USD MYR 4.12450 BTC MYR 258,968 Gold MYR 7,287.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemaskini Ebit Liew beri bantuan kepada seluruh rakyat Malaysia sejak PKP bermula

tokey99

Super Active Member
Joined
Jan 22, 2009
Messages
6,251
Reaction score
895
Points
121
spt yg diberitahu awal2..aku bukanlah PU..bukan ulama..bukan professor...hanya berkongsi maklumat..dan fikir lah apa yg disampaikan..sesiapa yg diberi hidayah oleh Allah dia selamat..sesiapa yg menolak..dia ketahui kesudahannya..mudah2an bertaubat..
sebaik2 sedekah itu adalah kepada kaum kerabatmu..
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,235
Reaction score
12,483
Points
2,376
I love you bidadariku dan anak-anak. Bersama keluarga nikmat yang sangat besar.

Dari 12 tahun hampir setiap hari saya akan hidupkan amalan baca Al-Quran dan Hadis Nabi saw bersama keluarga. Sekarang umur saya dah 37 tahun. Rindu masa tu baca Hadis pada mak saya. Mak pendengar pertama saya masa baca hadis Nabi saw. Mak saya kata, insyaAllah satu hari nanti ramai akan dengar ebit berkongsi nasihat. Terima kasih mak bapak sentiasa mendoakan. Ini semua doa mak ayah. Kita dapat apa yang kita dapat asbab doa mak ayah kita. I Miss u mak. Sayang mak, rindu mak sangat. Orang cakap atau perli apapun takpe. Jangan berhenti buat baik kerana mak ayah kita menanti amal baik anaknya. Mak ayah kita lebih kenal kita dari orang lain. 'Allah sayang' itulah kekuatan segalanya.

Hari ini bersama bidadari dan anak-anak setiap hari masa di rumah selepas Maghrib atau Solat Subuh saya akan dengar anak baca Al-Quran dan berkongsi Hadis Nabi saw. Kadang bidadari saya baca. Kadang anak-anak baca.

Saudaraku, saat bersama bidadari dan anak-anak ialah saat paling berharga. 3 perkara kita buat bersama. Solat, majlis ilmu/Talim, dan makan bersama. Doakan buat bidadari dan anak-anak.

Supaya anak rajin solat dan menjadi anak soleh baca Surah Ibrahim ayat 40. Pasangan menjadi penyejuk mata dan pemimpin kepada kebaikan baca surah Al-Furqan ayat 74. Supaya semua keluarga sentiasa bahagia dan dapat kebaikan hidayah baca Al Ahqaf ayat 15. Semoga menjadi asbab kebaikan.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,235
Reaction score
12,483
Points
2,376
Doakan ya. Saya nak bagi hadiah Rm 200,000 untuk 400 orang dengan seorang mendapat rm500. Hadiah untuk guru yang mengajar di Masjid dan Surau yang hilang pendapatan. Begitu juga yang berkhidmat di Kuil, Tokong dan Gereja. Boleh hubungi atau wasap 01170315822. Semoga menjadi asbab kebaikan.

 

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
3,291
Reaction score
245
Points
43
Ebit Lew mahu beli gudang atau tanah untuk anjing, kucing Mak Intan

975006.jpg


ALOR SETAR - Penceramah terkenal, Ebit Lew merancang membeli gudang ataupun tanah di sekitar Alor Setar bagi menempatkan anjing dan kucing dari Pusat Pengurusan haiwan terbiar, Pak Mie Shelter di Jalan Tanjung Bendahara dekat sini.

Menurutnya, beliau menyifatkan Pengurus Pak Mie Shelter, Allahyarham Halijah Idris, 73, yang meninggal dunia seminggu lalu akibat kanser ovari dan anak-anaknya yang menguruskan pusat haiwan tersebut sebagai insan yang terpilih.

"Kasihan tengok 300 ekor anjing dan 130 kucing yang ada kat sini. Mak Intan (Allahyarham Halijah) baru je meninggal dunia minggu lepas kerana kanser.

"30 tahun kutip anjing dan kucing sakit. Ubati, beri makan, dan tempat tinggal. Ramai yang hantar pada mereka. Kini seminggu anaknya menyambung usaha ibu bapa mereka. Beri makanan untuk anjing dan kucing ini," katanya dalam satu kenyataan di Facebook rasminya pada Rabu.

Tambah Ebit, beliau ada berbincang dengan anak-anak Mak Intan dan menjelaskan mahu membantu keluarga tersebut.

"Tadi berbincang dengan keluarga arwah Mak Intan. Baik anak-anak Mak Intan. Terpilih buat kerja begini. Dah lewat petang. Saya nak 'sponsor' tempat bagi semua anjing dan kucing ini.

"Terima kasih semua yang menyokong perjuangan Mak Intan dan keluarga. Terima kasih semua pimpinan masyarakat dan masyarakat sekitar," katanya.

Pada 29 Januari lalu, media melaporkan Pusat Pengurusan haiwan terbiar, Pak Mie Shelter yang menguruskan hampir 400 ekor anjing dan 180 ekor kucing di Jalan Tanjung Bendahara, dekat sini pening memikirkan lokasi baharu apabila diarahkan berpindah oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

Pemindahan perlu dilakukan bagi memberikan laluan kepada projek pembinaan loji rawatan kumbahan serantau dan rangkaian paip pembetungan Kota Setar.

MBAS melalui satu kenyataan terbaharu pada 11 Februari lalu berkata, pusat itu akan dipindahkan ke penempatan sementara di Jeragan di atas tanah miliknya dan Pak Mie Shelter diberikan hak untuk mengurus tadbir tapak sementara pusat pemeliharaan anjing dan kucing ini selama tempoh enam bulan bermula pada 15 Februari hingga 14 Ogos.


