Kemaskini Pengumuman Gangguan Bekalan Air 2020

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
71,398
Reaction score
11,149
Points
1,906
Salah prof ni. Ada beberapa perkara tak betul. Video ini dikirim kepada saya dan saya tidak ada video keseluruhan. Ini video yang diedit. (Addendum: Maaf tak boleh attach video sinar ini pula)

Sebelum itu, saya ingin tegaskan sekali lagi saya tulis atas kapasiti persendirian seperti biasa. Ini FB personal saya dan pendirian saya adalah pendirian peribadi yang tidak mewakili mana2 badan. Saya menulis ini kerana saya telah terlibat merangka undang2 bekalan air, pindaan perlembagaan persekutuan berkenaannya dan undang2 kecil dibawahnya. Saya pun dah pernah beberapa kali menulis perkara ini. Fakta yang saya gunakan adalah berdasarkan fakta umum.

Bidangkuasa
1. Di bawah perlembagaan, air atau sumber air adalah di bawah bidangkuasa mutlak negeri. Negeri berkuasa sepenuhnya ke atas sumber air.

2. Apabila pindaan perlembagaan dahulu dibuat, kami telah persembahkan kepada Sultan dan exco2 negeri, bahawa persekutuan tiada niat langsung mengambil kuasa negeri berkenaan sumber air. Apa yang dipinda adalah bidangkuasa bekalan air dipinda dari jadual negeri kepada jadual bersama. Maknanya kedua2 persekutuan dan negeri ada bidangkuasa berkenaan bekalan air. Pindaan ini perlu kerana terdapat masalah struktur industri air yang perlu diselesaikan dengan kerjasama negeri dan persekutuan.

3. Akibatnya, terbentuklah suruhanjaya Perkhidmatan air “SPAN” untuk mengawalselia operator air. Kesemua operator air adalah di bawah milik atau kawalan kerajaan negeri. Bidangkuasa SPAN adalah dari mula air mentah diekstrak dari sungai untuk bekalan air sehingga air dirawat dibekalkan kepada pengguna dan juga pembentungan. Sumber air masih di bawah negeri.

4. Jadi kenyataan bahawa SPAN ada kuasa mengawalselia sumber air terutamanya pencemaran air adalah salah. Pandangan Professor di dalam video ini adalah tidak tepat dan mengelirukan rakyat.

5. Walauapapun polemik samada negeri atau persekutuan bersalah ini tidak berfaedah bagi saya kerana untuk mengatasi masalah ini perlu kerjasama semua pihak. Masing2 ada bidangkuasa sendiri. Termasuk SPAN untuk bekalan air. Kita ketepikan politik dahulu.


Masalah air sekarang.
1. Masalah terkini dan baru2 ini berpunca dari pencemaran di hulu loji. Terdapat pelbagai pembangunan di hulu loji (yang telah dibina berpuluh2 tahun dahulu) yang boleh menjadi punca pencemaran sungai. Kita boleh rungkai lagi permasalahan ini tetapi utk posting FB ini saya nak tumpu apa yang kita mesti buat.

I Penguatkuasaan undang2 pencemaran alam sekitar yang lebih ketat untuk semua kegiatan ekonomi di hulu loji. Semua industri dan kilang2 di hulu loji ini hendaklah memastikan efluen yang keluar ke longkang dan sungai mematuhi standard Jabatan Alam Sekitar dan mesti dilengkapi dengan sistem pembersihan yang secukupnya. Sesiapa yang tidak patuh mesti didakwa dengan tegas, perniagaan ditutup dan lesen ditarik balik. Kilang2 haram, kita tutup sahaja. Kalau praktikal setiap premis kegiatan ekonomi ini diperiksa. Ini perlu kerjasama kedua2 agensi kerajaan negeri dan persekutuan.

II. Loji pengambilan baru dibuat di hulu lagi atau sumber air mentah baru disalurkan terus kepada loji sedia ada. Ini solusi jangka pertengahan atau jangka panjang dan mahal. Bina loji baru mungkin juga tidak praktikal atas sebab kos terlalu tinggi.

