BTC USD 62,385.8 Gold USD 2,638.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemaskini Maklumat Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 & Hari Malaysia 2024

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
62,043
Top Poster #1
Joined
Nov 23, 2012
Messages
62,043
Reaction score
6,875
Points
916
Awards
1
28.08.2024 - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan rasa berpuas hati dengan persiapan sambutan Hari Kebangsaan 2024 yang akan berlangsung di Dataran Putrajaya di sini, Sabtu ini. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata beliau bersama Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa mempersembahkan perkembangan persiapan itu kepada Yang di-Pertuan Agong semalam.

"Semalam saya dan KSU diperkenan menghadap dan menyembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong mengenai persiapan Hari Kebangsaan. Kami sudah persembahkan dan boleh dikatakan Yang di-Pertuan Agong berpuas hati dengan persiapan terbabit dan tidak ada apa perkara yang di luar jangkaan insya-Allah," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai persiapan, Fahmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan Hari Malaysia (HKHM) 2024 berkata, persediaan sambutan itu berjalan dengan lancar. Katanya, pelbagai acara sudah disusun selain beberapa program iringan sudah berjalan seperti Floria Diraja Putrajaya.

"Esok mengikut masa sebenar (hari acara berlangsung), akan ada raptai penuh bagi meneliti persiapan, akan ada pertunjukan udara dan sebagainya," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, capaian Internet di kawasan acara akan ditambah baik terutama membabitkan akses kepada kemudahan berkenaan.
1724836899771.png
 
Last edited:
Sponsored Post

DBKL Batal Sambutan Ambang Merdeka 2024

28.08.2024 - Sambutan Ambang Merdeka 2024 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Dataran Merdeka pada Jumaat ini dibatalkan. Perkara itu dimaklumkan pihak DBKL menerusi hantaran dimuat naik di Facebook, hari ini. Menurutnya, pembatalan itu adalah sebagai menghormati mangsa beberapa insiden yang berlaku di sekitar pusat bandar raya ini, baru-baru ini. Sebelum ini, media melaporkan kejadian mendapan tanah pada Jumaat lalu yang menyebabkan seorang wanita dikenali sebagai Vijaya Lakshmi Gali,48, dari Kuppam, Andhra Pradesh, India hilang. Mangsa dilaporkan terjatuh ke lubang sedalam lapan meter di lokasi itu dengan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari keenam, hari ini.​

“Marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan penuh semangat patriotisme,” katanya.
1724862280858.png
 
Rakyat Singapura Di Jangka Bersesak Masuk Malaysia Mulai Jumaat Ini

Para pemandu dan pelancong yang merancang untuk melintasi sempadan antara Singapura dan Malaysia melalui Tambak Johor atau Link Kedua dalam minggu-minggu akan datang diminta bersiap sedia. Pihak Imigresen Singapura telah mengeluarkan amaran bahawa aliran trafik di kedua-dua pintu masuk ini dijangka sesak akibat peningkatan jumlah pelancong sempena cuti sekolah di Singapura yang akan berlangsung dari Jumaat hingga 8 September, lapor FMT. Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) menjangkakan kesesakan yang teruk di kedua-dua laluan darat ini, dengan para pelancong dinasihatkan supaya bersiap untuk menunggu lebih lama di pusat pemeriksaan.

Dalam kenyataannya, ICA turut mencadangkan supaya para pelancong mempertimbangkan untuk menggunakan perkhidmatan bas rentas sempadan sebagai alternatif bagi mengelakkan tempoh menunggu yang panjang. Berdasarkan data semasa cuti hujung minggu Hari Kebangsaan Singapura yang lalu, rekod menunjukkan lebih daripada 540,000 pelancong telah melintasi pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas pada 8 Ogos. Situasi ini menyebabkan pemandu yang menaiki kereta terpaksa menunggu sehingga tiga jam untuk melepasi pemeriksaan imigresen, terutamanya disebabkan oleh kesesakan lalu lintas yang berpunca dari Malaysia.

