BTC USD 36,241.7 Gold USD 1,841.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Kemaskini Maklumat PKP Di Semenanjung, Sabah & Sarawak

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,985
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,985
Reaction score
4,387
Points
296
Awards
1
Lebih RM72 Juta Kompaun Ingkar SOP Covid-19 Di Kutip, Kata Khairy

05.10.2021 - Kuala Lumpur, Sebanyak RM72.72 juta dikumpul melalui notis kompaun yang dikeluarkan kerana melanggar SOP Covid-19 setakat akhir Ogos lalu, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. Beliau ketika menjawab pertanyaan Teh Kok Lim (PH-Taiping) di Dewan Rakyat berkata, ia datang daripada 181,704 kompaun yang dikeluarkan sejak pandemik bermula Mac 2020. Dalam jawapan berasingan kepada Su Keong Siong (PH-Kampar), Khairy menghuraikannya dengan berkata, walaupun sebahagian besar notis kompaun itu dikeluarkan tahun ini, majoriti kutipan itu dibuat pada 2020.

Pada 2020, sebanyak 67,542 notis kompaun dikeluarkan, dengan 43,685 daripadanya dibayar yang berjumlah RM43.6 juta. Sebanyak 114,162 notis kompaun dikeluarkan sepanjang tahun ini, tetapi hanya 26,627 daripadanya dibayar yang berjumlah RM29.1 juta.

Berita asal https://www.freemalaysiatoday.com/c...paun-ingkar-sop-covid-19-dikutip-kata-khairy/
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,985
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,985
Reaction score
4,387
Points
296
Awards
1
Tiada Kuarantin Masuk Sabah Bagi Individu Lengkap Vaksinasi - Masidi

05.10.2021 - Kota Kinabalu, Tiada lagi syarat kuarantin wajib terhadap individu lengkap vaksinasi untuk masuk ke Sabah, kecuali ketibaan dari luar negara, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun. Beliau yang juga jurucakap Covid-19 negeri menerusi akaun Twitternya berkata demikian sebagai merujuk SOP terkini Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah berhubung Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) di seluruh negeri itu yang dikeluarkan semalam.

Berdasarkan SOP tersebut, kuarantin wajib digugurkan kecuali bagi individu yang belum lengkap divaksinasi, individu bergejala sewaktu saringan kemasukan di pintu masuk dan ketibaan dari luar negara. Bagaimanapun, setiap individu yang ingin masuk ke Sabah perlu mendapatkan kebenaran polis untuk rentas negeri serta membuat ujian saringan Covid-19 dengan keputusan negatif disahkan oleh klinik dan makmal melakukan ujian berkenaan.

Tempoh sah laku ujian saringan Rapid Antigen (RTK-Ag) adalah sehari manakala ujian Tindak Balas Berantai Polimerase Masa Nyata (RT-PCR) adalah tiga hari sebelum perjalanan masuk ke Sabah, selain perlu mengisi borang deklarasi kesihatan.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/594174
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,985
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,985
Reaction score
4,387
Points
296
Awards
1
Permit Prentas Daerah Di Sarawak Tidak Di Perlukan Mulai Esok

05.10.2021 - Kuala lumpur, Permit polis bagi pergerakan rentas daerah di Sarawak tidak diperlukan berkuat kuasa esok (6 Okt), kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini. Bagaimanapun, JPBN Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan permit polis untuk pergerakan rentas negeri masih diperlukan.

“Aktiviti kunjung-mengunjung adalah tidak digalakkan dan orang ramai perlu mempunyai kawalan kendiri yang tinggi, kerana kita sekarang masih dalam fasa memerangi COVID-19,” menurut kenyataan itu.

Kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah tidak digalakkan keluar dari rumah buat masa ini dan sekiranya perlu, mereka harus ditemani ibu bapa atau penjaga yang telah lengkap vaksinasi dan wajib mematuhi protokol-protokol kesihatan yang ditetapkan. Sementara itu, hanya 21 daripada 1,361 kes positif COVID-19 di Sarawak hari ini melibatkan jangkitan paru-paru, yang memerlukan bantuan oksigen dan ventilator.

Baki 1,340 kes pula tidak bergejala atau mempunyai gejala ringan, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes di negeri ini kepada 218,126. Selain itu, Sarawak hari ini melaporkan 16 kes kematian yang direkodkan dari 24 Sept hingga 4 Okt.

Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2010594
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,985
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,985
Reaction score
4,387
Points
296
Awards
1
Rentas Negeri, Tidak Perlu Tergopoh - Hishamuddin

06.10.2021 - Kuala Lumpur, Malaysia dijangka mencapai sasaran vaksinasi dewasa 90 peratus dalam beberapa hari lagi. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata, sehingga semalam, kadar peratusan vaksinansi telah pun mencecah 88.74 peratus.

