarah dan lembaga penasihat dana tetapi juga daripada rakan pelaburannya iaitu Mubadala Co dan PetroSaudi Investment Ltd (PSI).

Shafee kemudian bertanya kepada saksi kenapa perlu mendapatkan persetujuan daripada pihak-pihak tersebut.

“Ini kerana maklumat yang diminta adalah mengenai butiran pelaburan dalam perancangan dan pelaburan tersebut adalah dengan rakan-rakan tersebut serta mereka mungkin tidak mahu dokumen tersebut diberikan kepada pihak lain selain 1MDB,” kata Shahrol.

Shafee: Jadi anda kini katakan 1MDB harus diuruskan seperti sebuah entiti sulit?

Shahrol: Tidak. Saya tidak kata begitu.

Najib, 66, didakwa atas empat pertuduhan salah guna kedudukan sebagai perdana menteri, menteri kewangan dan pengerusi penasihat 1MDB untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion.

Pada 28 Sept 2018, ahli Parlimen Pekan itu mengaku tidak bersalah atas 21 pertuduhan membabitkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu menerima, memindahkan dan membayar jumlah sama hasil daripada aktiviti haram.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.

FMT-NAJIB-RAZAK-1MDB-SAKSI-SHAHROL-AZRAL-IBRAHIM-HALMI-BEKAS-CEO-1MDB-300919-768x480.jpg


Berita asal https://www.freemalaysiatoday.com/c...dungan-surat-untuk-lindungi-najib-kata-saksi/

Boleh Datang Ke SPRM Untuk Membuat Rayuan

14.10.2019 - Shah Alam, Seramai 80 individu dan entiti yang menerima notis kompaun daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dana 1Malaysia Development Malaysia Berhad (1MDB), boleh membuat rayuan kepada agensi itu.

Rayuan itu bertujuan membolehkan mereka diberi masa lanjutan daripada tempoh ditetapkan untuk membayar kompaun berkenaan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya, berkata pihaknya memberi tempoh dua minggu untuk individu dan entiti terbabit membayar kompaun dikenakan terhadap mereka.

“Sekarang ialah waktu untuk mereka membuat keputusan bagaimana hendak membayar. Jika mereka memerlukan lebih masa, boleh datang ke SPRM untuk membuat rayuan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Sambutan Ulang Tahun Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Ke-54 dan Kempen Antirasuah SPRM di Pasar Tani Shah Alam, di sini, hari ini.

Setakat ini, Latheefa berkata, belum ada yang membuat pembayaran tetapi sudah ada yang hadir menunjukkan komitmen untuk membayarnya.

Beliau berkata, pihaknya kini menunggu dan tindakan lanjut akan diambil selepas dua minggu notis berkenaan diserahkan kepada pihak terbabit.

Latheefa bagaimanapun enggan mengulas kenyataan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan yang menafikan dirinya menerima dana 1MDB seperti tersenarai sebelum ini.

Beliau berkata, terserah kepada Ahmad sama ada mahu membayar kompaun itu atau sebaliknya.

“Saya tidak boleh komen mengenai perkara itu. Terpulang kepada dia sama ada mahu membayar atau tidak. Kita memberi tempoh dua minggu untuk 80 individu dan entiti yang tersenarai untuk membuat pembayaran,” katanya.

Notis kompaun terbabit dikeluarkan mengikut Seksyen 92(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Media sebelum ini melaporkan Ahmad menafikan beliau menerima wang dikaitkan dengan 1MDB, malah menegaskan tidak pernah menerima cek daripada syarikat berkenaan.


Berita asal https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/10/617300/boleh-datang-ke-sprm-untuk-membuat-rayuan

Tindakan Pada Penerima RM500,000 Ke Bawah Pada "Fasa 3"

12.10.2019 - Kuala Lumpur, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan melaksanakan fasa ketiga kutipan semula dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) daripada penerima-penerimanya, kata Ketua Pesuruhjayanya Latheefa Koya.

Tanpa mendedahkan tarikhnya, Latheefa berkata fasa ketiga kutipan semula dana 1MDB yang diberi sewaktu di bawah pimpinan bekas perdana menteri Najib Razak itu akan melibatkan jumlah RM500,000 dan ke bawah.

"SPRM akan ke fasa ketiga bagi mengutip semula wang 1MDB daripada penerimanya yang berjumlah RM500,000 ke bawah.

"Fasa pertama sebelum ini menyaksikan pelucutan hak sivil difailkan ke atas penerima dana berkenaan yang mana wang itu masih dalam akaun mereka yang kemudiannya kami bekukan,'’ katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurnakan Program Menembak SPRM bersama media sempena ulang tahun SPRM ke-52 di Lapang Sasar Maktab Penjara Malaysia Kajang.

"Fasa kedua bermula apabila kami meminta penerima dana supaya menjelaskan semula bayaran tersebut. Kami akan pergi kepada penerima amaun besar dahulu untuk tampil ke hadapan," katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai status siasatan terhadap Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin, yang juga bekas Ketua Puteri UMNO yang didakwa turut menerima dana 1MDB, Latheefa mengulangi kenyataannya bahawa senarai yang dikeluarkan SPRM adalah senarai awal, bukan senarai penuh dan tidak muktamad.

"Ada beratus individu menerima dana 1MDB tapi (buat masa ini) kami menyenarai pendek penerima jumlah besar iaitu RM500,000 ke atas yang mana melibatkan 80 individu dan entiti.

"Ia bukan isu selektif (nama Mas Ermieyati tertinggal) atau kepentingan politik tapi senarai itu adalah berdasarkan pemotongan amaun dan kami pergi kepada amaun besar dulu," katanya.

Isnin lepas, SPRM telah mengeluarkan notis kompaun kepada 80 individu dan entiti yang menerima wang berjumlah RM420 juta, dipercayai daripada 1MDB, dengan Solar Shine Sdn Bhd merupakan entiti yang menerima jumlah wang tertinggi sebanyak RM134 juta manakala bagi individu, Datuk Seri Nazir Tun Razak yang merupakan bekas Pengerusi CIMB yang menerima RM25.7 juta.

Sehubungan itu, mereka yang menerima kompaun di bawah Seksyen 92(1) Akta Anti Pengubahan Wang Haram dan Anti Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA) itu diberikan tempoh dua minggu untuk memulangkan wang berkenaan.

Mengulas kenyataan Nazir bahawa beliau akan memberi kerjasama yang penuh kepada SPRM, Latheefa enggan mendedahkan sebarang butiran terperinci mengenainya.

"Ya, kami akan tunggu beliau (Nazir) untuk dia berkongsi maklumat tetapi kami tidak boleh menyatakan butiran lanjut mengenainya buat masa sekarang. Lagipun terpulang kepada individu dan entiti berkenaan tentang bagaimana mereka akan selesaikan bayaran itu kepada SPRM sama ada bayar segera atau tunggu sehingga hujung tempoh masa dua minggu," katanya.

Latheefa berkata pihaknya tidak dapat memberi sebarang maklumat lanjut berkenaan kes-kes berkaitan tetapi notis kompaun telah diserahkan kepada individu dan wakil entiti yang terlibat.

"SPRM memberi tempoh dua minggu kepada mereka dari tarikh serahan dan terpulang kepada mereka sama ada nak buat rayuan atau sama ada memohon masa yang lebih untuk membuat bayaran balik,” katanya.

67bce25744b8169a9e20e6b24de68604.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/495576

SPRM Akan Laksana Fasa Ketiga Kutipan Semula Dana 1MDB

12.10.2019 - Kuala Lumpur, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan melaksanakan fasa ketiga kutipan semula dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) daripada penerima-penerimanya, kata Ketua Pesuruhjayanya Latheefa Koya.

Tanpa mendedahkan tarikhnya, Latheefa berkata fasa ketiga kutipan semula dana 1MDB yang diberi sewaktu di bawah pimpinan bekas perdana menteri Najib Razak itu akan melibatkan jumlah RM500,000 dan ke bawah.

"SPRM akan ke fasa ketiga bagi mengutip semula wang 1MDB daripada penerimanya yang berjumlah RM500,000 ke bawah.

"Fasa pertama sebelum ini menyaksikan pelucutan hak sivil difailkan ke atas penerima dana berkenaan yang mana wang itu masih dalam akaun mereka yang kemudiannya kami bekukan,'’ katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurnakan Program Menembak SPRM bersama media sempena ulang tahun SPRM ke-52 di Lapang Sasar Maktab Penjara Malaysia Kajang.

"Fasa kedua bermula apabila kami meminta penerima dana supaya menjelaskan semula bayaran tersebut. Kami akan pergi kepada penerima amaun besar dahulu untuk tampil ke hadapan," katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai status siasatan terhadap Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin, yang juga bekas Ketua Puteri UMNO yang didakwa turut menerima dana 1MDB, Latheefa mengulangi kenyataannya bahawa senarai yang dikeluarkan SPRM adalah senarai awal, bukan senarai penuh dan tidak muktamad.

"Ada beratus individu menerima dana 1MDB tapi (buat masa ini) kami menyenarai pendek penerima jumlah besar iaitu RM500,000 ke atas yang mana melibatkan 80 individu dan entiti.

"Ia bukan isu selektif (nama Mas Ermieyati tertinggal) atau kepentingan politik tapi senarai itu adalah berdasarkan pemotongan amaun dan kami pergi kepada amaun besar dulu," katanya.

Isnin lepas, SPRM telah mengeluarkan notis kompaun kepada 80 individu dan entiti yang menerima wang berjumlah RM420 juta, dipercayai daripada 1MDB, dengan Solar Shine Sdn Bhd merupakan entiti yang menerima jumlah wang tertinggi sebanyak RM134 juta manakala bagi individu, Datuk Seri Nazir Tun Razak yang merupakan bekas Pengerusi CIMB yang menerima RM25.7 juta.

Sehubungan itu, mereka yang menerima kompaun di bawah Seksyen 92(1) Akta Anti Pengubahan Wang Haram dan Anti Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA) itu diberikan tempoh dua minggu untuk memulangkan wang berkenaan.

Mengulas kenyataan Nazir bahawa beliau akan memberi kerjasama yang penuh kepada SPRM, Latheefa enggan mendedahkan sebarang butiran terperinci mengenainya.

"Ya, kami akan tunggu beliau (Nazir) untuk dia berkongsi maklumat tetapi kami tidak boleh menyatakan butiran lanjut mengenainya buat masa sekarang. Lagipun terpulang kepada individu dan entiti berkenaan tentang bagaimana mereka akan selesaikan bayaran itu kepada SPRM sama ada bayar segera atau tunggu sehingga hujung tempoh masa dua minggu," katanya.

Latheefa berkata pihaknya tidak dapat memberi sebarang maklumat lanjut berkenaan kes-kes berkaitan tetapi notis kompaun telah diserahkan kepada individu dan wakil entiti yang terlibat.

"SPRM memberi tempoh dua minggu kepada mereka dari tarikh serahan dan terpulang kepada mereka sama ada nak buat rayuan atau sama ada memohon masa yang lebih untuk membuat bayaran balik,” katanya.

3085fc132943bb78b59dedcd4f4c13a1.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/495618

Jho Low Arah Dokumen Sulit 1MDB-PSI Di Musnahkan - Bekas CEO 1MDB

26.09.2019 - Kuala Lumpur, Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low mengarahkan supaya maklumat sulit dan sensitif berhubung projek usaha sama antara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan PetroSaudi International Ltd (PSI) dimusnahkan kerana jika dokumen itu disalahgunakan akan menggugat kedudukan Datuk Seri Najib Tun Razak, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu hari ini.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 49, bagaimanapun berkata ada dokumen yang beliau tidak sempat musnahkan sebagaimana arahan Jho Low berkemungkinan kerana beliau terlepas pandang .

“Bagi setiap dokumen “talking points atau action plan” serta emel-emel yang saya terima daripada Jho Low, beliau akan sentiasa berpesan kepada saya untuk pastikan dokumen-dokumen tersebut dimusnahkan atas alasan ia mengandungi maklumat yang amat sulit dan sensitif dan boleh disalahgunakan untuk menggugat kedudukan Datuk Seri Najib secara politik sekiranya ia jatuh ke tangan yang salah,” katanya.

Merujuk kepada “talking points” daripada Jho Low bertajuk “Background – Joint Venture Between PetroSaudi (PSI) and 1MDB”, saksi itu berkata seingat beliau “talking points” itu diberikan kepadanya sebagai menjawab persoalan-persoalan yang perlu pihak 1MDB menjawab kepada rakyat berhubung isu 1MDB.

“Talking points ini mengandungi butiran terperinci usaha sama dengan PSI bermula dengan sejarah penubuhan PSI dan hubungan syarikat PSI dengan Raja Abdullah dan berakhir dengan penamatan perjanjian pinjaman Murabaha.

Dokumen ini adalah satu contoh talking points yang digunakan oleh Jho Low untuk memastikan segala tindakan yang saya ambil adalah mengikut kehendaknya. Setiap kali dokumen talking points seperti ini diserahkan kepada saya, Jho Low akan memberitahu bahawa isi kandungannya telah dibincangkan dan dipersetujui oleh Datuk Seri Najib.

Saya rasa beliau tidak berbohong mengenai perkara itu kerana kebanyakan masa, saya rujuk semula isi kandungan talking points yang Jho Low serahkan kepada saya, Datuk Seri Najib tidak pernah mengatakan beliau tidak setuju dengannya dan hanya akan meminta atau mengarahkan saya untuk mengambil tindakan susulan mengikut kandungan talking points tersebut,” katanya.

Beliau berkata antara talking points” yang diberikan Jho Low kepadanya melalui emel ialah “PetroSaudi Joint Venture 2009 & Murabaha Facility 2010”, “Surat daripada Royal Embassy of Saudi Arabia Kuala Lumpur kepada YAB Dato Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak berkenaan Letter of Support re PetroSaudi International bertarikh 11 May 2011”, dan “Surat daripada Ambassador of Malaysia Kingdom of Saudi Arabia kepada 1MDB berkenaan re: letter of confirmation re PetroSaudi International bertarikh 7 May 2011”.

“Talking points” itu juga mengandungi butiran usaha sama 1MDB-PSI dan disertai surat-surat dari Duta Arab Saudi yang menyokong syarikat PSI, Duta Malaysia ke Arab Saudi yang menyokong Prince Turki dan Tarek Obaid (CEO PSI) yang menyatakan status baik syarikat PSI,” katanya.

Saksi pendakwaan kesembilan itu berkata secara amnya, dokumen-dokumen sokongan itu adalah untuk memberikan keyakinan bahawa PSI adalah syarikat yang mempunyai reputasi yang baik dan boleh dipercayai.

Membacakan penyataan saksi setebal 270 muka surat, Shahrol Azral berkata merujuk kepada “Director Circular Resolution in writing passed pursuant to the Company Article of Association on proposed repayment and termination of murabaha facility agreement dated 20 June 2012” ia bertujuan untuk pembayaran bagi melangsaikan hutang Murabaha PSI dan menamatkan perjanjian Murabaha tersebut.

Katanya transaksi itu diaturkan oleh Jho Low dan diuruskan oleh Jasmine Loo (peguam 1MDB) supaya wang 1MDB yang dipinjamkan kepada PSI boleh dibawa pulang secara berperingkat.

“Berdasarkan action plans yang disalinkan kepada saya melalui emel daripada Jho Low kepada Jasmine Loo, segala tindakan pertukaran Nota Murabaha kepada ekuiti PSOSL (PetroSaudi Oil Services) dan seterusnya ke dalam bentuk fund units telah ditaklimatkan kepada Datuk Seri Najib dan dipersetujui oleh beliau,” katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram pada perbicaraan hari ke-14 kes bekas perdana menteri itu membabitkan dana 1MDB.

Semalam saksi itu memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa Jho Low mencadangkan supaya projek usaha sama antara 1MDB dan PSI yang tidak aktif diubah dari bentuk ekuiti kepada bentuk Nota Murabaha kerana 1MDB tidak boleh menamatkan usaha sama itu begitu sahaja kerana ia melibatkan hubungan dua hala antara Arab Saudi dan Malaysia.

Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan empat kesalahan rasuah di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di sini antara 24 Feb 2011 dan 19 Dis 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013, di tempat sama.

Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

20150414JHO-LOW_0.jpg


Berita asal http://www.frontdesk.com.my/bm/inde...aha-sama-1mdb-psi-dimusnahkan-bekas-ceo-1mdb/

Najib Terima Hadiah Jam Nampak "Mewah" Dari CEO PSI - Saksi

26.09.2019 - Kuala Lumpur, Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima hadiah jam tangan mewah daripada pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif PetroSaudi International Limited (PSI) Tarek Obaid.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 49, memaklumkan perkara itu ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram pada hari ke-14 perbicaraan kes Najib membabitkan dana 1MDB.

Sri Ram: Tarek beri hadiah kepada tertuduh? Hadiah apa?

Shahrol Azral: Beliau memberi jam tangan.

Sri Ram: Jam jenis apa?

Shahrol Azral : Tidak biasa melihatnya tetapi nampak mewah.

Shahrol Azral berkata Najib mendapat hadiah itu ketika menghadiri mesyuarat bersama Ahli Lembaga Pengarah (BOD) 1MDB bersama PSI di Hotel Four Seasons London pada 16 Mei 2011.

Katanya, selain dirinya, Najib, Pengerusi BOD 1MDB, Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin dan Tarek, Pengarah PSI, Patrick Mahony serta ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low turut menghadiri mesyuarat tersebut.

Shahrol Azral berkata semasa mereka di London terdapat tiga mesyuarat berlainan iaitu mesyuarat BOD 1MDB di Hotel Hilton, mesyuarat PSI-1MDB-Datuk Seri Najib di Hotel Four Seasons dan perjumpaan PSI-1MDB BOD termasuk makan tengah hari di pejabat urusan PSI telah dilangsungkan.

“Setelah beberapa bulan perbincangan antara 1MDB yang diwakili oleh peguam 1MDB, Jasmine Loo Ai Swan dengan PSI dengan bantuan Jho Low, akhirnya satu cadangan untuk menukar bentuk pelaburan 1MDB dalam PSI dari bentuk Nota Murabaha kepada pegangan ekuiti dalam syarikat milik PSI iaitu PSOSL (PetroSaudi Oil Services) telah dicapai.

