BTC USD 36,082.5 Gold USD 1,838.77
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Kemaskini Maklumat PKP Di Semenanjung, Sabah & Sarawak

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
332,786
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
332,786
Reaction score
17,750
Points
2,536
Awards
1
RENTAS NEGERI | 5,799 Permohonan Rentas Negeri Ditolak Sejak 10 September

Polis menolak 5,799 permohonan rentas negeri di antara 10 September hingga Khamis lalu, atas alasan tidak dibenarkan mengikut SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Mastor Mohd Ariff, berkata alasan itu termasuk untuk meninjau rumah dan menziarah ibu bapa di kampung.

 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,985
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,985
Reaction score
4,387
Points
296
Awards
1
PKPD Di 3 Lokaliti Di Pahang, 1 Di Sabah

18.09.2021 - Kuala Lumpur,
Perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di tiga lokaliti di Pahang dan satu di Sabah bermula 20 Sept hingga 3 Okt ini, kata Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Rodzi Md Saad dalam kenyataan.

Pelaksanaan PKPD bermula 20 Sept hingga 3 Okt seperti berikut:

Pahang


  • Lembah Bertam
  • Mukim Ulu Telom
  • Cameron Highlands (Kampung Sungai Kabuk, Kampung Sungai Tiang, Kampung Sungai Chohong).
Sabah
  • Kampung Tamu Darat, Kota Belud.

Penamatan PKPD pada 19 Sept:

Sabah

  • Pusat Latihan Polis (Pulapol), Kota Kinabalu.
Kedah
  • Dua Zon dalam Mukim Kuala Kedah, Kota Setar.
Perak
  • Penjara Tapah (termasuk kuarters), Batang Padang.

1631965762552.png

Berita asal https://www.freemalaysiatoday.com/c...9/18/pkpd-di-3-lokaliti-di-pahang-1-di-sabah/
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
332,786
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
332,786
Reaction score
17,750
Points
2,536
Awards
1
PKPD | Empat Lokaliti Di Pahang & Sabah Dikenakan PKPD

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di empat lokaliti melibatkan dua negeri di Pahang dan Sabah akan dilaksanakan dua minggu bermula esok.

 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,985
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,985
Reaction score
4,387
Points
296
Awards
1
6 Individu Di Kompaun Rentas Negeri Melancong Ke Pulau Redang

26.09.2021 - Kuala lumpur, Seramai enam individu termasuk seorang wanita dikenakan kompaun RM5,000 seorang kerana merentas negeri untuk tujuan melancong ke Pulau Redang di Kuala Nerus.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata kompaun terhadap individu berumur 32 hingga 47 tahun itu dikeluarkan melalui pemantauan Operasi Bersepadu Pematuhan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Bagi Fasa Tiga Dalam Sektor Pelancongan, selama dua hari bermula Jumaat lepas.

Rohaimi berkata daripada enam individu itu, dua didapati merentas negeri dari Kuala Lumpur, dua dari Selangor dan masing-masing seorang dari Pulau Pinang dan Melaka.

“Operasi seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada sebarang pelanggaran SOP (Prosedur Operasi Standard) berlaku bagi mengelakkan sebarang peningkatan kes jangkitan dan penularan Covid-19 di Terengganu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rohaimi berkata tindakan keras juga akan diambil terhadap mana-mana pengusaha resort yang mengabaikan SOP, termasuk membenarkan pelancong dari luar Terengganu menginap dengan tujuan melancong atau lalai dalam memastikan penginap premis mereka lengkap menerima vaksin Covid-19.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/592843
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,985
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,985
Reaction score
4,387
Points
296
Awards
1
Taman Tema Di Jangka Di Buka Semula November Ini

26.09.2021 - Ipoh, Taman tema di seluruh negara dijangka dibuka semula kepada orang ramai selewat-lewatnya November ini, iaitu selepas kadar vaksinasi negara mencapai 90 peratus populasi dewasa. Bagaimanapun, Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) Datuk Seri Dr Santhara Kumar berkata kebenaran pembukaan semula taman tema itu tertakluk pada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan, yang kini sedang mengkaji prosedur operasi standard (SOP) berkaitan pembukaan taman tema.

