BTC USD 38,836.7 Gold USD 1,818.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Kemaskini Maklumat PKP Di Semenanjung, Sabah & Sarawak

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,455
Reaction score
3,991
Points
236
'Sekejap Buka, Sekejap Tutup', Ibu Bapa, Pengendali Tadika Keliru

11.05.2021 - Kuala Lumpur, Bingung dengan arahan ‘tutup dan buka’ operasi tadika serta pusat jagaan kanak-kanak di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP), ibu bapa dan pengendali mendesak penjelasan daripada pihak berkuasa. Pada awalnya, Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan tiada pusat jagaan swasta, termasuk tadika dan sekolah antarabangsa yang akan dibenarkan beroperasi dari pagi semalam hingga 6 Jun, meskipun SOP PKP sebelum ini membenarkan premis terbabit dibuka.

Susulan itu petang semalam, ibu bapa dan pengendali kembali ‘garu kepala’ selepas perdana menteri memaklumkan pusat jagaan kanak-kanak akan dibenarkan beroperasi dalam tempoh pelaksanaan PKP seluruh negara. Beberapa kumpulan penyedia perkhidmatan pendidikan swasta yang terbabit dengan pusat jagaan dan tadika memohon agar kerajaan menjelaskan perancangan dan SOP ditetapkan, sementara ibu bapa yang bercakap kepada FMT marah dan panik dengan dua arahan berbeza itu.

Kwan, seorang ibu kepada anak autisme berusia enam tahun berkata, arahan tutup dan buka meletakkannya dalam situasi tidak menentu, kerana beliau tidak mempunyai pilihan selain menghantar anaknya ke sekolah berikutan perlu memberikan perhatian penuh pada kerja. Ibu kepada dua anak berusia 40 tahun dari Sungai Ara itu berkata, ketika pelaksanaan PKP pertama tahun lalu, keadaan anaknya menjadi teruk apabila tidak bersekolah dan memerlukan seorang psikologi klinikal untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

“Bayangkan jika tiada penjagaan dalam tempoh tiga minggu, anak saya mungkin akan berdepan situasi sama lagi dan keadaan bertambah buruk apabila kami tiada sistem sokongan di sini kerana bukan berasal dari sini, tiada ahli keluarga,” kata jurutera itu.

Bagi SG Tan, 36, beliau terpaksa kembali ke pusat jagaan untuk menjemput anaknya yang berusia lima tahun hanya selepas sejam menghantarnya.

“Ini agak mengganggu kerana saya perlu menghadiri beberapa mesyuarat yang dijalankan menerusi Zoom, di mana saya terpaksa batalkan disebabkan perkara ini,” katanya.

Eksekutif pengeluaran Christine, 40, berkata beliau tidak bekerja dari rumah kerana memantau kerja pemasangan di sebuah kilang di Bayan Lepas dan perubahan arahan itu menyukarkannya.

“Sekiranya anak-anak tidak dapat bersekolah, saya perlu cuti tanpa gaji. Saya tertanya-tanya mengapa kerajaan menukar keputusan seperti ‘roti canai’,” kata wanita yang menetap di Relau itu.

Bagi eksekutif pemasaran, Fenny Choo, 31, pusat jagaan amat penting baginya yang tinggal di sini dan bekerja di Bukit Mertajam. Katanya, arahan PKP yang tidak menentu menyebabkannya terpaksa menggunakan semua 20 hari cuti berbayar hanya untuk menjaga anak perempuannya yang berusia empat tahun ketika pusat jagaan kanak-kanak ditutup.

“Sekarang saya hanya mempunyai cuti tanpa gaji yang tidak dapat saya ambil,” katanya.

Sebanyak empat kumpulan berkepentingan yang diketuai oleh Persatuan Majikan Pusat Pendidikan Malaysia meminta SOP yang lebih jelas daripada kerajaan untuk menyelesaikan perkara itu. Kumpulan itu berkata, birokrasi dalam bidang kuasa dua kementerian iaitu KPM dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, membuatkan perkara itu menjadi semakin sukar.

