BTC USD 38,732.7 Gold USD 1,810.93
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Kemaskini Maklumat PKP Di Semenanjung, Sabah & Sarawak

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
306,033
Reaction score
13,855
Points
2,376
❗ Lebih 40 buah kilang di seluruh negara dikenakan kompaun langgar SOP PKP sejak 1 Jun lepas

❗ Tiada lagi amaran, kompaun akan terus dikenakan kepada majikan sektor perkilangan yang langgar SOP PKP -

Sumber: Menteri Dalam Negeri
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
306,033
Reaction score
13,855
Points
2,376
❗ Lebih 40 buah kilang di seluruh negara dikenakan kompaun langgar SOP PKP sejak 1 Jun lepas

❗ Tiada lagi amaran, kompaun akan terus dikenakan kepada majikan sektor perkilangan yang langgar SOP PKP -

Sumber: Menteri Dalam Negeri
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
306,033
Reaction score
13,855
Points
2,376
🔹 PKPD di di sembilan Rumah Panjang Sungai Rassau, Batang Igan di Matu, Sarawak mulai 19 Jun hingga 2 Julai

🔹 PKPD di asrama pekerja asing dan kawasan kilang Wah Cens Plastic Industries & Rainbow Metal di Segamat, Johor mulai 19 Jun hingga 2 Julai

🔹 PKPD di kawasan Semarak di Tawau, Sabah dilanjutkan mulai 19 Jun hingga 2 Julai

🔹 PKPD di Kampung Pengaraban di Kudat, Sabah dilanjut mulai 19 Jun hingga 2 Julai

🔹 PKPD Taman Wawasan di Tawau, Sabah dilanjutkan mulai 19 Jun hingga 2 Julai

Sumber: Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
 

AlYamani

Legendary Member
Joined
Jan 23, 2011
Messages
12,292
Reaction score
628
Points
161
Kalau pantau elok elok yg dua minggu lepas tu kan mudahkan kerja.
Sekarang ni umpama start balik macam bulan March tahun lepas,cuma kali ni nasib baik ada vaccine.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
306,033
Reaction score
13,855
Points
2,376

Pekebun kawasan PKPD Cameron Highlands lega dibenar beroperasi​



CAMERON HIGHLANDS: Keputusan kerajaan membenarkan sektor pertanian serta rantaiannya terus beroperasi di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) melegakan pemain industri itu, khususnya dalam kalangan petani dan pekerja sektor berkenaan, di sini.

Setiausaha Agung Persekutuan Persatuan-Persatuan Pekebun Sayur Malaysia, Chay Ee Mong, berkata perkara itu dapat menyelesaikan gangguan bekalan sayur bagi pasaran dan rangkaian pasar tertentu membabitkan pembekal dari Cameron Highlands yang terkesan disebabkan PKPD di beberapa kawasan di sini.

Katanya, PKPD di sekitar kawasan Kampung Raja, di sini yang turut meliputi kawasan Blue Valley dan Kampung Sungai Ikan menyebabkan kira-kira 60 peratus daripada keseluruhan pengeluaran sayur di Cameron Highlands terjejas, sekali gus menyebabkan peningkatan harga di seluruh negara.

Katanya, kenaikan harga sayur sehingga 40 peratus disebabkan oleh teori permintaan dan penawaran memandangkan petani dan pekerja rata-ratanya tinggal di kawasan PKPD di Cameron Highlands secara tidak langsung, tidak boleh ke kebun untuk menuai hasil atau bekerja.


"Begitu juga lori pengangkut hasil terhad pergerakannya. Sejumlah besar pekerja ladang yang terdiri daripada warga asing turut dilihat mengapa sektor pertanian tidak dibenarkan di kawasan PKPD. Ia kerana mereka kebiasaannya bekerja secara bergerak antara satu ladang ke ladang yang lain, selain mendiami sesuatu premis secara beramai-ramai.

"Jadi sekarang kita tunggu sahaja prosedur operasi standard (SOP) rasmi terbaharu berkenaan penetapan operasi sektor pertanian di kawasan PKPD. Saya harap petani dan pekerja bersabar, tidak tergesa-gesa dan mendepani perkara ini (pembukaan sektor) secara berperingkat.

camesayur1a_1623916708.jpg


Pekerja kebun sayur, Kardif Mullah, 40, sedang mengutip sayur di ladang Sungai Mensun, Brinchang. - NSTP/Sharul Hafiz Zam

"Kita tidak mahu petani ambil risiko melalui pembukaan sektor ini sehingga mempertikai tindakan penguatkuasa yang bertungkus-lumus cuba mengawal penularan wabak COVID-19 di kawasan terbabit.

