BTC USD 42,916.0 Gold USD 1,776.05
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemaskini Ebit Liew beri bantuan kepada seluruh rakyat Malaysia sejak PKP bermula

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,307
Reaction score
14,998
Points
2,376
Sayu rasa nak raya ni bila pkp teringat zoo. Rindu campur kasihan mesti tiada orang melawat lagi. Saya beli 200 kg daging dan 10 bakul buah-buahan tembikai dan betik. Dapat tengok sendiri haiwan disini. Dapat beri haiwan disini makan.

Tuan Rosli beberapa kali jemput dan ajak sama-sama bantu zoo ini. Dari saya di Afrika saya teringat zoo. Syukur sebelum raya sempat beri sedikit sumbangan. Walau beberapa kali jumpa haiwan ni. Rasa sayang sangat. Kejadian keunikannya. Semoga semua haiwan disini sihat dan dapat makanan yang cukup. Doakan yer untuk zoo negara. Boleh beri sumbangan untuk haiwan disini.

 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,307
Reaction score
14,998
Points
2,376
Terkejut bila tengok khemah untuk ujian covid di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur musnah hancur kena terbang ribut. Syukur tak kena sesiapa. Semua habis musnah. Saya belikan 8 buah Khemah baru untuk kegunaan disini. Terus pasang tadi.

Tadi sampai penuh orang buat test covid. Sebab banyak cluster baru. Penuh berbaris sampai luar. Kasihan tengok Dr dan Nurse semua. Panas-panas pakai baju PPE.

Sampai tadi semua Dr tunggu saya. Mereka menangis cakap terima kasih. Ulang kali cakap terima kasih. Saya beri sedikit kata semangat dan doa. Ini ujian kita semua. Allah akan balas setiap kesusahan mereka lalui. Allah sayang dia beri kita ujian. Sebab Allah Maha Penyayang

Masa nak balik Dr beri saya hadiah kueh raya. Saya kata tiada apa saya bawa ni. Kata mereka 8 buah khemah ni pun teramat bermakna ustaz. Tiada apa dibandingkan dengan kerja dan usaha Dr dan semua Nurse,MA diluar sana. Terima kasih yer semua.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,307
Reaction score
14,998
Points
2,376
Hari air mata. Pilu rasa hati. Aunty Maaletchmy ni tidur di bawah pokok kecil selama 14 tahun. Kerja kutip besi. Makcik Indian ni umur 62 tahun. Rajin kutip besi. 3 kali saya ternampak makcik ni kutip besi. Cari semula dah tiada. Fasih cakap melayu dan bahasa Inggeris. Tak sangka ada orang tidur disini selama ini. Dengan kereta banyak lalu sebelah sini.

Tengah malam makcik ni akan tolak troli ni dan tidur di bawah pokok dan khemah kecil ni semenjak 14 tahun lalu. Memang dia menyorok tidur ada pokok hadang kerana tak nak orang nampak. Prinsipnya tak nak susahkan orang. Tauke besi buruk dan beberapa orang susah yang mengenali makcik ni gembira bila saya datang. Katanya tolonglah dia,kami risau dia tidur bawah pokok je.

Makcik ni pernah berkahwin. Lagi sedih makcik ni cerita dekat saya,kadang ada orang kacau. Katanya lelaki pernah buat tak baik padanya atau raba dia. Ramai ambil kesempatan walau dia dah tua. Katanya janji jangan pukul saya jerlah.

Sedih sangat dengar nasib hidupnya. Dulu pernah menyewa tapi kena keluar sebab tiada duit nak bayar. Saya pujuk.sehingga dia terima saya nak bagi rumah sewa free untuknya. Ustaz bagi orang lain yang lebih perlu. Saya boleh cari duit. Kalau kuat kerja cukup duit untuk makan minum semua. Saya sihat walau 62 tahun. Muda dekat hati bila bersyukur dan happy.

Dia tak percaya orang sangat. Syukur akhirnya berjaya bawa dari 3 petang semalam pergi shoping baju, kasut, barang-barang rumah sementara tunggu kunci dari tuan rumah 9malam

Makcik suka warna apa. Dia suka warna hijau jer. Beli baju semua warna hijau. Saya ajak makan waktu berbuka puasa. Katanya saya tak puasa. Ustaz makanlah dulu. Takper makcik kita makan sekali. Katanya kali pertama makan ikan Patin. Sedap goreng ni yer ustaz. Makcik ni ambil semua lebih kuah hirup. Saya kata saya order lagi. Takper saya tak mahu kamu bazirkan. Dia hirup semua kuah lebih

Syukur dapat sewakan rumah di Mentari Court. Bawa sekali troli dan beg kecil milik makcik tadi. Dia menangis cakap terima kasih. Saya ingat kamu main-main. Betul kamu baik ye. Selepas ini saya tak payah berlari kalau hujan lebat tengah malam. Tiada orang buat tak baik pada saya. Terima kasih ye Ustaz. Saya doakan kamu.

Sampai 10.30malam baru saya nak balik dapat satu kes lain pula. Sedih rasa. Begitulah ujian hidup.