Jadi, bagi sesiapa yang merancang untuk bercuti atau melawat keluarga di Johor Bahru atau destinasi lain di Malaysia dalam tempoh cuti sekolah ini, sebaiknya rancang perjalanan anda dengan teliti. Bawa bekalan makanan dan minuman yang mencukupi, pastikan kereta dalam keadaan baik ketika berdepan dengan kemungkinan tempoh menunggu yang panjang. Sekiranya tidak mahu terperangkap dalam kesesakan, bas rentas sempadan mungkin menjadi pilihan yang lebih bijak. Bagi yang tetap memilih untuk memandu, pertimbangkan untuk bergerak di luar waktu puncak bagi mengurangkan risiko menunggu terlalu lama di pusat pemeriksaan.
1724865214965.png
 
Tarian ‘Cuci Rasuah’ Guna Penyapu, Tong Sampah Dedikasi Untuk Anwar

29.08.2024 - Buat julung kalinya, peralatan pembersihan iaitu penyapu dan tong sampah digunakan sebagai instrumen persembahan tarian bertajuk "Cuci Rasuah" pada sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya Sabtu ini, yang didedikasikan khas kepada perjuangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memerangi amalan kotor itu. Berkongsi kepada Bernama pada raptai penuh di Putrajaya hari ini, Pengarah Artistik dan Konsep bagi sambutan Hari Kebangsaan Rosnan Nordin berkata tarian yang mengisi segmen ketiga itu mengambil konsep stompers iaitu persembahan muzik yang dialunkan menggunakan alat terpakai seperti tong sampah, baldi dan tin. Beliau berkata persembahan yang dijayakan 515 warga Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) itu diiringi medley beberapa lagu patriotik yang disingkatkan menjadi muzik berentak rancak dan diikuti lagu baharu bertajuk "Cuci Rasuah" hasil tulisan beliau bersama komposer Anuar Abdul Razak.

“Persembahan ini kejutan untuk Perdana Menteri berserta lagu yang saya hasilkan sendiri yang tidak pernah dimainkan di corong radio. Saya ingin sampaikan tentang perjuangan Anwar dalam membanteras rasuah. Jadi, melalui gerak tarian, kita nak serap ke dalam jiwa anak muda supaya benci rasuah," katanya yang memikul tanggungjawab sebagai "orang kuat" persembahan Hari Kebangsaan sejak 2008.

Rosnan, 59, berkata penggunaan penyapu dan tong sampah dalam tarian berdurasi kira-kira lima minit itu juga membawa maksud tersendiri bagi menggambarkan rasuah iaitu jenayah yang dipandang keji dan kotor oleh masyarakat serta boleh merosakkan negara.

"Penyapu umpama medium mencuci rasuah sampai bersih yang membawa maksud rasuah perlu dibanteras habis-habisan dan tong sampah pula dikaitkan dengan tempat membuang benda kotor iaitu rasuah yang begitu jijik," katanya.

Beliau berkata momentum setiap peserta persembahan juga kekal terbaik bagi memastikan mesej membanteras kegiatan rasuah sampai ke dalam jiwa bukan sahaja setiap penonton, tetapi juga Perdana Menteri. Mengenai warna pakaian yang dipilih, Rosnan berkata penari akan mengenakan pakaian berwarna jingga sebagai simbolik menggambarkan individu yang ditahan pihak berkuasa kerana disyaki terlibat rasuah akan memakai baju lokap berwarna oren.

“Ia bukan sekadar persembahan suka-suka untuk penuhkan masa, tetapi ada impak yang kita mahukan. Segala-galanya dirancang rapi agar tepat dengan apa yang kita nak sampaikan kepada masyarakat,” kata Rosnan yang juga Timbalan Ketua Pengarah (Kebudayaan dan Kesenian) JKKN.

Anak kelahiran Pulau Pinang itu berkata beliau terpanggil untuk menghasilkan karya berkenaan sebagai menyokong usaha murni Anwar yang mahu membanteras rasuah habis-habisan pada pelbagai peringkat khususnya dalam perkhidmatan awam.

