Kemaskini Pengumuman Gangguan Bekalan Air 2020

CG Sponsors




Sponsored Post

dloanman

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Apr 15, 2012
Messages
22,279
Reaction score
1,673
Points
206
Gangguan air di 27 kawasan Kuala Langat, Sepang
MUHAMMAD AMINNURALIFF | | 20 November 2020
888578.jpg

Sebanyak 27 kawasan di Kuala Langat dan Sepang akan alami gangguan bekalan air berjadual bermula jam 9 malam, 24 November dan akan pulih sepenuhnya pada jam 5.30 petang, 25 November ini. - Gambar hiasan 123RF

KUALA LUMPUR - Sebanyak 27 kawasan di Kuala Langat dan Sepang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula jam 9 malam, 24 November dan akan pulih sepenuhnya pada jam 5.30 petang, 25 November ini.

Gangguan tersebut berlaku akibat kerja-kerja penggantian injap pada paip agihan di simpang Jalan Indah 1, Jalan B48 Pekan Sepang Lama.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd Elina Baseri berkata, penggantian infrastruktur itu juga membolehkan sistem pengagihan bekalan air berjalan lancar dan semua peralatan berkaitan sentiasa berada dalam keadaan baik.

"Penambahbaikan ini juga merupakan sebahagian usaha Air Selangor bagi meningkatkan pengalaman perkhidmatan terbaik untuk keselesaan pengguna," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air adalah berbeza mengikut kawasan bergantung pada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan.

"Air Selangor ingin menasihatkan pengguna yang terjejas menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemat sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini.

"Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com dan pengguna juga boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300," katanya.


Info kawasan terlibat
Wilayah Kuala Langat
Kampung Kundang
Kuarters Estate Gadong
Kampung Batu Untung
Tanjung Sepat New Village
Kampung Batu Laut
Taman Batu Untung
Taman Pelangi
Ladang Batu
Taman Tanjung
Taman Tanjung Sepat Indah
Kampung Orang Asli Tanjung Sepat
Taman Mutiara
Ladang Bedford
Kampung Tanjung Sepat Darat
Kampung Tumbuk
Kampung Tanjung Layang
Berek Polis Tanjung Sepat
Taman Kanchong Laut

Wilayah Sepang
Kampung Bukit Bangkong
Kampung Hulu Teris
Kampung Ulu Chuchoh
Kampung Orang Asli Bukit Bangkong
Tanjung Rhu
Pekan Sungai Pelek
Kem PKLS Hazliza Ulu Teris
Taman Seri Sungai Pelek
Kampung Baru Sungai Pelek

 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
29,837
Reaction score
1,218
Points
201
Keluarkan je la list tahunan ganguan bekalan air.. senang nak manage
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,574
Reaction score
3,694
Points
236
PBAPP Selesaikan Isu Air Di SPS, 24 Jam Lebih Cepat Dari KPI SPAN

21.11.2020 - Georgetown, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) berjaya menyelesaikan isu bekalan air tidak berjadual di daerah Seberang Perai Selatan (SPS) dalam masa 24 jam, kata Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP Datuk Jaseni Maidinsa. Beliau berkata tempoh penyelesaian itu adalah lebih cepat daripada petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) iaitu 36 jam jika melibatkan gangguan bekalan air tidak berjadual yang melibatkan saluran paip antara 200 dan 600mm.

“KPI tersebut adalah terpakai untuk semua pemegang lesen perkhidmatan bekalan air di Semenanjung Malaysia malah masalah bekalan air di SPS baru-baru ini tiada kaitan dengan kerja-kerja berjadual PBAP. Tiada gangguan bekalan air berjadual pada malam perayaan Deepavali seperti yang didakwa dan PBAPP menyifatkan notifikasi awal kepada umum adalah tidak relevan dalam isu tersebut.

"Harap maklum bahawa PBAPP tidak ‘memotong air tanpa notifikasi’ seperti yang dinyatakan dalam sebuah laporan akhbar berbahasa Cina yang diterbitkan pada 15 Nov lalu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pada mulanya, kakitangan PBAPP memeriksa semua saluran paip utama di kawasan yang terjejas, tetapi tiada kejadian paip pecah yang menyebabkan masalah tersebut berlaku.

