BTC USD 22,976.9 Gold USD 1,867.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Kemaskini Maklumat Siri Apple iPhone 14

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
40,746
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
40,746
Reaction score
5,063
Points
516
Awards
1
Ciri Komunikasi Satelit Kecemasan iPhone 14 Di Kembangkan Ke Ireland, Jerman, Perancis & UK

Pada siri iPhone 14, pemilik peranti boleh melakukan komunikasi satelit dalam situasi kecemasan apabila tiada capaian selular. Ciri ini diaktifkan kepada pengguna di Amerika Syarikat pada pertengahan November yang lalu. Hari ini ciri ini dikembangkan ke Ireland, Jerman, Perancis dan UK.

Iphone-14-Komunikasi-Satelit-Kecemasan-AA-950x535.jpg.webp


Untuk menggunakan ciri ini, peranti perlu dikemaskini ke versi iOS 16.1. Selepas itu ciri menguji komunikasi satelit dalam situasi kecemasan boleh dicuba. Menerusinya perhubungan menggunakan teks sahaja boleh dilakukan dengan pengguna diminta memberikan maklumat penting seperti apakah jenis kecemasan serta beberapa soalan lazim. Ia dihantar ke satelit yang kemudiannya menghubungi pusat bantuan kecemasan berhampiran.

Apple melabur $450 juta ke dalam syarikat Globalstar yang mempunyai rangkaian 24 satelit mengelilingi bumi bagi membolehkan komunikasi kecemasan dilakukan.

Sumber asal https://www.apple.com/uk/newsroom/2...ailable-in-france-germany-ireland-and-the-uk/
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
40,746
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
40,746
Reaction score
5,063
Points
516
Awards
1
Lelaki Di Selamatkan Dengan Bantuan 'Emergency SOS via Satellite' iPhone 14

Dengan pelancaran iOS 16.1, Apple telah memperkenalkan ciri 'Emergency SOS via Satellite', yang membolehkan pemilik iPhone 14 menghubungi perkhidmatan kecemasan dengan menggunakan sambungan satelit apabila tiada sambungan selular atau Wi-Fi yang tersedia. Terbaharu, seorang lelaki yang terkandas di Alaska telah berjaya diselamatkan dengan bantuan ciri 'Emergency Sos via Satellite' ini.

Menurut laporan, pada 1 Disember sekitar jam 2.00 pagi waktu tempatan, Jabatan Keselamatan Awam, State Troopers Alaska telah dimaklumkan seorang lelaki dewasa yang menggunakan mesin salji dari Noorvik ke Kotzebue telah mengaktifkan 'Emergency Sos via Satellite' pada iPhonenya selepas terkandas.

Dengan kerjasama pasukan mencari dan menyelamat tempatan, Pusat Tindak Balas Kecemasan Apple, dan Penyelaras Mencari dan Menyelamat Northwest Arctic Borough (NWAB SAR), pihaknya telah mengerahkan empat pencari sukarela terus ke koordinat GPS yang disediakan oleh Pusat Tindak Balas Kecemasan Apple. Lelaki itu kemudiannya berjaya ditemui dan tiada kecederaan yang dilaporkan.

Dinyatakan, kawasan tempat lelaki itu berada adalah terpencil dan di pinggir tempat sambungan satelit tersedia. Menurut Apple, sambungan satelit mungkin tidak tersedia di kawasan dengan latitud 62° ke atas, seperti kawasan utara di Kanada dan Alaska. Ciri 'Emergency Sos via Satellite' tersedia utuk semua iPhone 14 dan boleh diaktifkan dalam situasi kecemasan di mana tiada sambungan Wi-Fi atau selular yang tersedia. Apple menawarkannya secara percuma selama dua tahun, namun masih belum memberikan butiran tentang kosnya pada masa hadapan.

Buat masa ini, ciri berkenaan hanya tersedia di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada. Ia dijangka akan diperluas ke Perancis, Jerman, Ireland dan UK tidak lama lagi. Pengembara antarabangsa yang melawat AS dan Kanada juga boleh menggunakan ciri ini, kecuali jika mereka membeli telefon di China, Hong Kong atau Macao kerana ia tidak ditawarkan pada model iPhone di pasaran berkenaan.

