BTC USD 37,768.8 Gold USD 1,792.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Kemaskini Maklumat Guru Di Kesan Tolak Vaksin Covid-19

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
34,157
Joined
Nov 23, 2012
Messages
34,157
Reaction score
4,392
Points
296
Awards
1
25.08.2021 - Kangar, Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis hari ini dimaklumkan seramai 26 guru di negeri itu enggan mengambil suntikan vaksin Covid-19. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) negeri, Rozieana Ahmad berkata, jumlah itu daripada 206 orang yang sehingga kini masih belum divaksin.

"Pada mulanya 91 daripada 206 guru yang enggan menerima vaksin, namun setelah usaha perbincangan dilakukan, akhirnya 65 guru bersetuju untuk mengambil vaksin menjadikan 26 orang sahaja yang tegar, menyatakan belum bersedia. Kita tidak menolak wujudnya isu keengganan segelintir guru menerima vaksin ini dan sedang berusaha untuk semua pihak dapat bersedia dalam penerimaan vaksin ini terutama apabila sesi persekolahan dibuka nanti dan dalam masa sama, kita hendak memastikan keselamatan semua pihak. Guru adalah seseorang yang berkhidmat kepada masyarakat dan saya rasa guru yang enggan menerima vaksin ini perlulah menolak ke tepi kepentingan diri demi murid dan pelajar agar mereka dapat belajar dengan selamat dan tenang," katanya.

Rozieana berkata, Perlis mempunyai 4,710 guru dan 4,504 orang sudah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19. Menurutnya lagi, kaunseling disediakan untuk guru yang belum divaksin mendapat penerangan lanjut kerana masing-masing mempunyai alasan berbeza termasuk soal kesihatan.

"Tidaklah mengatakan bahawa kesemua mereka ini 100 peratus menolak vaksin tetapi bagi yang mempunyai masalah kesihatan, boleh dapatkan nasihat doktor," katanya yang memberitahu menerusi kaunseling, ada antara penerima yang terlantar dan warga emas melebihi usia 100 tahun juga mengambil vaksin.

Kerajaan negeri berharap guru berkenaan memberi kerjasama yang baik sebelum sekolah dibuka untuk pembelajaran secara bersemuka kelak, bagi mengelak terdedah risiko jangkitan Covid-19. Terdapat 104 sekolah menengah dan rendah di Perlis membabitkan 43,716 pelajar.​

1629883665570.png
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
333,495
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
333,495
Reaction score
17,855
Points
2,536
Awards
1
IMUNISASI COVID-19 | 26 Guru Di Perlis Dikesan Enggan Terima Vaksin

Seramai 26 guru, dipercayai turut melibatkan seorang pengetua sekolah di Perlis, masih ragu-ragu dan menolak untuk menerima vaksin COVID-19.

EXCO Pendidikan Negeri, Rozieana Ahmad berkata, pihaknya sedang dalam usaha ‘memujuk’ kumpulan terbabit dengan membantu memberikan penerangan serta kaunseling.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
34,157
Joined
Nov 23, 2012
Messages
34,157
Reaction score
4,392
Points
296
Awards
1
41 Guru Di Melaka Tolak Vaksin

26.08.2021 - Bandaraya Melaka, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka mengenal pasti 41 daripada 13,800 guru di negeri ini yang enggan menerima vaksin Covid-19.Exco Pendidikan Modal Insan, Sains dan Inovasi Melaka, Datuk Noor Effandi Ahmad berkata, pihaknya akan membantu memberikan penerangan bagi meyakinkan 0.2 peratus guru yang enggan divaksin.

Noor Effandi memberitahu, tidak mahu terus melabelkan golongan itu sebagai anti vaksin dan yakin mereka akan berubah fikiran untuk anak didik sekali gus memastikan sesi pengajaran dapat berjalan lancar apabila sekolah dibuka.

"Mungkin mereka tidak faham atau belum terbuka hati lagi. Insya-ALLAH saya yakin mereka terima jika diberi penerangan sebaiknya," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang Kerajaan Negeri Melaka Bagi Tahun 2020 yang disampaikan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali di pejabatnya di Seri Negeri Ayer Keroh pada Khamis. Hadir sama, Pengarah Pendidikan negeri, Dr Mohd Azam Ahmad dan Pengurus Besar Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (Tapem), Datuk Mustafa Musa.

Jelas beliau, setakat ini, seramai 94 peratus guru di Melaka telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin dan kira-kira 479 sedang menunggu giliran dan janji temu untuk menerima vaksin. Ujarnya, guru di negeri ini harus memainkan peranan dalam menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kerana sekolah dijangka dibuka secara berperingkat bermula Oktober depan.

