Kemaskini Kes Denggi Di Malaysia

CG Sponsors




fms

CG Top Poster Club
Joined
Feb 10, 2007
Messages
20,197
Reaction score
252
Points
131
tak pasti bro .. abis PBT sembur tu ada guna ni ke? .. kalo aku seblum masuk tido sembur kaw2 shieldtox .. borak2 ngan jiran baru masuk rumah tido .. yang PBT punya macam tak efektif juga ..

kerap saya ngan jiran bersihkan longkang :unsure:
PBT tu buat fogging..x berkesan rasanya sbb nyamuk ni akan lari ke rumah..
aku penah tgk nyamuk selamba je terbang depan aku dlm keadaan asap berkumpul dlm rumah..
aku guna shieldtox juga berkesan tapi racun agak kuat juga..skang ni guna yg jenis air..

bab vaksin tu, dia akan suntik kita utk elakkan kene denggi..sama mcm kene suntikan polio masa kecik2..
 
Sponsored Post

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
19,455
Reaction score
3,341
Points
236
PBT tu buat fogging..x berkesan rasanya sbb nyamuk ni akan lari ke rumah..
aku penah tgk nyamuk selamba je terbang depan aku dlm keadaan asap berkumpul dlm rumah..
aku guna shieldtox juga berkesan tapi racun agak kuat juga..skang ni guna yg jenis air..

bab vaksin tu, dia akan suntik kita utk elakkan kene denggi..sama mcm kene suntikan polio masa kecik2..
mahal kot yang bro bagi tau tu .. at least campur air pun rasa berkesan :)
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,590
Reaction score
11,372
Points
2,376
FB_IMG_1591630636434.jpg

Tatkala kita melihat kes COVID-19 telah turun kepada satu digit kes hari ini, kes denggi melihatkan peningkatan mendadak.

Merujuk kepada peta denggi yang ada di laman web idenggi (untuk orang awam), hampir kesemua kawasan Kuala Lumpur dan daerah Selangor yang berdekatan Kuala Lumpur dibanjiri dengan kes denggi.

Ini semua adalah kes aktif semasa! Orang awam dinasihati untuk senantiasa memantau keadaan sekeliling rumah dan tempat kerja dan melakukan aktiviti kendiri seperti pemusnahan tempat berpotensi atau melaporkan kepada pihak berkuasa dan ketua komuniti untuk langkah pencegahan.

Untuk melihat kawasan denggi di tempat anda, bolehlah layari laman web idenggi http://idengue.arsm.gov.my/index.php dan klik ke lokasi denggi.

Sama seperti COVID-19, perang melawan Denggi juga memerlukan pendekatan yang sama. Tugas melawan Denggi bukan terletak kepada KKM dan PBT sahaja. Seluruh agensi kerajaan, swasta dan komuniti perlu dilibatkan bersama bagi mengekang wabak denggi.

PHM
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,590
Reaction score
11,372
Points
2,376
FB_IMG_1591631215452.jpg

Dari Januari sehingga 6 Jun 2020, sebanyak 48,584 kes Demam Denggi telah dilaporkan berbanding 54,524 kes bagi tempoh yang sama pada tahun 2019 (penurunan sebanyak 11%).

Namun sejak enam (6) minggu yang lalu, kes Demam Denggi mula menunjukkan tren peningkatan secara berterusan (purata peningkatan sebanyak 8% setiap minggu). Sepanjang tempoh yang sama bagi tahun ini juga, 84 kematian kes denggi telah dilaporkan berbanding 83 kes pada tahun 2019.

Daripada 84 kematian tersebut, 11% telah lewat mendapatkan rawatan (iaitu tiga (3) hari selepas bermulanya gejala).

KKM menjangkakan berlaku peningkatan kes Demam Denggi gelombang kedua bermula awal Jun sehingga September 2020, iaitu berdasarkan tren kes Demam Denggi selama 5 tahun.

Orang ramai diseru supaya meningkatkan tahap kebersihan di kawasan masing-masing terutamanya di tempat takungan air dan kawasan yang berpotensi untuk nyamuk membiak. Usaha membanteras nyamuk Aedes dan Demam Denggi adalah tanggungjawab kita semua, sepertimana juga masyarakat telah berganding bahu bagi memutuskan penularan jangkitan COVID-19.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,590
Reaction score
11,372
Points
2,376
Cegah penularan kes Demam Denggi:

1. Luar dan dalam premis perlu dibersihkan setiap minggu oleh pemilik premis.

2. Sembur aerosol ke ruang bilik yang telah lama tidak digunakan.

3. Lakukan aktiviti larvasiding (iaitu penggunaan secara berkala bahan untuk membunuh jentik-jentik)

4. Lindungi diri dengan memakai repelen.

5. Jika ada gejala, segera dapatkan rawatan di fasliti kesihatan berhampiran.

6. Semua fasiliti kesihatan perlu berwaspada jika terdapat kes disyaki Demam Denggi. Kes perlu segera dirawat dan dirujuk jika memerlukan rawatan selanjutnya.

KKM
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
34,419
Reaction score
1,931
Points
206
Tatkala kita melihat kes COVID-19 telah turun kepada satu digit kes hari ini, kes denggi melihatkan peningkatan mendadak.

Merujuk kepada peta denggi yang ada di laman web idenggi (untuk orang awam), hampir kesemua kawasan Kuala Lumpur dan daerah Selangor yang berdekatan Kuala Lumpur dibanjiri dengan kes denggi.

Ini semua adalah kes aktif semasa! Orang awam dinasihati untuk senantiasa memantau keadaan sekeliling rumah dan tempat kerja dan melakukan aktiviti kendiri seperti pemusnahan tempat berpotensi atau melaporkan kepada pihak berkuasa dan ketua komuniti untuk langkah pencegahan.

Untuk melihat kawasan denggi di tempat anda, bolehlah layari laman web idenggi http://idengue.arsm.gov.my/index.php dan klik ke lokasi denggi.

Sama seperti COVID-19, perang melawan Denggi juga memerlukan pendekatan yang sama. Tugas melawan Denggi bukan terletak kepada KKM dan PBT sahaja. Seluruh agensi kerajaan, swasta dan komuniti perlu dilibatkan bersama bagi mengekang wabak denggi.

PHM
Banyak tapak pembinaan.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,590
Reaction score
11,372
Points
2,376
Nyamuk denggi pun pkp line clear dia membiak la apa lagi. Haha
Aedes pun dah pandai ye skrg jang
Deme pun reti PKP 😆
Sekarang rasa lagi banyak masa nak bersihkan kawasan rumah
Terutama longkang
Elak denggi
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
34,419
Reaction score
1,931
Points
206
Aedes pun dah pandai ye skrg jang
Deme pun reti PKP 😆
Sekarang rasa lagi banyak masa nak bersihkan kawasan rumah
Terutama longkang
Elak denggi
Betul.
Area rumah den pun dah lama tak nampak jabatan kesihatan datang fogging.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register