1670948672401.png

Sumber asal https://www.macrumors.com/2022/12/01/iphone-14-satellite-sos-in-action/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
40,746
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
40,746
Reaction score
5,063
Points
516
Awards
1
Apple Watch Bantu Kesan Lokasi Mangsa Kemalangan Di Melaka

Terbaharu, dalam kejadian yang berlaku semalam, seorang kakitangan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka telah berkongsi bahawa Apple Watch membantu untuk mengesan lokasi mangsa kemalangan di negeri itu. Dinyatakan, ciri Emergency SOS berfungsi dengan menghantar maklumat kecemasan ke dalam Sistem Talian Kecemasan Negara melalui Panggilan Kecemasan MERS 999. Antara maklumat disertakan termasuk nama dan nombor telefon pengguna.
61AEC643-9827-41E1-B0D8-982EFBB3D095-768x380.jpeg

Seterusnya, lokasi tepat iaitu latitud dan longitud di mana berlaku kemalangan akan disertakan dengan pin lokasi dalam Sistem Computer Aided Dispatch (CAD) bagi memudahkan ambulans untuk mencari mangsa kemalangan. Bagaimanapun, tidak diketahui jika panggilan kecemasan yang diterima dari Apple Watch itu adalah daripada ciri "Crash Detection" atau "Fall Detection". Secara asasnya, kedua-dua ciri tersebut berfungsi hampir sama sahaja, iaitu membuat panggilan kecemasan secara automatik dalam keadaan tertentu. Namun terdapat sedikit perbezaan bagi kedua-dua ciri berkenaan.

Fall Detection

Ciri Fall Detection diperkenalkan khusus untuk Apple Watch SE atau Apple Watch Series 4 dan terkini bagi mengesan jika pengguna jatuh (hard fall) ketika memakai jam tersebut.
watchos-9-series-7-fall-detection-notification.png

Jika berlaku kemalangan dan Apple Watch mengesan bahawa ada pergerakan, ia akan menunggu pengguna membalas amaran dan tidak akan membuat panggilan kecemasan secara automatik. Sebaliknya, jika Apple Watch mengesan bahawa tiada pergerakan selama lebih kurang seminit, ia akan membuat panggilan secara automatik. Bagaimanapun, Wrist Detection perlu diaktifkan terlebih dahulu untuk membuat panggilan kecemasan secara automatik. Selepas panggilan kecemasan dibuat, Apple Watch juga akan menghantar mesej kepada kenalan dalam senarai kecemasan (yang diperoleh daripada Medical ID) dengan lokasi pengguna. Tetapan boleh dilakukan dengan buka aplikasi Watch pada iPhone, kemudian tekan tab My Watch > Emergency SOS > Fall Detection. Untuk aktifkan Wrist Detection, buka Settings di Apple Watch > Passcode > Wrist Detection.

Crash Detection

Ciri baharu Crash Detection diperkenalkan untuk siri iPhone 14 serta Apple Watch Series 8, Apple Watch SE (generasi kedua) dan Apple Watch Ultra. Tidak seperti Fall Detection yang dikhususkan untuk Apple Watch, ciri Crash Detection boleh digunakan pada iPhone 14 tanpa perlu dipadankan dengan Apple Watch.
ios-16-iphone-14-pro-watchos-9-series-8-crash-detection-1-768x432.jpg

Menurut Apple, Crash Detection direka untuk mengesan kemalangan yang teruk seperti hentaman hadapan, hentaman sisi, dan perlanggaran bahagian belakang serta terbalik, melibatkan sedan, van mini, SUV, trak pikap dan kereta penumpang lain. Apabila kemalangan yang teruk dikesan, iPhone atau Apple Watch akan membunyikan penggera dan memaparkan amaran. Sementara itu, panggilan kecemasan akan dibuat dengan menggunakan sambungan selular, panggilan Wi-Fi dengan sambungan Internet daripada Apple Watch atau iPhone.

Tetapan boleh dilakukan melalui Settings > Emergensy SOS > Call After Serious Crash.
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
40,746
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
40,746
Reaction score
5,063
Points
516
Awards
1
Bekalan iPhone 14 Pro Semakin Stabil - Tempoh Menunggu Kini Hanya Dua Minggu

Permintaan untuk iPhone 14 Pro dan 14 Pro Max adalah tinggi memandangkan iPhone 14 dan 14 Plus adalah sedikit mengecewakan. Akibatnya waktu menunggu untuk membeli peranti ini menerusi kedai atas talian Apple meningkat sehingga enam minggu. Ini tidak dibantu oleh gangguan disebabkan oleh Covid-19 dan juga rusuhan yang berlaku di kilang terbesar Foxconn di China.

Berita baik bagi mereka yang ingin membeli iPhone 14 Pro dan 14 Pro Max di Malaysia ialah waktu menunggu untuk membeli kini ialah antara 1-2 minggu sahaja. Bagi yang ingin membeli iPhone 14 dan 14 Plus pula tiada langsung waktu menunggu dengan peranti akan dihantar terus pasca pembelian. Memang sempat untuk membeli hadiah Krismas tetapi masih sempat untuk membelinya sebelum tahun baharu. Waktu menunggu yang lebih pendek ini adalah turut dilaporkan di stor Apple lain di seluruh dunia.

