USD MYR 4.12450 BTC MYR 258,968 Gold MYR 7,287.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Kemaskini Maklumat PKP Di Semenanjung, Sabah & Sarawak

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,298
Reaction score
3,816
Points
236
PKPD Pentadbiran Di Aman Jaya, Kedah Bermula Tengah Malam Ini

27.08.2020 - Kuala Lumpur, Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di Aman Jaya, Kedah bermula tengah malam ini sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia membabitkan 22,360 isi rumah (265 rumah) di tiga zon iaitu Kenanga, Mawar dan Melur dan mereka akan disaring oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM).

Beliau berkata penduduk di zon itu tidak dibenarkan keluar dari zon tersebut manakala orang luar juga tidak dibenarkan memasuki zon berkenaan dan sekatan jalan raya akan dilaksanakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi mengawal jalan keluar masuk kawasan itu. “Individu yang perlu bekerja tidak dibenarkan keluar dari kawasan sepanjang tempoh PKPD secara pentadbiran, dan mereka yang dari luar juga tidak dibenarkan datang bekerja di kawasan PKPD,” katanya dalam sidang media mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), hari ini.

Ismail Sabri turut memberi peringatan kepada para majikan untuk tidak mengenakan sebarang tindakan kepada pekerja terlibat yang tidak hadir bekerja memandangkan ia adalah perintah oleh kerajaan, dan menyarankan majikan membenarkan pekerja untuk bekerja dari rumah. Beliau berkata tempat awam seperti masjid dan rumah ibadat serta institusi pendidikan termasuk sekolah, taska dan pusat tuisyen turut diarah tutup sepanjang tempoh PKPD pentadbiran. Ismail Sabri berkata hanya premis perniagaan yang menyediakan perkhidmatan perlu dibenarkan beroperasi seperti kedai makan, kedai runcit, stesen minyak, farmasi, klinik dan hospital.

“Restoran dan kedai makan hanya boleh menggunakan kaedah bungkus dan bawa pulang dan dibenarkan beroperasi dari 8 pagi hingga 8 malam, serta kedai menjual ubat-ubatan juga boleh beroperasi sehingga 8 malam sahaja,” katanya menambah klinik dan hospital pula dibenar beroperasi 24 jam. Operasi pasar malam dan pasar tani tidak dibenarkan dan hanya pasar harian boleh beroperasi dari 6 pagi hingga 2 petang, manakala bagi stesen minyak dan kedai runcit pula, waktu operasi ditetapkan 8 pagi hingga 8 malam. Menurut Ismail Sabri, hanya ketua keluarga atau seorang dari sebuah rumah dibenarkan keluar bagi tujuan pembelian barang makan atau keperluan keluarga.

Bagaimanapun, bagi kes kecemasan seperti sakit dan kematian, mereka yang terlibat dibenarkan keluar tetapi perlu mengemukakan permohonan pergerakan kepada pihak berkuasa terlebih dahulu.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/08/pkp...-jaya-kedah-bermula-tengah-malam-ini-menteri/
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,298
Reaction score
3,816
Points
236
PKPD Pentadbiran Di Aman Jaya, Kedah Bermula Tengah Malam Ini

Screenshot-2751.jpg
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,298
Reaction score
3,816
Points
236
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara Pentadbiran di Amanjaya, Kedah akan dijalankan.
Berkuatkuasa 12.01 malam, 28 Ogos 2020 sehingga satu tempoh yang akan diumumkan.


Screenshot-2747.jpg


Screenshot-2748.jpg


Screenshot-2750.jpg


Screenshot-2749.jpg
 

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
3,291
Reaction score
245
Points
43
Empat sekatan jalan, 11 laluan tikus dikenal pasti

amanjaya_1598540232.jpg


SUNGAI PETANI: Polis mengadakan empat sekatan jalan raya (SJR) di laluan utama kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran di Aman Jaya, tengah malam ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, kawasan terbabit adalah di Ambangan Height membabitkan Zon Melur, Kenanga dan Mawar yang membabitkan keluasan 9.19 kilometer (km).

