Info Kemaskini Maklumat & Berita Penutupan Jalan 2019

Recommended Brokers


Xploit Machine

Super Active Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
8,446
Reaction score
1,898
Points
146
SILA RUJUK "POST" TERAKHIR

Info Penting

Air Selangor hendak buat penutupan jalan dari KM 12.8 (Meru Interchange) hingga KM15.

Pengguna dari N/P dan Jln Kapar arah Shah alam di lencongkan di KM12.8.

Pengguna daripada Shah Alam/Jln Kapar yg hendak ke Northport/Kapar perlu melalui Plaza tol Bukit Raja.

 
Last edited:
Sponsored Post

Xploit Machine

Super Active Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
8,446
Reaction score
1,898
Points
146
MAKLUMAN PENUTUPAN JALAN SEMPENA ISTIADAT PEMAKAMAN

Penutupan jalan dan lencongan secara berperingkat bagi semua jenis kenderaan akan dilaksanakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersempena Istiadat Pemakaman Almarhum Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah.

TARIKH : 23 / 05 / 2019 (Khamis)
MASA : 8.30 PAGI sehingga istiadat pemakaman selesai

Jalan-jalan yang terlibat - Bandar Pekan
1. JALAN SULTAN ABU BAKAR ⛔ lampu isyarat SHAH menghala ke bandar Pekan
2. JALAN TOK TUAN (ISTANA SAADAH) ⛔ dari arah Pekan dan Kuantan
3. JALAN TENGKU AMPUAN (MAHKAMAH) ⛔ menghala keluar ke Muzium

 

Xploit Machine

Super Active Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
8,446
Reaction score
1,898
Points
146
Lorong Kiri Lebuhraya Persekutuan KL - PJ Di Tutup Sementara Mulai 26.05.2019

25.05.2019 - Kuala Lumpur, Beberapa lorong sebelah kiri Lebuhraya Persekutuan dari arah pusat bandar Kuala Lumpur (KL) ke Petaling Jaya (PJ) akan ditutup sementara mulai Ahad ini sehingga 9 Jun dari jam 10 malam sehingga 6 pagi.

Lebuhraya Duke Fasa 3 Sdn Bhd (LDF3) dalam kenyataan hari ini berkata penutupan itu bagi kerja-kerja pelancaran dan pemasangan rasuk sementara Projek Lebuhraya Setiawangsa-Pantai Expressway (SPE) dan sepanjang tempoh itu, pengguna lebuh raya dari arah pusat bandar yang ingin menghala ke Petaling Jaya boleh menggunakan baki lorong yang masih dibuka.

Menurut kenyataan itu, Pasukan Respons Kecemasan (ERT) daripada SPE akan ditempatkan bagi memantau keadaan dan memudahkan aliran trafik sekiranya terdapat masalah di kawasan terlibat.

Syarikat konsesi, LDF3 menasihati semua pengguna jalan raya agar memandu dengan berhati-hati di sepanjang kawasan kerja-kerja pembinaan dan mematuhi arahan pegawai trafik serta papan tanda lalu lintas yang diletakkan di sekitar kawasan tapak pembinaan.

LDF3 memohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi pengguna jalan raya sepanjang tempoh pembinaan berjalan, kata kenyataan itu.

Untuk keterangan lanjut, sila layari laman web rasmi DUKE http://www.duke.com.my/ atau laman sosial Facebook https://www.facebok.com/Setiawangsa-Pantai-Expressway-DUKE-3 atau hubungi talian penting DUKE 03-62513100.



Berita asal https://www.sinarharian.com.my/article/29734/EDISI/Selangor-KL/Lorong-kiri-Lebuhraya-Persekutuan-KL-ke-PJ-ditutup-sementara-mulai-26-Mei
 

Xploit Machine

Super Active Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
8,446
Reaction score
1,898
Points
146
Penutupan Sepanjang Lebuhraya Pantai Baru (NPE)

Info awal kepada semua pengguna jalan raya penutupan jalanraya sempena Larian IJM Allianz Duo Highway Challenges 2019

Tarikh : 14/07/2019
Masa : 0200 pagi - 1100 pagi
Laluan larian : Sepanjang Lebuhraya Pantai Baru (NPE)

kepada semua pengguna jalanraya sila rancang perjalanan anda.Terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan.