"Siasatan selanjutnya menunjukkan peningkatan penggunaan air pada 11 Nov lalu menyebabkan pam air di rumah pam Wellesley dan Sungai Duri terhenti secara automatik apabila air tidak mencukupi untuk mengepam. Usaha dimulakan oleh kakitangan PBAPP untuk mengalihkan bekalan air ke rumah pam ini," katanya.

Beliau berkata kakitangan PBAPP kemudian bekerja semalaman untuk membersihkan ‘air lock’ di saluran paip 450mm di sepanjang Jalan Sungai Duri dan kerja-kerja tersebut telah selesai pada 12.30 tengah malam 13 Nov 2020.

"Pada jam 8 pagi (13 Nov 2020), PBAPP menemui satu lagi ‘air lock’ berhampiran saliran saluran paip bekalan air utama ke Taman Nibong Jaya. Udara dilepaskan melalui pencucian hidran dan bekalan air dipulihkan di kawasan tersebut mulai jam 8.30 pagi," katanya.

Menurutnya, sebagai solusi jangka panjang, PBAPP merancang untuk mengkonfigurasi semula sistem rangkaian bekalan air sedia ada ke daerah SPS untuk mencapai tekanan agihan yang lebih baik dalam tempoh tiga bulan.

Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1903786
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,574
Reaction score
3,694
Points
236
NOTIS PEMBERITAHUAN AWAL KERJA-KERJA PENGGANTIAN INJAP PADA PAIP AGIHAN BEKALAN AIR DI PEKAN SEPANG LAMA YANG BAKAL MENYEBABKAN GANGGUAN BEKALAN AIR BERJADUAL SELAMA DUA PULUH JAM SETENGAH PADA 24 NOVEMBER 2020

SIARAN MEDIA
16 NOVEMBER 2020


Kuala Lumpur - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja penggantian injap pada paip agihan yang terletak di simpang Jalan Indah 1, Jalan B48 Pekan Sepang Lama akan dilaksanakan bermula jam 9:00 malam, 24 November 2020. Pelaksanaan kerja-kerja penggantian injap di paip agihan ini akan membolehkan sistem pengagihan bekalan air berjalan lancar dan semua peralatan berkaitan sentiasa berada dalam keadaan baik dan optimum. Penambahbaikan infrastruktur injap ini juga adalah sebahagian usaha Air Selangor dalam meningkatkan pengalaman perkhidmatan terbaik demi keselesaan para pengguna di masa hadapan.

Berikutan kerja penggantian injap ini, sebanyak 27 kawasan di wilayah Kuala Langat dan Sepang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula jam 9:00 malam, 24 November 2020 dan akan pulih sepenuhnya pada jam 5:30 petang, 25 November 2020. Senarai kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual adalah seperti Lampiran A.

Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air adalah berbeza mengikut kawasan bergantung pada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan. Air Selangor ingin menasihatkan para pengguna yang terjejas untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemat sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com. Pengguna juga boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

-TAMAT-


ELINA BASERI
Ketua Komunikasi Korporat
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd


WILAYAH KUALA LANGAT
Kampung Kundang​
Kuarters Estate Gadong​
Kampung Batu Untung​
Tanjung Sepat New Village​
Kampung Batu Laut​
Taman Batu Untung​
Taman Pelangi​
Ladang Batu​
Taman Tanjung​
Taman Tanjung Sepat Indah​
Kampung Orang Asli Tanjung Sepat​
Taman Mutiara​
Ladang Bedford​
Kampung Tanjung Sepat Darat​
Kampung Tumbuk​
Kampung Tanjung Layang​
Berek Polis Tanjung Sepat​
Taman Kanchong Laut​


WILAYAH SEPANG

Kampung Bukit BangkongKampung Hulu TerisKampung Ulu Chuchoh
Kampung Orang Asli Bukit BangkongTanjung RhuPekan Sungai Pelek
Kem PKLS Hazliza Ulu TerisTaman Seri Sungai PelekKampung Baru Sungai Pelek
 

dloanman

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Apr 15, 2012
Messages
22,279
Reaction score
1,673
Points
206
7,000 akaun terjejas gangguan bekalan air Selasa ini
| | 22 November 2020