Mereka berkata, hanya satu kementerian seharusnya mengawal semua taska (pra-sekolah), tadika, pusat jagaan kanak-kanak dan pusat tuisyen supaya semua prosedur dapat diseragamkan.

Screenshot-191.jpg

Berita asal https://www.freemalaysiatoday.com/c...ejap-tutup-ibu-bapa-pengendali-tadika-keliru/
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,455
Reaction score
3,991
Points
236
Polis Kenalpasti "Laluan Tikus" Rrentas Daerah, Negeri

11.05.2021 - Kuala Lumpur, Polis sudah mengenal pasti ‘laluan tikus’ di seluruh negara yang dipercayai cuba digunakan pengguna jalan raya untuk merentas daerah atau negeri menjelang Aidilfitri, kata Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Abd Rahim Jaafar.

Beliau berkata, bagaimanapun senarai laluan tikus berkenaan tidak boleh didedahkan kepada umum, namun pihaknya akan terus melakukan pemantauan dari masa ke masa.

“Apa yang saya boleh katakan ada banyak laluan tikus, dan kita tidak dapat cover (kawal) semua tempat sekali gus dan sebab itu laluan itu diletakkan penghadang batu dan kawat duri bagi mengelakkan penduduk rentas tanpa kebenaran,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

“Sekiranya ada individu yang cuba rentas tanpa kebenaran, polis akan mengambil tindakan melakukan pemeriksaan dari rumah ke rumah dan tindakan kompaun akan dikenakan berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada,” katanya.

Katanya, polis tidak bertujuan menyusahkan orang ramai dengan mengadakan sekatan laluan tikus berkenaan, sebaliknya mahu mengekang penularan Covid-19.

“Jika orang ramai bertindak sedemikian (guna jalan tikus), ia perkara yang tidak boleh diterima. Kita bukan cuba susahkan orang ramai, SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) sudah menyatakan agar orang ramai tidak rentas daerah atau negeri,” tambah beliau.

Semalam, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan perintah kawalan pergerakan (PKP) akan dikuatkuasa seluruh negara bermula 12 Mei sehingga 7 Jun berikutan peningkatan jangkitan Covid-19 di negara ini.

Berita asal https://www.freemalaysiatoday.com/c...enal-pasti-laluan-tikus-rentas-daerah-negeri/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,455
Reaction score
3,991
Points
236
Tak Ada Ggunanya PKP Jika Semua Sektor Ekonomi Tetap Di Buka - MMA

11.05.2021 - Kuala Lumpur, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mempersoalkan langkah kerajaan untuk melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) di seluruh negara sedangkan semua sektor ekonomi dibenar beroperasi seperti biasa. Presiden MMA Subramaniam Muniandy berkata kerajaan sepatutnya lebih tegas dalam menguatkuasakan PKP, sambil menambah pendekatan terbaik adalah sekatan lebih ketat sekurang-kurangnya dua minggu sebelum melonggarkannya secara berperingkat.

“Saya tak nampak apa tujuan sebenar PKP kali ini kerana semua sektor ekonomi di semua tempat masih dibenarkan. Saya tak nampak logiknya, ia memang bercanggah. Virus ini telah menular ke semua tempat dan keadaan akan bertambah buruk. Saya rasa masyarakat umum juga bimbang. Tetapi apa yang sedang dilakukan kerajaan sekarang mungkin tidak produktif bagi mereka dan juga rakyat,” katanya kepada FMT.

Menyedari Putrajaya perlu menyeimbangkan antara ekonomi dan kesihatan awam, beliau berpendapat sekatan perlu dilakukan pada ketika ini.

“Masalahnya adalah, jika orang dijangkiti dan jatuh sakit, ke mana perginya wang dari ekonomi? Ia akan dibelanjakan untuk merawat pesakit-pesakit ini, mendapatkan peralatan untuk merawat mereka. Sudah tentu, kita tidak boleh menutup ekonomi selama berbulan-bulan.