III. Perubahan persepsi sungai kita. Kita mesti mahu sungai kita bersih dan jernih. Kalau boleh dan selamat, sehingga tahap membolehkan anak kita mandi di sungai. Sungai bukanlah lagi tempat membuang segala sampah sarap kita. Jadi sesiapa yang mengotori dan mencemari sungai kita tegur, ambil gambar, viralkan dan lapor pada pihak berkuasa. Susulan ini, kita mahu segala sisa kegiatan kita tidak dibuang ke longkang yang kemudiannya ke sungai. Ini termasuklah sisa minyak masak, air bash baju, dll. Kita mahu sisa ini diproses, dibersihkan dan dijernihkan oleh IWK sebelum dibuang ke sungai. Dengan itu kita mesti mendokong dan mahu IWK menjadi satu operator yang mampu mengendalikan operasinya dengan baik. Bil2 IWK kita kenalah bayar.

Industri air dan pembentungan sebenarnya menghadapi banyak cabaran dan kita perlukan solusi yang lebih baik mantap dan komprehensif. Saya berhenti dulu sebab FB ini dah terlalu panjang dah. Saya harap ini membantu.

1603249773434.png
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,574
Reaction score
3,694
Points
236
tn XM, bukan ke ni tanggungjawab MB, bukannya sultan kan
MB yg bertanggungjawab memastikan bekalan air sentiasa ada utk penduduk dia
klu MB tak mampu buat sedemikian, bailkah dia berundur, digantikan dengan org lain
negeri lain x der isu camni, saya suspek ada sabotaj nak take over kerajaan negeri ni, kita lihat result nanti CMM .. ape cite politik ngan Covid? masih nak berbalah antara mereka?

:D
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
71,398
Reaction score
11,149
Points
1,906
Penubuhan badan bebas ini dapat menilai keupayaan pengurusan Air Selangor #malaysiagazette #KrisisAir #AirSelangor

Tidak masuk akal gangguan bekalan air terlalu kerap


21 October 2020

MGF19102020_SUNGAI-CEMAR12-681x454.jpg

Pekerja Air Selangor, Nurasidiq Supangat mengambil sampel air yang tercemar ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa Dua, Bestari Jaya, Kuala Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 19 OKTOBER 2020.

KUALA LUMPUR – Kerajaan Persekutuan dicadangkan melantik sebuah badan bebas untuk memantau operasi dan tadbir urus Air Selangor susulan gangguan bekalan air yang kerap berlaku di negeri itu.
Sebagai sebuah negeri paling maju di Malaysia, gangguan bekalan air iaitu bekalan asas kehidupan setiap penduduk yang kerap berlaku ini amat tidak masuk akal waima ia berpunca dari pencemaran sumber air,” kata Setiausaha Agung Jaringan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia (Kagum), Iszuwan Ismail.


”Penubuhan badan bebas ini dapat menilai keupayaan pengurusan Air Selangor, di samping menilai tahap keupayaan infrastruktur sedia ada.
”Badan ini juga perlu membuat cadangan tambah baik bagi memastikan gangguan bekalan air tidak berlaku dengan kerap. Kerajaan negeri juga seharusnya melaksanakan langkah-langkah proaktif di dalam memastikan tahap infrastruktur air di Selangor sentiasa berada di tahap terbaik,” katanya.

Beliau mengulas mengenai pencemaran di Sungai Selangor hingga mengakibat lebih 1 juta pemegang akaun Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) terputus bekalan air.
Kejadian yang dikesan pada Isnin lalu adalah kali ketiga dalam tempoh dua bulan.

Iszuwan berkata, dua insiden yang melibatkan punca sumber air yang tercemar dan paip pecah pada bulan September dan Oktober ini benar-benar memberi kesan kepada pengguna terutama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ini.
Untuk rekod, lebih 10 insiden gangguan bekalan air telah berlaku di sepanjang tahun 2020 ini.

Oleh itu Kagum berpendapat penempatan anggota keselamatan di sekitar lokasi punca sumber air dapat meminimumkan kecuaian para pengguna.

