BTC USD 16,963.5 Gold USD 1,797.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemaskini Isu - UMNO & BN

midi2020

Super Active Member
Messages
6,531
Joined
Feb 7, 2012
Messages
6,531
Reaction score
480
Points
91

PRU-15: UMNO Bahagian Perlis bebas calonkan sesiapa – Azlan Man​

Oleh Aizat Sharif- September 17, 2022 @ 12:56pm
[email protected]
Azlan (tengah) bersama Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Perlis, Datuk Tengku Aziz Tengku Jaafar (dua kiri) dan Pengerusi Jawatankuasa Induk HPPN Perlis, Nurulhisham Yaakob melawat satu daripada gerai pempamer yang menyertai sambutan HPPN di Kompleks Tuanku Syed Putra, Kangar. - Foto AIZAT SHARIF
Azlan (tengah) bersama Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Perlis, Datuk Tengku Aziz Tengku Jaafar (dua kiri) dan Pengerusi Jawatankuasa Induk HPPN Perlis, Nurulhisham Yaakob melawat satu daripada gerai pempamer yang menyertai sambutan HPPN di Kompleks Tuanku Syed Putra, Kangar. - Foto AIZAT SHARIF




KANGAR: UMNO Bahagian di Perlis bebas memilih individu yang mahu diangkat sebagai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Namun pencalonan itu bagaimanapun akan disaring oleh Badan Perhubungan UMNO Negeri terlebih dahulu sebelum ia dimuktamadkan dan diserahkan kepada UMNO Pusat untuk diperakukan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Azlan Man berkata, UMNO Bahagian di negeri itu boleh mencalonkan sesiapa namun ia akan melalui proses saringan oleh pihak Perhubungan UMNO Negeri.

"Betul, UMNO Bahagian akan mencalonkan tetapi pencalonan yang dibuat oleh peringkat Bahagian itu kemudian akan dibuat saringan oleh Perhubungan UMNO Negeri.

"Perhubungan UMNO Negeri kemudian akan memperakukan kepada pihak UMNO Pusat untuk kepimpinan tertinggi melihat senarai nama yang akan dicadangkan itu," katanya Azlan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Perlis di Kompleks Tuanku Syed Putra, di sini semalam.

Beliau mengulas kenyataan yang dibuat oleh bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis yang juga Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim sebelum ini yang akan terus mempertahankan kerusi Parlimen Arau pada PRU-15, meskipun nama calon UMNO dari negeri itu yang bakal bertanding pada PRU belum lagi dimuktamadkan.


Malah, menurut Shahidan, penentuan nama calon di sesuatu kawasan akan ditetapkan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Selain itu, Azlan berkata, pihaknya masih lagi meneliti senarai nama yang bersesuaian untuk diangkat sebagai calon bertanding pada PRU berkenaan dan ia belum lagi dimuktamadkan secara rasmi.

"Kita pun tak tahu bila PRU nak buat bila namun kita sedang melihat lagi senarai nama yang bersesuaian. Jadi Insya-Allah, apabila masanya sudah tiba, maka senarai nama calon itu juga akan tersedia," katanya.

Sebelum ini, Shahidan dipetik media sebagai berkata bahawa beliau akan terus mempertahankan kerusi Parlimen Arau yang sudah dimenanginya selama empat penggal pada 1986, 1990, 2013 dan 2018.

Beliau juga pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebanyak empat kali selepas memenangi kerusi DUN Tambun Tulang pada 1995, 1999, 2004 dan 2008
shahidan kluster menteri.. nanti tunggu hari penamaan calon, zahid bagi watikah ke tak..
 
Sponsored Post

Panji hitam putih

Active+ Member
gem
Messages
4,947
Joined
Nov 6, 2016
Messages
4,947
Reaction score
1,407
Points
111
Ustaz sindir Umno, "nak ulang keputusan PRU14 sila tanding solo".


Saya jawab, memang pedih kalah PRU, tetapi lebih pedih bila dikhianati lepas itu. Mereka yang mengkhianati UMNO kini berada dalam Bersatu. Kini mereka berdakapan dengan Pas dalam satu selimut. Nak suruh Umno masuk dalam selimut yang sama susahlah. Tak lalu (tak berselera) kami. Biarlah ada "class" sikit.


