Kemaskini Cuaca - Hujan, Ribut, Banjir & Bencana Alam 2021

CG Sponsors




dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
24,171
Reaction score
1,867
Points
206
inilah semangat kemanusiaan yg tinggi, timokasih kpd brader2 bangla yg ikhlas membantu
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,011
Reaction score
3,798
Points
236
Gempa Bumi Sederhana Landa Rantau Taiwan

17.01.2021 - Kuala LUmpur, Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 pada skala Richter dilaporkan menggegar rantau Taiwan, pada 7.10 pagi ini. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa itu dikesan pada kedudukan 113 kilometer (km) timur dari Kaohsiung, Taiwan dengan kedalaman 7 km. Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.



 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,011
Reaction score
3,798
Points
236
Amaran Ribut Petir
Dikeluarkan pada: 3:45 petang, 17 Januari 2021

I) Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kedah (Kulim dan Bandar Baharu) • Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan) • Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim) • Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Raub) • Selangor (Hulu Selangor) • Sabah: Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod) sehingga 6:00 petang; Ahad, 17 Januari 2021.

II) Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Selangor (Petaling dan Hulu Langat) • WP Kuala LumpurSarawak: Sibu (Kanowit dan Selangau), Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu (Tatau) sehingga 7:00 malam; Ahad, 17 Januari 2021.
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,011
Reaction score
3,798
Points
236
AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA KATEGORI KETIGA
Dikeluarkan pada: 4:50 petang, 17 Januari 2021

SEKSYEN A: UNTUK PERAIRAN MALAYSIA


1) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KETIGA)
Angin kencang timur laut melebihi 60 kmsj dengan ombak setinggi melebihi 4.5 meter dijangka di kawasan perairan Johor Timur • Pahang • Terengganu • Kelantan • Sarawak • Sabah Barat dan Labuan sehingga Rabu, 20 Januari 2021. Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

2) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)
Angin kencang timur laut berkelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka di kawasan perairan Sabah Timur sehingga Rabu, 20 Januari 2021. Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

3) AMARAN RIBUT PETIR
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di kawasan perairan Perlis dan Kedah • Pulau Pinang • Perak • Johor Barat • Sabah Barat dan Labuan • Sabah Timur sehingga 9:00 malam; Ahad, 17 Januari 2021.
Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.


SEKSYEN B: UNTUK PERKAPALAN

1) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KETIGA)
Angin kencang timur laut melebihi 60 kmsj dengan ombak setinggi melebihi 4.5 meter dijangka di kawasan perairan tenggara Samui • Tioman • Condore • Bunguran • Reef North • Reef South • Layang-Layang • Labuan • Palawan sehingga Rabu, 20 Januari 2021. Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

2) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)
Angin kencang timur laut berkelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka di kawasan perairan barat daya Samui • Sulu sehingga Rabu, 20 Januari 2021. Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

3) AMARAN RIBUT PETIR
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di kawasan perairan Selat Melaka Utara • timur Reef North • Layang-Layang • Labuan • Palawan • Sulu sehingga 9:00 malam; Ahad, 17 Januari 2021. Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,011
Reaction score
3,798
Points
236
Mangsa Banjir Perlu Ikut Arahan Pindah Ke PPS - Hajiji

17.01.2021 - Kota Kinabalu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menggesa semua penduduk yang terjejas banjir di negeri ini supaya segera berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) sekiranya diarahkan dan mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang masalah tidak diingini berlaku.

"Mangsa banjir perlu mendengar nasihat pihak berkuasa. Apa yang paling penting semua mangsa banjir juga perlu mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan di PPS agar tiada penularan COVID-19 berlaku di situ.

Sekarang kita bukan sahaja berhadapan dangan masalah banjir tetapi kita juga sedang berhadapan dengan COVID-19. Oleh itu, kita tidak mahu ada jangkitan berlaku di PPS," katanya kepada pemberita selepas meninjau dan melawat mangsa banjir di kawasan Penampang dekat sini, hari ini. Sementara itu, Hajiji berkata kerajaan negeri akan membantu sebaik mungkin untuk mengurangkan bebanan mangsa banjir di seluruh Sabah dengan menyediakan kemudahan PPS, bantuan bakul makanan dan kewangan.