Di samping itu, Kerajaan Pusat atau Kerajaan Negeri Selangor wajar mewartakan kawasan punca sumber air sebagai satu kawasan eksklusif dan tiada aktiviti ekonomi baik perindustrian atau perternakan dibenarkan dalam satu radius kawasan yang selamat.

Pihak kerajaan negeri seharusnya telah mula merangka sumber air alternatif kepada penduduk negeri Selangor sejajar dengan status sebuah negeri maju.
Jika di negara jiran, setiap tahun ada Pesta Air (Songkran Festival di Thailand, takkan di Selangor setiap bulan ada pesta tiada air yang perlu rakyat raikan, ujarnya. – MalaysiaGazette

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
71,398
Reaction score
11,149
Points
1,906
Mak Khuin Weng - マク

19 Oktober jam 10:49 PG ·


Water Disruption Again (Selangor)

Saya dah banyak kali tulis isu ini. Dari tahun 2011 lagi, setelah saya baca mengenai kaitan pembangunan pesat dengan kapasiti kerajaan membekalkan air yang secukupnya untuk rakyat berkait rapat, saya telah memberi amaran bahawa sistem bekalan air Selangor dan Kuala Lumpur tak ada 'back up'.

Bekalan air terputus boleh terjadi akibat aktiviti penyelenggaraan loji rawatan air, paip bocor ataupun pencemaran air sungai.

Tiga hari lepas, terdapat paip bocor. (1)

Pagi ini terdapat pencemaran air sungai. (2)

What can go wrong will go wrong.

Saya dah kata isu bekalan air ini menjejaskan ekonomi negara. Bukan saja rumah tak ada air, kilang pun tak boleh beroperasi kerana tak ada air. Restoran dan pusat beli belah pun susah nak berniaga.

Tapi ada satu isu lagi yang saya tak sentuh. Pesakit yang berada di rumah yang tiada bekalan air.


Saya pernah menolong seorang pesakit kanser dulu yang tidak boleh berjalan tanpa bantuan. Beliau telah meninggal, tapi masa dia masih hidup, dia ada beg stoma kat tepi perutnya.

Saya pergi tiga atau empat kali seminggu untuk tolong bersihkan kawasan perut pesakit untuk memastikan tiada infection. Kadangkala saya tolong pesakit mandi.

Mereka yang sakit tu dah tenat dan susah. Bayangkan lah betapa susahnya lagi sekiranya rumah mereka tak ada air?

Saya masih ingat bila ada isu water rationing 2014 dulu - dah stress kena jaga seorang sakit, kena stress lagi nak cari air bersih untuk pesakit.

Pakatan Harapan - fix this mess. Stop talking about what stupid thing BN has done and how you are going to save Malaysians from the corruption of BN. Stop telling people PAS is bad and Kelantan is a backwater state.

Selangor is once again facing stupid problems due to idiotic governance of allowing factories that can pollute our water supply located next to the river that provides us with raw water.

Jangan kata BN bodoh saja. Pakatan lagi bodoh kerana sudah 12 tahun mereka berkuasa di Selangor. Masalah ini tak selesai lagi.

Menyampah ahli politik semua ni yang tak berguna.

Yang baca sampai habis, tolong sign petition kat bawah. (3)

Edit: Setiap kali saya ada baca WhatsApp dari penyokong Pakatan kata ada sabotaj.

Sabotaj itu maknanya kerja rosakkan sistem air adalah kerja orang dalam. Kalau dah kena sabotaj sekali, boleh belajar bijak sikit kan? Boleh siasat siapa dalang sial tu kan?

Tiap-tiap kali sabotaj, maknanya kerajaan tak buat kerja biarkan sabotaj terus berlaku.

You nak sabotaj ke, kilang haram tepi sungai buat hal ke, ia masih salah pentadbiran Pakatan.

