USD MYR 4.12450 BTC MYR 259,041 Gold MYR 7,284.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Kemaskini Maklumat PKP Di Semenanjung, Sabah & Sarawak

Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,235
Reaction score
12,483
Points
2,376
MKN | Kerajaan Negeri Boleh Buat Peraturan Lebih Ketat

Bagaimanapun kerajaan negeri tidak boleh melonggarkan peraturan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) atau kerajaan pusat.

VIDEO : Ihsan RTM

 

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
3,291
Reaction score
245
Points
43
Rakaman palsu PKP di Kelantan tersebar

1032857.jpg


KOTA BHARU - Polis Kelantan akan mengambil tindakan tegas terhadap pelaku yang menyebarkan berita palsu bahawa Kelantan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang tular di media sosial.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat dalam satu kenyataan berkata, berita tersebut tidak benar dan menasihatkan orang ramai supaya merujuk laman web rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kelantan bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai penularan Covid-19 di negeri ini.

“PDRM Kelantan ingin menegaskan kepada orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang berita tidak benar tanpa merujuk kesahihannya kepada pihak yang bertanggungjawab.

“Tindakan tegas akan diambil jika terdapat perlakuan dan kesalahan penyebaran maklumat palsu atau diragui kesahihannya mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya di sini pada Rabu.

Kelantan kekal status Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 28 April 2021 selepas arahan terkini dikeluarkan oleh kerajaan pada Isnin.

Negeri sama berstatus PKPB ialah Selangor; Johor; Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Pulau Pinang manakala PKPB Serawak berkuat kuasa sehingga 26 April 2021.


== sinar harian
 

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
3,291
Reaction score
245
Points
43

7 daerah di Kelantan dikenakan PKP


Kuala Lumpur: Seluruh negeri Kelantan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kecuali Gua Musang, Jeli dan Kuala Krai bermula Jumaat ini sehingga 29 April.

Tujuh daerah terbabit adalah Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Bachok, Machang, Tumpat dan Tanah Merah.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perintah itu berikutan berlaku peningkatan mendadak kes jangkitan Covid-19 dan sembilan kluster baharu dilaporkan.

"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan berlaku peningkatan kes sebanyak 30.5 peratus di negeri itu dalam tempoh 14 hari iaitu daripada 756 kes kepada 1,088 kes dan tujuh daerah berada dalam Zon Merah.

"Selain itu, terdapat juga sembilan kluster baharu dilaporkan dalam tempoh 14 hari dengan kadar kebolehjangkitan dalam komuniti adalah tinggi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata, kerajaan bersetuju melaksanakan PKP berdasarkan penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM serta perbincangan dengan kerajaan negeri.

Tambah beliau, pelaksanaan PKP itu untuk memastikan pergerakan penduduk di lokaliti terbabit dapat dikawal bagi mengelakkan penularan jangkitan Covid-19 ke kawasan lain.

GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP


"Antara prosedur operasi standard (SOP) di kawasan PKP adalah sekatan jalan raya akan diadakan di semua sempadan daerah dan sempadan negeri.

"Semua sektor ekonomi dan perniagaan yang diluluskan oleh kementerian atau agensi yang berkaitan boleh beroperasi dalam tempoh PKP," katanya.

Katanya, pelaksanaan PKP berkenaan juga akan mengikut SOP am yang dikemaskini pada 26 Februari lalu.


== harian metro
 

afshaman

Active+ Member
Joined
Nov 8, 2013
Messages
3,184
Reaction score
321
Points
51
sekejap palsu...pastu umum pkp lak...pening polis ngan MKN...dieorg takde whatsapp grup ke
 

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
10,348
Reaction score
1,333
Points
201
Rakaman palsu PKP di Kelantan tersebar

View attachment 361147

KOTA BHARU - Polis Kelantan akan mengambil tindakan tegas terhadap pelaku yang menyebarkan berita palsu bahawa Kelantan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang tular di media sosial.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat dalam satu kenyataan berkata, berita tersebut tidak benar dan menasihatkan orang ramai supaya merujuk laman web rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kelantan bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai penularan Covid-19 di negeri ini.

“PDRM Kelantan ingin menegaskan kepada orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang berita tidak benar tanpa merujuk kesahihannya kepada pihak yang bertanggungjawab.

“Tindakan tegas akan diambil jika terdapat perlakuan dan kesalahan penyebaran maklumat palsu atau diragui kesahihannya mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya di sini pada Rabu.

Kelantan kekal status Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 28 April 2021 selepas arahan terkini dikeluarkan oleh kerajaan pada Isnin.

Negeri sama berstatus PKPB ialah Selangor; Johor; Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Pulau Pinang manakala PKPB Serawak berkuat kuasa sehingga 26 April 2021.


== sinar harian
Dh ambik tindakan blum tu hehehe
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register