BTC USD 23,706.4 Gold USD 1,772.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemaskini Isu GST & SST Terkini

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
34,664
Joined
Nov 23, 2012
Messages
34,664
Reaction score
4,473
Points
296
Awards
1
11.05.2018 - Putrajaya, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan kerajaan pimpinannya tetap akan menghapuskan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) seperti yang dijanjikan dalam manifesto mereka, sebelum ini.

Dr Mahathir menegaskan pemansuhan GST penting kerana pelaksanaannya jelas membebankan rakyat dan menyebabkan kenaikan harga barangan keperluan harian.

“Kita akan mansuhkan GST kerana rakyat tidak perlukannya. Oleh itu, kita akan kembali ke SST yang dimansuhkan kerajaan sebelum ini,” katanya pada sidang media hari ini.

Sebelum ini, PH mengumumkan akan menghapuskan GST dalam tempoh 100 hari pertama jika mereka berjaya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Sementara itu, Dr Mahathir mengesahkan kerajaan baharu pimpinannya akan mengkaji semula perjanjian perniagaan dibuat dengan negara China termasuk perjanjian berkaitan projek Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) yang ditandatangani kerajaan Barisan Nasional (BN), sebelum ini.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, beliau merasakan PH patut mengkaji kembali semua perjanjian terbabit dan jika perlu rundingan semula akan dilaksanakan berhubung perjanjian berkenaan.

“Apa yang merisaukan kami adalah pinjaman dibuat kerajaan sebanyak RM55 bilion hanya untuk ECRL dan pinjaman lain yang akan menjadi bebanan besar kepada negara.

“Sebuah negara yang bertanggungjawab harus cuba untuk mengurangkan pinjaman, atau tidak ia (negara) akan menjadi kambing hitam,” katanya.

GST_TM_cropped_1525941785.jpg


Berita asal https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/05/338410/tunai-janji-hapus-gst
 
tokdet_1570505033.jpg


DR Mahathir menjawab soalan pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Parlimen Ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
Tiada sebab untuk kerajaan kembalikan GST


KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak ada sebab untuk mengembalikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang ditolak rakyat sebelum ini.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata pelaksanaan GST yang diperkenalkan kerajaan terdahulu didapati membebankan orang ramai dan pembayar cukai terutama akibat daripada kelewatan dalam mendapatkan bayaran balik kredit cukai input yang menjadi kos kepada perniagaan.

Beliau berkata, cadangan supaya GST dilaksanakan semula memerlukan kajian yang lebih lanjut.

"Penelitian perlu dibuat terutama ke atas impak kesan kenaikan harga kepada pengguna, kadar inflasi dan pertambahan kos pematuhan kepada peniaga kerana terdapat keperluan untuk mengubah sistem perkomputeran dan latihan semula kepada kakitangan, selain bayaran balik cukai.

"Selain itu, perubahan sistem percukaian tidak wajar dibuat terlalu kerap kerana ia akan mengurangkan keyakinan pelabur dan memberi imej yang kurang baik (kepada kerajaan)," katanya pada waktu pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ma'mun Sulaiman (WARISAN-Kalabakan) yang meminta Perdana Menteri menyatakan hala tuju kerajaan mengenai GST berikutan terdapat mereka yang menyokong cadangan ia dilaksanakan semula dan ada juga yang menolaknya, selepas kenyataan Perdana Menteri pada 3 Oktober lalu bahawa kerajaan bersedia untuk melaksanakan semula sistem percukaian itu.

Perdana Menteri berkata, berikutan rintihan rakyat akibat pelaksanaan GST yang menyebabkan mereka dikenakan cukai dua kali, kerajaan memperkenalkan semula Cukai Jualan Dan Cukai Perkhidmatan (SST) bagi menggantikan GST.

Katanya, pelaksanaan SST kini berjalan dengan baik dan kerajaan pada masa ini sedang menjalankan proses penambahbaikan bagi memantapkan lagi pelaksanaan SST.

"Saya yakin apabila diuruskan dengan baik, pada tahun akan datang, hasil SST akan lebih daripada GST," katanya.



LIM_GUAN_ENG_3_1570165902.jpg


Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. - Foto BERNAMA
Hapuskan GST hasrat rakyat melalui PRU14 - Guan Eng


PUTRAJAYA: Kerajaan berpegang teguh dengan mandat yang diberikan rakyat apabila mahu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak enam peratus dihapuskan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berdasarkan perjuangan bersama rakyat yang mahu hapuskan GST, PRU lalu menyaksikan Pakatan Harapan (PH) berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata, sekiranya rakyat mahukan GST dikembalikan maka kerajaan memerlukan bukti kukuh menunjukkan mereka mahukannya ia dilaksanakan semula.

