Kemaskini Ebit Liew beri bantuan kepada seluruh rakyat Malaysia sejak PKP bermula

CG Sponsors

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,542
Reaction score
2,014
Points
201
*Ebit Lew dedahkan bagaimana beliau dapat dana bantu ramai orang susah*

NAMA Ustaz Ebit Lew tentu sekali sudah tidak asing bagi rakyat Malaysia, seorang pendakwah yang begitu popular di media sosial, dan sering tular dengan kerja-kerja kebajikan yang dijalankan oleh beliau membantu pelbagai golongan susah.

Kalau kita lihat, setiap kali Ebit Lew turun memberi bantuan kepada orang miskin, orang kelainan upaya (OKU), ibu tunggal, warga emas dan sebagainya di pelbagai tempat, kelihatan beliau seperti mempunyai dana yang begitu besar untuk dihabiskan.

Justeru ramai juga yang tertanya-tanya dari mana sebenarnya Ebit Lew memperolehi duit yang begitu banyak untuk membantu golongan memerlukan.

Malah bantuan begitu banyak diberikan oleh Ebit Lew mengalahkan seorang wakil rakyat yang menerima peruntukan tahunan daripada kerajaan.

Tidak dinafikan bahawa beliau adalah seorang hartawan, namun bantuan yang disalurkan kepada orang ramai nampaknya terlalu besar dan tentu sekali memerlukan sumber kewangan yang sangat besar juga.

Dalam satu temubual dengan portal media tempatan The Malaysian Insight, Ebit Lew telah menjelaskan persoalan tentang bagaimana dan dari mana beliau mendapat dana untuk membantu ramai golongan yang memerlukan.

Menurutnya sejak mula bekerja dan sudah mempunyai duit sendiri, beliau sering berjalan di sekitar Kuala Lumpur, termasuk di bawah-bawah jambatan mencari golongan susah untuk diberikan bantuan makanan.

"Saya dah lama pusing-pusing bagi makan, sejak saya bekerja sendiri saya memang pusing di KL cari bawah jambatan, saya banyak bawa maknyah-maknyah pergi kursus secara percuma, semua sekali," katanya.

Semua bantuan yang diberikan itu katanya, menggunakan duit hasil perniagaan, yang baginya dianggap sebagai zakat dan infak, namun selepas itu ramai orang mula berminat untuk menyumbang terhadap aktiviti kebajikan yang dijalankan olehnya.

"Saya ambil anak-anak yang tidur tepi jalan bawa ke hotel, semua gunakan duit sendiri, namun kemudian ada orang mula nak menyumbang, masing-masing ada perniagaan sendiri," ujarnya.

Menurut Ebit Lew, bantuan kewangan yang diterima dari pihak lain menerusi pelbagai cara, disatukan dalam satu tabung khas, dan menurutnya ramai pihak yang telah menyumbang di dalam tabung berkenaan.

"Alhamdulillah ada banyak juga yang menyumbang, awal covid hari tu, sebab itu kita gunakanlah. Sebab itu orang tengok kenapa ustaz beli macam habiskan je, memang kita nak habiskan pun, itu bukan simpanan saya, saya ada duit saya sendiri. Sebab itu bila ada orang sumbang, saya gunakan sahajalah,"

"Sebab itu kita hantar pakai kapal terbang, pakai lori, lori pula sampai empat lima lori. Semasa PKP kita hantar guna 3 lori, tiga hari untuk 1,000 orang lebih kurang RM70,000,"

Katanya beliau turut mengupah penghantar makanan FoodPanda dan Grab, dan Lala Move dari pagi sehingga petang untuk menghantar makanan di semua tempat berdasarkan senarai nama yang diberikan.

Selain itu Ebit Lew turut mendedahkan antara sebab beliau begitu bersemangat menubuhkan rangkaian pasaraya Elews Mart adalah untuk membantu golongan susah secara berterusan.

