BTC USD 38,482.3 Gold USD 1,810.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Kemaskini Maklumat PKP Di Semenanjung, Sabah & Sarawak

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
306,045
Reaction score
13,855
Points
2,376

32 orang main badminton di dewan dikompaun RM1,500 seorang​


badminton_1623936592.jpg

Seramai 32 orang dikompaun RM1,500 seorang kerana didapati bermain badminton secara beramai-ramai di sebuah dewan gelanggang badminton swasta di Jalan Skudai, Johor Bahru, petang kelmarin. NSTP/Ihsan PDRM


JOHOR BAHRU: Seramai 32 orang masing-masing dikompaun RM1,500 kerana didapati bermain badminton secara beramai-ramai di sebuah dewan gelanggang badminton swasta di Jalan Skudai, di sini, petang kelmarin.

Dalam serbuan jam 5.35 petang yang dilakukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara (JBU) itu, pemilik dewan gelanggang badminton berkenaan turut dikompaun RM2,000 kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Ketua Polis Daerah JBU, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid, berkata serbuan itu dibuat hasil makluman awam.

"Hasil pemeriksaan mendapati seramai 32 orang berada di dewan gelanggang badminton itu sedang bermain badminton.

"Sedangkan aktiviti sukan secara beramai-ramai itu tidak dibenarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sepanjang tempoh PKP 3.0.

"Semua 32 orang itu dibawa ke IPD JBU dengan semua pemain dikeluarkan kompaun RM1,500 setiap seorang kerana ingkar SOP PKP 3.0 termasuk tidak mematuhi penjarakan fizikal.

"Pemilik dewan pula dikompaun RM2,000," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Rupiah berkata, semua pemain dan pemilik dewan itu dikompaun mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

"Nilai keseluruhan kompaun adalah RM48,500. Semua mereka dibebaskan tanpa syarat sebaik kompaun dikeluarkan dan dinasihatkan menjelaskan bayaran kompaun di Pejabat Kesihatan Johor Bahru," katanya.


 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
306,045
Reaction score
13,855
Points
2,376
'TOTAL LOCKDOWN' | Polis Siasat Pelanggaran SOP Pengurusan Pengebumian

Polis Kota Setar akan memanggil beberapa individu bagi membantu siasatan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) pengurusan pengebumian selain orang Islam.

Siasatan dilakukan selepas individu yang terlibat dalam perarakan pengebumian dikenal pasti.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
306,045
Reaction score
13,855
Points
2,376
'TOTAL LOCKDOWN' | Industri Padi, Beras Beroperasi 24 Jam

Waktu operasi untuk pengusaha padi dan pengilang beras serta semua aktiviti berkaitan industri itu kini dilanjutkan 24 jam dengan kapasiti tenaga kerja juga pada tahap seratus peratus.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee memaklumkan, langkah itu bagi memastikan aktiviti pengeluaran padi dan beras negara tidak terjejas dalam tempoh PKP sekali gus menjamin bekalan beras negara mencukupi.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
30,265
Reaction score
4,104
Points
236
Polis Siasat Pelanggaran SOP Pengurusan Pengebumian

Polis Kota Setar akan memanggil beberapa individu bagi membantu siasatan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) pengurusan pengebumian selain orang Islam. Siasatan dilakukan selepas individu yang terlibat dalam perarakan pengebumian dikenalpasti.

 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
30,265
Reaction score
4,104
Points
236
Senarai kawasan yang ditamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada 17 & 18 Jun 2021.

1623994068864.png

1623994077314.png


1623994087168.png
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
30,265
Reaction score
4,104
Points
236
Senarai kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperkatakan PKPD dari 19 Jun sehingga 2 Julai 2021.

1623994167838.png


1623994176402.png

1623994185926.png


1623994214719.png
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
30,265
Reaction score
4,104
Points
236
Buka Gym Sebab Di Minta Pelanggan, Pemilik Di Kompaun RM10,000

18.06.2021 - Kepala Batas, Lima lelaki termasuk pemilik gimnasium dikenakan kompaun kerana didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dengan melakukan aktiviti fizikal di dalam premis tersebut. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, pemilik gimnasium berusia 58 tahun dikompaun sebanyak RM10,000 manakala empat lelaki lain yang merupakan pelanggan masing-masing dikenakan kompaun sebanyak RM2,000.

Menurutnya, pusat gimnasium yang terletak di Jalan Bagan Luar, Butterworth itu dikesan beroperasi ketika anggota Task Force Balai Butterworth menjalankan penugasan Ops Pematuhan SOP PKP 3.0 pada jam 5.40 petang Selasa. Ketika pemeriksaan di gim tersebut, kita mendapati ia beroperasi dan terdapat lima lelaki berada di dalam premis berkenaan. Salah seorang merupakan pemilik gim, manakala empat lagi merupakan pelanggannya.

