Xploit Machine
CG Hardcore Club

- Messages
- 73,459
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 73,459
- Reaction score
- 7,735
- Points
- 916
Nothing Phone (2) telah disahkan akan rasmi pada musim panas ini iaitu antara Jun hingga Ogos 2023. Jika anda tidak maklum, ia akan menggunakan cip Snapdragon daripada siri 8 Gen. Namun, tidak dedahkan apakah ia Snapdragon 8 Gen 1, 8+ Gen 1 atau 8 Gen 2. Menariknya, Nothing seolah-olah memberi respons pada mereka yang meremehkan Phone (1) kerana ia bukan kelas andalan, kerana kali ini mereka meletakkan "Premium" untuk Phone 2.
Pei sendiri pun sebelum ini mengaku bahawa Phone (2) akan lebih premium dan tidak mahu menggunakan frasa "flagship" atau andalan atas alasan semua produk Nothing ialah hasil terbaik daripada kerja keras pasukan. Daripada video dikongsi, tidak banyak kita boleh tahu melainkan hadir dengan rekaan yang tidak jauh berbeza daripada Phone (1). Video itu juga menunjukkan lampu merah yang berkelip-kelip. Memandangkan ia akan menggunakan cip andalan, apakah jangkaan anda untuk Phone (2)?

Sumber asal Nothing