“Adalah sangat jelas dengan keputusan PRU lalu bahawa rakyat menolak GST sebanyak enam peratus kerana ketika itu, mereka diberi pilihan sama ada mahukan GST dengan mengekalkan Barisan Nasional (BN) ataupun GST dihapuskan di bawah PH.

“Mandat yang diberikan rakyat, menyebabkan kita berjaya menghapuskan GST dan berjaya menampung kadar inflasi pada kadar 1.5 peratus pada bulan lalu. Pemansuhan GST mempunyai kesan serta dapat mengatasi inflasi dan kos sara hidup .

“Sanggupkah kita melihat inflasi naik semula, dengan mengembalikan GST. Sekiranya iya, seperti yang ditegaskan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kerajaan perlu mandat yang jelas daripada rakyat,” katanya yang ditemui selepas majlis perhimpunan bulanan kementeriannya di sini hari ini.

Selasa lalu, BH melaporkan Pengerusi Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Tan Sri Dr Kamal Salih, berharap kerajaan memperkenalkan semula GST dalam Belanjawan 2020 untuk menutup jurang kewangan kerajaan.

Katanya, cukai kepenggunaan itu adalah sistem percukaian yang adil dan cekap, berbanding sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) maka kadar yang bersesuaian adalah tiga peratus.

Mengulas lanjut mengenai kaedah untuk mendapatkan maklum balas mengenai kehendak rakyat, Guan Eng berkata, beliau hanyalah Menteri Kewangan yang menguruskan hal berkaitan polisi ekonomi dan pelaksanaan polisi.

Beliau berkata, jika mahu membincangkan kaedah membabitkan kehendak rakyat, perkara itu perlu dibincangkan di peringkat Majlis Presiden PH.

“Perkara ini tidak boleh diputuskan oleh saya seorang saja, ia perlu dibawa ke Majlis Presiden dan buat masa ini, kita semua perlu hormati kehendak rakyat yang mahukan GST dihapuskan,” katanya.

Ketika ditanya mengenai bagaimana kerajaan menguruskan pengurangan pendapatan apabila GST dihapuskan, Guan Eng berkata, kerajaan berkeupayaan melakukan dengan sumber kewangan sedia ada.

“Malah kerajaan berjaya menyusun kewangan dengan baik dana adalah sesuatu yang sukar bagi mengurangkan hutang dan ia tidak boleh dilakukan semalaman.

“Bagaimanapun, sekurang-kurangnya kita berjaya menghentikannya (hutang) daripada naik, walaupun perlu terus meminjam untuk membiayai projek pembangunan,” katanya.



Gerakan Pengundi Sedar
8 min

Adakah GST akan diperkenalkan semula?
https://malaysiagazette.com/2019/10...j7t0pU6987vTsHwjbl7G4IiIV4n8MFeFx9KPmho9v7g74



Kalau rakyat percaya GST lebih baik, kita akan kaji – Dr Mahathir

3 October 2019

MGF01062018_SIDANG-AKHBAR-HABIB-JEWELS05.jpg

Kerajaan bersedia mengkaji semula pelaksanaan semula GST.

PUTRAJAYA – Gesaan beberapa pihak supaya kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengembalikan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dijawab Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurut beliau, kerajaan PH akan mengkaji semua pelaksanaan itu sekiranya rakyat di negara ini mahu GST dikenakan ke atas mereka.

“Kalau rakyat percaya bahawa GST lebih baik, kita akan kaji.

“Kalau itu kehendak rakyat kita akan kaji sama ada GST lebih baik daripada SST,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Dasar Keselamatan dan Ketenteraman Awam (DKKA), di Auditorium Kompleks D, Kementerian Dalam Negeri, hari ini.
Kelmarin Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menyarankan kerajaan supaya memperkenalkan semula cukai GST pada kadar yang lebih rendah iaitu tiga peratus dalam Belanjawan 2020.

Pengerusinya, Tan Sri Kamal Salih menyifatkan GST sistem pencukaian yang saksama kepada semua peringkat masyarakat dan memastikan kerajaan memiliki kewangan yang kukuh ketika harga minyak mentah susut di bawah US$36 setong pada 2015.

“GST merupakan sistem yang saksama, namun beberapa pihak mengatakan ia regresif kerana golongan miskin akan terkesan.

“Bagaimanapun, kita mempunyai klausa khusus yang akan melindungi kumpulan berpendapatan rendah atau B40,” katanya.

Pandangan MIER itu turut disokong wakil rakyat PKR daripada Perlis, Noor Amin Ahmad yang bersetuju bahawa sistem pencukaian berkenaan lebih baik.

