BTC USD 47,325.6 Gold USD 1,750.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Kemaskini Maklumat PKP Di Semenanjung, Sabah & Sarawak

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,293
Reaction score
4,145
Points
236
51 Kes Covid-19 Di Kesan Di PKPD Jalan Pandan Indah

23.07.2021 - Shah Alam, Sebanyak 51 kes positif Covid-19 dikesan dalam kalangan penduduk Pangsapuri Merpati A, Jalan Pandan Indah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak 18 Julai lalu. Pegawai Daerah Hulu Langat Najmuddin Jemain berkata keputusan itu diperoleh hasil saringan yang dilakukan terhadap 1,400 penduduk selama dua hari.

“Bagi individu yang negatif, mereka akan divaksin tiga hari sebelum tamat tempoh PKPD dan diberikan kepada individu yang belum mempunyai janji temu MySejahtera. Bagaimanapun, mereka yang positif atau telah sembuh Covid-19 dikecualikan daripada diberikan vaksin,” katanya ketika dihubungi.

Najmuddin berkata sebuah klinik sementara yang berfungsi sebagai pusat penilaian Covid-19 (CAC) turut dibuka untuk penduduk di kawasan itu.

“Pesakit boleh hadir ke CAC ini sepanjang waktu bekerja, namun apabila tamat boleh merujuk ke Klinik Kesihatan Batu 9 jika berlaku kecemasan,” katanya.

Pada 16 Julai, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan empat kawasan baharu dalam empat daerah di Selangor dikenakan PKPD selama dua minggu mulai 18 Julai. Kawasan tersebut ialah Apartment Damai, mukim Damansara, Petaling; Jalan Pandan Indah, mukim Ampang, Hulu Langat; Jalan Batu Nilam, mukim Klang, Klang dan Taman Samudera, mukim Batu, Gombak.

Berita asal https://selangorkini.my/2021/07/51-kes-covid-19-dikesan-di-pkpd-jalan-pandan-indah/
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,293
Reaction score
4,145
Points
236
Sembilan (9) Lagi Lokaliti Baru Di Kenakan PKPD

24.07.2021 - Kuala Lumpur, Sebanyak sembilan lokaliti baharu lagi akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari di empat negeri melibatkan Perak, Pahang, Kedah dan Sabah, berkuatkuasa 26 Julai hingga 8 Ogos ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat selepas Majlis Keselamatan Negara (MKN) meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mengambil kira penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 di beberapa lokaliti yang dikenal pasti itu.

“Antara lokaliti itu ialah Medan Klebang Restu (Mukim Chemor) dan Bandar Pulai Jaya (Mukim Sg.Raia), Kinta Perak; Blok 5 Felda Keratong 7, Muadzam Shah, Rompin, Pahang serta Asrama Pekerja dan Tapak Bina Hospital Pendang, Pendang, Kedah. “Manakala lima lokaliti lagi di Kampung Lajau dan Kampung Kota Klias di Beaufort; Perumahan Ladang Kim Loong, Beluran; Kampung Tungkang, Kudat serta Kampung Telisai, Tungku, Lahad Datu, Sabah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, sebanyak tujuh lokaliti di Sabah pula akan ditamatkan PKPD setelah 14 hari dan 28 hari menjalani arahan itu, berkuatkuasa 25 Julai ini.

“Ia melibatkan Ql Farm Membalua, Tawau; Kampung Pikat, Bongawan, Papar; Penjara Kepayan, Kota Kinabalu; Kampung Jawi-Jawi, Kota Belud serta tiga lokaliti di Kota Kinabalu, melibatkan Kampung Suang Parai, Taman Kingfisher Sulaman dan Bandaran Berjaya,” katanya lagi.

Berita asal https://malaysiagazette.com/2021/07/24/sembilan-lagi-lokaliti-baharu-dikenakan-pkpd-ismail-sabri/
 

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
Aug 2, 2007
Messages
14,953
Reaction score
2,345
Points
201
Pkpd la klau taman pun ikut lorong ja, apartment ikut blok
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,293
Reaction score
4,145
Points
236
Kelonggaran Bagi Yang Lengkap Vaksinasi Di Umum Dalam Beberapa Hari Lagi

25.07.2021 - Kuala Lumpur, Mereka yang telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 dijangka menerima berita baik tidak lama lagi. Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata beliau akan mengumumkan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) khusus bagi mereka dalam beberapa hari lagi.

“Kita akan muktamadkan perkara ini dan saya akan umumkannya sebagai satu pakej penuh, termasuk dalam aspek sosial, sukan, dan aktiviti makan di restoran. Perincian ini akan diumumkan tidak lama lagi,” katanya dalam temu ramah khas dengan media hari ini.

Beliau berkata antara kelonggaran yang diberikan termasuk SOP bagi pergerakan dalam negara, termasuk perjalanan rentas sempadan terutama melibatkan suami atau isteri yang tinggal berjauhan.

“Saya benar-benar berharap langkah ini akan memberikan sedikit ruang, keselesaan bagi orang ramai untuk meneruskan kehidupan dengan lebih baik,” katanya.

Pada 17 Julai lepas perdana menteri mengumumkan bahawa kelonggaran bagi individu yang telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 akan diputuskan di mesyuarat Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam minggu ini. Beliau dilaporkan berkata ini selaras dengan pembukaan lebih banyak sektor ekonomi apabila negeri beralih ke Fasa Dua PPN, terutama melibatkan kawasan Lembah Klang.