Bekas timbalan menteri kesihatan Dr Lee Boon Chye mengkritik kerajaan kerana mengumumkan sekatan PKP secara sporadik di beberapa negeri dan daerah sebelum memutuskan untuk melaksanakannya di seluruh negara. Beliau memberitahu FMT, Putrajaya sepatutnya mempunyai semua maklumat dan data yang diperlukan untuk memutuskan PKP di seluruh negara dan boleh mengumumkannya minggu lalu. Bukan hanya PKP di enam daerah Selangor pada ketika itu.

“Beberapa hari lalu, mereka mengumumkan PKP di enam daerah di Selangor kecuali KL. Selepas itu mereka masukkan KL, kemudian beberapa daerah di Johor, beberapa di Pulau Pinang. Maksud saya, ini mengarut. Sekiranya anda lihat lengkuk plot jangkitan harian, anda pasti tahu PKP perlu dijalankan di seluruh negara. Anda tidak boleh buat keputusan berdasarkan kes hari ke hari. Dalam keadaan sekarang, jumlahnya akan terus meningkat kerana kesan PKP hanya dapat dilihat dalam satu atau dua minggu kemudian. Anda perlu bersedia lebih awal. Anda perlu selangkah ke depan dari lengkuk tersebut, bukan mengejar lengkuk,” katanya.

Berbeza dengan Subramaniam, Lee berkata penutupan ekonomi sepenuhnya adalah tidak perlu. Katanya kerajaan kini perlu menyedari sektor-sektor tertentu yang berisiko tinggi dan berisiko rendah. SOP yang ketat mesti ada untuk sektor yang lebih rentan terhadap wabak Covid-19, katanya, sambil menambah negara kini perlu belajar bagaimana untuk hidup dengan virus tersebut.

“Langkah-langkah kesihatan awam bukan untuk membasmi virus. Kita tidak dapat membasmi virus itu dari komuniti sekarang. Tujuannya adalah untuk memastikan wabak itu tidak berada di luar kawalan hingga menyebabkan sistem kesihatan awam kita lumpuh.”

Meskipun begitu, beliau merasa PKP akan dapat memberi ruang kepada sistem kesihatan awam, kerana hospital kini kekurangan tempat tidur dan ICU yang ditujukan untuk pesakit Covid-19. Namun katanya Kementerian Kesihatan (KKM) perlu memperbaiki usaha pengesanan kontak bagi mengasingkan dan menguji kontak rapat kerana ia akan membantu mencegah kluster.

Katanya pengesanan kontak oleh KKM ketika ini belum cukup baik, terutama susulan beberapa dakwaan respons yang lambat berhubung perkara ini.

“Kami ada dengar beberapa kes di mana pesakit hanya dibawa ke pusat rawatan beberapa hari setelah didapati positif. Apa lagi kontak rapat? Satu-satunya cara kita dapat memastikan angka kita rendah adalah dengan mengenal pasti semua kontak rapat pesakit dalam masa 48 jam dan menguji serta mengasingkan mereka,” katanya.

Lee, yang juga Ahli Parlimen Gopeng, bulan lalu mendesak Putrajaya untuk mewujudkan jaringan pengesanan kontak yang terdiri daripada 10,000 pekerja khas selain saringan besar-besaran. Beliau berkata graduan yang masih menganggur dan mereka yang kehilangan pekerjaan akibat wabak itu bolek direkrut sambil dilatih dan dipantau oleh pegawai kesihatan awam.

Berita asal https://www.freemalaysiatoday.com/c...a-semua-sektor-ekonomi-tetap-dibuka-kata-mma/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,455
Reaction score
3,991
Points
236
Warganet Kecewa Keputusan "Flip-Flop" Kerajaan Berkait PKP

11.05.2021 - Kuala Lumpur, Sejurus perdana menteri mengumumkan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) kali ketiga di seluruh negara pada Isnin, pengguna media sosial mula meluahkan kekecewaan terhadap tindakan tidak konsisten Putrajaya. Ahli politik antara yang terpantas berbuat demikian, dengan ada yang menuntut kerajaan melanjutkan moratorium pinjaman dan sebahagian lagi mempersoalkan bantuan kepada golongan miskin serta pelajar.

Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii berkata, bukan sekatan yang menyakitkan rakyat dan ekonomi, sebaliknya ketidaktentuan.