“1MDB akan membeli 49 peratus saham syarikat PSOSL dengan menukarkan nilai Nota Murabaha yang pada masa itu adalah lebih kurang US$2,222 juta mengambil kira tambahan nilai kupon yang belum dibayar oleh PSI kepada 1MDB,” kata saksi pendakwaan kesembilan itu ketika membaca penyataan saksi dalam perbicaraan tersebut.

Tambahnya, penukaran bentuk pelaburan ini adalah bertujuan supaya wang asal pelaburan 1MDB ke dalam PSI yang berjumlah US$1,830 juta boleh dikembalikan secara berperingkat untuk digunakan dalam projek-projek 1MDB yang lain.

“Oleh kerana isu ini banyak dibincangkan dalam mesyuarat BOD, apabila resolusi pekeliling pengarah (DCR) untuk penukaran diedarkan, ahli BOD semua setuju kerana ini adalah satu langkah ke hadapan dalam resolusi isu PSI ini walaupun pertukaran ini tidak ada dibentangkan dalam mana-mana mesyuarat BOD.

“Semua urusan pengambilalihan PSOSL ini diuruskan oleh Jasmine Loo atas pengalaman beliau dalam hal-hal korporat dari segi undang-undang. Jho Low juga ada memberi ‘talking points’ mengenai transaksi ini dan saya berpuas hati kerana ia memberikan ‘comfort’ yang wang 1MDB dalam PSI akan dibawa pulang melalui penjualan ekuiti PSOSL kepada fund Bridge Partners International Investments Limited yang akan memberi pulangan dan tunai kepada 1MDB,” katanya.

Beliau berkata Bridge Partners ini sepatutnya akan memasukkan ekuiti PSOSL ini dalam satu dana sebut harga yang membolehkan 1MDB menjual sebahagian daripada dana ini untuk membawa pulang tunai.

“Transaksi jual-beli ini berlaku dalam masa yang singkat kerana memang dirancang begitu. Tujuan dan matlamat penjualan Nota Murabaha ini adalah untuk membawa pulang dana 1MDB.

“Kerana penglibatan Jho Low sebagai penasihat yang dipercayai kepada Datuk Seri Najib, saya percaya yang Datuk Seri Najib tahu dan setuju dengan cadangan ini yang memang bagi saya, satu penyelesaian yang elegant yang mendatangkan manafaat kepada 1MDB dan PSI serta hubungan antara Kerajaan Malaysia dan Arab Saudi.

“Saya tidak terlibat secara langsung dalam transaksi pertukaran ini. Bagaimanapun, saya percaya yang Jasmine Loo sama ada secara peribadi atau melalui Jho Low ada memberi taklimat kepada pemegang saham 1MDB iaitu Datuk Seri Najib. Ini berdasarkan tandatangan Datuk Seri Najib yang memberikan kelulusan bertulis,” katanya.

Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan empat kesalahan rasuah di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di sini antara 24 Feb 2011 dan 19 Dis 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013, di tempat sama.

Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

769034pre_wm_ae133c9f8da0fca.jpg


Berita asal http://www.frontdesk.com.my/bm/inde...diah-jam-nampak-mewah-daripada-ceo-psi-saksi/

Jho Low Arah Padam Semua Emel - Saksi

26.09.2019 - Kuala Lumpur, Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low mengarahkan supaya kesemua emel berkaitan pembelian syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP), penerbitan bon yang dijamin oleh International Petroleum Investment Company (IPIC) dan pembelian Tanjong Energy Holdings Sdn Bhd (TEHSB) dipadam kerana ia adalah rahsia besar melibatkan ‘keselamatan negara’.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB dan Terengganu Investment Authority Berhad (TIA), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 49, ketika membacakan penyataan saksinya di Mahkamah Tinggi di sini berkata Jho Low mengarahkannya memadamkan kesemua emel yang diterima daripadanya bagi menjaga kepentingan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya ada menyimpan ‘taking points’ (nota maklumat) yang diberikan oleh Jho Low menggunakan emelnya kepada alamat emel saya.

Bagaimanapun, saya telah diarahkan oleh Jho Low untuk memadamkan kesemua emel yang saya terima daripadanya sekitar pertengahan tahun 2015 atas alasan ia adalah rahsia besar dan melibatkan ‘keselamatan negara’ dan untuk menjaga kepentingan Datuk Seri Najib.

“Selepas menerima arahan Jho Low tersebut, saya terus memadamkan emel-emel yang saya terima daripada Jho Low tanpa membuat sebarang salinan langsung,” katanya.

Shahrol Azral berkata beliau percaya yang idea mendapatkan dana melalui terbitan bon yang dijamin oleh IPIC dicetuskan oleh Jho Low dan bekas Pengarah Asia Goldman Sachs, Tim Leissner dengan sokongan Najib kerana tanpa sokongan bekas perdana menteri itu amat mustahil untuk 1MDB mendapatkan jaminan dari pihak IPIC.

“Sepanjang proses pembelian Tanjong Energy Holdings Sdn Bhd (TEHSB) dan pengumpulan dana ini, berdasarkan perbualan saya dengan Jho Low dan juga ‘talking points’ yang disalinkan melalui emel kepada saya oleh Jho Low, saya amat yakin yang Datuk Seri Najib mengetahui dan menyokong penuh segala aspek pembelian dan pengumpulan dana ini.

“Ingin saya tegaskan yang isi kandungan ‘talking points’ dan maklum balas serta tindakan Datuk Seri Najib adalah 100 peratus konsisten, maksudnya terbukti yang Jho Low adalah proksi Datuk Seri Najib dalam menguruskan hal-hal berkaitan dengan pembelian syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP) dan penerbitan bon yang dijamin oleh IPIC,” katanya.

Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan empat kesalahan rasuah di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di sini antara 24 Feb 2011 dan 19 Dis 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013, di tempat sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung Isnin.

20150414JHO-LOW_0.jpg


Berita asal http://www.frontdesk.com.my/bm/index.php/2019/09/26/jho-low-arah-padam-semua-emel-saksi/

Sultan Mizan Anggap Jho Low Watak Tidak Menyenangkan

19.09.2019 - Kuala Lumpur, Mahkamah Tinggi di sini hari ini dimaklumkan bahawa bekas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin menganggap ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low, sebagai watak yang tidak menyenangkan.

Bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin, 43, bersetuju dengan cadangan itu oleh peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada hari ke-10 perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan bekas Perdana Menteri itu.

Muhammad Shafee: Menurut minit-minit tersebut, Jho Low menyalahgambarkan Sultan. Anda tahu bagaimana Sultan Terengganu menganggap Jho Low, dan baginda bertitah Jho Low adalah watak yang tidak menyenangkan?

Amhari Efendi: Ya, berdasarkan minit.

Saksi juga bersetuju dengan Muhammad Shafee bahawa negeri Terengganu tidak senang hati dengan Jho Low kerana dia memanipulasi Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA). TIA dinamakan semula sebagai 1MDB pada September 2009.

Muhammad Shafee: Saya katakan anda tahu (gambaran salah), tetapi anda gagal memaklumkan ini kepada ketua anda mahupun kepada Najib.

Amhari Efendi: Saya tidak bersetuju

Saksi pendakwaan kelapan itu sekali lagi bersetuju dengan cadangan Muhammad Shafee bahawa Jho Low mempunyai cita-cita untuk mempunyai perkongsian dengan syarikat Mubadala Development di sektor minyak dan gas Terengganu tanpa pengetahuan TIA.

Apabila ditanya sama ada Jho Low telah menyebut tentang ‘cita-cita utama’ (perkongsian dengan Mubadala) kepadanya, saksi itu berkata “Tidak”.

Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya untuk menerima rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram berhubung wang yang sama.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan kempat-empat kesalahan itu di AmIslamic Bank Berhad, cawangan Jalan Raja Chulan branch, Bukit Ceylon di sini antara 24 Februari 2011 dan 19 Disember 2014, dan 21 pertuduhan antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013, di tempat yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung.

jho-low.jpg


Berita asal https://selangorkini.my/2019/09/sultan-mizan-anggap-jho-low-watak-tidak-menyenangkan/

Hari ke-10 - Najib tanya jika Jho Low memang mampu dapat projek dengan China"

19.09.2019 - Kuala Lumpur, Perbicaraan bekas perdana menteri, Najib Razak, yang dituduh melakukan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan dana 1MDB memasuki hari kelapan hari ini. Di depan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Collin Lawrence Sequerah, Najib dihadapkan dengan 25 tuduhan membabitkan dana sebanyak RM2.28 bilion. Sebelum ini anggota parlimen Pekan itu diberikan cuti sakit dua hari atas faktor kesihatan, apabila beliau didapati mengalami konjunktivitis. Malaysiakini membawakan liputan perbicaraan itu secara langsung.


Saksi: Najib tanya sama ada Jho Low mampu dapatkan projek dengan China

2.45pm: Mahkamah diberitahu bahawa Najib pada 2016 memeriksa dengan pegawai khasnya ketika itu, Amhari Efendi Nazaruddin, sama ada perbincangan projek bersama China yang dikendalikan Jho Low benar-benar ada berlaku.

Ketika pemeriksaan semula dengan ketua DPP Gopal Sri Ram, Amhari yang menjadi saksi kelapan pendakwaan berkata, ketika itu dia memberitahu Najib bahawa memang ada projek yang dibincangkan di China.

Amhari berkata perkara itu berlaku selepas kepulangannya dari China dan Abu Dhabi, ketika menyerahkan laporan yang disediakan Jho Low kepada Najib.

"Dia ada tanya saya tentang Jho Low, jika semua 'real' (memang berlaku) di sana... (soalannya) sampai tahap sama ada ia real di sana.

"Dan saya kata Jho Low di sana (China) dan projek yang sebenarnya sedang dibincangkan," katanya.

Amhari kemudian menjelaskan bahawa Najib cuba mengesahkan "sama ada Jho Low benar-benar boleh mendapatkan projek" dari negara itu.

Saksi tak maklum kedutaan ketika ke Abu Dhabi

2.52 petang: Bekas pegawai khas Najib, Amhari Efendi Nazaruddin berkata dia tidak memaklumkan kedutaan Malaysia di Emiriah Arab Bersatu (UAE) ketika berkunjung ke Abu Dhabi.

Ketika pemeriksaan semula dengan ketua DPP Gopal Sri Ram, Amhari berkata ini kerana keberadaannya di sana untuk misi khas yang dipertanggungjawabkan kepadanya oleh Najib.

Dia berkata demikian ketika ditanya tentang sebabnya tidak memberitahu kedutaan Malaysia ketika berada di Abu Dhabi untuk membincangkan penyelesaian isu berkaitan 1MDB.

Sri Ram: Ketika anda ke Abu Dhabi, anda tahu kita ada kedutaan di sana?

Amhari: Saya rasa tahu.

Sri Ram: Ada hubungi kedutaan di Abu Dhabi?

Amhari: Tidak.

Sri Ram: Mengapa?

Amhari: Saya melihatnya sebagai misi khas yang Najib minta saya lakukan.

2.37 petang: Perbicaraan bersambung dengan ketua DPP Gopal Sri Ram membuat pemeriksaan semula dengan Amhari Efendi Nazaruddin.

Pendakwaan ambil alih pemeriksaan dengan Amhari

1 tengah hari: Pasukan pembelaan menamatkan pemeriksaan balas dengan bekas pegawai khas Najib, Amhari Efendi Nazaruddin.

Ketua DPP Gopal Sri Ram kemudiam mengambil alih pemeriksaan untuk bertanya beberapa soalan kepada Amhari berkenaan emel daripada Jho Low pada 2015.

Gopal kemudian memberitahu mahkamah dia ingin bertanya soalan berkenaan perkara lain kepada saksi pendakwaan itu.

Mahkamah berhenti untuk rehat tengah hari dan akan bersambung semula pada jam 2.30 petang.

Saksi tak setuju diletakkan dalam kem Jho Low

12.40 tengah hari: Amhari Efendi Nazaruddin memberitahu mahkamah emel daripada Jho Low pada 22 April 2015 menyatakan bahawa Najib Razak - perdana menteri ketika itu - perlu mengikut pelan ahli perniagaan itu untuk menyelesaikan isu 1MDB.

Ia untuk Najib menggunakan idea Jho Low dan bukannya Arul Kanda Kandasamy yang merupakan CEO pada masa itu.

Amhari bagaimanapun tidak setuju perkara itu meletakkannya di pihak Jho Low, bukannya Arul Kanda.

Pembelaan: Amhari pemilik tunggal syarikat Aabar palsu

12.20 tengah hari: Pasukan pembelaan Najib Razak membangkitkan soal Aabar Investment PJS Ltd kepada Amhari Efendi Nazaruddin, dengan sijil syarikat yang didakwa menunjukkan bekas pegawai khas Najib itu sebagai pemilik tunggal syarikat itu.

Peguam Muhammad Shafee Abdullah menyatakan kepada Amhari bahawa dia memiliki syarikat itu, yang disifatkan Shafee sebagai 'Aabar palsu', melalui Tycoon Gain Ltd, yang juga memiliki Aerospehere Ltd.

Ketika perbicaraan sebelum ini, telah disebut bahawa Aerosphere ialah syarikat Amhari yang digunakannya untuk membuka akaun di Bank BSI Singapura di bawah arahan Jho Low.

Saksi pendakwaan itu bagaimanapun menafikan tahu tentang perkara itu.

Shafee: Saya katakan kepada anda, memandangkan Aerosphere adalah milik Tycoon Gain Ltd, (dan) Aabar Investments PJS Ltd dimiliki oleh syarikat sama, bermakna anda adalah pemilik Aerosphere Ltd dan juga Aabar Investments PJS Ltd.

Amhari: Saya tak tahu perkara ini.

Amhari juga setuju yang dokumen menunjukkan Tycoon Gain dan Aerosphere Ltd menggunakan pejabat sama, kerana memiliki alamat sama.

Shafee kemudian memberitahu Amhari bahawa dia menutup maklumat berkenaan pemilikan Aabar palsu daripada SPRM dan mahkamah kerana mahu menutup peranannya dalam skandal 1MDB.

Amhari bagaimanapun tidak setuju dengan kenyataan itu.

Saksi: Najib membisu bila diberitahu projek M'sia-China untuk bail out 1MDB

12 tengah hari: Bekas perdana menteri Najib Razak tidak berkata apa-apa apabila diberitahu projek usaha sama Malaysia-China seperti Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) adalah untuk 'bail out' 1MDB, dakwa bekas pegawai khasnya Amhari Efendi Nazaruddin.

Saksi pendakwaan kelapan itu berkata, dia memberitahu Najib bahawa cadangan projek Malaysia-China pada 2016, termasuk ECRL, adalah untuk membayar hutang 1MDB.

Menurut Amhari, dia merasakan sebahagian daripada jawapan dan maklumat yang dibekalkan Jho Low kepadanya untuk perbincangan di China pada 2016, yang menyatakan projek itu untuk 'bail out' 1MDB, sebagai salah di sisi undang-undang.

Amhari: Saya beritahu Najib bahawa ini untuk bayar hutang 1MDB.

Shafee: Anda bangkitkannya dalam memo?

Amhari: Tidak.

Shafee: Apa yang dia (Najib) kata?

Amhari: Dia tak kata apa-apa.

Shafee: Ini adalah kata-kata anda sendiri dan itu saja, hanya kata-kata anda, seorang saksi yang tidak sepenuhnya (bebas daripada) kesalahan (berkaitan kes itu), seorang saksi penuh warna (colorful).

Pihak pembelaan akan mohon mahkamah tolak sebahagian keterangan Amhari

11.30 pagi: Ketua pasukan pembelaan Muhammad Shafee Abdullah memberitahu mahkamah bahawa pihaknya merancang untuk membuat permohonan agar sebahagian keterangan Amhari Efendi Nazaruddin ditolak sebagai khabar angin.

Menurut Shafee, itulah sebabnya dia tidak mengemukakan soalan terhadap bekas pegawai khas Najib itu untuk beberapa bahagian dalam pernyataan bertulisnya.

"Itu semua khabar angin dan perlu ditolak.

"Dia (Amhari) membuat jangkaan tanpa berdasarkan apa-apa," kata Shafee.

Hakim Collin Lawrence Sequerah memberitahu Shafee untuk menghantar penghujahannya berkenaan perkara itu di akhir kes pendakwaan.

11 pagi: Mahkamah berhenti rehat selama 15 minit.

Amhari: Najib mungkin dimanipulasi Jho Low

10.45 pagi: Ahli perniagaan Jho Low mungkin telah memanipulasi bekas perdana menteri Najib Razak dalam soal 1MDB, kata bekas pegawai khasnya Amhari Efendi Nazaruddin.

Dia setuju dengan kenyataan peguam Muhammad Shafee Abdullah berkenaan perkara itu ketika pemeriksaan balas.

Shafee: Perdana menteri anda sendiri dimanipulasi Jho Low?

Amhari: Saya setuju.

Shafee: Anda setuju Jho Low mungkin manipulasi PM (Najib)?

Amhari: Ada kemungkinan.

Amhari juga setuju dengan Shafee bahawa bahagian pernyataan bertulisnya yang menyifatkan Jho Low sebagai "master manipulator" hanya merujuk kepada ahli perniagaan itu dan bukannya Najib.

Amhari: Saya tak kerjasama dengan SPRM agar dilepaskan

10.35 pagi: Amhari Efendi Nazaruddin membantah kenyataan pihak pembelaan bahawa dia memberi kerjasama kepada SPRM untuk mengelak berdepan dakwaan jenayah di mahkamah.

Ia selepas peguam Muhammad Shafee Abdullah memberitahunya bahawa dia setuju untuk menyabitkan bekas bosnya untuk membebaskan dirinya daripada kesalahan yang dibuat.

Shafee: Apabila ditahan dan disoal siasat, anda buat keputusan untuk bekerjasama dengan SPRM dengan harapan masalah anda sendiri, siasatan terhadap anda, akan dilayan secara lebih ringan. Malah anda belum didakwa untuk kesalahan yang anda lakukan.

Amhari: Saya tak setuju.

Terdahulu, saksi pendakwaan itu setuju dengan Shafee bahawa dia menyimpan dokumen berkaitan 1MDB dalam satu kotak di rumah sepupunya.

Bagaimanapun dia tidak setuju bahawa perbuatan itu, termasuk menyimpan dokumen yang telah diarah Jho Low agar dimusnahkan, agar ia boleh digunakan pada masa depan.


