Kemaskini Pengumuman Gangguan Bekalan Air 2020

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,574
Reaction score
3,694
Points
236
SILA RUJUK POST TERAKHIR UNTUK BERITA TERBARU

Paip Pecah - Bekalan Air Di 57 Kawasan Gombak Terjejas


08.02.2020 - Kuala Lumpur, Sebanyak 57 kawasan di Gombak, Selangor hari ini mengalami gangguan bekalan air sementara susulan kejadian paip pecah pada sistem paip di Rumah Pam Hulu Kelang awal pagi ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan hari ini memaklumkan insiden pada pukul 5.15 pagi itu menyebabkan berlaku penurunan air ke paras 0.72 meter di Kolam Air Madonna berbanding paras normal 4 meter.

Susulan itu, Air Selangor telah mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) dengan menggerakkan 25 lori tangki air dan dua lori tangki jumbo bagi membantu pelanggan yang terjejas dengan keutamaan diberikan kepada pengguna dan premis kritikal serta kecemasan termasuk hospital.

“Bagi mengelakkan kelewatan perkhidmatan lori tangki, pengguna turut dinasihat mendapatkan bantuan air kecemasan di Pusat Khidmat Setempat (PKS) yang disediakan di AEON Big Ampang, Taman Dagang Permai, Ampang yang dibuka bermula pukul 9.30 pagi ini.
Iklan

“Air Selangor sedang giat melaksanakan kerja-kerja pembaikan paip itu yang dijangka siap pukul 6.30 petang ini,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, bekalan air akan disalurkan semula kepada pengguna selepas paras kolam ditingkatkan ke paras normal dan pemulihan bekalan air secara berperingkat-peringkat bagi kawasan yang terjejas bergantung kepada kedudukan altitud.

Menurut Air Selangor, kejadian paip pecah itu menyebabkan gangguan bekalan air berterusan kepada pengguna di kawasan berkenaan selepas dua kejadian sama di Taman Ukay Heights dan Taman Ampang Utama yang berlaku pada Rabu, namun, kerja baik pulih bagi dua paip pecah itu siap sepenuhnya pada hari yang sama.

Untuk perkembangan terkini, maklumat lanjut dan semakan kawasan terjejas, pengguna boleh layari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com dan laman sosial Twitter, Facebook, Instagram atau aplikasi telefon bimbit Air Selangor.



Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/509969

Kemaskini rasmi Air Selangor boleh didapati melalui pautan https://www.airselangor.com/press-release
 
Last edited:
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,574
Reaction score
3,694
Points
236
Catuan Air Melaka, Fasa Kedua Libatkan Hotel, Industri - KM

08.02.2020 - Bandaraya Melaka, Pelaksanaan fasa kedua catuan bekalan air di negeri ini yang diteruskan pada Isnin hadapan bakal melibatkan pengguna bagi sektor perhotelan dan perkilangan.

Ketua Menteri Adly Zahari berkata penjadualan tersebut dijangka hanya melibatkan 60 peratus pihak industri berkaitan terutamanya di zon satu.

Beliau berkata pelaksanaan itu bukan bererti bekalan air di negeri ini tidak mencukupi namun ia bertujuan bagi memastikan bekalan air tidak terputus untuk memenuhi keperluan rakyat.

"Pihak Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) juga telah berjumpa dengan pihak-pihak industri ini bagi menjelaskan perkara itu dan berbincang bagaimana SAMB boleh salurkan bekalan terutama kepada mereka yang amat memerlukan penggunaan air dalam kapasiti banyak.

"Kebanyakan mereka mempunyai kemudahan tangki air yang boleh menampung keperluan secukupnya selain difahamkan ada di antara mereka yang mempunyai tangki yang boleh digunakan untuk membekalkan air untuk tempoh dua hingga tiga hari," katanya kepada pemberita selepas melawat penduduk di Bukit Baru di Melaka hari ini.

Adly berkata, catuan itu juga melibatkan selang satu hari sahaja dan sepatutnya ia tidak menimbulkan masalah selain pihaknya menafikan sistem penjadualan itu akan dipanjangkan kepada tempoh dua hari catuan air.

"Setakat ini, memang tidak ada dibincangkan mengenai perkata itu dan penjadualan itu masih sama, kekal sehari ada air dan sehari lagi tiada air," katanya.

Dalam pada itu, paras air di Empangan Durian Tunggal di Alor Gajah pada masa ini pada 27.8 peratus dengan 8,570 juta liter air, manakala dua lagi empangan di Jasin iaitu Empangan Jus adalah 31.8 peratus (13,750 juta liter air) dan Empangan Asahan 58.9 peratus (410 juta liter air).

