Kemaskini Pengumuman Gangguan Bekalan Air 2020

CG Sponsors

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
71,394
Reaction score
11,147
Points
1,906
Perbelanjaan itu sepatutnya digunakan untuk menghalang daripada kegiatan sama berulang, kata Menteri Besar Selangor.
#AWANINews #AWANI745 #AirOhAir

Diskaun tidak akan selesaikan masalah pencemaran air - MB Selangor

Oktober 21, 2020 15:10 MYT
Diskaun tidak akan selesaikan masalah pencemaran air - MB Selangor

Pemberian diskaun atau rebat kepada pengguna yang terjejas akibat gangguan air tidak akan dapat menyelesaikan masalah pencemaran yang berlaku di Selangor, kata Amirudin Shari.

SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor menyifatkan pemberian diskaun atau rebat kepada pengguna yang terjejas akibat gangguan air tidak akan dapat menyelesaikan masalah pencemaran yang berlaku di negeri itu.
Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perbelanjaan itu sepatutnya digunakan untuk menghalang daripada kegiatan sama berulang.

“Ini seolah-olah kita menyerah kepada takdir bahawa pencemaran ini akan berlaku dan setiap kali pencemaran berlaku kita kena bayar pula kepada rebat dan sebagainya.

“Ia tidak memutuskan tangan-tangan yang terpaksa mengaut air dan juga mengambil air setiap hari dan ia tidak terbayar dengan diskaun sebegitu rupa,” katanya dalam sidang media di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata, kerajaan Selangor juga komited memastikan penguatkuasaan diperketatkan pada masa-masa akan datang.
Jelasnya lagi, sepanjang tempoh April hingga September, kerajaan negeri dan pihak berkaitan berjaya mengelakkan kejadian tersebut berlaku menerusi pemantauan 24 jam.

“Namun mutakhir ini kejadian pencemaran berulang-ulang berlaku dan ia adalah salah satu yang agak mendukacitakan.
“Kita perlu mempergiatkan proses kawalan kita. Kalau nak kata kita buat apa selama ini, kita buat 24 jam kawalan,” ujar beliau.

Kira-kira 1.2 juta akaun pengguna di tujuh daerah di Selangor menghadapi gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan pencemaran sumber air mentah dikesan di Sungai Selangor pada pukul 2 pagi, Isnin lalu.

Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
71,394
Reaction score
11,147
Points
1,906
Daripada bayar rebat air, lebih baik ambil RM4 juta tambah pegawai LUAS kesan pencemaran - Amirudin
#malaysiagazette #LUAS #KrisisAir

Daripada bayar rebat air, lebih baik ambil RM4 juta tambah pegawai LUAS kesan pencemaran – Amirudin

21 October 2020

MGF21102020_PC-MB-SELANGOR-681x453.jpg

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bercakap pada sidang media selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor di Bangunan SUK, Shah Alam. foto MOHD ADZLAN, 21 OKTOBER 2020.

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor tidak bercadang untuk memberikan diskaun mahupun pengecualian bil air kepada kira-kira 1.2 juta akaun pengguna di Lembah Klang yang terjejas dengan gangguan bekalan air tidak berjadual sejak 19 Oktober lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari sebaliknya berkata, bayaran rebat itu sebaiknya digunakan untuk menambah kakitangan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bagi mengesan pencemaran di sepanjang Sungai Selangor.

“Kalau kita bagi rebat sekitar RM2 sebagai contoh, kita memerlukan kos lebih kurang RM4 juta, itu kita dah kira.

“Daripada itu (bayar rebat) lebih baik kita ambil RM4 juta ini boleh digunakan untuk menambah pegawai-pegawai yang boleh mengesan pencemaran di peringkat awal.

“Ataupun dana ini boleh digunakan untuk menyekat laluan air seketika daripada ia masuk ke laluan dan kita boleh nyahkan keluar,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor, di pejabat Kerajaan Negeri Selangor, hari ini.

Beliau mengulas gesaan Pengerusi Gerakan Tuntut Rakyat Malaysia (Tuntut), A’zlan Abu Bakar yang memberi kata dua kepada Kerajaan Negeri Selangor, sama ada memberi diskaun bil air atau Amirudin perlu meletakkan jawatan.

Ia susulan kemarahan rakyat terhadap gangguan bekalan air tidak berjadual pada 19 Oktober lalu selepas Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd menghenti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1,2,3 dan Rantau Panjang.

Tindakan itu berikutan pencemaran sumber air mentah telah dikesan di Sungai Selangor pada jam 2 pagi, Isnin lalu..

Amirudin juga mengakui perkara itu ada dibincangkan dalam mesyuarat EXCO Selangor baru-baru ini, namun cadangan itu seolah-olah menyalahkan kerajaan negeri setiap kali berlakunya pencemaran air.

