BTC USD 39,035.6 Gold USD 1,822.88
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Kemaskini Maklumat PKP Di Semenanjung, Sabah & Sarawak

AlYamani

Legendary Member
Joined
Jan 23, 2011
Messages
12,292
Reaction score
628
Points
161
Memang sepatutnya ada sektor yg kita langsung tak boleh pandang sebelah mata,kena jegey mata kita bulat bulat tengok,24 jam.

Sektor perusahaan la.Kena monitor dari mula sampai habis kobid.Kalau tak,tempat tu akan berulang sebab bangla,vietnam,nepal,myanmar ni ramai ukhuwah dia,kontek ramai,suka bersosial.

Diorang bukan macam kita sentiasa waspada,tu pun ada gak orang kita yg konon berani macam perasan orang yg dah ambil vaccine.
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
305,175
Reaction score
13,749
Points
2,376
FB_IMG_1623594723370.jpg

PKPD dilaksana 15 Jun hingga 28 Jun;

📌PKPD di Batu 3.5 Jalan Apas (Kiri) di Tawau, Sabah
📌PKPD di Kampung Tabuan Hj Drahman di Kuching, Sarawak
📌PKPD di Taman Telipok Jaya dan Kampung Penimbawan di Tuaran, Sabah
📌PKPD di Taman Puri Warisan di Kota Kinabalu, Sabah
📌PKPD di Kampung Lebak Moyoh di Kota Belud, Sabah
📌PKPD di Kampung Tanjung Kapor di Kudat, Sabah
📌 PKPD di Taman Pelangi di Semporna, Sabah dilanjutkan

PKPD ditamatkan esok;
📌PKPD di Jalan Klias 2 & 3 di Beaufort, Sabah
📌PKPD di Kampung Kuala Menggatal di Kota Kinabalu, Sabah
📌PKPD di Kampung Assam di Lahad Datu, Sabah
📌PKPD di Kampung Payas-Payas dan Kampung Rampayan Laut di Kota Belud, Sabah
📌PKPD di Bandar Darulaman di Jitra, Kedah
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
305,175
Reaction score
13,749
Points
2,376
‘TOTAL LOCKDOWN’ | 54 Individu Dikompaun Langgar SOP

Seramai 54 individu dikompaun atas kesalahan berkumpul serta berjogging di Jambatan Raja Muda Nala, Klang, Selangor semalam.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
84,019
Reaction score
13,737
Points
1,906
Pakar kesihatan berpendapat kerajaan perlu melihat trend penurunan kes harian Covid-19 dalam jangka panjang atau sekurang-kurangnya dua minggu sebelum melonggarkan SOP.

Masih belum sesuai kerajaan longgar SOP

14 Jun 2021


1623656543375.png

Kerajaan akan menilai semula PKP 3.0 yang dilaksanakan sejak 1 Jun lalu sekiranya jangkitan harian Covid-19 direkodkan pada angka 4,000 kes. Gambar kecil: Dr Haliza


SHAH ALAM - Pakar kesihatan berpendapat kerajaan tidak perlu melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) walaupun kes harian Covid-19 merekodkan angka 4,000 ke bawah.

Pakar Kesihatan Persekitaran Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Haliza Abdul Rahman berkata, jika kes harian Covid-19 tidak menunjukkan penurunan secara berterusan, amat tidak wajar untuk melonggarkan SOP yang ditetapkan.

Menurutnya, kerajaan perlu melihat trend penurunan tersebut dalam jangka panjang atau sekurang-kurangnya dua minggu.
“Jika tidak itu bukan gambaran boleh terus melonggarkan SOP walaupun menurun kepada 4,000. Kita perlu tengok jangka masa panjang. Paling kurang dua minggu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Pada Ahad, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan kerajaan akan menilai semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan sejak 1 Jun lalu sekiranya jangkitan harian Covid-19 direkodkan pada angka 4,000 kes di negara ini.

Beliau berkata, penilaian semula itu bukan bermaksud menamatkan PKP 3.0 sebaliknya lebih kepada kelonggaran SOP.