"Kerajaan akan sentiasa memantau keadaan banjir di negeri ini dan akan mengambil tindakan sewajarnya untuk membantu mangsa yang terlibat," katanya.

Setakat 4 petang tadi, seramai 270 mangsa banjir ditempatkan di sembilan buah PPS di Sabah.

Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1922826
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,011
Reaction score
3,798
Points
236
Mangsa Banjir Di Sabah Terus Meningkat, Johor Pulih Sepenuhnya

17.01.2021 - Kota Kinabalu, Sabah terus mencatatkan peningkatan jumlah mangsa banjir, sementara Pahang dan Sarawak semakin pulih dengan bilangan mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan, manakala Johor pulih sepenuhnya daripada bencana itu setakat petang ini. Di SABAH, jumlah mangsa banjir setakat 4 petang tadi bertambah kepada 348 orang daripada 91 keluarga berbanding 176 mangsa melibatkan 43 keluarga pagi tadi, dengan kesemuanya ditempatkan di sembilan PPS.

Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, daerah Kota Belud kembali dilanda banjir dengan 34 mangsa dipindahkan ke PPS Dewan Tun Said, manakala Masjid Jamek di Kota Kinabalu menempatkan 62 orang dan 39 individu berada di PPS Dewan Likas.

"Tujuh lagi daerah dilanda banjir ialah Pitas dengan 45 orang dipindahkan, Beaufort (32 orang), Paitan (73), Putatan (25) dan Penampang (38), manakala Tuaran dan Papar tiada mangsa dipindahkan setakat ini. Bagaimanapun paras air banjir di Tuaran dan Papar terus meningkat petang ini dengan hujan masih berterusan dan amaran cuaca buruk telah dikeluarkan sepanjang hari ini. Trend pemindahan mangsa banjir dijangka terus meningkat," demikian menurut kenyataan itu.

Di PAHANG, banjir di Temerloh dan Bera pulih apabila tiga PPS terakhir di daerah tersebut ditutup petang ini. Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat melaporkan PPS itu ialah Kolej Komuniti Temerloh yang menempatkan dua orang, manakala di Bera melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Charuk Puting (22 orang) dan Masjid Kampung Mengkarak (32 orang). Perkembangan itu menjadikan jumlah mangsa banjir di Pahang setakat 2.30 petang ini ialah seramai 3,107 orang daripada 861 keluarga yang masih berada di 34 PPS, dengan Pekan mencatat jumlah tertinggi seramai 2,050 orang diikuti Kuantan (715 orang) dan Maran (342 orang).

Sementara di SARAWAK, jumlah mangsa banjir yang berada di PPS terus berkurangan dengan 1,208 mangsa setakat ini berbanding 1,870 orang pagi tadi. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam laporan terbaharunya berkata sebanyak 12 PPS masih beroperasi di tiga bahagian yang dilanda banjir sejak Rabu lepas. Bahagian Serian merekodkan jumlah tertinggi melibatkan 1,088 orang di 10 PPS, diikuti Kuching (113 orang di sebuah PPS) dan Miri (7 orang di sebuah PPS).

Di JOHOR, keadaan banjir pulih sepenuhnya selepas operasi dua PPS terakhir, masing-masing di Segamat dan Batu Pahat, ditamatkan pada 2 petang tadi. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor R. Vidyananthan berkata kesemua 76 orang melibatkan 20 keluarga dari Kampung Seberang Batu Badak, Segamat yang ditempatkan di PPS Sekolah Agama Gemereh dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

“Turut dibenarkan pulang ialah 17 orang daripada tiga keluarga dari Kampung Talang Bunut, Parit Raja di Batu Pahat yang ditempatkan di PPS SK Seri Bunut, Parit Raja,” katanya dalam kenyataan.

Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1922831
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,011
Reaction score
3,798
Points
236
Amaran Cuaca Buruk Di Pantai Barat Sabah Sehingga Esok

18.01.2021 - Kuala Lumpur, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk, dengan hujan lebat dijangka berterusan berlaku di kawasan pantai barat Sabah sehingga esok (19 Januari). MetMalaysia dalam kenyataan turut menyatakan amaran cuaca waspada, dengan hujan lebat juga dijangka berlaku di Labuan serta beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak sehingga hari ini. Kawasan yang terlibat di Sarawak ialah Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang, manakala di Sabah ialah Sandakan (Kinabatangan).