1. Paip air LRA Sungai Selangor pecah, jejas bekalan air di beberapa kawasan Lembah Klang - https://bm.soyacincau.com/.../paip-air-lra-sungai.../
2. Henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang terpaksa dilaksanakan berikutan pencemaran sumber air mentah telah dikesan di Sungai Selangor. - https://www.facebook.com/.../a.34610265.../3783467451683809/
3. Steady water supply in Selangor - http://chng.it/j5LDYNxBpZ

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
71,398
Reaction score
11,149
Points
1,906
Mak Khuin Weng - マク

23j ·

Share again for those who missed this.

Mak Khuin Weng - マク
telah menambah foto baru pada album: Article II.

4 September ·

Water Woes Selangor

I actually warned about our water issues way back in 2014 in The Star. So I will just copy and paste the technical bits first and then talk about the pollution aspect of the problem.
-------------------------------------------------------
WATER rationing was something that the Klang Valley experienced once upon a time in 1998. Back then, it was blamed on the phenomenon known as El Nino.

Today, Klang Valley residents are experiencing a water rationing exercise once more, but there is no freak global weather pattern to pin the blame on for the lack of rain.

Instead, there is evidence that uncontrolled development is perhaps part of the reason for the water shortage.

The Federal Government’s National Physical Plan for development in peninsular Malaysia, approved by the Cabinet in 2005, stated that Selangor would have sufficient water supply until the year 2050.

“The per capita water availability for peninsular Malaysia in 2050 is projected to decrease to approximately 3,000 cubic metres per year.

“It is projected that Negri Sembilan will face severe shortage by 2010; Penang and Malacca by the year 2020. Selangor and Perlis will be in the same category by 2050. The water-rich states are Perak, Johor, Pahang, Terengganu and Kelantan.” (Source: National Physical Plan)

However, these projections were also based on the need to establish a growth limit for townships.

Each township has facilities that are sufficient to support a limited number of people, and this includes water supply for the population. The term for this limit is called “carrying capacity.”

Following the report, the Selangor government gazetted and published, in 2007, the Selangor State Structure Plan that showed townships such as Petaling Jaya having a carrying capacity of 250,000 people.

As of 2013, Petaling Jaya already reached a population of 600,000, more than double the carrying capacity.

On water supply, the Structure Plan stated: “All existing main raw water resources have been fully used. Measures need to be taken to identify new sources of raw water to ensure future supplies.”

On the same page, the report provides numerous proposals to be implemented, one of which reads as follows; “To execute raw water transfer project from Kelau Dam in Pahang to water treatment plant in Langat Dam (Phase 1) in Selangor before water shortage crisis occurs in Selangor.”

Instead of dealing with an issue that was predicted and known, the Selangor government allowed development projects to continue unabated without allowing the Langat 2 water treatment plant to be built. Instead, the building of Langat 2 was tied to the acquisition of the privatised water concessionaires.
The question then is why are approvals of development projects not similarly tied to the building of Langat 2?
By allowing the growth of townships to go beyond the projected limits, the Selangor government caused the demand to go beyond what was originally planned for.
Note: you can read the rest of the old article in the link below.
Current water crisis caused by over development and lack of planning - https://www.thestar.com.my/.../weather-not-to-blame...
-------------------------------------------------------
All right, part of the issue of our water shortage is tied to development. The other part that we are being told now is that there is water pollution, but that too is a development problem as I had highlighted in my previous post. (1)

Some of you have commented about how this seems to be a problem caused by Chinese businesses (factories and farms) after I showed you the study that linked to such activities causing pollution, but you have to remember this simple detail - if the government did not allow the Chinese to set up these factories and farms, we wouldn't have this problem.

And you have to wonder why the Selangor government keeps talking about water pollution stopping water treatment but we don't ever get news about the responsible person(s) or companies being dragged to court to be charged with a national crime of sabotaging our water supply.

Jangan salahkan orang Cina saja. Orang Melayu dalam kerajaan kena bagi kelulusan juga. Dua-dua kena tepuk tangan.

But we are not done addressing the issue yet. I did say we are overdeveloped and that our water supply system is only producing just enough to meet demand.