 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,421
Reaction score
4,153
Points
236
Ebit Lew Sumbang 200kg Daging & 10 Bakul Buah - Buahan

10.05.2021 - Kuala Lumpur, Pendakwah terkenal, Ebit Lew memberikan sumbangan sebanyak 200 kilogram (kg) daging dan 10 bakul buah-buahan tembikai dan betik kepada Zoo Negara. Menerusi satu hantaran di Facebook miliknya, sumbangan tersebut diharap dapat meringankan beban pihak zoo dan memberi haiwan-haiwan di situ makanan secukupnya.

“Sayu rasa nak raya, bila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membuatkan saya teringat kepada zoo. Misi bantuan makanan haiwan Zoo Negara. Saya rindu dan juga turut berasa kasihan kerana tiada orang boleh melawat memandangkan PKP. Saya beli 200 kg daging dan 10 bakul buah-buahan tembikai dan betik untuk diberi kepada semua haiwan di sini. Saya gembira dapat tengok sendiri kesemua haiwan yang ada di Zoo Negara dan bantu mereka dengan memberi mereka makan,” tulisnya di Facebooknya.

Jelasnya, dia bersyukur dapat memberi bantuan sebelum raya Aidilfitri setelah beberapa kali dia terpaksa menolak jemputan pihak Zoo Negara atas urusan tertentu.

“Dari saya di Afrika lagi saya teringat kepada zoo. Syukur sebelum raya sempat beri sedikit sumbangan. Walaupun sudah beberapa kali jumpa kesemua haiwan, rasa sayang sangat dengan kejadian keunikannya. Semoga semua haiwan disini sihat dan dapat makanan yang cukup. Mari bersama doakan untuk Zoo Negara,” ujarnya.

1620732470405.png


1620732486491.png


1620732509968.png


1620732524364.png


1620732637938.png

Berita asal https://www.kosmo.com.my/2021/05/10/ebit-lew-sumbang-200-kg-daging-dan-10-bakul-buah-buahan/
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,307
Reaction score
14,998
Points
2,376
Sayu rasa nak menyambut Raya ni, bila tengah malam dapat mesej dari petugas di airport tentang adik remaja 17 tahun ini bersama babynya. Adik ni nak balik Sabah terkandas kerana masalah dokumen.

Sedih rasa adik ni semenjak feb tahun lepas bekerja di kl datang dari Sabah cari rezeki. Sewa rumah bersama kawan dan adik ni tak lepas bayar sewa rumah. Duduk merata akhirnya ada rezeki sikit nak balik Sabah dan terus beli tiket.. Tapi ada masalah dokumen dan umurnya dan anak kecil ni. Anak tak sah taraf. Mendengar kisah hidupnya buat rasa sedih sangat. Teringat anak-anak perempuan kita sendiri

Ya Allah berat ujianmu adik dan babynya. Wajah adik ni baik jer dan nampak lurus jer. Sopan dan baik. Anaknya comel jer. Beberapa petugas di airport tadi cuba membantu. Adik ni tiada duit sangat. Tidur di surau klia jer.

Di Sabah tinggal dengan neneknya yang hidup susah. Dengar ayah adik perempuan ini juga susah kerja tempat lain cari rezeki. Nampak wajahnya sangat sedih. Besarkan baby seorang diri. Saya pesan padanya adik sangat muda 17 tahun. Kena percaya ada rahmat disebalik semua yang terjadi. Supaya adik jadi lebih kuat dan berjaya. Saya beri duit belanja untuknya Hari Raya ni dan belanja.

Saya bawa ke tempat rumah perlindungan bagaikan keluarga untuk adik-adik ni sementara membantu dari segi dokumen-dokumen lain dan report-report.. Semoga dipermudahkan segala urusannya. Semoga Allah beri kekuatan buat anak ni.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,307
Reaction score
14,998
Points
2,376
Sedih sayu sepanjang hari ni. Bantu seorang Indian Sarah Kalaivani a/p Pupalan 32 tahun. Memiliki kad oku. Beragama Kristian. Sakit borderline personality disorder dan sakit rheumatoid artritis. Hilang tempat tinggal, seorang diri. Hidup merata kesana sini. Beberapa kali dianiaya dan dipukul orang tertekan.

Masa jumpa tadi sedih rasa. Sebab Sarah Kalaivani baik sangat tapi betul-betul susah. Sentiasa dapatkan rawatan bulanan di PPUM. Beliau mohon bantuan JKM tapi belum dapat. Dan juga mohon rumah PPR DBKL belum dapat. Banyak tekanan hidupnya. Dia jenis lemah lembut dan baik jer. Sebelum ni kerja secara kontrak dengan shell bahagian admin. Sebelum ini admin di tempat lain kontrak juga. Part time modelling sebelum sakit menimpa.

Sarah sebak bila saya terus ingin beri tempat tinggal dan akan bayarkan sewa bulanan secara tetap. Tadi sempat bawa shopping pakaian dan kelengkapan rumah yang lain. Saya belikan juga TV hadiah untuknya.