Saya puji PH. Mereka lebih ada "class" bila tolak cadangan TSMY nak kembali berpakat bawah khemah besar lawan BN. Walaupun nak menang, mereka pun tak berselera dengan orang Bersatu seperti Azmin dan lain2 yang mengkhianati mereka dulu.

Berpolitik biarlah ada "class" sikit. Mungkin Ustaz yang sindir Umno tak faham apa itu "class".

.... bukan bilik darjah.
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
38,959
Top Poster #10
Joined
Nov 23, 2012
Messages
38,959
Reaction score
4,919
Points
296
Awards
1
UMNO Perlu Jawab 3 Soalan Jika Mahu Adakan PRU15 Ketika Musim Banjir

21.09.2022 - Kuala Lumpur, Bebrapa persoalan penting perlu dijawab Umno jika mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ketika musim banjir yang dijangka berlaku hujung tahun ini. Timbalan Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tan Kar Hing berkata, persoalan utama itu melibatkan pengurusan banjir dan perjalanan pilihan raya semasa tempoh tersebut.

"Jika musim banjir benar berlaku seperti ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Umno wajib jawab berapa soalan. Pertama, adakah pusat mengundi ini akan dijadikan pusat pemindahan untuk mangsa-mangsa banjir jika banjir benar-benar berlaku? Kedua, pegawai dan kakitangan pilihan raya yang bakal dilantik kebanyakan terdiri daripada kalangan penjawat awam, waktu itu mereka akan diberi arahan jaga nyawa orang atau jaga peti undi" “Ketiga, anggota keselamatan ditugaskan waktu PRU perlu menjaga kelancaran perjalanan pilihan raya atau turun padang selamatkan nyawa dan harta benda rakyat?" katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

MetMalaysia meramalkan, negara akan mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan November depan yang membawa kepada banjir besar pada penghujung bulan berkenaan. Kar Hing yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Simpang Pulai berkata, hanya orang tidak waras akan menyokong tindakan mengadakan PRU ketika waktu banjir.

"Kita juga faham naratif yang cuba dimainkan oleh BN dan Umno adalah Pakatan Harapan takut kalah kalau PRU diadakan. Bagi saya ini bukan soal kalah atau menang, tapi soal kita pentingkan kuasa atau nyawa. "Jumlah pengundi setakat Ogos 2022 adalah 21.1 juta berbanding dengan tahun 2018 hanya 14.9 juta. Susulan penambahan pengundi begitu banyak, pegawai dan pasukan terlibat dengan urusan pilihan raya sudah tentu akan tambah.

"Ini termasuk pusat pengundi juga akan tambah," katanya

Berita asal https://majoriti.com.my/berita/2022...an-jika-mahu-adakan-pru15-ketika-musim-banjir
 

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,485
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,485
Reaction score
2,582
Points
251
Awards
1

BN Terengganu belum muktamadkan senarai calon PRU-15​

Oleh: Baharom Bakar- September 19, 2022 @ 12:37pm
[email protected]
Rozi (tengah), Tengku Mahari (kiri) dan Fadhillah (kanan) selepas mempengerusikan mesyuarat persiapan Wanita, Pemuda dan Puteri peringkat bahagian, semalam. -Foto NSTP/Baharom Bakar
Rozi (tengah), Tengku Mahari (kiri) dan Fadhillah (kanan) selepas mempengerusikan mesyuarat persiapan Wanita, Pemuda dan Puteri peringkat bahagian, semalam. -Foto NSTP/Baharom Bakar





KUALA TERENGGANU: Barisan Nasional (BN) Terengganu belum memuktamadkan senarai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Rozi Mamat, berkata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Said pada mesyuarat perhubungan parti Rabu lalu, sudah meminta semua Ketua UMNO bahagian mengemukakan lima calon bagi setiap DUN dan Parlimen untuk dihantar kepada pimpinan tertinggi.

"Mesyuarat kerja tertinggi parti di peringkat negeri sudah memutuskan semua bahagian menghantar lima nama calon untuk bertanding di kerusi DUN dan Parlimen.