890354.jpg

Beberapa kawasan yang mendapat bekalan daripada loji rawatan air (LRA) Jeneri akan mengalami gangguan bekalan air pada Selasa ini bermula jam 8 pagi hingga jam 6 petang. Gambar hiasan 123RF
A
A
ALOR SETAR - Beberapa kawasan yang mendapat bekalan daripada loji rawatan air (LRA) Jeneri akan mengalami gangguan bekalan air pada Selasa ini bermula jam 8 pagi hingga jam 6 petang susulan pengurangan operasi bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan di loji itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Darul Aman (SADA), Mohd Suhaimi Mohd Jusoh berkata, kawasan terjejas ialah Kampung Bendang Raja, Kampung Syed Ahmad, Kampung Tok Set, Kampung Pokok Asam, Kampung Belat, Titi Akar dan Sungai Tiang.

“Kawasan lain ialah Padang Durian, Kampung Sewa, Padang Pusing, Bukit Tegur, Bendang Pulai dan beberapa kawasan lain di sekitar kawasan-kawasan yang disebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, dianggarkan sebanyak 7,000 akaun akan mengalami gangguan bekalan air yang disebabkan oleh kerja-kerja penyelenggaraan kecemasan itu.

“Sehubungan itu, pihak SADA memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi oleh semua pengguna terlibat,” katanya. - Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...kaun-terjejas-gangguan-bekalan-air-Selasa-ini
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,574
Reaction score
3,694
Points
236
Sampel Air Di Ambil Setiap 2 Jam Kesan Cemar Di Sungai - LUAS

24.11.2020 - Shah Alam, Lembaga Urus Air Selangor (Luas) mengambil pensampelan air setiap dua jam di kawasan lembangan dan anak sungai bagi mengesan pencemaran air atau bau. Pemangku pengarahnya berkata proses tersebut dan pemantauan berterusan dijalankan skuad Pantas dalam Ops Statik termasuk rondaan bersama agensi lain di kawasan berisiko berlaku insiden terbabit.

“Kita ada tujuh lembangan sungai tetapi pemantauan lebih kerap dilakukan di lembangan Sungai Selangor dan Sungai Langat kerana ia kawasan paling kritikal. Skuad Pantas dapat melihat secara terperinci kerana kedua-dua lembangan sungai ini mempunyai banyak anak sungai. Contohnya, Sungai Gong anak kepada Sungai Sembah sebelum masuk ke Sungai Selangor,” kata Haslina Amer pada program bual bicara Pencemaran Air: Siapa Buat Onar? yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Media Selangor malam tadi.

Dalam pada itu, beliau mengakui pencemaran bau antara cabaran terbesar perlu dihadapi ketika ini namun penubuhan Skuad Pantas diyakini mampu memperkukuh pemantauan sekali gus memastikan sumber air terpelihara.

“Dominasi pencemaran sungai adalah berpunca daripada bau kerana ia sangat subjektif malah hidung manusia juga berbeza untuk mengesan bau tersebut,” katanya.

Pada 30 Oktober lalu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan peruntukan RM200 juta untuk mengatasi isu pencemaran air mentah melalui pelaksanaan empat projek. Peruntukan Belanjawan 2021 meliputi projek perintis rawatan biologikal bagi pemuliharaan kualiti air Sungai Gong serta pemantauan dan pengawasan 24 jam melalui skuad Pantas di kawasan sensitif sumber air.

Selain itu, ia bagi menambah bilangan stesen telemteri kualiti air sebagai sistem amaran awal di hulu muka sauk berisiko dan projek pengepaman air mentah kolam takungan Sistem Peningkatan Hibrid Pinggir Sungai (HORAS) 600 di Sungai Selangor serta Sungai Semenyih.

Screenshot-3328.jpg


Berita asal https://selangorkini.my/2020/11/luas-sampel-air-diambil-setiap-dua-jam-kesan-cemar-di-sungai
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,574
Reaction score
3,694
Points
236
27 Kawasan Di Kuala Langat, Sepang Alami Gangguan Bekalan Air

24.11.2020 - Kuala Lumpur, Sebanyak 27 kawasan di Kuala Langat dan Sepang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula 9 malam ini sehingga 5.30 petang esok. Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd Elina Baseri, dalam kenyataan hari ini, memaklumkan, ia berikutan kerja-kerja penggantian penggantian injap pada paip agihan yang terletak di simpang Jalan Indah 1, Jalan B48 Pekan Sepang Lama.