Saksi: Ketua pegawai Pejabat Perdana Menteri arah dokumen dimusnah menjelang PRU14

10.27 pagi: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu ketua pegawai (chief of staff) Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan arahan agar dokumen yang disimpan di beberapa lokasi dimusnahkan menjelang PRU ke-14.

Bekas pegawai khas Najib, Amhari Efendi Nazaruddin berkata demikian ketika pemeriksaan balas dengan peguam Muhammad Shafee Abdullah.

Ia selepas Shafee bertanya Amhari mengapa banyak dokumen, yang dirampas SPRM susulan penahanan Amhari pada Jun 2018, berada di rumah sepupunya.

"Ia ketika menjelang pilihan raya (PRU ke-14), ada arahan daripada chief of staff untuk musnahkan semua dokumen yang perlu dimusnahkan, dan failkan (dokumen) ketika perlu dan berikan semula kepadanya.

"Setiap orang ada dokumen masing-masing dan diberitahu untuk menyimpan dokumen yang amat penting agar boleh gunakan sebahagiannya selepas PRU.

"Itulah arahannya. Pada masa itu, saya sangat sibuk kerana turut terlibat dalam kempen pilihan raya," katanya.

Dia juga membantah kenyataan Shafee bahawa dia menyimpan dokumen itu sebagai "insurans" terhadap Jho Low, yang dia didakwa bekerjasama sejak 2007.

10 pagi: Bekas pegawai khas Najib, Amhari Efendi Nazaruddin berkata dia dibawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika menjalankan penggeledahan di tiga rumah pada Jun tahun lalu.

Ia termasuklah rumahnya sendiri di Kota Damansara.

Menurut keterangannya, penyiasat SPRM ke rumahnya pada 24 Jun sebelum menggeledah sebuah apartmen di Persiaran Tropicana keesokannya.

Dia berkata apartmen itu bukan miliknya.

SPRM turut menggeledah sebuah lagi unit kondominium di 3 Jalan Kia Peng selepas itu.

Mahkamah diberitahu SPRM mengambil sejumlah dokumen, dua telefon Blackberry, dan beberapa komputer dari rumah Amhari.

9.36 pagi: Najib masuk ke kandang tertuduh. Perbicaraan bermula dengan sambungan pemeriksaan balas terhadap bekas pegawai khasnya, Amhari Efendi Nazaruddin.

9.31 pagi: Tertuduh Najib Razak masuk ke mahkamah dan duduk untuk menunggu perbicaraan bermula.

Turut ada ialah ketua pasukan pembelaan Muhammad Shafee Abdullah dan para peguam lain, serta ketua timbalan pendakwa raya Gopal Sri Ram dan pasukannya.

Hari kesepuluh perbicaraan bekas perdana menteri Najib Razak berhubung dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion mungkin menyaksikan bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi dipanggil sebagai saksi pendakwaan kesembilan.

Ia selepas peguam Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan mahkamah semalam bahawa beliau mungkin memerlukan hanya dua jam lagi untuk menyoal balas bekas pegawai Najib, Amhari Efendi Nazaruddin, yang merupakan saksi kelapan.

Shahrol Azral menjadi CEO 1MDB pada 2009 hingga 2013, sebelum dipindahkan ke Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu).

Difahamkan jika Shahrol Azral dipanggil untuk pemeriksaan utama hari ini, pernyataan bertulisnya akan lebih panjang berbanding pernyataan Amhari.

Justeru perbicaraan untuk beberapa hari seterusnya ini dijangka melibatkannya.

d68ad6c1e9cfc7b1576ab15a51641339.jpeg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/492492

Jho Low Panggil Najib, "Big Boss"

30.07.2019 - Shah Alam, Bekas pegawai bank memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa ahli perniagaan yang menjadi buruan pihak berkuasa Low Taek Jho atau Jho Low memanggil Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai "big boss".

Joanna Yu Ging Ping, 48, yang pernah menjadi pengurus perhubungan AmBank, berkata demikian ketika peguam Harvinderjit Singh yang mewakili Najib membacakan perbualan di BlackBerry Messenger (BBM) bertarikh 30 Mei 2014 antara beliau dan Jho Low.

Harvinderjit: Pada 30 Mei 2014, pada 10.54 Jho Low menghantar mesej ini kepada anda "15 pai Amerika hendak masuk" yang Yu menjawab "Ya sebenarnya Jho Low berkata big boss baru hubungi."

Harvinderjit: Siapakah big boss

Yu: Dia adalah pemegang akaun

Harvinderjit: Pemegang akaun dirujuk sebagai MNR (Mohd Najib Razak) bukan.

Yu: Tetapi saya tidak pasti siapakah boss yang lebih besar

Harvinderjit: Baiklah, terima kasih.

Saksi ke-54 pendakwaan juga bersetuju dengan andaian peguam itu bahawa berdasarkan perbualan di BBM bertarikh 30 Mei, 2014, Jho Low juga merujuk pound Great Britain sebagai "chip.

"Chip yang dimaksudkan merujuk kepada pound GB, Harvinderjit menyoal dan Yu menjawab " Dia (Jho Low) selalu menggunakan istilah pai untuk merujuk kepada matawang Dolar AS dan sate untuk Ringgit Malaysia.

"Ya, dan akhirnya chip untuk pound GB, semuanya masuk akal,’ kata peguam itu dan Yu menjawab "ok

Saksi tersebut tidak bersetuju dengan andaian peguam bahawa Nik Faisal Ariff Kamil, yang merupakan bekas ketua pegawai eksekutif SRC, bahawa dia bukan orang penting dalam operasi akaun Najib.

Harvinderjit berkata mengikut perbualan di BBM antara Yu dan Nik Faisal pada 13 Jan, 2015, Nik Faisal berkata " Saya bukan orang penting.

"Itulah apa yang dia katakan tetapi saya tidak bersetuju dengannya, kata Yu.

Najib, 66, menghadapi tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salahguna kuasa dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung pada Rabu.

410631.jpg


Berita asal https://www.sinarharian.com.my/arti...anggil-Najib-big-boss-kata-bekas-pegawai-bank

Mahkamah Benar Permohonan Najib Untuk Akses Dokumen Bank

23.07.2019 - Kuala Lumpur, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan Najib Razak untuk mengakses maklumat dan dokumen akaun banknya di Ambank bagi tujuan menyediakan pembelaannya.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak seharusnya menghalang bank daripada memberikan maklumat dan dokumen bank untuk membolehkan tertuduh mendapat perbicaraan yang adil.

Beliau berkata tertuduh sebagai pemegang akaun berhak untuk mendapat maklumat dan dokumen yang disediakan oleh bank.

Sebaliknya, SPRM tidak dihalang daripada meneruskan siasatannya dan berhak untuk merampas dokumen dan maklumat sebagaimana yang dibenarkan di bawah akta SPRM, kata beliau.

Terdahulu, peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berhujah bahawa SPRM tidak mempunyai kuasa di bawah undang-undang untuk menghalang anak guamnya daripada mengakses dokumen yang berkaitan dengan akaun banknya sendiri.

"Salinan asal telah berada dengan suruhanjaya, tidak timbul bahaya jika dokumen dimanipulasi atau dimusnahkan," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk V Sithambaram berkata SPRM diberi kuasa untuk mengeluarkan arahan kepada Ambank, memandangkan perkara itu masih dalam siasatan.

"Perkara ini akademik, memandangkan bank telah memberikan dokumen kepada Najib dengan kelulusan SPRM," katanya dan menambah bahawa tidak dinafikan perbicaraan perlu adil.

Pada 11 Julai, Muhammad Shafee memaklumkan kepada mahkamah bahawa Najib tidak dibenarkan mendapatkan dokumen berkaitan penyata akaun Ambanknya.

Beliau berkata pembelaan meminta dokumen daripada Ambank untuk menyediakan pembelaan anak guamnya bagaimanapun dimaklumkan oleh pegawai bank melalui sepucuk surat yang menyatakan bahawa mana-mana pihak yang memohon mendapatkan dokumen perlu berhubung SPRM terlebih dahulu.

Najib, 66, menghadapi tiga tuduhan pecah amanah, satu tuduhan salah guna kedudukannya dan tiga tuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

9dccfff669914c864c195101efc1d736.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/485099

Singapura pulangkan wang 1MDB

1mdb_1563513218.jpg








SINGAPURA: Singapura dalam proses memulangkan hampir AS$40 juta (RM164.5 juta) wang yang dikaitkan dengan skandal kewangan di Malaysia yang berperanan mengguling pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Singapura adalah antara beberapa negara di Asia hingga Amerika Syarikat, yang melancarkan siasatan terhadap dakwaan kehilangan wang berbilion dolar, dipercayai diselewengkan daripada dana pelaburan Malaysia, 1MDB.

Skandal itu yang didakwa membabitkan bekas pemimpin Malaysia, iaitu Najib dan ahli keluarganya serta sekutu rapatnya, dikatakan antara faktor kekalahan parti pimpinannya dalam pilihan raya lalu.

Polis Singapura berkata, jabatan hal ehwal komersial pihak berkuasa itu sudah memfailkan permohonan untuk memulangkan kira-kira AS$37 juta (RM152.18 juta), wang yang dirampas daripada syarikat berkaitan 1MDB kepada Malaysia.

Katanya, mahkamah negara itu juga sudah meluluskan permohonan berkenaan.

“Sebahagian daripada wang itu sudah dipulangkan kepada Malaysia, manakala bakinya masih dalam proses oleh pihak bank,” kata polis.

Bagaimanapun, polis tidak mendedahkan bila atau lokasi itu dirampas. - AFP









sumber: https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2019/07/586869/singapura-pulangkan-wang-1mdb







.

Jho Low Bawa Masuk Bekas Pengarah AmBank Ke Rumah Najib

17.07.2019 - Kuala Lumpur, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dimaklumkan bahawa Jho Low membawa masuk dan mengiringi bekas pengarah urusan kumpulan AmBank Cheah Tek Kuang ke rumah Najib Razak pada Januari 2011.

Membaca pernyataan saksi, Cheah, 72, berkata beliau dibawa ke kediaman Najib di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur.

"Apabila tiba di kediaman Najib, saya berjumpa dengan Low Taek Jho, yang dikenali sebagai Jho Low, yang pernah saya temui.

"Saya kemudian dibawa masuk ke kediaman oleh Jho Low yang kemudian memperkenalkan saya kepada Najib dan Jho Low juga memberitahunya bahawa saya adalah dari AmBank.
Iklan

"Saya dan Najib kemudian ke bilik tamu manakala saya lihat Jho Low menunggu di bahagian lain rumah itu," kata Cheah.

Sepanjang pertemuan selama 20 minit itu, Cheah berkata beliau menjelaskan peraturan bank kepada Najib dan Bank Negara mesti dimaklumkan tentang pembukaan akaun oleh ahli politik.

Cheah memberi keterangan bahawa apabila dia berjumpa dengan Gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz beberapa hari kemudian, Zeti tidak membantah tentang pembukaan akaun bank berkenaan.

Kedua-dua akaun bank itu adalah akaun simpanan dengan nombor akaun yang berakhir dengan 481 dan akaun semasa dengan nombor akaun yang berakhir dengan 694.

Kedua-dua kad kredit yang dibekalkan pula adalah Visa Platinum dengan nombor 4585 8180 0000 5496 dan Master Card Platinum dengan nombor 5289 4380 0003 8961.

Cheah menjelaskan bahawa nama kod "AmPrivate Banking-MR" digunakan untuk akaun semasa atas permintaan Jho Low kepada Joanna Yu.

Yu adalah pengurus perhubungan pelanggan di AmBank yang memaklumkan Cheah mengenai hasrat Najib untuk membuka akaun simpanan dan semasa.

"Saya dimaklumkan oleh Yu bahawa alasan untuk nama kod adalah berdasarkan permintaan oleh Jho Low yang mahu akaun itu ditangani dengan penuh kerahsiaan.

"Saya tidak pasti siapa yang memutuskan nama kod digunakan untuk akaun ini.

"Saya hanya tahu bahawa terdapat perbincangan menggunakan nama kod untuk perlindungan maklumat dan untuk menjaga sensitiviti.

"Saya kemudian memaklumkan kepada Gabenor Bank Negara Malaysia perkara ini," katanya.

Cheah memberi keterangan bahawa terdapat “banyak” transaksi melibatkan akaun Najib tetapi beliau tidak lagi dimaklumkan tentang akaun-akaun itu selepas bersara dari AmBank pada bulan April 2012.

0f16e7c602df237064c73b73c11c81d6.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/484246

75% Dana Tabung Harapan Di Gunakan Bayar Hutang 1MDB - PSC

17.07.2019 - Kuala Lumpur, Hampir tiga suku atau 75 peratus daripada dana Tabung Harapan Malaysia digunakan untuk membayar sebahagian daripada hutang 1MDB.

Kementerian Kewangan menggunakan RM143.75 juta untuk membayar kupon sukuk 1MDB pada 24 Mei tahun ini, seperti yang didedahkan dalam laporan Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) mengenai hutang dan liabiliti kerajaan.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada Februari lalu mengumumkan bahawa Tabung Harapan telah mengutip RM202.72 juta sebelum ia ditutup secara rasmi pada 14 Jan, 2019.

Wang itu kemudiannya dimasukkan ke dalam simpanan tetap yang diuruskan oleh Jabatan Perakaunan Negara, yang menjana faedah sebanyak RM575,342 - menjadikan jumlah keseluruhan kepada RM203.29 juta.
Iklan

Tabung Harapan ditubuhkan oleh kerajaan pada 30 Mei 2018, bagi rakyat Malaysia untuk menyumbang kepada usaha mengurangkan hutang negara.

Tabung itu ditubuhkan selepas ramai yang meluahkan hasrat untuk menderma bagi membantu selepas kerajaan Pakatan Harapan mendedahkan bahawa hutang negara berjumlah lebih RM1 trilion.

Laporan PSC juga mengesahkan bahawa hutang dan liabiliti kerajaan telah melepasi RM1 trilion.

a4d56ac0abc6bd4fb3ab4cf02804d357.jpeg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/484257

Pegawai Bank Bantu Najib Buka Akaun Di Lantik Panel KWAP

17.07.2019 - Kuala Lumpur, Pegawai bank yang membuka dua akaun bekas perdana menteri Najib Razak dengan AmBank kemudiannya diambil berkhidmat bersama Kumpulan Persaraan Diperbadankan (KWAP) yang meluluskan pinjaman berjumlah RM4 bilion kepada SRC International Sdn Bhd.

Menurut kenyataan saksi yang dibacakan di Mahkamah Tinggu Kuala LUmpur hari ini, Cheah Tek Kuang, 72, berkata beliau hadir pada mesyuarat khas panel KWAP pada 19 Julai 2011 bagi meneliti kertas cadangan oleh jabatan hasil tetap KWAP untuk memberi pinjaman sebanyak RM2 bilion kepada SRC.

"Dalam mesyuarat yang sama, CEO KWAP memberitahu pertemuan itu bahawa perdana menteri Malaysia telah memaklumkan kepada pengerusi KWAP Wan Abdul Aziz untuk mempercepatkan kelulusan pinjaman terhadap SRC dan sejumlah RM2 bilion yang dipinjamkan kepada SRC akan mencukupi," kata Cheah memberi keterangan.

Panel itu meluluskan pinjaman berkenaan sebanyak RM2 bilion dengan syarat pinjaman itu dibuat kepada 1MDB dengan jaminan kerajaan atau KWAP meminjamkan wang itu kepada kerajaan sebagai peminjam.

Cheah memberi keterangan beliau telah menandatangani semua borang jawapan di mana beliau bersetuju dengan pinjaman itu dan membenarkan pengecualian garis panduan KWAP untuk pinjaman itu. Beliau menyerahkan borang pada 22 Ogos 2011.

Pada 15 Februari, Cheah menghadiri satu mesyuarat panel yang meluluskan pemindahan pemilikan SRC daripada 1MDB kepada Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc).

Kelulusan KWAP diperlukan kerana ia merupakan syarat dalam perjanjian pinjaman.

Cheah memberi keterangan beliau tidak menghadiri mesyuarat panel pada 2012 yang meluluskan pinjaman RM2 bilion lagi kepada SRC.

"Berdasarkan pengalaman saya sebagai ahli panel pelaburan KWAP, dua pinjaman berasingan yang diberikan kepada SRC berjumlah RM4 bilion adalah salah satu pinjaman terbesar yang pernah dipersetujui dan diluluskan oleh KWAP," katanya.

Cheah masih disenaraikan sebagai ahli panel di laman web KWAP.

Saksi turut memberi keterangan, berkata beliau membantu Najib Razak membuka dua akaun bank dan memohon dua kad kredit dengan AmBank.

Menurut Cheah lagi, Jho Low membawanya masuk dan mengiringinya ke rumah Najib Razak pada Januari 2011.

Cheah berkata dia telah berkenalan dengan Jho Low sebelum bertemu dengan Najib lagi.

1e23dc7d8879056a2ef752933fb01033.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/484258

Hutang Negara 2018, Di Putuskan RM1.09 Trilion

17.07.2019 - Kuala Lumpur, Jawatankuasa Pilihan Khas Bajet hari ini memutuskan hutang negara pada 2018, berdasarkan perakaunan akruan adalah berjumlah RM1.090 trilion berbanding RM1.087 trilion pada tahun sebelumnya.

Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata jumlah itu merangkumi hutang kerajaan Persekutuan (RM741 bilion), jaminan pinjaman yang ditanggung kerajaan (RM132.7 bilion) serta hutang bersih 1Malaysia Development Bhd (RM32.2 bilion).

Ia juga meliputi liabiliti lain iaitu perkongsian awam-swasta (PPP), inisiatif kewangan swasta (PFI) dan PBLT Sdn Bhd, sebelum ini dikenali sebagai Pembinaan BLT Sdn Bhd, syarikat di bawah Kementerian Kewangan (Diperbadankan) dengan jumlah RM184.9 bilion, katanya kepada pemberita di Parlimen di sini, hari ni.

Beliau berkata demikian semasa sidang media mengenai Penyata Pertama Sesi 2018-2020 bagi Hutang dan Liabiliti Kerajaan.

Beliau berkata kerajaan telah beralih kepada perakaunan akruan sejak 2011 selaras dengan manual yang dikeluarkan Tabung Kewangan Antarabangsa berkenaan Perangkaan Hutang Sektor Awam yang menggunakan asas tersebut.