"Kesemua mereka yang berusia lingkungan 36 hingga 52 tahun itu didapati telah melanggar SOP dengan melakukan aktiviti yang dilarang ketika PKP 3.0. Oleh itu, kesemua mereka dikenakan kompaun," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Beliau berkata, pemilik gimnasium yang sudah dua tahun membuka perniagaan itu memberi alasan membuka premis berkenaan kerana permintaan pelanggannya itu. "Ketika ditanya, dia mengaku membuka perniagaan itu mengikut kepada permintaan pelanggannya sepanjang pelaksanaan PKP 3.0 ini. Pemeriksaan juga mendapati seorang pelajar sekolah turut berada di premis tersebut, namun tiada kompaun dikeluarkan ke atasnya.

"Disebabkan dia pelajar sekolah, kita hanya memberi amaran sahaja. Tindakan kompaun diambil mengikut Peraturan PU(A) 265, Peraturan 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (NO.3) 2021," katanya.

1623994979187.png

Berita asal https://www.sinarharian.com.my/arti...b-diminta-pelanggan-pemilik-dikompaun-RM10000
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
30,265
Reaction score
4,104
Points
236
5 Kakitangan Hospital Di Kompaun Langgar SOP

18.06.2021 - Petaling Jay, Lima kakitangan Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di sini dikenakan kompaun malam tadi kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Amran Mohd Gani berkata, mereka dikenakan kompaun kerana tidak memakai pelitup muka dan tidak mendaftar masuk melalui aplikasi MySejahtera atau menulis pada buku daftar ketika memasuki premis.

Katanya, mereka dikenakan tindakan itu dalam satu operasi bersepadu pematuhan SOP perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 membabitkan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Pilah, HTAN dan polis daerah yang diadakan jam 8.30 malam tadi, menurut laporan Berita Harian.

“Operasi bersepadu itu dijalankan atas permintaan pengurusan HTAN sendiri selepas pihak berkenaan mendapati kadar pematuhan yang rendah terhadap SOP PKP 3.0 dalam kalangan warga kerja hospital itu. Seramai 10 pegawai dari ketiga-tiga agensi terbabit dalam operasi berkenaan dan lima individu dikenakan kompaun,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, pihaknya turut memberikan nasihat kepentingan SOP semua kakitangan HTAN dan orang ramai yang berurusan di situ mematuhi SOP ditetapkan dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19.

“Adalah menjadi harapan kita agar semua lapisan masyarakat benar-benar patuh kepada SOP supaya usaha mengekang penularan wabak Covid-19 ini berjaya,” katanya.

Screenshot-32.jpg

Berita asal https://www.freemalaysiatoday.com/c.../5-kakitangan-hospital-dikompaun-langgar-sop/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
30,265
Reaction score
4,104
Points
236
63 Kilang, Premis Perniagaan Di Tutup Tak Patuh SOP - Hamzah

18.06.2021 - Petaling Jaya, Sebanyak 63 lagi kilang dan premis perniagaan diarahkan tutup oleh Kementerian Dalam Negeri kerana melanggar SOP perintah kawalan pergerakan (PKP) sejak operasi pemeriksaan bermula 14 Jun. Menterinya Hamzah Zainudin berkata, sepanjang tempoh itu juga sebanyak 48,770 kilang dan premis perniagaan diperiksa bagi memastikan pematuhan SOP membabitkan sektor yang dibenar beroperasi dalam tempoh PKP penuh.

“Daripada jumlah tersebut, sejumlah 7,387 kilang dan 41,383 premis perniagaan telah diperiksa. Sebanyak 21 tangkapan dibuat dan 201 kompaun dikeluarkan terhadap kilang atau premis perniagaan yang didapati melanggar SOP. Selain itu sebanyak 63 kilang dan premis perniagaan telah diarahkan untuk ditutup,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, KDN memandang serius tindakan majikan atau kilang yang memberi maklumat tidak benar untuk memperoleh kebenaran beroperasi dalam tempoh PKP dan mengabaikan pematuhan SOP. Dalam perkambangan sama Hamzah berkata, KDN melalui jabatan dan agensi penguatkuasaan di bawahnya telah melaksanakan hampir 95,000 pemeriksaan harian bagi memastikan segala arahan dan SOP yang ditetapkan kerajaan dipatuhi.

“Dari 1 hingga 17 Jun 2021, sebanyak 14,539 kompaun telah dikeluarkan dan 767 tangkapan dibuat oleh pihak PDRM atas pelbagai kesalahan pelanggaran SOP,” katanya.

Dalam perkembangan lain Hamzah turut memaklumkan, sehingga 16 Jun hampir 91% atau 150,934 petugas barisan hadapan KDN menerima suntikan dos pertama vaksin manakala 80% atau 133,781 melengkapkan suntikan dos kedua.

Berita asal https://www.freemalaysiatoday.com/c...perniagaan-ditutup-tak-patuh-sop-kata-hamzah/
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
306,045
Reaction score
13,855
Points
2,376
‘TOTAL LOCKDOWN’ | 4 Kilang Di PJ Diarah Tutup Serta Merta

Empat kilang di Petaling Jaya, Selangor diarahkan tutup serta-merta.

Ia selepas kilang berkenaan melanggar SOP PKP Penuh yang sedang berkuatkuasa.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register