BTC USD 57,203.7 Gold USD 1,831.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemaskini Ebit Liew beri bantuan kepada seluruh rakyat Malaysia sejak PKP bermula

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
295,712
Reaction score
12,572
Points
2,376
Sayu sebak rasa bila terjumpa seorang adik umur 12 tahun di Bukit Raja Klang tidur dijalanan. Kecil lagi dah jadi gelandangan. Mak ayahnya baru meninggal Januari baru ini kerana positif covid. Kasihan hidup tanpa hala tuju lagi. Ramai orang sekitar cuba membantu. Ada yang mesej saya. Dia dah tiada sesiapa dalam hidupnya. Berat ujianmu duhai anak. Pasti ada hikmah disebalik semuanya.

Saya terus bergegas cari adik ni. Dari jauh tengok adik ni terus rasa nak menangis sebab baik dan beradab sangat. Fikir macam manalah hidup merata begini. Bila tanya mak ayah jer terus adik ni menangis. Allahuakbar. Saya sampai tadi terus adik cium tangan. Tiada hp. Tak kenal saya. Wajah bersih jer jernih. Saya dah tiada sesiapa lagi ustaz. Eh, jangan cakap macam tu adik. Saya dan semua yang ada sini macam keluarga adik ye.

Adik puasa ke? Puasa ustaz. Sahur ada orang bagi. Buka pun ada orang bagi. Saya bawa ke balai untuk report. Selepas itu saya terus bawa adik ni ke pasaraya.

Saya tanya adik nak masuk sekolah madrasah. Nak ustaz. Nak jumpa mak ayah dalam syurga. Terus makin sedih,saya pun rindu mak. Rindu ayah. Kami solat sama-sama dan terus hantar adik ni masuk madrasah.

Walau sekejap terasa rapat dan seperti keluarga. Adik jaga diri yer. Saya doa adik jadi anak soleh berjaya cemerlang. Nanti kita jumpa lagi. Tak berhenti cakap terima kasih. Best seronok dapat masuk belajar sini.

 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
295,712
Reaction score
12,572
Points
2,376
Rindu bidadari. Lama tak dapat berbuka sekali. Selalu misi berbuka di jalanan dalam kereta je jamah apa yang ada je. Selalu terkejar-kejar misi membantu mereka yang memerlukan.. Dah selesai misi tengah malam baru rasa nak makan. I love you bidadariku.

10 hari akhir Ramadhan ini semoga kita bertemu LailatulQadar. Ya Allah berilah kami bercinta didunia dan bercinta sampai syurga. Semoga Allah jaga mak ayah kita dan beri mereka syurga Firdaus. Anak kita jadi anak soleh solehah.

Sahabatku di malam-malam LailatulQadar ini jika teringat sebutlah namaku dalam doamu. Saya doakan Allah hadiahkan kita semua LailatulQadar. Saya doakan Allah kabulkan semua doa tuanpuan semua yang baik-baik. Allah Maha Pemurah dan Penyayang. Allah hadiahkan kita kasih sayangnya dan RedhaNya.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #4
Joined
Jun 3, 2013
Messages
79,328
Reaction score
12,642
Points
1,906

Ebit Lew

16j ·

Dah 2 hari terbaca tentang kesusahan dan ujian Teresa Santa berbangsa Iban dari Sibu Sarawak menetap di Puchong Selangor.

Membesarkan 5 orang anak semua masih bersekolah setelah ditinggalkan suami selama 3 tahun.

Baru masuk rumah Puan Teresa menangis-nangis. Saya dah mati ke ustaz. Saya dah mati ke? Saya selalu fikir nak mati jer. Pernah beberapa kali fikir macam nak mati. Hari ini saya jumpa dengan ustaz. Teresa menangis je kuat-kuat. Tak berhenti menangis. Tuhan kabulkan doa saya. Ustaz tolong semua tanpa kira siapa dia, bangsa or agama.

Saya dapat tahu rumahnya dah tak bayar sewa 15 bulan. Begitu juga air dan elektrik. Saya bayarkan semua sewa rumah. Terus telefon owner rumah tadi untuk tanggung sewa rumah kakak ni selepas ini sehingga akak ini boleh berdikari.

Sampai rumahnya tadi sedih tengok rumah kosong je. Ada tilam lama jer. Tiada perabot lain. Saya hadiahkan peti ais, mesin basuh dan Laptop untuk anaknya belajar. Belajar rajin-rajin ye adik. Semoga berjaya menjadi seseorang dan boleh tolong orang lain.

Saya dimaklumkan ramai prihatin dan hantar makanan dan memberi duit belanja juga buat keluarga ini. Masa sampai tadi jumpa dengan timbalan pengerusi Persatuan Anak Borneo Semenanjung Malaysia, beliau yang kongsikan keadaan keluarga ini. Mereka menangis cakap terima kasih membantu.

1620348905103.png

1620348914467.png

1620348922726.png

1620348930826.png

1620348939078.png

1620348947100.png

1620348955685.png

1620348969609.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #4
Joined
Jun 3, 2013
Messages
79,328
Reaction score
12,642
Points
1,906

Ebit Lew

10j ·

Sejuk sayu malam 25 Ramadhan di jalanan. Hari ni jamu gelandangan kl buka puasa. Ramai sangat beratur. Semua tenang menanti. Ramai juga minta dalam bungkus untuk sahur. Boleh ke ustaz. Boleh abang.