Malah Ahli Parlimen Kangar itu memaklumkan bahawa pendiriannya mengenai kebaikan GST telah pun disampaikan semasa ucapan sulungnya di Dewan Rakyat tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Ahmad Yazid Othman sebelum ini juga melahirkan pandangan bahawa kerajaan perlu bersikap ‘berani kerana benar’ jika mendapati pengenalan semula GSTpenyelesaian terbaik dalam merancang dan menguruskan kewangan negara bagi menjamin kemakmuran bersama.

Malah katanya kalau wujud keperluan memperkenalkan semula cukai itu, tidak salah untuk melaksanakannya dan mengenepikan alasan politik. -MalaysiaGazette


04wira_1570158649.jpg


Gambar fail, Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia, Datuk Wira Jalilah Baba. - Foto Surianie Mohd Hanif
Pembabitan MIER, ISIS penting jika mahu laksana semula GST


KUALA LUMPUR: Pembabitan pakar ekonomi swasta seperti Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) dan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS) penting jika kerajaan berhasrat untuk melakukan kajian bagi memperkenalkan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia, Datuk Wira Jalilah Baba, berkata ini penting kerana perbandingan teliti perlu dibuat untuk melihat cukai jualan dan perkhidmatan (SST) atau GST yang lebih menguntungkan rakyat.

Jalilah yang juga bekas Ketua Pengarah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bagaimanapun mengakui SST yang diperkenalkan 1 September 2018 membebankan peniaga.

GST yang diperkenalkan pada 1 April 2015 dimansuhkan dan berkadar sifar mulai Mei hingga Ogos 2018.

“Pendapat ahli perniagaan lebih cenderung kepada GST kerana terdapat mekanisme yang mana kos dapat ditolak daripada jumlah pendapatan yang dikenakan cukai.

“Betul, GST lebih baik daripada SST. (Ini kerana cukai) SST yang dikenakan adalah berasaskan invois dan cukai input tidak boleh dituntut seperti GST dan ini menjadi kos kepada perniagaan,” katanya.

Beliau berkata, kadar tiga peratus GST yang dicadangkan MIER adalah bersesuaian jika kerajaan mahu memperkenalkan semula GST, seiring negara yang menggunapakai sistem percukaian berkenaan.

“Negara lain kecuali India memulakan GST pada kadar tiga peratus.

“Daripada kajian terdahulu sebelum GST diperkenalkan di Malaysia, memang tahap optimum adalah tiga peratus tetapi sebaliknya terus dikenakan enam peratus dan kadar itu turut membebankan peniaga,” katanya.

Jalilah berkata, pengalaman pelaksanaan GST sebelum ini juga dapat membantu kerajaan menambah baik mekanisme percukaian berkenaan agar lebih berkesan dan mesra rakyat.

Beliau berkata, nilai ambang GST yang tinggi berbanding lebih RM500,000 setahun (pendapatan) sebelum ini akan turut membantu lebih banyak syarikat mendapat pengecualian cukai.

Mengulas kemungkinan pendapatan kerajaan berkurangan sekiranya GST diperkenalkan semula pada kadar tiga peratus, beliau berkata: “Sekali lalu memang seperti berkurangan tetapi kita tidak tahu (aspek) kelayakan yang mungkin diperkenalkan dan jenis perniagaan yang mungkin dikenakan atau dikecualikan cukai itu.”

Pada masa sama, beliau turut menjangkakan impak kepada kos peniaga bagi tempoh peralihan terbabit sekiranya terdapat penambahbaikan dalam sistem percukaian sedia ada.

“Kalau ada pelarasan dan perubahan perisian dilakukan, ini akan memberi tambahan kos,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata kerajaan bersedia mengkaji keperluan memperkenalkan semula GST sekiranya itu kemahuan rakyat.

Sebelum ini, MIER menyarankan kerajaan memperkenalkan semula GST pada kadar lebih rendah iaitu tiga peratus dalam Belanjawan 2020 yang dijadual dibentangkan pada 11 Oktober ini.

-- BERNAMA



[Terkini] Kerajaan bersedia mengkaji semula pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kalau itu kehendak rakyat kita akan kaji sama ada lebih baik daripada SST, ujarnya ringkas. @501Awani pic.twitter.com/wGZmJV0wmY


— Initial: FA (@FirdausAzil) October 3, 2019

seee :D

Malay version nanti datang...


We can consider bringing back GST, says Dr M

October 3, 2019 10:20 AM

Dr-Mahathir-Mohamad-Security-and-Public-Order-DKKA-Putrajaya-FMT..jpg

Dr Mahathir Mohamad at the launch of the Security and Public Order (DKKA) policy document in Putrajaya today.


PUTRAJAYA: Dr Mahathir Mohamad says the government has no problem bringing back the goods and services tax (GST) it abolished last year, after a think tank said the consumer tax could be reintroduced at a lower rate to help boost government coffers.

