Kemaskini Kes Denggi Di Malaysia

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
19,455
Reaction score
3,341
Points
236
19.04.2020 - Shah Alam, Selangor mencatat tujuh kes kematian akibat denggi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata EXCO kesihatan.

Dr Siti Mariah Mahmud berkata bermula 22 Mac hingga minggu epid ke-15 pada 12 April lalu, sebanyak 1,910 kes denggi dicatatkan di negeri ini, berbanding 3,321 bagi tempoh sama pada tahun lalu, menurun 42 peratus.

Secara keseluruhan, katanya, sejak Januari lalu sehingga 12 April 2020, terdapat 22,180 kes denggi dengan 23 kematian di Selangor.

“Pada 2019 (sehingga minggu epid ke-15), terdapat 23,323 kes denggi dengan 19 kematian. Ini menunjukan penurunan kes sebanyak 4.9 peratus.

“Bagaimanapun, kes kematian menunjukkan peningkatan 21.05 peratus. Terdapat dua kes kematian dilaporkan pada minggu epid ke-15 di Klang dan Petaling,” katanya menerusi kenyataan.

Dr Siti Mariah berkata lokaliti wabak yang mencatatkan kes tertinggi sehingga 12 April adalah Petaling iaitu 7,372 kes, diikuti Klang (4,582) dan Hulu Langat (3,709).

“Lokaliti wabak yang mencatatkan kes terendah adalah di Sabak Bernam dengan 69 kes,” katanya.

Beliau berkata Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Kesihatan memperuntukkan RM5 juta tahun ini bagi program pencegahan denggi, berbanding RM3 juta pada tahun lalu.

denggi01.jpg


Berita asal https://selangorkini.my/2020/04/tujuh-maut-akibat-denggi-di-selangor-ketika-pkp/
 
Sponsored Post

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
34,419
Reaction score
1,930
Points
206
selangor ni semua benda di champion.
cyberjaya lubuk denggi tak banyak kes pula ye?
 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
19,455
Reaction score
3,341
Points
236
Takut Covid-19, Jangan Pula Abai Denggi

20.04.2020 - Shah Alam, Ketika ini, apa sahaja isu kesihatan berkaitan dengan penularan virus maut yang membawa penyakit Covid-19 bukan sahaja menjadi tumpuan dan kerisauan masyarakat negara ini bahkan juga seluruh dunia.

Kebimbangan ini berasas kerana wabak yang menyerang lebih 200 buah negara dan wilayah seantero dunia ini disifatkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai ujian paling getir sejak meletusnya Perang Dunia Kedua.

Selain meragut ratusan ribu nyawa, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) membuat unjuran, dunia dijangka mengalami penguncupan ekonomi paling teruk sejak Zaman Kemelesetan ‘The Great Depression’ yang berlaku pada 1930-an.

Bagi Malaysia yang tidak terkecuali turut berdepan dengan serangan wabak tersebut, fokus masyarakat terhadap penyakit ini mula menjadi perbualan hangat sebaik memasuki gelombang kedua COVID-19 pada penghujung Februari lepas biarpun hakikatnya pesakit Covid-19 mula dikesan di negara ini pada penghujung Januari 2020.

Apa jua berita mengenai Covid-19, pasti mendapat perhatian masyarakat dan pengumuman terkini mengenai kes jangkitan terbaharu, kes yang sembuh dan angka kematian di negara ini oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sentiasa dinantikan ramai.

Mungkin boleh dikatakan, masyarakat kurang memberi perhatian kepada isu kesihatan penyakit lain pada masa ini kerana sebahagian besar tumpuan diberikan kepada Covid-19.

Sehubungan dengan itu, Prof Madya Dr Rozita Hod, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), mengingatkan masyarakat supaya jangan lupa akan bahaya penyakit denggi.

Sepertimana penyakit Covid-19 yang belum ada rawatan tertentu bagi penyembuhannya, begitu jugalah dengan penyakit denggi yang masih lagi belum ada penawarnya sehingga ke hari ini walaupun kes penyakit ini dilaporkan sudah dikesan seawal sekitar 1902 lagi.


Antara Covid-19 dan denggi

“Ketika kita sedang sibuk mengenai isu kesihatan Covid-19, penyakit bawaan nyamuk Aedes betina daripada spesies albopictus dan aegypti yang dijangkiti virus denggi juga meningkat seiring dengan Covid-19.

“Denggi seperti kita sedia maklum juga sangat berbahaya kerana berdasarkan rekod sebelum ini, ia turut meragut nyawa, tidak ada ubat dan langkah terbaik hanyalah melalui pencegahan dengan menjaga kebersihan persekitaran.