Kerajaan juga telah membuat keputusan untuk beralih daripada pelaporan berasaskan tunai kepada akruan pada 2015 dengan migrasi akan berlaku sepenuhnya dalam tempoh satu hingga dua tahun lagi, katanya.

Mustapa berkata perakaunan akruan perlu melihat kepada aset dan liabiliti sepenuhnya termasuk tanggungan masa depan berbanding tunai yang hanya melihat kepada transaksi sahaja.

“Perbezaan dahulu dan sekarang, jawatankuasa ini berkeputusan kita perlu mengambil kira liabiliti kerana ia merupakan tanggungan kerajaan yang perlu dibayar,” katanya.

Beliau berkata kedudukan pinjaman yang ditanggung kerajaan dengan telah menjamin sejumlah RM266 bilion bagi pelbagai entiti juga perlu diambil kira memandangkan sebahagian entiti tersebut mampu membayar hutangnya sendiri manakala selainnya telah menjadi tanggungan kerajaan — pokok dan faedah.

Daripada jumlah jaminan kerajaan Persekutuan (RM266 bilion), jaminan yang perlu ditanggung adalah RM137.93 bilion dengan antaranya TRX City Sdn Bhd (RM3.6 bilion), SRC International (RM485 juta) dan 1Malaysia Development Bhd (RM5 bilion), katanya.

Beliau berkata bagi jaminan yang tidak perlu ditanggung pula berjumlah RM128.54 bilion termasuk antaranya Perbadanan PR1MA Malaysia (RM5 bilion) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (RM37.7 bilion).

Dari sudut projek yang perlu ditanggung sepenuhnya seperti projek di bawah DanaInfra Nasional Bhd seperti Pan Borneo dan Transit Aliran Massa 1 yang meminjam sejumlah RM52.74 bilion, ia perlu diambil kira sebagai liabiliti walaupun dijamin kerajaan sepenuhnya selain merupakan projek yang baik untuk rakyat dan mampu menjana pertumbuhan ekonomi.

Mustapa berkata mengenai 1MDB, komitmen hutang adalah terdiri daripada nilai sukuk dan bon yang merangkumi prinsipal (RM32.2 bilion) dan faedah (RM11.4 bilion) malah setakat ini kerajaan telah membelanjakan sejumlah RM8.9 bilion sebagai bayaran penyelesaian dan bayaran faedah.

Beliau berkata beberapa ukuran yang digunakan untuk mengenal pasti beban hutang ke atas kedudukan kewangan kerajaan.

Antaranya, nisbah hutang berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah 51.2 peratus dan sekiranya diambil kira hutang serta liabiliti mengikut prinsip perakaunan akruan ia berada pada paras 75.4 peratus pada akhir 2018, katanya.

Beliau berkata nisbah defisit kerajaan pada tahun ini disasarkan pada paras 3.4 peratus daripada KDNK berbanding perancangan kerajaan sebelumnya yang menjangkakan diturunkan kepada 2.4 peratus.

Nisbah bayaran khidmat hutang berbanding hasil kerajaan berada pada paras 13.1 peratus bagi 2018 dan ini bermakna bagi setiap seringgit hasil 13.1 sen adalah untuk membayar hutang, katanya.

Beliau berkata sebagai langkah berhemat, jawatankuasa itu mengesyorkan beberapa langkah yang perlu dilaksanakan untuk memperkukuh pengurusan di samping meningkatkan ketelusan dalam konteks hutang dan liabiliti negara.

Mustapa berkata hutang ini perlu dipantau rapi berpandukan beberapa nisbah.

“Jawatankuasa mahu kedudukan hutang dan liabiliti dibentangkan di Parlimen, serta rekod-rekod dimantapkan untuk mengetahui obligasi berkenaan jaminan kerajaan (GG), PPP, PFI dan PBLT, serta membuat penilaian dari semasa ke semasa ke atas senarai yang mampu ditanggung dan tidak perlu ditanggung,” katanya.

Beliau berkata jawatankuasa itu turut menyarankan kerajaan menetapkan had berkanun atau had pentadbiran ke atas jumlah terkumpul GG manakala peruntukan dan perbelanjaan untuk membiayai liabiliti lain perlu diperincikan dan dilaporkan selain memperkenalkan kod butiran khusus dalam anggaran belanjawan tahunan.

Jawatankuasa juga perlu mengetahui perbelanjaan sebenar pembayaran hutang, yang dilaksanakan pada masa ini pada paras 13.1 peratus, kerana ia perlu terus dipantau dari semasa ke semasa termasuk nisbah khidmat hutang berbanding KDNK serta nisbah defisit kepada KDNK, katanya.

Beliau berkata selain itu jawatankuasa berkenaan mengesyorkan kerajaan membuat analisis dari semasa ke semasa mengenai beban hutang negara berbanding negara lain, khususnya negara di rantau ASEAN serta beberapa negara maju untuk mengetahui kedudukan sebenar negara.

Berdasarkan jumlah hutang negara, Mustapa berkata isu negara akan bankrap adalah tidak berkaitan memandangkan setiap negara sememangnya berhutang dan Malaysia tidak pernah gagal dalam membuat pembayaran.

Beliau berkata pinjaman bagi menjana pendapatan ekonomi adalah perlu bagi negara membangun, namun penekanan penting seharusnya diberikan agar keberkesanan kos bagi projek yang dijalankan serta kemampuan membayar balik dapat dicapai.

“Kita juga tidak harus melihat kepada angka sebenar RM1.1 trilion tetapi kepada nisbah yang relevan berdasarkan kemampuan pembayaran balik melalui projek yang dilaksanakan bagi menjana pertumbuhan ekonomi.

“Kerajaan disarankan terus memantau nisbah tersebut kerana ia menentukan kemampuan kita untuk berbelanja,” katanya.

Beliau berkata walaupun ada pertambahan hutang, ekonomi negara masih terus berkembang, dan ia antara faktor untuk kerajaan mengambil kira nisbah berkenaan.

Kerajaan sewajarnya meneruskan langkah konsolidasi fiskal agar nisbah ini dapat diuruskan secara terbaik, katanya.

909847pre_b765cc3adc5083b.jpg


Berita asal http://www.frontdesk.com.my/bm/inde...ada-2018-diputuskan-berjumlah-rm1-09-trilion/

Tiga (3) Dalam Saman Lucut Larikan Diri

30.05.2019 - Kuala Lumpur, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dimaklumkan bahawa tiga daripada 18 individu yang dinamakan dalam saman pelucuthakan Putrajaya berhubung harta dan barangan berharga yang dikaitkan dengan 1MDB telah "melarikan diri".

Timbalan Pendakwa Raya Fatnin Yusof memberitahu hakim Mohamed Zaini Mazlan bahawa pihak pendakwaan akan memohon perbicaraan diteruskan tanpa Geh Choh Hun, Mohd Kyizzad Mesran dan Aiman Ruslan.

Geh, adalah sekutu rapat ahli perniagaan yang dikaitkan dengan 1MDB Low Taek Jho dan pernah berkhidmat sebagai pengerusi Kelab Kebajikan 1Malaysia Pulau Pinang. Kelab itu menganjurkan makan malam dan mengagihkan sumbangan wang tunai kepada beberapa pertubuhan, termasuk NGO dan beberapa kumpulan media tempatan Cina, semasa pilihan raya umum 2013.

Kyizzad pula pernah berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri di bahagian pengurusan aset sementara Aiman dalah bekas pegawai di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Saman pelucuthakan yang difailkan oleh Pejabat Peguam Negara pada 8 Mei melibatkan 18 orang responden, termasuk bekas perdana menteri Najib Razak, isterinya, Rosmah Mansor, dan anak-anak mereka, Riza Aziz, Nor Ashman, dan Nooryana Najwa.

"Semua kertas mahkamah telah disampaikan kepada responden mengikut kehendak Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Perolehan Akta Kegiatan Undang-Undang (AMLATFA) 2001," kata Fatnin kepada mahkamah semasa pengurusan kes.

"Bagaimanapun, responden 16, 17 dan 18 (Geh, Kyizzad dan Aiman) telah lari.”

Sehubungan itu, Fatnin membuat permohonan mengikut Seksyen 61 (2) akta itu untuk menyiarkan suatu notis untuk menggesa mana-mana pihak ketiga dengan kepentingan yang berminat dengan hartatanah dan barangan yang disita itu untuk menghadiri prosiding mahkamah dan menunjukkan sebab mengapa barangan tersebut tidak seharus dilucuthakkan.

"Responden yang hadir hari ini tidak mempunyai bantahan terhadap perkara ini, kami memerlukan masa (untuk menyediakan notis itu)," katanya.

Peguam yang hadir - termasuk Nor Ashman dan Nooryana - tidak membantah terhadap permohonan itu.

Semasa prosiding yang sama, peguam Najib, Muhammad Farhan Shafee mencadangkan supaya butiran barangan yang disita harus disertakan dengan gambar.

Farhan berkata ini akan memudahkan proses penyediaan afidavit, kerana ia akan mengelakkan kekeliruan dalam penyenaraian item.

09895d2ba66d3d1bbb30499fcda13817.jpeg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/478034

Najib Kecewa Lepas Tahu RM42 Juta Pindah Ke Akaunnya

29.05.2019 - Kuala Lumpur, Perbicaraan terhadap bekas perdana menteri Najib Razak dalam kes melibatkan dakwaan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd memasuki hari ke-18 di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini.

Malaysiakini membawakan laporan secara langsung perbicaraan kes ini:

9.30am: Pengarah Urusan Ihsan Perdana, Shamsul Anwar Sulaiman memberi keterangan bahawa Najib Razak kecewa apabila mengetahui RM42 juta dipindahkan dari akaun Ihsan Perdana ke akaun AmIslamic milik bekas Perdana Menteri itu.

Dia memberitahu peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah semasa pemeriksaan balas hari ini.

Shamsul berkata beliau melihat reaksi pada muka Najib ketika berjumpanya di kediamannya di Langgak Duta, berikutan penahanan Shamsul oleh SPRM selama beberapa hari pada 2015.

Shafee: Apabila kamu pergi berjumpa Najib dan bercerita (mengenai tahanan reman dan soal siasat oleh SPRM), apakah reaksi Najib?

Shamsul: Dia terkejut mendapati seseorang memasukkan wang ke akaunnya. Dia tidak tahu siapa yang letakkan wang itu. Kenapa ia dilakukan melalui syarikat saya (Ihsan Perdana).

Dia sangat kecewa, dan saya mohon maaf kepadanya (kerana Ihsan Perdana digunakan untuk memindahkan wang ke akaun Najib).

Syarikat terakhir yang memindahkan wang itu adalah syarikat saya. Kalaulah hanya saya tahu sumber dana itu.

Shafee: Kamu beri keterangan di di mahkamah bahawa kamu hanya mengikut arahan (memindahkan RM42 juta ke dua akaun Najib)?

Shamsul: Tidak (dengan niat tidak jujur). Pemikiran saya jelas. Kesemua wang ini (yang melalui Ihsan Perdana dan akaun lain) adalah untuk CSR. Saya percaya ia adalah untuk tujuan yang baik.

Shafee: Apakah reaksi Najib nampak asli?

Shamsul: Dia benar-benar terkejut.

Semasa pemeriksaan semula oleh DPP Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi, Shamsul mengakui walaupun terkejut, Najib tidak memintanya membuat laporan dengan pihak berkuasa.

Saifuddin: Adakah dia (Najib) meminta kamu buat laporan dengan polis atau SPRM?

Shamsul: Tidak.

Terdahulu, Shamsul memberi keterangan bahawa semasa tahana reman itu, beliau mendapati pegawai SPRM menyoal beliau atas dakwaan berkaitan dengan pemindahan Ihsan Perdana.

9.10am: Memakai sut kelabu, bekas perdana menteri, Najib Razak memasuki kandang tertuduh apabila prosiding bermula.

Turut kelihatan dalam kandang saksi ialah saksi ke-37 yang juga Pengarah Urusan Ihsan Perdana, Shamsul Anwar Sulaiman, yang akan menyambung keterangan dalam pemeriksaan balas oleh pasukan peguam Najib.

Difahamkan pemeriksaan utama terhadap CEO KWAP dan saksi ke-38, Azian Mohd Noh akan disambung semula selepas Shamsul selesai memberi keterangan.

Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), Azian Mohd Noh akan menyambung keterangan pada hari ke-20 perbicaraan melibatkan bekas perdana menteri Najib Razak hari ini.

Saksi ke-38 itu dijangka memberikan bukti lisan berhubung peranannya dalam penyaluran dana daripada pinjaman sebesar RM4 bilion kepada anak syarikat 1MDB, SRC International.

Beliau akan memberi keterangan semasa pemeriksaan utama oleh pihak pendakwaan di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan bermula kira-kira jam 9 pagi ini.


Semalam, Azian memberitahu mahkamah beliau diserahkan permohonan pinjaman SRC International oleh pegawai khas Najib, Allahyarham Azlin Alias di sebuah hotel di KL Sentral pada Jun 2011.

Saksi itu menceritakan beliau merasakan surat tersebut tidak memenuhi syarat asas untuk permohonan pinjaman daripada KWAP walaupun surat itu ditujukan kepada Najib selaku perdana Menteri.

Beliau berkata Pengerusi KWAP Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah mengajaknya ke Pejabat Perdana Menteri pada Jun 2011 untuk memaklumkan kepada Najib bahawa keputusan awal panel pelaburan KWAP hanya meluluskan pinjaman RM1 bilion daripada permohonan SRC sebanyak RM3.95 bilion.

Azian berkata, panel pelaburan KWAP kemudian sebulat suara memutuskan untuk meluluskan pinjaman RM2 bilion berikutan Najib mendesak untuk mempercepat permohonan pinjaman.

Beliau juga memberi keterangan bahawa Najib selaku menteri kewangan menasihatkan SRC International untuk mendapatkan pinjaman tambahan daripada KWAP kerana ia telah diberikan pinjaman awal RM2 bilion oleh dana persaraan itu pada akhir 2011.

SRC International memperoleh pinjaman RM2 bilion lagi dari KWAP pada awal 2012.

f76943382b46cc8cd2725908091e8572.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/477797

Pinjaman RM3.95B SRC Tak Ikut Dasar KWAP, Bekas CEO

29.05.2019 - Kuala Lumpur, Surat permohonan oleh SRC International Sdn Bhd untuk pinjaman RM3.95 bilion tidak memenuhi dasar keperluan prosedur oleh Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP), demikian Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu hari ini.

Bekas CEO KWAP Azian Mohd Noh berkata ini kerana sebarang permohonan pinjaman perlu dialamatkan kepada KWAP sedangkan permohonan pinjaman oleh SRC dalam sepucuk surat bertarikh 3 Jun 2011, ditandatangani oleh pengarah SRC International Nik Faisal Ariff Kamil dialamatkan kepada perdana menteri ketika itu Najib.

Pegawai wanita itu menyatakan demikian semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff pada perbicaraan hari ke-19 Najib yang menghadapi tiga tuduhan pecah amanah jenayah, satu tuduhan salah guna kedudukan dan tiga tuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Ishak : Permohonan ini tidak ikut polisi pinjaman KWAP seperti yang Datuk nyatakan di perenggan 10, dalam pernyataan saksi, sebab datuk kata tadı kena kemukakan kepada KWAP?

Azian : Ya, surat berkenaan (permohonan pinjaman) tidak memenuhi syarat KWAP bagi prosedur ini.

Membacakan pernyataan saksinya, Azian berkata beliau menerima surat asal permohonan SRC itu daripada pegawai Khas Najib, Azlin Alias (Arwah) dalam bulan Jun 2011.

Katanya, beliau dimaklumkan oleh Arwah Azlin bahawa Perdana Menteri pada masa itu Najib Tun Razak telah bersetuju dengan cadangan permohonan dari SRC dan beliau telah dirujuk kepada catitan atas surat itu yang Arwah Azlin memberitahu ianya dibuat oleh Najib sendiri.

“Surat yang saya terima itu merupakan surat permohonan pinjaman yang disediakan oleh SRC dan dialamatkan kepada Najib selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia untuk mendapatkan pinjaman KWAP sebanyak RM3.95 bilion bagi tujuan modal pusingan dan pelaburan am tanpa had.

“Surat berkenaan ditandatangani oleh Pengarah SRC bernama Nik Faisal Ariff Kamil. SRC pada ketika itu adalah syarikat milik penuh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang mana 1MDB merupakan syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD),” katanya.


Risiko Tinggi

Azian, 66, yang kini telah bersara berkata (pada) surat bertarikh 3 Jun 2011 terdapat catatan tulisan tangan serta tandatangan Najib yang ditujukan kepadanya selaku CEO KWAP dan menyatakan “bersetuju dengan cadangan ini” yang bertarikh 5 Jun 2011.

“Mengikut pemahaman saya, catatan 'bersetuju dengan cadangan ini' bermaksud Perdana Menteri bersetuju untuk KWAP memberikan pinjaman kepada SRC. Saya menerima surat permohonan itu dan keesokan hari pada waktu pagi saya berjumpa dengan Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah iaitu Pengerusi KWAP dan memaklumkan beliau berkenaan surat itu.

“Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz turut menyatakan bahawa beliau sedia maklum perkara tersebut kerana diberitahu sendiri oleh Najib sebelum ini. Saya kemudian diarahkan oleh Tan Sri Dr Wan agar KWAP dapat mengkaji permohonan tersebut dan dikemukakan untuk pertimbangan dan keputusan Panel Pelaburan KWAP,” katanya.

Saksi pendakwaan ke-38 itu juga berkata penilaian oleh Jabatan Pendapatan Tetap KWAP telah menentukan bahawa KWAP hanya dapat menyediakan pinjaman berjumlah RM1 bilion sahaja setelah mengambil risiko pembayaran, risiko negara, risiko industri dan risiko 'over concentration' yang tinggi berkaitan jumlah pinjaman yang dimohon oleh SRC berjumlah RM3.95 bilion.

Pegawai wanita itu berkata salah seorang ahli panel pelaburan telah memberikan pendapat supaya Najib dimaklumkan yang KWAP mencadangkan pinjaman pembiayaan RM1 bilion sahaja kepada SRC.

“Oleh itu, Tan Sri Dr Wan telah memaklumkan saya untuk mengikut beliau sekali untuk berjumpa Najib.

