Covid-19 Kemaskini Maklumat Pengeluaran RM500 Covid- 19 & Soalan Lazim KWSP

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
19,376
Reaction score
3,328
Points
236
Berikutan pengumuman yang telah dibuat oleh kerajaan, dimaklumkan bahawa langkah penutupan sementara semua cawangan KWSP di seluruh Malaysia akan berkuatkuasa pada 18 - 31 Mac 2020. Kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang berlaku dan akan terus memantau situasi ini dari semasa ke semasa. Sila gunakan perkhidmatan dalam talian melalui i-Akaun KWSP dan laman web www.kwsp.gov.my.

Kami telah menerima banyak pertanyaan mengenai produk dan perkhidmatan KWSP. Justeru itu kami telah menyediakan set soalan lazim bagi rujukan anda. Sila klik pada pautan bawah untuk mengakses ke set soalan tersebut. Kerjasama anda amatlah dihargai. Terima kasih.



Pautan https://www.kwsp.gov.my/documents/20126/131466/EPF_COVID-19_FAQ+_BM.pdf
 
Sponsored Post

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
19,376
Reaction score
3,328
Points
236
Pengeluaran i-Lestari, Daftar Melalui Emel, POS Bermula 1 April

23.03.2020 - Kuala Lumpur, Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh membuat pendaftaran menerusi emel atau pos bermula 1 April, 2020, untuk pengeluaran kemudahan i-Lestari seperti yang diumum oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

“Ahli-ahli boleh membuat pendaftaran secara emel atau pos bermula 1 April. Bagi pendaftaran secara dalam talian, ahli KWSP boleh melakukannya bermula 1 Mei.

“Ahli KWSP akan menerima bayaran ke akaun bank masing-masing bermula Mei ini. Butiran terperinci mengenai kaedah ini akan diwar-warkan sebelum 31 Mac,” kata Ketua Pegawai KWSP Alizakri Alias dalam satu pesanan khidmat masyarakat yang disiarkan oleh semua stesen TV di sini, hari ini.

Semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan. Permohonan boleh dibuat bermula 1 April, 2020.

Inisiatif ini yang diumumkan sebagai salah satu langkah untuk menangani impak penularan virus COVID-19, dijangka memanfaatkan sehingga 12 juta ahli KWSP, dengan jumlah pengeluaran yang dianggarkan bernilai RM40 billion.

KWSP menyarankan ahli-ahlinya agar membuat pendaftaran secara dalam talian bermula 1 Mei kerana prosesnya lebih cepat dan tepat dan hanya mengambil masa tiga hari untuk diproses.

“Permohonan secara emel dan pos mungkin memakan masa lebih lama kerana pengesahan manual perlu dibuat dengan lebih terperinci bagi melindungi keselamatan akaun ahli,” kata Alizakri.

Menurutnya, ahli-ahli dinasihatkan supaya menggunakan kaedah tersebut dan tidak perlu hadir ke mana-mana cawangan KWSP semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Selain itu dana pencen itu juga menasihatkan ahli-ahlinya agar tidak tertipu dengan sebarang skim penipuan dan hanya berurusan dengan KWSP sahaja

Untuk maklumat lanjut, ahli-ahli boleh mengirim emel ke alamat tertera atau layari laman web, Facebook dan Twitter KWSP.



Berita asal https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1824098
 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
19,376
Reaction score
3,328
Points
236
Permohonan Pengeluaran Akaun 2 KWSP Melalui 3 Saluran

23.03.2020 - Petaling Jaya, Pemohonan pengeluaran i-Lestari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh dibuat melalui 3 saluran dan maklumat pemohon perlu diisi dengan lengkap. Dalam satu kenyataan menjawab soalan lazim (FAQ), KWSP memaklumkan, 3 saluran itu boleh dibuat secara dalam talian. “Selain itu, permohonan juga boleh dibuat secara e-mel kepada [email protected].

“Atau dibuat secara pos/pos berdaftar ke alamat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Karung Berkunci No 220, Jalan Sultan 46720 Petaling Jaya (Pengeluaran iLestari),” menurut kenyataan itu. Kira-kira 12 juta rakyat Malaysia dibenar mengeluarkan RM500 setiap bulan daripada Akaun 2 KWSP selama setahun, sebagai sebahagian langkah membantu orang ramai menangani impak kewangan susulan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bagi membendung wabak Covid-19.

Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan menjangkakan pengeluaran caruman mulai bulan depan itu berjumlah kira-kira RM40 bilion secara keseluruhan. Sementara itu KWSP berkata, ahli perlu membuat permohonan sekali sahaja dan pembayaran Pengeluaran i-Lestari akan dikreditkan secara berulang ke dalam akaun bank ahli. KWSP berkata, bayaran bermula dari bulan permohonan diterima oleh KWSP sehingga Mac 2021.

“Pengeluaran boleh dibuat bagi tempoh 1 tahun (12 bulan), iaitu dari bulan April 2020 hingga bulan Mac 2021. “Ahli boleh mula mengemukakan permohonan Pengeluaran i-Lestari mulai 1 April 2020,” katanya. KWSP berkata, amaun yang layak dikeluarkan oleh ahli di bawah Pengeluaran i-Lestari adalah apa-apa baki simpanan dalam Akaun 2 yang tidak melebihi jumlah maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan.

Ahli yang layak membuat Pengeluaran i-Lestari adalah warganegara Malaysia dan pemastautin tetap. “Berumur di bawah 55 tahun, mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2 tertakluk kepada baki Akaun 2 semasa proses pembayaran pada bulan berkenaan dibuat,” katanya. KWSP berkata, Pengeluaran i-Lestari bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas bulanan dalam tempoh pandemik Covid-19.

“Jumlah maksimum RM500 sebulan ini adalah jumlah yang munasabah bagi menambah sumber kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas untuk bulan yang berkenaan. “Kekerapan bayaran pengeluaran i-Lestari sekali sebulan adalah kerana pengeluaran ini bertujuan untuk menambah sumber pendapatan bulanan ahli bagi memenuhi keperluan asas setiap bulan,” katanya.



Berita asal https://www.freemalaysiatoday.com/c...n-pengeluaran-akaun-2-kwsp-melalui-3-saluran/
 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
19,376
Reaction score
3,328
Points
236
2.8J Pencarum, Akaun 2 KWSP Tak Cukup Bertahan 12 Bulan

24.03.2020 - Kuala Lumpur, Kira-kira 2.8 juta rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan mencukupi dalam akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mereka untuk benar-benar mendapat manfaat daripada langkah kerajaan untuk meringankan beban kewangan di saat krisis Covid-19 melanda negara.

Semalam, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan pencarum KWSP boleh mengeluarkan wang simpanan daripada Akaun 2 mereka untuk mengurangkan beban kewangan berikutan perintah kawalan pergerakan.

Beliau berkata pencarum boleh mengeluarkan simpanan sehingga RM500 sebulan bagi 12 bulan seterusnya bermula April. Ia menjadikan jumlah keseluruhan yang boleh dikeluarkan sebanyak RM6,000 setahun.

Menurut peraturan KWSP, 70 peratus caruman masuk ke Akaun 1 manakala 30 peratus lagi ke dalam Akaun 2.

Ia bermakna pencarum perlu menyumbang RM20,000 kepada KWSP untuk mempunyai sekurang-kurangnya RM6,000 dalam Akaun 2.

Bagaimanapun, menurut laporan tahunan KWSP 2018, terdapat 2,799,342 rakyat Malaysia mempunyai simpanan kurang daripada RM20,000 dalam akaun KWSP mereka.

Sebahagian besar daripada mereka, iaitu 1,891,422 pencarum, mempunyai simpanan KWSP kurang daripada RM10,000.

Ini bermakna mereka tidak mempunyai jumlah simpanan yang mencukupi dalam Akaun 2 untuk bertahan lebih daripada enam bulan.

Walaupun jika mereka mengeluarkan simpanan KWSP untuk menghadapi krisis Covid-19, ia akan menjejaskan simpanan persaraan mereka.



Kaedah simpanan yang disyorkan KWSP adalah sebanyak RM35,000 pada umur 30 tahun, RM86,000 pada umur 40 tahun dan RM240,000 pada umur 55 tahun.

Ia dianggap sebagai anggaran simpanan minimum yang diperlukan pencarum bagi persaraan mereka.