“Selain itu, hujan lebat dijangka di negeri Sabah melibatkan kawasan pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat sehingga esok (19 Jan),” menurut kenyataan itu.

Berita asal https://selangorkini.my/2021/01/amaran-cuaca-buruk-di-pantai-barat-sabah-sehingga-esok/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,011
Reaction score
3,798
Points
236
AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA KATEGORI KETIGA
Dikeluarkan pada: 4:10 pagi, 18 Januari 2021

SEKSYEN A: UNTUK PERAIRAN MALAYSIA


1) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KETIGA)
Angin kencang timur laut melebihi 60 kmsj dengan ombak setinggi melebihi 4.5 meter dijangka di kawasan perairan Johor Timur • Pahang • Terengganu • Kelantan • Sarawak • Sabah Barat dan Labuan sehingga Rabu, 20 Januari 2021. Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

2) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)
Angin kencang timur laut berkelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka di kawasan perairan Sabah Timur sehingga Rabu, 20 Januari 2021. Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

3) AMARAN RIBUT PETIR
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di kawasan perairan N. Sembilan • Melaka • Sarawak • Sabah Barat dan Labuan • Sabah Timur sehingga 10:00 pagi; Isnin, 18 Januari 2021. Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.


SEKSYEN B: UNTUK PERKAPALAN
1) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KETIGA)
Angin kencang timur laut melebihi 60 kmsj dengan ombak setinggi melebihi 4.5 meter dijangka di kawasan perairan tenggara Samui • Tioman • Condore • Bunguran • Reef North • Reef South • Layang-Layang • Labuan • Palawan sehingga Rabu, 20 Januari 2021. Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

2) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)
Angin kencang timur laut berkelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka di kawasan perairan barat daya Samui • Sulu sehingga Rabu, 20 Januari 2021.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

3) AMARAN RIBUT PETIR
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di kawasan perairan Selat Melaka • timur Reef North • Reef South • Layang-Layang • Labuan • Palawan • Sulu sehingga 10:00 pagi; Isnin, 18 Januari 2021.
Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,011
Reaction score
3,798
Points
236
Amaran Cuaca (Buruk)
Dikeluarkan pada: 1:00 pagi, 18 Januari 2021

SEKSYEN A: AMARAN CUACA (BURUK)
Hujan lebat dijangka berterusan di negeri Sabah: Pantai Barat sehingga Selasa, 19 Januari 2021.

SEKSYEN B: AMARAN CUACA (WASPADA)
I) Hujan lebat dijangka berlaku di negeri Sarawak: Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang • Sabah: Sandakan (Kinabatangan) • Labuan sehingga Isnin, 18 Januari 2021.

II) Hujan lebat dijangka berlaku di negeri Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat sehingga Selasa, 19 Januari 2021.
 

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,880
Reaction score
218
Points
33
Kalimantan Selatan isytihar darurat ekoran banjir teruk

antara_1610931092.jpg


JAKARTA: Wilayah Kalimantan Selatan di Indonesia mengisytiharkan keadaan darurat ekoran banjir yang memaksa beribu-ribu penduduk meninggalkan rumah mereka untuk berteduh di tempat yang lebih selamat.

Jakarta Post melaporkan, hujan lebat sejak 3 Januari lalu menyebabkan air sungai melimpah ke tebing.

Menurut pihak berkuasa, lima orang terkorban sementara lebih 27,000 rumah ditenggelami air.

Lebih 110,000 penduduk sudah dipindahkan ke tempat yang lebih selamat, namun masih ramai penduduk yang terkandas di atas bumbung rumah mereka, menunggu untuk diselamatkan.

Presiden Indonesia, Joko Widodo mengarahkan bantuan dihulurkan kepada penduduk yang terjejas.
Pegawai bantuan bencana menyatakan pihak berkuasa memperuntukkan bantuan bernilai lebih AS$70,000 (RM283,225).

Pakar alam sekitar berkata, kegiatan pertanian ladang kelapa sawit dan perlombongan menyebabkan kerosakan tanah sehingga menyebabkan peningkatan masalah banjir. - AGENSI


== bharian
 
Sponsored Post
Top
Log in Register