“Saya fikir perniagaan dan orang ramai lebih menderita dengan tindakan ‘flip flop’, tidak konsisten dan pengumuman saat akhir berbanding pelaksanaan PKP itu sendiri.Jika ia dirancang dengan baik, diumum dan dilaksanakan terlebih dahulu, kita tidak akan berada dalam keadaan seperti ini,” tulisnya di Twitter menggunakan tanda pagar #KerajaanGagal yang trending semula.

Warganet lain turut memberikan reaksi serupa dengan mengkritik sikap tidak konsisten kerajaan.

“Jadi, sebelum ini mereka kata tiada lagi PKP di seluruh negara. Kemudian mereka melaksanakan PKP di kebanyakan negeri, tetapi bukannya seluruh negara. Sekarang, mereka akhirnya mengumumkan PKP di seluruh negara. Ketidaktentuan kerajaan ini sangat mengejutkan,” tulis Jazli Aziz di Twitter.

Seorang pengguna yang menggunakan nama Faiz, menulis Malaysia mampu mengatasi pandemik jika mempunyai pemimpin berupaya.

“Rakyat tidak marah dengan #MCO3. Orang marah keputusan ini dibuat terlalu lewat. Rakyat marah kerana ia dibuat secara tiba-tiba. Rakyat marah kepada kepimpinan tidak cekap.”

Pengumuman PKP, yang ketiga di seluruh negara sejak Mac 2020, dibuat melalui kenyataan oleh Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin pada Isnin, dua bulan selepas beliau berkata tiada lagi PKP “menyeluruh”. PKP terbaru itu menyusul lonjakan kes Covid-19 di seluruh negara, dengan jumlah jangkitan harian melebihi 3,000 kes lebih seminggu lalu.

Hanya beberapa jam selepas pengumuman itu, tanda pagar #Kerajaan Gagal dan #MCO3 mula trending dan ahli politik seperti Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh, turut bersuara. Yeoh berkata, “perniagaan sedang nazak” dan moratorium pinjaman automatik perlu dilaksanakan semula bagi mengelakkan keadaan lebih teruk.

Katanya, ahli keluarga di daerah sama sepatutnya dibenarkan menziarah kubur sanak saudara pada Hari Raya. Ziarah kubur tidak dibenarkan pada PKP kali ini.

Beliau berkata, pemakaian pelitup muka di luar rumah sepatutnya menjadikan ziarah kubur sebagai aktiviti berisiko rendah.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersetuju moratorium pinjaman perlu dilaksanakan serta-merta kerana rakyat dan perniagaan yang menanggung banyak kesan daripada pelaksanaan PKP memerlukan bantuan.

Beliau turut mempersoalkan bila pelajar akan menerima 150,000 komputer riba yang dijanjikan kerajaan, akan diagihkan September ini, ketika pembentangan belanjawan tahun lalu, memandangkan pembelajaran dalam talian kini menjadi satu keperluan kerana semua sekolah diarahkan tutup.

Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kula Segaran menyasarkan perisytiharan darurat pada Januari lalu yang disifatkan sebagai perlu untuk kerajaan mengawal Covid-19.

“Darurat diisytiharkan untuk menurunkan jumlah kes…adakah kerajaan ini begitu tidak cekap sehinggakan darurat pun tidak mampu melaksanakan tugasnya?” soalnya.

Nik-Abduh-FB_2.jpg

Berita asal https://www.freemalaysiatoday.com/c...ewa-keputusan-flip-flop-kerajaan-berkait-pkp/
 

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
23,817
Reaction score
2,444
Points
201
Warganet Kecewa Keputusan "Flip-Flop" Kerajaan Berkait PKP

11.05.2021 - Kuala Lumpur, Sejurus perdana menteri mengumumkan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) kali ketiga di seluruh negara pada Isnin, pengguna media sosial mula meluahkan kekecewaan terhadap tindakan tidak konsisten Putrajaya. Ahli politik antara yang terpantas berbuat demikian, dengan ada yang menuntut kerajaan melanjutkan moratorium pinjaman dan sebahagian lagi mempersoalkan bantuan kepada golongan miskin serta pelajar.

Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii berkata, bukan sekatan yang menyakitkan rakyat dan ekonomi, sebaliknya ketidaktentuan.

“Saya fikir perniagaan dan orang ramai lebih menderita dengan tindakan ‘flip flop’, tidak konsisten dan pengumuman saat akhir berbanding pelaksanaan PKP itu sendiri.Jika ia dirancang dengan baik, diumum dan dilaksanakan terlebih dahulu, kita tidak akan berada dalam keadaan seperti ini,” tulisnya di Twitter menggunakan tanda pagar #KerajaanGagal yang trending semula.

Warganet lain turut memberikan reaksi serupa dengan mengkritik sikap tidak konsisten kerajaan.

“Jadi, sebelum ini mereka kata tiada lagi PKP di seluruh negara. Kemudian mereka melaksanakan PKP di kebanyakan negeri, tetapi bukannya seluruh negara. Sekarang, mereka akhirnya mengumumkan PKP di seluruh negara. Ketidaktentuan kerajaan ini sangat mengejutkan,” tulis Jazli Aziz di Twitter.

Seorang pengguna yang menggunakan nama Faiz, menulis Malaysia mampu mengatasi pandemik jika mempunyai pemimpin berupaya.

“Rakyat tidak marah dengan #MCO3. Orang marah keputusan ini dibuat terlalu lewat. Rakyat marah kerana ia dibuat secara tiba-tiba. Rakyat marah kepada kepimpinan tidak cekap.”

Pengumuman PKP, yang ketiga di seluruh negara sejak Mac 2020, dibuat melalui kenyataan oleh Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin pada Isnin, dua bulan selepas beliau berkata tiada lagi PKP “menyeluruh”. PKP terbaru itu menyusul lonjakan kes Covid-19 di seluruh negara, dengan jumlah jangkitan harian melebihi 3,000 kes lebih seminggu lalu.

Hanya beberapa jam selepas pengumuman itu, tanda pagar #Kerajaan Gagal dan #MCO3 mula trending dan ahli politik seperti Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh, turut bersuara. Yeoh berkata, “perniagaan sedang nazak” dan moratorium pinjaman automatik perlu dilaksanakan semula bagi mengelakkan keadaan lebih teruk.

Katanya, ahli keluarga di daerah sama sepatutnya dibenarkan menziarah kubur sanak saudara pada Hari Raya. Ziarah kubur tidak dibenarkan pada PKP kali ini.

Beliau berkata, pemakaian pelitup muka di luar rumah sepatutnya menjadikan ziarah kubur sebagai aktiviti berisiko rendah.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersetuju moratorium pinjaman perlu dilaksanakan serta-merta kerana rakyat dan perniagaan yang menanggung banyak kesan daripada pelaksanaan PKP memerlukan bantuan.

Beliau turut mempersoalkan bila pelajar akan menerima 150,000 komputer riba yang dijanjikan kerajaan, akan diagihkan September ini, ketika pembentangan belanjawan tahun lalu, memandangkan pembelajaran dalam talian kini menjadi satu keperluan kerana semua sekolah diarahkan tutup.

Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kula Segaran menyasarkan perisytiharan darurat pada Januari lalu yang disifatkan sebagai perlu untuk kerajaan mengawal Covid-19.

“Darurat diisytiharkan untuk menurunkan jumlah kes…adakah kerajaan ini begitu tidak cekap sehinggakan darurat pun tidak mampu melaksanakan tugasnya?” soalnya.


Berita asal https://www.freemalaysiatoday.com/c...ewa-keputusan-flip-flop-kerajaan-berkait-pkp/
bak kata orang kesayangan ikut kes terbaru jadi SOP pun terbaru. Haha.
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,455
Reaction score
3,991
Points
236
Sarawak Benar Sambutan Aidilfitri Sehari Saja

11.05.2021 - Kuching, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memutuskan sambutan Aidilfitri di Sarawak hanya dibenarkan pada hari pertama dengan kehadiran keluarga terdekat saja. JPBN dalam kenyataan berkata, keputusan itu dibuat setelah menilai situasi semasa Covid-19 di negeri itu dan ia turut dipersetujui Majlis Islam Sarawak.