"Yang kedai ni semangat nak buat, sebab saya fikir macam mana nak tolong orang secara berterusan, kami bincang dengan kawan-kawan yang lain dan saya fikir kena ada Food Bank, itu antara niat utama,"

Pada peringkat awal beliau menyediakan peruntukkan sendiri untuk menyediakan 'Food Bank' bagi memastikan tiada penduduk setempat yang terpaksa berlapar, namun selepas itu ramai yang turut membantu memberikan sumbangan.

"Supaya tak ada orang kawasan tu (setempat) lapar, bila dia perlu dia boleh ambil, jadi saya peruntukkan setiap hari bawah RM500 satu kedai kita letak barang (keperluan harian), tapi alhamdulillah ramai pula orang menyumbang dan ramai juga orang ambil," jelasnya.

Setakat artikel ini ditulis, Pasaraya Elews Mart yang diusahakan oleh Ebit Lew kini sudah mempunyai 18 cawangan di pelbagai daerah di seluruh Semenanjung Malaysia.

========================😎
 
Sponsored Post

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
24,265
Reaction score
1,883
Points
206
'Sayu tengok ibu tunggal tiada tangan, kaki berniaga'
NUR FARHANA ABDUL MANAN | | 19 Disember 2020

916408.jpg

Ebit Lew memberi sumbangan sebuah gerai penjaja bergerak bagi memudahkan ibu tunggal itu menjalankan perniagaan.- Foto Facebook Ebit Lew
A
A
KUALA LUMPUR - Simpati dengan nasib seorang ibu tunggal yang juga merupakan orang kurang upaya (OKU), pendakwah terkenal, Ebit Lew memberi sumbangan sebuah gerai penjaja bergerak bagi memudahkan wanita itu menjalankan perniagaan.

Menerusi kenyataan dimuat naik di Facebooknya, Ebit Lew menyatakan beliau rasa sedih dan sayu melihat keadaan ibu tunggal yang tidak mempunyai tangan dan kaki itu berniaga.

Menurutnya, ibu tunggal berkenaan menjalankan perniagaan kuih tepung pelita di Taman Sri Rampai Setapak bagi membesarkan dua anaknya yang masih kecil.

916409.jpg

Ibu tunggal berkenaan terharu dan mengalirkan air mata sebaik menerima sumbangan gerai penjaja bergerak daripada Ebit Lew. - Foto Facebook Ebit Lew

“Sedih... sayu betul hati bila jumpa ibu tunggal OKU tiada dua tangan dan tiada dua kaki di Sri Rampai Setapak. Kakak ini besarkan dua anak dengan berniaga kuih tepung pelita. Hantar ke sana sini. Tiada kedai. Sedap kuih pelita kakak ni buat.

“Kakak ini rajin sangat. Masa saya sampai kakak ni siapkan makanan nasi penyet ikan keli. Sebak pula rasa bila dilayan begitu. Laju kakak ini ke sana sini. Syukur dapat bantuan duit bulanan zakat dan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat),” katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Jumaat.

Ebit Lew berkata, prihatin dengan keadaan ibu tunggal berkenaan, beliau kemudian bergegas membelikan sebuah gerai penjaja bergerak berbumbung bagi membolehkan wanita berkenaan berniaga.

916410.jpg

Ebit Lew ketika melawat ibu tunggal berkenaan di rumahnya. - Foto Facebook Ebit Lew

“Saya terus belikan ‘awning stall’ bergerak. Cantik. Bila saya bawa pada kakak ni dia terus menangis. Kuat juga menangis. Ya ALLAH, ustaz mahal cantik sangat. Tak mimpi dapat begini. Tak sampai sejam kami dapatkan ‘stall’ ini.

“Kakak ni akan mula berniaga depan Tasik Sri Rampai. Menu utama kuih pelita. Insya-ALLAH akan jual juga nasi ayam penyet. Memang sedap sangat. Doakan buat akak ni ye. Jika siapa berdekatan boleh membeli dengan kakak ini,” katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...tengok-ibu-tunggal-tiada-tangan-kaki-berniaga
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 
Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,011
Reaction score
3,798
Points
236
Pohon doakan ya. Baru beli 150 kerusi roda untuk hadiahkan pada sesiapa yang memerlukan.
Siapa perlu kerusi roda free, boleh hubungi nombor Pertubuhan Kasih Umat Malaysia 011 7078 7900.
Insya-Allah jika habis nanti kami akan tambah lagi.