Mengulas lanjut Haliza berkata, kerajaan juga perlu mengambil kira jumlah penerimaan suntikan vaksin ketika ini sama ada ia sudah mencapai imuniti kelompok atau sebaliknya.

Ujarnya, kerajaan boleh melonggarkan SOP jika ia sudah mencapai separuh daripada jumlah keseluruhan imuniti kelompok di negara ini.
“Kerajaan menyasarkan 80 peratus dan setakat ini kita ada 26 juta penerima yang layak. Jadi, separuh daripada jumlah ini sudah diberi suntikan Covid-19,” katanya.

Tambah Haliza, agak sukar untuk menunjukkan pola penurunan berterusan ketika ini kerana banyak kes melibatkan kluster tempat kerja.
Menurut beliau, lebih daripada 60 kes direkodkan, ditambah pula dengan kluster perayaan.

Sehubungan itu, beliau berpendapat kerajaan wajar membuat keputusan untuk melonggarkan SOP tersebut pada Ogos kerana sukar menyatakan Jun dan Julai dapat menunjukkan penurunan kes.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
305,175
Reaction score
13,749
Points
2,376
FB_IMG_1623693067082.jpg

🔹 PKPD di asrama pekerja warga asing, Jalan Rivera, Tanjung Agas, Tangkak di Johor mulai 16 Jun hingga 29 Jun

🔹 PKPD dilaksanakan di Rumah Panjang Alat anak Mukan dan Mukah Palm Oil Mill di Sarawak mulai 16 Jun hingga 29 Jun

🔹 PKPD di empat lokaliti libatkan daerah di Sandakan, Penampang dan Kunak, Sabah mulai 16 Jun hingga 29 Jun

🔹 PKPD di 11 Rumah Panjang dan SK Stalon, Tanjung Manis, Mukah di Sarawak dilanjutkan hingga 29 Jun

🔹 PKPD di Felda Trolak Utara, Sungkai di Perak dilanjutkan hingga 22 Jun

Sumber: Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
305,175
Reaction score
13,749
Points
2,376
Dua lelaki keluar masuk kawasan #PKPD ditahan

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
305,175
Reaction score
13,749
Points
2,376
INGKAR SOP | Tiga Kilang Di Gebeng Dikompaun RM11,500

Tiga kilang di Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan dikompaun RM11,500 kerana melanggar SOP yang ditetapkan di kawasan PKPD.

Antara kesalahan yang dilakukan, beroperasi melebihi masa yang dibenarkan selain melanggar Akta Buruh.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Aug 2, 2007
Messages
13,142
Reaction score
1,957
Points
201
INGKAR SOP | Tiga Kilang Di Gebeng Dikompaun RM11,500

Tiga kilang di Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan dikompaun RM11,500 kerana melanggar SOP yang ditetapkan di kawasan PKPD.

Antara kesalahan yang dilakukan, beroperasi melebihi masa yang dibenarkan selain melanggar Akta Buruh.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

Kasi tutup terus la
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
305,175
Reaction score
13,749
Points
2,376
FB_IMG_1623765147918.jpg

📍 #PKPD di Kampung Goebilt dan Kampung Muara Tebas, Kuching, Sarawak mulai 17 Jun hingga 30 Jun.

📍 PKPD di Kampung Goebilt dan Kampung Muara Tebas, Kuching, Sarawak mulai 17 Jun hingga 30 Jun.

📍 PKPD di Kampung Tanjung Batu Tengah dan Taman Semarak Tengah, Tawau, Sabah mulai 17 Jun hingga 30 Jun.

📍 PKPD di Kampung Taun Gusi Peninting, Kota Belud, Sabah mulai 17 Jun hingga 30 Jun.

📍 PKPD di Kampung Rampayan dan Kampung Kionsom Kecil di Kota Kinabalu, Sabah mulai 17 Jun hingga 30 Jun.

📍 PKPD di PPR Taman Ehsan, Kudat, Sabah mulai 17 Jun hingga 30 Jun.

Sumber: Ismail Sabri Yaakob
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register