“Biarpun ia bukanlah baharu kerana saban tahun kita berhadapan polemik denggi, cuma saya risau ketika kebanyakan orang sibuk dengan Covid-19, ada yang mula lupa pada ancaman gigitan maut nyamuk berkenaan,” katanya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.

Merujuk laman sesawang http://idengue.arsm.gov.my/, jumlah kes denggi terkumpul dari 29 Disember 2019 sehingga 7 April 2020 berdasarkan sumber daripada Bilik Gerakan Denggi Kebangsaan CPRC, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah sebanyak 35,847 kes.

Daripada jumlah itu, enam negeri mencatatkan jumlah kes paling tinggi iaitu Selangor sebanyak 21,851 kes, diikuti Johor 2,881, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2,627, Sabah 1,956, Kelantan 1,366 dan Perak 1,112.

Dari segi kematian, dari Januari hingga 4 April 2020, seramai 58 orang maut akibat denggi.

Menurut Dr Rozita, biarpun jumlah kematian Covid-19 adalah lebih tinggi daripada denggi iaitu setakat 15 April seramai 83 orang, namun jangan ambil remeh dengan bahaya denggi kerana jumlah kes penyakit bawaan nyamuk itu adalah lebih tinggi daripada wabak berkenaan.

“Jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,072 kes sehingga pukul 12 tengah hari 15 April, jumlah kes denggi dari 29 Disember sehingga 7 April sudah melebihi 30,000 kes.

“Memang bukan semua kes denggi dirawat di hospital kerana hanya yang disyaki demam denggi berdarah saja akan berada di wad. Manakala yang bukan demam denggi berdarah akan diberi ubat demam dan perlu sentiasa datang ke klinik kesihatan berhampiran untuk pemantauan.

“Namun, keadaan ini pastinya akan menambahkan lagi tugas doktor dan jururawat yang kita sedia maklum sedang bertungkus-lumus berjuang merawat pesakit Covid-19. Kesesakan juga akan berlaku di hospital sekiranya seseorang itu disahkan menghidap denggi berdarah,” katanya.


Duduk rumah, boleh denggi

Oleh yang demikian, amatlah penting bagi setiap daripada kita mengambil langkah pencegahan dan masyarakat perlu diingatkan sepanjang masa akan hal ini.

Ini kerana meskipun penyakit bawaan nyamuk ini sudah lama berakar umbi di negara ini, namun masih ada lagi yang memandang remeh terhadap ancamannya.

Cukup-cukuplah ambil mudah akan kepentingan pencegahannya memandangkan keadaan cuaca akhir-akhir ini sering mengundang hujan pada petang hari, dan sebenarnya sangat berisiko meningkatkan lagi habitat populasi vektor berkenaan.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Jailan Simon dalam satu laporan media menyatakan bahawa negara ketika ini sedang menghadapi tempoh peralihan monsun sekali gus bermaksud tempoh monsun timur laut sudah berakhir dan kini akan berubah ke monsun barat daya.

Semasa fasa peralihan monsun tersebut, boleh dijangkakan ribut petir serta hujan lebat dengan angin kencang dalam jangka masa singkat. Keadaan ini berlaku terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan negeri di pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta kawasan barat dan tengah Sarawak.

Mengulas mengenai keadaan cuaca ini, Dr Rozita berkata di sebalik pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memerlukan semua masyarakat duduk di rumah dan keluar sekiranya ada keperluan penting sahaja, ini tidak bermakna boleh terselamat daripada wabak denggi.

Ini kerana penyakit bawaan nyamuk itu masih lagi boleh menyerang sesiapa sahaja, pada bila-bila masa termasuklah ketika PKP, sekiranya ada lagi yang leka akan kepentingan penjagaan kebersihan persekitaran.

“Kebiasaannya kadar pembiakan nyamuk Aedes tinggi semasa hujan kerana ketika itulah akan adanya air bertakung yang merupakan habitat populasi vektor berkenaan. Jadi, janganlah beranggapan duduk di rumah sahaja sudah cukup selamat atau perisai terbaik terhindar daripada denggi.

“Mungkin ada beranggapan rumah bersih tidak akan datangnya nyamuk Aedes. Tetapi, jangan lupa bahawa vektor itu hanya akan membiak pada air bersih dan bukannya kawasan kotor seperti air larut resap,” katanya.


Aktif

Dr Rozita memberitahu penulis, peningkatan curahan air hujan ketika ini boleh menjadi antara faktor pembiakan nyamuk Aedes.

Beliau menjelaskan, curahan air hujan boleh bertakung di mana-mana kawasan sudut rumah sama ada dalam bekas kosong, pasu bunga, tayar lama, kasut mahupun saliran atap sekali gus menjadi tempat pembiakan nyamuk tanpa kita sedari.