1.jpg
 
GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,343
Reaction score
1,549
Points
201
'Sayu tengok ibu tunggal tiada tangan, kaki berniaga'
NUR FARHANA ABDUL MANAN | | 19 Disember 2020

View attachment 324031
Ebit Lew memberi sumbangan sebuah gerai penjaja bergerak bagi memudahkan ibu tunggal itu menjalankan perniagaan.- Foto Facebook Ebit Lew
A
A
KUALA LUMPUR - Simpati dengan nasib seorang ibu tunggal yang juga merupakan orang kurang upaya (OKU), pendakwah terkenal, Ebit Lew memberi sumbangan sebuah gerai penjaja bergerak bagi memudahkan wanita itu menjalankan perniagaan.

Menerusi kenyataan dimuat naik di Facebooknya, Ebit Lew menyatakan beliau rasa sedih dan sayu melihat keadaan ibu tunggal yang tidak mempunyai tangan dan kaki itu berniaga.

Menurutnya, ibu tunggal berkenaan menjalankan perniagaan kuih tepung pelita di Taman Sri Rampai Setapak bagi membesarkan dua anaknya yang masih kecil.

View attachment 324032
Ibu tunggal berkenaan terharu dan mengalirkan air mata sebaik menerima sumbangan gerai penjaja bergerak daripada Ebit Lew. - Foto Facebook Ebit Lew

“Sedih... sayu betul hati bila jumpa ibu tunggal OKU tiada dua tangan dan tiada dua kaki di Sri Rampai Setapak. Kakak ini besarkan dua anak dengan berniaga kuih tepung pelita. Hantar ke sana sini. Tiada kedai. Sedap kuih pelita kakak ni buat.

“Kakak ini rajin sangat. Masa saya sampai kakak ni siapkan makanan nasi penyet ikan keli. Sebak pula rasa bila dilayan begitu. Laju kakak ini ke sana sini. Syukur dapat bantuan duit bulanan zakat dan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat),” katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Jumaat.

Ebit Lew berkata, prihatin dengan keadaan ibu tunggal berkenaan, beliau kemudian bergegas membelikan sebuah gerai penjaja bergerak berbumbung bagi membolehkan wanita berkenaan berniaga.

View attachment 324033
Ebit Lew ketika melawat ibu tunggal berkenaan di rumahnya. - Foto Facebook Ebit Lew

“Saya terus belikan ‘awning stall’ bergerak. Cantik. Bila saya bawa pada kakak ni dia terus menangis. Kuat juga menangis. Ya ALLAH, ustaz mahal cantik sangat. Tak mimpi dapat begini. Tak sampai sejam kami dapatkan ‘stall’ ini.

“Kakak ni akan mula berniaga depan Tasik Sri Rampai. Menu utama kuih pelita. Insya-ALLAH akan jual juga nasi ayam penyet. Memang sedap sangat. Doakan buat akak ni ye. Jika siapa berdekatan boleh membeli dengan kakak ini,” katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...tengok-ibu-tunggal-tiada-tangan-kaki-berniaga
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Bayangkan doa org2 mcm ni mendoakan ebit liew
 
Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,011
Reaction score
3,798
Points
236
Ebit Lew Hulur Bantuan Mangsa Banjir Di Kuala Lipis

05.01.2021 - Kuala Lipis, Penceramah selebriti terkenal, Ebit Lew menyalurkan bantuan kepada semua mangsa banjir di tiga Pusat Perpindahan Sementara (PPS) sekitar daerah Kuala Lipis, Pahang, semalam. Melalui hantaran di laman Facebook miliknya hari ini, ternyata Ebit meluahkan rasa sayu dan sedih melihat mangsa-mangsa banjir di Pahang dan bersyukur kerana Allah mempermudahkan perjalanan pasukannya.

