BTC USD 32,555.9 Gold USD 1,783.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemaskini Pengumuman Gangguan Bekalan Air 2021

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,575
Reaction score
3,996
Points
236
UNTUK MAKLUMAN TERBARU, SILA RUJUK KEMASKINI DI MUKASURAT TERAKHIR

Paip Putus - Bekalan Air 43 Kawasan Di Petaling Pulih Sepenuhnya

02.01.2020 - Shah Alam, Semua 43 kawasan di wilayah Petaling yang mengalami gangguan bekalan air akibat insiden paip putus di Damansara Utama pada Selasa, pulih sepenuhnya. Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata kawasan itu menerima bekalan sepenuhnya jam 5.15 petang tadi, sementara wilayah Kuala Lumpur pada jam 9 pagi tadi.

“Pengguna yang menerima bekalan air dinasihatkan membiarkan air dari pili mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian. Terima kasih kepada pengguna atas kesabaran dan kerjasama yang diberi sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini,” kata agensi dalam kenyataan hari ini.

Pada 29 Disember, sebanyak 43 kawasan di wilayah Petaling mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan insiden paip putus akibat tanah runtuh di Damansara Utama. Air Selangor juga memohon kerjasama orang ramai melaporkan kejadian paip bocor atau pecah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi memastikan pembaikan dilakukan segera.

paip-putus1jan2-960x960.jpg.webp


Berita asal https://selangorkini.my/2021/01/paip-putus-bekalan-air-43-kawasan-di-petaling-pulih-sepenuhnya/
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,575
Reaction score
3,996
Points
236
Masalah Gangguan Bekalan Air Di 3 Daerah Terengganu Di Jangka Selesai Mei depan- SATU

03.01.2021 - Kuala Terengganu, Masalah gangguan bekalan air kritikal yang sering berlaku di beberapa kawasan di tiga daerah iaitu Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang, sejak kebelakangan ini dijangka selesai sepenuhnya menjelang Mei depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) Ir Atemin Sulong berkata, ketika ini terdapat tiga loji rawatan air (LRA) baharu sedang dalam pembinaan, iaitu di Bukit Berapit, Kuala Nerus serta Losong dan Pulau Bahagia, di Kuala Terengganu.

“Ketiga-tiga LRA ini dibina pada tahun 2016 dijangka boleh beroperasi pada April depan, dengan kapasiti pengeluaran 184 juta liter padu sehari (MLD), yang mana ia dapat menampung penggunaan air bagi 139,542 akaun di tiga daerah tersebut. Ketika ini, bekalan air untuk semua akaun tersebut disalurkan oleh tiga LRA sedia ada iaitu Kepong 1, Kepong 2 dan Losong, dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 282 MLD yang mana jumlah itu tidak mencukupi untuk menampung keperluan pengguna yang semakin ramai,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Selain pembinaan tiga LRA baharu itu, kerja-kerja menaik taraf turut dilakukan terhadap tiga LRA sedia ada, yang dijangka siap menjelang Ogos depan. Masalah gangguan bekalan air di tiga daerah itu tular di media sosial baru-baru ini, apabila penduduk terlibat menzahirkan rasa kecewa mereka dengan pengurusan SATU. Atemin berkata SATU turut menaik taraf muka sauk di Serada dan tambahan muka sauk di Pulau Musang, serta memasang beberapa pam penggalak untuk memastikan keperluan air di kawasan terjejas dapat diselesaikan segera.

Ditanya mengapa masalah gangguan air itu sering berlaku sejak akhir-akhir ini, Atemin berkata ia berpunca daripada kelewatan pembinaan LRA baharu, yang sepatutnya bermula pada tahun 2007 serta beberapa masalah lain seperti 30 peratus sistem perpaipan adalah yang dipasang sejak zaman sebelum merdeka, dan kawasan perbekalan yang berbukit terutama di daerah Marang.

“Selain itu, tiga LRA sedia ada juga telah berada di tahap pengeluaran yang maksimum pada tahun 2012, yang mana ia boleh menampung keperluan untuk 400,000 penduduk sedangkan jumlah itu telah bertambah kepada 500,000 orang ketika ini. Pemasangan pam individu yang tidak mengikut garis panduan turut menyebabkan gangguan bekalan air kepada jiran mereka. Ada juga premis yang tidak menggunakan tangki individu malah penapis air di luar rumah yang tidak diselenggara secara berkala, turut menyebabkan masalah bekalan air berlaku,” katanya.

Ditanya penyelesaian jangka masa pendek pula, Atemin berkata SATU telah melaksanakan catuan bekalan air pada waktu malam, untuk memastikan gangguan bekalan air pada waktu siang dapat diminimakan, selain penghantaran bekalan air melalui lori tangki kepada penduduk terjejas.