“If that is what the people want, we will review it, if it is better than SST,” he told reporters today after launching the Security and Public Order (DKKA), a new document to chart the home ministry’s policies.

But Mahathir, whose coalition Pakatan Harapan (PH) came to power on a promise to abolish GST, said it might be too late to reinstate the tax at the 2020 Budget to be tabled this month.

GST, introduced in April 2015 at 6%, was replaced with the sales and service tax (SST) on Sept 1, 2018.

Yesterday, the Malaysian Institute of Economic Research (MIER) said Putrajaya could re-introduce GST in the 2020 Budget at a lower rate of 3%.

Dr-Mahathir-Mohamad-Security-and-Public-Order-DKKA-031019-FMT.jpg


MIER chairman Kamal Salih described GST as fair to everyone, adding that the tax regime had kept the government afloat when crude oil price declined to below US$36 per barrel in 2015.


Irwan Serigar Nafi BN 'Rompak' GST

09.08.2017 - Kuala Lumpur, Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah menafikan dakwaan Menteri Kewangan Lim Guan Eng bahawa kerajaan BN dulu 'merompak' RM18 bilion yang sepatutnya untuk bayaran balik GST.

Irwan berkata wang itu dimasukkan dahulu dalam akaun kumpulan wang disatukan dan jumlah bagi bayaran balik dimasukkan dalam akaun amanah secara bulanan berdasarkan keperluan Jabatan Kastam, hasil audit terhadap tuntutan bayaran balik dan kedudukan hasil kerajaan.

Beliau berkata ia selepas mesyuarat pengurusan aliran tunai kerajaan persekutuan yang diadakan setiap bulan.
"Setiap sen dikira, ia adalah duit rakyat, lebih penting ia berada dalam Kumpulan Wang Disatukan, kemudian bila diperlukan, ia akan dikeluarkan," katanya seperti dilapor Utusan Malaysia, hari ini.

Beliau mengulas dakwaan Lim semalam bahawa kerajaan telah menyalahgunakan RM18 bilion daripada RM19.4 bilion bayaran balik GST yang telah dikutip sejak sistem itu diperkenalkan.

Menurut Lim, ia menyebabkan bayaran balik kepada peniaga yang sepatutnya dibuat dalam masa dua minggu, tertangguh sehingga dua tahun.

Lim juga mendakwa wang tersebut digunakan untuk menutup defisit, membiayai projek pembangunan dan untuk membuat "apa yang mereka suka".

fb7e9ce9ea08ab22dd389feea1d9ddc2.jpeg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/438161

GST RM18b 'Dirompak', KJ Akan Buat Laporan Polis, SPRM

09.08.2018 - Kuala Lumpur, Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin akan membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan Menteri Kewangan Lim Guan Eng bahawa kerajaan BN telah 'merompak' bayaran balik GST.

Beliau berkata siasatan dalaman - seperti yang dicadangkan Lim - tidak memadai untuk dakwaan serius seumpama itu.

"Memandangkan Lim tidak menaruh minat terhadap apa-apa (siasatan) pada masa ini melainkan inkuiri dalaman, saya mahu membawa perkara ini bagi kepentingan awam.

"Hari ini dan esok, saya akan membuat laporan polis dan SPRM terhadap bekas pegawai tinggi Kementerian Kewangan ketika dakwaan itu berlaku. Ia bagi membolehkan siasatan terbuka dibuat untuk memastikan kebenaran pendedahan Lim," katanya di Twitter, hari ini.

Dua hari lalu, Lim ketika penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Cukai Jualan 2018 di Dewan Rakyat mendakwa kerajaan BN 'merompak' bayaran balik GST yang sepatutnya dipulangkan kepada peniaga dalam masa dua minggu.

Beliau sekali lagi membangkitkan perkara itu di Dewan Rakyat semalam dengan berkata audit dalaman dan pemeriksaan kastam mendapati sejumlah RM18 bilion hilang dalam tabung bayaran balik GST.

Ketika menjawab balasan seorang pengguna Twitter, Khairy berkata laporan itu juga akan dibuat terhadap menteri kewangan ketika itu iaitu Datuk Seri Najib Razak.

Dalam satu kenyataan kemudian, beliau berkata akan membuat laporan pada pukul dua petang ini di ibu pejabat polis daerah Sentul.

e950e4f2f65df3cfdba898277b66742e.jpeg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/438093

Wang GST Milik Peniaga Tidak 'Dirompak' - Zahid

08.08.2018 - Kuala Lumpur, Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tetap bersangka baik dengan meyakini RM18 bilion bayaran balik cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang sepatut dipulangkan kepada peniaga sebenarnya masih ada.

Kata bekas timbalan perdana menteri itu, beliau percaya wang berkenaan masih berada dalam akaun yang disatukan (consolidated account) milik kerajaan.