View attachment Iphone-14-pro-Max.jpg.webp
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
40,746
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
40,746
Reaction score
5,063
Points
516
Awards
1
Sebilangan Pengguna iPhone 14 Pro Lapor Masalah Skrin Dengan Garisan 'Berkelip'

Sebilangan pengguna iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max kini dilapor menghadapi masalah dengan garisan bercahaya atau berkelip pada skrin apabila peranti dihidupkan. Dalam satu thread di Reddit, beberapa pengguna melaporkan di mana terdapat satu atau lebih garisan berwarna hijau dan kuning pada skrin. Garisan itu mungkin berkelip pada skrin sebelum hilang beberapa saat kemudian.

Pengguna yang sama turut menyatakan pihak Apple memaklumkan kepada mereka bahawa isu itu bukan disebabkan oleh perkakasan. Sebaliknya, glitch yang menjejaskan iPhone 14 Pro dan Pro Max itu adalah berkaitan dengan perisian iOS. Menurut pengguna di Reddit dan forum Apple Support (1, 2, 3), isu berkenaan bermula setelah kemas kini iOS 16.2 dilakukan, walaupun sebilangan daripadanya telah melaporkan masalah itu berlaku pada versi iOS sebelumnya.

Tidak dapat dipastikan jika masalah skrin tersebut hanya melibatkan model iPhone 14 Pro dengan panel skrin LG atau sebaliknya juga melibatkan panel Samsung. Buat masa ini, Apple dilapor dalam usaha untuk membuat tampalan perisian bagi isu berkenaan, namun tidak dinyatakan perincian mengenainya.​

reddit-iPhone-14-pro-768x432.jpg

Sumber asal MacRumors
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
40,746
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
40,746
Reaction score
5,063
Points
516
Awards
1
Apple Di Lapor Bimbang Dengan Jualan iPhone 14 Plus, Mahu Nilai Semula Barisan iPhone 15

Apple kini dilaporkan bimbang dengan prestasi jualan iPhone 14 Plus. Berikutan itu, gergasi teknologi yang berpusat di Cupertino, California sedang mempertimbangkan cara untuk menyusun semula barisan iPhone untuk tahun depan. Seperti sedia maklum, iPhone 14 Plus merupakan penambahan baharu dalam barisan iPhone, bagi menggantikan iPhone mini 5.4-inci. Model ini menampilkan reka bentuk, kamera dan prestasi yang sama seperti iPhone 14 6.1-inci, tetapi mempunyai paparan dan bateri yang lebih besar.

Bagaimanapun, sejak diperkenalkan pada September lalu, iPhone 14 Plus kurang mendapat tempat di hati pengguna. Sebaliknya, versi Pro lebih menjadi pilihan kebanyakan pengguna. Memetik sumber, Apple sedang memikirkan langkah untuk menilai semula cara pengendalian iPhone Pro dan bukan Pro untuk iPhone 15 kelak.

Terdapat dua kemungkinan strategi yang akan dipertimbangkan oleh Apple, termasuk menjarakkan lagi perbezaan penawaran antara iPhone Pro dan bukan Pro, yang sebelum ini dikhabarkan oleh penganalisis Ming-Chi Kuo. Selain itu, Apple mungkin akan mempertimbangkan untuk mengurangkan harga bagi model Plus. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Apple telah beberapa kali menukar dan menilai semula barisan ‌iPhone‌. Bermula dengan ‌iPhone‌ 6 dan ‌iPhone‌ 6 Plus, Apple mula menawarkan iPhone bersaiz kecil dan besar sebelum dipecahkan kepada empat model, dua model standard dan dua model mewah, dengan bahan, warna dan ciri kamera yang berbeza. Berbalik kepada iPhone 15, masih terlalu awal untuk mengetahui strategi yang akan digunakan oleh Apple. Sudah tentu, lebih banyak khabar mengenainya akan dilaporkan dari semasa ke semasa.
Apple-Orchard-Road-Singapore-iPhone-14-lineup-220916_big.jpg.large_2x-768x512.jpg

Sumber asal MacRumors
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
40,746
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
40,746
Reaction score
5,063
Points
516
Awards
1
Mahu Kekalkan Kualiti Paparan iPhone 14 Pro, Apple Di Lapor Minta Samsung Guna Kaedah Lebih Maju
Bagi menghasilkan panel skrin iPhone 14 Pro dengan potongan berbentuk pil, Apple dilapor telah meminta Samsung, yang merupakan pembekal syarikat itu, untuk menggunakan kaedah pengeluaran lebih maju bagi melindungi paparan sekeliling daripada kemungkinan kerosakan dan kehilangan kualiti imej.
Tidak seperti model iPhone lain yang mempunyai takuk, iPhone 14 Pro dan Pro Max merupakan model terawal yang menampilkan paparan berlubang. Laporan mengatakan Apple meminta Samsung untuk menggunakan peralatan inkjet tambahan apabila menghasilkan paparan kedua-dua model iPhone tersebut, bagi mengekalkan kualiti sekeliling panel OLED yang digunakan.

