BTC USD 61,248.7 Gold USD 1,767.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Kemaskini Maklumat Guru Di Kesan Tolak Vaksin Covid-19

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
317,627
Reaction score
15,501
Points
2,376

Operasi sekolah tidak terjejas dengan tindakan guru antivaksin

Oleh Mohd Iskandar Ibrahim- September 16, 2021 @ 4:26pm
[email protected]

31bhhamurid_1631780785.jpg

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Pengoperasian sekolah secara berperingkat mulai 3 Oktober ini tidak akan terjejas dengan tindakan 2,500 guru yang enggan menerima vaksinasi COVID-19.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datin Seri Nor Zamani Abdol Hamid, berkata ini kerana hampir 89 peratus daripada lebih 414,000 guru sudah menerima dos lengkap vaksin terbabit.

"KPM (Kementerian Pendidikan) tidak akan terkesan dengan tindakan guru yang enggan divaksin ini dan adakah disebabkan mereka, kami tidak akan membuka sekolah?

"KPM ada cara untuk berhadapan (dengan situasi ini) dan bagaimana cara untuk menangani 2,500 guru (enggan divaksin) ini," katanya pada program ruang bicara yang disiarkan secara langsung, hari ini.

Nor Zamani berkata, KPM memiliki garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) khusus untuk guru yang enggan divaksin kerana tugas hakiki mereka adalah mengajar.

"Mereka masih perlu mengajar tetapi kita menyediakan beberapa tanggungjawab yang perlu mereka laksanakan, iaitu mereka masih perlu datang ke sekolah tetapi tidak akan diletakkan bersama dengan rakan yang lain.

"Apa yang perlu mereka buat, sudah kita perincikan dalam garis panduan khusus untuk mereka," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, KPM dalam proses berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam mengurus guru yang enggan divaksin, termasuk bentuk tindakan yang boleh diambil ke atas mereka.

Sementara itu, Nor Zamani menyarankan pengurusan sekolah swasta dan antarabangsa supaya melakukan ujian saringan COVID-19 menggunakan kit kendiri dengan lebih kerap.

"Dari segi SOP, sekolah swasta dan antarabangsa menggunapakai SOP sama seperti sekolah di bawah kendalian KPM.

"Berdasarkan pengalaman, saya pernah mengurus bahagian pendidikan swasta sebelum ini. Mereka memang mengambil serius soal keselamatan kerana ada kalangan murid mereka dari luar negara, katanya.

Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
91,868
Reaction score
14,979
Points
1,906
#kualapilah #covid19 Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan mengenal pasti 142 guru di Negeri Sembilan yang belum bersedia untuk menerima suntikan vaksin Covid-19
https://www.hmetro.com.my/.../moga-142-guru-terbuka-hati...

Moga 142 guru terbuka hati terima vaksin​

1632216496725.png

MD Fiah (kiri) membuat tinjauan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Dato Bahaman Shamsudin. FOTO Azrul Edham Mohd Aminuddin

Kuala Pilah: Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan mengenal pasti 142 guru di negeri ini yang belum bersedia untuk menerima suntikan vaksin Covid-19.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Md Fiah Md Jamin berkata, jumlah itu hanya membabitkan 1.08 peratus berbanding jumlah keseluruhan guru berkhidmat di negeri ini.

"Kami mempunyai kira-kira 17,459 guru di seluruh Negeri Sembilan. Hanya 142 yang belum bersedia untuk mengambil vaksin dengan memberikan alasan peribadi seperti mempunyai penyakit atau mengalami alahan.

"Sebelum ini kami ada membuat perjumpaan secara dalam talian dan secara bersemuka dengan guru terbabit. Belum sampai untuk berjumpa dengan pihak atasan," katanya ketika sidang media sejurus membuat tinjauan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Dato Bahaman Shamsudin, di sini, tadi.

Beliau berkata, pihaknya yakin semangat pendidik yang ada dalam diri guru akan melembutkan hati mereka untuk menerima suntikan vaksin pada masa akan datang.

Mengulas mengenai ibu bapa yang mungkin tidak membenarkan anak mereka untuk kembali ke sekolah, Md Fiah berkata, penjaga atau ibu bapa diminta untuk mengemukakan alasan dan bukti.
"Kalau mereka (ibu bapa) masih tidak yakin untuk hantar anak ke sekolah, kami masih ada kelonggaran.
"Maknanya jika betul-betul tidak yakin, boleh kemukakan surat alasan dan kami tiada apa-apa tindakan. Apabila sudah yakin, boleh hantar anak ke sekolah," katanya.

Disiarkan pada: September 21, 2021 @ 3:04pm

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
317,627
Reaction score
15,501
Points
2,376
COVID-19 | 142 Guru Di Negeri Sembilan Belum Sedia Terima Vaksin

142 orang guru di seluruh Negeri Sembilan dikenal pasti belum bersedia untuk menerima suntikan vaksin COVID-19.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Md Fiah Md Jamin berkata, bilangan itu bagaimanapun adalah kecil berbanding jumlah keseluruhan guru seramai 17,459 orang.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
91,868
Reaction score
14,979
Points
1,906
#kualaterengganu #covid19 Jumlah guru yang menolak untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 semakin berkurangan selepas perjumpaan pada program penerangan dan kefahaman diadakan minggu lalu
https://www.hmetro.com.my/.../jumlah-guru-tolak-vaksin...

