BTC USD 17,366.0 Gold USD 1,797.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemaskini Isu - UMNO & BN

Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
39,127
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
39,127
Reaction score
4,924
Points
296
Awards
1
UMNO Perlu Bangkit Di Padang Serai, Kata Shahril Hamdan

25.11.2022 - Kuala Lumpur, Pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Padang Serai adalah peluang untuk Umno membersihkan imejnya dan memacu kebangkitan dalam politik, kata bekas ketua penerangan Umno Shahril Hamdan hari ini. Umno perlu bangkit kerana menurutnya PRK Padang Serai pada 7 Dis ini akan menjadi peluang untuk Umno membuktikan kebolehannya dengan kembali kepada rakyat untuk mendapatkan sokongan. Shahril berkata Umno perlu memohon maaf kepada rakyat yang hilang kepercayaan dan keyakinan kepada parti itu. Dia berkata Umno perlu memohon maaf kepada rakyat dan rakyat tidak boleh dipersalahkan atas kekalahan Umno.

“Kita perlu menerima realiti ini dan perlu melakukan apa yang perlu untuk membaiki imej (Umno) dan bangkit semula dalam tempoh lima tahun akan datang. Kita perlu bertanggungjawab secara kolektif di atas kekalahan Umno dalam PRU15. Ia bukan kesilapan mana-mana individu, tetapi kepimpinan secara keseluruhan yang perlu bertanggungjawab," katanya.

Shahril berkata demikian semasa kempen ramah mesra di Padang Serai di Lunas di daerah Kulim, Kedah hari ini. Turut hadir calon BN, C Sivaraajh dan Ketua Umno Bahagian Padang Serai Asmadi Abu Talib. PRK bagi kerusi parlimen Padang Serai akan menyaksikan pertandingan enam penjuru. Ia ditangguhkan pada pilihan raya umum 19 Nov berikutan kematian calon Pakatan Harapan, M Karupaiya, dua hari sebelumnya. Shahril berkata Umno hanya memenangi 20 kerusi di semenanjung dan 10 kerusi di Sabah dan Sarawak.

“Ada sesuatu yang tidak kena dengan kepimpinan dan tadbir urus Umno dan Umno tidak pernah dilihat sebagai antirasuah dan memerangi amalan rasuah. Tetapi Umno telah membela mereka yang terlibat dalam amalan rasuah dan meminggirkan isu-isu itu. Adakah parti telah memperjuangkan kerajaan yang bersih atau adakah kepimpinan berani mengisytiharkan harta mereka? Kini, Umno perlu membersihkan imejnya untuk terus bertahan dalam politik dan Padang Serai adalah peluang untuk bangkit semula dalam politik,” tambahnya.

“Umno tidak boleh berputus asa dengan keputusan PRU15 tetapi bangkit semula dalam perjuangan kita untuk berkhidmat kepada orang Melayu. Lupakan kekecewaan dan hadir dengan semangat untuk bangkit semula untuk memenangi hati rakyat. Kita kena cari formula dan pendekatan serta landskap, semak semula kesilapan kita sendiri dan yakinkan rakyat, dan pengundi atas pagar, untuk menyokong Umno dan BN,” tambahnya.

Shahril, yang bertanding di kawasan parlimen Alor Gajah di Melaka, tewas kepada Adly Zahari dari PH. Shahril memperoleh 27,888 undi, manakala Adly mendapat 28,178 undi. Minggu lalu, Shahril melepaskan jawatannya sebagai ketua penerangan Umno, selepas kalah di Alor Gajah.​

1669376619935.png
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
39,127
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
39,127
Reaction score
4,924
Points
296
Awards
1
Keputusan terhadap ahli-ahli yang masih berada dalam kes mahkamah juga akan ditetapkan melalui pemilihan parti itu nanti. - Tengku Putra Haron Aminurrashid.

1669382902926.png
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
39,127
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
39,127
Reaction score
4,924
Points
296
Awards
1
Wee nafi jumpa Ismail, BN dan pemimpin PAS #FMTNews

1669449173945.png

Presiden MCA Wee Ka Siong menafikan spekulasi beliau terbabit dalam satu pertemuan dengan bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob bersama beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) dan PAS. Dalam hantaran tular di Twitter, pertemuan antara pemimpin BN dan PAS itu dikatakan berlangsung di Tropicana Golf Resort dari 10.30 pagi hingga tengah hari semalam.

Hantaran itu menyatakaan antara pemimpin yang hadir termasuk Ismail yang juga naib presiden Umno, bekas setiausaha agung Umno Annuar Musa serta Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan, Wee dan setiausaha akhbar Annuar, Tun Faisal Ismail Aziz. Wee berkata, beliau kecewa orang ramai masih menyebarkan khabar angin dan menuduhnya terbabit dalam gerakan politik walaupun krisis politik susulah pilihan raya umum lalu sudah diselesaikan.​
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
39,127
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
39,127
Reaction score
4,924
Points
296
Awards
1
Hilang Sokongan Melayu, Umno Bakal Lenyap PRU16 ?

