BTC USD 76,348.2 Gold USD 2,684.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemaskini Maklumat Pelan PENJANA - eWallet Kerajaan

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
62,749
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
62,749
Reaction score
6,957
Points
916
Awards
1
Kerajaan Galakkan Rakyat Berbelanja Secara Atas-Talian - Tawar Diskaun & Kod Promosi Mencapai RM140J

Dalam usaha mengalakkan pengguna mengamalkan gaya hidup digital, disamping mengalakka lagi arena edagang tempatan, kerajaan kini telah mengumumkan sebuah kempen baru dinamakan “Shop Malaysia Online”.

Melalui kempen yang bakal dilaksanakan hasil kerjasama kerajaan dan syarikat swasta, ia akan memfokuskan untuk mengalakkan rakyat tempatan berbelanja secara atas-talian.

Untuk tujuan berkenaan, sejumlah baucar diskaun dan kod promosi akan diberi melalui platform edagang. Implementasi penuh untuknya masih tidak diketahui lagi, dan dijangka akan dikongsikan dalam masa terdekat – termasuk pengumuman berkaitan platform edagang yang terlibat.

Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM70 juta untuk tujuan ini, dan ia akan dipadankan dengan jumlah sama oleh platform edagang – sekaligus memperlihatkan penawaran baucar dan kod promosi bernilai secara keseluruhan mencapai RM140 juta untuk para pengguna.

 
Sponsored Post

Haha tepuk unnnnn, baru je sekor walaun komen td...masin teruss hihi

Screenshot_2020-06-05-17-18-24-63.png
 
Saya perlukan penjelasan saintifik apa beza ewallet zaman PN dan PH, adalah pada differential RM20 ringgekkkk? Atau pada sertu parti lebais?

" Mereka tahu nombor telefon mangsa, nombor kad pengenalan, nombor akaun bank dan alamat kediaman. Persoalannya, bagaimana mereka mendapatkan semua data peribadi tersebut? " :D :D:D

FB_IMG_1591350785385.jpg
 
E-Tunai Rakyat: Waspada dengan data peribadi

TERTARIK melihat reaksi pelbagai pihak yang mempersoalkan kewajaran perkongsian data peribadi kepada pihak swasta yang mengendalikan program ‘e-Tunai Rakyat’ oleh pihak Kerajaan.

Menurut Menteri Kewangan, insentif pendigitalan ekonomi ini adalah selaras dengan peruntukan Kerajaan dalam Belanjawan 2020 berjumlah RM450 juta yang akan memberi manfaat kepada 15 juta rakyat.

Tambah beliau, setiap rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas yang berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun layak menerima pembayaran RM30 secara ‘one-off’ mulai 15 Januari 2020, dengan kerjasama tiga pengendali e-dompet terpilih iaitu Grab, Boost dan Touch ‘n Go.

Ketika ditanya mengenai risiko penyalahgunaan data pemohon e-Tunai Rakyat, beliau berkata,

“Khazanah Nasional Berhad merupakan pelaksana program e-Tunai Rakyat dan perkara seumpama itu tidak akan berlaku. Peraturan kita amat ketat dan tegas kerana kita ada Akta Perlindungan Data Peribadi, maklumat dan data pemohon hanya dikongsi oleh Kerajaan dan tidak kepada syarikat luar”.

Persoalannya mengapa perlu dikongsikan data peribadi yang terlalu sensitif dan terperinci, antaranya gambar kad pengenalan, penyata bank dan rekod transaksi pembelian, sebagai imbalan kepada penerimaan RM30 e-tunai secara ‘one-off’ ini.

Perlindungan Data Peribadi.

Merujuk kepada terma dan syarat e-Tunai Rakyat yang dikendalikan oleh pihak Touch ‘n Go eWallet:

  1. Untuk melayakkan diri menyertai program ini, pemohon perlu mengemukakan bukti pengenalan diri menggunakan kad pengenalan Malaysia yang sah, berdasarkan kepada rekod JPN.
  2. Pemohon yang layak akan menerima pembayaran RM30 secara ‘one-off’ apabila tuntutan telah diluluskan, dan akan dikreditkan ke dalam e-Wallet pemohon dalam tempoh lima hari.
  3. Sebagai tambahan kepada Notis Privasi Data, peserta bersetuju dan membenarkan pihak pengendali, Kerajaan Malaysia dan agensi/syarikat berkaitan untuk mengumpul, menyimpan, menggunakan, memproses dan mendedahkan Data Peribadi peserta, yang termasuk, tetapi tidak terhad kepada:
a. Nama, nombor kad pengenalan
b. Alamat, nombor telefon mudah alih
c. Butiran akaun bank, penyata bank
d. Maklumat transaksi pembelian

Perkongsian dan pendedahan Data Peribadi peserta e-Tunai Rakyat adalah dibenarkan untuk tujuan seperti berikut, antaranya:

a. Pengesahan kelayakan permohonan dan pengesahan tuntutan insentif dengan penyedia perkhidmatan e-dompet lain.
b. Memproses sebarang aduan, dan menghantar sebarang notis atau berkomunikasi.
c. Mengumpul data dan maklumat transaksi perbelanjaan ketika menggunakan insentif ini.
d. Membolehkan Data Peribadi peserta digunakan oleh penyedia perkhidmatan pihak ketiga bagi memastikan keberkesanan program ini.

Tidak dinafikan insentif ini boleh merancakkan penggunaan e-tunai dalam transaksi harian, seterusnya meningkatkan kecekapan dan transparensi dalam usaha pendigitalan ekonomi yang lebih meluas.

Namun timbul persoalan adakah pengguna memahami implikasi daripada perkongsian data peribadi ini, dan apakah jaminan tidak berlaku penyelewengan terhadap penyimpanan dan pemprosesan data (termasuk prinsip keselamatan), sebagaimana yang terkandung dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Ternyata data peribadi yang didedahkan ini adalah terlalu besar nilainya, berbanding RM30 yang diterima secara ‘one-off’ melalui program e-Tunai Rakyat. Justeru semua pihak perlu bertanggungjawab dalam melindungi data peribadi 15 juta rakyat yang sangat berharga ini.

 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register