“Tidak lama selepas itu, saya dan Tan Sri Dr Wan telah pergi berjumpa dengan Najib di Pejabat Perdana Menteri. Kami telah memaklumkan tentang hasil keputusan Panel Pelaburan KWAP yang hanya meluluskan pinjaman pembiayaan sejumlah RM1 bilion. Namun, saya tidak ingat tarikh sebenar perjumpaan kami,” katanya.

Beliau berkata bagaimanapun Kertas Panel Pelaburan Khas KWAP disediakan untuk pertimbangan bagi kelulusan pinjaman RM2 bilion kepada SRC untuk tujuan ‘working capital’ dan ‘general investments’.

Kepada satu soalan oleh Ishak, saksi itu berkata adalah mustahil baginya ‘merungkai’ (decipher) kandungan surat itu secara terperinci oleh kerana beliau berjumpa Arwah Azlin waktu malam dan pertemuan berlaku selama 45 minit.

Ishak : Datuk tak dapat ‘decipher’ surat itu walau berjumpa 45 minit?

Azian : Saya baca tapi tidak secara detail mengenai KWAP policy or anything

Ishak : Lepas balik ofis ada Datuk maklumkan Azlin bahawa surat itu tidak ikut prosedur, tidak ikut kriteria polisi KWAP dan tidak dapat dipertimbangkan oleh KWAP?

Azian : Saya tidak maklumkan.

Ishak : Walaupun Datuk sedar, surat tidak ikut prosedur kenapa tak maklumkan?

Azian : I cannot recall why (saya tidak ingat mengapa).

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung esok.

ce19c57dc69c6679b5d21c28776dca43.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/477775

Jho Low Pengecut

22.05.2019 - Kuala Lumpur, Polis mengesahkan memiliki petunjuk baharu berhubung kes ahli perniagaan Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya berharap Jho Low akan dibawa pulang ke negara ini dalam masa terdekat.

Katanya, usaha kini sedang giat dijalankan untuk membawa individu itu ke muka pengadilan.

“Insya-Allah ada, sabar je, saya serius ni. Tahu lama dah.

“Kita akan cuba membawanya balik untuk dihadapkan ke muka pengadilan

“Semua orang tertunggu-tunggu pasal inilah petualang di sebalik bukti demi bukti yang didedahkan di mahkamah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media ketika mengadakan lawatan singkat di sempadan Malaysia-Thailand di Markas Taktikal, Lubok Stol, Rantau Panjang, hari ini.

Hadir sama, Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan.

Abdul Hamid turut menyifatkan Jho Low sebagai seorang pengecut apabila mengeluarkan kenyataan berhubung isu 1MDB menerusi peguamnya.

“Dengan sombongnya dia (Jho Low) mengeluarkan kenyataan penakutnya dari Hong Kong, Macau menerusi peguamnya untuk mempersendakan tindakan kerajaan terhadap 1MDB.

“Dia memang seorang pengecut dan seorang yang sepatutnya disumbat dalam penjara terhadap rompakan menyebabkan negara berhutang begitu banyak wang,” katanya.

Akhbar sebelum ini melaporkan, PDRM sedang mengesan empat individu bagi membantu siasatan kes berhubung 1MDB.

Mereka ialah tiga rakyat Malaysia, iaitu Low Hock Peng, 67; Goh Gaik Ewe, 67; dan Tan Kim Loong, 41; serta seorang wanita warga Singapura, Shabnam Naraindas Daswani atau Natasha Mirpuri, 55.

Mengikut rekod, Tan Sri Larry Low Hock Peng dan Gaik Ewe adalah ibu bapa kepada Jho Low yang dalam buruan polis.

Berita asal https://assets.hmetro.com.my/images/articles/ABDUL_HAMID_BADOR_1558538431.jpg

Najib, Rosmah Terima Notis Afidavit Lucut Hak

19.05.2019 - Kuala Lumpur, Notis memfailkan afidavit lucut hak ke atas barang rampasan berkaitan siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah diserah kepada 19 responden termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Notis Afidavit itu diserahkan kepada setiap responden oleh Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA), Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) Bukit Aman.

Dalam senarai tersebut, enam responden tersebut membabitkan enam buah syarikat iaitu Obyu Holding Sdn Bhd, Senijauhar Sdn Bhd, Yayasan Rakyat 1Malaysia, Yayasan Semesta, Yayasan Mustika Kasih dan Rembulan Kembara Sdn Bhd.

Manakala individu perseorangan itu adalah termasuk Najib dan Rosmah.

Turut tersenarai dalam notis tersebut adalah anak bekas pemimpin negara itu iaitu, Nooryana Najwa, Norashman dan Riza Shahriz Abdul Aziz.

Notis diserahkan melalui serahan tangan, tampalan memo selain penyerahan kepada wakil syarikat.

Sementara itu, Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA), Urus Setia KPN Bukit Aman, Datuk Khalil Azlan Chik ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan perkara tersebut.

"Penyerahan notis ini dibuat pada minggu lalu sebelum tindakan perbicaraan seterusnya di mahkamah," katanya.

Pada 28 Mac lalu, notis usul memfailkan afidavit lucut hak ke atas tujuh akaun bank milik bapa Low Taek Jho atau Jho Low, Low Hock Peng telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Sebanyak tiga akaun RHB Bank dan empat akaun Maybank milik Hock Peng berjumlah RM48 juta dipohon dilucuthakkan menerusi Seksyen 56 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada

319373.jpg


Berita asal https://www.sinarharian.com.my/arti...-Najib-Rosmah-terima-notis-afidavit-lucut-hak

Ihsan Perdana Di Arah Masukkan RM42j Ke Akaun Najib Begitu Saja

15.05.2019 - Kuala Lumpur, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu, syarikat Ihsan Perdana Sdn Bhd (Ihsan Perdana) memindahkan berjuta-juta ringgit ke dua akaun Najib Razak tanpa mengetahui bekas perdana menteri itu adalah pemiliknya.

Pengarah Urusan Ihsan Perdana ketika itu Dr Shamsul Anwar Sulaiman, berkata dia memberi kebenaran untuk membuat tiga pemindahan wang dari syarikatnya ke akaun Ambank yang bernombor akhir 906 dan 880.

Membaca keterangan di depan hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali, Shamsul Anwar berkata pemindahan itu melibatkan dana berjumlah RM27 juta, RM5 juta dan RM10 juta bagi tempoh di antara Dis 2014 dan Feb 2015.

Shamsul Anwar yang juga bekas exco Pemuda Umno berkata dia bertindak sedemikian atas arahan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Rakyat 1Malaysia, Ung Su Ling.

Katanya Ung tidak pernah memberi jawapan pada permintaannya untuk mendapatkan maklumat mengenai identiti penerima dana tersebut.

Untuk setiap transaksi, katanya, dia tidak akan memindahkan wang tersebut jika tahu Najib adalah pemegang akaun berkenaan.

"Najib tidak pernah menghubungi saya mengenai bayaran berkenaan," katanya sebanyak tiga kami semasa memperincikan tiga transaksi tersebut.


Tahu Lepas Baca WSJ

Shamsul Anwar menambah dia pernah cuba mencari maklumat mengenai pemilik akaun berkenaan daripada Ambank namun tidak pernah berjaya.

Menurut Shamsul Anwar, Ihsan Perdana - ditubuhkan pada 1990-an dengan nama Gem Horizons Sdn Bhd - sepatutnya melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada SRC International Sdn Bhd.

Katanya syarikat tersebut menerima dana sebanyak RM40 juta daripada sumber yang tidak diketahui.

Menurutnya pegawai YR1M memberitahu wang berkenaan akan disalurkan melalui Ihsan Perdana.

"Seseorang (dari YR1M) datang dan memberitahu akaun Ihsan Perdana akan digunakan untuk transit (dana) dan dipindahkan ke luar.

"Saya tanya mengenai butirannya tetapi tak dapat," katanya.

Menurut dia hanya tahu mengenai pemindahan dana sebanyak RM42 juta dari Gandingan Menteri Sdn Bhd (anak syarikat SRC) apabila membaca laporan The Wall Street Journal pada 2015.

Katanya ketika itu dia berada di Belgium.

Sementara itu ketika disoal balas ketua peguam bela, Muhammad Shafee Abdullah, Shamsul Anwar memberitahu dia berkhidmat sebagai seorang doktor dan terbabit dalam kerja-kerja CSR sejak 1990-an.

8f01f19d2deab940a854c6eddd544b08.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/476212

Darjah Kebesaran Selangor Najib, Rosmah Di Gantung

10.05.2019 - Shah Alam, Keahlian Darjah Kebesaran Selangor kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor digantung berkuat kuasa Isnin lalu.

Ia turut membabitkan darjah kebesaran kepada bekas Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Syarikat NGV Tech Sdn Bhd, Zulkifli Sharif yang ditarik semula dan dibatalkan.

Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Mohd Amin Ahmad Yahya berkata, perkara itu diputuskan bagi menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan rundingan dengan Dewan di-Raja Selangor.

“Datuk Seri Najib dikurniakan Keahlian Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) Kelas Pertama yang membawa gelaran Dato’ Seri pada 2004 dan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.) Kelas Kedua yang membawa gelaran Dato’ pada 1992.

“Beliau sudah didakwa di mahkamah atas beberapa pertuduhan membabitkan kes rasuah, pecah amanah dan penggubahan wang haram.

“Justeru, keahlian beliau sebagai penyandang darjah kebesaran itu digantung sehingga kes perbicaraan dan rayuan (jika ada) selesai di mahkamah. Ia akan disemak semula selepas kes dimuktamadkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kata Mohd Amin yang juga Pendaftar Darjah Kebesaran Negeri Selangor, penggantungan turut membabitkan Rosmah yang dikurniakan S.P.M.S. Kelas Pertama dengan membawa gelaran Datin Paduka Seri pada 2005.

“Beliau sudah didakwa di mahkamah atas beberapa pertuduhan kes rasuah, penggubahan wang haram dan kes Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Keahlian beliau sebagai penyandang darjah kebesaran itu juga digantung sehingga kes perbicaraan dan rayuan selesai di mahkamah,” katanya.

Mohd Amin berkata, Zulkifli pula dikurniakan Keahlian Darjah Kebesaran Dato’-Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S.) yang membawa gelaran Dato’ pada 2010.

“Beliau sudah diisytiharkan bankrap oleh Jabatan Insolvensi Malaysia dan darjah kebesaran itu ditarik balik dan dibatalkan kerana tidak layak dan sesuai memegang darjah berkenaan,” katanya.

Penggantungan itu selaras dengan kuasa Sultan Sharafuddin di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Statut Darjah Kebesaran yang berkaitan dan konvensi yang diamalkan di Selangor.

jib_1557476371.jpg


Berita asal https://www.hmetro.com.my/utama/2019/05/454314/darjah-kebesaran-selangor-najib-rosmah-digantung

Ambank Kena Denda Gagal Lapor Transaksi Akaun Najib

08.05.2019 - Kuala Lumpur, Pengurus Jabatan Perisikan Kewangan dan Penguatkuasaan Bank Negara Malaysia (BNM) Ahmad Farhan Sharifuddin memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini Ambank didenda kerana gagal melaporkan aktiviti transaksi meragukan dalam akaun Najib Razak.

Apabila disoal balas peguam Harvinderjit Singh, saksi pendakwaan keempat itu berkata kesalahan yang dilakukan oleh bank itu kerana gagal melaporkan transaksi yang mencurigakan dalam akaun bekas perdana menteri, dari pembukaan hingga penutupan akaun.

Saksi itu memberi keterangan pada hari ke-15 perbicaraan Najib, yang menghadapi tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Harvinderjit: Bolehkah anda memperincikan untuk transaksi apakah itu? Adakah sebelum atau selepas 2013?

Ahmad Farhan: Saya tidak dapat nyatakan secara terperinci tetapi ia bermula daripada pembukaan hingga penutupan akaun. Semua transaksi meliputi tempoh tersebut.

Sementara itu, apabila ditanya oleh peguam utama Najib,Muhammad Shafee Abdullah adakah Najib dimaklumkan sekiranya Ambank melaporkan transaksi meragukan dalam akaunnya, saksi itu berkata di bawah peruntukan Akta Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Amlatfa) tidak membenarkan amaran mengenai transaksi yang mencurigakan.

"Jadi Najib tidak akan dimaklumkan. Ia adalah seperti memberi maklumat," katanya.

Muhammad Shafee: Saya cadangkan kepada anda bahawa jika AmBank melaporkan transaksi yang mencurigakan ini, anak guam saya akan berwaspada dan semua perkara ini dapat dielakkan.

Ahmad Farhan: Saya tidak tahu kerana saya hanya ditugaskan untuk menyiasat urus niaga yang meragukan itu.

Apabila ditanya mengenai telefon BlackBerry dan Samsung yang disita semasa serbuan dijalankan di AmBank, saksi itu berkata beliau tidak mengetahui mengapa telefon itu disita pada masa itu, malah tidak mengetahui barangan itu telah dirampas.

“Ia tidak perlu untuk penyiasatan saya,” katanya sambil menambah bahawa beliau hanya menyerahkan telefon bersama laporan analisis kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada bulan Ogos 2015, selepas Jabatan Forensik mengeluarkan data daripada telefon.

Muhammad Shafee: Adakah anda menyimpan diari penyiasatan semasa anda menjalankan siasatan? Saksi itu menjawab “ya, dalam sistem."

Perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung.

0884eed91340172d3b325c77db057a1c.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/475354

Najib Akan Cabar Saman Lucut Hak Oleh Kerajaan, Polis

08.05.2019 - Kuala Lumpur, Bekas perdana menteri Najib Razak akan mencabar dua saman pelucutanhakan yang difailkan oleh kerajaan dan polis terhadapnya dan beberapa individu yang lain.

Peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah dalam berkata demikian, mendakwa bahawa pemfailan saman itu "terburu-buru" dan tidak adil kepada anak guamnya.

"Kami akan lawan dan mencabarnya (saman itu), saya tidak fikir mereka boleh lakukannya," katanya ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur petang ini.

Terdahulu hari ini, Jabatan Peguam Negara (AGC) menfailkan notis usul berhubung pelucutan hak terhadap ratusan beg tangan pelbagai jenama, wang tunai pelbagai mata wang asing, jam tangan dan 27 buah buah kereta yang dirampas dari Najib, isterinya Rosmah Mansor, tiga anak mereka dan 13 individu serta syarikat.

Barangan berkenaan dikatakan bernilai RM711 juta.

Pendakwa Raya menamakan Najib sebagai responden pertama diikuti Rosmah, Riza Shahriz Abdul Aziz, Nor Ashman Razak Mohd Najib, Nooryana Najwa Mohd Najib, Mohd Kyizzad Mesran, Senijauhar Sdn Bhd, Aiman Ruslan, Yayasan Rakyat 1Malaysia, Yayasan Semesta, Yayasan Mustika Kasih, Rembulan Kembara Sdn Bhd, Goh Gaik Ewe, Ng Chong Hwa, Lim Hwee Bin, Kee Kok Thiam, Tan Vern Tact dan Geh Choh Hun sebagai responden kedua hingga ke-18.

Pendakwa Raya juga memohon perintah lain yang difikirkan adil, munasabah oleh mahkamah.

0b1d9930ac633bcd4bbe864855cf79d9.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/475371

Kalau Polis Pulang Balik Rampasan Maka Saya Tak Korup

08.05.2019 - Kuala Lumpur, Bekas perdana menteri Najib Razak mendakwa polis mengambil langkah saman sivil pelucuthakkan terhadap aset-aset yang disita berjumlah RM711 juta kerana sekiranya pihak berkuasa memulangkannya kembali maka mereka akan membuktikan dirinya tidak bersalah melakukan amalan rasuah.

Beliau maklum tempoh maksimum penyitaan hartanya selama setahun akan tamat dalam masa sepuluh hari lagi pada 18 Mei depan yang memerlukan tindakan polis itu.

"Jika dikembalikan, sudah tentu tindakan itu mengesahkan Najib tidak korup dan tidak membeli barangan itu menggunakan wang 1MDB atau sumber wang yang tidak sah.

"Sebab itu, mereka kini menggunakan tindakan lucuthak sivil dan bukan pendakwaan jenayah bagi elak dari memulangkan barangan terbabit," katanya pada hantaran Facebook hari ini.


Hadiah, derma, milik ibu mertua anak

Najib mempertahankan barangan tersebut merupakan hadiah dan derma.

MP Pekan berkata beliau menerima banyak hadiah daripada tamu kehormat luar negara.

Selanjutnya, Najib berkata ibu mertua kepada anak perempuanya pernah mendirikan rumah tangga dengan salah seorang yang paling kaya di Kazakhstan.

"Banyak barangan yang dirampas polis juga miliknya - termasuk hadiah yang diterima oleh anak saya dan suaminya," katanya.

Najib merujuk kepada Maira Nazarbayeva, yang pernah berkahwin dengan Bolat Nazarbayev, adik kepada presiden Kazakhstan.

Nooryana Najwa, anak perempuan Najib hasil perkongsian hidup dengan Rosmah Mansor mendirikan rumah tangga bersama anak Maira, Daniyar Kessibayev.

Mengenai wang tunai yang dirampas di hartanah berkait dengannya, termasuk 26 mata wang, Najib mendakwa duit itu merupakan derma untuk kempen pilihan raya Umno.

"Saya juga telah menjelaskan banyak kali bahawa wang tunai yang dirampas adalah bagi kegunaan parti untuk PRU14.

"Bagaimanapun, PH telah menggunakan rampasan aset itu sebagai salah satu alat propaganda yang amat kejam untuk memalukan saya dengan menuduh saya memperolehi wang dan barangan itu dari aktiviti tidak sah atau dari 1MDB," katanya.

Serbuan terhadap hartanah yang dikaitkan dengan Najib di Pavillion Residences di Kuala Lumpur pada 18 Mei tahun lepas menyita 72 beg wang tunai dan barang kemas serta 284 kotak beg tangan berjenama.

Pada 27 Jun tahun lepas, polis menyenaraikan barang-barang yang dirampas termasuk tunai RM116.7 juta dalam bentuk 26 mata wang, 567 beg tangan, 423 jam tangan, 234 cermin mata hitam dan lebih 10,000 barang kemas.

Polis menganggarkan rampasan tersebut bernilai antara RM686.37 juta hingga RM1.1 bilion.


