BTC USD 35,890.9 Gold USD 1,840.72
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Kemaskini Maklumat PKP Di Semenanjung, Sabah & Sarawak

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,985
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,985
Reaction score
4,387
Points
296
Awards
1
Pelaksanaan PKPD berkuatkuasa 29 September hingga 12 Oktober 2021

1632741184479.png
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,985
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,985
Reaction score
4,387
Points
296
Awards
1
KENYATAAN MEDIA KETUA PENGARAH KESELAMATAN NEGARA MENGENAI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN (PKPD) 27 SEPTEMBER 2021.

1632742385778.png

1632742392064.png
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,985
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,985
Reaction score
4,387
Points
296
Awards
1
14 Cuba Rentas Negeri Di Kompaun

27.09.2021 - Kuala lumpur, Seramai 14 individu yang cuba mengambil kesempatan kelonggaran Pelan Pemulihan Negara (PPN) ditahan kerana cuba merentas negeri, semalam. Senior Asisten Komisioner (SAC) Gerakan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, SAC M V Srikumar Nair berkata, sebanyak 391 kompaun dikeluarkan kepada individu kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

"Daripada jumlah itu, 14 daripadanya adalah cubaan untuk merentas negeri tanpa kebenaran yang sah. Bagi tempoh semalam juga sebanyak 4,497 premis di seluruh negara diarahkan tutup kerana melanggar peraturan yang ditetapkan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, selain itu sebanyak 16,682 kilang turut diperiksa di mana daripada jumlah itu 31 daripadanya dikompaun dan 13 diarah tutup.

"Premis kilang di Pahang mencatatkan jumlah premis yang diarah tutup tertinggi iaitu sebanyak lapan premis. Premis lain yang diarah tutup ialah di Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Melaka," katanya.

Berita asal https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/09/759892/14-cuba-rentas-negeri-dikompaun
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,985
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,985
Reaction score
4,387
Points
296
Awards
1
Beberapa Lokaliti Di Pahang, Perak Di Arah PKPD

27.09.2021 - Kuala lumpur, Tiga lokaliti di Pahang dan empat di Perak diarah menjalani perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 29 September ini. Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Rodzi Md Saad dalam kenyataan hari ini berkata, pelaksanaan PKPD akan berlangsung sehingga 12 Oktober. Berikut adalah perincian lokaliti yang terlibat dalam pelaksanaan dan penamatan PKPD.
Pelaksanaan PKPD 29 September hingga 12 Oktober:

Pahang

  • Tiga rancangan FELDA di Bera melibatkan Felda Rentam, Felda Tementi dan Felda Sebertak
Perak
  • Perkampungan Orang Asli Seri Makmur, Tanjung Rambutan, Kinta melibatkan Kampung Bakok, Kampung Jambu, Kampung Lalang dan Kampung Dollah

Penamatan PKPD pada 28 September:

Pahang

  • Kampung Temalian, dan Mukim Ulu Dong, Raub
  • Kampung Paya Pelong Kerdau, Temerloh.
Perak
  • Kampung Orang Asli Ganggai, Mukim Slim, Mualim
Sabah
  • Kampung Rugading, Kota Marudu
  • Fu Yee factory, Kalabakan
  • Kampung Warisan dan Rumah Pangsa Tanjung Aru, Kota Kinabalu
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,985
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,985
Reaction score
4,387
Points
296
Awards
1
Seluruh Sarawak Masuk Fasa 3 PPN Mulai 1 Oktober

27.09.2021 - Kuala Lumpur, Zon Selatan negeri Sarawak merangkumi daerah Kuching, Bau, Lundu, Samarahan, Asajaya, Simunjan, Serian dan daerah Tebedu akan beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai 1 Okt ini. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan memaklumkan keputusan itu selepas membuat penilaian risiko dan mengambil kira nilai-nilai ambang bagi ketiga-tiga indikator PPN bagi Zon Selatan. Susulan peralihan tersebut, seluruh Sarawak akan berada dalam Fasa Tiga PPN berkuat kuasa 1 Okt.

