BTC USD 38,861.9 Gold USD 1,821.04
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Kemaskini Maklumat PKP Di Semenanjung, Sabah & Sarawak

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,455
Reaction score
3,991
Points
236
Tak Perlu Kebenaran Polis Untuk Ke Temu Janji Di Hospital, Klinik

10.05.2021 - Kuala Lumpur, Kerajaan membatalkan keperluan mendapatkan kebenaran polis bagi perjalanan untuk urusan temu janji dan rawatan perubatan. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob hari ini berkata mereka yang mempunyai urusan tersebut hanya perlu mengemukakan kad temu janji kepada pihak berkuasa.

"Sebelum ini, kerajaan telah menerima rungutan daripada orang ramai mengenai perlunya mendapat surat kebenaran polis bagi urusan mendapatkan rawatan atau temu janji di hospital atau klinik. Ini telah menyukarkan mereka terutama pesakit yang memerlukan rawatan berjadual seperti kanser dan buah pinggang. Bagi pesakit yang mempunyai temujanji doktor dan rawatan berjadual, cukup sekadar mengemukakan kad temujanji," katanya dalam kenyataan.

Larangan perjalanan rentas negeri akan berkuat kuasa di seluruh negara bermula esok. Dalam perkembangan lain, Ismail memaklumkan pelanggaran utama berkaitan SOP mutakhir ini adalah kegagalan merekod butiran diri ketika masuk ke premis.

"Ini menunjukkan masih ada di kalangan kita bersikap sambil lewa sedang Covid-19 kini sudah berada dalam komuniti," katanya.

Menggesa orang ramai agar terus mematuhi SOP, Ismail berkata kegagalan merekod butiran diri akan menyukarkan pihak berkuasa antaranya untuk membuat pengesanan kontak rapat jika berlakunya kes Covid-19.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/574014
 
Sponsored Post

abah5851

Active+ Member
Joined
Dec 5, 2014
Messages
2,716
Reaction score
210
Points
43
Kerajaan yang takde planning.. Semak plak aku. Saya cadangkan mesyurat MKN berkenaan Covid19 dibuat secara live.. TQ.
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,455
Reaction score
3,991
Points
236
Lagi 366 Kenderaan Perantau Kelantan Di Arah Patah Balik

10.05.2021 - Kuala Lumpur, Dalam tempoh 24 jam, polis Kelantan menahan dan mengarahkan sejumlah 366 kenderaan yang cuba memasuki Kelantan di tiga sekatan jalan raya (SJR) di sempadan negeri, setakat jam 8 pagi, hari ini. Ia menjadikan keseluruhan 1,426 kenderaan yang diarah berpatah balik sejak kelmarin sehingga pagi tadi kerana gagal menunjukkan surat kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Kelantan, DCP Shafien Mamat, berkata jumlah kenderaan yang cuba merentas masuk ke negeri itu sedikit menurun berbanding semalam. Bagaimanapun katanya ia tetap masih berlaku kemasukan memandangkan Aidilfitiri semakin hampir.

"Pihak polis akan memperketatkan sekatan di SJR di tiga sempadan iaitu Jeli, Pasir Puteh dan Gua Musang bagi memastikan hanya mereka yang mempunyai surat kebenaran sah dibenarkan masuk. Kita tidak menyangka setiap masa ada cubaan perantau untuk masuk ke Kelantan demi menyambut Aidilfitri di kampung halaman walaupun mereka tahu larangan rentas negeri," katanya ketika dihubungi media di Kota Bharu, hari ini.

Tambah Shafien, masih terdapat golongan perantau yang tetap mahu mencuba nasib walaupun terpaksa memandu beratus kilometer sebelum tiba di SJR negeri Kelantan.

"Namun, cubaan rentas negeri ke Kelantan hari kedua menunjukkan sedikit penurunan berbanding hari pertama. Mungkin disebabkan ramai yang tahu sekatan ketat dilakukan.

"Sekali lagi saya ingatkan, kita akan membuat pemeriksaan terperinci bagi mengelak mereka mengambil kesempatan," katanya.