149f969183f98811973267c4c3405f7d.jpeg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/475362

Fail Saman Perlucuthakan Barangan Mewah RM711 Juta

08.05.2019 - Kuala Lumpur, Polis mengesahkan ada memfailkan saman perlucuthakan barangan mewah bernilai RM711 juta milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta beberapa individu lain yang didakwa dibeli menggunakan wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Perkara itu disahkan Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN), Bukit Aman, Datuk Khalil Azlan Chik ketika dihubungi, hari ini.

“Saya mengesahkannya. Notis itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Tarikh (pendengaran) akan ditetapkan oleh mahkamah,” katanya ketika dihubungi wartawan Harian Metro.

Sebelum itu, The Edge Market melaporkan dua notis usul dan afidavit sokongan bagi tujuan itu difailkan kerajaan dan polis di Mahkamah Tinggi, semalam.

Portal itu yang memetik sumber berkata, tindakan itu adalah langkah susulan selepas polis menyita pelbagai barangan berharga di kediaman sekitar Bukit Bintang yang dikaitkan dengan Najib, tahun lalu.

Difahamkan, notis pertama difailkan adalah untuk menyita harta di Lembah Klang, wang tunai termasuk pelbagai mata wang asing, barang kemas, beg tangan, jam tangan dan cermin mata hitam bernilai RM680 juta.

Notis kedua adalah bagi menyita barangan bernilai RM31 juta, termasuk 27 kereta mewah, wang tunai serta pelbagai mata wang asing, 29 akaun bank, jam tangan dan beg.

Laporan itu turut memaklumkan Superintendan Foo Wei Min yang mengetuai siasatan kes berkenaan mengesahkan kewujudan afidavit yang menyokong tindakan untuk melucut hak harta terbabit.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga dikatakan membantu pasukan itu dalam operasi serta siasatan kes berkenaan.

Bagaimanapun, Khalil Azlan memberitahu Harian Metro, pegawai kanan yang mengetuai pasukan AMLA adalah beliau sendiri dan bukannya Foo seperti yang dilaporkan portal terbabit.

Portal itu turut melaporkan pendengaran bagi permohonan notis itu kemungkinan akan mengambil masa sehingga sebulan.

Semalam, Peguam Negara, Tommy Thomas mengesahkan Malaysia sudah menerima pemindahan pertama dana yang dikaitkan dengan 1MDB sebanyak AS$57 juta (RM236 juta) dari Amerika Syarikat (AS) yang disita daripada Red Granite Pictures.

Red Granite Pictures adalah syarikat pembikinan filem berpangkalan di AS yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan anak tirinya, Riza Aziz.

Pada 6 Mac lalu, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang ketika itu Ketua Polis Negara, dilaporkan berkata siasatan terhadap barangan dirampas berkaitan kes 1MDB perlu dilengkapkan sebelum atau pada 16 Mei ini.

Katanya, pihaknya mempunyai masa sehingga 16 Mei ini bagi menyimpan barangan yang dirampas dalam beberapa serbuan dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman sejak 16 Mei tahun lalu, termasuk di kediaman Najib.

Pada Jun lalu, Pengarah JSJK ketika itu, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh dipetik berkata, jumlah keseluruhan nilai barangan dirampas dari kediaman Najib adalah antara RM900 juta hingga RM1.1 bilion.

1mdb12_1557317965.jpg


Berita asal https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/05/453556/fail-saman-perlucuthakan-barangan-mewah-rm711-juta

RM42 Juta Masuk Ke Akaun Najib

06.05.2019 - Kuala Lumpur, Pengurus Affin Bank cawangan The Curve, Noorhayati Mohd Yunus memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, bahawa terdapat pemindahan wang berjumlah RM42 juta dari Ihsan Perdana Sdn Bhd ke dalam dua akaun milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau mengesahkan bahawa pemindahan wang itu berdasarkan penyata akaun Affin Bank atas nama Ihsan Perdana Sdn Bhd bagi tempoh 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2015.

“Tiga pemindahan wang dari akaun Affin bernombor 106180001108 itu ialah RM27 juta dan RM5 juta pada 26 Disember 2014, serta RM10 juta pada 10 Februari 2015.

“Saya merujuk kepada borang Permohonan Kiriman Wang dan mengesahkan bahawa semua wang itu di masukkan ke dalam dua akaun AmPrivate Banking 1MY dan MY (milik Najib),” katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Sulaiman Kho Kheng Fuei.

Noorhayati berkata borang itu ditandatangani oleh kedua-dua penanda tangan yang diberi kuasa iaitu Datuk Dr Shamsul Anwar Sulaiman dan Datuk Abdul Aziz Ismail bagi pihak Ihsan Perdana Sdn Bhd.

Terdahulu, Noorhayati mengesahkan bahawa syarikat Ihsan Perdana atau nama asalnya Gem Horizon Sdn Bhd mempunyai tiga akaun di Affin Bank dan dua daripadanya masih aktif sehingga kini.

“Akaun Gem Horizon Sdn Bhd dibuka pada 5 Ogos 2011, manakala dua akaun lagi atas nama Ihsan Perdana pada 5 Januari 2012 dan 1 Jun 2012.

“Pada 24 Oktober 2011, Gem Horizon ditukar kepada nama Ihsan Perdana. Saya mengesahkan dokumen ini diterima daripada Ihsan Perdana Sdn Bhd bersama-sama permohonan syarikat untuk membuka akaun di Affin Bank pada 5 Januari 2015,” katanya.

Ihsan Perdana adalah anak syarikat yang mengendalikan tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk SRC International Berhad.

Sementara itu, Noorhayati memberitahu mahkamah bahawa wang berjumlah RM50 juta dimasukkan ke dalam akaun Gandingan Mentari Sdn Bhd secara berperingkat antara 2014 dan 2015.

“Saya merujuk kepada penyata akaun atas nama Ihsan Perdana Sdn Bhd bagi tempoh 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2015.

“Saya mengesahkan kemasukan wang berjumlah RM40 juta pada 24 Disember 2014, RM5 juta pada 5 Februari 2015 dan RM5 juta pada 6 Februari 2015,” katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Sulaiman Kho Kheng Fuei.

Ketika menjawab soal balas peguam Farhan Read yang mewakili Najib, wanita itu mengesahkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ada beberapa kali merakam kenyataannya bagaimanapun tidak ingat berapa kali.

Prosiding di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung esok pagi.

MAHKAMAH_1557133722.jpg


Berita asal https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/05/452717/rm42-juta-masuk-ke-akaun-najib

Akaun Gandingan Mentari Termasuk Senarai Berisiko Tinggi - Pengurus Ambank

29.04.2019 - Kuala Lumpur, Pengurus Ambank cawangan Jalan Raja Chulan, R Uma Devi memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini bahawa akaun Gandingan Mentari Sdn Bhd di Ambank adalah akaun berisiko tinggi yang memerlukan pemantauan tambahan oleh jabatan pematuhan bank itu.

Uma Devi, 40, yang juga saksi pendakwaan yang ke-21 berkata aspek risiko tinggi dihitung oleh bank berdasarkan kriteria sistem.

Beliau berkata demikian semasa diperiksa balas oleh peguam Harvinderjit Singh pada hari kesepuluh perbicaraan bekas perdana menteri Najib Razak membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Harvinderjit: Apa yang anda maksudkan risiko tinggi?

Uma Devi menjawab: "Risiko tinggi bermakna syarikat mengendalikan wang tunai yang banyak."

Gandingan Mentari adalah sebuah anak syarikat SRC International Sdn Bhd.

Harvinderjit: Bank tiada rekod transaksi terdahulu Gandingan Mentari? Beliau menjawab, "Ia masih boleh disemak melalui sistem komputer Ambank".

Harvinderjit: Apa perbezaannya sekiranya ia dilabel sebagai berisiko tinggi?

Uma Devi: Jabatan pematuhan akan sentiasa memantau akaun mereka dengan lebih rapi.

Beliau juga memaklumkan bahawa jabatan pematuhan bank akan mengadakan pemeriksaan tambahan sebulan sekali terhadap akaun berkenaan.

Kepada satu soalan lain, Uma Devi berkata pengurus perhubungan Ambank tidak mungkin mengarahkan kakitangan di pusat pemprosesan cek bank itu untuk membenarkan cek yang ditandatangani oleh bukan pemilik akaun yang sah untuk cek itu ditunaikan.

Harvinderjit: Bagaimana sekeping cek, yang ditandatangani oleh seseorang yang tidak disahkan pihak bank, boleh diterima oleh bank? Ini luar biasa. Bolehkah seorang Pengurus Perhubungan mempunyai kawalan ke atas perkara ini? Sebagai contoh, bercakap dengan seseorang di pusat pemprosesan?

Uma Devi: Tidak, seseorang yang memastikan sesuatu pembayaran itu diluluskan juga akan dipertangungjawab atas tindakan itu.

Saksi itu turut memberitahu fail akaun yang dipegang oleh bank adalah selamat dan tidak boleh diganggu oleh sesiapapun kecuali seseorang dari bank itu.

Najib, 66, dihadapkan dengan tiga pertubuhan pecah amanah jenayah, satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukan dan tiga pertuduhkan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali itu bersambung.

fca579708c0672f00fb12c17808c65ec.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/474196

Najib Ada RM1.9B Dalam Salah Satu Akaun Pada 2013

29.04.2019 - Kuala Lumpur, Prosiding di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dimaklumkan bahawa baki dalam salah satu daripada beberapa akaun AmIslamic Bank bekas perdana menteri Najib pada 2013 mencecah RM1.9 bilion.

Perkara itu disahkan oleh saksi R Uma Devi yang merupakan pengurus bank Jalan Raka Chulan, yang menjawab soalan peguam bela Harvinderjit Singh.

Sebelum itu, Harvinderjit bertanya tentang beberapa transaksi termasuk prosedur dalam melaporkan transaksi jumlah besar kepada Bank Negara Malaysia (BNM).

Prosiding dimaklumkan bahawa pada 2012, baki dalam akaun berkenaan berjumlah RM756 juta.

Uma Devi juga memberi keterangan bahawa RM304 juta didepositkan dalam akaun itu pada 2011 oleh kementerian kewangan Arab Saudi.

Harvinderjit: Soalan saya, adakah transaksi berkenaan dibuat daripada sebuah akaun di bawah nama Kementerian Kewangan Riyadh (Arab Saudi)?

Uma Devi: Ya.

Harvinderjit: Saya tak fikir mana-mana akaun bank boleh ada jumlah transaksi sebesar itu tanpa penelitian BNM?

Uma Devi: Ya.

Harvinderjit: Perlu dilaporkan tanpa mengambil kira siapa pemegang akaun?

Uma Devi: Ya.

Terdahulu, Harvinderjit meminta Uma Devi mengesahkan koresponden daripada Najib kepada bank bertarikh 30 Julai 2013 yang mana perdana menteri menyatakan niatnya untuk "memulangkan AS$620 juta" dari akaun banknya.

Harvinderjit bertanya: "Adakah anda setuju bahawa bank maklum jumlah wang yang dikreditkan dalam akan adalah derma dan hadiah, dan ada perwakilan dibuat kepada bank pada 2013, (yang mengatakan) 'saya pulangkan jumlah yang belum digunakan ini semula'?"

Harvinderjit menanyakan soalan itu sambil menambah bahawa ia menggambarkan wang berkenaan dipulangkan kepada pengirimnya.

Uma Devi bersetuju.

8057b08558fb4cdddb03107355b0e4e6.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/474209

Najib Beri Kuasa Pada Pengarah SRC Kawal Akaun

24.04.2019 - Kuala Lumpur, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa bekas perdana menteri Najib Razak memberi kuasa kepada Nik Faisal Ariff Nik Othman Arif Kamil untuk menguruskan lima akaunnya dengan AmBank.

Dalam keterangan semasa perbicaraan kes melibatkan SRC International Sdn Bhd yang masuk hari kelapan hari ini, pengurus Ambank cawangan Jalan Raja Chulan, R Uma Devi berkata, Nik Faisal disenaraikan oleh Najib sebagai individu yang diberi kuasa ke atas akaun itu.

Beliau memberi keterangan bahawa surat yang dikeluarkan oleh Najib kepada bank itu menyatakan pengarah SRC International Sdn Bhd itu dibenarkan menandatangani cek sehingga RM250,000, mengutip buku cek yang dipautkan ke akaunnya, dan meminta penyata akaun.

"Saya mengesahkan bahawa Datuk Seri Najib Abdul Razak telah melantik Nik Faisal Ariff Kamil sebagai kakitangan yang diberi kuasa untuk nombor akaun 201200220090481 dan 20112022009694, dan telah membenarkan Nik Faisal mengemukakan permintaan mengenai akaun termasuk bakinya, dan mengesahkan cek berjumlah sehingga RM250,000, "katanya ketika pemeriksaan utama oleh DPP Suhaimi Ibrahim.

Uma Devi adalah saksi ke-21 pendakwaan dalam perbicaraan pengubahan wang haram terhadap Najib yang bermula pada 15 April.

Beliau memberi keterangan bahawa Najib telah membuka tiga akaun baru dengan cawangan bank itu pada 31 Julai 2013 dan menamakan Nik Faisal sebagai kakitangan yang diberi kuasa.

Bank itu juga menerima surat dari Nik Faisal pada hari yang sama untuk mengarahkan semua penyata bank, surat-menyurat dan buku cek yang disediakan diambil secara peribadi olehnya.

Menurut keterangan Uma Devi, dua akaun awal (berakhir 90481 dan 09694) kemudian ditutup atas arahan Najib pada 26 Ogos 2013.

Beliau berkata surat Najib yang mengarahkan penutupan akaun itu turut memberi arahan agar bank itu memindahkan baki wang sebanyak RM82.63 dan RM12,436,711.83 ke salah satu akaun baru (nombor 20112022011880).


RM64 Juta Dimasukkan Ke Akaun Najib

Semasa perbicaraan hari ini, mahkamah diberitahu terdapat satu daripada tiga akaun bank yang dibuka oleh Najib dengan Ambank cawangan Jalan Raja Chulan mempunyai wang sebanyak RM64 juta yang dimasukkan antara 8 Julai 2014 dan 10 Februari 2015.

Ini termasuk sejumlah RM27 juta daripada Ihsan Perdana Sdn Bhd, yang merupakan syarikat yang menjalankan kerja-kerja tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk SRC International.

Menurut Uma Devi (gambar bawah), antara tempoh pembukaan akaun bank (berakhir 1880) dan 9 Mac 2015, penyata bank juga menunjukkan terdapat lima transaksi di mana wang berjumlah RM63.28 juta telah dipindahkan dari akaun milik Najib.

Ini termasuk transaksi pada 29 Dis 2014, di mana RM27 juta dipindahkan ke akaun Permai Binaraya Sdn Bhd.

Permai Binaraya adalah anak syarikat Putra Perdana Construction Sdn Bhd.

Dalam keterangan awalnya, Uma Devi memberitahu mahkamah bahawa SRC International telah mengarahkan bank itu memindahkan RM35 juta dari akaunnya ke akaun Malayan Banking Putra Perdana pada 8 Julai 2014.

"Saya mengesahkan bahawa Ambank telah menerima surat daripada SRC International, yang ditandatangani oleh Nik Faisal Ariff dan Datuk Suboh Md Yassin, bertarikh 8 Julai 2014 mengarahkan AmBank memindahkan RM35 juta dari akaun bernombor 2112022010650 yang dimiliki oleh SRC International untuk dimasukkan ke Malayan Banking yang dimiliki oleh Putra Perdana Construction Sdn Bhd, "katanya.

RM40 juta dari SRC

Menurut keterangan Uma Devi, penyata bank menunjukkan sejumlah RM40 juta telah dipindahkan antara tiga akaun bank pada 24 Dis 2014 antara SRC International, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana.

SRC International dan Gandingan Mentari mempunyai tandatangan pihak yang diberi kuasa yang sama, iaitu Nik Faisal Ariff dan Suboh Md Yassin.

Mahkamah juga diberitahu bahawa Ambank telah diarahkan pada 11 Ogos 2014 untuk mengeluarkan RM3.282juta dari akaun bank milik Najib untuk membayar dua kad kredit.

Bagaimanapun, tidak disebutkan siapa pemilik kad kredit ini atau apa perbelanjaan yang dibuat.

Selain urus niaga ini, Uma Devi juga memberitahu mahkamah mengenai pelbagai urusan pemindahan wang yang dibuat antara tiga akaun Ambank yang dibuka oleh Najib pada 31 Julai 2013.

Urusniaga ini dibuat berdasarkan arahan Nik Faisal Ariff, katanya.

Uma Devi memberi keterangan bahawa salah satu akaun, nombor akaun yang berakhir pada 11906, adalah akaun yang diberikan kemudahan mengeluarkan cek oleh bank berkenaan.

Semasa perbicaraan hari ini, beliau memberitahu mahkamah mengenai 13 cek yang telah dikeluarkan dari akaun itu pada tahun 2015 berjumlah RM7 juta.

Antara penerima cek itu ialah Vital Spire Sdn Bhd, Umno Pulau Pinang dan Umno Johor Bahru, Zulkarnain & Co, Centre For Strategic Engagement Sdn Bhd, UPKO, Pemegang Amanah Rumah Penyayang Tun Abdul Razak dan Manisah Othman.

Perbicaraan akan diteruskan esok dengan Uma Devi dijangka merneruskan keterangan sebagai saksi.

fca579708c0672f00fb12c17808c65ec.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/473614

RM64 Juta Masuk Akaun Peribadi Najib - Saksi

24.04.2019 - Kuala Lumpur, Pengurus Cawangan Ambank Jalan Raja Chulan, R Uma Devi hari ini mendedahkan sebanyak RM64 juta dimasukkan ke dalam akaun semasa milik Najib Razak pada tahun 2014 dan 2015.

Beliau memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur bahawa daripada jumlah itu sebanyak RM37 juta dimasukkan daripada akaun syarikat Ihsan Perdana Sdn Bhd iaitu syarikat yang menjalankan tanggungjawab sosial korporat untuk SRC International Sdn Bhd.

Uma Devi, yang membacakan penyataan saksinya, berkata berdasarkan kepada rekod transaksi masuk akaun semasa AmPrivate Banking-1MY milik Najib bernombor 211-202-201188-0, menunjukkan RM27 juta dimasukkan ke akaun itu pada 8 Julai 2014.