“Kita ada dalam perbincangan tapi kita akan tetapkan kemudian, sebab kita akan berbelanja besar, lebih baik (rebat digunakan) untuk menghalang pencemaran ini berlaku.

“Ini seolah-olah kita menyerah kepada takdir bahawa pencemaran ini akan berlaku dan setiap kali pencemaran berlaku, kita nak kena bayar pula rebat dan sebagainya,” katanya.

Katanya, cadangan memberi rebat itu juga tidak akan menghentikan pencemaran air yang dilakukan oleh penjenayah alam sekitar dan adalah lebih baik dana itu digunakan untuk langkah pencegahan.

“Ia tidak memutuskan tangan-tangan yang terpaksa mengaut dan mengambil air setiap hari dan ia tidak terbayar dengan diskaun yang sebegitu.

“Justeru bagi pihak kerajaan negeri kita akan cuba sedaya upaya mengelakkan pencemaran ini berlaku.

“Malahan rekod prestasi kita dari April sampai September, kita berjaya mengelakkan pencemaran air dengan membuat lawatan 24 jam yang dilakukan sejak sekian lama,” jelasnya.

Oleh kerana sejak kebelakangan ini pencemaran kerap dilakukan pihak tidak bertanggungjawab, pihaknya perlu memikirkan langkah pengawasan dan kawalan lebih kerap dengan menambah pegawai LUAS sedia ada.

“Namun mutakhir ini berulang-ulang pencemaran ini berlaku dan ia adalah satu yang agak mendukacitakan dan kita perlu pertingkatkan proses kawalan

“Kita sentiasa membuat kawalan 24 jam, namun dalam masa sama kita akan tambah lagi (pegawai) dengan dron. Hari ini kita nak tambah lagi pegawai-pegawai (LUAS) sedia ada,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

CyberMachine

CG Top Poster Club
Joined
Oct 1, 2009
Messages
22,421
Reaction score
441
Points
131
oh Sultan sedih? abih tu .. sekarang covering the nation siapa? Sultan atau NGO (Ustaz Ebit) I really respect him ... sudah la permainan, kalau NGO turun 2 tangki kerabat buat apa? sekadar teet je? bangang betul, kita rakyat sengsara , di kerabat sana dapat ait apa macam? aada rasuah? kita bontot pun nak bersih kena fikir .. ada BOMBA datang cibai ni ketua kampumng x bagi tau pun, terima kasih abang BOMBA ..

saya sertakan gaambar .. apa air ni dari mana ke mana? kalau dia tak mampu inform rakyat, dia tak layak jadi ketua kampung ..

JB no water problem
Perak no water problem
Kedah no water problem
Pahang no water problem
Penang no water problem

kenapa asyik SelangorKu masalah nu?

View attachment 299997
View attachment 299998
View attachment 299999

Tolong rakyat, turun padang dari main golf tu .. tolong TuanKu

negeri lain bukan takde masalah air..

tapi..kalau ada, still boleh terima la masalah tu.

kalau duduk selangor ni..baru je ada masalah..pastu ada lagi.

boleh jem kepala...

ni semua konspirasi freemasion. haha
 
dloanman

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Apr 15, 2012
Messages
22,279
Reaction score
1,673
Points
206

Seorang petugas Air Selangor menimba air untuk diperiksa kualiti di muka sauk Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2, Kuala Selangor pada 19 Oktober 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL
Polis tahan lapan lelaki disyaki cemar Sungai Selangor
by Norrasyidah ArshadOctober 21, 2020 3:32 pm

SHAH ALAM, 21 OKT: Polis menahan lapan lelaki termasuk dua beranak berhubung insiden pencemaran bau di Sungai Selangor hari ini.
Ketua jabatan siasatan jenayah Selangor berkata semua mereka ditahan di Rawang pada jam 11.30 pagi tadi.

“Anak beranak berusia 62 dan 31 tahun merupakan pengarah syarikat membaiki dan menjual jentera manakala enam suspek lain termasuk empat warga asing adalah pekerjanya.

“Semua akan direman esok di Mahkamah Selayang mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan,” kata Datuk Fadzil Ahmat dalam kenyataan hari ini.

Kelmarin, Kementerian Alam Sekitar dan Air mengenal pasti tiga kawasan kilang disyaki menjadi punca pencemaran bau di Sungai Selangor.

Ahad lalu, Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, Sungai Selangor Fasa 2, Sungai Selangor Fasa 3 dan Rantau Panjang dihenti tugas susulan pencemaran dikesan pada jam 2 pagi.

Susulan itu, lebih 1.1 juta akaun pengguna di 1,292 kawasan sekitar wilayah Kuala Lumpur, Shah Alam/Klang, Kuala Langat, Petaling, Gombak, Hulu Selangor dan Kuala Selangor mengalami gangguan bekalan air.