27.11.2022 - Kuala Lumpur, Walaupun Umno kini bersedia untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan Pakatan Harapan (PH), penganalisis berkata parti Melayu terbesar itu, mungkin berdepan kesukaran dalam menghadapi masa depan yang mendatang berikutan keputusannya untuk menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri ke-10. Keadaan sedemikian bakal dihadapinya susulan kemerosotan sokongan Melayu yang sangat drastik terhadapnya, di mana Umno dan gabungannya Barisan Nasional (BN) kehilangan kerusi tradisi "selamat" kepada Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) baru-baru ini.

Secara keseluruhannya, BN hanya memenangi 30 kerusi - prestasi pilihan raya terburuk pernah dicapai gabungan itu, jumlah sangat sedikir berbanding lawannya dari PN dan PH yang masing-masing memenangi 73 dan 82 kerusi. Dengan hanya 26 kerusi di Dewan Rakyat – yang merupakan separuh daripada jumlah kerusi dipegang parti komponen PN, PAS, yang memenangi 49 kerusi – masa depan Umno dilihat masih tidak menentu. Pemerhati politik Azizi Safar berkata sebarang langkah untuk berganding bahu dengan PH dan parti komponen terbesarnya, DAP adalah satu kesilapan bagi Umno.

“Orang-orang Melayu, terutamanya Melayu luar bandar yang jadi undi poket Umno masih belum boleh terima DAP setelah bertahun-tahun dimomokkan DAP itu parti cauvinis Cina yang anti Melayu dan anti Islam. Pada PRU15 ini, Umno kena bungkus ikat tepi. Selepas PRU16, mungkin kena bungkus ikat mati terus," katanya kepada MalaysiaNow.

Terdahulu, beberapa pemimpin Umno berkata berikutan kekalahan teruknya pada PRU15, parti itu perlu kekal sebagai pembangkang. Mereka termasuk Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi, Ahli Parlimen Sembrong Hishammuddin Hussein dan Ahli Parlimen Bera Ismail Sabri Yaakob, yang kedua-duanya berkata sanggup dipecat kerana membantah kerjasama dengan PH yang diputuskan pimpinan parti. Azizi yang merupakan bekas setiausaha BN Pulau Pinang berkata, orang Melayu menolak Umno kerana presidennya, Ahmad Zahid Hamidi terlibat dalam pertuduhan rasuah walaupun dibebaskan dalam beberapa pertuduhan baru-baru ini.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu kini masih berdepan 47 pertuduhan yang dikaitkan dengan dana badan amal Yayasan Akalbudi. Dalam pada itu, penganalisis politik Mazlan Ali berkata keputusan Umno untuk bekerjasama dengan PH akan menguntungkan parti itu dari segi mengelak pertindihan kerusi yang akan dialaminya jika bekerjasama dengan PN.

“Umno fokus jalur kawasan-kawasan Melayu dan PH fokus dengan (kerusi) multi etnik. Pertindihan dan kepentingan parti tampak minimum tidak seperti BN dan PN yang mana mereka akan bertembung di kerusi Melayu," kata Mazlan, dari Universiti Teknologi Malaysia.

Dengan kerjasama dalam PN, PAS dan Bersatu berjaya menyapu bersih kerusi di Kelantan dan Terengganu. Situasi yang sama berlaku di Kedah, di mana PAS dan Bersatu memenangi 13 daripada 14 kerusi Parlimen negeri dengan majoriti besar. Sementara kerusi Padang Serai bakal dipertandingkan pada 7 Disember depan selepas penamaan calon 24 November lalu berikutan kematian calon penyandangnya M Karupaiya.

"Banyak kerusi-kerusi selamat Umno hilang, kalah kepada PN,” kata Azizi.

Umno akan mengadakan pemilihan parti pada tahun depan selepas menangguhkannya beberapa kali menjelang PRU15. Keretakan dalam kalangan parti boleh dilihat sejak beberapa tahun lalu, di mana pemimpin tertinggi berpecah kepada dua kem: kluster mahkamah dan kluster Putrajaya. Mazlan berkata Zahid dijangka mengukuhkan cengkamannya terhadap parti, memandangkan beliau kelihatan mengawal penuh parti walaupun wujud desakan supaya meletak jawatan selepas pilihan raya 19 November lalu.

“Beberapa pemimpin Umno yang nampak pro kepada PN seperti Annuar Musa, Ismail, dan Khairy Jamaluddin akan dilemahkan. Kemungkinan Zahid pertahanankan kedudukannya.”​

1669527862583.png
 
Sponsored Post

Top
Log in Register