Jumlah guru tolak vaksin semakin berkurangan​

1632293975051.png

Kuala Terengganu: Jumlah guru yang menolak untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 semakin berkurangan selepas perjumpaan pada program penerangan dan kefahaman diadakan minggu lalu.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Salim Ab Ghani berkata, guru yang pada mulanya menolak untuk divaksinasi kini terbuka hati untuk menerima vaksin selepas program terbabit diadakan.

Bagaimanapun, katanya, data terkini baki guru masih berkeras menolak pengambilan vaksin masih belum diperoleh.

"Jumlahnya sudah ada pengurangan selepas pendedahan dilakukan dan mereka turut diberi penerangan serta kefahaman kepentingan vaksin Covid-19.

"Jumlah guru enggan mengambil vaksin sudah berkurangan dan tidak sampai 100 seperti dilaporkan Isnin lalu," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Isu keengganan guru mengambil vaksin dibincangkan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu, Isnin lalu.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dilaporkan mengakui isu keengganan guru mendapatkan suntikan vaksin memang berlaku.

Mengulas lanjut, Salim berkata, JPNT sentiasa memberi peluang kepada guru belum divaksin dan meminta mereka mendapatkan suntikan secara 'walk in' di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Mengulas persediaan sesi persekolahan secara bersemuka bermula 3 Oktober ini, Salim berkata, semua sekolah sudah melakukan persediaan bagi menyambut kehadiran semula pelajar.

Beliau berkata, dianggarkan 17,000 pelajar Tingkatan Lima dan 2,000 pelajar Tingkatan Enam di negeri ini akan memulakan pembelajaran secara bersemuka nanti.

Menurutnya, ibu bapa yang keberatan membenarkan anak mereka ke sekolah secara fizikal diminta mengemukakan surat makluman untuk direkodkan pengurusan sekolah.

Disiarkan pada: September 22, 2021 @ 2:32pm

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
91,868
Reaction score
14,979
Points
1,906
Menurut beliau, ia susulan ketetapan KPM terhadap kumpulan tersebut yang tidak dibenarkan mengajar dan berinteraksi dengan pelajar secara bersemuka sebaik sahaja pembukaan sekolah dilaksanakan.

2,100 cikgu belum divaksin, tak dibenar PdP bersemuka – Radzi Jidin​

22/09/2021

691B8684-89AE-46B2-8EE9-B2ADBEBBFB72.jpeg

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) sedang meneliti pendekatan terbaik berhubung penetapan tugas membabitkan guru-guru yang enggan dan masih belum mendapatkan vaksin Covid-19 di seluruh negara,” kata Menterinya, Datuk Dr Radzi Jidin.
Menurut beliau, ia susulan ketetapan KPM terhadap kumpulan tersebut yang tidak dibenarkan mengajar dan berinteraksi dengan pelajar secara bersemuka sebaik sahaja pembukaan sekolah dilaksanakan.

Radzi berkata, ketika ini terdapat kira-kira 2,100 guru yang enggan dan masih belum mendapatkan vaksin Covid-19.

Namun katanya, tidak bermakna semua mereka terkecuali daripada menjalankan tanggungjawab sebagai seorang guru.

“Ada tugas-tugasan yang akan diberikan kepada guru-guru ini berdasarkan keadaan semasa di sekolah. Ini kerana, seramai 2100 orang ini mempunyai latar belakang keadaan semasa sekolah yang berbeza.

“Contohnya,ada sekolah yang (guru tidak divaksin) dalam tiga subjek sama. Jadi kita sedang teliti satu persatu apakah pendekatan yang terbaik,”katanya pada sesi penggulungan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, pada Rabu.

Beliau berkata demikian, menjawab celahan Karupaiya Mutusami (PH-Padang Serai) yang bangkit mempersoalkan sama ada larangan mengajar secara bersemuka membabitkan kumpulan guru yang tidak divaksin akan menambah beban kepada guru-guru yang telah divaksin.

Pada masa sama, menjawab celahan RSN Rayer (PH-Jelutong) yang memohon jaminan agar tiada tindakan terhadap guru-guru yang enggan divaksin, Radzi berkata, ia adalah bergantung kepada ketetapan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

“Guru adalah sebahagian penjawat awam jadi kita akan mengikut apa sahaja pedoman yang akan diberikan JPA dalam perkara ini.
“Tentang tindakan selajutnya, ianya bergantung kepada apa yang ditetapkan oleh JPA,”katanya.

Ujar Radzi, KPM sentiasa bekerjasama rapat dengan Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) bagi memastikan kadar vaksinasi dalam kalangan guru, anggota kumpulan pelaksana (AKP) dan pekerja perkhidmatan sokongan dapat terus ditingkatkan. Ini bagi mewujudkan satu ekosistem dimana mereka yang berada bersama-sama murid di sekolah telah divaksin sepenuhnya.
” Sehingga 20 September 2021, 90.5 peratus guru, 85.8 peratus AKP, dan 79.2 peratus pekerja perkhidmatan sokongan telah lengkap divaksin.