Saksi pendakwaan ke-21 itu berkata, jumlah sama dimasukkan ke dalam akaun sama milik Najib pada 26 Disember 2014 daripada akaun Ihsan Perdana dan syarikat itu juga memasukkan RM10 juta lagi ke dalam akaun tersebut pada 10 Februari 2015.

“Mengikut Akta Keterangan 1950 di mana saya sahkan sepanjang pengetahuan dan kepercayaan saya semua cetakan dokumen (transaksi penyata akaun bank) dibuat dengan cetakan komputer dan komputer berada dalam keadaan baik, “ katanya ketika diminta mengesahkan dokumen itu pada perbicaraan kes Najib yang menghadapi tujuh pertuduhan melibatkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Uma Devi berkata demikian ketika merujuk penyata ambank milik Najib bernombor 211-202-201188-0 AmPrivate Banking-1My dari tempoh 31 Julai 2013 hingga 9 Mac 2015.

Katanya, Najib menamakan nama utama dalam akaun itu ialah AmPrivate Banking-1My manakala nama Najib diletakkan kemudian.


Keluar Cek Nilai Lebih RM250,000

“Nik Faisal Ariff Kamil (bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC International) dilantik sebagai pegawai diberi kuasa bagi semua akaun Najib.

"Ini akan membolehkan Nik Faisal menguruskan akaun Najib di Ambank tanpa perlu merujuk kepada mana-mana akaun secara khusus, juga surat benarkan ambil buku cek dan penyata akaun,” katanya.

Katanya, surat arahan bagi pegawai diberi kuasa dikeluarkan oleh Najib sendiri kepada Pengurus Cawangan Ambank Jalan Raja Chulan, pada ketika itu.

Beliau berkata surat kebenaran itu membolehkan Nik Faisal mengeluarkan cek bernilai lebih RM250,000 di mana akaun tersebut diberi kemudahan untuk mengeluarkan cek.

Saksi itu berkata pada 23 Jun 2014, Nik Faisal telah mengeluarkan satu surat arahan supaya RM3 juta dipindahkan daripada akaun Najib bernombor 211-202-2011888-0.

“Daripada jumlah itu,sebanyak RM1 juta telah diarahkan dimasukkan ke akaun peribadi milik Najib bernombor 211-202-201189-8,”katanya.

Katanya, manakala, baki RM2 juta pula dikreditkan ke akaun peribadia Najib yang bernombor 211-202-201190-6.

Uma Devi juga berkata, wang berjumlah RM20 juta juga dipindah keluar dari akaun 211-202-201188-0 dan dimasukkan ke akaun semasa lain AmPrivate Banking-1My milik Najib bernombor 211-202-201190-6 pada 8 Julai 2014.

Beliau menjelaskan, RM3 juta pula dipindah keluar daripada akaun 211-202-201190-6 dan dimasukkan ke dalam akaun semasa Najib bernombor 211-202-201189-8.

“Nik Faisal turut mengeluarkan surat arahan debit mengarahkan Ambank Cawangan Jalan Raja Chulan untuk memindahkan RM3,***,734.16 daripada akaun Najib dan dikreditkan amaun RM449,586.95 kepada kad kredit Visa Platinum.

"Selebihnya, iaitu RM2,833,147.21 dikreditkan kepada kad kredit Master Card Platinum,” katanya.

Terdahulu, saksi itu berkata RM27 juta dipindah keluar ke Syarikat Permai Binaraya Sdn Bhd pada 29 Disember 2014 melalui arahan pindahan daripada Najib manakala RM10 juta dipindah keluar pada 10 Februari 2015 kepada akaun Najib bernombor 211-202-201190-6.

Saksi itu turut mengesahkan sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya semua dokumen dalam keadaan baik dari segi perjalanan dan seliaan Ambank semasa pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Ibrahim.

Pada sesi pagi, Uma Devi berkata RM4 billon dimasukkan ke dalam akaun semasa SRC bernombor 2112022009736 antara Ogos 2011 dan Mac 2012.

Katanya, RM2 billon dimasukkan ke akaun itu pada 29 Ogos, 2011 dalam empat transaksi iaitu RM500 juta setiap satu transaksi manakala RM2 bilion lagi dimasukkan pada 28 Mac 2012.

Najib, 66, yang juga bekas perdana menteri, didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Terdahulu semasa perbicaraan sedang berjalan di mana saksi membacakan penyataan saksinya pada sesi petang, peguam bela Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Najib, memohon supaya prosiding ditangguh sebentar.

“Saya tidak tahu tentang saksi itu tetapi saya benar-benar letih dan bosan,” katanya.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menangguhkan prosiding selama 15 minit sebelum disambung semula pada jam 4.45 petang.

Perbicaraan bersambung esok 9 pagi.

1.jpg

1.jpg


f7bc8efb26c13c5466bfd4694e23f9d3.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/473613

RM50 Juta Di Masukkan Dalam Akaun Ihsan Perdana Sdn. Bhd.

24.04.2019 - Kuala Lumpur, Saksi ke-20 yang juga pegawai di Affin Bank Berhad mengesahkan bahawa pihaknya telah mengkreditkan (memasukkan) wang sebanyak RM50 juta dari akaun milik syarikat Gandingan Mentari Sdn. Bhd. ke dalam akaun bank milik Ihsan Perdana Sdn. Bhd. pada tahun 2014 dan 2015.

Rosaiah Mohamed Rosli, 53, yang merupakan pegawai pemprosesan di bank tersebut berkata, pada peringkat pertama jumlah wang sebanyak RM40 juta dikreditkan dari akaun AmIslamic Bank milik Gandingan Mentari ke akaun Affin Bank milik Ihsan Perdana melalui Single Credit Confirmation Advice pada 24 Disember 2014.

Single Credit Confirmation Advice dijana oleh Sistem Pemindahan Dana dan Sekuriti Secara Elektronik Masa Nyata (RENTAS).

"Semakan telah dibuat, oleh kumpulan dua (group 2) iaitu Abdullah Hadi Hamidon dan diluluskan oleh Mohd. Zulhaini Zuall Cobley. Proses pengesahan, semakan dan kelulusan untuk mengkreditkan jumlah wang ini dibuat pada hari sama," katanya yang bekerja di bank itu sejak tahun 2001.

Rosaiah berkata demikian selepas membaca kenyataan saksi pada hari kelapan perbicaraan kes tujuh pertuduhan penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd. RM42 juta di hadapan Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Kata saksi itu, pada 5 dan 6 Februari 2015 pihak Affin telah melakukan perkara sama dengan mengkreditkan jumlah masing-masing RM5 juta melibatkan akaun dan syarikat yang sama.

Gandingan Mentari merupakan syarikat subsidiari dibawah SRC International Sdn. Bhd. manakala Ihsan Perdana merupakan syarikat yang menjalankan tanggungjawab sosial korporat bagi SRC International.

Perbicaraan bersambung lagi petang ini.

Pasukan pendakwaan diwakili Peguam Negara, Tommy Thomas, Datuk Sulaiman Abdullah, Datuk V. Sithambaran, Datuk Ishak Mohd. Yusoff, Donald Joseph Franklin, Datuk Suhaimi Ibrahim, Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi, Sulaiman Kho Kheng Fuei, Budiman Lutfi Mohamed, Manoj Kurup, Mohd. Ashrof Adrin Kamarul dan Muhammad Izzat Fauzan.

Pasukan pembelaan pula diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Harvinderjit Singh Muhammad Farhan Shafee, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abidin, Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin, Farhan Read, Wan Aizuddin Wan Mohammed, Muhammad Shafee Rahmat Hazlan, Muhammad Farhan Shafee, Tiara Katrina Fuad, Nur Syahirah Hanapiah dan Zahria Eleena Redza.

Pada 4 Julai tahun lalu, Najib, 66, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini atas pertuduhan tiga pertuduhan pecah amanah serta satu pertuduhan menyalahgunakan jawatan berhubung dana SRC.

Kemudian, pada 8 Ogos tahun sama, Najib sekali lagi didakwa atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama daripada dana sama milik SRC.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu, jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

image.jpg


Berita asal http://www.kosmo.com.my/terkini/dan...an-dalam-akaun-ihsan-perdana-sdn-bhd-1.888090

Najib Beri RM240k Untuk Malaysian Digest - Saksi

24.03.2019 - Kuala Lumpur, Portal berita Malaysian Digest menerima bayaran dalam bentuk cek berjumlah RM240,000 daripada Najib Razak yang ketika itu merupakan perdana menteri pada 2015, kata saksi pendakwaan ke-16 Onn Hafiz Ghazi.

Saksi memberitahu hal ini kepada Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur semasa sesi pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwaraya (DPP) Muhammad Saifuddin Hashim Musaim.

Hafiz, yang memiliki saham portal itu melalui Vital Spire Sdn Bhd, mengesahkan menerima cek berkenaan daripada Najib pada 30 Jan 2015, untuk melancarkan laman berita tersebut.

Ketika pemeriksaan utama oleh Saifuddin, Hafiz berkata portal berkenaan membuat liputan berita tempatan dan antarabangsa antara lain merangkumi isu politik, hiburan dan sukan.

Saifuddin: Siapa arah lancarkan portal itu?

Hafiz: Atas arahan Najib. Saya jumpa dia sendiri di Pejabat Perdana Menteri ketika itu. Saya dapat cek daripada dia. Dia tandatangan cek itu depan saya.

Hafiz yang juga Adun Layang-layang merupakan anak saudara bekas naib presiden Umno Hishammuddin Hussein memberi keterangan dalam kes perbicaraan Najib Razak yang berhadapan pertuduhan jenayah pecah amanah dan pengubahan wang haram berkaitan SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.

RM238k untuk FB Ah Jib Gor, Chinese Weekly

Sementara itu, saksi ke-17 pendakwaan, Wong Nai Chee memberitahu mahkamah Najib memberikannya cek Amislamic berjumlah RM238,914 pada 12 Februari 2015.

Menurut Wong, cek berkenaan adalah bagi pemimpin komuniti, Lim Soon Peng membayar dua pihak lain.

Wong, yang berkhidmat sebagai setiausaha politik Najib dari 2011 hingga Mei tahun lalu, memberitahu DPP Saifuddin bahawa cek berkenaan adalah untuk membayar AD Network dan Akademi Kewartawanan & Informasi Taima.

"Bayaran itu adalah untuk yuran pentadbiran Facebook Ah Jib Gor (oleh AD Network), dan penerbitan Chinese Weekly, nama penerbitan itu," kata Wong.

Katanya, Lim merupakan seorang yang amanah dan objektif Chinese Weekly adalah untuk memberi memberi makluman kepada pembaca Cina.

DPP: Anda kata bayaran itu untuk AD Network dan Akademi Kewartawanan & Informasi Taima. Adakah mereka ada mengadu tidak bebas (kerana menerima dana)?

Wong: Tak ada.

5a89381822202486b3eeea3360f789e2.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/473440

Najib Biayai Laman FB Ah Jib Kor & Penulis

24.03.2019 - Kuala Lumpur, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dimaklumkan bahawa Najib Razak menyerahkan RM238,914 kepada ahli perniagaan Lim Soon Peng untuk dibelanjakan bagi membiayai kandungan dan penulis laman Facebook Ah Jib Gor.

Saksi Wong Nai Chee yang juga adalah setiausaha politik kepada Najib dari tahun 2011 hingga 2018, berkata demikian semasa perbicaraan bekas perdana menteri itu yang berdepan dengan tuduhan pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah.

Wong berkata Lim membayar sebuah syarikat yang dikenali sebagai AG Network untuk mentadbir laman Facebook itu manakala lebihan wang dibelanjakan untuk membiayai Akademi Kewartawanan & Maklumat Taima (Akit) untuk mengupah penulis kandungan Cina yang "objektif".

Ketika disoal oleh TPP Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi, Wong menjelaskan bahawa Lim adalah pemimpin akar umbi Cina yang berpengaruh dan mampu menghimpunkan orang ramai jika diminta berbuat demikian.

Katanya, Lim tidak mempunyai hubungan dengan kedua-dua syarikat itu.

Ketika pemeriksaan balas oleh peguam bela utama, Muhammad Shafee Abdullah, Wong berkata laman Facebook Ah Jib Gor diwujudkan untuk mempengaruhi masyarakat Cina.

Beliau berkata laman itu direka untuk menggambarkan dasar kerajaan secara tepat kepada pembaca.

Shafee: Adakah (laman yang direka bentuk itu) untuk memahami masyarakat (dengan lebih baik) dan berkhidmat untuk mereka?

Wong: (Ia adalah) untuk masyarakat (Cina) lebih memahami kerajaan.

Laman Facebook Ah Jib Gor dilancarkan pada tahun 2012 dan kini mempunyai 204,241 pengikut. Kali terakhir laman itu dikemas kini pada 8 Nov 2018.

Mengenai penulis kandungan Cina, Shafee bertanya mengapa Wong menyebut bahawa para penulis perlu "objektif" dan saksi menjelaskan bahawa ini adalah strategi politik.

"Kami dapati bahawa sebelum pilihan raya umum, banyak tulisan (kandungan) Cina adalah negatif (terhadap kerajaan).

"Jadi kami mahu menjadi lebih objektif," katanya.

f474171d07ac491cc0237ce0c263ed81.jpeg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/473440

Bekas Pengawai Khas Najib Muat Naik Rakaman Prosiding

19.04.2019 - Kuala Lumpur, Bekas Pegawai Khas Datuk Seri Najib Tun Razak, Isham Abdul Jalil memuat naik rakaman prosiding perbicaraan hari kelima melibatkan bekas Perdana Menteri itu menerusi akaun Facebooknya hari ini.


Rakaman selama dua minit 12 saat itu menunjukkan peguam bela Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menyoal saksi dalam kes tersebut.

Bagaimanapun, peguam terkemuka, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, tindakan yang dilakukan Isham itu salah disisi undang-undang dan telah menghina mahkamah.

Laporan polis perlu dibuat dan salinan laporan perlu diserahkan kepada Pendaftar Mahkamah supaya tindakan seterusnya diambil, katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Jelas beliau, mahkamah akan membuat keputusan dan tindakan yang sewajarnya terhadap Isham.

Perbicaraan hari kelima Najib atas tujuh pertuduhan salah guna jawatan, pecah amanah dan menerima hasil aktiviti haram berjumlah RM42 juta membabitkan dana syarikat SRC International Sdn. Bhd.

https://i.postimg.cc/wB7WVyVS/1.jpg

Video Prosiding https://streamable.com/2lt3o

FB Asal https://www.facebook.com/isham.abdjalil/

Berita asal https://www.sinarharian.com.my/arti...ajib-muat-naik-rakaman-prosiding-bicara-di-FB

UMNO Pulau Pinang & JB Terima Cek RM1 Juta Dari Najib

18.04.2019 - Kuala Lumpur, Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang dan Umno Bahagian Johor Bharu menerima pembayaran melalui cek masing-masing berjumlah RM1 juta dan RM300,000 daripada akaun Ambank milik bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2015.

Pengurus Kanan Pusat Pemprosesan Cek Ambank, Badrul Hisam Mohamad, 45, berkata kesemua cek itu telah berjaya ditunaikan berdasarkan kepada maklumat yang lengkap dan mengesahkan tiada kesalahan terdapat pada kesemua cek berkenaan.

Badrul Hisam berkata kedua-dua transaksi itu dikeluarkan melalui cek daripada akaun AmIslamic bernombor 2022011906.

Melalui pertuduhan pengubahan wang haram, dinyatakan bahawa nombor akaun 2022011906 adalah milik bekas perdana menteri itu.

Badrul Hisam, yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang pemprosesan cek turut mengesahkan sebuah parti dari Sabah iaitu UPKO juga menerima pembayaran melalui cek bernilai RM1 juta manakala Trustee of Rumah Penyayang Tun Abdul Razak menerima bayaran RM400,000 melalui cek daripada akaun sama.

Semasa pemeriksaan utama, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi meminta saksi itu membuat pengesahan ke atas kesemua cek berkenaan pada hari kelima perbicaraan kes bekas perdana menteri itu berhubung dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Selain itu, Badrul Hisam juga mengesahkan sebanyak 13 lagi cek telah dikeluarkan daripada akaun AmIslamic Bank bernombor 2022011906 (akaun Najib) kepada beberapa individu dan syarikat.

Saksi pendakwaan kelima itu mengesahkan juga pengeluaran cek dari akaun yang sama berjumlah RM240,000 kepada Syarikat Vital Spire Sdn Bhd; Zulqarnain & Co. berjumlah RM2.5 juta; Centre of Strategic Engagement Sdn Bhd sebanyak RM300,000, sejumlah RM238,914 kepada penerima bernama Lim Soon Peng; ABS Trend Master Sdn Bhd berjumlah RM100,000; Solar Dhine Sdn Bhd (RM1 juta); Asmadi Abu Talip (RM50,000); Manisah Othman (RM13,800); MOZ Malaysia Sdn Bhd (RM56,500) dan Syadilah Enterprise (RM77,300) antara 30 Jan dan 26 Feb 2015.

Badrul Hisam turut mengesahkan sekeping cek berjumlah RM3.5 juta telah dimasukkan ke dalam akaun penerima atas nama Hafarizam Wan & Aisha Mubarak melalui akaun bernombor 2022011898 pada 21 Jan 2015.

Beliau juga turut mengesahkan dua keping cek dikeluarkan oleh syarikat SRC International Sdn Bhd melalui dua transaksi kepada Ihsan Perdana Sdn Bhd, masing-masing berjumlah RM20 juta dan RM103,361.17 pada 12 Dis 2014 dan 9 Mac 2015.

Najib, 66, didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung petang ini.

860672scr_56730a2e8125a92.jpg


Berita asal http://www.frontdesk.com.my/bm/inde...1-juta-rm300000-daripada-najib-pengurus-bank/

Di Minta Buat Bilik Setor Dalam Almari Pakaian MO1

18.04.2018 - Kuala Lumpur, Pemilik syarikat pereka hiasan dalaman memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau membuat kerja-kerja pembinaan bilik setor yang mempunyai almari pakaian dan dapur kering (pantry) di rumah “orang nombor 1” iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2014 berjumlah lebih RM200,000.

Zulkarnain Mohamad, pemilik ABS Trend Master Sdn Bhd berkata beliau mendapat bayaran pendahuluan sebanyak RM50,000 sebelum kerja-kerja dimulakan melalui cek manakala RM100,000 melalui cek bertarikh 12 Feb 2015 atas nama syarikat itu selepas sebahagian kerja-kerja disiapkan.