"Pada pendapat saya taman tema ini adalah persekitaran yang dapat dikawal dengan pematuhan SOP yang ketat, berbanding dengan persekitaran di pantai. "Di samping itu, pemain industri pelancongan ketika ini sudah bersiap sedia sepenuhnya untuk menghidupkan semula sektor pelancongan yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Taman Tema Lost World of Tambun sempena lawatan kerja sehari di sini hari ini. Khamis lepas, Menteri MOTAC Datuk Seri Nancy Shukri berkata keputusan mengenai pembukaan semula taman tema keluarga bakal diumumkan tidak lama lagi.
1632651713875.png
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,985
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,985
Reaction score
4,387
Points
296
Awards
1
Perak Tidak Akan Terburu - Buru Buka Pulau Pangkor Kepada Umum

26.09.2021 - Lumut, Kerajaan Negeri Perak tidak akan terburu-buru dan masih meneliti pelbagai kemungkinan secara menyeluruh sebelum membuat keputusan membuka semula Pulau Pangkor kepada masyarakat umum khususnya pelancong. Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad berkata penanda aras utama sebelum pembukaan semula destinasi itu adalah berdasarkan kesan Gelembung Pelancongan yang dilaksanakan di Langkawi sejak 16 Sept lepas.

“Di Pangkor, kita perlu ambil kira (situasi) nelayan, penduduk setempat dan para peniaga juga. Kita tidak mahu ada jangkitan baharu yang menyebabkan bukan sahaja Pangkor tetapi seluruh negeri dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat. Ini sesuatu yang malang. Jadi, kita perlu lihat dahulu program Gelembung Pelancongan dibuat percubaannya di Langkawi. Ia perlu masa selama dua minggu untuk melihat kesannya sejak dibuka pada 16 Sept lepas. Kalau tiada masalah maka sudah tentu kita akan membenarkan Pulau Pangkor kembali dibuka,” katanya pada sidang media di Dewan Amanjaya Fasa 3A hari ini selepas melawat kawasan yang terjejas akibat ribut di sekitar Manjung.

Pada 12 Sept lepas, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Perak Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata Pulau Pangkor dijangka dibuka kepada pengunjung yang telah lengkap divaksin pada 1 Nov ini. Beliau berkata bagaimanapun, pembukaan semula pusat peranginan itu masih tertakluk kepada Majlis Keselamatan Negara. Saarani juga berkata pemantauan secara rapi oleh pihak berwajib perlu dilaksanakan di semua terminal atau jeti yang menjadi laluan keluar masuk pengunjung ke Pulau Pangkor.

“Kita jangan lupa, hendak masuk ke Pulau Pangkor tiada kemudahan kapal terbang seperti di Langkawi. Di sini kita hanya ada feri dan bot. Ini bermakna semua pengunjung perlu menunggu di jeti. Di situ orang akan berkumpul dan mungkin jadi sesak. Kalau tidak ditangani dengan betul, kesan (jangkitan) itu akan ada,” katanya.

Beliau berkata pihaknya juga akan membuka semula semua destinasi pelancongan di Perak jika pembukaan Pulau Pangkor tidak mendatangkan sebarang masalah yang membabitkan penularan COVID-19.
1632651819862.png
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,985
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,985
Reaction score
4,387
Points
296
Awards
1
PKPD Di 2 Kampung Di Pahang

26.09.2021 - Kuala Lumpur, Dua lagi lokaliti di Pahang akan dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) mulai 28 Sept hingga 11 Okt ini. Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Rodzi Md Saad dalam kenyataan berkata, PKPD di satu lokaliti di Pahang pula akan tamat esok.

Pelaksanaan PKPD bermula 28 Sept hingga 11 Okt:
Pahang
  • Kampung Orang Asli Sungai Mai di Jerantut.
  • Kampung Inoi di Rompin.

Penamatan PKPD pada 27 Sept:
Pahang
  • Rancangan Rumah Murah Kampung Kolek di Sungai Lembing, Kuantan.