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
71,394
Reaction score
11,147
Points
1,906
#BHNasional Bekalan air di semua 1,292 kawasan terjejas di 7 wilayah pulih
https://bit.ly/35kCfdH

Bekalan air pulih sepenuhnya

Oktober 22, 2020 @ 9:16am

22selang_1603329829.jpg

- Foto https://www.airselangor.com/

SHAH ALAM: Semua 1,292 kawasan di tujuh wilayah yang terjejas dengan gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1,2,3 dan Rantau Panjang sudah pulih sepenuhnya.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi kenyataan memaklumkan semua kawasan yang terjejas sudah menerima bekalan air bersih sepenuhnya pada jam 6 pagi ini.

"Air Selangor ingin mengucapkan terima kasih kepada pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini.

"Air Selangor menyarankan pengguna untuk mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air melalui saluran-saluran komunikasi rasmi Air Selangor termasuk aplikasi Air Selangor, Facebook, Twitter dan Instagram, serta laman sesawang kami di www.airselangor.com.

"Sentiasa gunakan air secara berhemat," katanya.

Terdahulu, Isnin lalu empat LRA terpaksa dihenti tugas berikutan pencemaran sumber air mentah dikesan di Sungai Selangor pada jam 2 pagi.
Henti tugas keempat-empat loji itu menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual membabitkan 1,196,457 akaun merangkumi 1,292 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
71,394
Reaction score
11,147
Points
1,906

stillFX

Super Active Member
Joined
Nov 11, 2016
Messages
6,997
Reaction score
805
Points
121
Daripada bayar rebat air, lebih baik ambil RM4 juta tambah pegawai LUAS kesan pencemaran - Amirudin
#malaysiagazette #LUAS #KrisisAir

Daripada bayar rebat air, lebih baik ambil RM4 juta tambah pegawai LUAS kesan pencemaran – Amirudin

21 October 2020

View attachment 300379
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bercakap pada sidang media selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor di Bangunan SUK, Shah Alam. foto MOHD ADZLAN, 21 OKTOBER 2020.

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor tidak bercadang untuk memberikan diskaun mahupun pengecualian bil air kepada kira-kira 1.2 juta akaun pengguna di Lembah Klang yang terjejas dengan gangguan bekalan air tidak berjadual sejak 19 Oktober lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari sebaliknya berkata, bayaran rebat itu sebaiknya digunakan untuk menambah kakitangan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bagi mengesan pencemaran di sepanjang Sungai Selangor.

“Kalau kita bagi rebat sekitar RM2 sebagai contoh, kita memerlukan kos lebih kurang RM4 juta, itu kita dah kira.

“Daripada itu (bayar rebat) lebih baik kita ambil RM4 juta ini boleh digunakan untuk menambah pegawai-pegawai yang boleh mengesan pencemaran di peringkat awal.

“Ataupun dana ini boleh digunakan untuk menyekat laluan air seketika daripada ia masuk ke laluan dan kita boleh nyahkan keluar,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor, di pejabat Kerajaan Negeri Selangor, hari ini.

Beliau mengulas gesaan Pengerusi Gerakan Tuntut Rakyat Malaysia (Tuntut), A’zlan Abu Bakar yang memberi kata dua kepada Kerajaan Negeri Selangor, sama ada memberi diskaun bil air atau Amirudin perlu meletakkan jawatan.

Ia susulan kemarahan rakyat terhadap gangguan bekalan air tidak berjadual pada 19 Oktober lalu selepas Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd menghenti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1,2,3 dan Rantau Panjang.

Tindakan itu berikutan pencemaran sumber air mentah telah dikesan di Sungai Selangor pada jam 2 pagi, Isnin lalu..

Amirudin juga mengakui perkara itu ada dibincangkan dalam mesyuarat EXCO Selangor baru-baru ini, namun cadangan itu seolah-olah menyalahkan kerajaan negeri setiap kali berlakunya pencemaran air.

“Kita ada dalam perbincangan tapi kita akan tetapkan kemudian, sebab kita akan berbelanja besar, lebih baik (rebat digunakan) untuk menghalang pencemaran ini berlaku.

“Ini seolah-olah kita menyerah kepada takdir bahawa pencemaran ini akan berlaku dan setiap kali pencemaran berlaku, kita nak kena bayar pula rebat dan sebagainya,” katanya.

Katanya, cadangan memberi rebat itu juga tidak akan menghentikan pencemaran air yang dilakukan oleh penjenayah alam sekitar dan adalah lebih baik dana itu digunakan untuk langkah pencegahan.

“Ia tidak memutuskan tangan-tangan yang terpaksa mengaut dan mengambil air setiap hari dan ia tidak terbayar dengan diskaun yang sebegitu.

