Kemaskini Cuaca - Hujan, Ribut, Banjir & Bencana Alam 2021

CG Sponsors




hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,954
Reaction score
221
Points
33
Mangsa banjir Sarawak meningkat tiga kali ganda, Raub pulih banjir

941087.jpg


KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Keadaan cuaca yang agak baik di Semenanjung membolehkan kawasan dilanda banjir terus beransur pulih dengan daerah Raub di Pahang pulih sepenuhnya pagi Jumaat, namun situasi berbeza di Sarawak yang menyaksikan jumlah mangsa banjir meningkat tiga kali ganda berbanding Khamis.

Banjir yang memasuki hari ketiga di enam daerah di Sarawak hari ini menyaksikan jumlah penduduk yang terpaksa dipindahkan meningkat kepada 4,222 orang yang ditempatkan di 49 pusat pemindahan sementara (PPS).

Berdasarkan laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, sehingga jam 8 pagi tadi, 2,159 mangsa berada di 19 PPS di daerah Kuching, 1,014 di 10 PPS di Serian, 706 mangsa masih berteduh di 11 PPS di Bau, 211 orang di lima PPS di Kota Samarahan, 103 orang di dua PPS Simunjan dan 29 orang di dua PPS Miri.

Sementara itu di PAHANG, Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Kama Azural Mohamed berkata, PPS yang ditutup pada Khamis adalah Sekolah Kebangsaan Kundang Patah, Cheroh; Balai Raya Kampung Jeruas, Dong dan Masjid Bukit Pompong yang sebelum ini menempatkan 69 mangsa termasuk 23 pelajar sebuah pusat tahfiz.

Sementara itu, portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan jumlah mangsa banjir di Pahang pagi ini adalah seramai 7,992 orang dengan 102 PPS masih beroperasi di tujuh daerah.

Daerah Pekan mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 3,317 orang diikuti Maran (1,903 orang), Kuantan (878 orang), Temerloh (792 orang), Bera (715 orang), Lipis (353 orang) dan Jerantut (34 orang).

Di JOHOR, cuaca yang baik membolehkan keadaan banjir di negeri ini semakin pulih dengan jumlah mangsa terjejas berkurangan kepada 784 orang melibatkan 245 keluarga setakat jam 8 pagi ini, berbanding 892 orang melibatkan 276 keluarga, petang Khamis.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R Vidyananthan berkata, kesemua mangsa berada di 10 PPS di lima daerah.

Kota Tinggi, katanya, masih mencatatkan jumlah mangsa terjejas tertinggi dengan 525 orang daripada 140 keluarga di lima PPS, diikuti Johor Bahru (116 orang, 71 keluarga di dua PPS), Kluang (50 orang, 11 keluarga di satu PPS), Segamat (76 orang, 20 keluarga di satu PPS) serta Batu Pahat (17 orang, tiga keluarga di satu PPS).

Di SABAH, jumlah mangsa banjir setakat jam 8 pagi ini meningkat sedikit kepada 761 orang daripada 198 keluarga berbanding 712 orang daripada 173 keluarga, petang Khamis.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah menerusi kenyataan berkata, semua mangsa banjir itu ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara di lima daerah negeri ini iaitu Kota Marudu, Pitas, Beaufort, Lahad Datu dan Paitan. - Bernama


== sinar harian
 
Sponsored Post

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,954
Reaction score
221
Points
33
Banjir Raub: 90 tan sampah dikumpul

MDR mengumpul sampah  khususnya peralatan  rumah yang rosak di  beberapa kawasan terjejas banjir. FOTO ihsan MDR


Raub: Televisyen, peti ais, kipas, dan barangan elektrik lain serta perabut, sofa, tilam dan pakaian antara barangan yang terpaksa dibuang oleh penduduk yang terjejas banjir.

Setiausaha Majlis Daerah Raub (MDR) Mohd PauziAbu Hussaini berkata, kerja pembersihan dilakukan kakitangan MDR untuk membantu penduduk yang terjejas banjir melupuskan barang yang hendak dibuang.

"Setakat ini kita telah berjaya mengumpul lebih 90 tan sampahkhususnya peralatan rumah yang rosak di beberapa kawasan terjejas akibat banjir baru baru ini.

"Dengan keadaan sampah yang banyak ini, kita menjangkakan kerja pembersihan ini mengambil masa satu hingga dua minggu," katanya.

Beliau berkata, bagi kawasan yang ditenggelami sepenuhnya, kebanyakan barang musnah dan tidak dapat digunakan lagi dan terpaksa dibuang.