Kakak tidur mana?tepi kedai ni ke? Tidak ustaz. Saya tidur bawah jambatan sana. Mandi dekat mana. Mandi dekat tandas awam je. Ok ke kakak. Takper ustaz saya dah biasa. Dah tu kerja apa. Saya kerja kutip-kutip tin jer ustaz.

Mana akak tahu saya sampai. Tadi semua orang jerit-jerit nampak kereta putih ustaz. Diaorang kata nasi sedap panas-panas dah sampai.
Saya beri sedikit duit belanja pada beberapa orang tadi. Eh ustaz kenapa bagi duit. Makan dah bagi cukuplah. Takper akak ni semua Allah bagi dia sayang akak. Terima kasih ustaz.

Ustaz buka dimana dah azan ni. Takper sambil bagi makanan sekejap lagi saya makan. Eh,ustaz buka disini jer. Kotor ni ustaz. Mana ada kotor akak. Akak tidur, makan,semua dekat sini. Kita sama jer kak..

Terasa sebak bila makan bersama mereka. Terasa betapa besar nikmat Allah beri dalam hidup kita. Kita tak diuji macam mereka.

1620349038695.png

1620349047583.png

1620349055733.png

1620349064859.png

1620349082812.png

1620349091154.png

1620349099445.png

1620349108275.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #4
Joined
Jun 3, 2013
Messages
79,328
Reaction score
12,642
Points
1,906


Mohamad Razif

4 Mei jam 5:59 PTG ·
https://www.facebook.com/raziffuad/...YZ1ogSbYImqr6WVROS_V5dpdZ56Frqg&__tn__=,O,P-R
Ada fake akaun bandingkan Ustaz A pergi rumah kampung. Menteri Agama pergi rumah orang kaya sahaja.

Bagi yang follow beliau sejak awal sebagai Menteri, pasti lebih tahu beliau sudah ke sana sini dari Perlis sampai ke Sabah. Disamping tugas pentadbiran yang sudah membukit tingginya, beliau tetap konsisten bergerak dari bandar sampai ke hulu kampung untuk mengagihkan bantuan. Semuanya dilaporkan di media sosial. Namun, banyak juga yang beliau sembunyikan dan tidak uar-uarkan, atas pelbagai faktor.

Banyak “red tape” dalam agensi-agensi di bawahnya yang mengagihkan bantuan, ditiadakan. Malah pelbagai inisiatif bantuan diperkenalkan. Pembaharuan dalam tadbir urus? Banyak. Sebahagian besar dilaporkan dalam Kad Laporan Bulanan dan Tahunan.

Kalau beliau nak “jual” gambar masuk hutan, naik tangga rumah yang menanti roboh, keluar pukul 1-2 pagi cari asnaf, semua ada di media sosialnya. Cuma segelintir yang buat-buat tak nampak, tetaplah ada. 24 jam kecam.

Ada seorang AJK surau di sebuah kampung, bisik kepada beliau, nak sedikit bantuan untuk baikpulih surau. Tak ada proposal, tak ada apa. Yalah, orang kampung manalah tahu sangat bab surat rasmi, proposal bagai. Bisik semata-mata. Beliau angguk. Minggu depan beliau bawa RM20k tunai dan diserahkan kepada imam surau tu. Terkebil-kebil imam, bergenang air mata.

3 hari 2 malam di Perlis dan Kedah tempohari, 30 TEMPAT dikunjungi dan esoknya boleh masuk awal pagi seperti biasa dengan mesyuarat bersusun sampai ke petang. Itulah jiwa beliau.

Beliau sedaya upaya nak raikan sesiapa sahaja tanpa lihat latarbelakang. Saya ingat lagi katanya, “Ana tak disibukkan sebagai ahli politik. Jadi, ana sibukkan diri dengan kerja-kerja pentadbiran sebagai Menteri dan turun padang. Ana senator, tak ada kawasan. Jadi ana anggap kawasan ana untuk agih bantuan adalah satu Malaysia.”

Beliau tak bermuka-muka. Itulah gayanya. Ya, memang kedudukan beliau yang tidak berparti, menjadikan beliau sebagai mangsa buli, fitnah parti dan individu yang tak bersetuju dengan beliau. Tapi beliau kekal tenang.

Dr. Zul bukan maksum. Setiap insan ada saja kelemahan dan kesilapan. Paling saya suka, beliau terbuka dengan sebarang teguran dan nasihat. Apa-apa terjadi, beliaulah yang terlebih dahulu memohon maaf atau berterima kasih.

Saya ingat lagi pesan beliau, “Doakan ana jadi kaya. Mudoh ana nok bagi bantuan. Dok susoh ana nok pening mane nok korek duit. Rama orang susoh.”
..........
“Dakpe syeikh. Kite ade Allah dan netizen yang follow sejak dulu, lebih kenal sape kite. Itulah cybertrooper kite.”

1620349248123.png

1620349255387.png

1620349262627.png

1620349271581.png

1620349278917.png
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register