“Kita punya tagline dalam hal ini adalah #ReopeningSafely (buka dengan selamat). Jadi, kita jangan tergopoh-gopoh dalam membuat keputusan tanpa sasaran yang tepat…dan ia mesti disandarkan kepada data. Kalau 90 peratus sudah ditetapkan oleh semua pihak, kita kena pastikan sasaran ini dicapai dalam masa terdekat…kita tunggulah pengumuman Perdana Menteri nanti,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Bakul Makanan Hasil Sumbangan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Melalui Kementerian Pertanian dan
Industri Makanan (MAFI), di Padang Kawad, Kementah di sini, hari ini.

Beliau menjawab demikian ketika ditanya mengenai pengumuman rentas negeri yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia. Hishamuddin berkata, kerajaan cukup berhati-hati dan mengambil tanggungjawab bagi memastikan tahap vaksinasi yang dikehendaki tercapai demi kesejahteraan rakyat. Jelas beliau, penetapan itu tidak akan berubah dan orang ramai tidak perlu bimbang mengenainya. Tambah beliau, penetapan kadara 90 peratus tahap vaksinasi itu dibuat berdasarkan kajian dan pertimbangan saintifik yang tidak boleh dipertikai oleh mana-mana pihak.

“Sebab itu apa yang kita lakukan sejak kebelakangan ini banyak berkisar kepada pertimbangan-pertimbangan data dan saintifik. Saya puas hatilah perjalanan kita dalam berhadapan dengan Covid-19 ketika ini…kita berdoa dan berharap dengan kelongaran-kelongaran baharu ini jumlah Covid-19 tidak meningkat…tekanan kepada wad di ICU tak bertambah dan disiplin orang ramai terhadap SOP juga tak berubah,” katanya.

Berita asal https://malaysiagazette.com/2021/10/06/rentas-negeri-tidak-perlu-tergopoh-gopoh-hishammuddin/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,985
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,985
Reaction score
4,387
Points
296
Awards
1
Perak Sedia Terima "Arus Rentas Negeri" - MB

06.10.2021 - Kuala lumpur, Perak tidak akan menolak ‘arus rentas negeri’ sebaliknya bersedia menerima kehadiran pelawat dan pelancong sebagaimana hasrat kerajaan untuk membenarkan kelonggaran tersebut apabila negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa. Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad berkata pihak berwajib termasuk pihak berkuasa tempatan dan pemain industri pelancongan akan bersiapsiaga dalam mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19 sebaik kelonggaran rentas negeri dilaksanakan.

“Dalam mesyuarat (mesyuarat kerajaan negeri) hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi ada bangkitkan mengenai perkembangan ini khasnya yang berkaitan pelancongan. Kita lihat pelaksanaan gelembung pelancongan di Pulau Langkawi dan pastinya apabila sempadan dibuka, orang ramai akan ke beberapa tempat tumpuan utama seperti Pulau Pangkor. Maka ada beberapa perkara dibangkitkan termasuk SOP lebih ketat dan penambahan feri untuk mengangkut pelancong. Kita tidak boleh tolak kehadiran orang ramai namun tidak bermakna mereka akan terus bebas. Mesyuarat hari ini bersetuju agar semua pihak terlibat mementingkan pematuhan SOP bagi mengurangkan risiko jangkitan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat kerajaan negeri di sini hari ini.

Baru-baru ini, Nolee Ashilin dilaporkan berkata SOP untuk gelembung pelancongan ke Pulau Pangkor dalam peringkat penyediaan dan dijangka siap minggu depan dengan draf SOP tersebut akan diserahkan kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk disemak sebelum pulau peranginan itu boleh dibuka kembali kepada pengunjung. erdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini mengumumkan kelonggaran rentas negeri dibenarkan apabila negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa berdasarkan data dan analisis dibuat Kementerian Kesihatan.

Setakat semalam, kadar lengkap 90 peratus vaksinasi COVID-19 populasi dewasa merekodkan jumlah 88.4 peratus. Menurut laman COVIDNOW, sebanyak 20,698,852 atau 88.4 peratus rakyat berumur 18 tahun ke atas telah lengkap menerima vaksin COVID-19.

Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2010811
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,985
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,985
Reaction score
4,387
Points
296
Awards
1
Polis Serbu Pusat Hiburan Ingkar SOP, Kompaun RM181,000

17.11.2021 - Johor Bahru, Seramai 32 individu termasuk 13 wanita dikompaun RM181,000 kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) di sebuah pusat hiburan di Jalan Tun Abdul Razak Susur 1, di sini malam tadi. Penjaga premis dikompaun sebanyak RM25,000 manakala setiap pengunjung dikompaun sebanyak RM5,000 ringgit setiap seorang.

