BTC USD 37,864.9 Gold USD 1,792.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemaskini Laluan Darat Singapura - Johor Bahru (VTL)

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
34,157
Joined
Nov 23, 2012
Messages
34,157
Reaction score
4,392
Points
296
Awards
1
Semua Pengembara Warga Malaysia, Singapura Layak Guna VTL Darat

14.12.2021 - Kuala Lumpur, Semua kategori pengembara warganegara Malaysia dan Singapura boleh memasuki kedua-dua negara menggunakan kemudahan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksinasi Laluan Darat (VTL-Darat) berkuat kuasa pada 20 Dis, 2021, berikutan peningkatan permintaan orang ramai. Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengumumkan pemastautin Tetap Malaysia boleh terus memasuki Malaysia menggunakan VTL-Darat tersebut.

Sebelum ini, hanya warganegara, pemastautin tetap dan pemegang pas jangka panjang negara terbabit dibenarkan melakukan perjalanan menggunakan VTL-Darat tersebut. Bagaimanapun, MITI menegaskan bahawa pengembara terbabit wajib mendapat vaksinasi sepenuhnya manakala bagi kanak-kanak berusia bawah 12 tahun yang tidak divaksinasi, perlu ditemani oleh ibu bapa atau penjaga yang telah lengkap vaksinasi.

“Pengembara yang layak juga tertakluk kepada ujian saringan COVID-19 dan keperluan kesihatan terperinci yang ditentukan oleh negara masing-masing. Pada masa ini, VTL-Darat masih terhad kepada perkhidmatan bas sahaja dan operator terbabit akan menawarkan tiket untuk memenuhi peningkatan permintaan dan tertakluk kepada status kesihatan awam semasa,” katanya.

Sebelum sebarang pembelian tiket, pengembara yang mahu memasuki Malaysia menerusi VTL-Darat itu dikehendaki mendaftar di https://mysafetravel.gov.my manakala pengembara dari Malaysia ke Singapura perlu mendaftar di https://go.gov.sg/vtl-portal. Butiran lanjut mengenai keperluan VTL-Darat boleh didapati di https://www.miti.gov.my dan https://www.safetravel.ica.gov.sg.

Sementara itu dalam satu kenyataan berasingan, Kementerian Perdagangan dan Industri Singapura (MIT) berkata tiada sebarang perubahan terhadap protokol ujian semasa di Singapura dan Malaysia. Menurut kementerian itu, semua pengembara yang memasuki republik itu perlu mematuhi protokol ujian berkenaan serta langkah pengurusan keselamatan, termasuk rejim Ujian Pantas Antigen COVID-19 selama tujuh hari sejurus selepas ketibaan.

Dalam pada itu, menurut MITI, pelancaran VTL-Darat antara Malaysia dan Singapura pada 29 Nov, 2021, bertujuan melancarkan pergerakan merentas sempadan tanpa kuarantin yang mengintegrasikan protokol kesihatan, keselamatan dan kelulusan imigresen. Inisiatif berkenaan membantu mereka yang terpisah daripada orang tersayang akibat pandemik untuk kembali bersama keluarga masing-masing.

Menurut MITI, kemudahan terbabit juga membolehkan pembukaan semula sempadan darat secara berperingkat, selamat, sistematik dan mampan dengan memperincikan langkah-langkah kesihatan yang perlu diambil dan dilaksanakan kepada pengembara Malaysia serta Singapura.​

1639492110209.png
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
34,157
Joined
Nov 23, 2012
Messages
34,157
Reaction score
4,392
Points
296
Awards
1
Malaysia, Singapura Nilai Semula Risiko Teruskan VTL Udara, Darat

07.01.2022 - Kuala Lumpur, Kerajaan Malaysia dan Singapura akan menilai semula risiko semasa sebelum memutuskan untuk meneruskan dengan kuota 50% daripada kapasiti asal skim laluan perjalanan lengkap vaksin (VTL) udara dan darat atau sebaliknya. Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong berkata mengikut perbincangan asal, kedua-dua negara sebelum ini bersetuju untuk meneruskan VTL harian dengan pengurangan kuota kepada 50% untuk penjualan tiket diteruskan pada 21 Januari ini.

Pada 23 Disember lepas, kedua-dua negara memutuskan untuk menggantungkan penjualan tiket VTL udara dan darat susulan ancaman Omicron, sebelum ia dijangka diteruskan semula.

“Kedua-dua pihak akan berbincang mengenai jumlah yang boleh… sama ada udara ataupun darat. Dalam beberapa minggu ini, kita akan buat penilaian kalau kedua-dua pihak merasakan untuk (meneruskan dengan) 50% ataupun sebaliknya,” kata beliau kepada pemberita pada majlis meraikan pencapaian kendalian 11 juta unit bersamaan dua puluh kaki (TEU) kontena oleh Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd bagi 2021, hari ini.

Wee berkata setakat ini seramai 37,783 pelawat dari Singapura ke Malaysia direkodkan menggunakan VTL udara. Beliau, yang juga ahli Parlimen Ayer Hitam, berkata demikian ketika ditanya mengenai status terkini mengenai VTL yang kini ditangguhkan penjualan tiketnya.Sebelum ini, kuota harian yang telah ditetapkan bagi VTL darat adalah 1,440 individu untuk sehala.

Wee sebelum ini dilaporkan berkata inisiatif bagi VTL udara dan darat antara Malaysia-Singapura terus ditangguh atau kembali beroperasi akan ditentukan dalam tempoh 48 jam sebelum tamat tarikh penangguhannya iaitu pada 21 Januari ini. Beliau dilaporkan berkata sekiranya VTL kembali diteruskan pada tarikh tersebut, jumlah jualan tiket berkemungkinan akan dikurangkan hingga 50% daripada jumlah sedia ada.

Berita asal https://www.malaysianow.com/berita/...nilai-semula-risiko-teruskan-vtl-udara-darat/
 

Jedi

CG Top Poster Club
gem
Messages
48,731
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Feb 15, 2009
Messages
48,731
Reaction score
2,854
Points
261
Awards
1


.......................
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register