Katanya, pindaan garis panduan terperinci boleh didapati di laman rasmi Majlis Islam Sarawak http://www.mis.sarawak.gov.my. Terdahulu, Sarawak merekodkan 649 kes baharu Covid-19 dan dua kematian hari ini, menjadikan keseluruhan 35,809 kes dan 209 kematian.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dalam kenyataan sama memaklumkan dua kluster komuniti baharu dikesan, iaitu Ulu Anap di Tatau dan Emperan di Selangau.

Kluster Ulu Anap melibatkan sebuah rumah panjang di Ulu Sungai Anap di daerah Tatau, dengan kes indeks membabitkan seorang wanita tempatan berumur 38 tahun yang disahkan positif 1 Mei lalu selepas saringan individu bergejala pada 29 April.

Kluster Emperan pula membabitkan tiga rumah panjang di Selangau, dengan kes indeksnya melibatkan seorang wanita tempatan berumur 27 tahun yang juga dikesan melalui saringan individu bergejala.

Setakat ini, terdapat 78 kluster aktif di negeri ini dengan 17 kluster merekodkan 150 penambahan kes baharu dan 61 kluster tidak merekodkan pertambahan kes.

HARI-RAYA-FACE-MASK-SOSIAL-DISTANCING-ZIARAH-RAYA-COVID19-03.jpg

Berita asal https://www.freemalaysiatoday.com/c...wak-benarkan-sambutan-aidilfitri-sehari-saja/
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
299,179
Reaction score
12,844
Points
2,376

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,455
Reaction score
3,991
Points
236
Penjawat Awam Berdepan Tindakan Jika Gagal Patuh PKP

11.05.2021 - Kuala Lumpur, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengingatkan semula para pegawai awam agar mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan dilaksanakan di seluruh negara bermula esok hingga 7 Jun sebagai usaha untuk membendung penularan wabak Covid-19.

JPA menerusi satu infografik memetik Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman sebagai berkata tindakan tatatertib boleh dikenakan terhadap pegawai awam yang enggan mematuhi PKP tersebut.

"Sekiranya pegawai awam disabitkan kesalahan melanggar PKP, mereka boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U (A) 395/1993]," menurut infografik itu yang diulang ciap daripada hantaran asal pada Januari lepas.

Mohd Khairul Adib berkata pegawai awam hendaklah menjaga nama baik perkhidmatan awam dan tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang dilarang sepanjang tempoh PKP.

Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan sekali lagi pelaksanaan PKP di negara ini dengan menggariskan larangan dan arahan yang perlu dipatuhi termasuk tiada ziarah rumah ke rumah dan ziarah kubur semasa sambutan Aidilfitri Khamis ini.

Selain itu, majikan diwajibkan melaksanakan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) dengan kehadiran tidak lebih 30 peratus kakitangan pengurusan pada setiap masa dan bagi sektor awam, penentuan BDR adalah berdasarkan garis panduan dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara dari semasa ke semasa.

PKP seluruh negara pertama kali dilaksanakan pada 18 Mac hingga 3 Mei 2020, manakala PKP 2.0 dilaksanakan ke atas enam negeri melibatkan Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah dari 13 Jan hingga 26 Jan sebelum dilanjutkan untuk Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang hingga 4 Mac lepas.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/574271
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,455
Reaction score
3,991
Points
236
PKP 3.0 Di Jangka Jejaskan Ekonomi Negara RM300 Juta Sehari

11.05.2021 - Kuala Lumpur, Lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) yang kini dikuatkuasakan di beberapa kawasan di negara ini mulai 12 Mei hingga 7 Jun ini dijangka menjejaskan ekonomi Malaysia sebanyak RM300 juta setiap hari. Public Investment Bank Bhd (PIVB) berkata PKP 1.0 (18 Mac-3 Mei 2020) dianggarkan menelan belanja sebanyak RM2 bilion sehari, manakala PKP 2.0 (13-26 Jan 2021) sejumlah RM300 juta sehari.