“Prosedur operasi standard (SOP) bagi sektor-sektor khusus boleh didapati di laman web Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak serta Kementerian Belia dan Sukan negeri dengan informasi yang berkaitan akan dimuat naik ke laman tersebut pada minggu ini. Bagi pemandu dan pekerja sektor kenderaan yang membawa barangan serta perkhidmatan perlu adalah diwajibkan menjalani saringan ‘RTK-Antigen’ atau ujian air liur setiap tujuh hari selain mendapatkan permit PDRM jika perlu melaksanakan tugas secara merentas daerah dengan kerap atau berkala,” kata JPBNS.

Sebelum ini, Sarawak dibenarkan untuk melaksanakan Fasa Tiga PPN di negeri berkenaan pada 3 Ogos lepas. Namun JPBN mengambil keputusan menangguhkan pelaksanaan fasa itu di zon berkenaan berikutan angka kes yang masih tinggi di zon tersebut ketika itu. Sementara itu, Sarawak hari ini merekodkan 2,723 kes baharu Covid-19 dengan 12 individu mengalami jangkitan paru-paru dan memerlukan bantuan alat pernafasan manakala 2,711 kes lagi adalah mereka yang tidak bergejala dan bergejala ringan.

Sebanyak 19 kematian dilaporkan hari ini, masing-masing tiga kematian direkodkan antara 7 dan 23 Sept, empat kematian (24 Sept), 11 kematian ( 25 Sept) dan satu kematian pada 26 Sept. JPBN turut mengisytiharkan dua kluster baharu di Limbang dikenali sebagai Kluster Tembok Limbang yang dikesan melibatkan banduan di Penjara Pusat Limbang, dengan 14 orang dikesan positif daripada 63 individu disaring. Bagi Kluster Melaban yang dikesan melibatkan penduduk di sebuah rumah panjang pula, sejumlah 37 individu didapati positif daripada 50 orang yang disaring.

Berita asal https://www.freemalaysiatoday.com/c...ruh-sarawak-masuk-fasa-3-ppn-mulai-1-oktober/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,985
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,985
Reaction score
4,387
Points
296
Awards
1
55 Hotel Di Tutup Sepenuhnya Akibat Covid-19

04.10.2021 - Kuala Lumpur, Sebanyak 55 hotel ditutup sepenuhnya manakala 86 hotel ditutup sementara dari Mac 2020 hingga kini akibat pandemik Covid-19, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini. Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) Datuk Seri Dr Santhara Kumar berkata hotel-hotel itu adalah hotel yang berdaftar dengan Persatuan Hotel Malaysia (MAH) dan diiktiraf oleh Motac. Beliau berkata berikutan penutupan sepenuhnya dan sementara hotel-hotel terlibat, dianggarkan lebih 8,000 pekerja sektor perhotelan dibuang kerja.

"Bagi menghidupkan semula aktiviti pelancongan dan kelangsungan pekerjaan sektor ini, pelbagai bantuan telah disediakan secara langsung menerusi pakej rangsangan ekonomi antaranya Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) serta Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) contohnya bantuan kewangan secara one-off (sekali beri) kepada penggiat industri. Bantuan-bantuan lain seperti pelanjutan diskaun bil elektrik kepada penggiat industri, pengusaha hotel, pengendali taman tema dan sebagainya sehingga 31 Dis ini, pengecualian cukai pelancongan dan cukai perkhidmatan serta penangguhan pembayaran ansuran cukai dan skim subsidi upah," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Jefridin Atan berhubung jumlah hotel di negara ini yang terpaksa menutup operasi atau gulung tikar akibat pandemik Covid-19 dan bantuan yang diberikan Motac kepada pengusaha-pengusaha terlibat. Menjawab soalan asal Jefridin mengenai inisiatif yang diambil Motac dalam memulihkan semula sektor pelancongan terutamanya melibatkan penyelenggaraan kawasan tumpuan utama, Santhara berkata sebanyak RM30 juta diperuntukkan bagi tujuan penyelenggaraan kemudahan atau infrastruktur pelancongan dengan 89 projek sedang dilaksanakan di bawah peruntukan itu di seluruh negara sehingga kini.

Selain itu, beliau berkata melalui Belanjawan 2021, Motac juga diperuntukkan RM20 juta bagi menambah baik infrastruktur dan mempergiat promosi Kampung-kampung Budaya di empat negeri iaitu Terengganu, Melaka, Sarawak dan Negeri Sembilan.