Screenshot-3481.jpg


Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1918022
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
38,438
Reaction score
2,844
Points
206
LRA Sungai Selisek henti tugas, lapan kawasan dijangka terjejas

rsz_929984.jpg


KUALA LUMPUR - Lapan kawasan di Hulu Selangor dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual selepas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selisek terpaksa dihenti tugas pada 5.40 petang berikutan kenaikan air ke paras kritikal di muka sauk susulan hujan berterusan pada Ahad.

Ia melibatkan Kampung Sungai Nilam dan Kampung Seri Pagi, Kampung Lalang, Rumah Murah PKT 2 Sungai Selisek, Kampung Serigala, Kampung Orang Asli, Kampung Bahom, Kampung Sekolah dan Kuarters Klinik serta Kampung Gesir Tengah.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri berkata, jangkaan untuk LRA itu beroperasi semula tidak dapat dipastikan ketika ini kerana hujan belum berhenti dan paras air masih pada paras kritikal.

“Air Selangor juga perlu memastikan semua peralatan LRA berada dalam keadaan baik dan boleh dioperasikan tanpa membahayakan keselamatan kakitangan Air Selangor terutama yang melibatkan arus elektrik,” menurutnya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan menerusi laman sesawang www.airselangor.com dan pengguna juga boleh merujuk semua saluran komunikasi rasmi syarikat itu seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau menghubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300. - Bernama

 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,575
Reaction score
3,996
Points
236
2 Kawasan Di Hulu Selangor Terima Bekalan, 6 Lagi Pulih Esok

04.01.2021 - Shah Alam, Bekalan air di Kampung Serigala dan Rumah Murah PKT 2 Sungai Selisek, Hulu Selangor pulih sepenuhnya pada jam 12 tengah hari tadi, menurut Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor). Ketua komunikasi korporatnya berkata bagaimanapun enam kawasan lagi iaitu Kampung Bahom, Kampung Gesir Tengah, Kampung Orang Asli, Kampung Lalang, Kampung Sekolah/Kuarters Klinik dan Kampung Sungai Nilam/Kampung Seri Pagi hanya dijangka pulih 7 pagi esok.

“Lori tangki masih digerakkan untuk membantu pengguna terjejas. Perkembangan lanjut akan dimaklumkan menerusi www.airselangor.com. Pengguna juga boleh merujuk aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau menghubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300,” kata Elina Baseri dalam kenyataan hari ini.

Semalam lapan kawasan di Hulu Selangor mengalami gangguan bekalan susulan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selisek berikutan kenaikan air ke tahap kritikal di muka sauk selepas hujan berterusan.

Berita asal https://selangorkini.my/2021/01/dua-kawasan-di-hulu-selangor-terima-bekalan-enam-lagi-pulih-esok/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,575
Reaction score
3,996
Points
236
Bekalan Air 7 Kawasan Di Hulu Selangor Pulih Sepenuhnya

04.01.2021 - Shah Alam, Tujuh daripada lapan kawasan yang terjejas bekalan air di Hulu Selangor dekat sini pulih sepenuhnya pada jam 6.30 petang tadi, menurut Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor). Ketua komunikasi korporatnya berkata proses pemulihan masih dijalankan di Kampung Orang Asli dan bekalan di kawasan itu dijangka pulih 7 pagi esok.

“Bantuan bekalan air melalui lori tangki masih digerakkan kepada pengguna yang terjejas. Air Selangor akan memaklumkan perkembangan lanjut dan status terkini dari semasa ke semasa menerusi laman sesawang di www.airselangor.com . Pengguna juga boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300,” kata Elina Baseri dalam kenyataan hari ini.

Tujuh kawasan yang pulih ialah Kampung Serigala, Rumah Murah PKT 2 Sungai Selisek, Kampung Bahom, Kampung Gesir Tengah, Kampung Lalang, Kampung Sekolah/Kuarters Klinik dan Kampung Sungai Nilam/Kampung Seri Pagi. Semalam, lapan kawasan di Hulu Selangor mengalami gangguan bekalan susulan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selisek berikutan kenaikan air ke tahap kritikal di muka sauk selepas hujan berterusan.

Berita asal https://selangorkini.my/2021/01/bekalan-air-tujuh-kawasan-di-hulu-selangor-pulih-sepenuhnya/
 

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
4,091
Reaction score
306
Points
51
Gangguan bekalan air di Selangor, Klang

GAMBAR hiasan


Kuala Lumpur: Beberapa kawasan di Petaling Jaya, Shah Alam dan Klang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual mulai Selasa (12 Januari) depan.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd dalam satu kenyataan memaklumkan gangguan tersebut berlaku susulan kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu berhampiran Persiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam, yang bermula 9 pagi.

"Berikutan itu, sebanyak 22 kawasan di Wilayah Shah Alam, empat di Klang dan 10 kawasan di Petaling dijangka akan mengalami gangguan ekoran kerja-kerja berkenaan. Bekalan air akan pulih sepenuhnya pada 9 pagi, 14 Januari 2021," katanya.

