Kemaskini Maklumat Pengeluaran Akaun 1 KWSP - iSinar

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,791
Points
236
30.10.2020 - Pagoh, Sukar bagi kerajaan membenarkan pengeluaran wang akaun 1 caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi digunakan rakyat yang berdepan wabak COVID-19, kata Perdana Menteri. Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau menyedari ada cadangan yang dibuat bagi pengeluaran wang akaun 1 KWSP dibuat berikutan rakyat terbeban dengan impak ekonomi akibat penularan berkenaan.

“Memang ramai yang teks saya berkata ‘tolonglah Tan Sri, kami susah.’ Sekarang pun tanpa mengeluarkan simpanan itu, kita sudah menyediakan berbilion ringgit bagi membantu rakyat. Jika kerajaan benarkan perkara itu dilaksanakan dengan mengeluarkan segala simpanan KWSP yang masih berbaki, saudara akan hadapi masalah lebih besar pada masa hadapan,” katanya seperti yang dilaporkan Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-24 Koperasi Sungai Terap/Sungai Raya Muar Berhad di Dewan Sri Permata, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Pasir di sini, hari ini.

Screenshot-3065.jpg


Berita asal https://malaysiagazette.com/2020/10/30/kerajaan-sukar-benar-pengeluaran-akaun-1-kwsp-pm/
 
Last edited:
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
286,936
Reaction score
11,947
Points
2,376
Siap ada group dah di FB skrg ni
Utk sokong pengeluaran wang dari Akaun 1 KWSP
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,108
Reaction score
11,691
Points
1,906
Najib Razak



2j ·

"Jika kerajaan benarkan perkara itu dilaksanakan dengan mengeluarkan segala simpanan KWSP yang masih berbaki, saudara akan hadapi masalah lebih besar pada masa hadapan," kata PM8.

Mungkin boleh pertimbangkan untuk pencarum keluarkan duit sekarang pada masa paling terdesak dan membenarkan serta menggalakkan pencarum top-up semula pada masa depan apabila keadaan pulih?

Bukan keluarkan semua tapi hadkan kepada pengeluaran "one-off" sehingga RM10k.

Kerajaan juga boleh memastikan KWSP diberikan peluang dengan pelbagai projek untuk untung besar pada masa hadapan untuk memberi pulangan lebih besar kepada pencarum demi memulihkan baki akaun KWSP seperti apa yang kerajaan BN buat dahulu dengan projek Kwasa Damansara, pemilikan kepentingan 49% dalam PLUS dan projek Battersea UK.

Jangan hanya beri segala projek-projek seperti ini kepada pihak swasta sahaja sebab kita perlu ingat dan sedar bahawa Rakyat adalah kroni sebenar kita.

Mohon PM8 pertimbang semula.

"30 Okt 2020: Kerajaan sukar benarkan pengeluaran akaun 1 KWSP - PM"

https://www.bharian.com.my/.../kerajaan-sukar-benarkan...

1604043655992.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,108
Reaction score
11,691
Points
1,906
Isu pengeluaran wang KWSP bagi meredakan beban kewangan rakyat ketika wabak ini perlu ada jalan tengah. Kerajaan tak boleh terlalu keras menolak sebarang permintaan untuk pengeluaran wang kecemasan oleh rakyat hanya atas alasan menjaga simpanan hari tua.

Sebab anak2 yang lapar hari ini perlu makan hari ini. Mereka tak boleh tahan lapar sampai 20 tahun lagi. Rumah sewa yang tertangguh juga perlu dibayar hari ini. Tak ada tuan rumah yang begitu murah hati sanggup menanggung rugi.

Begitu juga rakyat tak boleh wewenang mendesak agar KWSP benarkan pengeluaran atas alasan "Ini duit kami, ikut suka hati kami lah"

Simpanan KWSP kita bukannya dalam bentuk tunai, tetapi kebanyakannya telah dilaburkan dalam bentuk ekuiti dan pelaburan. Sebarang pengeluaran besar-besaran akan menyebabkan KWSP terpaksa mencairkan pegangan ekuiti dan pelaburan strategik bagi membolehkan mereka dapat menyalurkan semula tunai kepada rakyat.

Sebagai contohnya, apabila kerajaan membenarkan pencarum mengeluarkan RM6000 daripada simpanan hari tua mereka pada Mac tahun ini [1], KWSP terpaksa mencairkan (baca : menjual) sebahagian aset strategik termasuklah pegangan di dalam Media Prima [2] dan lebih 3 juta unit saham di dalam Top Glove [3]

Hari ini market cap Top Glove adalah RM70.55 bilion berbanding hanya RM17 bilion ketika KWSP mencairkan ekuiti mereka (sekitar April 2020)

Terdapat 14.8 juta pencarum KWSP. Sekiranya hanya separuh dibenarkan untuk mengeluarkan RM10ribu, maka KWSP perlu mencari tunai sebanyak RM74 bilion

Bayangkan betapa besar bebanan KWSP dan kerugian atas lost opportunity yang kita akan sama-sama tanggung.

