Xploit Machine
CG Hardcore Club
- Messages
- 62,038
Top Poster #1
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 62,038
- Reaction score
- 6,873
- Points
- 916
- Awards
- 1
Terus Kibar Jalur Gemilang Untuk Sambut Hari Malaysia
07.09.2024 - Kerajaan negeri Perak meminta semua pihak mengibarkan Jalur Gemilang bagi memastikan semangat patriotisme dan perpaduan diteruskan menjelang Hari Malaysia yang bakal disambut pada 16 Sept ini di seluruh negara. Pengerusi Jawatankuasa Kominkasi, Multimedia dan NGO negeri Mohd Azlan Helmi berkata selain Hari Kebangsaan yang disambut setiap 31 Ogos, Hari Malaysia juga adalah antara peristiwa besar dalam sejarah pembentukan negara, dan kibaran Jalur Gemilang adalah sebagai manifestasi patriotisme rakyat.
“Memandangkan tempoh atau jarak di antara kedua-dua tarikh berkenaan tidak terlalu jauh, kita minta semua rakyat terus meriahkan sambutan ini dengan kibaran Jalur Gemilang di semua lokasi bersesuaian,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Sejahtera Desaku Dewan Undangan Negeri (DUN) Tualang Sekah di Arena Tualang Sekah di sini, hari ini.
Mengulas mengenai program hari ini, beliau berkata 3,000 pengunjung membanjiri lokasi program itu yang menawarkan pelbagai aktiviti jualan, pameran dan pertandingan, melibatkan kerjasama dari 12 agensi peringkat negeri dan persekutuan.

Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2337870