BTC USD 47,242.3 Gold USD 1,754.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Kemaskini Maklumat PKP Di Semenanjung, Sabah & Sarawak

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,127
Reaction score
14,982
Points
2,376
FB_IMG_1626956597166.jpg

🔷 34 premis meliputi kilang dan premis perniagaan diarah tutup semalam kerana gagal patuhi SOP

🔷 525 individu ditahan ingkar SOP semalam dengan 449 dikompaun, 68 direman dan lapan dijamin

🔷 PKPD di Kg Pukak, Mukim Tengah dan PPR Gayang Ria, Mukim Berungis di Tuaran, Sabah mulai 24 Julai hingga 6 Ogos

🔷 PKPD di Kampung Gumandang, Kudat dan Kampung Lumatai Ulu, Beaufort di Sabah mulai 24 Julai hingga 6 Ogos

🔷 PKPD di Kg Banting, Kg Kawang dan Kg Ulu Bole di Sipitang, Sabah mulai 24 Julai hingga 6 Ogos

Sumber: TPM Ismail Sabri Yaakob
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,375
Reaction score
4,150
Points
236
25 Lagi PKPD Baru Di Sabah, Kelantan & Pahang

22.07.2021 - Kuala Lumpur, Sebanyak 25 lokaliti baharu lagi akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari di tiga negeri melibatkan Sabah, Kelantan dan Pahang, berkuatkuasa 24 Julai hingga 6 Ogos ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat selepas Majlis Keselamatan Negara (MKN) meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mengambil kira penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 di beberapa lokaliti yang dikenal pasti itu.

“Antara tujuh lokaliti di Sabah ialah Kampung Pukak, Mukim Tengah dan PPR Gayang Ria, Mukim Berungis di Tuaran; Kampung Gumandang, Kudat; Kampung Lumatai Ulu, Beaufort serta Kampung Banting, Kampung Kawang dan Kampung Ulu Bole di Sipitang. Selain itu, sebanyak tiga lokaliti di Machang, Kelantan dikenakan PKPD melibatkan Kampung Joh, Kampung Maka dan Kampung Dewan Besar, Labok. Bagi PKPD di Pahang pula membabitkan 14 lokaliti di Temerloh, antaranya Taman Bahagia, Taman Bahagia Indah, Taman Bahagia Makmur, Taman Bahagia Permai, Taman Bahagia Courts, seluruh Kampung Padang Lalang, Taman Perumahan Sri Kemuning, Flat Sri Kemuning, Taman Temerloh Jaya, Taman Temerloh Jaya Indah, Taman Temerloh Makmur, seluruh Felda Lakum, Kampung Paya Keladan dan Taman Keladan Indah. Manakala satu lagi lokaliti dikenakan di Kompleks Penjara Bentong, Bentong termasuk kuarters,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, kerajaan juga akan melanjutkan PKPD melibatkan tiga lokaliti di Mukim Sura, Dungun, Terengganu membabitkan Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) Gong Pasir, Kampung Gong Pasir dan Taman Maidam.

“Ketiga-tiga lokaliti yang akan tamat PKPD pada 23 Julai ini akan dilanjutkan 14 hari lagi, bermula 24 Julai hingga 6 Ogos 2021,” katanya.

Selain itu, sebanyak lima lokaliti lain termasuk di Kedah dan Sabah yang sebelum ini menjalani PKPD sejak 10 Julai lalu pula akan ditamatkan mengikut jadual iaitu pada 23 Julai 2021.

“Antaranya Kawasan Perindustrian Bestgrade, Pokok Sena, Kedah; Kampung Mangkubau Laut, Pitas; Ladang Sabah Mas Division Segama, Lahad Datu; FELDA Umas 1, 3 & 4,
Kalabakan serta Fasa 4B, Taman Bukit Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah,” katanya lagi.