Berita asal https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/26/pkpd-di-2-kampung-di-pahang/
 

puyol

CG Top Poster Club
gem
Messages
25,649
Joined
Jun 28, 2011
Messages
25,649
Reaction score
2,902
Points
261
Awards
1
Perak Tidak Akan Terburu - Buru Buka Pulau Pangkor Kepada Umum

26.09.2021 - Lumut, Kerajaan Negeri Perak tidak akan terburu-buru dan masih meneliti pelbagai kemungkinan secara menyeluruh sebelum membuat keputusan membuka semula Pulau Pangkor kepada masyarakat umum khususnya pelancong. Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad berkata penanda aras utama sebelum pembukaan semula destinasi itu adalah berdasarkan kesan Gelembung Pelancongan yang dilaksanakan di Langkawi sejak 16 Sept lepas.

“Di Pangkor, kita perlu ambil kira (situasi) nelayan, penduduk setempat dan para peniaga juga. Kita tidak mahu ada jangkitan baharu yang menyebabkan bukan sahaja Pangkor tetapi seluruh negeri dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat. Ini sesuatu yang malang. Jadi, kita perlu lihat dahulu program Gelembung Pelancongan dibuat percubaannya di Langkawi. Ia perlu masa selama dua minggu untuk melihat kesannya sejak dibuka pada 16 Sept lepas. Kalau tiada masalah maka sudah tentu kita akan membenarkan Pulau Pangkor kembali dibuka,” katanya pada sidang media di Dewan Amanjaya Fasa 3A hari ini selepas melawat kawasan yang terjejas akibat ribut di sekitar Manjung.

Pada 12 Sept lepas, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Perak Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata Pulau Pangkor dijangka dibuka kepada pengunjung yang telah lengkap divaksin pada 1 Nov ini. Beliau berkata bagaimanapun, pembukaan semula pusat peranginan itu masih tertakluk kepada Majlis Keselamatan Negara. Saarani juga berkata pemantauan secara rapi oleh pihak berwajib perlu dilaksanakan di semua terminal atau jeti yang menjadi laluan keluar masuk pengunjung ke Pulau Pangkor.

“Kita jangan lupa, hendak masuk ke Pulau Pangkor tiada kemudahan kapal terbang seperti di Langkawi. Di sini kita hanya ada feri dan bot. Ini bermakna semua pengunjung perlu menunggu di jeti. Di situ orang akan berkumpul dan mungkin jadi sesak. Kalau tidak ditangani dengan betul, kesan (jangkitan) itu akan ada,” katanya.

Beliau berkata pihaknya juga akan membuka semula semua destinasi pelancongan di Perak jika pembukaan Pulau Pangkor tidak mendatangkan sebarang masalah yang membabitkan penularan COVID-19.
1632651819862.png
Sebelah MB tu Hatta Ramli ke?
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
332,786
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
332,786
Reaction score
17,750
Points
2,536
Awards
1
COVID-19 | PKPD 2 Lokaliti Di Pahang Mulai Esok

Dua lokaliti di Pahang dikenakan PKPD selama dua minggu bermula esok hingga 11 Oktober depan.

 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,985
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,985
Reaction score
4,387
Points
296
Awards
1
KKM Benarkan Suami Temani Isteri Di Bilik Bersalin

27.09.2021 - Kuala Lumpur, Suami yang lengkap menerima dos vaksin Covid-19 akan dibenar menemani isteri yang bakal melahirkan anak dalam bilik bersalin, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Beliau berkata selain itu suami juga perlu negatif ujian Covid-19 sebelum dibenarkan menemani isteri mereka.

"Saya telah minta Ketua Pengarah Kesihatan (Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah) untuk membenarkan bakal bapa yang lengkap divaksinasi dan menjalankan ujian Covid-19 dan negatif, untuk menemani isteri mereka dalam bilik bersalin," katanya dalam entri terbaru di laman Twitter rasminya, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab permintaan seorang pengguna media sosial itu yang memohon agar golongan bapa yang lengkap divaksinasi dan keputusan ujian Covid-19 negatif, dibenarkan menemani isteri dalam bilik bersalin. Entri Khairy itu kemudian dibalas oleh Dr Noor Hisham yang menyatakan: “Ya, akan laksanakan apa yang diperlukan.”

Sebelum ini hospital kerajaan tidak membenarkan suami untuk menemani isteri dalam bilik bersalin sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lepas akibat penularan wabak Covid-19.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/592999
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register