Walaupun amaun dari usia 30 hingga 55 tahun mungkin kelihatan seperti peningkatan drastik, jumlah itu dicapai dengan bantuan kadar dividen tahunan.

Misalnya, dengan kadar dividen tahunan 5.45 peratus (kadar dividen KWSP untuk 2019), RM6,000 akan menjadi lebih daripada RM22,000 dalam tempoh 25 tahun.

Bagaimanapun, jika pencarum yang berusia 30 tahun ingin mengeluarkan RM6,000 pada masa ini, dia akan kekurangan RM22,000 apabila mencapai umur persaraan.

Adam Manaf Mohamed Firouz dari khazanah Research Institute juga telah menyuarakan kebimbangan bahawa langkah ini tidak memadai.

Katanya, daripada jumlah yang dinyatakan, golongan yang paling terkesan adalah yang paling kurang menikmati faedah daripada langkah itu.

"Jika kita mengambil RM6,000 sebagai ambang minimum dalam Akaun 2, maka hampir 40 peratus ahli KWSP yang aktif tidak akan dapat memanfaatkan sepenuhnya skim ini,” katanya dalam satu artikel.

Malah, katanya lagi, golongan 10 peratus berpendapatan paling rendah mempunyai nilai purata RM319 dalam Akaun 2.

Beliau juga menyuarakan kebimbangannya mengenai bagaimana ia akan menjejaskan persaraan pencarum pada masa akan datang.

"Prospek yang membimbangkan bukan hanya dalam jangka pendek dengan krisis semasa, tetapi juga untuk jangka masa panjang.

“Jika pekerja memilih untuk mengeluarkan dan menggunakan wang simpanan KWSP mereka sekarang, kemungkinan mereka hanya akan ada sedikit simpanan apabila bersara nanti,” katanya.



Di akhir artikel tersebut, Adam berkata lebih banyak langkah diperlukan untuk membantu golongan yang paling mudah terjejas.

"Yang paling terjejas ialah orang yang paling memerlukan bantuan dan mereka yang perlu bergantung kepada kerajaan sewaktu krisis ini.

Katanya, amat penting untuk memastikan semua program dan skim dirangka secara inklusif bagi memastikan semua golongan dilindungi.

Aktiviti ekonomi di negara ini hampir tergendala sepenuhnya berikutan penguatkuasaan perintah kawalan gerakan sejak 18 Mac.

Di bawah perintah itu, perniagaan dan perkhidmatan dalam kategori tidak penting atau tidak kritikal diarahkan tutup buat sementara waktu.

Orang ramai juga tidak digalakkan untuk meninggalkan rumah mereka kecuali atas sebab yang mendesak.

Perintah kawalan pergerakan ini dijangka berakhir pada 31 Mac tetapi Muhyiddin sebelum ini tidak menolak ia akan dilanjutkan.

Semalam, beliau berkata Majlis Keselamatan Negara bakal bersidang sebelum 30 Mac ini bagi menentukan sama ada perintah itu akan disambung.

Setakat ini, Malaysia mencatatkan 1,518 kes positif Covid, dengan 15 kematian.

Seramai 159 disahkan pulih sepenuhnya, manakala 57 orang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).



Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/516548
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
62,517
Reaction score
9,819
Points
1,746




Lukman Sheriff
1 jam

You know me. I have many disagreements with Azrul from Malay Mail. We are world’s apart on ideology but we have been civil. However of late we share the same view on healthcare sector issues. And on this I can agree with him save for the reason in objecting EPF which I have expressed therein.

I think it’s a fair argument to object EPF coz one is worried that lower income will not have future savings. However I find this argument flawed disconnected and utopian. It’s more likely these people need the money to meet their basic needs. When they have no salary due to the current economic problems, how are they to pay for their children’s education food and healthcare. We need to allow them to tap to savings. Anyway it’s only one of the EPF account and to argue that there’s no savings at all is false and flawed.