Jadi apakah jalan tengah? Kita tidak boleh membiarkan rakyat kelaparan tetapi dalam masa yang sama juga kita tidak boleh mengambil mudah survival KWSP.

Antara jalan tengah adalah pengeluaran kecemasan bersasar.

Pengeluaran boleh dibenarkan secara beransur-ansur (contohnya RM1k sebulan selama 10 bulan). Permohonan pula hanya dibenarkan bagi mereka yang kehilangan pekerjaan / pendapatan atau mengalami pemotongan gaji (pay-cut).

Cara ini lebih mudah kerana KWSP sendiri boleh membuat tapisan melalui data caruman terkini ahli.

Bagi mereka yang masih mempunyai kerja tetap seperti kakitangan kerajaan / GLC, permohonan boleh dipertimbangkan untuk individu berpendapatan rendah atau menengah rendah.

Dalam masa yang sama, selain akujanji bayaran semula (saya tidak fikir ia akan dibayar semula), KWSP hendaklah melakukan segala yang terdaya agar dividen yang diperoleh pada tahun ini dan akan datang adalah sekurang2nya sama baik sepertimana sebelum tahun 2018.

Ini adalah antara cara supaya simpanan persaraan tidak terganggu.

Pada akhirnya, jalan yang terbaik adalah dengan kepentingan semua terpelihara.
---
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Kuala Terengganu
Rujukan:
[1] https://www.bharian.com.my/.../covid-19-keluar-caruman...
[2] https://m.malaysiakini.com/news/523143
[3] https://www.theedgemarkets.com/.../epf-exits-top-glove...


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,108
Reaction score
11,691
Points
1,906
Khairul Azri

4m ·

Apa masalah nak bawak keluar duit KWSP tu?

Kena cairkan aset?saham banyak susah nak jual?

Apa susah, KWSP issue jelah sukuk/bon baru, kerajaan subscibe.

Dapat duit kerajaan tu, bagi pada rakyat.

KWSP jual lah saham tu pelan-pelan, dah habis jual, tebus awal sukuknya. Takpayah tunggu full-tenure. Settle.

Market selamat, pelaburan KWSP selamat, rakyat dapat duit mereka.

Tak boleh? Apasal pulak?

Kalau untuk FELDA kerajaan boleh belanja sampai RM10b untuk subscribe sukuknya beli LLA dsbnya..

Takkan untuk rakyat teramai tak boleh pulak 20-30b pun jadilah. Dapat balik pun duit tu nanti.
1f62c.png


Lagipun, kan kerajaan dah naikkan nilai ambang kadar hutang/KDNK sampai 60%.

Gunalah apa tunggu lagi.
 

CyberMachine

CG Top Poster Club
Joined
Oct 1, 2009
Messages
22,487
Reaction score
461
Points
131
tak paham aku sukuk la, bond la...

mmg bukan orang kewangan nih
 

stillFX

Super Active Member
Joined
Nov 11, 2016
Messages
7,054
Reaction score
820
Points
121
Khairul Azri

4m ·

Apa masalah nak bawak keluar duit KWSP tu?

Kena cairkan aset?saham banyak susah nak jual?

Apa susah, KWSP issue jelah sukuk/bon baru, kerajaan subscibe.

Dapat duit kerajaan tu, bagi pada rakyat.

KWSP jual lah saham tu pelan-pelan, dah habis jual, tebus awal sukuknya. Takpayah tunggu full-tenure. Settle.

Market selamat, pelaburan KWSP selamat, rakyat dapat duit mereka.

Tak boleh? Apasal pulak?

Kalau untuk FELDA kerajaan boleh belanja sampai RM10b untuk subscribe sukuknya beli LLA dsbnya..

Takkan untuk rakyat teramai tak boleh pulak 20-30b pun jadilah. Dapat balik pun duit tu nanti. View attachment 303936

Lagipun, kan kerajaan dah naikkan nilai ambang kadar hutang/KDNK sampai 60%.

Gunalah apa tunggu lagi.
tu la... kekadang takut benor.
 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,459
Reaction score
1,883
Points
201
Duit tu mungkin da invest kat tempat lain
Sbb depa pun ada projection jg utk grow the money

jd nak kluarkan mcm mana
 
Sponsored Post
Top
Log in Register