“Pada masa ini, 7.2 peratus guru, 11.4 peratus AKP dan 15.1 peratus pekerja perkhidmatan sokongan sedang menunggu suntikan dos kedua.

“Mana-mana guru yang belum menerima vaksin lengkap atau belum divaksin tidak dibenarkan melaksanakan PdP secara bersemuka,” tegas Radzi.

Dalam perkembangan lain, bagi pencegahan gangguan seksual di sekolah Radzi memberitahu, KPM sentiasa komited untuk memastikan persekitaran sekolah adalah selamat.

Katanya, bagi pencegahan gangguan seksual di sekolah, KPM melalui perkhidmatan bimbingan dan kaunseling melaksanakan intervensi dengan menggunakan Modul Intervensi Jenayah Seksual Kanak-Kanak di Sekolah (IHSAN).

“Modul ini antara lain, memberi pemahaman serta meningkatkan kesedaran murid berkaitan jenayah seksual.

“Program kesedaran berterusan turut dilaksanakan oleh KPM dengan kerjasama agensi kerajaan atau bukan kerajaan dalam menyebarluaskan maklumat psikopendidikan, kesihatan reproduktif dan ancaman gangguan seksual,” ujarnya.

Radzi menambah, sekiranya berlaku sebarang kejadian gangguan seksual melibatkan murid, Guru Bimbingan dan Kaunseling akan memainkan peranan untuk memberi sokongan kepada murid melalui sesi kaunseling bagi memastikan kesejahteraan, kesihatan, keselamatan serta kebajikan murid terjaga.

” Sekiranya pelaku adalah penjawat awam dan didapati bersalah, maka tindakan tatatertib boleh dikenakan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib 1993).

“Pelaku tersebut juga boleh dikenakan hukuman di bawah Akta Kanak Kanak 2001 ataupun di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792),” tegas Radzi.

yussv

Active Member
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Oct 18, 2008
Messages
1,977
Reaction score
366
Points
51

Ade 2100 guru yg belum divaksin.. hrp atas sbb kesihatan la.. 2100 ni pun penyumbang kpd 90% target populasi dewasa divaksin..
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
91,868
Reaction score
14,979
Points
1,906

Tentera Troll Kebangsaan Malaysia

· 2j ·

Setakat ini terdapat 2140 guru yang enggan divaksinkan. Rata-ratanya pelbagai pihak mendesak tindakan tegas diambil terhadap guru-guru tersebut.
Tapi, lain pula reaksi Jelutong. Jelutong mendesak agar tiada tindakan pada guru2 yang enggan divaksinkan.
Apa benda ni? Kalau kerajaan tak ambil tindakan, nanti ada pula kata menteri tak tegas pula sebab tak adil bagi guru-guru yang divaksinkan kerana mereka perlu mengajar bersemuka. Guru yang tidak divaksinkan ini pula tidak perlu melakukan sedemikian.
Apa yang pembangkang nak sebenarnya? Nak lindungi golongan anti vaksin kah?
Dengar apa respon menteri pendidikan, Radzi Jidin menjawab isu ini.

kena cek kat TTKM punya FB utk tengok vid ni
 
Fayafa

Active Member
Joined
May 21, 2017
Messages
2,149
Reaction score
771
Points
81
cikgu2 yg xmau vaksin boleh switch dgn tukang kebun atau jaga stor pendidikan jasmani..cikgu2 buleh "ngajaq" pokok2 kayu dan brgn sukan dlm stor krn depa2 ni xkan dijangkiti kobid
 
shafiq_

Fun Poster
Joined
Feb 26, 2013
Messages
945
Reaction score
105
Points
33
Berita media sosial byk berkisah kat guru je. Agak2 pensyarah ada tak yg tak nak vaksin. Pensyarah pun ada mengajar student gak.
 
g-man

Super Active Member
Joined
Jan 16, 2011
Messages
5,570
Reaction score
886
Points
121

Tentera Troll Kebangsaan Malaysia

· 2j ·

Setakat ini terdapat 2140 guru yang enggan divaksinkan. Rata-ratanya pelbagai pihak mendesak tindakan tegas diambil terhadap guru-guru tersebut.
Tapi, lain pula reaksi Jelutong. Jelutong mendesak agar tiada tindakan pada guru2 yang enggan divaksinkan.
Apa benda ni? Kalau kerajaan tak ambil tindakan, nanti ada pula kata menteri tak tegas pula sebab tak adil bagi guru-guru yang divaksinkan kerana mereka perlu mengajar bersemuka. Guru yang tidak divaksinkan ini pula tidak perlu melakukan sedemikian.
Apa yang pembangkang nak sebenarnya? Nak lindungi golongan anti vaksin kah?
Dengar apa respon menteri pendidikan, Radzi Jidin menjawab isu ini.

kena cek kat TTKM punya FB utk tengok vid ni
Jelutong ni memang bengap ke ape?
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register