Kemaskini Maklumat GrabFood, GrabPasar & GrabTapau

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
16,320
Reaction score
3,057
Points
236
Menerusi GrabFood pelbagai makanan enak dan minuman menyegarkan dapat dipesan terus dari skrin peranti. Sejak mengambil alih perniagaan penghantaran makanan dari UberEats tahun lalu, GrabFood kini mendominasi pasaran. Namun begitu semalam Grab mengumumkan kos penghantaran perkhidmatan mereka boleh meningkat ke RM9 bagi setiap pesanan bermula hari ini.

Sebelum ini kos penghantaran yang dikenakan adalah hanya RM5. Kos ini akan meningkat mengikut jarak perjalanan yang perlu ditempuhi rakan penghantar GrabFood. Menurut Grab, harga baharu ini adalah bagi mengembangkan lokasi penghantaran makanan dan memberikan pampasan kepada rakan penghantar mereka yang perlu berjalan lebih jauh.





Berita asal https://www.thestar.com.my/tech/tech-news/2019/12/09/grabfood-delivery-fee-will-now-cost-up-to-rm9
 
Sponsored Post

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
16,320
Reaction score
3,057
Points
236
GrabFood Akan Beroperasi Terhad Dari 7 Pagi Ke 12 Tengah Malam Bermula 21 Mac 2020

Grab
hari ini telah mengumumkan perubahan waktu operasi GrabFood bermula 21 Mac 2020 ini. Sekiranya sebelum ini anda boleh membuat tempahan pada bila-bila masa, bermula 21 Mac 2020, tempahan GrabFood akan terhad antara 7 pagi sehingga 12 tengah malam sahaja.

Grab mengatakan langkah ini adalah selari dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah diumumkan oleh pihak kerajaan. Perubahan ini adalah untuk kawasan Selangor dan Kuala Lumpur buat masa ini. Grab turut mengatakan yang mana perkhidmatan GrabFood di Sabah adalah terhad antara 7 pagi sehingga 5 petang sahaja.

Grab turut mengatakan pengguna diminta membuat tempahan makanan terakhir sebelum 11.30 malam setiap hari. Grab tidak menyatakan sehingga bilakah perubahan waktu operasi untuk GrabFood ini.

 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
16,320
Reaction score
3,057
Points
236
Grab Hadir Dengan GrabPasar - Penghantaran Barangan Dapur & Produk Segar

Grab sebelum ini telah pun sedia menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan GrabFood, dan penghantaran barangan runcit GrabMart. Terbaru, Grab di Malaysia turut hadir dengan sebuah lagi perkhidmatan, dinamakan GrabPasar.

GrabPasar memfokuskan kepada perkhidmatan penghantaran barangan dapur seperti daging, makanan laut, dan juga produk segar lain seperti sayur dan sebagainya.

Buat masa ini, GrabPasar hanya ditawarkan di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang sahaja. Malah, daripada penyenaraian rakan kerjasama, ia hanya sekitar TTDI dan Hartamas sahaja buat masa ini.

Masih belum melihat pilihan GrabPasar pada aplikasi (berkemungkinan kerana faktor lokasi). Namun, pihak Grab melalui laman rasmi menyatakan ia telah beroperasi bermula 21 Mac 2020, iaitu hari ini.

 

juhan

Active+ Member
Joined
Mar 30, 2010
Messages
3,612
Reaction score
313
Points
51
Grab Hadir Dengan GrabPasar - Penghantaran Barangan Dapur & Produk Segar

Grab sebelum ini telah pun sedia menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan GrabFood, dan penghantaran barangan runcit GrabMart. Terbaru, Grab di Malaysia turut hadir dengan sebuah lagi perkhidmatan, dinamakan GrabPasar.

GrabPasar memfokuskan kepada perkhidmatan penghantaran barangan dapur seperti daging, makanan laut, dan juga produk segar lain seperti sayur dan sebagainya.

Buat masa ini, GrabPasar hanya ditawarkan di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang sahaja. Malah, daripada penyenaraian rakan kerjasama, ia hanya sekitar TTDI dan Hartamas sahaja buat masa ini.

Masih belum melihat pilihan GrabPasar pada aplikasi (berkemungkinan kerana faktor lokasi). Namun, pihak Grab melalui laman rasmi menyatakan ia telah beroperasi bermula 21 Mac 2020, iaitu hari ini.

Ha3 baru nak buat. Lalamove dah lama buat.
 

teapear

Active Member
Joined
Jan 25, 2009
Messages
1,747
Reaction score
137
Points
43
Sekarang grabfood, yg drive kereta pun hantar makanan.

Tapi sejak lockdown ni, grab perform lebih baik berbanding panda.

Semalam aku order foodpanda, dekat 2 jam baru sampai. Sistem asyik tukar2 rider je.

Aku rasa panda kekurangan rider skrg.
 

juhan

Active+ Member
Joined
Mar 30, 2010
Messages
3,612
Reaction score
313
Points
51
Sekarang grabfood, yg drive kereta pun hantar makanan.

Tapi sejak lockdown ni, grab perform lebih baik berbanding panda.

Semalam aku order foodpanda, dekat 2 jam baru sampai. Sistem asyik tukar2 rider je.