== sinar harian
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,235
Reaction score
12,483
Points
2,376
Doakan ya. Ada seminggu lagi 300 ekor anjing dan 130 kucing tiada tempat tinggal tetap lagi. Saya nak sponsor gudang atau belikan tanah untuk semua anjing dan kucing ini. Saya tengah cari gudang atau tanah area Alor Setar.

Kasihan tengok 300 ekor anjing dan 130 kucing. Mak Intan baru je meninggal dunia minggu lepas kerana kanser. 30 tahun kutip anjing dan kucing sakit. Ubati, beri makan, dan tempat tinggal. Ramai yang hantar pada mereka. Kini seminggu Mak Intan dah tiada anaknya menyambung usaha ibu bapa mereka. Beri makanan untuk anjing dan kucing ini.

Tanah ini akan diambil kembali untuk pembangunan 21 Feb ini. 7hari lagi. Bandaraya ada bagi kawasan untuk disewa bagi tempoh 6bulan ditempat lain dengan syarat tertentu.

Tadi berbincang dengan keluarga arwah Mak Intan. Baik anak-anak Mak Intan. Terpilih buat kerja begini. Dah lewat petang. Saya nak sponsor tempat bagi semua anjing dan kucing ini

Terima kasih semua yang menyokong perjuangan Mak Intan dan keluarga. Terima kasih semua pimpinan masyarakat dan masyarakat sekitar.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,235
Reaction score
12,483
Points
2,376
Sampai je ke tempat baru anak-anak arwah Mak Intan menangis. "Mesti mak gembira ustaz. Terima kasih ustaz. Kami memang tak sangka ustaz akan datang sini. Mak pun selalu dengar ceramah ustaz. Alhamdulillah. Saya sewa tempat ini Rm4300 sebulan. Baik owner tempat ini.

Terus bawa kontraktor dan Dr Vet yang sentiasa membantu selama ini. Kita akan buat sistem kumbahan, sistem air, bilik-bilik pengasingan, tempat makanan,kipas, ventilation, dan tanah tempat bermain dan lobi tetamu. Supaya jadi ZOO Taman untuk kunjungan dan yang ingin membantu.

Doakan ya. Semoga semuanya dimudahkan. Seminggu lagi semua anjing dan kucing kena dipindahkan

Terima kasih semua anak dan keluarga mak Intan. Terima kasih NGO dan persendirian yang selalu membantu. Terima kasih badan berkuasa tempatan dll.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,235
Reaction score
12,483
Points
2,376
Ya Allah. Sayu syukurnya rasa dapat menziarahi Tuan Guru Syeikh Muhd Zainul Asri yang amat saya hormati dan sayangi. Dari awal pkp beliau selalu memberi semangat dan doa buat saya. Hari ini Allah kabulkan hajat saya untuk minta nasihat, doa dan amalan buat bekalan saya.

Beliau selalu mengikuti saya di fb dan youtube. Sifat beliau yang amat merendah diri. Ya Allah terasa bahagia sangat. Tenang melihat wajahnya. Kata-katanya dan senyumannya penguat dikala ujian hidup ini. Saya niat nak beri hadiah padanya tapi dibalas dengan macam-macam hadiah pada saya. Ya Allah tuhanku. sifat dan akhlak beliau.

Saya menangis berkongsi tentang ujian perjuangan ini. Tuan Guru Syeikh Zainul Asri beri kata semangat dan doa. Katanya, ustaz ada 1. Saya doa ada berjuta orang seperti ustaz ebit lew yang sudi berjuang berpisah dengan isteri dan anak-anak demi mencari doa orang miskin dan susah. Team saya semua semangat dan pulih rasa dengan perkongsian dan doa dari beliau.

Ya Allah berjuta rahmat yang kau beri pada beliau berilah pada diriku sedikit. Sayangi panjangkan umur dan rahmati beliau guru kami.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,235
Reaction score
12,483
Points
2,376
Syukur bahagia sangat rasa dapat menziarahi Dato Dr Maza guru murabbi ummah yang amat saya sayangi dan hormati. Walau Dato Dr Maza ada meeting di kl beberapa hari ini. Sampai lewat malam kami berbual berkongsi kisah suka duka bersama dalam dunia dakwah ini dan isu semasa. Saya hadir ingin minta nasihat dan doa. Sifat rendah diri dan layanan Dato Dr Maza memang buat saya rasa terharu dan rasa malu. Baik sangat. Siap jemput ke bilik hotel beliau. Terasa seperti guru yang amat rapat dan dekat sangat. Terima kasih Dato Dr Maza selama ini selalu mesej memberi semangat. Dah setahun Dr Maza selalu beri kata semangat dan nasihat.

Sampai dah lewat tak sedar masa berbual. Ya Allah kadang bila kita rasa lemah. Dapat menziarahi alim ulama yang amat kita hormati sayangi buat kita jadi kuat. Kami banyak menceritakan tentang urusan hati kita dengan Allah. Ikhlas pada Allah. Allah buka jalan kita untuk berbuat baik. Peluang tu datang. Orang minta tolong dan bantuan tanpa henti. Dapat berkongsi rezeki dan rasa bahagia. Dan paling utama kita dapat beri masa dekat diri pada Allah. Apa lagi kita ingin dalam hidup ini.

Kami ada berbincang program bersama untuk kerja buat ummah ini. Semoga menjadi asbab kebaikan.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register