BTC USD 40,061.3 Gold USD 1,800.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PC News Kemaskini Muka Taip Helvetica, Pilihan Lebih 1 Juta Variasi Stail

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
30,304
Reaction score
4,104
Points
236
Helvetica Now merupakan salah satu kemaskini muka-taip popular yang telah diperkenalkan pada 2019 lepas. Terbaru, pembangunnya hadir dengan variasi baharu muka-taip berkenaan, dinamakan sebagai Helvetica Now Variable.

Helvetica-Now-Variable-02-950x535.jpg.webp

Helvetica Now Variable membawakan rekaan muka-taip yang kemas dan moden, tetapi kini menawarkan lebih kaedah ekspresi tipografi, selain membolehkan anda hadir dengan rekaan kreatif serba baharu dengan hanya menggunakan satu muka-taip sahaja. Dengan satu fail muka-taip ini sahaja, ia memberikan lebih satu juta pilihan Helvetica kepada pengguna – dengan pilihan stail daripada Hairline ke Extrablack. Pengenalan ini juga membolehkan para perekabentuk memfokuskan rekaan mereka dengan mudah, tanpa perlu mempunyai pelbagai muka-taip berbeza.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan Helvetica Now Variable ini melalui pihak Monotype.
 

CG Sponsors




Top
Log in Register