"Itu adalah keputusan terkini selepas semua ketua bahagian UMNO sudah mengemukakan tiga nama calon untuk dipertimbangkan bertanding pada PRU akan datang," katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat persiapan parti di peringkat Wanita, Pemuda dan Puteri serta bahagian yang dijangka bermula bulan depan.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua UMNO bahagian Hulu Terengganu, Tengku Mahari Tengku Chik, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO negeri, Tengku Haphiz Tengku Putera dan Ketua Pergerakan Puteri Bahagian, Wan Khatijah Wan Bakar.

Rozi yang juga Ketua Bahagian UMNO Hulu Terengganu, berkata demikian bagi mengulas kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, yang dilaporkan pihaknya sudah menerima senarai calon daripada badan perhubungan UMNO negeri untuk PRU-15.

Ketika mengulas kemungkinan UMNO akan menampilkan calon wanita untuk bertanding pada PRU-15, Rozi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong, berkata semua ketua bahagian UMNO sudah diarahkan mengemukakan senarai nama calon termasuk wanita, pemuda dan orang lama.

Katanya, BN akan menampilkan gabungan jalinan muka baharu, orang muda, wanita dan orang lama untuk disenaraikan sebagai calon bagi menghadapi PRU akan datang.

"Ciri-ciri calon terdiri daripada individu berpengalaman dan pelbagai latar belakang, paling utama adalah calon boleh menang dan diterima penduduk setempat," katanya
 

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,485
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,485
Reaction score
2,582
Points
251
Awards
1

UMNO Selangor sedia terima MN dengan restu pimpinan​



KUALA SELANGOR: UMNO Selangor sentiasa bersedia menerima kerjasama dengan Pas menerusi Muafakat Nasional (MN) sekiranya mendapat restu pucuk pimpinan parti itu.

Pengerusi Perhubungannya, Tan Sri Noh Omar berkata, hubungan antara kedua-dua parti itu di peringkat negeri masih lagi baik setakat ini.

Katanya, kerjasama UMNO dengan pemimpin Pas seperti di Tanjong Karang masih kukuh dengan saling membantu dan menghormati antara satu sama lain.

“Soal sama ada wujud MN mahupun hanya bergerak solo di Selangor, bagi saya semuanya okay. Namun, jika benar ura-ura gabungan itu akan dihidupkan semula, saya pastinya mengharapkan hasil yang positif,” katanya ketika ditemui pada program Ziarah Kasih di Kampung Sawah Sempadan, Tanjong Karang di sini, petang tadi.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan pertemuan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menguatkan cakap-cakap MN dihidupkan kembali bagi mengelakkan pertembungan dua parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Jelas Noh yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, beliau bagaimanapun berpegang kepada prinsip akur dengan segala keputusan pimpinan tertinggi UMNO.


“Sebagai orang parti, kita hanya menunggu arahan daripada pucuk pimpinan mengenai kerjasama MN itu. Kita hanya pelaksana dan bersedia akur dengan segala keputusan kelak,” katanya.
 

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,485
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,485
Reaction score
2,582
Points
251
Awards
1

Mesyuarat MT UMNO bincang PRU15?​

PERSIAPANUMNO_7671.jpg






KUALA LUMPUR: Mesyurat Majlis Tertinggi (MT) UMNO dipercayai sedang berlangsung malam ini di Menara Dato Onn, di sini.
Ia selepas pekarangan menara di sini tidak lagi menerima ketibaan beberapa pimpinan UMNO ketika ini.

Pengamal media mula berkumpul sejak pukul 7 malam tadi bagi mendaptkan perkembangan mesyuarat berkenaan.

Ini kerana timbul desas-desus keputusan mesyuarat malam ini memberi bayangan sama ada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan dalam masa terdekat atau sebaliknya.

Malah, pertemuan lima pimpinan tertinggi UMNO petang tadi menguatkan lagi cakap-cakap tersebut.

Ia susulan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini beliau akan berbincang lebih awal dengan Top 5 berhubung tarikh PRU15 sebelum Bajet 2023 Jumaat ini.

Terdahulu, antara pimpinan UMNO yang dilihat hadir adalah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Selain itu, Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad.