Beliau berkata, selain itu pihaknya juga sudah bersiap siaga dengan mengatur beberapa penugasan untuk melaksanakan arahan itu di kawasan yang terbabit.

"Kita dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan arahan mendirikan SJR untuk membantu mengekang individu yang diarahkan untuk kuarantin di rumah.

"Selain itu, 11 laluan tikus dikenal pasti di kawasan itu dan akan dibantu penutupan oleh agensi yang berkaitan," katanya di sini hari ini.

Adzli berkata, setakat ini seramai 26 pegawai, 93 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Beliau berkata, batu konkrit akan digunakan untuk menutup laluan yang sekitar kawasan berkenaan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan PKPD dilaksanakan di Aman Jaya, Sungai Petani sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan kemudian.

PKPD Secara Pentadbiran ini membabitkan 22,360 isi rumah merangkumi 265 rumah dan kesemua akan disaring.


== bharian
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,298
Reaction score
3,816
Points
236
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara Pentadbiran di Aman Jaya, Sungai Petani, Kedah akan berkuatkuasa 28 Ogos 2020 sehingga satu tempoh yang akan diumumkan.

- Merangkumi 3 daripada 5 kawasan di Aman Jaya (Kenanga, Melur dan Mawar) yang melibatkan kawasan perumahan.
- Melibatkan 265 rumah yang sedang diletakkan di bawah HSO (daripada jumlah 303 seluruh Aman Jaya) kerana kontak kepada 7 kes positif.
- Kes positif dalam kalangan (1 Petugas hospital swasta, 6 murid dan guru sekolah (kes pada 24 Ogos 2020.)
- Melibatkan 22,360 orang, saringan 25,000 orang.
- 1 orang sahaja dibenarkan sebagai wakil rumah untuk membeli barangan keperluan.
- Sekatan jalan raya akan dilaksanakan oleh PDRM/ATM bagi mengawal pergerakan keluar masuk.
- PDRM memohon SOP PKPD diberikan dengan kadar segera bagi tujuan penyelarasan di lapangan.
- Pekerja tidak dibenarkan untuk keluar bekerja. Majikan perlu membenarkan pekerja bekerja dari rumah. Bagi kes-kes kecemasan perlu mendapatkan kebenaran daripada PDRM.
- Sekolah/taska, masjid/rumah ibadat ditutup, pembelian makanan secara 'take away', kedai runcit dan perkhidmatan perlu sahaja dibenarkan beroperasi. Pasar malam/tani dan perkhidmatan yang tidak utama tidak dibenarkan, manakala pasar harian dibenarkan.

Screenshot-2776.jpg
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,298
Reaction score
3,816
Points
236
Lebih 22,000 penduduk di Aman Jaya, Sungai Petani mula buat ujian saringan COVID-19 hari ini. Kawasan itu dikenakan PKPD secara pentadbiran bermula hari ini hingga tarikh dimaklumkan kemudian.

Screenshot-2777.jpg
Screenshot-2778.jpg
 
Last edited:

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,298
Reaction score
3,816
Points
236
11 Laluan Tikus Di Tutup Sekitar Amanjaya

28.08.2020 - Sungai Petani, Polis menutup 11 laluan tikus di sekitar Amanjaya, di sini selepas penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan secara pentadbiran (PKPD) di kawasan terbabit melibatkan tiga zon bermula tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Adzli Abu Shah berkata langkah itu bagi mengawal pergerakan penduduk di kawasan berkenaan supaya mereka mematuhi perintah berkenaan sekali gus tidak tercicir daripada membuat saringan.

“SJR (sekatan jalan raya) kita ada empat lokasi di tiga zon ini (Zon Kenanga, Mawar dan Melur), kita nak putuskan hubungan, kita tidak mahu orang di kawasan dikenakan PKPD ini keluar kawasan, yang di luar pun tidak boleh masuk,” katanya kepada pemberita semasa meninjau SJR di kawasan perumahan Ambangan Heights, Amanjaya di sini hari ini.

