BTC USD 38,976.4 Gold USD 1,873.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Kemaskini Makluman Kempen Derma Darah

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,446
Reaction score
3,988
Points
236
Pihak Hospital Tanjung Karang (HTK), dengan kerjasama Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) ingin menjemput Tuan/Puan menderma darah semasa Kempen
Derma Darah Bil 4/2020 pada ketetapan berikut:

Tarikh: 24 dan 25 Jun 2020
Tempat: Dewan Ibnu Sina, Hospital Tanjung Karang (bersebelahan dengan Unit Hemodialisis)
Masa: 10.00 pagi - 2.30 petang

Berikut merupakan 6 langkah mudah untuk menderma darah:
- Membuat saringan kesihatan, semakan sejarah perjalanan/kontak dan pemeriksaan suhu di luar unit pendermaan
- Penggunaan hand sanitizer oleh anggota yang bertugas dan penderma darah
- Pemakaian topeng muka oleh anggota bertugas
- Pendermaan darah dilakukan dalam kelompok yang kecil
- Jarak antara penderma darah adalah sejauh 1 meter
- Tempat pendermaan akan dicuci dengan sterilizer secara berkala

Kami memohon agar Tuan/Puan dapat hadir di dalam kumpulan yang kecil (4 - 8 orang) dan merancang perjalanan Tuan/Puan. Sebaik - baiknya Tuan/Puan dapat hadir 1 jam sebelum waktu pendermaan tamat untuk memudahkan urusan pendaftaran dan pendermaan.

Screenshot-1899.jpg
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,446
Reaction score
3,988
Points
236
Stok Darah PDN Berkurangan

Dengan situasi Covid 19 yang melanda negara sekarang, stok darah semakin berkurangan. Pendermaan darah berkala penting bagi menampung keperluan darah setiap hari. Jalankan tanggungjawab sosial anda bagi membantu menyelamatkan nyawa pesakit yang memerlukan. Anda boleh memeriksa lokasi pendermaan darah yang dianjurkan Pusat Darah Negara melalui pautan berikut: http://pdn.gov.my/index.php

ATAU

Anda boleh terus ke pusat kutipan darah statik di kawasan Lembah Klang dan Putrajaya seperti berikut:

1.Pusat Darah Negara, Jalan Tun Razak, 50400, Kuala Lumpur.
Waktu operasi - Isnin-Jumaat: 7.30 pagi - 8.00 malam dan Sabtu-Ahad: 8.00 pagi - 6.00 petang

2.Midvalley Donation Suite, Mid Valley Mega Mall, Lot 063, Tingkat 3 (Mezzanine), Sebelah Daiso Japan
Waktu operasi - Isnin - Ahad : 10.00 pagi - 9.00 malam

3. Suite Derma Darah Puspanita, Puspanitapuri, Lot PT 2280-2283 Persiaran Seri Perdana, Presint 10 Putrajaya
Waktu operasi - Isnin - Ahad: 10.00 pagi - 6.00 petang
 

apodio

Fun Poster
Joined
Sep 17, 2014
Messages
472
Reaction score
42
Points
30
Pusat darah ada dan kemaskini kan lah tarikh, masa dan lokasi kat mana org boleh derma darah seluruh negara. Letak di laman web, pastebook. Yg kat laman web dia skrg tunjuk kat keh el je.
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,446
Reaction score
3,988
Points
236
Stok Darah Kumpulan B Kurang, Masyarakat Di Gesa Tampil Derma

16.10.2020 - Shah Alam, Pusat Darah Negara (PDN) menyeru orang ramai, khususnya mereka yang mempunyai darah Kumpulan B, supaya tampil menderma darah bagi meningkatkan stok darah berkenaan.

Pengarah Pusat Darah Negara (PDN) Dr Noryati Abu Amin berkata bekalan darah daripada kumpulan itu menyusut kerana kegusaran orang ramai tampil menderma darah susulan peningkatan kes Covid-19 sejak kebelakangan ini.

“Orang ramai digalakkan untuk terus konsisten menderma darah dan tidak menjadikan peningkatan kes Covid-19 pada masa kini, sebagai penghalang untuk berbuat demikian.

“Ini amat penting bagi menampung keperluan bekalan darah setiap hari termasuk daripada Kumpulan B dan stok sedia ada susut,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata orang ramai yang berhasrat untuk menderma darah tidak perlu khuatir kerana pihaknya sentiasa mengamalkan tatacara operasi piawai (SOP) Kementerian Kesihatan bagi membendung penularan wabak itu.

Dr Noryati berkata pihaknya juga akan memastikan proses menderma darah yang dilakukan ke atas setiap individu itu selamat.

“Memang sebelum berlakunya penularan wabak ini, kita di PDN memang mempunyai SOP yang ketat sebelum membenarkan mana-mana individu menderma darah.

“Kita akan pastikan penderma sihat 100 peratus dan pendekatan itu juga kita guna sehingga kini, jadi mana-mana individu yang tidak sihat contohnya demam, memang kita tidak membenarkan mereka untuk menderma darah,” katanya.

Beliau berkata orang ramai juga tidak perlu risau kerana Covid-19 telah dikenal pasti tidak akan berjangkit melalui pemindahan darah.

Mengulas lanjut, Dr Noryati berkata sehingga hari ini PDN mempunyai kira-kira 2,000 stok beg darah dan 600 beg diagihkan untuk menampung keperluan seluruh hospital di Lembah Klang dalam sehari.

“Buat masa ini stok bekalan darah masih mencukupi namun kita bimbang sekiranya orang ramai takut dan khuatir untuk tampil menderma darah kerana peningkatan kes Covid-19, bekalan darah akan berada pada paras kritikal.

“Kita tidak mahu ini berlaku kerana kita memerlukan bekalan yang mencukupi bagi menampung kes luar jangka seperti yang membabitkan kemalangan dan pembedahan di mana pesakit memerlukan bekalan darah segera,” katanya.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/10/stok-darah-kumpulan-b-kurang-masyarakat-digesa-tampil-derma/
 

jaih

Super Active Member
Joined
Jan 14, 2006
Messages
9,902
Reaction score
415
Points
91
BP x cun... adesss... ari ni ada di KB Mall Kota Bharu
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register