“Saya tidak fikir itu satu kehilangan (dana) kerana ia dimasukkan ke dalam akaun yang disatukan.

“Jadi, wang itu harus berada dalam kumpulan dana yang disatukan itu,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen, hari ini.

Dua hari lalu, Menteri Kewangan ketika menyampaikan ucapan penggulungan perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Cukai Jualan 2018 di Dewan Rakyat mendakwa kerajaan BN 'merompak' bayaran balik GST yang sepatutnya dipulangkan kepada peniaga dalam masa dua minggu.

Lim Guan Eng sekali lagi membangkitkan perkara itu di Dewan Rakyat semalam dengan berkata audit dalaman dan pemeriksaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia mendapati sejumlah RM18 bilion 'hilang' dari tabung bayaran balik GST.

Ekoran dakwaan itu anggota parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mengulas lanjut, Zahid menjelaskan wang bayaran balik GST itu dibelanjakan untuk pelbagai projek yang ditentukan melalui bajet kerajaan.

“Wang itu dibelanjakan untuk pelbagai projek yang ditentukan melalui bajet, sama ada mengikut ucapan belanjawan atau di luar ucapan belanjawan.

“Maka peruntukan tambahan perlu dikemukakan di dalam dewan untuk dibahaskan, jadi jangan menuduh dengan tujuan mewujudkan persepsi semuanya kesalahan kerajaan yang lalu,” tegasnya.

Zahid berkata, ini disebabkan kerajaan lepas juga didokong oleh pegawai kerajaan, terutamanya pegawai Kementerian Kewangan.

“Mereka harus berlaku adil terhadap pegawai berkenaan yang menjalankan tugas mengikut prinsip ketaatan kepada government of the day,” katanya.
Zahid berkata, kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (HARAPAN) juga seharusnya tidak mengamalkan sikap blame game, seolah-olah mereka masih lagi pembangkang.

“Kalau mereka tidak boleh menyelesaikan masalah itu serahkan kepada kami sebagai kerajaan, kami akan selesaikannya dan mencari jalan untuk menyelesaikan,” katanya.

Bagaimanapun, tambahnya lagi, jika wang tersebut dibelanjakan bagi tujuan-tujuan tertentu ia adalah kecurian.

“Jika wang itu dibelanjakan untuk tujuan-tujuan yang tidak mematuhi peraturan maka barulah itu namanya kecurian,” katanya.

33892f7ce856080d0697f2aaeecb5b34.jpeg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/438132

'Di Mana Bukti?'

07.08.2018 - Kuala Lumpur, Lim kemudian bertanya Khairy sama ada beliau tahu punca di sebalik penangguhan bayaran balik GST. Khairy berkata ia kerana pertikaian kastam.

"Adakah itu sebab yang diberitahu kepada anda? Saya terkejut dengan alasan Rembau, jika anda tidak faham mengapa bayaran balik GST tidak dibuat," kata Lim.

Khairy kemudian menggesa Lim mengemukakan bukti terhadap dakwaan "rompakan" itu.

Lim berkata beliau akan menunjukkannya ketika membentang usul memansuh GST esok.

Selepas bacaan kedua RUU Cukai Jualan 2018 diluluskan, Datuk Ronald Kiandee (BN-Beluran) membangkitkan usul untuk membawa RUU itu ke jawatankuasa terpilih.

Usul itu ditolak selepas undian belah bahagi dibuat, dengan 111 undi membantah dan 51 undi menyokong, manakala empat berkecuali.

Susulan itu, bacaan ketiga RUU diluluskan tanpa bahas dan akan dibawa ke Dewan Negara.

8769a046377f866a40ab20e53d3a04a7.jpeg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/437875

Kerajaan BN 'Rompak' Kutipan GST

07.08.2018 - Kuala Lumpur, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mendakwa bayaran balik GST tertangguh sehingga dua tahun kerana pentadbiran BN dulu "merompaknya".

"Apa yang sepatutnya dibayar dalam masa dua minggu tidak dibayar selama dua tahun, kerana wang yang dibayar sebagai pendahuluan tidak diletakkan dalam akaun dana yang disatukan dan dianggap sebagai hasil oleh kerajaan BN. Ia dianggap sebagai hasil dan digunakan oleh kerajaan dulu.

"Saya ingin beritahu, ia tidak merompak GST, tetapi merompak bayaran balik GST," katanya ketika penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Cukai Jualan 2018 di Dewan Rakyat hari ini.

"Ini perompakan serius, yang mana wang yang patut ada dalam akaun amanah tidak ada dalam akaun amanah.

"Bagaimana kerajaan sekarang boleh bayar (kepada pihak yang menuntut cukai input) kalau wang tak ada (dalam akaun)?" soalnya.