Sehubungan itu pihaknya berharap orang ramai tidak membuat percubaan rentas negeri tanpa keizinan semata-mata untuk menyambut Aidilfitiri.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/574056
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,455
Reaction score
3,991
Points
236
Muhyiddin Umum PKP Seluruh Negara

10.05.2021 - Kuala Lumpur, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan perintah kawalan pergerakan kini diperluas ke seluruh negara. Langkah itu, katanya, diputuskan dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan Covid-19 yang dipengerusikannya hari ini, ekoran trend peningkatan kes harian Covid-19 yang meletakkan negara berdepan gelombang ketiga wabak.

“Rantaian jangkitan Covid-19 hanya dapat diputuskan dengan menggalakkan orang ramai duduk di rumah menerusi kawalan pergerakan yang lebih ketat. Sehubungan itu, sidang khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan Covid-19 yang saya pengerusikan hari ini telah membuat keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

PKP kali ini berkuatkuasa dari 12 Mei hingga hingga 7 Jun 2021.

Ini tidak termasuk larangan yang telah diumumkan lebih awal Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob kelmarin (8 Mei), iaitu larangan rentas daerah dan negeri, larangan aktiviti sosial, sukan dan pendidikan - yang berkuat kuasa 10 Mei hingga 6 Jun 2021. Namun, semua sektor ekonomi masih dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP. Dengan pengumuman itu, hanya tiga individu dibenarkan berada dalam satu kenderaan termasuk pemandu bagi kenderaan persendirian, teksi dan e-hailing.

Bilangan penumpang kenderaan yang membawa barangan serta rantaian ekonomi/industri pula bergantung kepada jumlah yang dibenarkan dalam lesen pendaftaran kenderaan perdagangan. Bilangan orang yang dibenarkan di dalam pengangkutan awam pula mestilah mematuhi penjarakan fizikal dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Penjualan makanan hanya dibenarkan secara pandu lalu dan bungkus sahaja, manakala makan di restoran adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Majikan juga diwajibkan melaksanakan dasar bekerja dari rumah dengan kehadiran tidak lebih 30 peratus kakitangan pengurusan pada setiap masa. Semasa sambutan Aidilfitri yang akan dijangka tiba tiga hari lagi pula, ziarah rumah ke rumah dan ziarah kubur adalah tidak dibenarkan. Solat sunat Aidilfitri pula tertakluk pada kapasiti masjid dan surau - tidak melebihi 50 orang bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan lebih 1,000 jemaah dan 20 orang bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan kurang daripada 1,000 jemaah.

Had bilangan jemaah yang sama terpakai bagi solat fardu lima waktu dan solat Jumaat. Selain itu, operasi rumah ibadah bukan Islam juga akan diperketatkan.

“Langkah-langkah khusus yang sedang dilaksanakan di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan diteruskan,” kata Muhyiddin.

Selain itu, seperti diumumkan Ismail kelmarin, rentas daerah dan negeri adalah dilarang kecuali untuk tujuan kecemasan, kesihatan, bekerja, ekonomi, temu janji vaksinasi dan pasangan jarak jauh. Semua perhimpunan sosial, aktiviti sukan dan rekreasi adalah dilarang, kecuali sukan dan rekreasi individu di kawasan terbuka seperti joging, berbasikal dan senaman. Semua institusi pendidikan juga diarah tutup, kecuali untuk pelajar yang akan menduduki peperiksaan antarabangsa.

“SOP terperinci bagi semua larangan dan arahan yang terkandung dalam PKP ini akan diumumkan oleh MKN,” katanya lagi.

Mengulas pelaksanaan PKP, kata Muhyiddin, dengan jumlah kes harian melebihi 4,000 kes dan 37,396 kes aktif dengan 1,700 kes kematian setakat hari ini (10 Mei), Malaysia sedang berdepan gelombang ketiga Covid-19 yang boleh mencetuskan suatu krisis nasional. Tindakan lebih drastik itu juga diambil kerajaan ekoran kewujudan varian baru dengan kadar jangkitan lebih tinggi, kekangan kapasiti sistem kesihatan awam yang semakin meruncing, selain kelemahan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan sebahagian masyarakat.

