BTC USD 38,829.3 Gold USD 1,877.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Kemaskini Makluman Kempen Derma Darah

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,446
Reaction score
3,988
Points
236
Bulan Sabit Merah Kumpul 4,760 Pain Darah Sejak Mac Lepas

09.11.2020 - Kuala Lumpur, Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Sabah, telah mengumpul sebanyak 4,760 pain darah sehingga Sabtu lepas melalui Program Derma Darah COVID-19, yang dilaksanakan di seluruh Sabah sejak Mac lepas.

Penyelaras Program Derma Darah BSSM Sabah Leslie Chan Boon Siang berkata, inisiatif mengadakan program derma darah di dalam permis BSMM sendiri dilakukan, selepas mendapat maklum balas daripada orang awam mengenai kebimbangan mendapat jangkitan, sekiranya menderma darah di hospital.

“Pada awalnya kami menerima panggilan telefon daripada pihak hospital, untuk membantu dalam mempromosikan kempen derma darah yang dilakukan di hospital. Setelah menerima maklum balas mengenai kekangan orang ramai yang bimbang terkena jangkitan sekiranya ke hospital, kami berbincang dengan Unit Perubatan Tranfusi, bagi merangka prosedur operasi standard (SOP) dan mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, untuk membuat program derma darah di luar premis hospital,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Sebanyak 3,553 pain darah dikumpul semasa fasa pertama program berkenaan yang diadakan Mac hingga Ogos lepas.

“Selebihnya sebanyak 1,207 pain darah dikumpul dalam fasa kedua program ini yang bermula September hingga Disember ini. Kita yakin mampu mengumpul lebih banyak pain darah dalam fasa kedua program ini, kerana saya melihat ramai penderma yang telah menghubungi kami,” katanya.

Sehubungan itu, Leslie berkata orang ramai di negeri ini diseru untuk menderma darah bagi menampung bekalan darah yang agak kritikal di Hospital Queen Elizebeth I, Hospital Kudat dan Tuaran, serta tidak takut menderma kerana pengendalian kelak mengikut SOP yang perlu dipatuhi.

Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1899092
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,446
Reaction score
3,988
Points
236
Kempen Derma Darah November 2020

Screenshot-3234.jpg


Screenshot-3235.jpg
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,446
Reaction score
3,988
Points
236
Bekalan Darah Sangat Rendah Sejak Minggu Lalu, Penderma Di Perlukan

12.05.2021 - Kuala Lumpur, Pusat Darah Negara (PDN) merayu penderma untuk tampil kerana bekalan darah sangat rendah sejak minggu lalu.

"Sudah seminggu merayu dan menunggu, stok darah masih sangat rendah. Bantulah pesakit yang memerlukan," kata keterangan pada poster yang dimuat naik di Facebook, semalam.

Poster itu turut menunjukkan bahawa bekalan darah jenis AB berada pada tahap yang selamat, tetapi ketika ini kekurangan darah jenis A. Sementara itu, bekalan juga sangat rendah untuk darah jenis B dan jenis O. PDN menggesa penderma yang layak datang ke pusat derma darah terdekat.

Slip janji temu dapat diperoleh dari laman web PDN untuk memastikan perjalanan yang lancar di tengah sekatan perjalanan susulan perintah kawalan pergerakan (PKP). Bagi mereka yang tidak dapat menderma darah, PDN meminta mereka untuk berkongsi maklumat berkenaan.

Untuk rekod, mereka yang baru-baru ini diberi vaksin diminta menangguhkan pendermaan darah mereka sekurang-kurangnya satu minggu.

Tempoh satu minggu bermula dari saat vaksin diambil jika mereka tidak mempunyai kesan sampingan ringan, atau setelah mereka pulih jika mereka mempunyai kesan sampingan ringan. Dalam catatan berasingan di Facebook, PDN juga berkongsi kekecewaan kerana kurangnya orang yang tampil menderma darah.

"Sedih. Itulah perasaan yang dapat kami gambarkan ketika ini. Setakat pukul 1.00pm, hanya satu beg darah berjaya diperolehi di lokasi ini. Bantulah kami. Hadirlah menderma darah untuk membantu pesakit-pesakit yang memerlukan. Bantu kami. Tampilkan diri untuk menderma darah," katanya.

Senarai pusat derma darah dan lokasi derma darah bergerak di Lembah Klang boleh didapati di sini. Mereka yang berada di luar Lembah Klang boleh merujuk ke pusat derma darah di negeri masing-masing.

Screenshot-204.jpg

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/574347
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register