Ketua Pasukan Task Force Ibu Pejabat Polis Konntinjen (IPK) Johor, Asisten Supritenden Saifullah Jaya @yahaya berkata, hasil pemeriksaan mendapati kesemua pengunjung didapati melanggar SOP Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN). Antara SOP yang dilanggar oleh pengunjung kerana tidak menjaga penjarakan fizikal.

“Hasil maklumat daripada orang awam kepada Ketua Polis Johor sendiri yang mana terdapat operasi pusat hiburan dijalankan di sini. Apabila kita masuk, muzik dan lampu dipasang dan didapati seramai 18 lelaki dan 14 wanita berhibur di dalam premis dan mendapati nama mereka tidak dipaparkan Mysejahtera di dalam premis. Jadi kita anggap kesemua pelanggan melanggar SOP ditetapkan,” katanya ketika ditemui selepas mengetuai operasi di sini malam tadi.

Menurut Saifullah Jaya, kesemua mereka yang ditahan berumur diantara 18 hingga 38 tahun. Sementara itu, 13 daripada mereka mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah. Pemeriksaan turut mendapati premis pusat hiburan itu beroperasi tanpa lesen yang sah. Kesemua yang ditahan telah diambil tindakan mengikut Peraturan 17 kurungan satu Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 dan kes disiasat mengikut Seksyen 6 (2) Enakmen Negeri Johor.​

1637128996895.png
 

yussv

Active+ Member
Messages
4,236
Paid Membership
Joined
Oct 18, 2008
Messages
4,236
Reaction score
662
Points
81
Polis Serbu Pusat Hiburan Ingkar SOP, Kompaun RM181,000

17.11.2021 - Johor Bahru, Seramai 32 individu termasuk 13 wanita dikompaun RM181,000 kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) di sebuah pusat hiburan di Jalan Tun Abdul Razak Susur 1, di sini malam tadi. Penjaga premis dikompaun sebanyak RM25,000 manakala setiap pengunjung dikompaun sebanyak RM5,000 ringgit setiap seorang.

Ketua Pasukan Task Force Ibu Pejabat Polis Konntinjen (IPK) Johor, Asisten Supritenden Saifullah Jaya @yahaya berkata, hasil pemeriksaan mendapati kesemua pengunjung didapati melanggar SOP Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN). Antara SOP yang dilanggar oleh pengunjung kerana tidak menjaga penjarakan fizikal.

“Hasil maklumat daripada orang awam kepada Ketua Polis Johor sendiri yang mana terdapat operasi pusat hiburan dijalankan di sini. Apabila kita masuk, muzik dan lampu dipasang dan didapati seramai 18 lelaki dan 14 wanita berhibur di dalam premis dan mendapati nama mereka tidak dipaparkan Mysejahtera di dalam premis. Jadi kita anggap kesemua pelanggan melanggar SOP ditetapkan,” katanya ketika ditemui selepas mengetuai operasi di sini malam tadi.

Menurut Saifullah Jaya, kesemua mereka yang ditahan berumur diantara 18 hingga 38 tahun. Sementara itu, 13 daripada mereka mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah. Pemeriksaan turut mendapati premis pusat hiburan itu beroperasi tanpa lesen yang sah. Kesemua yang ditahan telah diambil tindakan mengikut Peraturan 17 kurungan satu Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 dan kes disiasat mengikut Seksyen 6 (2) Enakmen Negeri Johor.​

1637128996895.png
Skali serbu 180k.. bnyk kelab mlm nk serbu ni.. mane ade kelab mlm ikut sop..joget 1m jarak.. 😅
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,985
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,985
Reaction score
4,387
Points
296
Awards
1
Ramai Masih Alpa SOP Pencegahan Covid-19

22.11.2021 - Kuala Lumpur, Sebanyak 377 kompaun dikeluarkan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-46. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu mencatatkan peningkatan sebanyak 37 peratus berbanding minggu sebelumnya.

"Pada ME ke-45 dan ME ke-46, sebanyak 373 kompaun dikeluarkan kepada 344 individu dan 29 pertubuhan perbadanan dengan peningkatan 37 peratus berbanding 251 kompaun pada minggu sebelumnya. Selain itu, terdapat 66 premis ditutup membabitkan peningkatan 1.6 peratus berbanding 63 premis ditutup pada minggu sebelumnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa giat melakukan aktiviti penguatkuasaan pematuhan SOP di seluruh negara setiap minggu.