Screenshot-3603.jpg
 
hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,954
Reaction score
221
Points
33
Termenung rumah hanyut dek banjir, Ustaz Ebit bantu bina semula

01-12.jpg

BEBERAPA hari lalu, tular sekeping foto memaparkan seorang mak cik sedang termenung melihat rumahnya hanya tinggal tapak ekoran banjir besar.

Rupanya mak cik tersebut salah seorang mangsa banjir di Pahang.

Rafiah Jamaludin, 69, sedih dan terkejut apabila rumahnya di Kampung Ajai dibawa arus banjir dan tersekat di pokok-pokok tidak jauh dari tapak asal rumah.

Terpanggil apabila dikongsi warganet, pendakwah dan sukarelawan terkenal, Ustaz Ebit Liew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Liew terus ke kampung mak cik Rafiah.

Seperti perkongsian beliau di Facebook, seusai sampai di sana, mak cik Rafiah sedang mencari barang-barang yang masih boleh dipakai.

“Masa sampai mak cik sedang mencari barang boleh pakai bersama anak-anak.

“Mak cik Rafiah teringin nak bina rumah di kawasan lain di kebunnya. Mereka nak ambil kayu yang masih elok,” tulis beliau.

07-13.jpg

Ustaz Ebit juga akan membeli kayu untuk mak cik Rafiah membina semula rumah selain memberikan sedikit sumbangan duit.

“Saya beri sedikit sumbangan duit tadi dan nanti akan belikan barang-barang kayu dan lain-lain untuk membina rumah semula. Selesai musim banjir ini.

“Makcik Rafeah tiba-tiba sebak. Makcik Rafeah kata, jika tiada musibah ini tak dapat jumpa ustaz. Rezeki dapat jumpa ustaz.

“Sempat berbual semuanya ini ujian kasih sayang Allah pada kita semua. Berat ujian mak cik,”ujarnya.

Semoga Allah sentiasa merahmati Ustaz dan diberi ganjaran berlipat ganda serta dipermudahkan urusan mak cik Rafiah.

== sinarplus.sinarharian
 
hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,954
Reaction score
221
Points
33
Agong belanja Ebit Lew makan ikan patin

ebit-dan-agong.jpg

PETALING JAYA – “Terharu sebak sangat.”

Itulah reaksi penceramah popular, Ebit Lew apabila Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini membelanjanya makan ikan patin di Temerloh, Pahang.

Menurut Ebit, dia berasa sangat malu apabila dilayan Al-Sultan Abdullah dari mula hingga selesai menjamah hidangan malah dimintanya membacakan doa sebelum makan.

“Tuanku ulang kali cakap ustaz terima kasih beri bantuan di Negeri Pahang. Allahuakbar. Sebenarnya sikit sangat bantuan kami berikan di Pahang ini.

“Selalu nampak rombongan Tuanku YDPA setiap hari beri bantuan banjir. Pecah tiga lagi. Tuanku, Permaisuri Agong dan Pemangku Raja. Dari pagi sampai lewat malam,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook.

Ebit juga berkata, Agong turut menyuapkan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
“Bergurau mesra. Kasih sayang. Cinta sampai syurga,” ujarnya.

Tambahnya, menambahkan rasa malunya adalah apabila Al-Sultan Abdullah mengajaknya serta pasukannya bergambar.

“Semua memang berdoa jer teringin nak bergambar. Allah kabulkan doa kami. Ya Allah inilah Raja kami yang teramat baik dan mulia. Berilah kebaikan dan rahmat kepada Tuanku dan keluarga.

“Terima kasih ya Allah temukan kami dengan Tuanku YDPA kami yang mulia,” katanya.

