Info Kemaskini Maklumat & Berita Penutupan Jalan 2020

CG Sponsors




Sponsored Post

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
13,297
Reaction score
2,511
Points
236
JKR Baiki Jalan Tun Salahuddin Mulai 3 Februari 2020

31.01.2020 - Kuching, Para Pengguna jalan Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin dimaklumkan bahawa jabatan kerja Raya akan memulakan kerja-kerja membaiki permukaan jalan di Jalan TDP Abang Haji Muhammad Salahuddin, Kuching mulai 3 hb Februari, 2020.

Pengguna-pengguna jalan raya diminta berhati-hati semasa memandu di jalan ini semasa tempoh penyelenggaraan ini dan mematuhi segala pengurusan trafik untuk keselamatan dengan perhatian khusus apabila lorong jalan ditutup sepenuhnya.

Pengguna-pengguna adalah digalakkan untuk menggunakan laluan-laluan alternatif bersesuaian yang sedia ada sehingga tamat kerja-kerja pembaikan ini. Segala kerumitan adalah amat dikesali dan harap maaf.

Peta tapak yang berkaitan disertakan bersama-sama ini untuk rujukan.

Nota - Pegawai Untuk Dihubungi, Puan Bong Yan Phing (082-203411)



Berita asal https://www.gagodaily.com/2020/01/jkr-baiki-jalan-tun-salahuddin-mulai-3.html
 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
13,297
Reaction score
2,511
Points
236
PENUTUPAN LORONG KANAN DI LEBUHRAYA ELITE

Pembinaan tembok penghadang konkrit di antara persimpangan bertingkat Seafield dan Ebor yang dijangka sehingga suku ketiga 2020.

 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
13,297
Reaction score
2,511
Points
236
Jalan Di Tutup Sempena Perasmian Wireless Walk

23.02.2020 - Miri, Bersempena Perasmian Wireless Walk oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Haji Openg pada 26 Februari, jam 7 malam, beberapa jalan utama akan ditutup bagi melancarkan program perasmian tersebut.

Sebahagian Jalan Merpati di hadapan Permasisuri Imperial City Mall akan ditutup pada 24 Februari, Isnin bermula jam 7 pagi hingga Rabu, 26 Februari bagi kerja-kerja persediaan.

Manakala, pada 27 Februari, Khamis pula kerja-kerja mengemaskini tapak Program Wireless Walk.

Sementara itu, pada hari perasmian 26 Februari, Jawatankuasa Pengelola akan menutup Jalan North Yu Seng bermula jam 2.00 petang sehingga ke Jalan Merpati bagi melancarkan Program Perasmian Wireless Walk pada jam 7.00 malam.

Projek Rakyat Wireless Walk, Miri ini merupakan satu-satunya koridor yang mempunyai internet berkelajuan tinggi yang boleh diakses secara percuma di Sarawak.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan bermula 24 hingga 27 Februari bagi mengelakkan kesesakan jalan raya.







 
Sponsored Post
Top
Log in Register