“Data dan sains terus menunjukkan bahawa aktiviti-aktiviti perhimpunan yang menyukarkan penjarakan sosial dan keberadaan orang ramai dalam ruang yang sesak menjadi punca utama penularan Covid-19”, katanya lagi.

Oleh hal yang demikian, tambahnya, PKP di seluruh negara itu harus dilaksanakan bagi mengelakkan negara terjerumus ke dalam malapetaka kesihatan yang lebih parah.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/574148
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,455
Reaction score
3,991
Points
236
Hanya 3 Orang Dalam Satu Kereta Mulai 12 Mei

10.05.2021 - Kuala Lumpur, Kerajaan kini mengehadkan hanya tiga orang boleh berada dalam satu kereta - termasuk pemandunya - bermula 12 Mei hingga 7 Jun. Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata demikian susulan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan kali ketiga (PKP 3.0). Bagaimanapun, katanya, bilangan orang yang dibenarkan di dalam kenderaan membawa barangan ekonomi bergantung kepada jumlah yang dibenarkan dalam lesen pendaftaran kenderaan perdagangan.

“Bilangan orang di dalam kenderaan persendirian, teksi dan e-hailing dihadkan kepada tiga orang sahaja termasuk pemandu. Bilangan orang yang dibenarkan di dalam kenderaan membawa barangan serta rantaian aktiviti ekonomi/industri adalah bergantung kepada jumlah yang dibenarkan dalam lesen pendaftaran kenderaan perdagangan. Bilangan orang yang dibenarkan di dalam pengangkutan awam mestilah mematuhi penjarakan fizikal dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan,” katanya menerusi kenyataan selepas mempengerusikan sidang khas Majlis Keselamatan Negara hari ini.

Untuk rekod, kerajaan sebelum ini telah membenarkan penumpang mengikut had kapasiti kereta sesuai dengan status PKP semasa yang diumumkan sama ada bersyarat atau pemulihan. Sementara itu, Muhyiddin turut mengumumkan perintah kawalan pergerakan kini diperluas ke seluruh negara. Jelasnya, usaha itu diputuskan susulan peningkatan kes harian Covid-19 yang meletakkan negara berdepan gelombang ketiga wabak.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/574149
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
299,163
Reaction score
12,843
Points
2,376

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
299,163
Reaction score
12,843
Points
2,376
FB_IMG_1620702884466.jpg

PKP 1.0: Hanya 1 orang dlm kereta

PKP 2.0: Hanya 2 orang dlm kereta

PKP 3.0: Hanya 3 orang dlm kereta

PKP 4.0 ?

PKP 14.0 ?

Najib Razak
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,455
Reaction score
3,991
Points
236
Malaysia Umum PKP Seluruh Negara Untuk Sekat Penularan COVID-19

Noah Lee dan Nisha David
Kuala Lumpur
2021-05-10


646494b1-45ee-42f4-bd59-8882f1144f7e.jpeg

Kanak-Kanak bermain bunga api di kawasan Flat Sri Melaka, Cheras, Selangor yang dihiasi dengan pelita panjut pada 9 Mei 2021.

Rakyat Malaysia yang beragama Islam akan menyambut Aidilfitri buat kali kedua di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) setelah Perdana Menteri mengumumkan bahawa perintah itu akan bermula sehari sebelum sambutan perayaan itu pada Rabu berikutan kenaikan mendadak jangkitan COVID-19 di dalam negara, yang turut menyumbang kepada jumlah kematian tertinggi pada hujung minggu lepas.

Muhyiddin Yassin berkata langkah itu adalah usaha kerajaan bagi menyekat sebarang bentuk perjumpaan semasa perayaan ketika negara merekodkan lebih 3,000 jangkitan baharu setiap hari sejak beberapa minggu lepas yang boleh menyumbangkan kepada krisis nasional.

"Rantaian jangkitan COVID-19 hanya dapat diputuskan dengan menggalakkan orang ramai duduk di rumah menerusi kawalan pergerakan yang lebih ketat.