Awal bulan lalu, Lim berkata penangguhan bayaran balik GST memberi kesan kepada aliran tunai banyak perniagaan, menyebabkan mereka tiada pilihan selain menaikkan harga.

4893789c2beff3fed72f35edfebcc895.jpeg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/437875

Janji Kerajaan Hapus GST Adalah Fantasi, Najib

20.05.2018 - Kuala Lumpur, Meskipun dengan operasi penggeledahan polis yang dikaitkan dengannya, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak tetap menyifatkan janji Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk menghapuskan GST dan melakukan pembaharuan ekonomi sebagai fantasi dan tidak realistik.

"Itu (janji HARAPAN) adalah fantasi. Tak mungkin mereka boleh melaksanakannya," katanya dipetik dalam wawancara Malay Mail semalam.

Najib berkata demikian sebagai merujuk janji HARAPAN membuat pengecualian dan penangguhan bayaran PTPTN, menghapuskan GST dan menurunkan harga minyak.

Najib turut menyatakan keraguannya terhadap langkah mengurangkan GST kepada sifar yang merupakan langkah sementara yang diumumkan HARAPAN dalam penghapusan cukai berkenaan.

"GST sifar bukan apa yang mereka janjikan. GST sifar boleh juga bererti anda boleh tambah bila-bila masa," katanya.

Najib turut menyifatkan laporan yang mengatakan pentadbirannya gagal sebagai percubaan HARAPAN memburukkan imejnya.

"Sudah boleh dilihat bahawa tiga hari selepas pilihan raya, mereka kata ekonomi dalam keadaan kukuh.

"(Sedangkan) sebelum itu mereka kata ekonomi dalam keadaan teruk, kita sedang bankrap, dan Malaysia perlu diselamatkan.

"Adakah mereka cuba katakan bahawa ekonomi pulih dengan secepat itu?

"Simpanan kewangan kukuh, dan kita ada pertumbuhan yang baik?

"Tidak! Ini adalah kenyataan yang dibuat tiga hari selepas pilihan raya," katanya dan menambah bahawa ekonomi sedia baik di bawah BN.

33b85b98dc6e227c7f6c88062affd6a4.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/425879

GST Kadar Sifar Bermula Jun

16.05.2018 - Putrajaya, Kementerian Kewangan hari ini mengumumkan bahawa kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dikurangkan dari enam peratus kepada kadar sifar berkuatkuasa 1 Jun.

Pengumuman itu dibuat sejurus selepas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa beliau telah mengarahkan kerajaan menghentikan kutipan GST.

Pemansuhan GST adalah sebahagian daripada manifesto kerajaan baru Pakatan Harapan yang berjanji akan melaksanakannya dalam tempoh 100 hari.

Hari ini menandakan hari ketujuh gabungan HARAPAN berkuasa selepas ia menamatkan pemerintahan 61 tahun BN yang menerajui negara sejak kemerdekaan sehingga pilihan raya umum 9 Mei lalu.

5bd3253d27229faea422dba736d91910.jpeg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/425277

Henti Kutip GST & Tetapkan Harga Petrol, Tun M

16.05.2018 - Putrajaya, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad telah mengarahkan kerajaan supaya menghentikan kutipan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan menetapkan harga petrol.

“Arahan telah diberi supaya kita tidak kutip GST lagi, dan kita akan cuba bayar balik kepada mereka yang membuat tuntutan,” katanya pada sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.

Dr Mahathir merujuk kepada cukai berlebihan yang dikutip di bawah GST.

Menghentikan kutipan GST adalah antara janji-janji yang akan dilaksanakan oleh Pakatan Harapan dalam 100 hari selepas gabungan itu mengambil alih Putrajaya.

Bagaimanapun, semalam, bekas gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata Majlis Penasihat Putrajaya yang ditubuhkan oleh Mahathir sendiri untuk memberi nasihat kepada kerajaan baru, hanya boleh mendedahkan kaedah menghentikan GST dalam 100 hari pertama.

Sementara itu, Mahathir juga berkata kerajaan tidak lagi mengamalkan pelarasan harga mingguan minyak seperti yang dilakukan oleh kerajaan sebelumnya.

“Tak ada naik turun (lagi), present state will stay (harga sekarang kekal), kalau ada tak cukup, kerajaan akan subsidi,” katanya.

eb88699f628f4aeddb918e861b417b31.jpg


Source https://www.malaysiakini.com/news/425252

Dana Negara Cukup Untuk Hapuskan GST

13.05.2018 - Putrajaya, Kerajaan mempunyai pendapatan mencukupi untuk menghapuskan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Demikian kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyedari banyak pihak ditekan dengan cara salah dan dipaksa membayar cukai lebih daripada ditentukan undang-undang oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

“Siapa yang dipaksa, berapa banyak mereka terpaksa bayar, kita akan cuba ganti balik wang mereka. Tetapi, kerajaan kena tahu (dapatkan maklumat) daripada mereka sendiri yang sudah bayar cukai .