Berita asal https://malaysiagazette.com/2021/07/22/25-lagi-pkpd-baharu-di-sabah-kelantan-dan-pahang/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,375
Reaction score
4,150
Points
236
Makluman PKPD Di Selangor
22.07.2021

PKPD di Kampung Joh, Kampung Maka, Kampung Dewan Besar, Labok di Machang, Kelantan mulai 24 Julai hingga 6 Ogos
PKPD di 14 lokaliti dalam daerah Temerloh dan Kompleks Penjara Bentong, Pahang mulai 24 Julai hingga 6 Ogos
PKPD di Kampung Gumandang, Kudat dan Kampung Lumatai Ulu, Beaufort di Sabah mulai 24 Julai hingga 6 Ogos
PKPD di Kg Banting, Kg Kawang dan Kg Ulu Bole di Sipitang, Sabah mulai 24 Julai hingga 6 Ogos
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,127
Reaction score
14,982
Points
2,376
PKPD | Polis Kesan Lorong Tikus Untuk Menyusup Keluar

Polis mengesan cubaan segelintir individu membuat laluan tikus baharu untuk keluar dari kawasan kediaman mereka di Bandar Cheneh Baru dan Felda Neram 2 di Kemaman , Terengganu yang dikenakan PKPD bermula kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, cubaan untuk menyusup keluar itu dikesan bermula awal semalam.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,127
Reaction score
14,982
Points
2,376
PENGGAMBARAN DI LUAR | Rangkaian Televisyen MPB Sambut Baik Keputusan Kerajaan

Media Prima Berhad (MPB) menyambut baik keputusan kerajaan membenarkan aktiviti penggambaran di luar studio.

Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Datuk Khairul Anwar Salleh berkata, ia memberi sinaran baharu kepada beberapa produksi drama TV3 dan TV9.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,127
Reaction score
14,982
Points
2,376
SOP tambahan buat pekerja Gardenia



#COVID19 #MenangBersama #LindungDiriLindungSemua
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,375
Reaction score
4,150
Points
236
66 Premis Di Tutup, 577 Individu Di Tahan

23.07.2021 - Kuala Lumpur, Sebanyak 66 premis termasuk 16 kilang, 49 premis perniagaan dan satu tapak pembinaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelanggaran SOP itu dikesan selepas Pasukan Task Force Operasi Pematuhan melaksanakan 78,021 pemeriksaan dan snap check Covid-19 di seluruh negara.

“Ia termasuk pemeriksaan ke atas 1,756 kilang, 16,010 premis perniagaan, 776 tapak pembinaan dan 256 buah asrama penempatan pekerja. Hasil daripada pemeriksaan tersebut, sebanyak 66 premis meliputi 16 kilang, 49 premis perniagaan dan satu tapak pembinaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Ismail Sabri, pihak berkuasa turut menahan 577 individu atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, seramai 542 individu dikompaun, manakala 35 lagi telah direman.

“Ia hasil daripada Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 78,021 pemeriksaan semalam. Ia melibatkan 4,318 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 18,210 anggota bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP sepanjang PKP.

Sementara itu, Operasi Benteng semalam telah menangkap 29 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan tujuh PATI yang lain diusir keluar melalui dua aktiviti pengusiran dalam operasi yang dilaksanakan di seluruh negara.

“Op Benteng melibatkan PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) serta agensi-agensi keselamatan lain turut menjalankan 890 Sekatan Jalan Raya (SJR) semalam,” katanya.

Berita asal https://malaysiagazette.com/2021/07/23/66-premis-ditutup-577-individu-ditahan-ismail-sabri/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,375
Reaction score
4,150
Points
236
PKPD Di Beberapa Lokaliti Di Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur Mulai Ahad Ini

23.07.2021 - Kuala Lumpur, Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa lagi lokaliti di Sabah, Sarawak dan Kuala Lumpur bermula Ahad ini hingga 7 Ogos, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata keputusan itu diambil setelah sidang khas Majlis Keselamatan Negara meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan dan mengambil kira penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19 di kesemua lokaliti berkenaan.

Menerusi kenyataan hari ini beliau berkata kawasan terlibat di Sabah ialah di Kampung Kolam, Kudat; Taman Sabana Fasa 1 Keningau; Kampung Berhala Darat dan Kampung Melayu Bumiputra, Sandakan serta di Kampung Nagapas, Jalan Kebun Lama, Papar. Enam lokaliti di Kota Kinabalu pula yang dikenakan PKPD ialah di Taman Sepanggar; Blok D & E, Apartment Angkasa; Bandar Sinsuran; Kampung Sepakat Jaya; Kampung Rampayan dan Kampung Lokub.