Aku rasa panda kekurangan rider skrg.
Foodpanda mmg rider ramai lari. Sama gak mcm dah mkn. Tp kedai lbh suka pakai lalamove. Lembah klang aje lah. Lalamove dekat dan jauh pun blh. Makanan, parcel, spare part keta, frozen food, pillow pun boleh. Motor, kereta, 4×4, van dan lori pun hado
 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
16,320
Reaction score
3,057
Points
236
Grab Perkenal Pasar & Tapau

23.03.2020 - Kuala Lumpur, Grab memperkenalkan pilihan ambil sendiri di GrabFood dan Pasar di GrabMart semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk terus melindungi rakyat Malaysia dalam tempoh mencabar ini.

Dalam kenyataan hari ini, Grab berkata pilihan ambil sendiri itu, dikenali sebagai ‘Tapau’ merupakan pilihan ‘ambil sendiri’ yang tanpa menunggu, tanpa tunai dan tanpa kontak, dengan matlamat bukan hanya untuk membantu restoran menjana lebih banyak pendapatan, tetapi turut membantu pelanggan menjimatkan masa dan mengelak daripada orang yang ramai.

“Kami turut melancarkan Pasar, merupakan lanjutan daripada GrabMart kami, dan kami menyasarkan untuk membawa produk segar pasaran tempatan, ayam, daging dan makanan laut kepada isi rumah Malaysia. Pada masa ini, kami bermula dengan Pasar TTDI dan kami berharap untuk memperluaskannya kepada lebih banyak pasaran,” katanya.

“Menjelang 25 Mac, GrabMart boleh didapati di Pulau Pinang, Johor Bharu, Melaka, Kota Kinabalu, Kuching dan Ipoh. Kami berharap dapat memberikan perkhidmatan kepada lebih banyak kediaman dengan keperluan harian, produk kesihatan dan produk yang menggalakkan imuniti, cecair pembasmi kuman serta makanan dan minuman.

“Kami menawarkan ‘Penghantaran Percuma’, 30 peratus daripada GrabFood Signatures, dan 50 peratus daripada keperluan kesihatan GrabMart. Dengan ini, kami berharap dapat mendorong lebih banyak peluang pendapatan kepada peniaga dan rakan kongsi penghantaran.

“Oleh itu, setiap kali terdapat seseorang dalam komuniti yang membuat pesanan, mereka bukan sahaja menjimatkan perbelanjaan mereka tetapi juga menyokong dua mata pencarian lain,” katanya.



Berita asal https://www.bernama.com/bm/ekonomi/news.php?id=1823990
 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
16,320
Reaction score
3,057
Points
236
GrabFood “Tapau” - Tempah Makanan, Bayar, Dan Ambil Sendiri

Grab hari ini telah memperkenalkan perkhidmatan layan diri pada GrabFood. Melaluinya, pengguna boleh menggunakan aplikasi Grab untuk membuat tempahan makanan di sesuatu restoran, membuat pembayaran nirtunai terus melalui aplikasi berkenaan, dan mengambil makanan yang ditempah direstoran berkaitan.

Dengan langkah ini, Grab mengatakan ia akan mengurangkan lagi faktor orang bertemu, dan menjimatkan pengguna dari segi keperluan membayar wang penghantaran.

Untuk membuat tempahan GrabFood “Tapau” ini, anda boleh memilih menu “Self Pick-Up” di GrabFood, dan seterusnya membuat tempahan. Pengguna akan dipaparkan dengan pilihan makanan yang ada, dan memaparkan tempoh masa yang perlu ditunggu sebelum boleh mengambil makanan berkenaan.

Pengumuman ciri baru ini hadir daripada Grab, selari dengan pengenalan ciri GrabPasar yang memudahkan pembelian barang segar dari pasar baru-baru ini.

 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
16,320
Reaction score
3,057
Points
236
Kerajaan Peruntuk RM60J Untuk 120,000 Pemandu Seru Pandu

Sewaktu pengumuman Pakej Ransgangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang sedang berlangsung, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa kerajaan akan memperuntukkan wang sebanyak RM60 juta untuk 120,000 para pemandu perkhidmatan seru-pandu.

Melalui dana tersebut, pemandu seru-pandu akan menerima pembayaran satu kali sebanyak RM500 bermula 1 April kelak. Ini adalah sambungan kepada pengumuman pakej rangsangan sebelum ini, dimana para pemandu teksi menerima bantuan kewangan sebanyak RM600 yang sama.

"Saya tahu pendapatan harian pemandu e-hailing sepenuh masa turut terjejas berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Bagi meringankan beban mereka, Kerajaan akan memberikan bantuan secara one-off sebanyak RM500 kepada 120,000 pemandu e-hailing dengan peruntukan sebanyak RM60 juta. Dalam Pakej Rangsangan Ekonomi sebelum ini, kerajaan telah mengumumkan pemandu teksi akan menerima bayaran one-off sebanyak RM600 mulai 1 April 2020."

Buat masa ini, ia tidak diketahui jika mereka yang bekerja dengan Grab Food ataupun FoodPanda akan menerima bantuan yang sama.

 
Sponsored Post
Top
Log in Register