“​Mereka didekati Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan dipaksa bayar. Jika tak bayar, mereka akan didera dengan disenarai hitam, tak boleh keluar negara dan ada kala pasport ditarik balik atau serbuan diadakan, buku akaun dirampas serta mengganggu perniagaan,” katanya pada Sesi Penerangan Perdana Menteri, di kediamannya, di Kuala Lumpur, hari ini.

Dr Mahathir berkata, kerajaan sedar kegelisahan rakyat terhadap dasar cukai kerajaan dan sudah cuba menerangkan dasar kerajaan baharu sebagai mesra perniagaan serta terbuka.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan akan membentuk Dasar Anti-Rasuah dalam pentadbiran bagi membendung menteri Kabinet daripada terbabit rasuah.

“Kerajaan tidak mahu menteri terbabit korupsi (rasuah). Ketika mengadakan pilihan raya, kita (kerajaan) mengutip banyak wang dibiaya untuk pilihan raya, kita terima banyak derma dan dana.

“Sekarang, kita sudah menang, tiada lagi pilihan raya. Tiada individu atau parti yang boleh menerima derma daripada orang melainkan dengan keizinan atau dimaklumkan kepada Kabinet,” katanya.

Dr Mahathir berkata, kerajaan juga bercadang mengehadkan pemberian hadiah kepada penjawat awam dalam bentuk makanan atau bunga, bukannya barangan bernilai.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata, kerajaan akan mengutamakan syarikat tempatan yang mahir pembangunan infrastruktur untuk melaksanakan projek pembangunan negara.

“Ramai rakyat Malaysia (syarikat tempatan) yang cekap dalam pembangunan, (jadi) kita boleh bina bandar kita sendiri dan keperluan rakyat. Kerajaan akan tentukan pengagihan projek kerajaan terbuka kepada syarikat tempatan.

“Kalau ada projek besar, kalau tidak ada kepakaran, baru kita buat tender terbuka kepada syarikat luar negara. (Kalau) Pemilihan nampak ganjil (mencurigakan) kerajaan akan selidik menerusi penjawat awam yang akan menjalankan tugas menyelidik,” katanya.

Selain itu, Dr Mahathir berkata, kerajaan akan mengkaji prestasi ekonomi dan mengarahkan penyelidikan ketat terhadap jumlah hutang kerajaan dan wang dibelanjakan dalam pentadbiran dulu.

Susulan itu, katanya, kerajaan mencadang meminda undang-undang berkaitan dan cuba mengurangkan sebarang masalah ekonomi dalam negara.

0513rs22_cropped_1526210180.jpg


Berita asal https://www.hmetro.com.my/utama/2018/05/339259/dana-negara-cukup-untuk-hapus-gst

Mansuh GST & Kembali Subsidi Minyak Tidak Jejas Ekonomi, Daim

13.05.2018 - Putrajaya, Kerajaan baharu di bawah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan memastikan pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan pengenalan semula subsidi minyak tidak akan menjejaskan ekonomi Malaysia.

Majlis Penasihat Kerajaan yang baru ditubuhkan oleh kerajaan itu yakin untuk memansuhkan GST dan mengembalikan semula subsidi minyak berikutan mereka mempunyai kepakaran dan pengalaman yang berkaitan.

"Kita perlu melakukan analisis mengenai GST dan subsidi minyak. Selepas GST dimansuhkan, yang paling penting kita dapat menghapuskan rasuah dan pembaziran serta menjadi lebih cekap. Kita telah melakukannya sebelum ini, (selama) 57 tahun tidak ada GST, tiada masalah.

“Kami dapat mengendalikannya. Tiada sebab mengapa ekonomi dipertaruhkan dan menjadi lebih teruk, jangan bimbang.

"Pada dasarnya, pengurus dana yang lebih bimbang tentang GST. Mereka takut hutang akan meningkat. Kami tidak akan menaikkan hutang lagi. Kami tidak *****.

"Ini adalah spekulasi yang tidak wajar. Ini merupakan tindak balas normal apabila kerajaan baharu mengambil alih. Bagaimana wujud ketidakpastian apabila ada manifesto dan semuanya pun ada," kata bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin kepada Bernama selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan di sini pada Sabtu.

Selain Daim, ahli lain daripada majlis itu adalah bekas Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Mohd Hassan Marican, Ahli Ekonomi Prof Jomo Kwame Sundaram dan tokoh perniagaan Tan Sri Robert Kuok.

Kuok tidak hadir kerana berada di luar negara.