Menurut MacRumors (memetik laporan The Elec), untuk menghasilkan potongan berbentuk pil dalam paparan, Samsung perlu menggerudi lubang berbentuk pil secara terus dalam panel OLED. Bagaimanapun, dengan berbuat demikian bermakna terdapat kemungkinan piksel dan bahagian sekeliling panel boleh rosak, dan jika itu berlaku, ia mungkin akan terdedah kepada kelembapan dan oksigen.

Bagi mengelakkan kemungkinan terdedah kepada keadaan itu, Samsung dikatakan perlu membina "empangan" yang memisahkan potongan berbentuk pil daripada piksel di sekeliling panel.

Dalam pada itu, The Elec mengatakan LG Display yang juga pembekal paparan Apple, turut menggunakan kaedah yang sama dalam penghasilan paparan iPhone 14 Pro dan Pro Max.

Sumber asal MacRumors
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
40,746
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
40,746
Reaction score
5,063
Points
516
Awards
1
Klon iPhone 14 Pro Dari China Ini Hadir Dengan Dynamic Island & Lensa Kamera Palsu

China mampu menghasilkan produk klon dengan pantas. Di Malaysia misalnya terdapat banyak “AirPods” dan “iPod” pada harga lelong ditawarkan di media sosial. Selepas dibeli barulah pelanggan menyedari ia bukan produk asli. Jika anda ingin membeli iPhone 14 Pro di atas talian pastikan anda berhati-hati takuk yang diidam peranti Apple tetapi yang sampai peranti LeEco.

View attachment LeEco-S1-Pro-B-950x950.jpg.webp

LeEco S1 Pro ialah sebuah peranti Android dari China yang dilengkapi skrin 6.5″ HD+ LCD, dijana cip Unisoc T7510, memori sebesar 8GB RAM, storan 128GB dan bateri sebesar 5000 mAh. Di belakang terdapat lensa untuk tri-kamera tetapi dua adalah palsu dengan hanya satu lensa dilengkapi sensor 13MP dan di hadapan pula diletakkan sensor 5MP.

View attachment LeEco-S1-Pro-Dg-950x950.jpg.webp

Dari hadapan peranti ini amat mirip dengan iPhone 14 Pro kerana mempunyai lubang kamera bujur seakan sistem Dynamic Island. Malah sistem operasi yang digunakan menyertakan ciri Dynamic Island yang muncul di bahagian atas untuk aplikasi seperti pemain muzik.

View attachment LeEco-S1-Pro-AA-950x534.jpg.webp

Lebih menarik ialah walaupun ini ialah peranti LeEco, ia menggunakan sistem Huawei Mobile Services (HMS). Di China LeEco S1 Pro dijual pada harga RMB 899 (~RM 580) sebuah. Ini bukan kali pertama LeEco menawarkan klon iPhone. Pada Mei tahun lalu Letv Y1 Pro telah dilancarkan dengan ia mirip rekaan sebuah iPhone 12. Maka berhati-hatilah jika terjumpa tawaran iPhone 14 Pro murah di media sosial.​
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
40,746
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
40,746
Reaction score
5,063
Points
516
Awards
1
Sebelum ini laman analisis Ookla telah mendapati bahawa iPhone 14 Pro Max mempunyai kelajuan muat turun terpantas dibeberapa negara termasuklah Amerika Syarikat, Taiwan, Switzerland, Korea Selatan, Singapura, Arab Saudi, Perancis, Kanada, Brazil dan Australia. Walaubagaimanapun berdasarkan data terbaru Speedtest bagi suku ke-4 2022, kelajuan muat turun median yang direkodkan oleh telefon pintar Apple itu kini di atasi oleh 2 telefon pintar Android keluaran Samsung dan Google.

Menurut analisis pasaran Speedtest, Samsung menerusi telefon pintar Galaxy Z Fold4 merekodkan kelajuan muat turun median selaju 147.25Mbps. Diikuti oleh telefon pintar Google Pixel 7 Pro dengan rekod kelajuan muat turun median selaju 137.11Mbps. Bagi telefon pintar Apple iPhone 14 Pro Max dan iPhone 14 Pro pula kini jatuh ke tangga 3 dan 4.
Screenshot-2023-01-23-at-8.28.21-PM-768x513.png

Data di atas adalah berdasarkan antara peranti paling popular di A.S. bagi suku ke-4 2022. Sebagai perbandingan dengan tahun sebelumnya, tiada peranti yang mencapai kelajuan muat turun lebih daripada 100 Mbps bagi suku yang sama pada tahun 2021 dahulu.​

Sumber asal Speedtest
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register