Sementara cari rumah tadi kami makan di tepi bus stand. Saya tanya selalu makan macam ni. Selalu dulu ustaz. Masa nak balik tadi beri sedikit duit belanja. Sarah sedih terharu. Beliau sedang mencari kerja admin atau work from home. Tadi saya sempat tengok resume dan sijil-sijil sarah. Semoga dimudahkan semuanya

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,307
Reaction score
14,998
Points
2,376
Sedih sayu sangat rasa jumpa uncle Loh Ah Cheng di Taman Selayang Jaya. Lebih 6 bulan duduk disini. Kemalangan hilang kerja. Lutut tak boleh berjalan.Tak dapat bayar sewa bilik.

Masa sampai. Uncle sebak. Katanya you ustaz saya tak kenal tolong saya. Saya malu dengan kamu. Saya kata jom kita beli baju dan barangain. Dia menolak dengan baik. Saya kata ini hari bagi saya peluang buat baik. Uncle setuju. Bila beli baju dan seluar uncle sebak lagi. Kenapa you ustaz baik dengan saya. Saya betul-betul malu. Apa saya nak buat. Saya takkan boleh balas jasa ustaz. Semua boss dan staf Parkson Selayang Mall tadi bantu layan uncle. Kaki uncle dah sakit tak boleh jalan. Mereka bagi kerusi roda pinjam.

Selepas itu saya belikan tongkat baru supaya uncle boleh berjalan. Saya bawa gunting rambut. Terus hensem. Saya pun gunting sekali. Tukang gunting pun tak nak ambil duit.

Kami terus ke rumah baru uncle. Saya akan bayar sewa rm700 sebulan. Ada 2 bilik. Selesa. Belikan katil dan tilam. Serta barang dapur semua. Saya ada tugaskan untuk kebersihan dan makanan uncle juga.

Sampai rumah uncle dah tak tahan sedih. Saya tak tahu tuhan dengar doa saya. Terima kaseh ustaz ye. Terima kasih.

Saya syukur rezeki saya dapat buat baik pada uncle. Saya cuma nak tuhan sayang saya. Saya doa Allah bagi ayah saya dikampung keajaiban untuk sihat.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
89,843
Reaction score
14,755
Points
1,906

Ebit Lew

1j ·

Pohon doakan ye. Bantuan barang dapur buat seluruh Malaysia. Sedih sayu berat ujian kita semua di Malaysia. Menangis baca berita-berita di Malaysia orang bunuh diri. Sesiapa yang benar-benar perlukan bantuan barang dapur di seluruh Malaysia boleh hubungi nombor ini. Bantuan diberikan tanpa mengira bangsa atau agama. Kita semua sebuah keluarga. Team Kasih Umat di Seluruh Malaysia akan membantu. Esok mereka hantar setakat yang mampu.

Lokasi & No Telefon
1.Kota Kinabalu,Sabah 01121820646
2.Seberang Perai Utara,Penang 0184636181
3.Semporna,Sabah 01159023120
4.Bintulu,Sarawak 0164035460
5.Senawang,Negeri Sembilan 0173164974
6.Bandar Kuantan,Pahang 01161096263
7.Kudat,Sabah 0169771243
8.Pasir Mas,Kelantan 0179478716
9.Sungai Petani,Kedah 01127226330
10.Ipoh,Perak 01151523766
11.Kunak,Sabah 0166033149
12. Pasir Gudang JB 0107068364
13. Kuala Terengganu 01120507611
14 Melaka Tengah 01139900575
15.Kuala Lumpur,Selangor 0176296906

1625311999596.png
 

dausbiz

CG Hardcore Club
Paid Membership
Joined
Apr 27, 2015
Messages
52,008
Reaction score
1,722
Points
596
Moga Allah Taala beri kekuatan pada Ustaz Ebit Lew

Allahuakhbar
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,307
Reaction score
14,998
Points
2,376
Doakan ye. Saya masih dalam kuarantin di Hotel Furama KL. Sayu sangat rasa, tengok orang tinggal bawah jambatan. Tinggal tepi jalan. Terpaksa tinggal dalam stor. Ada yang kelaparan.

Kurang dari sehari je buka bantuan di semua negeri. 15 nombor siapa perlu bantuan makanan ada 60 ribu orang mohon bantuan seluruh Malaysia. Bertubi call dan wasap masuk 15 no telefon. Terpaksa pilih ikut urutan dan paling memerlukan. Maafkan saya ye. Saya hari-hari doakan buat semua Allah buka jalan dan bantu. Allah pulihkan negara kita. Doakan juga buat saya ye. Saya ingin menjadi sebahagian kecil dari banyak usaha orang lain.

Terima kasih semua kru dan team di seluruh Malaysia. Buat mereka yang memerlukan juga sekitar kl selangor. Saya ada sediakan 22 Food Bank di semua cawangan elewsmart. Jangan segan cuma maklumkan pada staf di Elewsmart . Syukur dah hampir
setahun dah Foodband ni ada. Setiap hari tanpa cuti. Semoga menjadi asbab kebaikan.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register