Apatah lagi, ketika ini kebanyakan anak-anak dan ibu bapa menggunakan masa yang ada sepanjang PKP untuk beriadah mahupun bermain di laman rumah (bagi mereka yang rumah bukan strata) dan sekiranya tidak dikemas balik permainan kanak-kanak mungkin akan jadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

“Kanak-kanak menggunakan masa ini untuk bermain di laman. Pelbagai jenis permainan termasuklah kolam renang mini plastik kalau tak disimpan dengan baik biarpun air yang ada dah dibawa keluar, ia boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk.

“Kajian ada menunjukkan penutup botol air galian yang kecil itu pun boleh terjumpanya jentik-jentik kerana ada air bertakung. Asalkan ada tempat sikit pun misalnya macam plastik sampah yang kita sudah ikat elok tetapi letak di luar rumah disebabkan tong sampah penuh, juga boleh jadi pembiakan vektor itu.

“Ini kerana struktur plastik tersebut yang tidak menyerap air membuatkan ada sesetangah kawasan pada plastik itu boleh menjadi tempat takungan air,” katanya.

Difahamkan, waktu aktif nyamuk Aedes adalah antara pukul 5.30 pagi hingga 8 pagi dan 5.30 petang hingga 8 malam, iaitu masa kebanyakan anggota masyarakat melakukan aktiviti riadah (sebelum PKP).


10 minit?

Bagi yang tinggal di rumah bertingkat pula, jangan ingat mereka tidak akan diserang penyakit denggi biarpun berada di dalam rumah.

Ini kerana vektor berkenaan boleh masuk di celah-celah pintu mahupun tingkap terbuka dan bertelur di kawasan air bertakung seperti pasu bunga, tong air yang tidak bertutup dan sebagainya.

Difahamkan, kitaran hidup nyamuk Aedes bermula daripada telur sehingga dewasa hanyalah mengambil masa kira-kira seminggu sahaja.

“Gunakanlah masa PKP ini untuk menghapuskan semua tempat takungan air yang boleh menjadi sarang pembiakan nyamuk di sekeliling rumah.

“Untuk membersihkannya, bukan hanya membuang airnya sahaja tetapi dinding bekas perlu diberus untuk membuang telur atau menyiram dengan air panas yang suhunya lebih 80 darjah celsius bagi membunuh telur tersebut.

“Tidak susah, hanya 10 minit sahaja. Kena rajin sebab dibimbangi kalau diserang denggi berdarah, golongan seperti warga emas, kanak-kanak dan wanita hamil mempunyai risiko komplikasi lebih tinggi,” kata Dr Rozita.



Berita asal https://selangorkini.my/2020/04/takut-covid-19-jangan-pula-abai-denggi/
 

redx

Active Member
Platinum Member
Joined
Jul 13, 2007
Messages
1,248
Reaction score
60
Points
40
selangor ni semua benda di champion.
cyberjaya lubuk denggi tak banyak kes pula ye?
cyberjaya..berkala sembur. hampir setiap petang ada
 

logammaut

Super Active Member
Joined
Dec 12, 2009
Messages
9,570
Reaction score
345
Points
81
Area umah aku pun ramai komplen ada byk nyamuk. Dah jarang nampak aktiviti sembur asap nyamuk dlm 1-2 bulan ni. Kalau dulu hampir tiap2 petang ada sembur. Mungkin semua petugas dikerah fokus kat COVID-19 agaknya.
 

dloanman

Legendary Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
19,078
Reaction score
1,448
Points
206
nyamuk-Aedes-KP-KKM.jpg

AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Petaling, Klang, Hulu Langat dan Gombak catat kes denggi tinggi
Mei 14, 2020 12:15 pm

SHAH ALAM, 14 MEI: Petaling, Klang, Hulu Langat dan Gombak adalah daerah yang mencatatkan kes denggi tinggi di Selangor dengan jumlah keseluruhan 21,323 sehingga 9 Mei lalu.

EXCO kesihatan, Dr Siti Mariah Mahmud berkata daripada jumlah itu, Petaling mencatatkan kes tertinggi iaitu 8,385 diikuti Klang (4,963), Hulu Langat (4,162) dan Gombak (3,813).



Dr Siti Mariah Mahmud berucap ketika Majlis Apresiasi Sedekad Pusat Wanita Berdaya di Shah Alam Convention Centre pada 7 Mac 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Bagaimanapun, kes denggi di Selangor menurun sebanyak 11 peratus bersamaan 710 kes dari minggu epidemik 18 kepada minggu epidemik 19. Dalam tempoh sama tiada kematian dilaporkan menjadikan jumlah kematian kekal 27 kes,” kata beliau di Facebook.

Sementara itu, lima lokasi dikenal pasti menjadi kawasan panas denggi membabitkan taman rekreasi, kawasan-kawasan tumpuan awam, tanah lot kosong, kilang atau gudang dan tempat pembuangan sampah.