Sebelum ini,tempoh catuan bekalan air di Melaka dilaksana bagi tempoh dua minggu pertama bermula 29 Jan lepas membabitkan 550,673 orang iaitu 62.8 peratus penduduk, namun ia tidak membabitkan hospital, kawasan industri dan pusat pelancongan.

Catuan itu bagi memastikan bekalan air mencukupi bagi menghadapi cuaca panas kering dalam fasa kedua Monsun Timur Laut dijangka berakhir bulan hadapan.



Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/509972
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,574
Reaction score
3,694
Points
236
Status Terkini Gangguan Bekalan Air Di Kawasan Ampang

08.02.2020 - Kuala Lumpur - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan berdasarkan pemantauan bacaan tekanan di sistem agihan, pemulihan bekalan air mengikut jumlah kawasan yang terjejas sehingga jam 7:00 pagi ini telah mencapai tahap 84.4% di mana 54 kawasan telah pulih.

Manakala, 10 kawasan yang terlibat masih belum pulih sepenuhnya disebabkan oleh kedudukan premis yang berada di penghujung kawasan agihan dan di kawasan tinggi.

Air Selangor ini memohon kerjasama daripada para pelanggan untuk menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan ini berjalan lancar bagi kawasan-kawasan yang masih terjejas. Senarai kawasan yang masih dalam proses pemulihan adalah seperti di Lampiran A.

Sehingga kini bantuan bekalan air menerusi lori-lori tangki terus digerakkan dan para pelanggan juga boleh terus ke Pusat Khidmat Setempat (PKS) bertempat di AEON Big Ampang, Taman Dagang Permai, 68000 Ampang (Koordinat GPS: 3.141065, 101.779456) dan Pili Awam Lembah Jaya untuk mendapatkan bantuan atau boleh juga hubungi talian 15300.

Pihak Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk twitter, facebook, instagram, aplikasi telefon pintar Air Selangor dan laman sesawang kami di www.airselangor.com.

Lampiran A - Kawasan Masih Dalam Proses Pemulihan

Bukit AntarabangsaTmn Fairuza Ampang
Kg Ampang CampuranTmn Permai Jaya Ampang
Kg Ampang IndahTmn Sri Baru Ampang
Kg Tasik PermaiTmn Sri Bayu Ampang
Kg/Tmn Tasek TambahanBukit Antarabangsa
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,574
Reaction score
3,694
Points
236
Status Terkini Gangguan Bekalan Air di Kawasan Ampang

07.02.2020 - Kuala Lumpur - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan berdasarkan pemantauan bacaan tekanan di sistem agihan, pemulihan bekalan air mengikut jumlah kawasan yang terjejas sehingga jam 7:00 pagi ini telah mencapai tahap 84.4% di mana 54 kawasan telah pulih.

Manakala, 10 kawasan yang terlibat masih belum pulih sepenuhnya disebabkan oleh kedudukan premis yang berada di penghujung kawasan agihan dan di kawasan tinggi.

Air Selangor ini memohon kerjasama daripada para pelanggan untuk menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan ini berjalan lancar bagi kawasan-kawasan yang masih terjejas. Senarai kawasan yang masih dalam proses pemulihan adalah seperti di Lampiran A.

Sehingga kini bantuan bekalan air menerusi lori-lori tangki terus digerakkan dan para pelanggan juga boleh terus ke Pusat Khidmat Setempat (PKS) bertempat di AEON Big Ampang, Taman Dagang Permai, 68000 Ampang (Koordinat GPS: 3.141065, 101.779456) dan Pili Awam Lembah Jaya untuk mendapatkan bantuan atau boleh juga hubungi talian 15300.

Pihak Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk twitter, facebook, instagram, aplikasi telefon pintar Air Selangor dan laman sesawang kami di www.airselangor.com.

Kawasan Masih Dalam Proses Pemulihan

AEON Big AmpangKg Tasik PermaiTmn Permai Jaya Ampang
Ampang WaterfrontKg/Tmn Tasek TambahanTmn Sering Ukay
Aparment Mesra PrimaTinjani UkayTmn Sri Ampang
Aparment Mesra RiaTmn Beverly HeightTmn Sri Baru Ampang
Apartment Mesra VillaTmn Bukit AmpangTmn Sri Bayu Ampang
Bandar Baru AmpangTmn Bukit JubinaTmn Sri Merdeka
Kg Ampang CampuranTmn Bukit MuliaTmn Ukay Seraya
Kg Ampang IndahTmn Dagang PermaiTmn Ukay Tropika
Kg Indah PermaiTmn Fairuza AmpangTmn Watan
Kg Muhibah AmpangTmn Halaman Kesuma
Kg Sg SeringTmn Kelab Ukay


Kawasan Tekanan Air Rendah

Bukit AntarabangsaBukit MewahPuncak Bukit Utama
Bukit JayaBukit UtamaWangsa Ukay
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,574
Reaction score
3,694
Points
236
SAJ Announces Water Disruption In Johor From 24 - 27 February 2020

For any questions or details, you can call the water company hotline via 1800-88-7474 or send SMS to 019-7727474.