 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
31,010
Reaction score
1,196
Points
196
Makluman Penutupan Jalan Daerah Sepang di Laluan FT 29(Lebuh Pintas Dengkel)

Makluman Penutupan Jalan Daerah Sepang di Laluan FT 29(Lebuh Pintas Dengkel) Bagi Pembinaan MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang - Putrajaya

Pada:20 Julai 2019-25 Julai 2019
Masa: 24 Jam

Pemaju :Malaysian Resources Corporation Berhad
No Tel :+60176782957







 

Xploit Machine

Super Active Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
8,446
Reaction score
1,898
Points
146
Operasi Kargo Vessel 19-21 Julai 2019

Pengguna jalan raya di Melaka dinasihatkan agar mengelakkan beberapa laluan di negeri ini mulai Jumaat (19 Julai) sehingga Ahad ini (21 Julai).

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab berkata laluan yang terlibat adalah dari Kawasan Perindustrian Bukit Rambai hingga ke Jeti Tanjung Beruas.

Dia berkata laluan berkenaan akan digunakan bagi operasi mengangkut muatan kargo vessel bersaiz 99.33m panjang x 5.13m lebar x 6.726m tinggi sepanjang tiga hari tersebut.

Dia berkata laluan yang terlibat pada 19 Julai ialah laluan dari Kawasan Perindustrian Bukit Rambai sehingga Taman Tanjung Minyak Perdana bermula jam 9 pagi hingga 12 tengahari.

“Pada 20 Julai pula, laluan dari Taman Tanjung Minyak Perdana melalui Lebuh SPA sehingga simpang Sungai Udang akan digunakan untuk operasi itu dari 9 pagi hingga 5 petang,” katanya di luar persidangan dewan undangan negeri di sini sebentar tadi.

Seterusnya beliau berkata operasi pemindahan kargo itu akan melalui simpang Sungai Udang sehingga ke Tanjung Beruas pada Ahad mulai jam 4 pagi hingga 12 tengah malam.


Mohd Sofi berkata permit bagi operasi tersebut telah dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka kepada syarikat pengangkut Aman Logistik Sdn Bhd pada 17 Julai.

Tambahnya, pemilik vessel tersebut adalah Tetuan KNW Sdn Bhd.

“Penutupan dan lencongan di laluan berkenaan akan dibuat secara berperingkat bagi memastikan operasi berjalan lancar, ” katanya.

Mohd Sofi memberi jaminan bahawa pengurusan trafik akan dijalankan secara komprehensif bagi memastikan aspek keselamatan pengguna jalanraya sentiasa diutamakan.





 

Xploit Machine

Super Active Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
8,446
Reaction score
1,898
Points
146
Lekas Di Tutup Sementara 27.07.2019 dan 28.07.2019

Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) akan ditutup sementara bagi memberi laluan acara berbasikal RHB Lekas Highway Ride 2019 pada 27 dan 28 Julai ini.

Lekas dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan penutupan sementara itu akan bermula dari 5 petang pada 27 Julai hingga 4 pagi, 28 Julai.

Sebanyak 19 persimpangan akan ditutup bagi memastikan kelancaran dan keselamatan peserta. Penutupan jalan bermula dari Persimpangan Kajang Selatan hingga ke Persimpangan Paroi.

Bagi laluan alternatif, pengguna dari arah utara (Kuala Lumpur, Cheras, Kajang) dan arah selatan (Seremban, Senawang dan Kuala Pilah) dinasihatkan agar menggunakan Jalan Persekutuan 1 atau Lebuhraya PLUS, menurut kenyataan itu.

Untuk maklumat lanjut dan bantuan, orang ramai boleh menghubungi talian info di 1 800 888 021 atau Twitter @LEKAStrafik dan Facebook LEKAS Highway.



Berita asal http://www.frontdesk.com.my/bm/index.php/2019/07/23/lekas-ditutup-sementara-27-28-julai-ini
 

Xploit Machine

Super Active Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
8,446
Reaction score
1,898
Points
146
Info Projek LRT3

 

Xploit Machine

Super Active Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
8,446
Reaction score
1,898
Points
146
LATIHAN MENANGANI TUMPAHAN BAHAN KIMIA

Makluman awal mengenai penutupan sebahagian jalan sepanjang latihan diadakan bermula dari km 0, bagi memberi laluan kepada LATIHAN MENANGANI TUMPAHAN BAHAN KIMIA di Jambatan Kedua Malaysia - Singapura (2nd Link) pada 25 September 2019 bermula jam 7.00 pagi sehingga 12.30 tengahari.

Para pengguna Jambatan Kedua Malaysia - Singapura (2nd Link) dinasihatkan merancang perjalanan supaya tidak berlaku kesesakan luar biasa pada waktu itu.

Sila kongsi maklumat ini kepada orang ramai yang menggunakan jambatan tersebut.





 
Last edited:
Sponsored Post
Top
Log in Register