"Bekalan air akan mula disalurkan kepada pengguna setelah kerja-kerja tersebut selesai dilaksanakan pada 5.30 pagi esok dan bekalan dijangka hanya pulih sepenuhnya di kawasan terlibat pada jam 5.30 petang esok,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com atau rujuk kesemua saluran komunikasi rasmi syarikat itu seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/552358
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,574
Reaction score
3,694
Points
236
PELAKSANAAN KERJA-KERJA PENGGANTIAN INJAP PADA AGIHAN BEKALAN AIR DI PEKAN SEPANG LAMA YANG BAKAL MENYEBABKAN GANGGUAN BEKALAN AIR BERJADUAL SELAMA DUA PULUH JAM SETENGAH PADA 24 NOVEMBER 2020

24 November 2020, 7:00 malam

Kuala Lumpur - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja penggantian injap pada paip agihan yang terletak di simpang Jalan Indah 1, Jalan B48 Pekan Sepang Lama akan bermula pada jam 9:00 malam, hari ini seperti yang dijadualkan.

Berikutan pelaksanaan kerja-kerja ini, 27 kawasan melibatkan Wilayah Kuala Langat dan Sepang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual selama 20 jam 30 minit. Senarai kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual adalah seperti di Lampiran A.

Kerja-kerja penggantian injap akan siap dilaksanakan pada jam 5:30 pagi, 25 November 2020. Bekalan air akan mula disalurkan kepada pengguna setelah kerja-kerja tersebut selesai dilaksanakan dan bekalan air di 27 kawasan di wilayah Kuala Langat dan Sepang dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 5:30 petang, 25 November 2020.

Untuk maklumat lanjut dan status terkini bekalan air, sila layari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com. Pengguna juga boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan Air Selangor di talian 15300.


SENARAI KAWASAN GANGGUAN BEKALAN AIR BERJADUAL PADA 24 – 25 NOVEMBER 2020 BERIKUTAN KERJA-KERJA PENGGANTIAN INJAP PADA PAIP AGIHAN DI PEKAN SEPANG LAMA

WILAYAH KUALA LANGAT

Kampung Kundang​
Kuarters Estate Gadong​
Kampung Batu Untung​
Tanjung Sepat New Village​
Kampung Batu Laut​
Taman Batu Untung​
Taman Pelangi​
Ladang Batu​
Taman Tanjung​
Taman Tanjung Sepat Indah​
Kampung Orang Asli Tanjung Sepat​
Taman Mutiara​
Ladang Bedford​
Kampung Tanjung Sepat Darat​
Kampung Tumbuk​
Kampung Tanjung Layang​
Berek Polis Tanjung Sepat​
Taman Kanchong Laut​


WILAYAH SEPANG
Kampung Bukit Bangkong​
Kampung Hulu Teris​
Kampung Ulu Chuchoh​
Kampung Orang Asli Bukit Bangkong​
Tanjung Rhu​
Pekan Sungai Pelek​
Kem PKLS Hazliza Ulu Teris​
Taman Seri Sungai Pelek​
Kampung Baru Sungai Pelek​
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,574
Reaction score
3,694
Points
236
Bekalan Air Di 27 Kawasan Di Kuala Langat, Sepang Kembali Pulih

25.11.2020 - Shah Alam, Kerja-kerja penggantian injap pada paip agihan yang terletak di simpang Jalan Indah 1, Jalan B48 Pekan Sepang Lama telah siap dilaksanakan pada 3 pagi tadi iaitu lebih awal daripada yang dijadualkan. Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri memaklumkan justeru itu, pengguna telah mula menerima bekalan air bermula 5 pagi tadi.

“Bagaimanapun, proses pemulihan bekalan air adalah secara berperingkat-peringkat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Air Selangor memaklumkan 27 kawasan di Kuala Langat dan Sepang mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula 9 malam dan dijangka pulih sepenuhnya pada 5.30 petang ini. Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com atau rujuk kesemua saluran komunikasi rasmi syarikat itu seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/11/bekalan-air-di-27-kawasan-di-kuala-langat-sepang-kembali-pulih/
 
Sponsored Post
Top
Log in Register