February 24


Time: 10 AM – 6 PM (8 hours)

Affected Areas: ALL AREAS IN JALAN MEWAH, FLAT CENGAL, JALAN INDAH, JALAN KEMPAS, JALAN CENGAL, HUTAN BANDAR KULAI AND JALAN CERIA



February 24


Time: 10 AM – 8 PM (10 hours)

Affected Areas: ALL AREAS IN LAYANG-LAYANG INCLUDING KG MELAYU, KG BARU, KG TENGAH, PEKAN LAYANG-LAYANG, KG CINA, TAMAN LAYANG-LAYANG, KG MCA, SG BESOI LAYANG-LAYANG



February 25 – February 26


Time: 10 AM – 3 AM (17 hours)

Affected Areas: ALL AREAS IN JALAN EKOFLORA UTAMA, JALAN EKOFLORA 1 TO JALAN EKOFLORA 1/17, JALAN EKOFLORA 5/1 TO JALAN EKOFLORA 5/24, JALAN EKOFLORA 6 TO JALAN EKOFLORA 6/13 AND JALAN PERSIARAN EKOFLORA



February 25


Time: 10 AM – 8 PM (10 hours)

Affected Areas: ALL AREAS IN FELDA BUKIT PERMAI, MURNI JAYA, AND RESIDENTIAL AREAS NEARBY, REBAN & PENTERNAKAN AYAM AND SURROUNDING AREAS



February 26


Time: 9 AM – 3 PM (6 hours)

Affected Areas: ALL AREAS IN KG PAYA JAKAS, KG PERMATANG PANJANG, PLKN, KEBUN BARU, FELCRA KEBUN BARU, KG TERATAI AND SURROUNDING AREAS



February 26


Time: 9 AM – 9 PM (12 hours)

Affected Areas: ALL AREAS IN YONG PENG, ALONG JALAN LABIS TO LADANG UNION, KANGKAR BARU, ALONG JALAN AIR HITAM-YONG PENG, TANJUNG SEMBRONG, AIR HITAM, FELDA AIR HITAM, ALONG JALAN JOHOR-AIR HITAM TO KG SRI DESA, ALONG JALAN FROM AIR HITAM TO JUNCTION PT BOTAK, ALONG JALAN FROM YONG PENG TO PT SULONG, PT YAANI, SRI MEDAN, TONGKANG PECAH, INDUSTRIAL TONGKANG PECAH, TAMAN PUTERA INDAH, PT SULONG, ALONG JALAN PT JALIL, ALONG JALAN SIMPPT LOMA FROM TRAFFIC LIGHT SIMPANG LIMA, TAMAN SRI SULONG, ALONG JALAN BATU PUTIH, ALONG JALAN MUAR FROM SEKOLAH MENENGAH DATO ONN TO PT SANGIT AND SURROUNDING AREAS



February 27 – 28


Time: 10 AM – 4 AM (6 hours)

Affected Areas: JALAN TEBING KIRI, PT HJ AHMAD, PT KONGSI, PT KEROMA LAUT, LRG LAPIS, PT JELUTONG LAUT, LRG KENANGAN, MAIN ROAD JLN PONTIAN JELUTONG (LEFT), SANGKAR DUA BESAR, SANGKAR DUA KECHILM, LRG HJ IBRAHIM, LRG TASKI, PT BARAN, PT AMBON, PT PENGKALAN RAJA, LRG BAKAR, JLN BENTENG, LRG KERAMAT, SG NYIOR, PT LAPIS KANAN 1 2 & 3, PT LAPIS KIRI 1 & 2, SG MANGGIS, LRG YUNUS, LRG HJ SALLEH, LRG LAPIS KIRI




Sumber asal https://www.johornow.com/english/saj-announces-water-disruption-in-johor-from-24-27-february-2020
 

Laici

Super Active Member
Joined
Aug 19, 2014
Messages
5,435
Reaction score
721
Points
121
sudah jatuh ditimpa tangga...

waktu2 restricted movement order ni jadi camni
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
283,861
Reaction score
11,718
Points
2,376
sudah jatuh ditimpa tangga...

waktu2 restricted movement order ni jadi camni
Ujian buat kita
Sama² muhasabah diri dan bersabar
 

juhan

Active+ Member
Joined
Mar 30, 2010
Messages
4,075
Reaction score
586
Points
81
Apa lagi bala lah yg menimpa kita semua ni. Aduhhhhhh...
 

dloanman

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Apr 15, 2012
Messages
22,279
Reaction score
1,673
Points
206
den dapek info tadi 10pm, trus suruh anak2 basuh tong2 & isi copek2...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register