Nanti berlaku lagi kes dan apabila tidak boleh dikawal, kita yang terpaksa tutup ladang semula," katanya.

Semalam, Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dalam satu kenyataan memaklumkan sektor pertanian dan rantaiannya merangkumi sektor florikultur dan bunga hiasan dibenarkan berperasi di kawasan PKPD serta dimasukkan sebagai perkhidmatan perlu (essential services).

Dalam pada itu, Ee Mong berkata, lebih 580 pekebun mendiami kawasan Kampung Raja membabitkan keluasan tanah pertanian untuk tanaman sayur antara 1,618.7 hingga 2,023.4 hektar, menjadikan 60 peratus hasil pertanian Cameron Highlands terjejas sebelum ini.

Beliau berharap, agar semua petani dan pekerja dalam menjalani ujian saringan COVID-19 yang dikendalikan petugas dari Kementerian Kesihatan (KKM) di lokaliti penempatan masing-masing sebelum menganggap kelonggaran kepada mereka diberikan sepenuhnya.

"Sehingga mereka akan dapat kesan keputusan saringan yang memuaskan, maka barulah kita anggap ia kelonggaran yang diberikan sepenuhnya terhadap kita. Semua pihak perlu berikan kerjasama serta ikhlas dan jujur supaya sama-sama kita cegah penularan COVID-19," katanya.

17HM18SAYOC_1623916704.jpg


Kebenaran beroperasi diharap dapat menyelesaikan gangguan bekalan sayur bagi pasaran dan rangkaian pasar tertentu membabitkan pembekal dari Cameron Highlands yang terkesan disebabkan PKPD. - Foto fail NSTP


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
306,033
Reaction score
13,855
Points
2,376

Kenderaan lebih kapasiti, tiga lelaki dikompaun RM22,000​


bas_1623918933.jpg

Sebuah bas kilang ditahan di Taman Daya, Johor Bahru, malam tadi kerana membawa penumpang melebihi kapasiti dibenarkan. NSTP/Ihsan PDRM​


JOHOR BAHRU: Akibat membenarkan pekerja menaiki kenderaan melebihi kapasiti dibenarkan, tiga lelaki berusia antara 55 hingga 70 tahun dikompaun keseluruhan RM22,000.

Dua pemilik bas dan van pekerja serta pemandu dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semalam.

Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain, berkata dua kenderaan berkenaan iaitu van dan bas kilang ditahan menerusi sekatan jalan raya secara bergerak pada jam 8 malam di Taman Daya di sini.

Beliau berkata, sekatan jalan raya itu dilakukan oleh Inspektor Amir Haikal Kasim bersama sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Johor Bahru Selatan.


Katanya, hasil pemeriksaan, dua lelaki berusia antara 55 hingga 59 tahun iaitu pemilik yang juga pemandu van kilang serta pemandu bas pekerja kilang didapati gagal mematuhi SOP PKP yang ditetapkan.

"Sepatutnya semua pengangkutan awam hanya dibenarkan membawa 50 peratus jumlah penumpang daripada kapasiti penuh kenderaan.

"Sebaliknya, penumpang yang dibawa dalam kenderaan berkenaan melebihi 50 peratus dan tiada penjarakan fizikal," katanya.

Mohd Padzli berkata, pihak polis menghubungi majikan pemandu bas iaitu seorang lelaki berusia 70 tahun dan diminta tampil ke IPD Johor Bahru Selatan bagi siastan lanjut.

Katanya, hasil siasatan lanjut, lelaki terbabit mengaku sebagai pemilik bas pekerja kilang berkenaan.