Menurut Daim, pada masa ini majlis itu tidak akan mendedahkan bagaimana kerajaan akan mengimbangi pengurangan daripada pemansuhan GST dan pengenalan semula subsidi minyak.

Beliau berkata majlis tersebut akan mengambil langkah penting untuk memulihkan keyakinan pelabur.

"Pertama adalah GST, kemudian, kami akan memanggil pegawai-pegawai di kementerian untuk memberi taklimat kepada kami mengenai projek-projek mega, hutang negara, tadbir urus syarikat berkaitan kerajaan - Tabung Haji, Mara, Felda, selain menangani ringgit," katanya.

Mengenai siasatan ke atas 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Daim mendedahkan pasukan petugas khas akan ditubuhkan dengan segera bagi tujuan itu di bawah bidang kuasa Majlis Penasihat Kerajaan.

Majlis itu telah mengenal pasti mereka yang dapat membantu dalam siasatan tersebut dan mendapatkan semula berbilion dolar yang didakwa dicuri daripada dana itu, katanya, sambil menambah majlis itu kemudiannya akan mengemukakan laporan tersebut kepada kerajaan.

Menyelesaikan kemelut 1MDB merupakan antara janji yang dibuat oleh Pakatan Harapan (PH) dalam manifestonya pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

Perdana Menteri semalam mengumumkan penubuhan majlis itu, antara lainnya, akan membantu kerajaan baharu melaksanakan janji-janji yang PH berjanji untuk memenuhinya dalam tempoh 100 hari dalam pentadbiran.

a45c78e94cb17b3856eb1c0dead59328.jpeg

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/424669

Kerajaan Janji Pulangkan Kutipan Cukai Tidak Sah

13.05.2018 - Putrajaya,Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Putrajaya akan cuba mengembalikan wang cukai yang dikutip 'secara tidak sah' daripada orang perseorangan atau perniagaan.

"Kita juga sedar di masa-masa rejim lepas ini ramai orang yang telah ditekan dengan cara yang salah. Umpamanya ramai orang dipaksa membayar lebih cukai daripada cukai ditentukan dalam undang-undang kita.

"Kita ingin tahu siapa yang dipaksa ini, berapa banyak yang mereka terpaksa bayar dan kita akan cuba ganti balik wang yang dikutip secara haram ini," kata beliau dalam wawancara TV1.

Mahathir juga berkata terdapat pihak yang dipaksa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk membayar cukai walaupun mereka telahpun membayarnya.

"Mereka didatangi LHDN dan dipaksa LHDN supaya bayar dan kalau tak bayar mereka akan didera dengan diblacklist, tak boleh ke luar negara.

"Ada kala passport ditarik balik, akaun books di rampas.

"Kita tak nak ganggu perniagaan," kata beliau lagi.

398dabe6b411534ffc9203ca702cf0d7.jpeg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/424650

Last edited:
Sponsored Post

pecot85

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,973
Joined
Jan 11, 2009
Messages
27,973
Reaction score
826
Points
161
susah nak cuci taik najib buat ni.. Siasat & tangkap najib
 

no trade

Super Active Member
Messages
9,693
Joined
May 16, 2008
Messages
9,693
Reaction score
467
Points
96
SST dengan GST mana lagi ok ? SST berapa % ?
 

DDos

Legendary Member
gem
Messages
14,111
Joined
Nov 7, 2007
Messages
14,111
Reaction score
690
Points
166
korang rasa mana lagi membebankan rakyat

Cukai SST adalah cukai satu aras yang mana cukai ini hanya dikenakan kepada pengilang sahaja dan tidak boleh dituntut.Cukai ini dianggap sebagai kos kepada perniagaan.
GST pula adalah cukai yang dikenakan kepada pengguna yang menggunakan barang dan perkhidmatan di setiap peringkat rantaian sehingga pengguna.


SST dengan GST mana lagi ok ? SST berapa % ?

51426242393_freesize.jpg
 

apoeki

Super Active Member
gem
Messages
9,139
Joined
Aug 7, 2012
Messages
9,139
Reaction score
1,079
Points
151
masa zaman najib gst + sst semua dia sapu.betulkan aku kalo salah
 

marvelous

Legendary Member
gem
Messages
17,049
Joined
Aug 21, 2006
Messages
17,049
Reaction score
2,969
Points
261
Awards
1
terbaik....terus kepada manifesto....

rakyat memerhati...teruskan Tun
 

wxa

Banned
Messages
375
Joined
Sep 25, 2017
Messages
375
Reaction score
25
Points
20
cukai SST ni ada flaw. dulu zaman sst tokey2 besar ambik SST tapi tak bayar kat gomen.. bila ada sistem GST baru tau nilai sebenar yang bocor sebelumni yang tak dapat kat government.
 
Sponsored Post

Top
Log in Register