"Sehubungan itu, Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan COVID-19 yang saya pengerusikan hari ini telah membuat keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara, dengan tarikh kuat kuasa larangan rentas daerah dan negeri serta larangan aktiviti sosial, sukan dan pendidikan adalah bermula pada 10 Mei hingga 6 Jun 2021 manakala tarikh kuat kuasa bagi larangan dan arahan lain bermula pada 12 Mei hingga 7 Jun 2021," menurut Muhyiddin dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.

Arahan itu menyaksikan umat Islam di Malaysia bakal meraikan Aidilfitri di rumah masing-masing sahaja selepas kerajaan memutuskan bahawa ziarah rumah ke rumah dan aktiviti menziarahi kubur tidak dibenarkan.

Ia lebih ketat berbanding PKP yang diwartakan minggu lepas di enam daerah di Selangor dan seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang menyaksikan aktiviti ziarah dibenarkan namun terhad kepada mereka yang tinggal dalam daerah sama sahaja.

Kerajaan turut melarang sebarang perjalanan rentas daerah dan negeri namun pengecualian diberikan kepada perjalanan bagi tujuan kecemasan, kesihatan, bekerja, ekonomi, janji temu vaksinasi serta pasangan jarak jauh.

Selain itu, semua jenis majlis sosial seperti kenduri, perkahwinan serta majlis rasmi kerajaan dan swasta tidak dibenarkan. Arahan sama turut terpakai kepada semua jenis mesyuarat, persidangan dan seminar secara bersemuka.

Bagaimanapun, sedikit kelonggaran diberikan kepada masjid dan surau untuk mengadakan solat sunat Aidilfitri pada sebelah pagi dengan beberapa syarat seperti bilangan jemaah terhad kepada 50 orang untuk masjid berkapasiti lebih 1,000 orang manakala bagi masjid berkapasiti kurang daripada itu, hanya 20 orang dibenarkan.

Menurut Muhyiddin, keputusan untuk melaksanakan perintah itu di seluruh Malaysia dibuat selepas kerajaan mendapati negara berdepan gelombang ketiga COVID-19 yang boleh mencetuskan krisis nasional berdasarkan jumlah kes harian serta kes aktif yang direkodkan.

"Kewujudan varian baharu dengan kadar jangkitan yang lebih tinggi, kekangan ke atas kapasiti sistem kesihatan awam yang semakin meruncing dan kelemahan pematuhan SOP dalam kalangan sebahagian anggota masyarakat menuntut Kerajaan untuk mengambil tindakan yang lebih drastik bagi mengelakkan negara terjerumus ke dalam malapetaka kesihatan yang lebih parah.

"Data dan sains terus menunjukkan bahawa aktiviti perhimpunan yang menyukarkan penjarakan sosial dan keberadaan orang ramai dalam ruang yang sesak menjadi punca utama penularan COVID-19," katanya.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan pada Isnin, sejumlah 3,807 kes baharu dicatat dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 444,484.

Kes aktif pula direkodkan sebanyak 37,396 dengan 434 pesakit positif ditempatkan di unit rawatan rapi hospital dengan 224 memerlukan bantuan pernafasan. Jumlah kematian turut meningkat sebanyak 17 kes menjadikan angka korban akibat pandemik itu di Malaysia kini ialah 1,700 orang.

Kenaikan kes harian di Malaysia berlaku ketika negara itu sedang aktif menjalankan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. Setakat Ahad, pihak berkuasa kesihatan telah memberikan suntikan sebanyak 1,786,459 dos vaksin kepada penerima termasuk 1,105,033 dos pertama.

Menteri Kesihatan Adham Baba dalam sidang media pada Isnin berkata langkah ketat perlu diambil bagi mengekang penularan koronavirus ketika negara berusaha mencapai imuniti kelompok.

"Saya ingin nyatakan bahawa bukan kita tidak prihatin dan sayang kepada rakyat. Tetapi ini adalah situasi yang tidak dijangka sama sekali. Kita lihat sejak Disember 2020, sektor ekonomi telah dibuka dengan penekanan SOP dan pemantauan ketat supaya ekonomi terus berkembang.