Berikutan itu, katanya, ketiga-tiga lelaki berkenaan ditahan di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Johor Bahru Selatan bagi tindakan kompaun mengikut kesalahan peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Beliau berkata, pemilik van dan pemilik bas pekerja kilang terbabit masing-masing dikompaun RM10,000 setiap seorang manakala pemandu bas pekerja kilang dikompaun RM2,000.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
306,033
Reaction score
13,855
Points
2,376

PKPD di 9 rumah panjang, 1 asrama kilang​


pkpd_1623925977.jpg


Hiasan. FOTO NSTP​

PUTRAJAYA: Sebanyak sembilan Rumah Panjang Sungai Rassau, Batang Igan, Matu, Sarawak dan satu asrama pekerja kilang di Segamat, Johor dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 19 Jun sehingga 2 Julai ini.

Rumah panjang terbabit adalah Rumah Panjang Salim anak Unang; Rumah Panjang Judy anak Kudi; Rumah Panjang Mathew anak Merang; Rumah Panjang Danggang anak Ujang; Rumah Panjang Lait anak Ijang; Rumah Panjang Chandi anak Kilau; Rumah Panjang Putut anak Jugah; Rumah Panjang Sadin anak Jeli dan Rumah Panjang Mador anak Rendah.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata setakat ini seramai 84 penghuni disaring dan daripada jumlah itu, 48 kes positif direkodkan pada kadar 57.14 peratus.

"Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati penularan mula berlaku dan kadar kebolehjangkitan tinggi di lokaliti itu.

"Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di sembilan rumah panjang berkuat kuasa 19 Jun sehingga 2 Julai ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ismail berkata, PKPD yang dilaksanakan di Segamat, Johor, membabitkan Asrama Pekerja Warga Asing dan Kawasan Kilang Wah Cens Plastic Industries & Rainbow Metal Sdn Bhd di Buloh Kasap.

Beliau berkata, dalam tempoh seminggu, KKM mendapati berlaku peningkatan kes apabila sebanyak 52 kes positif dikesan selepas saringan dijalankan terhadap 488 individu, dengan kadar positif 10.7 peratus.

"Pelaksanaan PKPD itu untuk menghalang pergerakan keluar masuk pekerja dalam kawasan kilang, sekali gus mengurangkan risiko penularan di luar lokaliti itu," katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, PKPD di tiga kawasan di Sabah dan Terengganu serta satu di Sarawak ditamatkan hari ini dan esok.

Katanya, PKPD terbabit adalah di Kampung Tanjung Aru Baru dan Rumah Murah Kepayan, di Kota Kinabalu, Sabah manakala dua lokaliti di daerah Besut, Terengganu dan dua lokaliti di Tawau, Sabah bakal tamat esok.

Beliau berkata, sepanjang tempoh PKPD di Kampung Tanjung Aru Baru dan Rumah Murah Kepayan, KKM mengesan 39 kes positif COVID-19 selepas 396 penduduk disaring manakala di Rumah Murah Kepayan, sebanyak 23 kes direkodkan menerusi 560 ujian saringan.

Ismail Sabri berkata, penamatan PKPD daerah Besut, juga dibuat selepas KKM mengesahkan berlaku penurunan kes serta keadaan kluster yang terkawal.

"KKM mendapati penurunan kes di Taman Milenium dan Kampung Jawa Kongsi 10 di Tawau. PKPD turut ditamatkan bagi Rumah Panjang Sigah anak Lak, Sungai Baoh Burak, Dalat, Mukah, Sarawak," katanya.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
306,033
Reaction score
13,855
Points
2,376

764 individu dikesan ingkar SOP PKP​


24bhsop_1623928304.jpg

Hiasan (FOTO BERNAMA)​


PUTRAJAYA: Seramai 764 individu ditahan semalam selepas didapati melakukan kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP).
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata daripada jumlah itu, seramai 722 individu dikompaun manakala 42 lagi ditahan reman.

"Antara kesalahan direkodkan ialah gagal merekod butiran diri atau daftar masuk premis (162); tidak memakai pelitup muka (138); rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran atau makan di premis (100).

"Ia termasuk tidak mengamalkan penjarakan fizikal (94); tidak patuh arahan kawalan pergerakan (91); membawa penumpang berlebihan (78); premis gagal patuhi arahan (tujuh) serta lain-lain kesalahan (94)," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Ismail Sabri berkata, Task Force Operasi Pematuhan diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga melakukan 94,707 pemeriksaan semalam.
Katanya, ia membabitkan 4,461 Pasukan Pematuhan terdiri daripada 20,204 anggota bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sementara itu, Operasi Benteng (Op Benteng) yang dilaksanakan semalam menangkap 25 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan merampas dua kenderaan darat serta empat bot atau kapal.