Siti Mariah berkata selain mencegah Covid-19, penduduk juga perlu mengamalkan langkah pencegahan daripada digigit nyamuk aedes terutama yang berada di lokasi panas wabak denggi.

“Amalkan langkah-langkah pencegahan seperti menggunakan ubat penghalau nyamuk selain memastikan kawasan rumah dan persekitaran bersih dan bebas daripada menjadi tempat pembiakan aedes,” katanya.

sumber - https://selangorkini.my/2020/05/petaling-klang-hulu-langat-dan-gombak-catat-kes-denggi-tinggi/
 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
19,455
Reaction score
3,341
Points
236
Kes Denggi Di Selangor Meningkat 798, Satu Kematian

29.05.2020 - Shah Alam, Sebanyak 798 kes denggi dicatatkan di Selangor dengan satu kematian bagi minggu epidemik ke-21 iaitu pada 17 hingga 23 Mei, kata EXCO kesihatan.

Dr Siti Mariah Mahmud berkata jumlah mingguan itu meningkat 23.9 peratus berbanding minggu epidemik ke-20 hanya 644 kes.

“Terdapat satu kematian dilaporkan pada minggu epidemik ke-21/2020 menjadikan kumulatif kematian sebanyak 28 kes, peningkatan 3.7 peratus berbanding pada minggu epidemik sama tahun lalu 27 kes,” kata beliau di Facebook.

Siti Mariah memberitahu, demam denggi terdiri daripada demam denggi biasa atau demam denggi berdarah yang boleh membawa maut.

“Demam denggi berdarah mempunyai tanda seperti demam denggi biasa tetapi mempunyai kesan lebam, pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi serta ia boleh diikuti dengan pendarahan di seluruh badan yang akhirnya boleh membawa maut,” jelas beliau.

Pesakit yang mengalami tanda-tanda dan menunjukkan gejala demam denggi perlu mendapatkan rawatan segera.

Siti Mariah turut mengingatkan penduduk Selangor, dalam usaha mencegah Covid-19, mereka juga harus mengamalkan langkah pencegahan denggi seperti memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk, membuang bekas takungan air dan menggunakan semburan.

denggi01-e1587351037565.jpg


Berita asal https://selangorkini.my/2020/05/kes-denggi-di-selangor-meningkat-798-satu-kematian/
 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
19,455
Reaction score
3,341
Points
236
46,713 Kes Denggi Di Laporkan Setakat 30 Mei - CPRC

01..06.2020 - Kuala Lumpur, Sejumlah 46,713 kes denggi telah dilaporkan dari 29 Dis tahun lepas hingga 30 Mei tahun ini, demikian menurut Laporan Situasi Semasa Denggi, Chikungunya dan Zika di Malaysia Bagi Tahun 2019 dan 2020.

Angka yang dikeluarkan Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis Negara (CPCR) Kementerian Kesihatan menunjukkan penurunan sebanyak 6,228 kes (11.8 peratus) berbanding 52,941 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Laporan itu turut menyebut bahawa tidak kematian akibat denggi dilaporkan pada minggu ke-22 (24-30 Mei) 2020 dengan jumlah kumulatif 82 kematian berbanding 81 bagi tempoh sama tahun lepas.

“Sepanjang minggu ke-22 dalam tahun 2020, sejumlah 1,625 kes denggi telah dilaporkan yang menyaksikan penurunan sebanyak 8.8 peratus berbanding minggu sebelumnya,” menurut laporan yang dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah di laman Facebook beliau hari ini.

Setakat minggu ke-22 tahun ini, Selangor mempunyai angka tertinggi kes denggi iaitu 26,943 kes diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (4,617) serta Johor (4,111).

Laporan CPRC turut menyatakan bahawa sebanyak 48 kes Chikungunya dilaporkan sepanjang minggu ke-22 dengan jumlah keseluruhan 596 kes dicatatkan dari 29 Dis tahun lepas hingga 30 Mei 2020.

Menurut laporan itu, Pengawasan Zika dilakukan oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dari 29 Dis 2019 hingga 30 Mei 2020 manakala saringan telah dilakukan ke atas sampel darah dan air kencing individu dengan gejala disyaki namun tiada kes positif zika dilaporkan.

Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1846764
 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
19,455
Reaction score
3,341
Points
236
Malaysia x pakai ke vaksin ni??
Dengvaxia
Singapura, Thailand dan Indonesia ade guna..
tak pasti bro .. abis PBT sembur tu ada guna ni ke? .. kalo aku seblum masuk tido sembur kaw2 shieldtox .. borak2 ngan jiran baru masuk rumah tido .. yang PBT punya macam tak efektif juga ..

kerap saya ngan jiran bersihkan longkang :unsure:
 
Sponsored Post
Top
Log in Register