"Peningkatan kompaun yang dikeluarkan ini menunjukkan masih ramai penduduk Malaysia yang alpa terhadap pengamalan SOP sebagai pencegahan Covid-19. Tindakan itu menyebabkan berlakunya risiko tinggi untuk menyebarkan atau mendapat jangkitan Covid-19," katanya.

Mengulas mengenai indikator utama jangkitan Covid-19, beliau berkata, ia menunjukkan tren penurunan kecuali purata kes aktif yang meningkat sebanyak enam peratus pada ME ke-46 berbanding ME ke-45.

"Sehingga 20 November lalu (ME ke-46), sebanyak 2,581,747 kes kumulatif Covid-19 dilaporkan dengan 69,485 kes aktif dan 29,978 kes kumulatif kematian. Tren penurunan purata kes aktif yang dulunya konsisten selama 10 minggu kini menunjukkan peningkatan semula selepas lima minggu kebenaran merentas negeri diumumkan. Kesan peningkatan kes baharu dan kes aktif selama dua minggu berturut-turut ini dapat dilihat di mana kemasukan kes ke fasiliti kesihatan terutamanya bagi pesakit kategori tiga hingga lima mulai meningkat," katanya.

Bagaimanapun, katanya, keberkesanan vaksin Covid-19 dalam mengurangkan kematian dapat dilihat dengan apabila terdapat penurunan kes kematian, kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

"Dari segi kluster, terdapat kumulatif 5,878 kluster dilaporkan pada ME ke-46 dan hanya 240 kluster masih lagi aktif dengan penurunan sebanyak 13.7 peratus berbanding ME ke-45. Bagaimanapun, kewujudan kluster komuniti yang sebelum ini mencatatkan penurunan semenjak ME ke-30 mulai meningkat sedikit pada ME ke-46 selari dengan pembukaan sempadan negeri yang memudahkan masyarakat menziarahi saudara. Peningkatan kluster komuniti ini bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan memandangkan individu pelbagai lapisan umur hidup bersama dalam satu isi rumah yang sama," katanya.

Katanya, golongan berusia bawah 12 tahun adalah golongan yang belum menerima vaksin Covid-19 dan mempunyai keberangkalian yang tinggi untuk terkesan sekiranya dijangkiti daripada ahli keluarga mereka. Menurutnya, jumlah pesakit Covid-19 kategori tiga hingga lima yang dirawat di fasiliti kesihatan didapati meningkat terutamanya bagi golongan yang berusia 40 tahun ke atas mulai ME ke-44.

"Golongan 40 tahun ke atas termasuk dalam kategori golongan yang produktif dalam menjana semula ekonomi negara dan jika peningkatan bilangan ini berterusan pada minggu akan datang akan melambatkan usaha kerajaan memakmurkan semula ekonomi. Walaupun kebanyakan golongan itu sudah lengkap divaksinasi mulai pertengahan tahun lalu, kajian terbaru mendapati keberkesanan vaksin akan menurun selepas beberapa bulan bergantung kepada jenis vaksin yang diambil. Oleh itu, KKM menggesa individu yang mendapat tarikh janji temu dos penggalak vaksin Covid-19 untuk hadir bagi menerima suntikan terbabit," katanya.

Menurutnya, keberkesanan program vaksinasi remaja (PICK-A) yang sudah meliputi 82.3 peratus populasi remaja Malaysia dilihat menunjukkan hasil bagus dalam melindungi golongan itu daripada jangkitan Covid-19 yang lebih teruk.

Berita asal https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/11/780319/ramai-masih-alpa-sop-pencegahan-covid-19
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,985
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,985
Reaction score
4,387
Points
296
Awards
1
Tiada Pelaksanaan, Pelanjutan Dan Penamatan PKPD - MKN

30.11.2021 - Kuala Lumpur, Tiada pelaksanaan baharu Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada hari ini. Malahan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad berkata, tiada sebarang pelanjutan serta penamatan PKPD juga dilaksanakan pada hari ini. Ia merupakan hari keempat berturut-turut tiada pelaksanaan, pelanjutan dan penamatan PKPD.

Pada 26 November lalu, PKPD hanya dilaksanakan di Raub, Pahang iaitu membabitkan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Sungai Ruan, Mukim Gali bermula 28 November lalu hingga 11 Disember ini.​

1638298879309.png
 

yussv

Active+ Member
Messages
4,236
Paid Membership
Joined
Oct 18, 2008
Messages
4,236
Reaction score
662
Points
81
Kite dlm fasa utk beralih kpd endamik.. hrp smua baik2 je la
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register