== kosmo online
 
pemain

Active+ Member
Joined
Jul 10, 2008
Messages
2,590
Reaction score
388
Points
51
Agong belanja Ebit Lew makan ikan patin

View attachment 330239

agak2 ada tak nnti bising tak patuh sop dlm gambar tu?
 
akudotcom

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,542
Reaction score
2,014
Points
201
“Benda Viral Mesti Ustaz Ebit Lew Datang Menyebok” – Zul Kelantan Sound Pedas Hero Negara Kita
December 25, 2020 jirancakap
a1-18-678x381.jpg
“Benda Viral Mesti Ustaz Ebit Lew Datang Menyebok” – Zul Kelantan
Memetik komen dari seorang pengguna fb yang dikongsikan oleh seorang pengguna twitter (@suhaimyharun) berkenaan artikel ustaz ebit lew melawat mangsa tangan putus di pasir gudang johor.

Zul hafiz yang dikatan berasal dari Kota Bharu kelantan dilihat dikecam teruk akibat komen yang tak berasas dari beliau., sedangkan smeu arakyat malaysia tahu bahawa Ustaz Ebit Lew bukanlah seperti yang diberiahu beliau

EqAg2RuVQAAwG-z.jpg

Berikut adalah reply dari pengguna twitter yang lain berkenaan isu ini.
“Biar la dia. Dia nak bantu ape salahnya? Kita yang tk dapat bantu ni sekurang kurangnya doakan kesejahteraan beliau untuk sentiasa membantu umat manusia yang lain yang dalam kesusahan yang lebih memerlukan daripada kita”
inilah tanda manusia yg busuk hati, dia hanya tahu judge je. Sembang kepala anjing pun boleh terbang tapi habuk apa pun x dak. Hati dia sakit bila tgok kebaikan. Diri sendiri hnya mampu jd keyboard warrior.

TERDAHULU, Ustaz Ebit Lew melawat mangsa langgar lari di Johor Bahru
JOHOR BAHRU: Mangsa kemalangan langgar lari ketika sedang bertugas di Lebuhraya Pasir Gudang, dekat sini semalam sehingga terpaksa dipotong tangannya menerima kunjungan pendakwah popular, Ebit Lew.

Lawatan ke Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini itu dimuat naik pendakwah tersebut di laman Facebook rasmi miliknya, hari ini.

Menurut beliau, kunjungan itu dibuat pihaknya sejurus selepas selesai memberi ceramah di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Muar.

“Sayu sebak, selepas ceramah di Maktab PDRM Muar terus ke Hospital Sultan Ismail ziarah pak cik kerja penyelenggara jalan yang dilanggar di Lebuhraya Pasir Gudang.

“Tangan kanannya dipotong. Ziarah beri semangat dan sedikit sumbangan,” tulisnya ringkas dalam kenyataan itu.

Mangsa, Mohd. Sis Latif, 55, kini sedang dirawat di HSI setelah mengalami kecederaan parah akibat kemalangan yang berlaku pada pukul 11.50 pagi, semalam.

Ketika kejadian, mangsa bersama dua rakan sedang berdiri di atas platform hidraulik di bahagian belakang lori bagi membaiki jalan berlubang di laluan berkenaan.

Secara tiba-tiba, lori berkenaan dirempuh sebuah kenderaan dari arah belakang menyebabkan mangsa tercampak dan mengalami kecederaan parah di tangan kanannya.

Menurut kenyataan itu lagi, Mohd. Sis turut memberitahu dia berasa seperti masih mempunyai tangan dan mahu menggerakkan jarinya.

“Pak cik ni menangis tadi. Katanya, terasa macam ada tangan lagi. Rasa macam nak gerakkan jari. Pakar minta abang selalu usap tangan tu, dan cakap tangan dah tiada. Allah ambil. Insya-Allah nanti akhirat semuanya sempurna,” menurut kenyataan itu.

Ebit turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada Mohd. Sis selain turut mendoakan kesejahteraannya. – UTUSAN ONLINE

Admin harap orang-orang seperti zul hafiz ini mendapat kesedaran dari apa yang terjadi. Kalau tiada apa-apa yang baik untuk disampaikan lebih baik berdiam.

Kita semua tahu Ustaz Ebit Lew adalah seorang yang ikhlas dalam membantu orang yang tengah susah.
 