What a lot of you don't know is that the water production system is suppose to overlap and serve as temporary back up for all areas where possible.

If one treatment plant is down for whatever reason, the other treatment plants are supposed to be able to work extra hard for a short while to keep everyone's water supply running. At least that is the system in theory.

This is an important factor because while you as a home owner may feel the inconvenience, the loss of water to factories and large companies means the loss of production and business.
No water to a shopping mall can cripple thousands of businesses just like that.

Since the delay in developing the Langat 2 Water Treatment Plant was also tied to the acquisition of the Water Treatment Plants, any time there is an emergency disruption, the whole sector covered by the particular Water Treatment Plant is screwed as no backup can occur. The other Treatment Plants are already producing water at maximum capacity to meet the needs of their respective areas already and can't provide more water.

Now do you understand why the Selangor government is badly managed by Pakatan? Have you seen all the projects that Pakatan has approved since they took over in 2008? Do they not always blame BN for the projects with the excuse "dah lulus, kalau nak batalkan kena bayar pampasan."

Khalid Ibrahim had actually taken steps to get everything on track until PKR sacked him over politics.

This is why the mindset that the shitty politics your politicians play have nothing to do with you is wrong. It just takes a few stupid decisions to screw your daily life over, and this problem with water supply in Selangor is a very real and in-your-face example.

Peace.
1. Why Water Pollution Happens at the Water Processing Plant - https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=337908413815763&id=337348560538415



 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
71,398
Reaction score
11,149
Points
1,906
Luas laksana 3 langkah rawat pencemaran di Sungai Selangor - MB #malaysiagazette
https://malaysiagazette.com/.../luas-laksana-3-langkah.../

Luas laksana 3 langkah rawat pencemaran di Sungai Selangor – MB


21 October 2020

MGF22072019_PC-MB-AIR15-681x454.jpg

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Lembaga Urus Air Selangor (Luas) melaksanakan tiga langkah bagi merawat pencemaran bau di Sungai Selangor.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, langkah tersebut adalah bagi memastikan air yang disalur semula ke premis perniagaan dan rumah benar-benar selamat digunakan.


“Luas melaksanakan operasi pengepaman air kolam (Opak) Bestari Jaya sehingga 336 juta liter sehari dan melepaskan air empangan sungai tinggi serta Sungai Selangor sehingga 1200 JLH selain menaikkan satu pagar sungai (river gate) di Baraj Bestari Jaya.

“Agensi berkenaan turut melaksanakan proses nyahbau di kolam tebatan banjir JPS Sungai Gong,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 serta Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas berikutan pencemaran sumber air mentah dikesan di Sungai Selangor awal pagi semalam.
Susulan itu 1.2 juta akaun pengguna meliputi wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

Bagaimanapun, setakat pukul 9 pagi hari ini, sebanyak 1,097 daripada 1,292 kawasan atau 85 peratus kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual telah menerima bekalan air sepenuhnya. – MalaysiaGazette

 

shane

Legendary Member
Joined
Nov 7, 2007
Messages
14,010
Reaction score
208
Points
133
negeri lain x der isu camni, saya suspek ada sabotaj nak take over kerajaan negeri ni, kita lihat result nanti CMM .. ape cite politik ngan Covid? masih nak berbalah antara mereka?

:D
Nk buat mcm Kelantan, berkarat ke berbau ke salor je cam biasa…? :D
 

abah5851

Active+ Member
Joined
Dec 5, 2014
Messages
2,502
Reaction score
143
Points
43
negeri lain x der isu camni, saya suspek ada sabotaj nak take over kerajaan negeri ni, kita lihat result nanti CMM .. ape cite politik ngan Covid? masih nak berbalah antara mereka?

:D
MUDAH NAH KENA SABOTAJ... MAKSUDNYA KERAJAAN NEGERI LEMAH.... DAH MCM SAMA JE ALASAN...KENA SABOTAJ.. SILA GUNA ALASAN LAIN...ALASAN SABOTAJ SUDAH DIGUNAKAN TAHUN LEPAS...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register