"Dalam operasi itu, sebanyak 227 buah bot atau kapal turut dikesan di perairan negara melalui tiga aktiviti penglihatan.

"Op Benteng yang membabitkan PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) serta agensi keselamatan lain turut menjalankan 957 sekatan jalan raya semalam," katanya.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
306,033
Reaction score
13,855
Points
2,376

Langgar SOP, majikan berdepan tindakan tegas mulai esok​


hamzah_1623929789.jpg


Hamzah bersama Saravanan dan Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Beh Eng Lai melawat sebuah kilang pengeluaran cermin kenderaan ketika pemantauan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di Segambut. FOTO NSTP/AIZUDDIN SAAD​


PUTRAJAYA: Majikan sektor perkilangan yang dikesan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), akan dikenakan tindakan tegas termasuk kompaun, bermula esok.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata keputusan itu dibuat susulan segelintir syarikat dikesan tidak mematuhi surat kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

"Hari ini (semalam) adalah hari terakhir kita bertolak ansur. Saya harap selepas ini syarikat yang dibenarkan beroperasi perlu meneliti kelulusan diberikan MITI.

"Sekiranya melakukan kesalahan, lebih baik tidak beroperasi sebelum dikenakan tindakan," katanya kepada media selepas mengadakan operasi di Kajang dan Segambut, hari ini.

Turut serta dalam operasi itu adalah Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan. Operasi bersepadu itu disertai Jabatan Imigresen dan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM).

Hamzah berkata, sebelum ini pihaknya mengeluarkan saman serta amaran kepada beberapa pihak industri yang dikesan melakukan kesalahan melanggar PKP.

Beliau berkata, syarikat yang pernah dikompaun juga akan dipantau termasuk dikenakan tindakan sekiranya melakukan kesalahan semula.

Sementara itu, Hamzah berkata, dalam operasi di sebuah kilang di Kajang, pihaknya mendapati pengurusannya kilang disyaki memalsukan surat kebenaran MITI dan beroperasi mengeluarkan barang tiada dalam senarai.

Katanya, majikan juga didapati menyorok pekerja dan melanggar SOP yang hanya membenarkan 60 peratus pekerja hadir bertugas ketika Sekatan Pergerakan Penuh PKP.

"Sebuah kilang di Segambut pula dikenakan kompaun kerana melanggar SOP serta kebenaran MITI dengan beroperasi pada hari tidak dibenarkan.

Justeru, Hamzah mengingatkan majikan mematuhi kebenaran hanya 60 peratus kehadiran pekerja dalam satu masa sekiranya dibenarkan beroperasi selain mengadakan sistem penggiliran.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
306,033
Reaction score
13,855
Points
2,376

COVID-19: Apollo Food diarah henti sementara operasi​


apollo_1623933264.jpg
Apollo Food Holdings Bhd​


KUALA LUMPUR: Pengeluar produk konfeksi, Apollo Food Holdings Bhd menghentikan sementara pengeluaran buat kali kedua bulan ini bagi membendung penularan COVID-19.

Syarikat itu berkata, kemudahan pengeluaran yang terkesan kali ini dikendalikan oleh anak syarikat milik penuhnya, Apollo Food Industries (M) Sdn Bhd, yang diarahkan oleh Kementerian Kesihatan supaya ditutup selama tujuh hari sehingga 22 Jun dan premis disinfeksi.

Sebelum ini, satu lagi kemudahan pengeluaran Apollo Food di Johor Bahru diarahkan oleh Kementerian Kesihatan untuk menghentikan operasi selama seminggu sehingga 13 Jun di atas sebab sama.

Bagaimanapun kilang itu boleh meneruskan operasi pada 11 Jun selepas kerja disinfeksi menyeluruh dilaksanakan.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Apollo Food berkata ia tidak menjangkakan sebarang kesan material ke atas hasil kewangan dan operasi daripada penutupan sementara operasi berkenaan.

"Begitupun, operasi Apollo Food mematuhi dengan ketat langkah pembendungan COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan sebagai sebahagian pengurusan kelangsungan perniagaan dan kami akan terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan keselamatan serta kesejahteraan pekerja semasa situasi COVID-19 ini," katanya.

Apollo Food mengeluarkan produk konfeksi coklat dan kek lapis.


 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register