BTC USD 63,339.4 Gold USD 1,744.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemaskini Maklumat Pengeluaran Akaun 1 KWSP - iSinar

malrockstar

Super Active Member
Joined
Apr 6, 2011
Messages
8,528
Reaction score
40
Points
70
uit.. ambe pun apply 26/1.. masih pending lagi ni.. hemmm

Update: Alhamdulillah. Dah approve kat iakaun

tengah hari semalam check i akaun dah lulus,
petang check akaun dah masuk..
malam terus pakai :ROFLMAO::ROFLMAO::ROFLMAO:
 
Sponsored Post

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
25,520
Reaction score
1,949
Points
206
Hati-hati ada yang sedang intai duit i-Sinar
JUNHAIRI ALYASA | | 04 Mac 2021

989686.jpg


PADA 28 Februari lalu, Sinar Harian mengeluarkan laporan berhubung 10 perkara yang akan dilakukan orang ramai terhadap wang i-Sinar. Sepuluh perkara itu adalah bayar hutang, berniaga, simpan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB), beli barang keperluan pendidikan dan sediakan tabung kecemasan.

Selain itu, ada yang mengambil kursus persediaan, membeli emas, tampung kos sara hidup, beli barang keperluan kerja dan beli barang peribadi. Laporan itu mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai, malah ada yang memberikan reaksi negatif dan mengatakan bahawa duit itu adalah hak peribadi.

Tujuan laporan itu dikeluarkan bukanlah untuk mengajar sesiapa tentang cara untuk membelanjakan wang i-Sinar, sebaliknya laporan berita komprehensif manfaat diperoleh rakyat.

Bagaimanapun, kita juga ingin menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan ‘durian runtuh’ yang sudah mula diterima sejak kelmarin.Kebimbangan itu ada asasnya kerana ada seorang sahabat mendedahkan terdapat pihak-pihak tertentu sudah mula aktif menawarkan pelaburan yang diragukan.

Katanya, perkara itu melibatkan ahli keluarga sendiri dan bimbang jika wang i-Sinar yang sudah boleh dikeluarkan akan digunakan bagi tujuan tersebut.

Jika kita imbas kembali menerusi laporan akhbar tahun lalu, pihak polis menerima 672 laporan penipuan membabitkan sindiket pelaburan haram yang mengakibatkan mangsa mengalami kerugian RM93.7 juta.

Daripada jumlah laporan itu, 467 daripadanya adalah pelaburan secara dalam talian dengan kerugian dialami mangsa mencecah RM52.3 juta, manakala bakinya penipuan pelaburan secara bersemuka (RM41.4 juta).

Penipuan

Ia menunjukkan bahawa jumlah kes melibatkan penipuan berkaitan pelaburan memang banyak dan terus berlaku. Malah, menerusi laman sesawang Bank Negara juga terdapat 438 jenis pelaburan dan syarikat yang didapati melakukan penipuan sejak tahun 2012.

Bagi memastikan orang ramai tidak menjadi mangsa, BNM turut mengeluarkan tips bagi mengenal pasti skim pelaburan yang tidak sah dan meragukan.

Kebiasaannya, pemilik skim tersebut akan mengaku sebagai ‘pakar pelaburan’ dan mendakwa syarikat mereka mempunyai ‘rekod prestasi cemerlang’ serta memberikan testimonial daripada ‘pelanggan’ demi meyakinkan pelabur.

Mereka akan menawarkan pulangan lebih tinggi berbanding kadar pasaran dan membuat jaminan bahawa skim tersebut mempunyai risiko rendah atau tiada risiko langsung.Kebanyakan pengendali skim pelaburan tidak sah akan berkata bahawa skim mereka beroperasi di luar negara dan tidak memerlukan lesen daripada pengawal selia di Malaysia atau mengaku mereka sudah pun mempunyai lesen yang sepatutnya daripada pihak berkuasa.

Malah, ada pengendali skim yang berkeras bahawa aktiviti mereka tidak memerlukan lesen.

Mereka akan menyarankan untuk membeli atau menjual saham tertentu dan khidmat nasihat mereka dihantar kepada pelanggan melalui e-mel atau khidmat pesanan ringkas (SMS), laman sesawang yang dilindungi kata laluan rahsia serta pertemuan peribadi.

Pengendali skim juga mengiklankan perkhidmatan mereka melalui e-mel rawak dan pesanan-pesanan yang ditinggalkan di papan kenyataan dan forum atas talian.

Laman sesawang mereka direka khas menyerupai perniagaan sah dan dilengkapi dengan harga saham masa nyata (real-time), ulasan pasaran, berita serta pautan ke laman sesawang kewangan yang lain.

Mangsa biasanya terpedaya apabila pengendali skim memberikan pulangan awal yang tinggi. Taktik itu digunakan untuk menjerat pelabur baharu.

Jangka hayat skim pelaburan itu bergantung kepada pengambilan pelabur baharu. Dana yang diperoleh daripada pelabur baru akan digunakan untuk membayar dividen kepada pelabur sedia ada. Skim pelaburan ini akan gagal sekiranya tiada pelabur baharu.

Akan tetapi, pengendali skim pelaburan tidak sah ini akhirnya akan melarikan diri dengan wang yang dikumpul apabila dia berasa suatu yang tidak kena akan terjadi, sekali gus menyebabkan pelabur mengalami kerugian.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti.../Hati-hati-ada-yang-sedang-intai-duit-i-Sinar
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 

anbusan

Super Active Member
Joined
Jan 22, 2006
Messages
7,970
Reaction score
191
Points
83
boleh check dekat i-akaun - withdrawal - withdraw history - isinar
die ada bagi remark situ bila bayar, kalau takde lg check esok. biasa akan muncul time hari nak dpt and akan ada dlm bank petang.
 

stillFX

Super Active Member
Joined
Nov 11, 2016
Messages
7,249
Reaction score
873
Points
121
boleh check dekat i-akaun - withdrawal - withdraw history - isinar
die ada bagi remark situ bila bayar, kalau takde lg check esok. biasa akan muncul time hari nak dpt and akan ada dlm bank petang.
ni ambe punya... kiranya masuk dalam akaun esok la ye
Untitled.jpg
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register