Adzli meminta penduduk di kawasan terbabit mematuhi perintah itu dengan penuh sabar dan polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana orang yang cuba melanggar arahan berkenaan demi keselamatan semua. Adzli berkata seramai 119 anggota dan pegawai polis terlibat dalam penugasan mengawal lalu lintas berkenaan untuk memastikan penduduk di situ tidak mengingkari arahan berkenaan.

Bagaimanapun, beliau berkata ada keadaan tertentu dibenarkan atas pertimbangan polis sekiranya terdesak misalnya mendapatkan perkhidmatan penghantar barang namun tidak sewenang-wenangnya penduduk boleh mengambil kesempatan terhadap pertimbangan itu.

Adzli berkata seramai 25 warga kerja Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda termasuk anggota dan pegawai polis yang tinggal di kawasan terlibat diberikan pengecualian bertugas.

Selain itu, katanya, penduduk terlibat disarankan supaya menghubungi hotline Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah yang beroperasi 24 jam sekiranya menghadapi apa jua masalah termasuk berkaitan keperluan makanan sekali gus dapat memudahkan semua urusan mereka.

Dalam sidang media semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dipetik sebagai berkata PKPD itu membabitkan 22,360 isi rumah di tiga zon tersebut dan mereka akan disaring oleh petugas Kementerian Kesihatan.

Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1874694
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,298
Reaction score
3,816
Points
236
Lebih 5,200 Ketua Keluarga Di PKPD Amanjaya Terima Bantuan Makanan

31.08.2020 - Alor Setar, Seramai 5,262 ketua keluarga yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di Amanjaya, Sungai Petani diberikan bantuan bekalan makanan secara berperingkat bermula semalam.

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata setakat hari ini, 2,100 ketua keluarga telah menerima bantuan kerajaan negeri yang telah diagihkan melalui agensi-agensi yang dipertanggungjawabkan selepas perintah berkenaan dikuat kuasa Jumaat lepas.

“Lebih 5,200 ketua keluarga yang tinggal di kawasan Zon Kenanga, Melur dan Mawar perlu diberi bantuan makanan kerana mereka telah dikuarantin di rumah. Bantuan telah (mula) diagihkan dan ia akan diteruskan esok dan kita akan pastikan semua yang terlibat dengan PKPD ini mendapat bekalan secukupnya.

“Sekiranya ada badan bukan kerajaan yang ingin membantu, mereka dialu-alukan tetapi tidak boleh membuat penghantaran sendiri kerana bimbang akan berlaku penularan wabak COVID-19 ini. Sebaliknya, mereka boleh menghantar bantuan ke Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, Muhammad Sanusi menyaksikan majlis penyerahan sumbangan peralatan perubatan berupa 50 unit kerusi roda dan tujuh unit penyukat suhu digital daripada Gabenor Daerah Kelab Rotary Alor Setar Teoh Kwan Swee kepada Pengarah Kesihatan Negeri Dr Mohd Fikri Ujang yang menerima bagi pihak Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

Dalam perkembangan lain, Muhammad Sanusi yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) berkata pihaknya terbuka untuk berbincang dengan mana-mana pihak berkaitan pemilikan pasukan Kedah termasuk Koperasi Anak Kedah Bhd yang berhasrat memiliki 51 peratus kepentingan dalam pasukan itu.

“Kita ucapkan terima kasih atas hasrat itu dan mereka perlu menghantar cadangan secara rasmi dan saya akan bawa dalam mesyuarat KFA nanti. KFA beri ruang kepada sesiapa sahaja yang ingin terbabit dalam bola sepak Kedah dan buat masa ini ada dua, tiga lagi pihak yang menyatakan hasrat sama.

“Saya juga ingin ucapkan tahniah kepada pemain Kedah yang telah berjaya mengalahkan PDRM (dalam saingan Liga Super) semalam. Saya harap mereka terus bersemangat,” katanya.

Muhammad Sanusi turut menjelaskan bahawa bayaran tunggakan gaji pemain bagi bulan Mac termasuk caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mereka akan dibayar pada Selasa.

Selain itu katanya, KFA juga akan membuat bayaran berkaitan tuntutan daripada sebuah syarikat ejen pelancongan yang menguruskan perjalanan pasukan berjumlah RM430,000.

Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1875088
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register