"Secara umumnya, Motac sentiasa bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri dalam memastikan pembangunan pelancongan sentiasa ditambah baik. Ini bagi membolehkannya menjadi tarikan kepada pelancong sekali gus menyumbang kepada peningkatan ekonomi penduduk setempat. Projek penyelenggaraan dan naik taraf juga telah dilaksanakan di kawasan tumpuan utama dan popular bagi memastikan ketersediaan infrastruktur pelancongan di tahap yang optimum serta selamat dikunjung menjelang pembukaan sektor pelancongan kelak," katanya.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/593995
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,985
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,985
Reaction score
4,387
Points
296
Awards
1
Kemaskini Negeri COVID-19 di Malaysia Sehingga 04 OKT 2021

1633346085428.png
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,985
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,985
Reaction score
4,387
Points
296
Awards
1
Sebahagian Kampung Pasir Kelang Di Kenakan PKP

04.10.2021 - Kuala Lumpur, Sebahagian Kampung Pasir Kelang, Mukim Batu Mengkebang, Kuala Krai, Kelantan akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari bermula Rabu ini hingga 16 Oktober. Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad berkata, pelaksanaan PKPD itu berdasarkan penilaian risiko dan trend jangkitan Covid-19.

"Sementara itu, PKPD di ladang dan kilang sawit RMDC Sdn Bhd, Bukit Koman, Mukim Gali, Raub, Pahang yang sepatutnya tamat, esok akan dilanjutkan bermula Rabu ini hingga 19 Oktober nanti," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Rodzi berkata, Kampung Garib, Matunggong, Kudat, Sabah dikenakan PKPD pada 22 September lalu akan ditamatkan esok seperti dijadualkan.

"Selain itu, Kampung Dusun, Pak Senam, Mukim Ulu Jelai, Lipis, Pahang yang dikenakan PKPD sejak 8 September lalu juga akan ditamatkan esok seperti dijadualkan.

"Tiga lokaliti di Rancangan FELDA di Bera, Pahang iaitu FELDA Rentam, FELDA Tementi dan FELDA Sebertak yang dikenakan PKPD sejak 29 September lalu akan ditamatkan esok iaitu lebih awal dari dijadualkan pada 12 Oktober ini," katanya.

Berita asal https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/10/762562/sebahagian-kampung-pasir-kelang-dikenakan-pkpd
 

underscore

Legendary Member
gem
Messages
12,092
Joined
Sep 20, 2008
Messages
12,092
Reaction score
4,467
Points
266
Awards
2
IPOH - Polis Perak bercadang untuk menamatkan sekatan jalan raya (SJR) antara daerah selepas negeri ini mencapai kadar vaksinasi yang memuaskan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, langkah itu selari dengan kelonggaran pergerakan yang diberikan kerajaan termasuk di negeri ini yang berada dalam Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menurutnya, bagi tujuan itu, polis akan melakukan kajian semula sebelum mengemukakannya kepada urusetia Covid-19 Perak.

"Semuanya bergantung kepada kadar vaksinasi dan kelulusan daripada kerajaan negeri.

"Sekiranya kadar vaksinasi di Perak telah sampai ke satu tahap yang baik dan kita berpuas hati, maka kita cadangkan agar SJR antara daerah dibubarkan dan hanya mengekalkan sekatan di sempadan negeri sahaja.

"Kita akan buat cara lain seperti tubuhkan lebih banyak pasukan pemantau untuk memastikan prosedur operasi standard (SOP) tetap dipatuhi, tanpa perlu melalui sekatan di jalan raya," katanya kepada pemberita pada Isnin.

Beliau berkata, pembubaran SJR yang melibatkan 15 daerah itu membolehkan anggota terlibat memberi tumpuan terhadap tugasan kepolisan yang lain terutama kawalan jenayah.

"Apabila orang ramai sudah mula boleh bergerak, bermakna penjenayah pun bergerak sama untuk lakukan kegiatan jenayah mereka.


"Jadi kita cuba menambah baik cara kita untuk mengawal jenayah daripada berlaku, sekali gus pastikan rakyat negeri ini kekal selamat," katanya.

Sehingga kini, polis Perak telah mendirikan sebanyak 58 SJR membabitkan sekatan antara daerah dan kawasan sempadan di lima negeri dengan penugasan pegawai dan anggota polis seramai 933 orang.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/164977/EDISI/Polis-Perak-cadang-tamat-SJR-antara-daerah
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register