Kemaskini Cuaca - Hujan, Ribut, Banjir & Bencana Alam 2021

CG Sponsors




hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,880
Reaction score
218
Points
33
2,558 mangsa banjir di 29 PPS Pahang

HERI_HERMAN_MOHD_SALIM_1610929526.jpg


KUANTAN: Seramai 2,558 mangsa banjir daripada 698 keluarga masih berlindung di 29 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah di Pahang iaitu Kuantan, Pekan dan Maran, setakat jam 8 pagi ini.

Berbanding petang semalam, portal info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merekodkan 2,853 mangsa banjir daripada 795 keluarga berada di 31 PPS.

Pekan mencatat jumlah paling ramai mangsa banjir iaitu 1,632 orang daripada 476 keluarga; diikuti Kuantan seramai 715 mangsa (157 keluarga) dan Maran dengan 211 mangsa (65 keluarga).

18pah1_1610929529.jpg


Sementara itu, laporan infobanjir.water.gov.my memaklumkan hanya Sungai Jelai di Jeram Bungor, Lipis masih melepasi paras bahaya dan Sungai Pahang di Serambi (Paloh Hinai), Pekan berada pada paras amaran, manakala Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran pula melepasi paras berjaga-jaga.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pula mengeluarkan amaran angin kencang timur laut melebihi 60 kilometer sejam dengan ombak setinggi melebihi 4.5 meter dijangka berlaku di perairan Pahang hingga Rabu ini.

18pekann_1610929532.jpg



== bharian
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
290,765
Reaction score
12,193
Points
2,376
BANJIR SABAH | Inisiatif Jangka Masa Panjang Diteliti Kerajaan Negeri

Penambahan aset operasi bencana membabitkan pelbagai agensi keselamatan akan diteliti kerajaan negeri Sabah dalam memastikan kelancaran menangani masalah itu pada masa akan datang.

Pengorekan pasir sungai di Kota Belud untuk dieksport ke luar negara juga antara inisiatif bagi mengurangkan masalah banjir untuk tempoh jangka masa panjang di daerah paling terjejas itu.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,011
Reaction score
3,798
Points
236
Amaran Cuaca (Buruk)
Dikeluarkan pada: 9:45 malam, 18 Januari 2021

SEKSYEN A: AMARAN CUACA (BURUK)

Hujan lebat dijangka berterusan di negeri Sabah: Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat • Labuan sehingga Selasa, 19 Januari 2021.

SEKSYEN B: AMARAN CUACA (WASPADA)
Hujan lebat dijangka berlaku di negeri Sarawak: Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang • Sabah: Pedalaman (Tenom, Keningau dan Tambunan), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat sehingga Selasa, 19 Januari 2021.


 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,011
Reaction score
3,798
Points
236
AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA KATEGORI KETIGA
Dikeluarkan pada: 9:50 malam, 18 Januari 2021

SEKSYEN A: UNTUK PERAIRAN MALAYSIA


1) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KETIGA)
Angin kencang timur laut melebihi 60 kmsj dengan ombak setinggi melebihi 4.5 meter dijangka di kawasan perairan Johor Timur • Pahang • Terengganu • Kelantan • Sarawak • Sabah Barat dan Labuan sehingga Rabu, 20 Januari 2021. Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

2) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)
Angin kencang timur laut berkelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka di kawasan perairan Sabah Timur sehingga Rabu, 20 Januari 2021. Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

3) AMARAN RIBUT PETIR
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di kawasan perairan Sarawak • Sabah sehingga 2:00 pagi; Selasa, 19 Januari 2021. Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.


SEKSYEN B: UNTUK PERKAPALAN

1) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KETIGA)
Angin kencang timur laut melebihi 60 kmsj dengan ombak setinggi melebihi 4.5 meter dijangka di kawasan perairan tenggara Samui • Tioman • Condore • Bunguran • Reef North • Reef South • Layang-Layang • Labuan • Palawan sehingga Rabu, 20 Januari 2021. Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

2) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)
Angin kencang timur laut berkelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka di kawasan perairan barat daya Samui • Sulu sehingga Rabu, 20 Januari 2021. Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

3) AMARAN RIBUT PETIR
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di kawasan perairan Reef North • Reef South • Layang-Layang • Labuan • Palawan • Sulu sehingga 2:00 pagi; Selasa, 19 Januari 2021. Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
290,765
Reaction score
12,193
Points
2,376
Mangsa #banjir di #Sabah meningkat kepada 895 orang di 16 PPS setakat 8 pagi ini - Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri https://t.co/dSErzLrbR1
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
290,765
Reaction score
12,193
Points
2,376
BANJIR | Sarawak, Pahang Makin Pulih, Jumlah Mangsa Di Sabah Kekal

Banjir di Sarawak dan Pahang menunjukkan tanda semakin pulih apabila jumlah mangsa yang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan pagi ini.

Bagaimanapun di Sabah, keadaan banjir tidak banyak berubah dengan lapan daerah masih terjejas.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
290,765
Reaction score
12,193
Points
2,376

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,880
Reaction score
218
Points
33
RM48 juta baiki kerosakan infrastruktur akibat banjir

950410.jpg


PASIR GUDANG - Kerajaan negeri memohon RM48 juta daripada kerajaan Persekutuan bagi membaiki infrastruktur yang rosak di enam daerah akibat banjir pada awal bulan ini.

Exco Kerja Raya Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Mohd Solihan Badri berkata, antaranya untuk membaiki jalan, cerun bukit dan jambatan.

"Kita sudah pun hantar senarai jalan yang rosak di enam daerah terjejas banjir dan memerlukan pembaikan segera.

"Antara kerosakan jalan membabitkan pemendapan, berlubang serta cerun runtuh dan terhakis," katanya kepada pemberita selepas meninjau kerja-kerja membaik pulih Lebuhraya Pasir Gudang di sini pada Ahad.

Dalam kejadian banjir awal bulan ini, kira-kira 20 jalan terputus hubungan akibat banjir dengan paling teruk di Kota Tinggi selain di Kluang, Mersing dan Johor Bahru.

Terdapat jalan yang hanya dibuka untuk laluan kenderaan berat manakala selebihnya ditutup terus untuk semua kenderaan kerana berbahaya dan strukturnya jalannya rosak teruk.

Mohd Solihan berkata, peruntukan itu akan turut diguna untuk kerja-kerja meninggikan jalan yang sering dilanda banjir.

"Saya pasti kementerian terlibat akan meneliti dan meluluskan peruntukan yang diminta dalam masa terdekat," katanya.


== sinar harian
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
290,765
Reaction score
12,193
Points
2,376
FB_IMG_1611669040986.jpg

Bantuan Kemanusian Kepada Rakyat Sabah

Kementerian Pertahanan melalui program ‘MINDEF Prihatin’ menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Sabah yang terkesan akibat bencana banjir yang melanda negeri tersebut.

Sebuah pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu membawa bantuan berbentuk kain batik, kain pelikat, telekung, tilam, tikar, “hygiene kit”, baju sejuk kanak-kanak dan selimut.

Selain itu, TUDM turut membawa 3,173 kilogram kotak bantuan kemanusiaan yang disumbangkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,011
Reaction score
3,798
Points
236
Amaran Ribut Petir
Dikeluarkan pada: 12:45 tengah hari, 29 Januari 2021

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu (Tatau dan Bintulu) • Sabah: Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Tawau (Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat sehingga 4:00 petang; Jumaat, 29 Januari 2021.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register