"Bagaimanapun, kita sudah memulakan program vaksinasi. Ini adalah satu cara untuk mencegah penularan sehingga kita dapat mencapai imuniti kelompok. Kita memerlukan pemantauan SOP dan pemantauan ketat supaya dapat terus mencegah jangkitan," katanya.

Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia Kuljit Singh pula berkata pengumuman kerajaan itu adalah tepat.

“Idea di sebalik PKP ialah untuk menyekat pergerakan dan mengurangkan kesesakan. Ini adalah PKP 3.0 tetapi jika anda lihat, ia bukanlah PKP penuh seperti PKP1.0 kerana perniagaan masih lagi dibuka kerana jika premis perniagaan ditutup, maka akan muncul isu lain pula. Kita tidak mampu untuk melihat ekonomi jatuh seperti yang berlaku dalam PKP 1.0,” katanya.

Beliau berkata sekarang ia bergantung kepada rakyat untuk bertindak sewajarnya.

“Jika semua mengikut, sudah tentu kita dapat melengkungkan graf dan tiada lagi PKP, tiada lagi COVID-19 bila sampai hujung tahun,” kata Kuljit.

Sumber asal BenarNews.MY
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,455
Reaction score
3,991
Points
236
Warganet Persoal Kuarantin Azmin Selepas Lawatan Ke Saudi & UAE

11.05.2021 - Kuala Lumpur, Kunjungan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali ke ibu pejabat polis (IPD) daerah Putrajaya semalam, yang turut dikongsinya di media sosial, mencetuskan reaksi kencang warga maya. Perdebatan maya bukanlah tentang kunjungan Azmin bagi menyerahkan sumbangan kepada kelab polis di situ, tetapi tentang status kuarantinnya yang baru-baru ini pulang dari luar negara.

Azmin mengetuai misi perdagangan dan pelaburan ke Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu dari 26 April hingga 4 Mei. Dalam misi lawatan itu, dia turut sempat mengerjakan umrah. Semalam, ketika Azmi berkongsi di Twitter tentang kurungannya ke Putrajaya, enam hari selepas kepulangannya dari luar negara, warganet mempersoalkan apakah dia sudah menyempurnakan tempoh kuarantinnya.

“Bila balik dari oversea (luar negara)? Berapa lama dah dikuarantin? Apa benda ni?” soal pengguna Twitter @diradibecks.

Seorang lagi pengguna @radhie_mrad berkata: “Aku berkorban kuarantin 14 hari patuhi arahan kerajaan. Tapi orang kerajaan sendiri tidak amanah? Apa nasiblah jenis double standard (berat sebelah) macam ni”.

Perlu dimaklumkan bahawa Menteri Kesihatan Dr Adham Baba pada 8 Feb, telah mengeluarkan arahan membenarkan menteri yang melakukan perjalanan rasmi ke luar negara untuk hanya menjalani kuarantin selama tiga hari. Kerajaan mengetatkan syarat kuarantin untuk rakyat di tengah kebimbangan varian baru Covid-19 boleh tersebar ke negara ini.

Semalam, kerajaan mengumumkan penguatkuasaan semula tempoh kuarantin 14 hari untuk perjalanan dari Singapura. Ia sebelum ini dikurangkan kepada tujuh hari. Putrajaya memetik kebimbangan terhadap varian Covid-19 yang lebih berbahaya yang merebak di bandar itu. Kerajaan turut mengenakan larangan perjalanan dari India pada 29 April, ekoran kebimbangan terhadap strain B.1.617 yang menyebabkan kes Covid-19 di negara itu melonjak.

Kerajaan kemudiannya memperluas larangan perjalanan ke atas negara-negara jiran India - Sri lanka, Bangladesh, Pakistan dan Nepal pada 5 Mei. Sehingga hari ini, kerajaan belum menunjukkan rancangan untuk mengetatkan sekatan kuarantin terhadap menteri, meskipun langkah sedemikian sudah dikenakan ke atas rakyat biasa.

Screenshot-190.jpg

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/574219
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register