Argument two. The main argument by almost all including azrul. Objecting epf scheme because they want the government to give financial assistance instead. This is seriously flawed, partisan, bias and really in bad faith. This argument is easily negated if govt introduces financial assistance. Why do they think the government won’t introduce this? I think the govt now is more amenable to fortify brim/BSH provision than the previous government who seemed to have issues on providing direct financial assistance. The previous govt cut subsidies and financial assistance everywhere. Don’t you think so? Now The fiscal stimulus has not been announced yet. Why do these people think EConomic council (EC) won’t introduce this? They think EC has finished their job which they have just started ke? It’s nothing but bad faith partisan reasons here. We should stop this politicking. Syahredzan I think started this nonsense. (However if later EC cancelled br1M/ BSH, I think it’s fair to question then.)

As mentioned, this economic crisis is nothing like before for malaysia. It totally shuts down businesses for a prolong period and had worldwide effect. Many companies will face difficulty in paying salaries. The policy goals must be to allow rakyat to have access to savings and cash to ride through. We can have both epf scheme and br1m/ bsh. No issue. In fact can be more depending on the distribution of allocation. Putting money in their hands generate domestic demands and businesses. This serves as one of the policy goals.






Azrul Mohd Khalib
18 jam ·

I am actually conflicted when it comes to the EPF withdrawal scheme under i-Lestari as announced by the Prime Minister yesterday.

On the one hand, it is a fact that more than two-thirds of EPF members aged 54 had less than RM50,000 in their EPF savings. The bottom fifth of members have an average savings of only RM6,909. This was data from a few years ago. It basically means that those who are most vulnerable and in need would have very little in their EPF Account 2 to begin with and would not actually benefit from this announcement. There is simply not enough money for them to withdraw. Some form of financial assistance, particularly from the government, will be needed regardless.

The lower M40 will be happier and will be able to benefit but not by much.

On the other hand, after spending a couple of years talking and listening to people living with cancer, I believe that it is good for the government to give people access to their own money for once and for themselves to decide what to do with it.

People try desperately to tap into the financial resources needed for them to access cancer treatment which works from them, only to be told that their money in EPF Account 1 is off limits as it is reserved for their old age.

I have lost count of so many people who have told me how upset they were that their ability to get treatment fell short because money that they did have and needed was being held back from them. "No point saving that money from me if I'm dead," was the common retort. They felt that their future was being determined and decide by others.

A Grab driver I spoke to yesterday cried in relief when I told him about the PM's announcement and said that he was glad he could get some of that money to use for his family. He said he didn't have much saved since he became a full time driver but it would help.

These are extraordinary times requiring hard decisions.

So I would support this measure to allow people access to their EPF savings. It is their money after all. However, the government should not be permitted to relinquish their duty and responsibility and regardless of this EPF announcement, must provide financial assistance for those who are most vulnerable and in need. Soon, not in two months time.

-----

Starting April 1, contributors below the age of 55 will be allowed to withdraw a maximum of RM500 monthly from their Account 2 savings, which will cost the EPF up to RM40 billion.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
62,517
Reaction score
9,819
Points
1,746




Lukman Sheriff
1 jam ·

Rakyat can still see through despite the media.

Media kita mainkan isu macam bantahan kepada EPF valid. Teruk media kita yg bias. Saya mula risau sebab we will spend time buang masa counter perkara tak senonoh ini dari beri tumpuan mengatasi masalah ini.

Jadi ada wakil rakyat PH (prabakharan) cuba spin perkara ini. Saya respond. Tetapi setelah melihat komen2 lain, Alhamdulillah rata2 pelbagai bangsa membantah permainan politik sebegini. Teruk dia kena walaupun ada yg menyokongnya. Argument pun menarik. Cukuplah berpolitik. Pembangkang patut join hands in this effort. Ada limit. Walaupun saya tak setuju, nak play politics benda lain bolehlah saya tutup mata sikit. Tetapi bab banteras covid dan penyelesaiannya, cukuplah kita berpolitik. Say no to this.

1585094676914.png

1585094687908.png

1585094736189.png

1585094748530.png

1585094758744.png

1585094767166.png

1585094776134.png

1585094784709.png

1585094792282.png

1585094800017.png

1585094808346.png

1585094816332.png


 

Jedi

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 15, 2009
Messages
42,753
Reaction score
1,869
Points
201
Bagus thread ni.

Aku tak sempat register kat kiosk sebelum PKP.

Jadi takleh nak login online.


Harap leh guna email untuk register.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register