“Saya selalu baca kenyataan Anwar, beliau sering cakap pasal banteras rasuah kalau boleh daripada sekecil-kecilnya hingga sebesar-besarnya kes. Saya tertarik dengan kenyataan ini. Maka saya terfikir, apa sumbangan saya. Idea ini tercetus ketika saya sedang memandu. Kemudian, saya kongsi dengan pasukan produksi,” katanya dan menambah persembahan itu diibaratkan sebagai buah tangan terakhir yang meninggalkan kenangan dalam karier beliau sebelum bersara tahun depan.

Persembahan acara perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2024 bermula 7 pagi itu bakal dijayakan sebanyak 17,262 peserta, 67 kontinjen, 36 pasukan pancaragam, 534 aset Angkatan Tentera Darat dan Tentera Udara Diraja Malaysia serta 100 haiwan dalam perkhidmatan.
1724914465775.png
 
Pancaragam KAD Pertaruh Lebih 20 Lagu Sempena Hari Kebangsaan 2024
29.08.2024 - Tampil kemas dan bergaya dalam uniform celoreng hijau Angkatan Tentera Malaysia (ATM), 58 anggota pasukan Pancaragam Kor Armor Diraja (KAD) akan mempertaruhkan 20 lagu berkonsep patriotik pada Sambutan Hari Kebangsaan 2024 Sabtu ini di Dataran Putrajaya, di sini. Dipimpin oleh Leftenan Kolonel Zaiful Azman Zainul Abidin dan dibantu Band Sarjan Mejar Pegawai Waran I Madzain Medol, kumpulan pancaragam itu akan menggetarkan halwa telinga kira-kira 200,000 pengunjung dan tetamu kehormat yang hadir menyaksikan acara perarakan dan perbarisan dinanti-nantikan setiap tahun itu.

Berkongsi kepada Bernama selepas acara raptai penuh, Madzain yang telah 22 tahun aktif bermain alat muzik dalam pasukan itu berkata mereka menggunakan 13 instrumen muzik antaranya dram bes, dram samping, eufonium, seksofon, klarinet dan simbal. Selain mempersembahkan irama sinonim dengan tentera, pancaragam itu akan turut memainkan lagu patriotik seperti 31 Ogos, Jalur Gemilang dan Keranamu Malaysia serta lagu-lagu lain yang menjadi siulan orang ramai. Madzain berkata bagi Sambutan Hari Kebangsaan kali ini, pasukan itu menjalani latihan selama dua minggu di Kem Sungai Besi bagi memperkasakan kemahiran mereka bermain alat muzik.

"Apa yang membezakan Pancaragam KAD dengan pancaragam lain ialah pasukan kami boleh memainkan lagu tanpa melihat kepada skor muzik dengan hanya berpandukan gerakan baton dari konduktor.Selain itu, semasa berarak kami juga akan mempersembahkan beberapa gerakan formasi untuk tatapan pengunjung," katanya.

Beliau berkata pengalaman mengikuti kursus Dram Mejar selama enam bulan di Army Education Corps Training College and Centre Pachmarhi, India akan digunakan dalam membantu Zaiful Azman mengendalikan pancaragam berkenaan. Dataran Putrajaya dipilih buat kali kedua berturut-turut di bawah pemerintahan Kerajaan Perpaduan untuk menjadi lokasi sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos nanti yang akan turut dimeriahkan dengan pelbagai persembahan lain dijayakan oleh 17,262 peserta, 67 kontinjen, 36 pasukan pancaragam, 534 aset Angkatan Tentera Darat dan Tentera Udara Diraja Malaysia serta 100 haiwan dalam perkhidmatan.

‘Malaysia MADANI : Jiwa Merdeka’ dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024.
1724916537964.png
 
Cuaca Pada 31 Ogos Di Jangka Hujan Lebat, Angin Kencang, Ribut Petir

29.08.2024 - Ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang masih berpotensi berlaku sepanjang minggu ini termasuk semasa sambutan Hari Kebangsaan 2024 pada Sabtu 31 Ogos. Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menjelaskan berdasarkan analisis model-model cuaca, penumpuan angin dijangka berlaku di Sabah dan Sarawak sehingga 31 Ogos 2024.