HananMedispa

Freshie
Joined
Jan 13, 2021
Messages
22
Reaction score
12
Points
8
“Benda Viral Mesti Ustaz Ebit Lew Datang Menyebok” – Zul Kelantan Sound Pedas Hero Negara Kita
December 25, 2020 jirancakap
View attachment 330924“Benda Viral Mesti Ustaz Ebit Lew Datang Menyebok” – Zul Kelantan
Memetik komen dari seorang pengguna fb yang dikongsikan oleh seorang pengguna twitter (@suhaimyharun) berkenaan artikel ustaz ebit lew melawat mangsa tangan putus di pasir gudang johor.

Zul hafiz yang dikatan berasal dari Kota Bharu kelantan dilihat dikecam teruk akibat komen yang tak berasas dari beliau., sedangkan smeu arakyat malaysia tahu bahawa Ustaz Ebit Lew bukanlah seperti yang diberiahu beliau

View attachment 330925

Berikut adalah reply dari pengguna twitter yang lain berkenaan isu ini.

inilah tanda manusia yg busuk hati, dia hanya tahu judge je. Sembang kepala anjing pun boleh terbang tapi habuk apa pun x dak. Hati dia sakit bila tgok kebaikan. Diri sendiri hnya mampu jd keyboard warrior.

TERDAHULU, Ustaz Ebit Lew melawat mangsa langgar lari di Johor Bahru
JOHOR BAHRU: Mangsa kemalangan langgar lari ketika sedang bertugas di Lebuhraya Pasir Gudang, dekat sini semalam sehingga terpaksa dipotong tangannya menerima kunjungan pendakwah popular, Ebit Lew.

Lawatan ke Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini itu dimuat naik pendakwah tersebut di laman Facebook rasmi miliknya, hari ini.

Menurut beliau, kunjungan itu dibuat pihaknya sejurus selepas selesai memberi ceramah di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Muar.

“Sayu sebak, selepas ceramah di Maktab PDRM Muar terus ke Hospital Sultan Ismail ziarah pak cik kerja penyelenggara jalan yang dilanggar di Lebuhraya Pasir Gudang.

“Tangan kanannya dipotong. Ziarah beri semangat dan sedikit sumbangan,” tulisnya ringkas dalam kenyataan itu.

Mangsa, Mohd. Sis Latif, 55, kini sedang dirawat di HSI setelah mengalami kecederaan parah akibat kemalangan yang berlaku pada pukul 11.50 pagi, semalam.

Ketika kejadian, mangsa bersama dua rakan sedang berdiri di atas platform hidraulik di bahagian belakang lori bagi membaiki jalan berlubang di laluan berkenaan.

Secara tiba-tiba, lori berkenaan dirempuh sebuah kenderaan dari arah belakang menyebabkan mangsa tercampak dan mengalami kecederaan parah di tangan kanannya.

Menurut kenyataan itu lagi, Mohd. Sis turut memberitahu dia berasa seperti masih mempunyai tangan dan mahu menggerakkan jarinya.

“Pak cik ni menangis tadi. Katanya, terasa macam ada tangan lagi. Rasa macam nak gerakkan jari. Pakar minta abang selalu usap tangan tu, dan cakap tangan dah tiada. Allah ambil. Insya-Allah nanti akhirat semuanya sempurna,” menurut kenyataan itu.

Ebit turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada Mohd. Sis selain turut mendoakan kesejahteraannya. – UTUSAN ONLINE

Admin harap orang-orang seperti zul hafiz ini mendapat kesedaran dari apa yang terjadi. Kalau tiada apa-apa yang baik untuk disampaikan lebih baik berdiam.

Kita semua tahu Ustaz Ebit Lew adalah seorang yang ikhlas dalam membantu orang yang tengah susah.
Reporter pun kalau nak petik setiap komen nobody dlm facebook tak kan habis. Buang masa. Cuba buat cerita yang reliable sikit. Buang masa
 
Sponsored Post
Top
Log in Register