“Kerja-kerja pembinaan bermula pada bulan lapan atau sembilan 2014. Kerja-kerja disiapkan dalam masa tiga hingga empat bulan,” kata saksi pendakwaan keenam semasa pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi pada perbicaraan kes Najib yang masuk harı kelima harı ini.

Muhammad Saifuddin: Pada tahun 2014, ada tidak syarikat diminta untuk membuat kerja-kerja di rumah Datuk Seri Najib?

Zulkarnain: Ada.

Muhammad Saifuddin: Boleh ceritakan bagaimana syarikat boleh mula terlibat dengan kerja-kerja di rumah Datuk Seri Najib?

Zulkarnain: Pada 2014, dalam bulan 8 atau 9, saya dapat panggilan daripada pengurus rumah kediaman Perdana Menteri, waktu itu dirujuk orang no 1, saya tidak pasti siapa orang no 1 tapi saya pergi sahaja. Kita nak buat kabinet baju dan store.

Muhammad Saifuddin: Siapa yg telefon?

Zulkarnain: Encik Amirul Hadi. Masa tu saya belum kenal Amirul Hadi. Saya jumpa dia lepas Tol Jalan Duta, di Shell, saya kemudiannya dibawa ke kediaman itu.

Katanya beliau berjumpa Amirul Hadi pada siang hari dan dibawa ke kediaman Najb di Jalan Langgak Duta dengan menaiki kenderaan masing-masing.

Amirul Hadi minta saya buat stor, kabinet baju . Saya tanya ini rumah siapa, dia kata ini rumah orang nombor 1, saya cakap saya tidak mampu, saya tidak layak, tapi dia kata awak boleh buat.

Selepas itu saya cakap saya tengok dulu, saya ukur mana-mana yang dia nak, di rumah itu untuk buat stor, pantry dan kabinet baju. Saya ukur, saya buat draf, saya balik dan minta tempoh seminggu, dan bagitahu designer (Mohd Ikram), katanya.

Saksi itu menjelaskan kerja-kerja pembinaan itu dilakukan di belakang rumah di kawasan kediaman dengan sebut harga RM243,000 atau RM234,000.

Ditanya sebesar mana bilik setor itu mengambil kira anggaran bilik bicara mahkamah, beliau menjawab anggaran 1/3 daripada mahkamah.

Ditanya siapa memberikan cek bayaran kerja-kerjanya, saksi itu berkata beliau menerimanya daripada Amirul Hadi.

Muhammad Saifuddin: Di mana tempat terima cek?

Zulkarnain: Di rumah di Jalan Duta.

Muhammad Saifuddin: Masa buat kerja di rumah Jalan Duta dan kamu kata rumah itu orang nombor 1, sepanjang masa ada di situ, Ada nampak Datuk Seri Najib?

Zulkarnain: Saya buat kerja di belakang rumah, tapi kalau beliau nak keluar, saya nampak.

Muhammad Saifuddin: Pernah cakap?

Zulkarnain: Tidak pernah.

Disoal balas peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib saksi itu berkata beliau tidak pernah melihat keseluruhan kediaman bekas perdana menteri itu kerana beliau melakukan kerja-kerja di belakang rumah dan beliau juga tidak tahu almari pakaian itu dibuat untuk menyimpan pakaian Najib atau pekerjanya.

Kepada soalan peguam itu sama ada beliau ada melihat keramaian atau sebarang majlis diadakan di rumah Najib, Zulkarnain, 46, berkata beberapa kali seminggu beliau melihat ada anak yatim dan pelajar tahfiz membaca Surah Yasin di rumah Najib.

Zulkarnain: Kalau hari Khamis malam Jumaat ada anak yatim baca Surah Yasin, seminggu dua kali.

Muhammad Shafee: Mana tahu mereka anak yatim?

Zulkarnain: Sebab mereka pakai baju putih.

Jawapan saksi itu membuatkan suasana mahkamah dipenuhi dengan gelak ketawa termasuk Najib yang duduk dalam kandang tertuduh.

Ditanya peguam itu sama ada beliau ada melihat Najib semasa membuat kerja-kerja pembinaan itu, saksi itu berkata sekiranya Najib berada di rumah, beliau akan menghentikan kerja-kerja pembinaan kerana takut akan menganggunya kerana bunyi yang bising.

Kalau beliau ada di rumah, saya tidak buat kerja. Kalau beliau keluar saya sambung kerja, katanya.

Najib, 66, didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung Isnin.

860514scr_dc5f9b11fa1a322.jpg


Berita asal http://www.frontdesk.com.my/bm/inde...orang-nombor-1-pemilik-pereka-hiasan-dalaman/

'Taya tak Di Latih Menipu'

18.04.2019 - Kuala Lumpur, Pengurus Jabatan Perisikan Kewangan dan Penguatkuasaan, Bank Negara Malaysia (BNM), Azizul Adzani Abdul Ghafar, 41, berkali-kali menafikan bahawa beliau menipu ketika memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di sini.

Malah, beliau juga menafikan ada ‘dilatih’ untuk tidak bercakap benar dan ada menyembunyikan sebarang maklumat berhubung kes itu.

Azizul Adzani berkata demikian ketika menjawab soalan peguam Harvinderjit Singh yang mewakili bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menghadapi tujuh tuduhan membabitkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC International).

Dalam prosiding semalam, Azizul Adzani berkata, selepas serbuan di Ambank Cawangan Jalan Raja Chulan di sini, pada 6 Julai 2015, pihaknya membuat laporan polis dengan menyatakan kes disiasat mengikut kesalahan di bawah Seksyen 4(1), Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFAPUAA) 2001.

Menjawab soalan Harvinderjit, saksi itu mengesahkan bahawa laporan polis berkenaan dibuat pada jam 10.04 malam pada hari sama di Balai Polis Tun H S Lee iaitu selepas memperoleh dokumen yang diperlukan.

HARVINDERJIT: Kamu membuat serbuan itu dan merampas dokumen yang diperlukan mengikut arahan Pegawai Penyiasat, Ahmad Farhan Shahruddin dan sebaik sahaja selesai dokumen diambil, kamu sudah tahu siasatan dibuat mengikut Seksyen 4(1) AMLATFPUAA. Bagaimana kamu tahu ia disiasat mengikut akta itu?

AZIZUL: Berdasarkan dokumen yang dirampas.

HARVINDERJIT: Adakah kamu tahu bahawa membuat laporan polis dengan memberi maklumat tidak benar adalah kesalahan mengikut akta Kanun Keseksaan?

AZIZUL: Ya, saya tahu.

HARVINDERJIT: Pada 6 Julai 2015 iaitu pada jam 10.04 malam, kamu pergi membuat laporan di Balai Polis Tun H S Lee dan ia adalah 34 minit selepas dokumen serbuan diterima daripada Pengurus Ambank Cawangan Raja Chulan, R Uma Dewi.

AZIZUL: Ya betul.

HARVINDERJIT: Tetapi ketika itu, kamu bukan pegawai penyiasat? (Azizul Adzani adalah pegawai pengeledahan ketika itu)

AZIZUL: Ya betul.

HARVINDERJIT: Kamu tidak menghubungi pegawai penyiasat untuk membuat pengesahan?

AZIZUL: Tidak.

Sementara itu, menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Suhaimi Ibrahim, saksi itu memberitahu mahkamah bahawa ada beberapa dokumen tidak berada dalam senarai penggeledahan yang dibuat.

SUHAIMI: Jika tengok senarai rampasan, kamu ada buat catatan dokumen yang dirampas, bagaimana kamu boleh buat semua catatan itu?

AZIZUL: Saya ada buat semakan terhadap kandungan setiap fail dan sampul surat yang diperoleh daripada Uma, secara kasar. Ada juga dokumen yang tidak dinyatakan dalam senarai geledah.

SUHAIMI: Kenapa tidak membuat catatan?

AZIZUL: Ia adalah kerana terdapat banyak dokumen ketika itu dan saya hanya ada masa satu jam. Oleh itu, saya hanya catatkan nama dokumen yang paling atas.

Prosiding dihadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung hari ini.

Najib, 65, yang mengaku tidak bersalah menghadapi tujuh tuduhan merangkumi kesalahan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan serta pengubahan wang haram.

Ia sebahagian daripada 42 tuduhan dihadapi beliau yang sudah enam kali dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan yang sama tetapi dana berbeza.

Najib kali pertama didakwa pada 4 Julai tahun lalu atas tiga tuduhan pecah amanah dan satu tuduhan salah guna kuasa membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

18hmpegu_1555539621.jpg


jibbs_1555539616.jpg

Empat Transaksi RM94.7J

17.04.2019 - Kuala Lumpur, Mahkamah Tinggi di sini, diberitahu bahawa terdapat kemungkinan berlaku transaksi perbankan membabitkan SRC International Sdn Bhd (SRC International) kepada syarikat Gandingan Mentari Sdn Bhd membabitkan wang berjumlah RM94.7 juta

Perkara itu dibangkitkan peguam Harvinderjit Singh yang mewakili bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika menyoal balas saksi kedua iaitu Pengurus Jabatan Perisikan Kewangan dan Penguatkuasaan Bank Negara Malaysia (BNM), Azizul Adzani Abdul Ghafar, 41.

Transaksi itu adalah dokumen tambahan yang dikemukakan Pengurus Ambank Cawangan Raja Chulan, R Uma Devi kepada Azizul (ketika itu Pegawai Penggeledah) ketika rampasan dibuat pada 6 Julai 2015.

Harvinderjit merujuk kepada empat transaksi yang berlaku antara Disember 2014 hingga 13 Februari 2015, masing-masing berjumlah RM40 juta, RM5 juta, RM39.7 juta dan RM10 juta.

Bagaimanapun, Azizul Adzani ketika ditanya mengatakan bahawa beliau tidak ingat sama ada ia adalah dokumen yang sama direkodkan ketika membuat rampasan.

Terdahulu, Azizul Adzani memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak menerima sebarang arahan khusus bagi mendapatkan dokumen membabitkan enam akaun milik Najib dan SRC International.

“Saya diarahkan untuk mendapatkan dokumen berkaitan bagi setiap akaun yang diberikan pegawai penyiasat, Ahmad Farhan Shahrudin. Uma memberi dokumen yang diminta pada jam 11 pagi dan beliau turut memaklumkan ada beberapa dokumen tidak dapat diserahkan ketika itu.

“Saya menunggu di lobi selepas membuat rampasan pada sebelah pagi. Dokumen yang lain diperoleh pada jam 9.15 malam dan 9.30 malam selepas Uma melihat pasukan saya masih berada di lobi bank,” katanya.

Menjawab soalan Harvinderjit, Azizul Adzani berkata, pasukannya berada di lobi sehingga malam menunggu pasukan kedua selesai membuat siasatan di lokasi yang sama untuk pulang bersama.

Bagaimanapun, ketika ditanya sama ada beliau tahu berhubung siasatan yang dilakukan pasukan kedua, Azizul Adzani mengatakan tidak tahu.

Sementara itu, merujuk kepada akaun bank Najib, saksi kedua itu mengesahkan bahawa dua daripada empat akaun di Ambank itu sudah ditutup.

Menurutnya, selepas meneliti dokumen, beliau menyedari bahawa dua akaun itu masing-masing ditutup pada 30 Ogos 2013 dan 26 Ogos 2013.

Pendakwaan diketuai Peguam Negara, Tommy Thomas dan dibantu Datuk V Sithambaram.

Pasukan pendakwaan lain termasuk Ishak Mohd Yusoff, Donald Joseph Franklin, Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi, Budiman Lutfi Mohamed, Sulaiman Kho Kheng Fuei, Mohd Ashrof Adrin Kamarul dan Muhammad Izzat Fauzan.

Najib turut diwakili Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah serta dibantu Farhan Read, Wan Aizuddin Wan Mohammed, Rahmat Hazlan, Muhammad Farhan Muhammad Shafee, Tiara Katrina Fuad, Nur Syahirah Hanapiah dan Zahria Eleena Redza.

Najib yang mengaku tidak bersalah berdepan tujuh tuduhan merangkumi kesalahan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram.

Ia sebahagian daripada 42 tuduhan dihadapi Najib yang sudah enam kali dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan yang sama, tetapi membabitkan dana berbeza.

Najib didakwa pada 4 Julai tahun lalu atas tiga tuduhan pecah amanah serta satu tuduhan salah guna kuasa membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Pada 8 Ogos tahun lalu, Najib didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah dan dari dana sama.

qsaxz_1555458429.jpg


Berita asal https://www.hmetro.com.my/utama/2019/04/445502/empat-transaksi-rm947j

Jutaan Ringgit Masuk Akaun Najib, Saksi

16.04.2019 - Kuala Lumpur, Terdapat sekurang-kurangnya 10 transaksi antara RM5 juta dan RM40 juta yang dikaitkan dengan akaun Ambank bekas perdana menteri Najib Razak, SRC International Sdn Bhd dan anak syarikatnya, Gandingan Mentari Sdn Bhd.

Transaksi berkenaan berlaku antara 24 Dis 2014 dan 13 Feb 2015.

Jumlah itu didedahkan pegawai penyiasat Bank Negara, Azizul Adzani Abdul Ghafar semasa pemeriksaan balas oleh peguam Najib, Harvinderjit Singh pada hari ketiga perbicaraan Najib berhubung pengubahan wang haram dan rasuah yang dikaitkan dengan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Azizul, 41, yang merupakan saksi kedua pendakwaan, memberi keterangan bahawa urus niaga melalui deposit dan pengeluaran itu ditunjukkan dalam dokumen bank yang diambil dari cawangan Ambank Jalan Raja Chulan, di Kuala Lumpur pada 6 Julai 2015.

Azizul berkata dokumen bank yang memperincikan transaksi berkenaan diberikan kepadanya oleh pengurus cawangan, R Uma Devi, tanpa diminta beliau.

Harvinderjit: Uma Devi atas keinginan sendiri, memberikan dokumen bank tambahan sebanyak RM40 juta, RM5 juta, RM27 juta, RM39.7 juta dan RM10 juta (antara lain)?

Azizul: Betul.

Harvinderjit: Ini sukar dipercayai. Setelah berikan kamu dokumen pertama (pada pagi 6 Julai 2015), dia datang kemudian (pada malam yang sama) dan berikan kamu dokumen khusus yang memperincikan transaksi tersebut, dan kamu tidak pernah beritahu dia untuk mendapatkannya?

Azizul: Ya, saya tidak pernah memintanya.

Azizul berkata, pada awal pagi serbuan pukul 11 ​​pagi, Uma Devi menyerahkan dokumen bank yang disenaraikan, antara lain pembukaan akaun bank untuk Najib, SRC International dan Gandingan Mentari. Bagaimanapun, dokumen-dokumen ini tidak mengandungi butiran transaksi yang dipersoalkan.

Uma Devi menyerahkan dokumen bank lain pada pukul 9.15 malam pada hari yang sama, kata Azizul.

Saksi itu berkata dia membuat laporan polis selepas menyelesaikan serbuan kerana ia merupakan prosedur standard untuk berbuat demikian selepas setiap serbuan.

Ditanya oleh Harvinderjit sama ada sebarang kertas siasatan lain dibuka berhubung serbuan tersebut, Azizul berkata beliau tidak tahu.

Semasa pemeriksaan utama oleh DPP Suhami Ibrahim kemudiannya, Pegawai Jabatan Perisikan Kewangan Bank Negara Mohammad Nizam Yahya memberi keterangan bahawa beliau diberikan dokumen tiga akaun bank semasa Ihsan Perdana Sdn Bhd di Affin Bank cawangan Jalan Raja Chulan, di Kuala Lumpur pada 6 Julai 2015.

Saksi ketiga pihak pendakwaan itu berkata beliau menerima dokumen-dokumen itu semasa serbuan di bank perdagangan itu yang dijalankan di bawah Seksyen 37 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pembiayaan Anti-Keganan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (Amlatfa) 2001.

Lelaki berusia 39 tahun itu berkata beliau telah menyerahkan borang pembukaan akaun; spesimen bentuk tandatangan; senarai penandatangan yang dibenarkan; borang keterangan pelanggan untuk ketiga-tiga akaun dan penyata akaun yang berkaitan dengan pembukaan akaun tersebut.

Beliau berkata beliau diberikan dokumen itu oleh Ketua Pegawai Perundangan Affin Bank dan Setiausaha Syarikat, Nimma Safira Khalid selepas memberi notis di bank itu pada jam 10 pagi. Nizam berkata beliau diiringi oleh dua pegawai Bank Negara yang lain.

Pemeriksaan balas terhadap Nizam oleh pasukan peguam bela Najib akan dilakukan ketika prosiding pagi esok di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di hadapan hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

The Wall Street Journal sebelum ini menerbitkan dokumen mendakwa SRC International memindahkan RM40 juta kepada anak syarikatnya, Gandingan Mentari pada 24 Disember 2014.

Dana itu kemudiannya diserahkan kepada anak syarikat lain, Ihsan Perdan, pada hari yang sama.

Sebanyak RM32 juta daripada jumlah ini didakwa didapati dua hari kemudiannya dalam dua akaun Ambank milik Najib dalam dua bahagian RM27 juta dan RM5 juta setiap satu.

Kedua-dua urus niaga ini disokong oleh borang permohonan pengiriman wang AffinBank.

Mengikut borang permohonan pengiriman wang, pemindahan ke salah satu akaun Ambank adalah untuk "program CSR" (Tanggungjawab Sosial Korporat)".

Urusniaga seterusnya pada 2015 mengambil corak yang sama dengan dua bahagian sebanyak RM5 juta yang didakwa dipindahkan dari SRC International, masing-masing pada 5 Feb dan 6 Feb.

Kedua-dua bahagian RM5 juta itu kemudian dipindahkan ke Ihsan Perdana pada hari yang sama sebelum dipindahkan dalam satu transaksi sebanyak RM10 juta kepada akaun Najib pada 10 Feb 2015.

Ini juga disokong oleh borang permohonan kiriman bank Affin Bank. "Butiran pembayaran" juga disenaraikan sebagai "pemindahan dana untuk program CSR".

aa90a6a1182fd3d8864c7eb2c863ebda.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/472538

Najib Antara Pengarah Yayasan Rakyat 1Malaysia, Pegawai SSM

15.04.2019 - Kuala Lumpur, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa bekas perdana menteri Naj