PPN dijadualkan untuk dibentangkan oleh perdana menteri dalam Sidang Khas Parlimen yang bermula Isnin ini. Merujuk kepada persidangan parlimen, Muhyiddin berkata walaupun sesi itu akan dibuka untuk perbahasan, kerajaan tegas dengan keputusan untuk meneruskan PPN sehingga keadaan negara pulih.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/584381
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,293
Reaction score
4,145
Points
236
Perkembangan Terkini Fasiliti Di Lebuhraya KLK & LPT 1

1627179224662.png
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
313,663
Reaction score
14,929
Points
2,376
PKPD | 9 Lokaliti Di Sabah, Perak & Pahang

Sembilan lokaliti di Sabah, Perak, Pahang dan Kedah akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari bermula Isnin ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia setelah mengambil kira penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19 dan bagi memutuskan penularan di komuniti terlibat.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,293
Reaction score
4,145
Points
236
Bantuan Makanan 10 Tan Kepada Penduduk Eenam Kampung Di Bawah PKPM

25.07.2021 - Kuala Lumpur, Bantuan makanan berjumlah 10 tan telah sampai kepada 2,500 keluarga di sekitar Tabuan Melayu di sini, sumbangan Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Beliau yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dalam satu kenyataan hari ini berkata penerima yang berjumlah kira-kira 10,000 orang itu adalah penduduk enam kampung di kawasan berkenaan yang diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sehingga 29 Julai.

Setiap isi rumah menerima bungkusan yang mengandungi barang keperluan, termasuk makanan dalam tin, daging segar serta ayam segar.

“Malang sekali bagi penduduk kawasan ini yang terpaksa diletakkan di bawah PKPD semasa sambutan Aidiladha, namun mereka harus faham bahawa langkah ini penting bagi membendung penularan jangkitan virus COVID-19. Saya harap bantuan makanan yang diagihkan ini boleh meringankan beban yang dihadapi penduduk dalam mengharungi tempoh yang cukup mencabar ini,” katanya.

Sementara itu Wan Junaidi berkata beliau optimis seluruh penduduk dalam kawasan parlimen Santubong akan divaksin sepenuhnya hujung bulan ini. Katanya berdasarkan kepada laporan yang diterima, program imunisasi di kawasan parlimen itu sedang berjalan lancar dengan mendapat sambutan baik dalam kalangan penduduk dan difahamkan kebanyakan penduduk sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin.

Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1985475
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
313,663
Reaction score
14,929
Points
2,376
Sebanyak 29 lokaliti di Kelantan, Perak, Terengganu, Kedah dan Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (#PKPD) bermula Selasa ini hingga 9 Ogos.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu diambil setelah Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan dan mengambil kira penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19 di kesemua lokaliti berkenaan.

 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,293
Reaction score
4,145
Points
236
Gerak Kerja Tersusun Faktor PKPD Apartment Damai Tamat Awal

26.07.2021 - Kuala Lumpur, Gerak kerja sistematik Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling menjadi faktor Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Apartment Damai PJS8 di sini ditamatkan enam hari lebih awal. Pegawai daerah Petaling berkata perancangan dan penelitian demografi penduduk kawasan itu selain bantuan pelbagai agensi memainkan peranan PKPD itu hanya dilaksana dalam tempoh lapan hari.

“Gerak kerja tersusun membolehkan semua dilakukan seperti dirancang sekali gus menamatkannya lebih awal dan membantu penduduk kembali menjalankan aktiviti ekonomi,” kata Datuk Johary Anuar pada sidang media penamatan PKPD Apartment Damai, malam tadi.

Katanya, kerjasama penduduk untuk terlibat dalam aktiviti saringan dan program vaksinasi juga turut membantu mencapai sasaran yang ditetapkan. Johary berkata ini adalah kali kedua PKPD ditamatkan lebih awal di Petaling Jaya selepas PKPD Mentari Court pada 12 Julai lalu.

“Kita bersedia berkongsi pengalaman serta pandangan dengan mana-mana pihak di kawasan lain bagaimana kita mengendalikan PKPD di kawasan Petaling ini,” katanya.

Semalam, Johary berkata seramai 1,279 penduduk pangsapuri berkenaan selesai menerima vaksin yang dimulakan sejak 23 Julai dan susulan itu pihaknya memohon penamatan PKPD lebih awal kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Timbalan perdana menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam mengumumkan PKPD Apartment Damai ditamatkan lebih awal selepas dikenakan perintah berkenaan bermula 18 Julai lalu.​

1627288518867.png
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,293
Reaction score
4,145
Points
236
Laungan Merdeka, Terima Kasih Iringi Penamatan PKPD Apartment Damai

26.07.2021 - Kuala Lumpur, Penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Apartment Damai PJS8 di sini pada jam 11.59 malam tadi disambut dengan sorakan. Laungan merdeka, terima kasih serta lambaian cahaya dari telefon pintar meraikan tempoh berkurung selama lapan hari telah berakhir.

Malah selepas lebih setengah jam ‘dibebaskan’ penduduk masih lagi meraikannya dengan terus bersorak ketika anggota tentera sedang membuka kawad dawai sepanjang apartment berkenaan.

Terdapat juga penduduk seolah-olah melepaskan geram dengan membakar mercun berulang kali, namun kesemua penduduk hanya meraikannya di kawasan tangga serta kediaman masing-masing.

Petang semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan penamatan PKPD di situ ditamatkan lebih awal selepas dikenakan perintah berkenaan pada 18 Julai lalu. Penamatan PKPD enam hari lebih awal itu susulan 1,279 penduduk apartment berkenaan menerima suntikan vaksin pada 23 hingga 24 Julai lalu.

Berita asal https://selangorkini.my/2021/07/laungan-merdeka-terima-kasih-iringi-penamatan-pkpd-apartment-damai/
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register