Katanya MDR mendapati antara barangan yang musnah dan dibuang penduduk adalah perabut, sofa, tilam, barangan elektrik dan pakaian.

Katanya, setakat ini kerja kerja pembersihan dilajukan di kampung Lechar, Pampung Durian Sebatang, Tanjung Putus, Kuala Dong, Ajai dan Panchor membabitkan 30 rumah.

Katanya MDR turut membantu membersihkan pokok tumbang yangmerbahaya kepada penduduk di sepanjang jalan dankawasan perumahan penduduk.


== hmetro
 

adamrao

Active Member
Joined
Mar 1, 2017
Messages
1,562
Reaction score
158
Points
43
salah takziah pasrah dengan dugaan.. tertunduk itu berat.. tp jangan terdiam membisu berat kaki untuk melangkah pulihkan keadaan.. hidup mesti terus..
 

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,954
Reaction score
221
Points
33
Banjir Sarawak kian pulih

GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP


Kuching: Keadaan banjir di Sarawak semakin pulih sekali gus menyaksikan jumlah mangsa menurun kepada 1,208 orang tengah hari ini, berbanding 1,870 orang pagi tadi.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Mejar (PA) Ismail Mahedin berkata, sehingga jam 12 tengah hari, 12 pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi yang menempatkan 342 keluarga.

Beliau berkata, di Kuching hanya satu PPS masih dibuka dengan menempatkan 113 mangsa daripada 24 keluarga.

"Di Serian, kekal dengan 10 PPS masih yang menempatkan 317 keluarga dengan jumlah mangsa seramai 1,088 orang.

"Begitu juga di Miri, yang kekal dengan hanya satu PPS yang menempatkan tujuh mangsa sekeluarga," katanya.

Satu-satunya PPS yang masih beroperasi di Kuching ialah Dewan Masyarakat Haji Kamarrudin Segedup di Batu Kawa.

Manakala PPS yang masih dibuka di Serian ialah PPS Dewan Kampung Betong Kanowit, PPS Dewan Kampung Lintang Baru, PPS Dewan Baru Siniawan Jepon, PPS Gereja St Peter Kampung Soh, PPS SK Tanah Merah, PPS Dewan Kpg Rimba Padi, PPS SK Tanah Puteh, PPS Dewan Kampung Slabi Entukuh, PPS Dewan Balek Buk Janjun dan PPS Dewan Masyarakat Serian.

PPS yang masih dibuka di Miri pula ialah PPS Balai Raya Kampung Batu 1, Kuala Baram.


== hmetro
 

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,954
Reaction score
221
Points
33
ZAKARIA (kanan) menyampaikan bantuan kepada  penduduk di Taman Desa Kuala Krau. FOTO Roselan Ab Malek


Temerloh: Seramai 14 peniaga warga Bangladesh yang menetap di negara ini menyumbangkan bantuan kepada 150 penduduk terjejas banjir di Taman Desa Kuala Krau, dekat sini, hari ini.

Sukarelawan warga Bangladesh-Malaysia itu menyumbang 14 jenis barangan seperti makanan, telekung, sejadah, kain batik, kain pelikat dan baju batik perempuan kepada penduduk.

Pengerusinya, Datuk Zakaria Hamed berkata, ini adalah bantuan kali keempat selepas menyalurkan bantuan di Jerantut dan Maran selain di Kelantan.

"Bantuan ini akan diteruskan selagi kami mampu kerana sebagai orang Islam, kita harus membantu mereka yang berada dalam kesusahan.
"Hari ini kita beri bantuan makanan dan keperluan harian termasuk 150 set sejadah dan 200 set telekung, " katanya.

Sementara itu, duta kepada sukarelawan itu, Azlee Senario berkata, program bantuan itu akan diteruskan di Pengerang, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

"Hari ini misi kita ialah di Taman Desa Kuala Krau kerana banjir yang melanda kali ini paling teruk hingga memberi kesan kepada semua mangsa," katanya.

Sementara itu, penduduk, Mastura Abdul Malek, 52, berkata, pelbagai sumbangan diterimanya seperti sejadah, telekung, makanan dan pakaian untuk kanak-kanak.

"Saya rasa ini adalah antara sumbangan terbesar yang kami dapat daripada pelbagai pihak, tapi yang paling penting bagi saya ialah sejadah dan kain untuk solat," katanya.

Sumbangan sejadah turut diberikan kepada pengurusan Masjid Kuala Krau, Ibu Pejabat Polis (IPD) Temerloh dan Balai Polis Kuala Krau.


== hmetro
 
Sponsored Post
Top
Log in Register