"Saya yakin dan percaya kerjasama erat di antara Jabatan Pendidikan dan Jabatan Kesihatan mampu mencapai 100 peratus guru divaksin sebelum Oktober depan," katanya.

Berita asal https://www.sinarharian.com.my/article/157806/EDISI/41-guru-di-Melaka-tolak-vaksin
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
333,495
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
333,495
Reaction score
17,855
Points
2,536
Awards
1
Cikgu² pun dah ramai tolak vaksin ye
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,985
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,985
Reaction score
15,855
Points
2,066
Awards
1
Mungkin kena mengajar tuisyen di rumah sahaja bagi guru yang tidak mahu divaksin kata netizen
https://www.kosmo.com.my/.../guru-tak-dibenar-mengajar.../

1630664386948.png



Guru tak dibenar mengajar secara bersemuka jika enggan divaksin​


  • 3 September 2021, 6:12 pm
1630664442307.png


Radzi (tengah) dalam sesi Libat Urus Menteri Kanan Pendidikan bersama Guru-guru Sekolah Rendah Negeri Perlis di Hotel Putra Regency hari ini.
KANGAR – Semua guru yang enggan menerima suntikan vaksin tidak dibenarkan mengajar secara bersemuka di dalam kelas dan berinteraksi dengan pelajar apabila sekolah dibuka pada 3 Oktober depan.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, tindakan tersebut diambil bagi memastikan keselamatan pelajar terjamin selain memberikan keyakinan bahawa anak-anak mereka berada dalam persekitaran selamat.

Beliau berkata, satu garis panduan akan dikeluarkan pihak kementerian dalam masa terdekat untuk menentukan tugas-tugas guru yang enggan divaksin.

“Tidak ramai pun jumlah guru-guru yang enggan divaksin iaitu sehingga kini kira-kira 2,500 orang berbanding jumlah keseluruhan kira-kira 400,000 orang.

“Kita akan terus menasihatkan mereka supaya mendapatkan vaksin bagi memastikan keselamatan pelajar dan guru-guru lain yang berada di sekolah terjamin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Sesi Libat Urus Menteri Kanan Pendidikan bersama Guru-guru Sekolah Rendah Negeri Perlis di Hotel Putra Regency di sini hari ini. – K! ONLINE


guru-tak-dibenar-mengajar-secara-bersemuka-jika-enggan-divaksin
 

VAMP

Ex-Super Mod
gem
Messages
10,440
Paid Membership
Joined
Feb 10, 2007
Messages
10,440
Reaction score
59
Points
130
Elok transfer cikgu antivax pi sekolah ulu sabah sarawak. Baru ada akal depa ni
 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,397
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,397
Reaction score
3,213
Points
261
Awards
1
Tangguh je skolah
Budak2 pun blom baksin

Baru smalam DG bgtau
Kanak2 byk mati sbb kobid

Kasi murid2 baksin semua
Baru la selamat ke skolah

566893-CD-FBF3-4934-BAC2-A12-A4-AC375-B6.jpg


Kita kan kene ikut kiblat US 🤪
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,985
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,985
Reaction score
15,855
Points
2,066
Awards
1
Ahmad Samsuri Mokhtar berkata buat masa ini hanya pendekatan memujuk digunakan.

Lebih 100 guru di Terengganu tolak vaksin Covid-19, kata MB​


Dikemas kini 35 minit yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2021 3:01PM · 0 Komen

ahmad_samsuri_mokhtar_(2)__full.jpg
Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar berkata tiada peraturan atau undang-undang membolehkan sebarang tindakan dikenakan ke atas guru yang enggan menerima suntikan vaksin Covid-19. – Gambar fail The Malaysian Insight, 13 September, 2021.

LEBIH 100 guru di Terengganu menolak untuk menerima suntikan vaksin Covid-19, kata Menteri Besar Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini.

Beliau berkata jumlah itu hanyalah mewakili peratusan kecil keseluruhan jumlah guru yang berkhidmat di negeri ini.


 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,397
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,397
Reaction score
3,213
Points
261
Awards
1
Ermmm ustaz da sound
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
333,495
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
333,495
Reaction score
17,855
Points
2,536
Awards
1
IMUNISASI COVID-19 | Lebih 100 Guru Di Terengganu Tolak Vaksin

Lebih 100 guru di Terengganu menolak untuk menerima suntikan vaksin COVID-19.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, jumlah itu hanyalah mewakili peratusan kecil keseluruhan jumlah guru yang berkhidmat di negeri ini.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register