“Justeru bagi pihak kerajaan negeri kita akan cuba sedaya upaya mengelakkan pencemaran ini berlaku.

“Malahan rekod prestasi kita dari April sampai September, kita berjaya mengelakkan pencemaran air dengan membuat lawatan 24 jam yang dilakukan sejak sekian lama,” jelasnya.

Oleh kerana sejak kebelakangan ini pencemaran kerap dilakukan pihak tidak bertanggungjawab, pihaknya perlu memikirkan langkah pengawasan dan kawalan lebih kerap dengan menambah pegawai LUAS sedia ada.

“Namun mutakhir ini berulang-ulang pencemaran ini berlaku dan ia adalah satu yang agak mendukacitakan dan kita perlu pertingkatkan proses kawalan

“Kita sentiasa membuat kawalan 24 jam, namun dalam masa sama kita akan tambah lagi (pegawai) dengan dron. Hari ini kita nak tambah lagi pegawai-pegawai (LUAS) sedia ada,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

adui la... amik pegawai... boleh dipercayai ke integriti pegawai yang diamik tu?

rakyat nak punca pencemaran tu ditangani segera. Semua dh tau punca pencemaran tu dari sisa buangan industri. Tackle yang tu dulu. Perketatkan undang-undang. JAS perlu siasat setiap entiti industri yang berpotensi mencetuskan pencemaran. Kalo tak comply, kena perbetulkan. Kasi 2 minggu untuk setelkan. Kalo tak setelkan jugak. kasi denda kaw kaw. Kalo tak jalan jugak.. sita premis.

Ish...takkan yang tu rakyat nak kena fikirkan.
 
iced_coolz

Active Member
Joined
May 18, 2013
Messages
1,083
Reaction score
246
Points
33

boleh skip ke minit 2:30 untuk dengar brother tu sindir. katanya di minta beri tempoh 3 bulan...
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
71,394
Reaction score
11,147
Points
1,906
8 Suspek Pencemaran Bau Sg Gong Tangan Bergari ke Mahkamah
https://malaysiagazette.com/.../8-suspek-pencemaran-bau.../

8 Suspek Pencemaran Bau Sg Gong Tangan Bergari ke Mahkamah

22 October 2020
MGF22102020_KES-PENCEMARAN-SUNGAI-MAHKAMAH-SELAYANG_01.jpg

Lapan suspek termasuk dua pengarah syarikat membaiki dan menjual jentera pembinaan diiring anggota polis ke mahkamah sesyen bagi menghadapi pertuduhan menyebabkan pencemaran air Sungai Gong di Mahkamah Sesyen Selayang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 22 OKTOBER 2020.
MGF22102020_KES-PENCEMARAN-SUNGAI-MAHKAMAH-SELAYANG_03.jpg

Lapan suspek termasuk dua pengarah syarikat membaiki dan menjual jentera pembinaan diiring anggota polis ke mahkamah sesyen bagi menghadapi pertuduhan menyebabkan pencemaran air Sungai Gong di Mahkamah Sesyen Selayang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 22 OKTOBER 2020.
MGF22102020_KES-PENCEMARAN-SUNGAI-MAHKAMAH-SELAYANG_04.jpg

Lapan suspek termasuk dua pengarah syarikat membaiki dan menjual jentera pembinaan diiring anggota polis ke mahkamah sesyen bagi menghadapi pertuduhan menyebabkan pencemaran air Sungai Gong di Mahkamah Sesyen Selayang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 22 OKTOBER 2020.
MGF22102020_KES-PENCEMARAN-SUNGAI-MAHKAMAH-SELAYANG_06.jpg
Dua pengarah syarikat membaiki dan menjual jentera pembinaan diiring anggota polis ke mahkamah sesyen bagi menghadapi pertuduhan menyebabkan pencemaran air Sungai Gong di Mahkamah Sesyen Selayang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 22 OKTOBER 2020.
MGF22102020_KES-PENCEMARAN-SUNGAI-MAHKAMAH-SELAYANG_08.jpg

Lapan suspek termasuk dua pengarah syarikat membaiki dan menjual jentera pembinaan diiring anggota polis ke mahkamah sesyen bagi menghadapi pertuduhan menyebabkan pencemaran air Sungai Gong di Mahkamah Sesyen Selayang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 22 OKTOBER 2020.
MGF22102020_KES-PENCEMARAN-SUNGAI-MAHKAMAH-SELAYANG_10.jpg

Lapan suspek termasuk dua pengarah syarikat membaiki dan menjual jentera pembinaan diiring anggota polis ke mahkamah sesyen bagi menghadapi pertuduhan menyebabkan pencemaran air Sungai Gong di Mahkamah Sesyen Selayang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 22 OKTOBER 2020.

Sponsored Post
Top
Log in Register