"Secara lebih kurang, PKP 3.0 juga dijangka menelan kos kira-kira RM300 juta sehari kepada ekonomi, terutamanya daripada sekatan terhadap perniagaan sensitif sentuhan yang kemudiannya akan memberi kesan ke atas sektor perkhidmatan," katanya dalam satu nota hari ini.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika membayangkan potensi bencana ke atas negara ini jika langkah tersebut tidak diambil menjelaskan semalam bahawa langkah-langkah yang lebih drastik terpaksa diambil memandangkan kemunculan varian baharu dan kadar jangkitan yang lebih tinggi disebabkan ketidakpatuhan Prosedur Operasi Standard.

PIVB berkata walaupun tidak sewajarnya ada kepanikan disebabkan majoriti sektor ekonomi akan terus kekal terbuka, bagaimanapun, langkah-langkah pemulihan ini yang dibuat secara berkala, tetap memberi kesan ke atas sentimen dan ini mungkin menjejaskan sektor perkhidmatan dominan pada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

"Kami bimbang jika pemulihan dalam pasaran buruh mungkin tersasar akibat PKP yang berterusan dan menyebabkan jerutan ke atas perniagaan, manakala, kerajaan juga mungkin sukar untuk terus menyokong isi rumah dan perniagaan tanpa menebuk belanjawannya sekiranya keadaan ini berterusan," katanya.

Bank pelaburan itu juga menyatakan bahawa ia sentiasa berhati-hati jika kemungkinan pandemik ini mampu menghentikan pemulihan di pasaran.

"Sentimen pasaran telah bertambah baik pada akhir tahun lepas dengan pelancaran pertama vaksin Covid-19, bagaimanapun, keterujaan ini terkubur apabila kes Covid-19 global tetap melonjak dan kadar vaksinasi dalam negara yang agak lembap," katanya.

PIVB ketika mengulas mengenai pasaran ekuiti berkata walaupun pasaran kekal berorientasikan perdagangan dengan jangkaan ayunan yang tidak menentu, ia telah menurunkan sasaran penutupan FBM KLCI akhir 2021 kepada 1,690 mata pada 16 kali ganda kepada pendapatan satu tahun ke hadapan berdasarkan peningkatan premium risiko. Sebelum ini, sasaran FBM KLCI untuk akhir 2021 adalah pada 1,75 -mata pada 16.5x kepada pendapatan setahun ke hadapan.

Sementara itu, PIVB juga mengekalkan pendirian "terlebih beli" ke atas sektor pembuatan, teknologi, pengguna, minyak dan gas, permainan serta sarung tangan getah, kerana ia tidak melihat sebarang perubahan ke atas asas-asas kisah pemulihan buat masa ini.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/574264
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,455
Reaction score
3,991
Points
236
Pejabat Kerajaan Beroperasi Penuh Semasa PKP

11.05.2021 - Kuala Lumpur, Pejabat kerajaan kekal beroperasi sepenuhnya sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara yang bermula esok hingga 7 Jun depan bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan tidak terjejas, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Mohd Zuki berkata pengoperasian penuh itu adalah berdasarkan garis panduan yang ditetapkan seperti Surat Edaran Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Jabatan Perkidmatan Awam bertarikh 12 Jani 2021.

“Ketua Jabatan hendaklah menggunakan hemat dan kebijaksanaan dalam merancang keperluan sumber manusia demi memastikan kehadiran kakitangan ke pejabat dapat diminimumkan melalui sistem penggiliran, serta hendaklah mengeluarkan Arahan Dalaman dengan memperincikan keutamaan mengikut sektor jabatan masing-masing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zuki berkata bagi yang tidak perlu hadir bertugas di pejabat, pegawai berkenaan diarahkan untuk Bekerja Dari Rumah mengikut peraturan dan garis panduan yang telah diperuntukkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2020: Dasar Bekerja Dari Rumah.

“Perkhidmatan awam negara akan terus menjadi tunjang utama memastikan jentera pentadbiran kerajaan kekal beroperasi berdasarkan prosedur operasi standard yang ditetapkan bagi mengekang penularan gelombang ketiga pandemik Covid-19,” katanya.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/574258
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register