“Keadaan ini berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dalam tempoh yang lebih panjang terutamanya di Wilayah Persekutuan Labuan, barat Sabah, tengah dan selatan Sarawak. Sementara itu, di negeri-negeri lain, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang masih berpotensi berlaku sepanjang minggu ini,” katanya menerusi kenyataan ringkas, hari ini.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman laman sesawang www.met.gov.my dan media sosial rasmi METMalaysia diFacebook, Instagram dan X serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.
1724918042017.png
 
Sambutan Hari Kebangsaan Di Dataran Merdeka Batal, Netizen Saran Ganti Buat Solat Hajat, Baca Yasin Kenang Jasa Pahlawan Negara

29.08.2024 - Susulan pembatalan sambutan Ambang Merdeka 2024 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada Jumaat menjadi bual mulut para netizen di laman media sosial. Tindakan pembatalan itu dibuat bagi menghormati mangsa terlibat beberapa insiden yang berlaku sekitar bandar raya Kuala Lumpur. Walaupun terdapat segelintir netizen meluahkan rasa kecewa kerana tidak dapat menyambut Ambang Kemerdekaan itu, ada juga yang memberikan respon positif dan berpendapat bahawa tindakan pembatalan itu adalah satu langkah bagus demi keselamatan orang ramai.

2884772.jpg


"Sangatlah benar tindakan itu. Seeloknya ganti dengan tahlil dan bacaan yasin sebagai mengenangkan jasa pahlawan negara. Semoga dipermudahkan urusan pasukan penyelamat," kongsi Badriah Mohd Isa.
"Bagi yang muslim boleh adakan majlis bacaan al-Quran, zikir, dan selawat di setiap surau dan masjid pada Sabtu nanti," antara komen netizen.

Terdapat juga netizen berpandangan bahawa selain menghormati perasaan keluarga mangsa tragedi, orang ramai harus memberikan penghargaan usaha keras yang dilakukan oleh wira-wira negara. Media sebelumnya melaporkan, di sebalik pembatalan itu, DBKL turut mengajak semua orang menghayati erti kemerdekaan pada tahun 2024 dengan penuh semangat patriotisme.

Berita asal https://majoriti.com.my/netzkorner/...-hajat-baca-yasin-kenang-jasa-pahlawan-negara
 
RTM ‘Tayang’ Kamera Canggih, Netizen Minta Fokus K9 Lama Sikit

29.08.2024 - Perkongsian Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengenai penggunaan peralatan canggih dan terkini mengundang keterujaan orang ramai. Menerusi satu hantaran di aplikasi X, RTM memaklumkan, peralatan yang dikenali sebagai Kamera G1 Robotik itu akan digunakan bagi membuat liputan ketika Hari Kebangsaan 2024, Sabtu ini.

“RTM ‘next level’. Hari Kebangsaan 2024 kami akan gunakan peralatan terkini bagi memberikan liputan yang terbaik untuk rakyat Malaysia,” kata RTM pada kapsyen.

Rata-rata mengucapkan tahniah di atas usaha berkenaan, namun ada juga yang membuat ‘permintaan khas’ supaya RTM memfokuskan lebih lama kepada anjing pengesan Unit Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), ketika perarakan berlangsung.

“Terbaiklah, baru nampak ‘class’!,” kata Joe Labu.
“Wow, dron ada tak?,” soal Wardina Awatif.
“Jangan kecewakan kami. Harap-harap tahun ni jurukamera ‘berfungsi’ la tunjuk K9 lama sikit masa perarakan Merdeka,” komen s
eorang lagi pengguna.

Tahun lalu, lapan anjing unit K9 JBPM telah mengambil bahagian dalam perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya. Anjing-anjing K9 sentiasa menjadi tumpuan orang ramai susulan ketangkasan haiwan-haiwan berkenaan ketika terlibat dalam operasi tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Hulu Selangor pada Disember 2022. Malah, dua ‘hero’ tragedi Batang Kali iaitu Denti dan Frankie juga pernah menyertai misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di Turkiye dan terkini, kembali beraksi membantu operasi SAR mangsa tanah jerlus di Masjid India, semalam.
1724924944609.png
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register