USD MYR 4.12450 BTC MYR 259,156 Gold MYR 7,287.13
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemaskini Ebit Liew beri bantuan kepada seluruh rakyat Malaysia sejak PKP bermula

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,235
Reaction score
12,483
Points
2,376
Berat ujian keluarga ini. Saya hadiahkan 2 katil hospital. Pagi ini ziarah Rantau Panjang. Terus pasang katil dan angkat adik ni oku semenjak kecil dan pimpin ayahnya buta. Ibu ini pula dah uzur. Bertiga dirumah ini. Dibantu saudara mara dan jiran terdekat walau mereka juga hidup susah. Syukur Bulanan JKM beri rm400. Setiap bulan kena bawa ke hospital dan rawatan serta ubat. Saya beri duit belanja, belikan baju, pampers dan 2 katil hospital.

Beza ujian setiap orang. Melihat mereka tidur atas lantai selama ini terasa bersalah dan berdosa. Bagaimanalah yer. Tapi mereka dah biasa begitu. Ada 1 kipas kecil. Rumahnya tiada barang perabot lain. Senyum jer makcik ni. Cakap terima kasih ustaz. Ulang kali cakap terima kasih ustaz.

Terima kasih Raja Anita Raja Mukhtar dan team ngo kelantan. Terima kasih JKM. Terima kasih Zakat dan Masjid. Terima kasih YB dan Menteri. Terima kasih ketua kampung. Mereka sangat banyak membantu.Semoga usaha kecil saya ini diterima Allah. Saya hanya sebahagian kecil dari usaha ramai orang lain. Ramai juga yang menyumbang. Terima kasih yang bersama saya team pertubuhan Kasih Umat Malaysia.

 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,235
Reaction score
12,483
Points
2,376
Sayu sedih tengok adik Farisya 11 tahun masak guna dapur kayu jaga 3 adik kecil. Buat susu adik guna susu pekat manis menggantikan susu tepung. Adik paling kecil umur 1 tahun. Dah tak sekolah jaga adik. Tinggal dengan atuk nenek dah uzur. Mak ayah dalam tahanan.

Terbaca dekat fb Raja Anita Raja Mukhtar. Saya bersama makciknya tadi daftarkan Faris dan Farisya ke Maahad Tahfiz Manzil Furqan Kota Bharu. Disini ada pelajaran sains, subjek agama dan Tahfiz. Cantik dan eksklusif. Sebulan Rm600. Terus hantar ke sini tadi. Seronok adik-adik ni.

Saya tanya kenapa nak sekolah. Jawabnya nak berjaya macam ustaz nak tolong mak ayah dan adik-adik. Rindu nak belajar dan bahagiakan keluarga. Masa nak pergi semua atuk nenek, jiran, pakcik makcik semua tadi menangis. Sampai kami pun menangis. Teringat anak dekat rumah. Beratnya ujianMu wahai anak. Maafkanlah kami lambat membantu.

Terima kasih mak saudara yang akan menjaga adik-adiknya. Terima kasih Ustaz Fadhli Shaari dan Pegawai JKM yang lebih awal menziarahi dan membantu serta bersama memberi perhatian. Terima kasih Penghulu dan masyarakat sekitar. Terima kasih zakat. Terima kasih penderma PKUM. Terima kasih kepada NGO di Kelantan. Terima kasih Raja Anita.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,235
Reaction score
12,483
Points
2,376
Terharu gembira dapat mengadap DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail, Tunku Mahkota Johor di Istana tadi.

Terharu Tunku risau keadaan rakyat. Kesusahan dan penderitaan mereka. Berbincang dan menyokong usaha saya lakukan. Saya sendiri melihat setiap hari Tunku dan Tuanku Sultan Johor setiap hari membantu rakyat. Terharu layanan mesra dan bersungguh-sungguh Tunku memberi kata semangat. Banyak perkara dibincangkan semuanya mengenai kebaikan kita semua.

Teringat kisah Khalifah dulu yang memikirkan keadaan rakyat. Subhanallah. Semoga Allah memberkati Tunku dan keluarga. Tadi Tunku dan JDT memberi sumbangan banyak Rm100 ribu. Baru ini Rm200 ribu. Tunku selalu mesej tanya ada apa yang perlu dibantu. Ada masalah apa-apa. Terasa malu dan segan. Saya cuma orang biasa. Tapi Tunku TMJ layan macam kawan-kawan sahaja. Allahuakbar. Ustaz turun Johor singgah sini. Kita bagi bilik semua. Boleh berkongsi demi rakyat.

Allah sayang TMJ. Semoga Allah terima jadi asbab kebaikan.

 

copy left

CG Top Poster Club
Joined
Jun 25, 2008
Messages
26,863
Reaction score
530
Points
161
ayah kulup pun sokong,
ape masalahnya ,
 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
25,594
Reaction score
1,953
Points
206

“Not all heroes wear capes”. Mungkin Ustaz Ebit Lew selayaknya digelar adiwira kerana sering muncul menghulurkan bantuan kepada mereka yang amat memerlukannya. Namun, apa kisah di sebalik insan berjiwa besar ini? Saksikan “Temu Bual Eksklusif bersama Ustaz Ebit Lew”, Rabu 3 Mac 2021 jam 830 mlm ini di saluran 501 dan astroawani.com.
 

notepad

Super Active Member
Joined
Sep 17, 2011
Messages
8,762
Reaction score
638
Points
126
Saya nak hadiahkan 1000 cermin mata berjumlah Rm200,000 untuk pelajar yang memerlukan dari seluruh Malaysia. Kita akan beri mengikut sekolah yang terpilih. Guru atau wakil sekolah boleh wasap 0149255109. Semoga menjadi asbab kebaikan.
spek cermin mata kena ada surat dari dr mata bukan boleh beli borong macam tablet. lama sangat mengadap smartphone laptop tablet merupakan salah satu punya masalah mata budak-budak sekarang
 

BroAct

Active Member
Joined
Feb 21, 2008
Messages
2,330
Reaction score
92
Points
45
spek cermin mata kena ada surat dari dr mata bukan boleh beli borong macam tablet. lama sangat mengadap smartphone laptop tablet merupakan salah satu punya masalah mata budak-budak sekarang
kalau memang dah pakai cukup jumpa optometris je
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,235
Reaction score
12,483
Points
2,376
Bahagia sangat hati di Petang Jumaat. Saya jadi Mickey belanja belanja adik istimewa di Paramount Coffee House. Belanja anak ini anak patung dan sedikit angpow. Happy sangat tengok anak ini semua.

Di kala kita rasa berat ada anak yang sangat istimewa. Mak ayah nya terpilih melalui ujian kerana kasih sayang Allah. Ustaz, saya berdoa nak jumpa ustaz. Minat sangat dekat ustaz. Rezeki kami dapat bertemu ustaz. Allah sayang abang kakak semua. Semoga sentiasa bahagia dan Allah kabulkan doa.

Saat tengok anak ini senyum atau happy. Terasa bahagia. Lagi bahagia dapat senyuman wajah mak ayah yang hadir. Ada rezeki kita bertemu lagi ye.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register