Sementara itu di Sarawak, ia melibatkan lokaliti di Kuarters Pekerja Ladang Pelitanah 1 & 2, Dalat, Mukah; manakala di ibu negara melibatkan Taman Hock Ann, Jalan Klang Lama. Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata PKPD di Apartment Sri Rakyat, Bandar Bukit Jalil, Kuala Lumpur serta Blok 11 & 12, Lorong 4, Taman Nuri, Sandakan, Sabah ditamatkan esok seperti yang dijadualkan.

Dalam perkembangan lain Ismail Sabri berkata menerusi Op Benteng, 29 pendatang tanpa izin ditangkap, manakala tujuh lagi diusir keluar melalui dua aktiviti pengusiran dalam operasi yang dilaksanakan di seluruh negara. Menerusi pemeriksaan dijalankan Pasukan Task Force Operasi Pematuhan pula, 66 premis meliputi 16 kilang, premis perniagaan (49) dan satu tapak pembinaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

"Semalam, 577 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, seramai 542 individu dikompaun manakala 35 lagi direman," katanya. Empat premis dikompaun dan satu diberi amaran kerana tidak patuh SOP menerusi Pemeriksaan Khas Pematuhan SOP oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP),” tambahnya.

Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1985094
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,375
Reaction score
4,150
Points
236
Pasar Raja Bot Di Tutup 7 Hari Mulai Esok

23.07.2021 - Kuala Lumpur, Pasar Raja Bot atau Pasar Chow Kit di sini, akan ditutup selama tujuh hari mulai esok hingga 30 Julai ini bagi tujuan sanitasi. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi notis yang dimuat naik di Facebooknya memaklumkan sepanjang tempoh penutupan, tiada sebarang aktiviti perniagaan dijalankan di pasar itu.

"DBKL akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mana-mana pihak yang gagal mematuhi arahan berkenaan," menurut notis itu.

Selain itu, Pasar Berbangunan Pudu turut ditutup tujuh hari bermula hari ini hingga 29 Julai, juga bagi tujuan sanitasi. Di PULAU PINANG, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) menutup sementara pejabat cawangannya di Jalan Betek, Bukit Mertajam mulai hari ini hingga 28 Julai atau ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak, berikutan terdapat kes positif COVID-19 di bangunan berkenaan.

Datuk Bandar MBSP Datuk Rozali Mohamud berkata pihaknya telah menerima notis penutupan daripada Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Tengah selepas 17 kakitangan bahagian penguatkuasaan di pejabat cawangan berkenaan positif COVID-19.

"Pejabat cawangan itu menempatkan 398 kakitangan bahagian penguatkuasaan dan veterinar MBSP; daripada jumlah itu 17 orang dijangkiti COVID-19 jadi kami mengambil langkah segera dengan menutup sementara pejabat itu bagi membendung penularan wabak berkenaan. Proses sanitasi juga dilaksanakan di pejabat itu manakala petugas dan kontak rapat COVID-19 telah diarahkan untuk menjalani kuarantin," katanya ketika dihubungi hari ini.

Orang ramai yang mahu berurusan dengan MBSP boleh mengunjungi pejabat MBSP di pejabat Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) atau layari laman sesawang pihak berkuasa tempatan itu di www.mbsp.gov.my. Beliau turut memberi jaminan perkhidmatan kepada rakyat tidak terjejas atau terganggu dengan penutupan pejabat cawangan itu kerana MBSP mempunyai pelan kontingensi untuk menggerakkan pasukan pengurusan krisis bagi urusan bantuan kecemasan.
1627049017643.png

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,127
Reaction score
14,982
Points
2,376
FB_IMG_1627052867754.jpg

❗️ PKPD di Kg Berhala Darat dan Kg Melayu Bumiputra di Sandakan, Sabah mulai 25 Julai hingga 7 Ogos

❗️ PKPD di Kg Nagapas, Jalan Kebun Lama di Papar dan Taman Sabana Fasa 1, Keningau, Sabah mulai 25 Julai hingga 7 Ogos

❗️ PKPD di Kuarters Pekerja Ladang Pelitanah 1 dan 2, Dalat, Mukah di Sarawak mulai 25 Julai hingga 7 Ogos

Sumber: TPM Ismail Sabri Yaakob

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register