Menurut kenyataan itu, tempoh gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan terjejas adalah berbeza dan bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna serta tekanan sistem agihan.

Pengguna di kawasan terjejas dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemat sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual itu.

Air Selangor turut memaklumkan pelaksanaan kerja-kerja tersebut akan membolehkan sistem pengagihan bekalan air sentiasa berada dalam keadaan optimum.

"Penambahbaikan infrastruktur paip ini juga adalah sebahagian usaha Air Selangor dalam meningkatkan pengalaman perkhidmatan terbaik demi keselesaan para pengguna di masa hadapan," katanya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubung gangguan bekalan air tersebut boleh melayari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com serta merujuk saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau menghubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.


== hmetro
 

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
4,091
Reaction score
306
Points
51
135498039_497262258341457_5085364309505011610_n.jpg


Kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu berdekatan kilang Carlsberg di Persiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam akan dilaksanakan bermula jam 9:00 pagi, 12 Januari 2021.
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,575
Reaction score
3,996
Points
236
Lagi Gangguan Air Di Lembah Klang Pada 12 Januari Ini

07.01.2021 - Kuala Lumpur, Beberapa kawasan di Petaling Jaya, Shah Alam dan Klang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual mulai Selasa (12 Jan) depan. Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd dalam satu kenyataan memaklumkan gangguan tersebut berlaku susulan kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu berhampiran Persiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam, yang bermula 9 pagi.

‘’Berikutan itu, sebanyak 22 kawasan di Wilayah Shah Alam, empat di Klang dan 10 kawasan di Petaling dijangka akan mengalami gangguan ekoran kerja-kerja berkenaan. Bekalan air akan pulih sepenuhnya pada 9 pagi, 14 Jan 2021,’’ katanya.

Menurut kenyatan itu, tempoh gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan terjejas adalah berbeza dan bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna serta tekanan sistem agihan. Pengguna di kawasan terjejas dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemat sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual itu.

Air Selangor turut memaklumkan pelaksanaan kerja-kerja tersebut akan membolehkan sistem pengagihan bekalan air sentiasa berada dalam keadaan optimum. Penambahbaikan infrastruktur paip ini juga adalah sebahagian usaha Air Selangor dalam meningkatkan pengalaman perkhidmatan terbaik demi keselesaan para pengguna di masa hadapan,’’ katanya.

''Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubung gangguan bekalan air tersebut boleh melayari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com serta merujuk saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau menghubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/557946
 

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
4,091
Reaction score
306
Points
51
Air Selangor ingin memaklumkan bahawa telah berlaku kejadian paip pecah di Jalan Sering, Taman Sungai Sering di Cheras berpunca daripada kerja-kerja pemasangan paip pembentungan oleh pihak ketiga pada 2 Januari 2021 yang lalu. Berikutan itu, kerja-kerja kecemasan bagi pembaikan paip pecah tersebut telah bermula dan bekalan air akan ditutup bermula jam 1:00 tengah hari, 8 Januari 2021. Kerja-kerja pembaikan ini dijangka akan siap sepenuhnya pada jam 3:00 pagi, 9 Januari 2021.

Penutupan bekalan air ini akan menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di 121 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling dan Hulu Langat.

Dapatkan maklumat kawasan-kawasan gangguan di medium komunikasi rasmi kami iaitu aplikasi Air Selangor dan laman sesawang

https://www.airselangor.com/pelaksanaan-kerja-kerja.../

135588998_498492834885066_8935719406637131377_n.jpg


135034207_498492861551730_6545565647234462236_n.jpg


134955876_498492901551726_1616589776895750756_n.jpg
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
38,438
Reaction score
2,844
Points
206
Paip pecah lagi

rsz_water_1610669499.jpg


Kuala Selangor: Penduduk di empat kawasan di daerah ini diuji dengan gangguan bekalan air tidak berjadual buat kali kedua apabila kejadian paip pecah di Parit Mahang, Ijok, di sini, berulang kembali pada 3.20 pagi, hari ini.

Menerusi aplikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), empat kawasan terbabit ialah Parit Mahang, Kampung Bukit Kuching, Kampung Bukit Hijau dan Kampung Bukit Cherakah.

Katanya, penutupan bekalan air dibuat bagi pelaksanaan kerja-kerja pembaikan.

"Proses kerja pembaikan sedang berlangsung dan segala usaha diambil bagi mempercepat kerja-kerja pembaikan serta meminimumkan impak gangguan kepada pengguna yang terjejas.

"Status terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Sasaran awal kerja siap pada 1.20 tengah hari ini.

"Untuk bantuan kecemasan, sila hubungi kami di talian 15300. Segala kesulitan amatlah dikesali," katanya, di sini.

Media pada 13 Januari lalu melaporkan empat kawasan terbabit mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan kejadian paip pecah di lokasi sama.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register