BTC USD 62,712.8 Gold USD 1,745.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Kemaskini Maklumat Pengeluaran RM500 Covid- 19 & Soalan Lazim KWSP

MrDisc

Active Member
Joined
Dec 22, 2016
Messages
2,233
Reaction score
216
Points
38
Adoii belum masuk gak...i-lestari punya hal ker nie..


Aku apply guna kwsp online, dah approved, so aku tak guna link i-lestari.

Tapi tak masuk lagi.

Ada sesapa kat sini apply tanpa guna link i-lestari?
 
Sponsored Post

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
3,291
Reaction score
245
Points
43
Pengurus syarikat kesan pengeluaran i-Lestari pihak tidak dikenali

I-LESTARI_1613293996.jpg



PUTRAJAYA: Seorang pengurus syarikat swasta terkejut mendapati ada individu tidak dikenali mengeluarkan wang dalam akaun Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) miliknya, tahun lalu.

Muammar Gadafi Othman, 43, awalnya tidak menyedari mengenai pengeluaran berkenaan sehinggalah mahu mengeluarkan wang dalam akaun terbabit pada November tahun lalu.

"Ketika itu saya mahu membuat pengeluaran simpanan sebelum menyedari ada permohonan pengeluaran i-Lestari setiap bulan dari November hingga Mac 2021 untuk dikreditkan terus ke satu akaun lain.

"Saya nampak ada nombor akaun lain tertera, namun tidak mengesyaki apa-apa sebelum menukar kembali ke nombor akaun saya," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Apabila beliau sekali lagi memeriksa akaun KWSP miliknya hari ini, Muammar mendapati individu terbabit berjaya mengeluarkan RM500 daripada akaunnya pada 17 November lalu secara cek bank.

Beliau kemudian meminta isterinya turut memeriksa akaun KWSP dan mendapati berlaku pengeluaran i-Lestari oleh individu lain.

"Tiada makluman dihantar oleh pihak KWSP mengenai pengeluaran itu, sepatutnya jika ada transaksi dibuat sudah tentu kita tahu.

"Ini akaun KWSP dan bukannya kita periksa hari-hari. Saya sedar mengenai hal ini pun selepas ada urusan menggunakan akaun berkenaan dan mungkin ada lebih ramai yang terkena," katanya.

Beliau akan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cyberjaya esok jika tidak mendapat penjelasan daripada pihak KWSP.

Dalam pembentangan Belanjawan 2021, kerajaan membenarkan pengeluaran Akaun 1 KWSP secara bersasar.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata kebenaran itu membolehkan ahli KWSP mengeluarkan RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 dalam tempoh 12 bulan.


== bharian
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,808
Reaction score
1,616
Points
201
Pengurus syarikat kesan pengeluaran i-Lestari pihak tidak dikenali

View attachment 340692


PUTRAJAYA: Seorang pengurus syarikat swasta terkejut mendapati ada individu tidak dikenali mengeluarkan wang dalam akaun Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) miliknya, tahun lalu.

Muammar Gadafi Othman, 43, awalnya tidak menyedari mengenai pengeluaran berkenaan sehinggalah mahu mengeluarkan wang dalam akaun terbabit pada November tahun lalu.

"Ketika itu saya mahu membuat pengeluaran simpanan sebelum menyedari ada permohonan pengeluaran i-Lestari setiap bulan dari November hingga Mac 2021 untuk dikreditkan terus ke satu akaun lain.

"Saya nampak ada nombor akaun lain tertera, namun tidak mengesyaki apa-apa sebelum menukar kembali ke nombor akaun saya," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Apabila beliau sekali lagi memeriksa akaun KWSP miliknya hari ini, Muammar mendapati individu terbabit berjaya mengeluarkan RM500 daripada akaunnya pada 17 November lalu secara cek bank.

Beliau kemudian meminta isterinya turut memeriksa akaun KWSP dan mendapati berlaku pengeluaran i-Lestari oleh individu lain.

"Tiada makluman dihantar oleh pihak KWSP mengenai pengeluaran itu, sepatutnya jika ada transaksi dibuat sudah tentu kita tahu.

"Ini akaun KWSP dan bukannya kita periksa hari-hari. Saya sedar mengenai hal ini pun selepas ada urusan menggunakan akaun berkenaan dan mungkin ada lebih ramai yang terkena," katanya.

Beliau akan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cyberjaya esok jika tidak mendapat penjelasan daripada pihak KWSP.

Dalam pembentangan Belanjawan 2021, kerajaan membenarkan pengeluaran Akaun 1 KWSP secara bersasar.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata kebenaran itu membolehkan ahli KWSP mengeluarkan RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 dalam tempoh 12 bulan.


== bharian

sila amik lowyer... klu setakat nak mengharap polis pasal benda ni... memang tak jadi ape
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register