Kemaskini Kes Denggi Di Malaysia

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
19,455
Reaction score
3,341
Points
236
Kes Denggi Di Labuan Menurun

18.06.2020 - Labuan, Jumlah kes denggi di sini dari Januari hingga kini menurun kepada hanya lima kes berbanding 22 kes bagi tempoh yang sama pada tahun lepas.

Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, Dr Ismuni Bohari berkata, penurunan drastik itu adalah hasil tindakan bersepadu oleh pelbagai jawatankuasa kampung, masyarakat dan individu.

“Kita mencatat rekod terendah setakat ini, dengan sifar kematian atau wabak. Sebanyak 102 kes dicatatkan pada 2018 dengan 12 wabak dan jumlah itu menurun kepada 36 kes dengan satu wabak pada 2019,” katanya kepada Bernama hari ini.

“Kebelakangan ini kita menyaksikan kemunculan semula penyakit lama dan kemunculan penyakit baharu… menyebarkan penyakit dari satu lokasi ke lokasi lain dan ia sangat sukar untuk dihalang, ini sekali gus mempengaruhi sosio-ekonomi dan kadang-kadang memberi kesan negatif terhadap mana-mana populasi.

“Bagi menghadapi cabaran ini, tanggungjawab, tugas untuk menghalang dan mengawal penjagaan kesihatan memerlukan perubahan menyeluruh supaya ia lebih berkesan, cekap dan menumpukan kepada permasalahan utama atau isu yang perlu ditangani secara kolektif dan komprehensif.

Dr Ismuni yang juga doktor kesihatan awam Kementerian Kesihatan Malaysia mengatakan di Malaysia, denggi adalah antara penyakit berjangkit yang memberi kesan terhadap kesihatan awam.

Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1852307
 
Sponsored Post

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
19,455
Reaction score
3,341
Points
236
Kes Denggi Di Ipoh Meningkat Lebih 200%

19.06.2020 - Kuala Lumpur, Kes demam denggi di Perak khususnya bandar raya Ipoh semakin membimbangkan apabila mencatatkan peningkatan lebih 200 peratus dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Ahmad Saidi Mohamad Daud berkata laporan menunjukkan bagi tempoh Januari hingga 13 Jun, sebanyak 888 kes direkodkan berbanding 262 kes untuk tempoh sama tahun lepas.

"Peningkatan itu adalah sebanyak 626 kes atau 238.9 peratus dan satu kematian direkodkan berbanding sifar (kematian) untuk tempoh sama tahun lalu," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di Pasar Awam Buntong di sini, hari ini.

Ahmad Saidi berkata bagi tempoh tersebut, sebanyak 93 lokaliti wabak direkodkan dalam kawasan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Beliau berkata, peningkatan kes denggi yang ketara disebabkan faktor cuaca dan kekangan pihak berwajib khususnya Unit Kawalan Vektor MBI untuk menjalankan aktiviti pembersihan disebabkan penularan wabak COVID-19.

Ahmad Saidi berkata bermula 10 Jun lepas, semua aktiviti kawalan kembali dilaksanakan dengan tumpuan seperti pasar awam, taman rekreasi, stesen pengangkutan awam, pusat pelancongan, kompleks pasar raya dan tanah perkuburan.

"Kita berharap orang ramai meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit setiap minggu bagi melakukan aktiviti pembersihan dan pemusnahan tempat pembiakan nyamuk aedes.

"Semoga dengan penglibatan semua pihak secara menyeluruh dapat membantu pihak berkuasa negeri dalam usaha mengurangkan kes demam denggi khususnya di kawasan pentadbiran MBI," katanya.

Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1852694
 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
19,455
Reaction score
3,341
Points
236
Kes Denggi Di Negeri Sembilan Meningkat 18.9%

21.06.2020 - Seremban, Jumlah kumulatif kes denggi di Negeri Sembilan merekodkan peningkatan sebanyak 18.9 peratus iaitu 1,358 kes bagi tempoh Januari hingga 13 Jun berbanding 1,142 kes dalam tempoh sama tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri S. Veerapan berkata pada minggu ke-24 iaitu dari 7 Jun hingga 13 Jun, sebanyak 77 kes direkodkan.

“Taburan kumulatif kes denggi di Negeri Sembilan pada tahun ini ialah sebanyak 1,139 kes di daerah Seremban, 52 kes di Port Dickson, 51 kes di Rembau, 41 kes di Tampin, 39 kes di Jempol, 19 kes di Kuala Pilah dan 17 kes di Jelebu.

“Satu kes kematian denggi dilaporkan di Negeri Sembilan, menjadikan kumulatif kematian akibat denggi ialah sebanyak lima kes sehingga 13 Jun iaitu kadar kematian kes sebanyak 0.5 peratus berbanding enam kes dengan kadar kematian kes sebanyak 0.6 peratus pada tempoh yang sama pada 2019,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kumulatif lokaliti wabak yang masih aktif ialah sebanyak 27 lokaliti iaitu 26 daripadanya adalah di daerah Seremban dan satu di Jempol.

"Aktiviti pencegahan dan kawalan diteruskan pada masa ini walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan bermula pada 10 Jun, dengan aktiviti cari dan musnah tempat pembiakan aedes ditumpukan di premis kediaman dan kawasan persekitaran, aktiviti larviciding, semburan pengasapan dan promosi kesihatan.

"Masyarakat digalakkan untuk melaksanakan pembersihan di kawasan premis masing-masing selama 10 minit setiap minggu dengan menghapuskan tempat-tempat atau bekas-bekas yang berpotensi bagi pembiakan nyamuk aedes sekali gus dapat mengekang penularan demam denggi," katanya.

Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1853099
 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
19,455
Reaction score
3,341
Points
236
Kes Denggi Di Selangor Menurun, Masyarakat Di Gesa Kekal Waspada

06.07.2020 - Shah Alam,Kes denggi di Selangor mencatat penurunan 16.8 peratus iaitu 31,007 kes sehingga minggu epid 27 yang berakhir hari ini, kata pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor(JKNS).

“Ia kurang 6,265 berbanding 37,263 kes dalam tempoh sama tahun lalu dengan Petaling muncul daerah tertinggi dengan 10,944 kes diikuti Klang (5,829), Hulu Langat (5,625), Gombak (4,457) dan Sepang (1,720).

“Kematian turut menurun tiga kes iaitu 31 berbanding 34 pada minggu sama tahun lalu,” kata Dato’ Dr Sha’ari Ngadiman dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata jumlah lokaliti wabak denggi aktif adalah 340 dengan 42 perincian lokaliti kawasan khas (hotspot), wabak tidak terkawal (40), wabak terkawal (235) dan wabak baharu (23).

Justeru, JKNS menyeru masyarakat bertindak proaktif melibatkan aktiviti kawalan serta pencegahan denggi secara menyeluruh bagi memutuskan transmisi jangkitan tersebut.

Berikut antara saranan:
1. Musnahkan tempat pembiakan nyamuk
2. Guna racun pemusnah jentik-jentik dalam bekas takungan air
3. Pakai pakaian bersesuaian, gunakan repellen
4. Laporkan kepada pihak berkuasa tempatan sekiranya tahu lokasi berpotensi biak aedes
5. Jika alami tanda demam, sakit kepala dinasihat segera jumpa doktor

Berita asal https://selangorkini.my/2020/07/kes-denggi-di-selangor-menurun-masyarakat-digesa-kekal-waspada/
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,590
Reaction score
11,372
Points
2,376
Sponsored Post
Top
Log in Register