Seterusnya, Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan; Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar dan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said. – UTUSAN
 

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,485
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,485
Reaction score
2,582
Points
251
Awards
1

'Pimpinan tertinggi UMNO berpandangan kerjasama dengan PAS perlu'​

Oleh Mohd Iskandar Ibrahim- September 30, 2022 @ 10:59pm
[email protected]
Zahidi (kanan) turut menghadiri Mesyuarat MKT UMNO, malam ini. - FOTO BERNAMA
Zahidi (kanan) turut menghadiri Mesyuarat MKT UMNO, malam ini. - FOTO BERNAMA




KUALA LUMPUR: Semua ahli pimpinan tertinggi UMNO berpandangan bahawa kerjasama dengan PAS perlu diadakan demi kepentingan ummah.

Perkara itu dimaklumkan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Zahidi Zainul Abidin, kepada pemberita sejurus selesai mesyuarat MKT, di sini, sebentar tadi.

"Jadi, rundingan (UMNO-PAS) akan dibuat oleh Presiden parti dan jawatankuasa yang kita bentuk bagi melihat hasil perbincangan dengan parti berkenaan (PAS)," katanya.

Bagaimanapun, mesyuarat MKT UMNO malam ini masih berteka-teki berhubung tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Biarpun ditanya beberapa kali oleh pemberita sama ada MKT sudah membuat ketetapan berhubung tarikh PRU akan datang, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, ketika ditemui sekadar memaklumkan perkara itu merupakan budi bicara Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Mesyuarat ini adalah mesyuarat bulanan, dan kita berbincang secara mendalam mengenai soal pilihan raya, selain sedang mengukur persediaan serta kekuatan parti.

"Kita mengaku ia (membubarkan Parlimen adalah) budi bicara Perdana Menteri dan UMNO menghormati perkara itu," katanya.

Mohamed Khaled berkata, UMNO tetap seperti dahulu dan mahu PRU-15 diadakan segera.

Katanya, UMNO sudah bersedia untuk masuk ke gelanggang PRU-15 pada bila-bila masa.

Ditanya sama ada mesyuarat kali ini membincangkan soal kerjasama dengan PAS, beliau berkata, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ada melaporkan berhubung perjumpaannya dengan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang
 

aim02Aug

Legendary Member
gem
Messages
10,536
Joined
Sep 5, 2011
Messages
10,536
Reaction score
1,930
Points
201
alhamdulillah

bersatulah even tanpa BERSATU
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
387,643
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
387,643
Reaction score
25,492
Points
2,836
Awards
1
IMG_20220930_231330_571.jpg

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO malam ini bersetuju untuk Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat, bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan tahun ini juga.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, berdasarkan keputusan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mempersembahkan tarikh pembubaran kepada Yang di-Pertua Agong selaras Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
387,643
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
387,643
Reaction score
25,492
Points
2,836
Awards
1
Sinar Harian

Log MasukLanggan
Sabtu | 01 Oktober 2022



BERITA > Politik

Mesyuarat MKT UMNO terima peletakan jawatan Zulhasnan Rafique​

Oleh MUKHRIZ MAT HUSIN
01 Oktober 2022 12:00am
Masa membaca: 1 minit

1928803.jpg

Ahmad pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat MKT UMNO di Menara Dato Onn hari ini. - Foto Bernama


KUALA LUMPUR - Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada malam Jumaat memaklumkan bahawa telah menerima peletakan jawatan Tan Sri Zulhasnan Rafique sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Mesyuarat MKT UMNO turut merakamkan ucapan terima kasih atas khidmat yang telah berikan oleh Zulhasnan.

"Sebagai penggantinya, mesyuarat bersetuju untuk melantik Datuk Mohd Hafarizam Harun sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO yang baharu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika pada sidang media selepas Mesyuarat MKT UMNO di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Jumaat.

Dalam pada itu, Ahmad berkata, Mesyuarat MKT UMMO turut memecat Datuk Zaharin Mohd Yasin daripada menjadi ahli UMNO berkuat kuasa serta-merta.

"Ia mengikut Fasal 10.6 dibaca bersama Fasal 5.9 kerana melanggar Etika Ahli UMNO di bawah Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO," ujarnya.

SINAR HARIAN
 
Sponsored Post

Top
Log in Register